sedikit bersepah, aku tahudari pagi hingga tengahari - penat aku settlekan dokumen MARA semalam. itupun, tak siap-siap lagi. punya la risau tak hengat dunia, aku cuma makan dua keping kek coklat je untuk sarapan pagi dan cepat-cepat bukak dokumen. dengan surat perjanjian buku kuning yang abah pergi liquid hinggalah borang keselamatan yang menanyakan perihal kawan akrab, semua tu buat aku exhausted dan tertekan. iye kawan-kawan, aku tak tipu. aku sungguh tertekan. ini tak boleh liquid, itu bukan tarikhnya, ini kena diisi penjamin, itu mesti disahkan - haih. macam-macam. tengok, aku dah ranting pasal menatang ni. takpe la, lepas 31 disember, aku cuba janjikan untuk tidak lagi membangkitkan isu dokumen MARA di kertas putih bawangmerahsquared.
maka, menjelang tengahari pulak, umi ajak lunch di seoul garden atas alasan fahd dapat 7A 1B. tahu tak dia B apa? pendidikan agama islam. hampeh. aku dengar pun, rasa nak tendang-tendang dia tu. kalau B sebab sains atau matematik, takpe lah jugak. ini, agama islam kott? agama islam ok.
fffiinnnneeee, iman tak diukur atas kertas peperiksaan, taappiiiii, urgh. geram aku. awal-awal aku dah cakap kat dia,
"fahd, kau ingat ni - ada lima subjek yang mesti kau confirm A dalam tangan. bahasa melayu, bahasa inggeris, sejarah, geografi, agama islam. yang lima ni, kau MESTI. yang lain-lain tu, macam boleh di...dimaafkan"
ini tak. yang lain dapat A tapi agama islam pulak dapat B. pasni nak pantau dia sembahyang ke tak. anyhow, fahd dapat anugerah pelajar cemerlang. aku macam...errrrr...
dulu, aku dapat 8A, tak dapat pengiktirafan pape pun. takat dibawa angin lalu je. tapi, dia?
baiklah.
aku sedikit cemburu sebenarnya.
nota untuk budak-budak tesl :
satu hari dalam bulan januari nanti, kita harus makan di sini.
harus. harus.siapa lagi yang tidak pernah kenal seoul garden?
sini aku terangkan serba sedikit. seoul garden ialah sebuah restoran ala-ala korea yang berkonsepkan layan diri dengan menu utamanya berupa steamboat dan barbeque. selain itu, ia menyediakan pencuci mulut seperti aiskrim dan ais batu campur serta makanan sampingan seperti nasi putih, mee, mihun, ayam goreng, kentang goreng, pau dan dim sum. juga, disediakan salad sebagai pelengkap hidangan. untuk bayaran individual dari hari isnin hingga hari jummat pada waktu tengahari ialah RM 22.99++ bagi orang dewasa, RM 11.99++ bagi kanak-kanak (berketinggian 0.9m - 1.3m) dan RM 17.99++ bagi warga emas berumur 55 tahun dan ke atas. seeloknya, bawaklah kad pelajar untuk mendapatkan bayaran RM 19.99++! kalau tak ada kad pelajar, bawaklah apa-apa kad (seperti kad perpustakaan) yang menunjukkan anda seorang pelajar. pergh...aku cakap macam gaya promoter je hahahahahaha
by the way, itu cuma harga makan tengahari dari pukul 11.30 pagi hingga 4.59 petang. untuk makan malam, harga sudah lain ye. begitu jugak pada hari minggu dan cuti umum, harga akan bertukar mengikut jadualnya. aku tak larat nak nyatakan semuanya kat sini. but roughly, harga per individu adalah duapuluh ringgit ke atas untuk golongan belia seperti aku. apa yang menarik, selain tempat duduk percuma (baca : free sitting), kau boleh makan banyak-banyak dan apa saja yang kau mahukan! duduklah kat situ berjam-jam dan melantaklah puas-puas. ni kalau buat reunion, memang awesome i tell you. because why? kita akan borak panjang sambil tangan kita ni masak makanan yang kita ambil. dah la kau boleh buat ais batu campur sendirian berhad. macam semalam, aku buatkan satu mangkuk untuk umi. boleh letak banyak-banyak sirap merah, sirap hijau, susu, kacang, jelly, buah-buahan cocktail, aiskrim dan oh my god. terliur pulak bila taip semua ni untuk korang. apa yang penting, turutkan nafsu anda bila dah sampai di seoul garden, tapi, awas. untuk 100 gram (tak silap aku) makanan yang tak habis dimakan, akan dikira dan dikenakan caj.
amacam, best tak?
kalaulah gumpalan salji disimbahkan segala macam sirap,
agak-agak, apa rasanya ya?baik lah.
