surat untuk yang berkenaan #4

ke hadapan abang abang you future husband sayang awak,

hi, awak. sihat? saya...sihat kott (ish. banyak sungguh kesilapan penggunaan kata ganti nama awak. maaf).
ok la, saya mengaku saya tak berapa sihat dari segi fizikal dan emosi.

meh sini saya cerita.
kaki saya terseliuh tempoh hari. habisnya, saya tak boleh lari lagi pada waktu pagi. saya sedih, awak tahu? ah, mesti lah awak tahu. saya dah bagitahu awak kan dalam surat musim sejuk tahun lepas - saya paling suka berlari. tapi sekarang...



yes, it looks bad and it does hurt me physically and emotionally.
tapi saya dah bukak balutan nya tiga hari lepas.


saya sedih, awak. saya tak boleh lari buat masa sekarang. abang ipar saya dah nasihat awal-awal, i should give some rest to my left foot. begitu jugak dengan kawan saya yang belajar kursus perubatan. dia bagitahu perkara yang sama. tapi awak, kalau saya tak lari, saya takut saya jadik gemuk nanti. dan tentu awak tak nak tengok saya gemuk, bukan? hadoi. macam mana ni, awak?

selain sakit kaki, saya jugak sakit hidung. maksud saya, saya selsema hampir setiap pagi sekarang ni. tak suka sungguh. saya syak saya selsema sebab saya kurang makan buah oren lah sejak akhir-akhir ni. mesti vitamin c dalam badan saya berkurang kan. tapi, saya tak nak lah amek panadol cf. atau mana-mana pil. saya kan dah tinggalkan tabiat hidup yang lama. awak lupa ke ?

hmm...ataupun, mungkin saya tak dapat tidur yang cukup. tu sebab saya selsema. ah, dari dulu lagi masalah tidur saya tak pernah selesai. awak tahu tak, masa saya tahun pertama di auckland, saya bergantung pada zopiclone? ok, kalau awak tak tahu itu apa dia, awak boleh google. 
lepas google, jangan pulak awak risau tak tentu pasal. zopiclone tu, saya sendiri mintakkan daripada GP saya. dan dia bagi. jadik, sepanjang zopiclone tu dalam genggaman saya, malam-malam saya cukup nyaman. saya tidur mati, awak ! ahahaha
tapi tapi, lepas saya kehabisan zopiclone, hidup saya kacau-bilau semula. you wouldn't understand how miserable i was back then.

awak,

hari ni saya ber-nawaitu tak mahu cerita apa-apa yang berkaitan dengan bacaan ilmiah. lagipun, saya tak membaca (sangat) sepanjang cuti musim panas ni. jadik, begini lah. saya mohonkan telinga (atau mata) awak untuk mendengar (atau membaca) luahan hati saya. saya harap awak larat, ya?

sekarang dah masuk tahun baru, 2013. awak sedar tak yang ini bermakna, dah tiga tahun saya menulis kat awak? kali pertama saya menulis, saya menceritakan perihal ketidakpandaian saya dalam memasak. but, as time goes by, i do feel that i've changed a lot to be a better person. saya dah reti masak, awak. lagi-lagi masakan ala barat dan jugak hidangan berupa sayur. still, saya masih lagi rasa skill saya tak berapa hebat. ye lah, tak kan awak nak makan western food sepanjang masa, bukan? saya yakin, lidah awak lidah melayu. perut awak pun sama. mesti tak tahan punya nak menelan salad, kentang lecek, sandwich, stik ataupun ayam belanda panggang. jadik, saya mesti lah belajar masakan melayu. contohnya, masak lemak cili api (oh, saya suka lauk ni!), nasi lemak sambal ikan bilis, kailan ikan masin, kari kepala ikan, asam pedas (atau gerang asam - saya dah jadik orang melaka) dan jugak sayur lodeh. eh, macam banyak pulak yang saya kena belajar. 
em, takpe lah. demi awak, apa-apa pun saya sanggup :)
by the way, saya nak request sesuatu. katakan lah saya masak semua ni untuk awak, boleh tak kalau saya sekadar teman awak di meja makan saja? saya tak nak makan sebab saya takut sangat-sangat dengan kandungan bahan masakannya. tolong lah, jangan paksa saya, ya? saya kena jaga calorie intake saya so that berat saya sentiasa maintain (atau menurun) dan ukur lilit pinggang, peha dan lengan tak terbabas daripada ukuran sepatutnya.

bila saya fikir-fikir balik, bagus jugak kita tak dipertemukan lagi. sekurang-kurangnya, saya ada masa untuk bersiap sedia menjadik seorang isteri yang terbaik dalam hidup awak. saya tak nak awak menyesal kerana bernikah dengan saya. saya sedar, saya ni banyak cekadak kerenah. tak makan nasi lah, tak makan ayam/daging, tak reti masak masakan melayu, tak pernah selesai dengan masalah tidur, sungguh beremosi, cepat sangat terjangkit selsema, dan macam-macam lagi.
sobs. 
bunyik seakan teruk hidup seorang saya ni. jadik, rela kah awak habiskan riwayat bersama saya?

awak, 

cukup lah saya menulis sampai sini. dah panjang sangat saya berceloteh. kang, tak pasal-pasal awak tertidur, pastu saya rasa upset dan mahu merajuk sama awak. then, susah-susah awak kena pujuk saya pulak.
eh, awak. sebelum saya terlupa. saya ada satu soalan untuk awak.
sampai bila awak nak bersembunyi dari saya?

alright.
until then, please take care for now and all the best in whatever you're doing at the moment in your life.

salam sayang,
future wife
in.



