tadi aku shopping baju. damn. naik gila tengok jusco tadi. semuaaaaa ada pattern baru. and semuaaaaa nak ada huruf bercantum-cantum cenggini - S.A.L.E.
sah-sah la bila kita baca, kita rasa macam -
"WOW! sale kottt! wajib la kita menghabiskan duit kan? kan? kan?"
ataupun kita rasa,
"urgh, kalau tak beli sekarang, confirm rugi. next time mesti dah takde kan? kan? kan? maka, segera la kita rembat apa yang patut!"
akhirnya, tahu saja, aku ada dua baju merah (lagi), satu baju pinky, satu baju hijau petronas dan satu baju light orange. ingatkan nak tambah lagi satu dress tapi, ehe...sungguh melampau jika begitu. elok lah kalau kita kawal nafsu ok?
hai.
apa khabar semua? aku sihat (eh, perasan. takde siapa tanya kau sihat ke tak, bawang).
cuma selsema sikit. heh. macam tak biasa pulak dengar kisah selsema aku. tapi, kali ni bukan sebab musim hujan atau suhu sejuk yang melampau. puncanya, aku kurang rehat.
kottt.
maklum saja, aku sibuk kebelakangan ni. serius penat layan tetamu. sampai sekarang tak hilang-hilang rasa letih. kenduri kali ni, ya Allah. itu, belum lagi kenduri kawen. kalau kawen, mahu berminggu-minggu baru nak stabil balik.
well, sekolah musim panas sudah labuhkan sauh. tamat jugak akhirnya. yeah, aku tahu, kalian menunggu-nunggu epilog sekolah musim panas. jangan nak sembunyi-sembunyi perasaan gembira tu. aku nampak kau sorak bila aku dah declare tajuk entri ni.
so, apa yang boleh aku complainkan pasal sekolah musim panas ni?
banyak.
sangat banyak.
kalau nak disimpulkan jadik ringkas, 80% aku depressed, tension, marah, dan emosional. bakinya, aku rasa gembira.
tapi, walaupun peratusan keriangan cuma 20 saja, the value does beat the agony. at least, aku simpan sikit memori sugar candy dalam benak aku walaupun dalam dada ni, segumpal darah tu menampung kesakitan yang padu. heh.
ok, berikut adalah senarai sugar candy aku :
1. bermalam di rumah
sebelum praktikal kat mrsm tun ghafar baba, aku balik rumah. aku tak nak duduk kat mrsm alor gajah since rumah aku, just 45 minutes to reach from there. knowing that cuma ada dua orang perempuan yang akan sama-sama praktikal dengan aku (yakni yasmin dan zila), so, apa salahnya bawak dorang sekali bermalam kat rumah. lagipun, kebetulan, rumah takde siapa-siapa. an, kakak, mohd and fahd plus tokmak dengan tokbak, semua takde. yang ada cuma umi dengan abah. of course rumah totally sunyi dan kalau aku tak bawak dorang balik, confirm aku merungut bosan.
jadik, bermula hari jumaat sampai ahad pagi, aku tak sorang-sorang. tidur pun berteman. bahagia je rasa. tengahari ahad, pergi amek nizar kat melaka sentral. lepas tu, gerak ke mrsm tun ghafar baba. faris sedia tunggu kat sana dengan abang dia. nice. nizar drive. aku suka. tapi, bila sampai mrsm tu, something bad happened. sangat buat aku pissed off. dan bengkak hati aku. bengang toksah cakap la. well, aku tak nak cerita kat sini what happened to us. biarkan benda tu diam. kalau siapa-siapa yang tahu, just, keep it silent ok? thanks.
so, the incident buat aku nekad nak balik rumah. aku cakap direct kat nizar, semua balik. esok, awal-awal pagi, kita bertolak sama-sama dari rumah aku. dan esok pagi, aku nak settle benda tu kaw-kaw dengan pihak terlibat.
yet, perkara tu tak dapat nak selesai dalam sehari. tak memasal kitorang kena balik rumah and berulang-alik. fine. aku boleh sabar lagi because the principal promised us that everything will be alright.
by the way, the reason aku bawak nizar balik rumah is, dia lagi cekap bab driving. biasa lah, booyysssss. dengan trafik waktu pagi dan kanak-kanak nak pergi sekolah, aku lagi confident kalau dia yang bawak kereta. but then, tak kan bawak laki sorang je kan? nizar pemalu. that's why dia ajak faris tidur rumah sekali. besides, faris tak nak tinggal sorang-sorang kat mrsm tun ghafar baba. regarding zila dengan yasmin, dorang memang wajib balik dengan aku. yes, aku admit, aku manja nak ada mereka berdua. so, end up 'family' aku lengkap. we have abah and umi, a big brother named faris, two sisters - yasmin and zila, me as the forth child and nizar, the youngest one. sepanjang dorang ada kat rumah, we really made our day. never in my life, ada experience macam ni. masak sama-sama, makan sama-sama, borak sama-sama, iron baju sama-sama, dobi sama-sama, beli barang sama-sama.
