017

aku dah tak guna nombor seperti tertera di atas. sila delete dan kemaskini buku telefon kalian.

reason-nya hanya satu. aku sendiri terminate nombor seperti tertera di atas gara-gara nombor 013. owh, bukan bermakna aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan 013. bukan. aku terpaksa ok. TERPAKSA.

kisahnya bermula di stesen keretapi tanah melayu seremban. sesampainya aku dan seorang teman di situ, kami di-approach oleh mamat berpakaian biru. aku dan teman tengah nak cepat. tergesa-gesa kata orang. sudah lah panas. berpeluh. melekik. tau-tau, ada dealer yang aku kira seperti kutu-rayau, dengan gaya pemakaian yang memang aku reject awal-awal, gelang di tangan serupa macam orang asli, hulurkan satu pek berbalut biru. aku, seperti biasa, menolak. tidak mahu percaya propaganda tahi yang dicanang-canangkan. eh, kalian kenal tak dealer yang aku maksudkan ini? berpakaian biru dan bukan merah atau kuning. ye, tepat. pandai pun.

ok, sambung cerita.

waima aku menolak, heish, dealer yang aku kira seperti kutu-rayau, dengan gaya pemakaian yang memang aku reject awal-awal dan gelang di tangan serupa macam orang asli, tak mahu kalah. dipaksa aku dan teman untuk menerimanya apabila dapat tahu yang kami ini punya nombor 017.

"ambik lah! ambik" - intonasi suaranya memang tak ada adab melayu.

"ambik je? tak kene bayar apa-apa ke?" teman aku tanya. aku dah berkerut. pelik.

"iye. ambik je lah. ni free. tak kene bayar apa-apa pun. cuma kene bagi ic dan tandatangan di sini" sambil menunjukkan satu borang yang padat dengan tulisan.

bodoh-bodoh, aku dan teman turunkan tandatangan masing-masing. ah, aku, waktu itu, mahu cepat-cepat beredar. jelik melihat dealer yang aku kira seperti kutu-rayau, dengan gaya pemakaian yang memang aku reject awal-awal dan gelang di tangan serupa macam orang asli.

***

sebulan kemudian, aku meraung di atas katil farah. menangis hampir satu jam.

"bawang, ni postpaid"
"postpaid?"
"haah. maknanya, sekarang ni, kau kene bayar RM*8.**"
"ha? tapi aku tak pernah guna. aku baru je tergerak hati nak check nombor 017 ni"
"iye, bawang. ni kira macam kau bayar bil"
"what? tapi farah, macam mana pulak aku punya nombor ni tukar jadik postpaid ni?"
"mana kau dapat simkad ni?" farah tanya.

aku kisahkan perihal dealer yang aku kira seperti kutu-rayau, dengan gaya pemakaian yang memang aku reject awal-awal dan gelang di tangan serupa macam orang asli.
farah tarik nafas. aku sudah hilang arah. terasa diri ditipu bulat-bulat oleh bangsa sendiri.
celaka punya manusia.
kau tipu aku.

seimbas kembali, masih aku ingat raut wajah seringai dealer yang aku kira seperti kutu-rayau, dengan gaya pemakaian yang memang aku reject awal-awal dan gelang di tangan serupa macam orang asli, saat aku sudah turunkan tandatangan.

***

"saya rasa macam saya ditipu" aku cuba kawal suara dan emosi di kaunter pusat perkhidmatan yang menjerat aku.

"masalahnya, awak sendiri yang turunkan tandatangan" kata perempuan awal 30an dengan lagak yang dia dan syarikat tidak bersalah.

"tapi, dealer tu langsung tak cakap apa-apa. sekurang-kurangnya, explain la produk yang di-promote"
"dia kasi awak simkad yang percuma tu?"
"haah. bila saya tanya, dia kata percuma. tak kene bayar apa-apa. lepas tu, suruh saya tandatangan borang"
"memang lah simkad tu percuma. orang memang suka barang percuma ni. dah banyak kes macam ni saya dengar tapi saya dan syarikat tak boleh buat apa. yang awak pun, kenapa awak terima?"

"dah dia yang paksa!" - er, yang ni dalam hati je.

"saya tak faham orang yang educated macam awak ni, boleh terima barang-barang percuma. peliknya, kes yang saya dengar, semuanya melibatkan orang-orang pandai macam awak ni" dia sambung.

bangsat punya betina. memang nak kene tumbuk. nafas aku dah turun naik. farah pandang aku, seraya memberi maksud "apa-apa hal pun, jangan kau melenting, bawang. be a profesional"

"iye lah. tapi, syarikat BESAR macam ni, tolong la educated sikit kalau nak promote apa-apa barang sekalipun. ini tidak. langsung tak ada explanation. langsung tak ada information. saya, sebagai pengguna, rasa tertipu tau. hak saya tak diberi"
"masalahnya, saya tak boleh buat apa-apa. syarikat pun tak boleh buat apa-apa"
"ok, takde ke apa-apa cara untuk saya buat aduan?"
"awak nak buat aduan apa nya?"
"iye lah. aduan like writing a letter tentang saya tak puas hati"
"awak tak puas hati tentang apa?"
"semua. perkhidmatan, produk, segalanya"
"sini, bukannya deal dengan aduan"

what the fuck?! bukan ke ini centre-nya?