[ photo by : becauseIRnutty ]

tolong pimpin tangan saya hingga ke sana



cuti musim panas : ke negeri bawah bayu #04

antara sebab aku ke tawau ialah makanan laut nya.
mama paling tahu aku suka makan seafood. you just name it - ketam, udang, sotong, kupang, ikan besar - semua tu adalah mouthgasm.
jadik, hari keempat (yang mana esoknya aku akan pulang ke semenanjung), bapak dengan mama bawak aku dan awin pergi makan ikan bakar. too bad, aku sekarang tak makan banyak dah. mungkin sebab aku dah train this tummy to eat modestly, so, it's no longer can accept food in large amount. anyhow, i did enjoy eating. nasib baik bapak tak order banyak sangat. itupun, masih lagi berbaki.



ni ikan yang bapak mancing malam sebelumnya



 syurga duniaaaaaaaaaaa


***

hari terakhir aku di tawau, bapak sempat drive along a coast sebelum pergi ke lapangan terbang. aku teringin nak tengok laut walaupun aku tak berapa gemar pasir pantai. 



foto sengaja di-blur-kan
bajet misteri gitu 


perjalanan pulang ke semenanjung tak payah pun. semuanya berjalan lancar dan kali ni, manusia yang duduk sebelah aku (yakni seorang lelaki lewat duapuluh-an) tak kacau aku pun. so, i had my own time during the whole journey. peacefully, i could read fixi tabu, fall asleep (well, we both did) and eat cadbury strawberry choc (aku tak jumpa dark chocolate kat lapangan terbang. isk).
sampai je kat lcct, abah-umi-kakak picked me up and we directly headed to kuala lumpur for majlis akikah kak ayin.



this is my awin. she's such a wonderful family.
p/s : only a champion can win her heart. eceh !


basically, seperti yang pernah aku kabarkan, percutian ke tawau adalah salah satu siri pelarian aku. but, coming back from tawau has made me to learn that, jauh mana pun kita lari, we're not going anywhere actually. it won't help you unless you face whatever things that you're running from.
but well, as zafree has said before, running is always your choice dan bagi aku pulak, running is always my middle name. 

ok, next in the list to travel -
oopss. it's not auckland yet.
and definitely bukan ke luar negara.
stay tuned ya !



cuti musim panas : ke negeri bawah bayu #03

hari ketiga.
aku tak pergi mana-mana. sekadar berehat di rumah and watched the telly. kira ok la jugak aku menengok tv sebab dah lama sangat aku tak layan. sebenarnya i don't bother at all with tv programmes. i'm a lappy-person. most of my time layan siri house md. ataupun, tengok video-video youtube. contohnya,video michellephan (i've been following her since five years ago kott)




after watching the video, aku macam - eh, nak test la tutorial ni. lagipun, macam best je. besides, i have some money from the YB, so why not having some stuff on my eyes kan.
so, here's what i have -



this is the first time i bought the silkygirl eye shadow.
for the mascara, i'm fucking love it.
so does the eyeliner. tak pernah lagi aku menderhaka beli eyeliner dari brand lain tau.


but, as i am saying, takde lah tebal mana aku apply my make up. in fact, i just paid attention to my eyes. takde pun aku beli foundation, concealer, mineral powder, blusher, bronzer, eliminator, highlighter or any lipstick (mungkin satu hari nanti aku beli kesemua nya ? kecuali lipstick, 'cause bibir aku alergik. sampai sudah tak boleh pakai lipstick or lip gloss. sobs).



tadaaaaa !
abaikan mata panda itu.
sekian.


i've told you - tak tebal pun.
and my lips are a bit pale since i'm only using vaseline and lip ice sheer colour.
o, ni masa aku kat batu pahat - dah pulang dari tawau.

yeah, basically, that's my third day in tawau.
bak kata michelle setiap kali sebelum habis video dia - good luck.



cuti musim panas : ke negeri bawah bayu #02

mama, untuk pengetahuan kalian, seorang guru besar di sekolah kebangsaan bandar tawau. dan dia (ketika aku maklumkan kepulangan aku) sedang menjalankan satu program kecemerlangan untuk budak-budak upsr. so, alang-alang aku dah sampai tawau, mama mintak aku kasi talk pada budak-budak ni. huish. first time aku dapat tahu, tercengang jugak. ye lah, budak kecik umur duabelas tahun. apa ke menda nak dicerita kan ? kalau untuk budak-budak alevel, memang laju macam air aku bercakap.

sebab tu, dalam airplane, aku cuba buat nota. tapi cubaan aku tergagal dek kakak sebelah yang beriya nak borak sama aku.
anyhow, mama dah pesan - aku cuma perlu ceritakan perjalanan akademik aku. contohnya, tips untuk sukses dalam peperiksaan. atau pun, pantang larang yang aku buat sepanjang belajar. lama jugak aku dok pikir pasal ni sebab aku takde apa-apa rahsia kejayaan (cewah) pun. well, aku bukannya orang hebat. spm pun kantoi dapat lapan A dua B. alevel, toksah cakap lah. dua kertas kena mengulang.



budak-budak yang lalu-lalang, sekejap panggil aku cikgu. sekejap panggil aku akak.
apa-apa je lah, sayang ~


hari kedua, i got myself prepared. pakai baju kurung kedah (ni baju lama dan rupanya, kain baju ni dah besar oi!) and pakai make up nipis. ah, tak pernah lagi seumur hidup aku pakai make up tebal. sekadar apply some toner, bb cream, bb compact powder, brown eye liner, mascara and vaselin
siap.

