when auckland's sunny, we definitely won't miss it
pun begitu, tahun ni, aku tak berpeluang bergambar mewah bersama sakura. tak berkesempatan aku. entah apa yang aku sibukkan sampai terlalai menyimpan niat ke sakura lane belakang bangunan universiti. kadang-kadang, terhantuk jugak bila foto-foto sakura muncul di newsfeed bukumuka. yet, i just couldn't care less. mungkin saja sebab aku dah puas bergambar tahun lalu. bukan takat dengan sakura, tapi dengan tulip dan jugak magnolia.
dapat tangkap sakura yang hampir-hampir menghilang serinya.
takpe. asalkan ada, cukup lah.
takpe. asalkan ada, cukup lah.
ok. cukup tentang musim kegemaran aku.
ahad ni, aku bakal berangkat pulang ke tanah air. dan saat nanti, sedang aku terbang merentas benua paling kecil, sahabat aku yang lain sedang berjuang dengan kertas elektif masing-masing.
aku?
kertas elektif aku berupa assignment-based. dan sudah selamat aku khatamkan (dan dah dapat gred dah, yay !).
semester dua kali ni, subjek aku cuma,
1. EDUC223
2. LINGUIST203
3. LANGTCNHG300
4. ACADENG200
tiga daripadanya adalah assignment-based dan cuma LINGUIST203 meletakkan aku di kerusi peperiksaan akhir semester. ada yang melihat pola perjalanan akademik semester aku adalah tuah. tapi, bagi aku, sama saja. kau amek assignment-based paper, kau penat pulun segalanya sebelum masuk musim peperiksaan. kau amek exam-based paper, kau letih berhempas pulas di medan perjuangan peperiksaan kelak. either or, the challenge is still there - you just can't escape from it.
kau bayangkan, selasa minggu lepas, aku ada empat submissions serentak. mahu tak gila? dan disebabkan semua nak diserentakkan, ada submission yang tak mampu aku kudratkan sepenuh jiwa.
contohnya, pembentangan MARA professional development. itu adalah pembentangan secikai-cikainya. aku tahu, aku sebenarnya mampu berikan lebih daripada tu, but i just couldn't make it. it was too much on my plate back then. and since it's not graded, so, i think there's no harm to focus on other submissions yang memang sah-sah akan di-gredkan.
well, aku tak nak merungut lebih soal akademik aku di sini. kata kakak, aku cukup beruntung. perjalanan aku tak sepadat mereka di malaysia. ye lah, betul tu. tengok saja jadual kelas aku - satu hari, satu kuliah. dan kuliah yang paling lama adalah dua jam semata. habis kuliah, kaki boleh terus menapak pulang. tak ada aktiviti kokurikulum yang wajib dihadirkan. pulak tu, assignments yang diberi banyak ditolong coordinator dan lecturer. cuti - heh, bukan main banyak lagi. dan, ya, pergi ke kelas tak perlu beruniform. nak ponteng? silakan. tak ada siapa kisahkan. dan paling untung, bentuk soalan peperiksaan sudah dimaklumkan. kalau direzekikan, lecturer sudah bagitahu siap-siap apa soalannya. tinggal usaha kita mahu belajar atau tidak.
jadik, apa patut nikmat yang ada ni, dikufurkan ?