"takkan syarikat besar macam ni tak ada medium langsung untuk pelanggan buat aduan?" aku hampir hilang kawalan.
"aa...mungkin you can write a letter"
"owh, boleh la?" aku sedikit sinis.
"yes, you can. atau, kami ada website. kat situ, boleh la you adukan apa-apa"
"so, kiranya, ada lah medium nak buat aduan? ingatkan memang tak ada langsung tadi" kali ni, aku perli habis-habisan.

***

aku ada beberapa point.

1. seperti kata farah, apa-apa pun, perempuan awal 30an dengan lagak yang dia dan syarikat tidak bersalah, patutnya minta maaf. at the end, no matter what, memang aku akan bayar bil tersebut. dia tak pernah dengar ke istilah "customer's always right?". owh lupa. profesion dia saja sudah menggambarkan tahap pendidikan dia.

2. situasi di pusat perkhidmatan tersebut memang tegang. nasib baik farah ada. kerana dia, aku cuba kawal amarah aku.

3. sekiranya kalian tiba di stesen keretapi tanah melayu seremban, lalu terserempak dengan mana-mana manusia berpakaian biru, lebih-lebih lagi dealer yang aku kira seperti kutu-rayau, dengan gaya pemakaian yang memang aku reject awal-awal dan gelang di tangan serupa macam orang asli, sila jangan terima sebarang produk daripada mereka.

4. aku teringin kembali ke stesen keretapi tanah melayu seremban dan apabila terserempak dengan mana-mana manusia berpakaian biru, lebih-lebih lagi dealer yang aku kira seperti kutu-rayau, dengan gaya pemakaian yang memang aku reject awal-awal dan gelang di tangan serupa macam orang asli, aku akan buat-buat muka interested-with-the-product. tapi, saat aku nak turunkan tandatangan, aku akan blah macam tu. atau lagi extreme, mungkin aku koyakkan borang itu?

5. sesungguhnya, aku tak redha dealer yang aku kira seperti kutu-rayau, dengan gaya pemakaian yang memang aku reject awal-awal dan gelang di tangan serupa macam orang asli. aku haramkan rezeki yang kau ambil dari aku. hingga akhirat.

misi

hidup ni, bagi aku; mesti, mesti - aku ulang - MESTI, ada misi. kalau tak ada, alamatnya habis lah kau.

sekarang, misi aku ialah mesti bekerja keras dan bersungguh-sungguh. nanti, akan dibayar uang.
bila dah jadik OKB (orang kaya baru), aku mahukan ini.

sebijik macam ex-roommate aku punya

aku dah survey siap-siap harganya.
RM299.
boleh tahan mahal.
tapi takpe. aku akan usahakan dengan kudrat aku sendiri.

p/s [1] : mp4 aku yang dulu dah nyawa-nyawa ikan. alah, mp4 sejak zaman tgb. memang dah masa dia nak tinggalkan aku.
p/s [2] : gambar adalah sumbangan uncle g.

isteri

baiklah, mari kita praktis menjadi the-know-everything-wife! dalam erti kata lain, dalam jangka masa yang agak panjang ni, eloklah kiranya kita melatih diri menjadi isteri yang tahu serba-serbi tentang rumah, iaitu merangkumi silibus memasak, mengemas rumah, cuci tandas dan bilik air, melipat baju, mengelap perabot dan lain-lain lagi.

mengenai silibus memasak, aku sudah menemui satu cara untuk menggoreng telur dadar yang cantik dan tidak melekat pada kuali Grin.
secara jujurnya, sebelum ni, aku, eerrr... acapkali mengalami masalah nak terbalikkan telur AngryFace.
dan bila kakak ada dan aku sedikit mengada, "kaaaaakkk, kau tolong terbalik kan telur ni".
hei, aku seorang perfectionist dan sebab itu, aku cukup upset kalau presentation telur tidak mencapai piawaian aku VeryAngry.

ok, ini rahsianya. sangat mudah tapi agak meletihkan. takpe, yang penting kita puas hati.
ambil sebiji telur (ini untuk hidangan seorang) dan pukul dengan garfu selama tiga hingga lima minit.
selalunya, aku buat lebih dari lima minit sebab nak dapatkan telur yang betul-betul kembang dan bila kau goreng nanti, confirm gebu. nak lagi sedap, boleh masukkan sedikit mayonis (yang macam dalam iklan tv tu).
senang kan?