pastu, mama dah pesan. nanti, YB nak datang - kasi sumbangan. aku iyakan saja.
nak tahu sumbangan apa dia kasi ?
setiap pelajar akan mendapat seratus ringgit ouh ! memang caya lah.
dan, ehem. para penceramah tak terkecuali ok. tapi, nilainya bukan seratus ringgit lah *wink*

so, ikut perancangan, sesi aku adalah sesi yang kedua (yakni sesi terakhir). sesi pertama, awin yang handle. jadik, sementara awin dok pungpangpungpang dengan budak-budak tu, aku layan step up revolution kat laptop dia, provided i covered the projector lah.



mampus aku kalau tak cover projector.
kott ada kissing scene, tak ke naya ?


ok, tentang sesi aku, tak perlu lah aku ceritakan in details eh ? tak banyak pun aku cakap. ada lah lebih kurang dua jam aku dok goreng-goreng dengan budak-budak. lepas tu, aku tunjukkan gambar-gambar aku kat auckland.
habis.

sebelum program ni betul-betul tamat, mama mintak aku dengan awin berikan penanda buku kat setiap budak. awin bagi kat budak perempuan. aku pulak bagi kat budak lelaki. 
this was the fun part.
masa aku bagi penanda buku kat barisan terakhir, tiba-tiba,

"kak, boleh ka saya mau otograf akak ?" 

a small, cute boy he is.

"ha ? aa...boleh..."
"ok, kak-"
"mau ditanda di mana ?"
"di sini kak (hulurkan pencil case)"

sebab aku ingat dia sorang je yang nakkan otograf, aku sempat tuliskan -

'belajar rajin-rajin tau ! all the best :)'

habis je aku sign, tiba-tiba datang lagi sorang budak laki, asking me the same thing. aaannndddd it happened that, kesemua budak kerumun aku. aku terpaksa lari ke meja (sebab aku tinggalkan handbag di situ) dan budak-budak ni mengikut. 
gila ah.
macam ni ke perasaan kena kejar dengan peminat ?
punya lah ganas mereka tu, sampai sesak nafas aku dibuatnya.
aku, seriously, tak cukup oksigen. sampaikan aku terdengar sorang budak cakap,

"weyh, kesian akak ni. dah macam tak bernafas dia"

hamek kaawwww
agaknya, kalau dia tak sound, boleh pengsan kott aku ? 
dengan kudrat yang berbaki, aku suruh dorang beratur kalau nak sangat otograf. 
walaweyh ! 
ini betul-betul artis kahkahkah

penat sebenarnya layankan mereka. dorang bukan takat nak otograf. sekali dengan emel and nombor telefon dorang mintak. aku bantai kasi je.
gua tak heran sebab less than a month to go, gua akan balik auckland. jadik, takat nombor telefon malaysia, apadehal.

pulang rumah - aku rehat kejap. then, solat.
lepas tu, sampai ke lewat petang aku hentam tidur.



cuti musim panas : ke negeri bawah bayu #01



one travels more usefully when alone,
because he reflects more
- thomas jefferson.


mana lagi kalau bukan ke sabah, ye dok ?
lebih tepat, aku ke tawau untuk ketemu mama dan bapak. hei hei hei. jangan keliru. sememangnya aku punya ramai ibu di dunia ni. yang di melaka, yang di sabah, yang di auckland dan mungkin, yang di --
ok, tak tahu lagi lokasi rumah mak mertua aku kat mana hahaha

memandangkan harga tiket airasia berkadaran rendah (sebab aku pakai new zealand dollar), aku mohonkan permission daripada abah.
and he okayed with it.

nak dijadikkan cerita, malam sebelum terbang, awin (anak perempuan mama merangkap adik kepada kak ayin) maklumkan aku yang tiketnya lebih awal dua jam daripada aku. habisnya, kami takkan duduk dalam flight yang sama.
FUCKING GREEEATTTT

"kak, macam mana ni. nanti in fly sorang-sorang" 
"ala in, kau bayangkan kau melancong overseas. kalau kau tak tahu, kau tanya orang (kakak betulkan tudung depan cermin)"

itu je pesan kakak.
tak tahu, tanya.

ah, apadehal. kalau kat auckland aku boleh merantau, takkan lah ke sabah aku tak boleh ?

secara jujurnya, actually i never know kat mana domestic departure lcct. yang aku tahu cuma international departure.
so, percutian aku kali ni mengajar aku untuk menjadik lebih independent. 
dari melaka, aku naik bas (dan berborak dengan seorang businessman yang aku kira sungguh la kaya nauzubillah !) dan turun terus di lcct. tarik handluggage and menuju ke marrybrown. walaupun alone, i was not that lonely. mula-mula, aku layan whatsapp. pastu, instagram. then, facebook. after that, baca fixi tabu. habis satu chapter, dengar pulak hoobastank - dari lagu if i were you hinggalah la razon.

bila nak dekat boarding, aku pergi ke domestic departure (oh, masa ni aku dah jumpa dah - takde lah jauh nau dari international departure, heh).
but, the thing is, aku tak tahu macam mana nak ke  kaunter RT 52.
apa lagi, aku pasangkan muka comel-innocent-clueless and pelan-pelan, aku pergi tanya pak guard kat situ ;

"encik, (aku mendongak sebab dia agak tinggi orangnnya) saya nak pergi RT 52 tapi saya tak tahu"
"oh, adik masuk ke lorong ni (sambil tunjukkan aku barisan manusia yang tengah scan luggage)"
"kena scan bag ke ?"
"iye"
"ok encik. terima kasih"

bila aku dah masuk lorong tu, tiba-tiba pak guard tu (ah, dia bukan lah tua sangat sampai pangkat pak cik) pergi kat aku ;

"adik, ni handluggage ke ?"
"haah"
"kalau macam tu, tak payah scan. adik terus masuk"
"ok (senyum)"

sampai kat RT 52, kaunter airasia still tutup. padahal, board dah tulis, kaunter sedang dibuka. takpe lah. i chose to wait like a person who lost a direction.

