[1]
dalam entri
ni, aku baru kupaskan fasa keremajaan - bila mulanya, bila akhirnya. baru sikit je tu. nak diibaratkan, ianya seperti
the tip of the iceberg. jauh lagi perjalanan kita, tuan-tuan dan puan-puan.
baik lah. kita mungkin melihat fasa keremajaan sebagai satu tempoh yang mempunyai satu siri sahaja (keseluruhan fasa keremajaan dikatakan mengambil masa sepuluh tahun daripada jangka hayat kita). pun begitu, kebanyakan saintis sosial berpendapat fasa ini sebenarnya terdiri daripada beberapa siri; awal remaja, pertengahan remaja dan akhir remaja.
awal remaja : 10 - 13 tahun
pertengahan remaja : 14 - 17 tahun
akhir remaja : 18 - 21 tahun
bagaimanapun, sesetengah penulis mencadangkan terdapatnya satu lagi cabang fasa kehidupan, yakni "emerging adulthood" (arnett, 2004) atau "youth-hood" (cote, 2000). dan terma ini hanyalah relevan kepada negara-negara maju seperti amerika, canada, australia, new zealand dan jepun.
secara kasarnya, fasa ni bermula seawal 18 hingga 25 tahun, yang pada asasnya, mereka ini tidak mempunyai anak, tidak tinggal di rumah sendiri atau tidak mempunyai pendapatan yang cukup bagi menampung kehidupan mereka pada usia 20-an. pun begitu, mereka dikatakan mampu berdikari dan sentiasa tertarik pada cabaran kehidupan.
bagi aku, memang patut pun malaysia tak ada istilah "emerging adulthood". satu, malaysia bukanlah dikategorikan negara maju, sebaliknya negara membangun. maka, sudah tentu istilah tu tak relevan. dan kedua, majoriti dalam masyarakat malaysia merasakan mereka yang berumur 20-an sudah pun mencapai tahap kedewasaan (adulthood). ye lah, ramai dah berkahwin dan membina keluarga sendiri serta ada kerjaya dan mencapai kestabilan hidup pada tahap ni.
ada banyak perspektif yang mendebatkan soal keremajaan. from extremely biological perspectives to extremely environmental perspectives. dalam kata mudah, pendebatan ini membincangkan sejauh mana faktor biologi (nature) dan persekitaran (nurture) mempengaruhi pembangunan manusia - nature versus nurture. walaubagaimanapun, pendebatan ini bukan bertujuan membuktikan siapa yang betul, siapa yang salah. sebaliknya, teori-teori yang diketengahkan hanyalah bertujuan membantu meningkatkan pemahaman kita tentang hakikat sebenar keremajaan.
berikut merupakan senarai teori yang aku belajar :
1. biosocial :
- hall's theory of recapitulation (g. stanley hall)
2. organismic :
- freudian theory (sigmund freud)
- eriksonian theory (erik erikson)
- piagetian theory (jean piaget)
3. learning :
- behaviorism (b.f skinner)
- social learning theory (albert bandura)
4. sociological :
- adolescent marginality (kurt lewin & edgar friedenberg)
- intergenerational coflict (karl mannheim & james coleman)
5. historical/anthropological
- adolescence as an invention
- anthropological perspectives (ruth benedict & margaret mead)
tapi, aku decide, aku tak nak kupas satu-satu teori ni. cerita banyak-banyak kang, berbelit kepala kau. to tell you the truth, there are some theories i've come across before. for example, organismic and learning theories. dua cabang teori ni, aku belajar masa tahun pertama dan tahun kedua universiti. kiranya, bila dah masuk tahun ketiga, teori freud, erik, piaget, skinner dan bandura hanya disebut sekali lalu sahaja because you are expected to understand them well.