alright, enough about kitchen. move on to toilet.

maklumat ni aku dapat dari uncle g. dan sesungguhnya, aku mengaku, cara ini sangat berkesan.
bagi yang mandi menggunakan sabun buku, mesti sedikit susah nak bersabun dengan sabun yang saiznya sudah kecik. kalau aku, tang sabun dah kecik, aku terus pakai yang baru. sabun-sabun yang tak guna tu, jangan dibuang tong sampah ye. cairkannya dengan air dalam satu bekas. agak-agak dah menjadi liquid (selama beberapa hari), sapukan ke permukaan dinding tandas dan bilik air, kemudian sental permukaan dan bilas dengan air. kalau malas sangat, boleh spray. tunggu beberapa ketika. selepas itu, baru boleh dibilas.
hasilnya, tandas dan bilik air menjadi bersih dan berkilat.

dua silibus ini nampak mudah saja tapi, believe me, ini yang akan membantu kita pada masa akan datang. praktis dan praktis. dengan izin Tuhan, kita akan dibawa ke arah kesempurnaan.


p/s : suami mesti gembira.

terpulang

k untuk kacung
b untuk bawangmerah


k : umur?

b : 20
b : you must be older than me kan

k : yup

b : born 1985?

k : yup
k : name?

b : bawangmerah

k : fikir

b : iyeeee

k : tak caye lah

b : my teachers and collegemates pun panggil i bawangmerah lah. tak caya?

k : full name?

b : bawangmerah

k : fikir

b : lee...tak caya jugak ke?




k : name kat ic?

b : jelir

k : nangih

***

ramai tak percaya yang dalam realiti sekalipun, orang address aku sebagai bawangmerah.
terpulang - nak percaya, percaya lah. kalau tak nak, aku tak kisah pun. aku hanya berlaku jujur.

untuk abah

sempena hari bapa, aku mahu tunjukkan (atau lebih sesuai, "ajarkan") satu lagi kraftangan yang mungkin kalian boleh hadiahkan kepada bapa tersayang.
namun, kraftangan ni sesuai untuk certain bapa saja ye.

ok, sebelum kita proceed, mari kita lihat bahan-bahan dan alatannya.

sila klik untuk imej yang BESAR


cara-caranya :

1. letakkan tembakau (dengan kadar secukupnya) dan gabus pada posisi yang ditunjuk


2. kepitkan roller dan roll-kan ia supaya tembakau dan gabus benar-benar padu


3. ambil kertas pembalut dan selitkannya seperti dalam gambar rajah


4. gulungkan ia dengan bantuan roller dan anda bakal menyempurkan sebatang rokok


lihat. dah siap pun


nota kecil :

merujuk gambar rajah nombor 3, perlu diingatkan bahawa kertas pembalut perlu dilembapkan sedikit di bahagian gamnya. bahagian gam itu hendaklah dihadapkan ke arah kita.

bekalan rokok yang cukup (sekurang-kurangnya 12 batang) sudah boleh menyenangkan hati abah.

sengihnampakgigi

selamat mencuba ya!

jurutera domestik

sementara menunggu jawatan sebagai tenaga pengajar di mana-mana institusi pendidikan, aku kini bekerja sebagai jurutera domestik selama enam bulan (itu yang termaktub dalam kontrak) di kawasan melaka tengah. pada hari pertama bekerja, aku, berbekalkan ilmu yang ada di dada, mendapat arahan untuk bertugas di kawasan kluang, johor.

awal-awal lagi dah kena keluar dari melaka kan

jadi, seharian aku membanting tulang empat kerat bagi memastikan segala tugasan mampu disempurnakan. sesungguhnya, kerja-kerja itu sangat memenatkan, tuan-tuan dan puan-puan. tapi, disebabkan aku ni ada kepakaran, maka, takde lah aku kekok mana. semua beres. bos pun satisfied habis.


esok aku kena bangun awal. nampak gayanya, memang takde chance aku nak stay awake macam selalu aku buat dulu-dulu kala.

ah, lantaklah.
yang penting, DUIT masuk.

duit

153

ok, aku tengah penat. nak qada' tidur dan rehat sebab dah lima hari empat malam aku tak dapat nikmat tidur yang berkualiti. asek tersengguk-sengguk waktu tazkirah subuh dan maghrib.

dan,

mulai esok, amalan cuti-enam-bulan-selepas-spm bakal bermula. cuma, kali ni ada kelainan sikit - aktiviti untuk mengempiskan perut akan diselitkan sekali.


p/s : nombor di atas sangat bermakna untuk aku dan kamu semua.

selamat kembali, bawangmerah

=)

enough said.