"excuse me" aku hentikan seorang pegawai lcct yang bertugas and roaming kat situ.
"am i correct i'm at RT 52 ? sebab board tulis kaunter dibuka. saya nak pergi tawau"
"ok, mungkin kami ada kesilapan teknikal kat sini. untuk penerbangan domestik, you can go to kaunter RT 44 hingga RT 48 (senyum)"
"oh, ok. thank you ya"

aku tarik handluggage and guess what ?
rupanya, kesemua penerbangan domestik bercampur-aduk dalam kesemua kaunter yang disebut. aku tengok jam.
2.45 petang.
my flight will be boarding at 3.15pm.

"encik"

aku panggilkan dia sekali lagi.

"takde kaunter untuk web check-in ke ? sebab saya dah buat web check-in sebenarnya"
"hmm...ok, gini. maybe you can --"

dia terhenti dan paling ke seorang pakcik bersama famili-nya yang menunggu depan aku.

"pakcik boleh ke kaunter RT 44. cepat sikit"

"eh, what about me ?" aku menyelit.
"sekali" dia jawab.

agaknya, dia ingat aku anak pakcik tu kott ?

masuk ke airplane, tak ada siapa bantu aku dengan handluggage. nasib baik aku tak bawak barang banyak. so, bila berjengket tu, kira sampai lah jugak nak masukkan beg dalam compartment.

"study lagi ?" tanya akak sebelah aku after one hour tak bercakap.
"haah"

masa ni, aku tengah tuliskan something dalam buku nota university of auckland. and yes, ada sorang laki yang asek pandang-pandang aku through the gap in the seats. aku senyum kat dia dan dia senyum balik kat aku. tak faham kenapa he looked curious seeing me writing.
sebab aku tangan kidal, atau sebab aku travel alone ?
aku kurang pasti yang mana satu reason-nya.

"akak ingatkan budak sekolah rendah mana tadi. dah la sorang-sorang"

aku gelak.

dan sepanjang perjalanan ke tawau, akak tu tak habis-habis bercerita sama aku.
hilang kisah aku nak buat nota.



malaikat pelindung


malaikat pelindung aku.
selamanya.


"farahin ok?" mohd tanya tiba-tiba.

aku baru usai mandi, tengah punggah baju-baju yang kakak baru angkat petang tadi.
aku terus pandang mohd sambil tangan tak putus asa memunggah.

"ok je"
"iye ?"
"kenapa ?" aku soal pendek.

heh, jumpa pun seluar.

"takde lah. you nampak unsettled"
"apa dia ?"

sebenarnya, suara mohd sayup-sayup telinga aku menangkap. dia kat meja makan. aku pulak kat depan tv yang tengah memekak pasal cerita apa entah.

"farahin nampak macam ada something wrong"
"i'm ok lah"

aku cepat-cepat naik tangga, masuk bilik.
kunci.

***

aku baru pulang dari siri pelarian.
minggu lepas, aku ke tawau sebenarnya.
lima hari kat sana.
dan lima hari yang aku rasakan aku boleh lupakan sekejap tentang sesuatu.
tapi rupanya, tidak.

mohd awal-awal lagi dah dapat tangkap.
ye, pelarian ni adalah satu kegagalan mutlak.



amaran

dah masuk musim kelapan. 
kalau untuk sesi mengulangkaji, baru masuk musim ketiga. ah, ulangkaji la sangat. bukannya catat sebarang kata dua. hanya mata galak menempel pada manusia berkot putih bersangkutkan stetoskop.

dah masuk musim kelapan.
dan kesemua watak (that i know of) fuck up dalam relationship masing-masing. house dengan cuddy. chase dengan cameron. foreman dengan thirteen. taub dengan rachel. wilson dengan several of his failure in marriages. adams dengan bekas suaminya. dan park dengan boyfriendnya yang curang.

weird enough.
they are all profesionals who have the skills to save people. yet, they can't save themselves.

apa yang cuba disampaikan ni ?
amaran tsunami jangan bercinta dengan seorang doktor, barangkali.

mungkin aku patut siap-siapkan pasport.
dan jugak beg baju.
senang nak lari.
dan bawak diri, pastinya.



cuti musim panas : ke hutan gui #04

hari keempat merupakan hari terakhir melancong di kota guilin sebab hari kelima consider nak balik dah.




1. crown cave
tempat pertama yang kami kunjungi. 
perjalanan ke sini agak panjang - maklum lah, nak masuk gua kott. haruslah di ceruk pedalaman sikit. so, my breakfast was a bit extra and heavier. in fact, aktiviti masuk ke gua boleh dikatakan non-leisure. lots of energy need to be consumed for walking (and camwhoring).
untuk memasuki gua, pertama sekali kami kena turun menggunakan elevator (sila rujuk gambar atas sebelah kiri). ini lah elevator asia yang pertama dibina dalam gua. tak silap aku, ianya berketinggian 50 meter. bila dah betul-betul masuk ke perut gua, ada banyak gila stalactites and stalagmites. you'll find them so amazing and of course, sakit tengkok nak menengok.




selain berjalan, kami jugak menyusuri sungai menggunakan sampan dan lorong-lorong gelap menggunakan keretapi mini. paling menarik, dalam gua ni ada air terjun ouh !




