*simulacra





*simulacra (singular:simulacrum) pointed out by Jean Baudrillard is referred as a situation in which people are thrown into hyperreality. he believed that people have become so reliant on simulacra that it has lost contact with the real world on which the simulacra are based.

*hyperreality : people are unable to distinguish between the reality world and the unreality world.

*Baudrillard argues that today there is no such thing as reality.

p/s [1] : correct me if i'm wrong

***

pada pendapat aku, watak elmo dalam siri sesame street dah berjaya buat aku percaya bahawasanya elmo itu benar-benar wujud sebagai satu watak yang realistik - bukan puppet semata-mata. dalam video tu, aku rasa macam terpukau dengan sifat elmo yang ala-ala budak umur tiga setengah tahun. walhal, ada puppeteer di bawah sana.

anyway, he's cute kan?

p/s [2] : "a child keeps the imagination a lot longer than we think" - Kevin Clash



hilarasi wajah

walau tak balik kampung dan beraya di bandar,
tapi itu bukan penghalang untuk tarikkan segaris senyuman di pagi raya.
memang benar, istilah raya yang aku sisipkan di kepala bersinonim dengan perjalanan jauh ke kampung, beraya di rumah tok-tok sedara, merasa udara kampung dan...takde internet?

whateva lah

pun begitu, aku yang putuskan untuk bergelak tawa atau bermuka toya.

***

my choice would be the first one - be happy.
sebab aku sendiri pernah bilang;

"i don't want to waste my life time"



let's over it

but it seems, i am not.

***

rupanya, kisah itu masih lagi segar bercengkam tanah dalam kepala aku. masih berbekas lagi di hati kecil.
sialan.

dilayarkan kembali setiap per satu episod buat aku gila dan merasa "i was the dumbest fella back then".
ah, setiap yang merasa kan menjadi bodoh.
bodoh sebab ikut hawa nafsu.
tapi kalau kau bikin atas landasan benar, kau selamat.
tidak bagi aku yang mereng dua tahun lalu.
aku landaskan perasaan atas hawa nafsu, menurut segala yang dibisikkan hati.

aku letakkan conscience dulu, baru akal.
aku letakkan fantasi dulu, baru realiti.
aku letakkan nikmat dulu, baru konsekuensi.


dunia ini milik kita berdua, sayang.


sayang?
kan bagus kalau perasaan itu tidak pernah disua ke aku.
bila terhantuk, baru sedar impian itu tidak ada sama sekali.
mana ada.
tidak pernah wujud hakikatnya.
segala yang aku hadap itu hanyalah ilusi semata.
aku pikir nyata dan benar, rupanya aku buta dan tuli.

satu lafaz dan satu responsi buat aku berantakan.
hingga kini.
dahsyat sangat ke?
sangat.

it was a disastrous catastrophe to me. yet, i behaved like it was nothing at all.

hey, i'm strong lah.

bullshit. boooooo...!


berlagak kuat.
berlagak macho.
berlagak cool.
berlagak gagah.
berlagak cegak.

realiti : aku manusia lah. bukan suis yang kau boleh turn on and off.

emotionally weak.

hahaha. benci aku nak ngaku. tapi benar.
heh, hipokrasi yang aku salutkan pada diri.
itu yang buat aku jadik begini.
tempelkan senyuman manis dan aku assume everything's gonna be alright.

but, it isn't after all.
damn.


diselak-selak balik muka-muka surat yang lalu,
aku rasa

dejected
stupid
upset
terrible
pathetic


entahlah.
tak patut aku revise lembaran yang tertumpah serata dakwat hitamnya.
patut aku hadap depan. kalau nak revise sangat, jangan terus bermelankolik.
buang yang keruh ambil yang jernih.
rasakan muka surat yang belum terkomot, terkoyak, tertulis. fresh page.
sila contengkan semangat baru.
lebihkan cas-cas positif.
bukan jadik pessimistic.
atau hopeless.


mampu kah aku?


it ain't easy to me but i'll try.
it's my life and i don't want to waste it just because of a stupid feeling that i had when i was 17.



"life's a climb. but the view is great"


probably you are reading this but hey, please don't feel sorry.
it wasn't anyone's fault.
it's a matter of feeling.
that's all.



kemenangan suram

jujur aku ingin kata kan. syawal tahun ni tiada apa-apa bagi aku. kalau sahabat tesl beriya benar nak pulang dan sakan gile nak bercuti, aku pulak cuma bermuka toya. tiada apa-apa. kosong. aku takde semangat syawal. tahun ni sudah malas rasanya.

baju raya?
- umi dah siapkan. dia yang pilih kain, dia yang beli kain, dia yang make sure baju kurung dah siap.

kasut raya?
- naa...itu zaman hingusan. sekarang ni, pakai selipar sudeyh.

kuih raya?
- buhsan. nama je kuih raya. hakikatnya, semua tu ibarat cookies dalam packaging kat tesco atau jusco. time bukan raya pun boleh makan.

bunga api?
- dah lama benar aku tinggalkan permainan bakar-bakar.

dan ya, ramadhan bakal lenyap. betapa aku benci mengingatkan diri bahawasanya syaitan kan terlepas tak lama lagi. sebab aku bakal jadik nakal semula. haih.

aku tak tunggu dah lagi malam tujuh likur. dan aku tak kisah dah. kalau dulu, memang aku kan tunggu. sebab nak pasang pelita. tahun ni - takde.
abah ada tanya aku hari jumaat yang esoknya nak puasa satu ramadhan "nak pasang pelita tahun ni?". aku tak menjawab soalan dia. aku takde feeling.

raya tahun ni adalah raya macam tahun lepas. raya tahun lepas adalah macam hari-hari biasa. cuma, yang lainnya, satu syawal aku kena pakai baju kurung.
dah boleh jangkakan suasana dan atmosfera raya tahun ni macam mana.

bak kata abang aku ;

"bangun. mandi. bersiap.
tunggu orang balik dari sembahyang raya.
get ready nak bersalam.
habis salam. bergambar kejap.
habis.

petang tu dah boleh pakai t-shirt biasa dengan seluar basahan. pastu, boring-boring, duduk depan tv".

aku tak se-excited macam dulu.
semangat raya makin pudar sejak tahun lepas.
adakah sebab family aku dah mula beraya kat melaka?

barangkali.

tak balik kluang atau mersing.
tak beraya rumah saudara-mara.
tak kumpul ramai-ramai.

it's a hollow eid dude.

apa-apa pun, aku dah hantar kad raya. kak nina, don't forget to check your mailbox ok? i know it's funny-asking your address at late night. hahaha.

aku berkira-kira nak pergi tengok movie la time orang tengah sibuk-sibuk dengan raya.
tengok popodam ke. tak pun, pergi arcade ke. boleh main dancing foot-step.
macam sengal jugak planning aku ni. tapi tak mustahil pun.

raya.

mau balik kolej ah.



bila jadik cikgu, aku nak kasi students baca komik





boleh rujuk sini kalau prefer words.

***

mesti students aku sayang aku kaw-kaw kan.

***

sampai satu tahap, aku tak boleh tengok huruf lagi dah. mata aku berpinar.

***

ini IRP (intensive revision program) notes kumpulan aku.

***

ada komen yang membina tak? sebab aku pikir, aku nak buat duit lah. nak jual komik pulak.