apakah signifikasi tajuk entri kali ni?
seperti ais batu campur yang mana kau boleh tarok macam-macam dalamnya, begitu jugaklah malaysia ni kan - ada macam-macam bangsa mahupun etnik dan bila disebatikan, harmoni rasanya. ceh. macam iklan satu malaysia pulak. tak, bukan aku nak bercerita tentang malaysia walaupun aku bakal tinggalkannya lagi beberapa minggu. aku nak jadikkan ini entri ais batu campur sebenarnya. nak cerita satu satu, macam tak sempat. jadual sedikit padat.
bashier
in...kau memang free kan?
aku
maksud kau, cuti? ke...masa aku yang free?
bashier
sama la tu kan...
aku
tak...masa aku tak free. nak ajak aku jalan-jalan, tak dapat aa beb
bashier
tak nak lepak ke?
aku
lepak mana?
bashier
mana-mana la
ye, bashier memang panggil aku "in". jangan terkejut ok? dari umur tujuh tahun, aku dengan dia dah berkawan. dan agak tak best bila aku tak boleh nak janji dengan dia betul-betul tentang hal lepak-melepak ni. dia pun satu. timing tak kena. cuti aku dah nak habis, baru nak ajak segala bagai. ufff, complain lagi aku ni. fine fine fine. tutup cerita pasal kepadatan masa duniawi.
so, apa kata kita review sikit tentang aktiviti-aktiviti yang aku buat sepanjang aku tak update blog ni.
mari.
1. pengalaman medical check up (2)
aku dah agak dah adanya susulan episod dua selepas episod
satu.
ok, masuk ni, dah nak dekat lima kali aku jumpa doktor merican. penat aku. dia pun penat tengok muka aku kott. balik-balik, ada je yang tak kena. hinggakan dia tanya aku,
"awak ni, buat kos apa sebenarnya?"
tu diiaaaaaaaa
buat appointment banyak kali macam aku ni amek kos bombastik je. walhal...er...
this time, aku insist buat hepatitis c virus test walaupun doktor kata tak perlu. ini kerana, MARA yang kehendakinya. dan, terpaksa la amek darah sekali lagi. nasib baik doktor yang bertugas sungguh, sungguh baik. she's nice and i like her. sebab tu aku suka hospital swasta. perkhidmatan yang memuaskan!
2. pesta komputer peribadi (atau kau sebut PC fair?)
sejujurnya, itu adalah pertama kali aku ke sana, dan, pergh! ramai betul umat manusia. aku tak suka kawasan yang begitu sesak dan padat. pening dan lemas, kau tahu? atas alasan ni, aku taubat tak mahu lagi pergi ke kawasan orang ramai yang memang RAMAI, contohnya, stadium hang jebat. even kau ajak aku tengok konsert paramore atau mana-mana gig sekalipun, aku rasa, aku takkan ikut. mintak maaf awal-awal. konsert okestra yang duduk-tertib-ala-ala-elitist boleh la. itu aku suka. hihihi
dan ya, mungkin, itulah pengalaman terawal dan terakhir aku jejakkan kaki ke pesta komputer peribadi. lepas ni, takmo ah.
apa-apa pun, aku dapat beli kamera baru dengan harga sedikit murah.
christchurch, tunggu aku!
3. bibir mungil dan bulu mata panjang
kerana tertekan dengan dokumen MARA (banyaknya aku ulangkan perkara ni), umi ajak aku buat
makeover dengan cikgu nazrin. aku taknak. taakulan aku mudah - muka aku
hypersensitif. tak boleh pakai
make up, nanti rosak dan muka bakal jadik
monster. tapi, bila cikgu nazrin datang dan aku bagi alasan yang sama, dia mula terangkan bahawasanya, produk
mary kay memang diciptakan untuk kulit yang sensitif. aku ulang, produk mary kay ye. aku dah cuba. bermula dengan cucian muka, spa bibir dan akhir sekali, solekan di mata, ternyata wajah aku kekal tidak tercela, tidak rosak, tidak menggelupas.
it was great after all. kalian takkan menyesal mencuba produk ni.
eh, promote lagi aku ni. hahahahaha
cukup lah aku berhenti kat nombor tiga. ikutkan, ada lagi dua titik (baca : point) untuk aku nyatakan, yakni tentang gorgeous berry dan jualan hangat. tapi, lain kali lah eh. takut-takut kalian tak larat nak membaca pulak.
sekarang, aku mahu kembali selesaikan dokumen MARA. masih ada yang lubang-lubang.
p/s : perasan tak, entri aku sudah tidak lagi berbau melankolik. itu tandanya, aku sedang membina semula
empayar rom dalam diri aku. terima kasih atas doa kalian.