2. toko sutera
ya, kami ke industri sutera kali ni. kami dipamerkan kitaran sutera - bermula daripada kejadian ulatnya hingga lah penghasilan kain sutera. kerana sutera ini adalah hasil alam semulajadi, ianya baik untuk kesihatan. apa orang putih kata, natural beauty ? ha, gitu lah. kata pegawai di industri ni, khasiat sutera tidak boleh disangkal lagi. sebab tu, nilai sutera adalah tinggi dan pada zaman dahulu, hanya maharaja dan golongan istana yang memakainya. produk yang terkenal di sini ialah silk comforter. kalau nak beli kain ela, elok lah kiranya kamu semua ke kota beijing atau guangzhou. di sana ada banyak pilihan dan harga pun boleh tahan best.




5. toko mutiara
kami tak lama pun berada di toko sutera kerana seterusnya, kami ke toko mutiara pulak. acara membeli-belah di toko mutiara tak sekencang seperti di toko jed. mungkin kerana kami tak berjumpa dengan ceo syarikat mutiara ni, langsungnya, tiada harga istimewa yang diberikan.



duuhh 
aku sendiri rasa bosan sepanjang berada di toko mutiara ni. aku siap camwhoring sorang-sorang (ye la, takde siapa nak layan aku kaannn). sebenarnya, ada jugak aku tengok-tengok cincin, subang dan rantai dalam kaca-kaca jernih tu. tapi -
oh dear, kalau mampu beli, baru lah syok. ini, takat mampu pandang dan blah pergi. sedih, tahu ?
maka, wahai future husband, boleh kah satu hari nanti kita ke sini semula dan membeli satu-dua barang ? saya promise tak mintak yang lebih-lebih (sambil buat muka paling innocent dan comel).



4. dream like lijiang
pada sebelah malam, kami menonton persembahan akrobatik pulak. but, it was not an outdoor performance seperti impression sanjie liu. instead, it was held indoor-ly. pun begitu, suhu yang dirasakan adalah sama dengan suhu di luar. sejuk gila ok. aku pun heran kenapa tak dipasangkan heater.
ada tiga babak yang dipersembahkan dan pada babak yang terakhir, aku dah tidur dah. tak larat aku nak tengok manusia berputar-putar atas pentas. and bila keluar daripada teater, aku langsung tak ada mood nak bergambar dengan ahli akrobatik. aku terus naik bas and tidur.

sebelum sampai di hotel jinpu, kami sempat lalu sebelah tasik guilin banyan dan tasik cedar. di situ, ada dua pagoda yang melambangkan matahari dan bulan. keindahan kedua-dua pagoda akan terserlah pada waktu malam saja. well, because i was damn tired and my eyes were half-closed, aku tak turun pun dari bas. in fact, kami semua tak turun sebab suhu makin lama makin sejuk. kepenatan tu, toksah nak cakap lah. memang terasa sampai ke tulang !
but still, surprisingly, i was willing to walk with umi in the midnight semata-mata untuk ber-shopping buat kali terakhir di kota guilin.
gila gigih, kan ?

***




hari kelima - tamat percutian aku di tanah besar china.
sememangnya, bercuti mengikut pakej pelancongan sangat melunyaikan. hence, ada dua perkara that i'll bear in mind. satu, aku tak nak dah bercuti pada musim sejuk. as a matter of fact, autumn and winter are never my favourites. walaupun aku dah dua tahun duduk kat tanah auckland, it doesn't mean aku boleh tolerate dengan dua musim ini (tapi, tahun ni, aku dah bercita-cita nak pergi ke queenstown sekali lagi on my winter break !).
dua, aku tak nak dah bercuti mengikut agensi pelancongan. i prefer to go backpacking with my friends. lagi fun. lagi adventurous. dan paling penting, lagi relax.

apa-apa pun, i should thank umi for spending some time with me in overseas. 
lima hari yang padat dan lima hari yang mengajar aku kental.

nota : tolong doakan aku cepat menyembuh ya ? selsema dan sakit tekak belum lagi menyurut :(
kan dah cakap tadi, i cannot tolerate with winter.

nota sekali lagi : ini adalah entri yang kelima ratus, wo-ho !



cuti musim panas : ke hutan gui #03

hari ketiga.
kami check out. 
oh, lupa nak bagitahu dalam entri ni. kami tidur di salah satu hotel di yangshuo (lupa pulak namanya apa) sebab dah lewat sangat nak pulang semula ke hotel jinpu.




1. shangri-la park yangshuo
kalau nak diumpamakan, taman shangri-la ni serupa macam sarawak cultural village. cuma, sarawak cultural village ada banyak etniknya. di taman shangri-la, hanya empat etnik ditumpukan : miao, yao, dong and zhuang. keempat-empat etnik ni, ada diceritakan dalam impression sanjie liu.
diriwayatkan suatu ketika dahulu, taman shangri-la adalah tempat yang paling indah di dunia (kata buddha). tak ada tempat yang boleh challenge dia (kata buddha). dan, diibaratkan seperti sebuah elisium (kata buddha).




ketika kami tiba di sini, hujan sudah renyai. tapi, anginnya, ya Allah. aku tak tahu macam mana dorang boleh pakai costume dorang dengan cuaca gini. kental sungguh.
untuk permulaan, kami dibawa naik sampan menyusuri sungai kecil dan melalui gua-yang-tak-diketahui-apa-ke-namanya (eish, kadang-kadang gua rasa lain macam tulis bahasa melayu to describe every bits of our journey. ok, sambung baca).
sepanjang sepuluhminit bersampan, kami dihidangkan (?) landskap semulajadi dan persembahan berupa nyanyian dan tarian daripada empat etnik yang dinyatakan. kemudian, kami naik ke darat bagi mengetahui tentang mereka dengan lebih dekat.