hakikatnya, pendebatan pasal hal kita (remaja) adalah antara pendebatan yang tertua. se-tua membawa kita semula ke kurun 18 apabila ahli falsafah perancis, jean-jacques rousseau, membuat anologi yang remaja ni, adalah seperti ribut yang mengganas -
"as the roaring of the waves precedes the tempest, so the murmur of rising passions announces the tumultuous change...keep your hand upon the helm"
walaupun tak ada bukti empirikal yang mengatakan fasa keremajaan adalah lebih '
ribut' berbanding fasa kanak-kanak dan dewasa, tapi, gambaran remaja sebagai mereka yang '
berdarah panas' masih lagi kuat berakar di minda masyarakat. kebanyakan cerita tentang remaja dikaitkan dengan unsur keganasan, pencarian identiti, penjiwaan yang memberontak dan kegilaan seksualiti. semua ini adalah tanggapan stereotaip, hinggakan ramai cendekiawan sosialis terpengaruh dengannya. maka, kebanyakan kajian yang dilakukan lebih banyak menumpukan permasalahan anak muda, bukannya pembangunan normatif mereka.
ribut kah manusia ni ?
[ terima kasih zaki ibrahim, bagi aku tepek foto kau ni hahaha ]
tahu tak, kerana stereotaip ni, remaja menjadik salah satu golongan yang paling disalahertikan? hence, treatment given to teenagers will be affected too. pun begitu, banyak kajian telah dilakukan dan semakin lama, kajian-kajian tentang remaja menjurus ke arah pandangan yang lebih tepat. menariknya, kajian-kajian tersebut tidak menolak pulak pandangan 'ribut' rousseau, sebaliknya para pengkaji sedar bahawasanya anak-anak muda mengalami kepayahan apabila meningkat dewasa. ha, tahu takpe !
ok, macam aku katakan tadi - remaja digambarkan dengan pelbagai konotasi negatif. i should congratulate mass media for portraying us so. dari zaman kita pakai piring hitam hingga ke zaman kita dengar mp3, kita sememangnya terdedah pada media. bukan takat terdedah, aku rasa kita memang dah sedia terendam pun. jadik, imej para remaja yang ditunjukkan oleh media sangat menebal hingga sebati dengan darah otak kita. ada penulis yang berpendapat gambaran anak muda jugak dipengaruhi oleh konteks sosial dan sejarah. pada satu tahap, golongan muda ni diimejkan secara melampau bagi memenuhi keperluan orang dewasa.
apa yang dimaksudkan memenuhi keperluan orang dewasa?
aku kasi contoh. pada era kemelesetan ekonomi, peluang pekerjaan sangat terhad dan ramai yang bersaing untuk menampung sara hidup. sebagai mengurangkan jumlah persaingan, golongan bijak pandai menggambarkan para remaja sebagai seorang yang tidak matang, tidak berpendidikan, tidak stabil dan memerlukan bimbingan. dengan gambaran sebegini, ramai remaja tidak diambil upah bekerja. contoh lain - ketika peperangan mencetus, teenagers of the same age dikatakan bersifat matang, bertanggungjawab dan mempunyai keupayaan tersendiri (pulak?). maka, ramai yang diserap masuk perkhidmatan tentera.
walau apa jua aspek sekalipun, kisah remaja dicipta untuk kepentingan pihak-pihak tertentu, be it, ahli politik, golongan borjuis atau para sosialis.
berdasarkan satu pol di amerika, golongan belia dideskripsikan sebagai manusia yang kurang ajar, liar, biadab dan tidak bertanggungjawab. mereka jugak dikaitkan dengan penglibatan jenayah, penyalahgunaan dadah dan seks rambang. hebatnya kuasa media memberi gambaran sebegitu hinggakan terciptanya satu istilah baru -
ephebephobia!
jadik, apakah kita sememangnya menakutkan? membahayakan? barbaric? monsterious?
perlu diketahui, apa yang aku sampaikan ni (daripada pembacaan buku teks dan beberapa laman web) bukan bermaksud memburukkan kehidupan remaja. sebaliknya, ia bertujuan memberi kita satu gambaran dan pemahaman yang jelas tentang dunia belia. fikirkan pengalaman kau. dan fikirkan pengalaman mereka yang ada disekeliling kau. semua orang melalui fasa keremajaan yang berlainan dan setiap satu pengalaman adalah unik kerana terdapatnya pencampuran daya luar. kita semua takkan sama secara total, tapi dengan teori-teori yang tercipta, mungkin kita akan lebih memahami siapa kita.
p/s : panjang jugak aku membebel kali ni. next time, kita masuk topik transisi biologi dalam diri remaja pulak.