2. toko perubatan
habis di taman, kami ke industri perubatan. kami dibawa ke sebuah bilik (sudah tentu untuk acara mempromosikan produksi mereka) dan diberi rawatan urut kaki secara percuma. yay !
setiap individu dikehendaki terlebih dahulu merendam kaki ke dalam air herba yang bersuhu 99 darjah celsius. 
eh, gua tak tipu ok ? memang betul-betul panas pun.
teknik rendaman ;
mula-mula, biarkan telapak kaki di atas permukaan air. jangan masukkan kaki lagi, tau. main-main kejap dengan wap air supaya liang-liang pori terbukak. agak-agak dah serasi, masukkan buku lali dulu secara perlahan sebab epidermis di buku lali lebih tebal berbanding permukaan telapak kaki yang lain. kemudian, masukkan kaki sepenuhnya ke dalam air dan jangan sesekali mengocak. kaki mesti pegun.

lebih kurang sepuluh minit kemudian, masseur akan datang pada setiap individu. tapi, sedihnya, tak ada siapa yang datang kat aku. fine, ini pelik.
tiba-tiba, there was a lady came to me and asked,
"sister, how old are you?". aku jawab, duapuluhdua sambil buat tanda 'peace' (dan muka comel).
rupanya, kata pemandu pelancong kami, di china, sebarang urutan badan tak akan diberi kepada budak yang berumur duapuluh tahun dan ke bawah kerana dikhuatiri akan membantutkan pertumbuhan fizikal mereka.
damn, patut lah !




3. toko jed
macam kat toko perubatan, we were placed in a room and briefed about jades. seriously, the session was soooo boring. dah le hidang air kosong. kott kalau teh, gua happy la jugak. 
kedatangan kami ni of course dimaklumkan and surprisingly, the ceo of the jade company wanted to meet us. walaweyyhhhh
aku dah pikir dah - kalau ceo, mesti laki tua pastu perut boroi. berkot dan ada curut terkepit di hujung jari telunjuk dan tengah. ala, macam dalam filem-filem tipikal meleis.
sekali dia masuk, erk.
ok, he's not that old. he's not that handsome either. cuma, yang menarik perhatian aku, dia ni nampak humble. ye, betul-betul humble punya orang. pakai biasa-biasa je. gaya cakap cukup down-to-earth. and bila dia kisahkan pasal mak dia diselamatkan sepasang suami isteri melayu dari malaysia masa tsunami melanda banda aceh, muka dia boleh bikin orang tersentuh ouh. tapi aku tak nangis lah. 
so, sejak kejadian tu, mak dia dah pesan siap-siap - if ever malaysians pay visit to the company, personally go and greet them. then, give them a good price for every purchase. jangan sesekali kaut untung. and that tells the reason why i can wear a sapphire ring hihihi
(siapa lah pakcikmakcik yang nolong mak ceo ni. cukup bertuah kami)




4. seven stars park
actually, agak lama kami berada di toko jed. well, you know la perempuan ni. barang-barang kemas memang susah nak ditinggalkan. dan disebabkan kami begitu lama kat sana, kami hanya singgah sekejap saja di seven stars park. satu, untuk solat jamak takhir. dan dua, untuk bergambar kat bukit unta (atau nama inggerisnya, the camel hill). nampak kan unta nya ? 
well, bekas presiden AS, bill clinton pernah berucap kat sini jugak. dan untuk memperingati acara tersebut, sebuah batu peringatan telah dibina. 
heh, hebat.

hari ketiga kami ditutup dengan aktiviti membeli-belah (again !) di sekitar hotel jinpu. aha, masa ni kami dah ada kat nadi kota guilin dah. ikutkan hati, rasa takmo keluar. nak balik hotel, terus tidur. tapi, umi cakap rugi kalau tak keluar malam ni. oh yeah, shopping sememangnya tak pernah merugikan kan ?
so, i went out.
and i shopped till i dropped. 
literally dropped.



cuti musim panas : ke hutan gui #02

hari kedua menyambut kami dengan sedikit cabaran, yakni, suhu. perlu diketahui, sepanjang percutian ke hutan gui ini, aku susah nak dapat talian internet, which this troubles me to check on weather forecast. kalau di tanah auckland, at least i can just click on metservice and wal-la ! dah tahu dah nak kena pakai berapa lapis baju, berapa suhu alam, berapa kelajuan angin dan apakah kebarangkalian hujan turun. di guilin, tak. aku hanya bergantung seratus peratus pada instinct (pergh !) dan agakan berdasarkan pengalaman hidup di negara orang.




1. gunung yao
secara logiknya, kalau nak naik gunung, harus lah sejuk, bukan ? jadik, pakaian yang paling sesuai ialah dua-tiga lapisan thermal, bubble winter jacket, tiga pasang stokin dan sarung tangan.
oh ya. kami bukanlah literally mendaki. kau gila apa ?
kami naik kereta kabel. dan paling menyedihkan, kereta kabelnya tidak sejajar dengan imaginasi aku. damn !
aku ingatkan macam naik gondola. ghupanyaaaaaa




mana tak scary ?
sepanjang-panjang naik ke gunung, berdegup-degup jantung ni. mengalahkan rasa takut nak amek lesen kereta. dan bila dah sampai puncak, fuuuhhhhhh !
berkabus tak hengat dunia seh. lagi scary sebab tak nampak apa kat bawah sana. 




gunung yao merupakan gunung tertinggi di kota guilin. ia dinamakan sempena sebuah kuil yang dibina oleh pemerintah yao pada dinasti tang. kat sini ada dua belas patung buddha yang menurut kata pemandu pelancong kami, setiap seorang buddha akan memegang naungan seekor haiwan zodiak cina.




2. toko bambu
habis bercanda di gunung, kami terus ke kedai jual buluh perindustrian buluh. kat sini, pegawai dia akan terangkan khasiat menggunakan buluh.
paling ditekankan adalah kegunaan serat buluh yang dijadikan tuala. gadis itu lah pemandu pelancong kami. dia terus translate-kan bahasa cina ke bahasa indon/melayu. katanya, tuala daripada serat buluh cepat mengering dan mudah dicuci (tak payah pakai sabun kauuuu).




lagi impressive, sebongkah buluh mampu menyerap kotoran dan bakteria ! kerana teknologinya sebegitu, salah satu produksi mereka adalah kelalang air (water flask), yakni, terdapat penapis arang buluh (bamboo charcoal) di dalamnya. penapis tersebut bukan saja bertindak mencuci air, malah meneutralkan pH. eh, tapi, aku takde lah masukkan terus air paip.
ok, satu kelalang air (selepas diskaun) hanyalah RMB168, which only costs me RM84. what a bargain !
jadik tuan-tuan dan puan-puan, kalau ke kota guilin, jangan lupa beli kelalang air ni ya ?




3. li river cruise
kalau dalam bahasa cina, sungai li disebut "li jiang". "li" adalah namanya, manakala "jiang" bermaksud sungai.
sungai li, tak silap aku, adalah sungai terpanjang di china. kami tak belayar (?) sungai li dari nadi kota guilin. instead, we went down to yangshuo by bus which the journey took us about an hour. dari yangshuo, kami naik the-so-called cruise.




4. impression sanjie (sebut: san-jay-yeh) liu
hakikatnya, agenda ke yangshuo adalah untuk menonton teater ni. kalau tak ke sini, tak guilin lah kamu !
teater ni lain dari yang lain. kenapa ?
sebab, ia merupakan teater berkonsepkan naturally outdoor. penonton akan duduk di tempat terbuka (seperti di stadium) dan para aktor akan melakukan persembahan di atas platform air.
air ? ye ! air !
yakni di atas sungai li itu sendiri. dikatakan inilah teater alam semulajadi yang terbesar kerana menggunakan tirai latar berasaskan duabelas gunung, langit, sungai, lembah, angin dingin dan pancaran cahaya seolah-olah dari rembulan. jadik, ini merupakan konsep terbaru dalam pembikinan teater because of its collaboration between human technology and the God's creations.
ha, tengok, tak payah guna kaca mata 3D, 4D atau 5D. semua memang real.
setiap hari adalah pengalaman yang berbeza kerana ianya bergantung pada cuaca dan suhu alam. nasib kami agak baik sebab tak hujan. kalau hujan, memang basah kuyup lahhhh
kata pemandu pelancong kami, the director of this impression sanjie liu (by the name of zhang yimou) was once appointed to choreograph the opening and closing ceremonies of 2008 summer olympic games in beijing. hence, whoever has watched both ceremonies should have a picture on how the impression sanjie liu works.
pementasan hanya berlangsung selama satu jam dan setiap malam, akan diadakan tiga kali pementasan. bagi setiap pementasan, sekurang-kurangnya stadium dipenuhi oleh tigaribu orang. oleh itu adik-adik, meh sini akak nak pesan sikit. kalau nak ikut mama dan papa ke tempat ni, jangan ngada-ngada nak lepaskan tangan ok ?
akak tak main-main tau.




habis saja tengok teater, kami dibawa ke hotel. masa ni, aku dah tak larat gila. serius penat dan lunyai. dengan angin dingin dan hidung yang sentiasa berair - gua kalah.
umi pulak larat nak bershopping kat west street (ye lah, dia bantai tidur satu jam masa orang semua dok tengok teater). aku tak boleh. aku nak rehat.
so, i switched on the aircond (which i heightened the temperature up to 30 degree celsius), bersihkan badan, solat sekejap, pastu amek table runner, hamparkan betul-betul bawah aircond. kemudian, buat air teh cina, geledah back pack and tadaaaaa




nasib baik aku beli roti gardenia kat malaysia. tambah pulak ada sambal tempe umi - memang terbaheekkk !
well, aku tak jumpa piring. punya la lapar sangat, gua balun ashtray je.
lantak lah.



cuti musim panas : ke hutan gui #01

nama saja cuti musim panas. walhal, aku ke tempat musim sejuk. jadik, ianya sepatutnya apa ?
untuk pertama kali, umi bawak aku bercuti ke luar negara - china. dulu-dulu, umi plan nak bawak aku pergi bandung lah, singapura lah, india lah. tapi tak jadik pun. so, untuk cuti kali ni, aku langsung tak meletakkan sebarang harapan.

as the saying goes, hope is for losers.
dan aku bukan seorang loser, ok?

aku pergi bawah agensi pelancongan KSD. maka, sebarang kos melibatkan penginapan, aktiviti, pengangkutan dan makanminum, aku surrender awal-awal. aku tak tahu. semuanya sudah diuruskan. kau bayar, kau merasa. sebab tu aku cakap kat umi, backpacking ni bukan lah backpacking cikai like i used to experience. instead, ianya mewah !

lokasi percutian aku - kota guilin. 
kota guilin tak macam kota beijing, shanghai atau guangzhou. ianya lebih kepada alam semulajadi, bukan bandar moden. so, aku umpamakan kota guilin seperti bandar queenstown.
ok, sebelum aku ceritakan itinerari guilin selama lima hari empat malam, meh sini aku bukak cerita sikit pasal kota ni.
dikatakan, dahulunya, kota guilin dipenuhi sejenis pohon. apabila berkembang, bunga daripada pohon itu akan menghasilkan satu bau yang wangi dan menjadikan satu kota berbau harum. 
"lin" bermaksud hutan. manakala "gui" adalah nama pohon tersebut. hence, the title of this entry.

penerbangan kualalumpur-guilin tak lama. lebih kurang tiga jam tigapuluh minit. kami tiba di lapangan terbang guilin pada pukul 10.15 pagi dan perjalanan dari situ ke nadi kotanya hanya empatpuluh minit. 




ni adalah restoran yang disyorkan agensi pelancongan kami. makanan dia, boleh tahan lah. makanan wajib yang ada kat meja ialah sup. tak kira sup apa. selalunya, sup sayur air. sekurang-kurangnya, setiap kali waktu makan, kami disediakan tujuh jenis hidangan berupa ayam, daging, telur, ikan dan sayur. satu perkara pasal restoran ni, dia takkan hidangkan makanan awal-awal. bila kitorang dah ada kat meja, baru dia start masak. pergghh ... !
nasib baik gua dah alas perut siap-siap. kalau tak, mau tak naya tahan perut lapar ?




habis lunch, kami ke masijd yang terletak bersebelahan dengan restoran. nama pun masjid cina, so, the design really tells me much. 




1. elephant trunk hill
aktiviti kami sekadar berfoto. bagi yang punya kamera tigaribu, boleh la amek gambar alam yang terbentang luas. bagi yang takde kamera, hah, jadik lah model tak bertauliah.




ok, model tak bertauliah macam gini lah ghupanya. hanya bayar sepuluh yuen sahaja untuk mengenakan pakaian tradisional ni. gaya tu semua, kau jangan risau. jurufoto akan guide punya.
dalam masa sepuluh minit, dapat la aku feeling-feeling kejap jadik puteri hang li po kehkehkeh




2. fubo hill
again, tak banyak benda boleh buat kat sini selain berfoto. tugu pahlawan berkuda tu sebenarnya seorang jeneral fubo yang bernama ma yuan . aku tak tahu samada dia terlibat dalam romance of the three kingdoms ke tak sebab aku belum lagi habis khatam. aku cuma tahu pasal battle of red cliffs yang melibatkan cao cao, zhuge liang (sebut: chu-ke li-ang), liu bei dan sun quan. nama ma yuan tak pernah dengar pulak. tapi, kalau dah sampai bina tugu, mesti dia terlibat dalam mana-mana perang in romance of the three kingdoms, ye dok?



dalam kawasan fubo hill, ada beberapa tempat yang menjadik tumpuan para pelancong seperti thousand buddha cave (which seriously has a lot of buddha statues), sword testing rock dan thousand men pot. 
setiap tempat, ada lagenda dan kepercayaannya. contohnya, sword testing rock. dikatakan, ma yuan buntu bila rundingan damai dengan pihak musuh tak berhasil. lalu, dia menghayunkan pedangnya yang tiba-tiba memecahkan tonggak batu. melihatkan peristiwa tersebut, pihak musuh segera menyerah kalah. 
sebab tu, kalau tengok betul-betul, memang tonggak batu tu kelihatan terpotong. dan, bagi masyarakat tempatan, mereka percaya yang barangsiapa mampu melunjurkan tangan melepasi tonggak batu tersebut, nescaya dia akan beroleh keberuntungan.
ke jodoh.
aku lupa. yang pasti, gua tak percaya lah.




3. toko teh
atau kedai teh. perlu diketahui, pemandu pelancong kami ni orang cina bandung. dia baru duapuluhempat tahun and she came to china to read chinese literature. makanya, dia berbicara bahasa indonesia sama kami. kadang-kadang, ada je perkataan dia aku tak paham, macam "anduh kecil" (tuala kecil), "wisata" (pelancong) dan amenda tah lagi.
yang tersusun menjadik tiang tu adalah teh pu-erh (silent H). secara faktanya, lebih lama usia daun teh ni, lebih berkhasiat ia. 



kami dibawa ke bilik khas terlebih dahulu untuk mendengar penerangan berkaitan teh-teh cina. sekurang-kurangnya, ada tiga jenis teh cina yang diperkenalkan. satu, teh pu-erh. dua, teh guilin dan tiga, teh - aku dah lupa nama dia apa. 
teh guilin berbau wangi sebab hakikatnya, kita bukan mereneh daunnya, tapi bunganya. 
teh yang aku lupa namanya apa, dia ada keistimewaan tersendiri. apabila minum, ianya berasa pahit. tapi, apabila diteguk air kosong selepasnya, tekak akan berasa manis. bak kata pemandu pelancong kami,
"biar pahit dulu, manis kemudian"
ye laahhhh




gadis yang paling hujung di kiri - dia lah yang menerangkan segalanya. she's a  real chinese dan atas dasar usahanya sendiri, dia belajar bahasa indonesia.
teh cina elok direbus atas api. daannnn tak perlu la kau nak tarok gula ye. yang bestnya, teh cina boleh mengempiskan perut.
aku memang minum teh tanpa gula. teh yang aku minum selalunya peppermint tea. lepas ni, i would love to practice drinking chinese tea. who knows, gua boleh jadik lagi slim ?

pada malam hari, kami dibawa shopping di sekitar kawasan hotel. mind you, hotel jinpu terletak di tengah-tengah bandar. jadik, banyak kedai sekelilingnya. disebabkan suhu malam yang dingin dan mata separa letih, aku tak snap satu gambar pun. lagi pulak, manusia boleh tahan ramai ouh ! kang kalau kamera tercicir, nangis tak berlagu aku ni.

ok, aku stop sini dulu.
nantikan itinerari guilin pada hari kedua yah !