bahagia :)
dan, start dari sini lah, baru aku kenal zila macam mana, faris macam mana (these people are not KMS-ian. aku baru kenal dorang bila sekolah musim panas bermula).
perasan tak, gambar kat bawah,
nizar dengan bawang tak ada.
eh?2. corner baring
hari pertama pergi sekolah, aku dah lambat bersiap. heh, bukan aku sorang saja tahu? nizar pun lambat jugak. zila, yasmin dengan faris dah sarapan pagi, dia baru nak turun makan. ok, tu waktu pagi.
bila nak balik rumah which is tengahari (and kitorang punch out 1.23 pm. first day lagi dah break the rule hahahahaha), masing-masing dah letih. naik kereta, muka sekor-sekor dah toya. aku pulak, ngantuk. end up, aku tidur. yang lain pun sama, kecuali faris sebab dia yang drive. nizar malas. dia nak tidur. tak memasal faris kena. tengah syok aku tidur, sekali, elok je badan aku tersendeng ke yasmin. tak sampai berapa minit, tersendeng ke zila pulak. aku terus bukak mata. ok, semua bukak mata kecuali nizar yang duduk seat depan, tengah tidur nyenyak nak mampos. aku tengok cermin atas. nampak faris tersenyum-senyum.
ceit, gila dengki!
dia buat corner baring bila lalu selekoh.
3. dataran pahlawan
hari sabtu kitorang pergi sana. jumpa budak-budak yang praktikal kat mrsm terendak. takde menda sangat. kitorang cuma makan-sembang-tengok khurafat. that's all.
oh ya.
ini nota ringkas untuk yang bakal.
"dearest dear my future husband,
if we're about to watch movies in cinema, please don't pick the horror one, will you? if not, i totally will be dying horribly in there. and you really, really, really don't want me to hold you tightly till you'll surely feel the pain just because of my strong grip, right?
i don't want my nights to be haunted by those creepy things :(
please, a big no-no for horror movies.
loves,
your future wife"
on the way balik rumah4.makan malam
lepas hari selasa, kitorang tak berulang-alik dah. sakit bontot. dengan duit minyak lagi, tenaga lagi, nak bangun awal pagi lagi. huish. tak sanggup weyh!
so, after things back to normal, setiap malam, kitorang berlima, keluar makan kat kawasan jasin ni. asal dengar azan maghrib, terus solat. pap! bersiap. dalam lima minit kemudian, aku pick up nizar and faris depan surau. budak-budak belum lagi jemaah, kitorang dah pecut keluar dari mrsm, pergi melantak.rutin ni berlanjutan sampai malam terakhir kitorang kat sana. setiap malam, bagi aku, adalah malam-malam yang awesome. ada je benda-benda yang kitorang borak while waiting and eating the food. and, bila nak balik, kitorang (budak perempuan) hulur seterika kat dorang (budak lelaki). kalau pikir-pikir balik, tempoh praktikal ni buat kitorang lebih banyak berkongsi dan tolong each other. also, being supportive too.
ingat lagi entri
mendung ni? aku kenal faris tak sampai sebulan
ok, but, because we're too close and selalu
share every single things during this summer school, beban yang dia tanggung, sekurang-kurangnya kitorang merasa jugak.
right, that's another story, bawang
.
muka aku memang bahagia bila dapat makanan
:D5. kolam air panas
tak merancang pun nak pergi sini. the mastermind was nizar. dia yang usulkan cadangan nak jalan-jalan after dinner. aku ok je. since the bad news we got that evening had rocked us especially faris, aku rasa, going to kolam air panas memang terbaik. i know, it's difficult to accept the truth but this is what we called life. again, aku tak boleh nak cerita secara detail what had happened to faris (because aku tak dapat permission dari dia), but then, please, seperti yang aku pernah mintak dari kalian, doakan dia baik-baik saja. well, ni bukan lah memori yang candy sangat, tapi, memang aku akan sisipkan dalam celahan muka surat hidup aku.
aku ingat lagi, bila tengah tunggu dinner dan waktu tu aku duduk menghadap faris, aku banyak kali alihkan pandangan dari tengok muka dia. serius aku tak boleh nak pandang. muka dia cukup, cukup sugul. malam tu, tak banyak kitorang borak. aku tak pandai dalam kata-kata and aku rasa, aku tak layak bersuara masa tu. aku sedar, apa yang dia tanggung, takkan mampu aku imagine sampai mati unless aku sendiri yang terkena. that's why i prefer to be silent. somehow, being kayu pacak is way better than you try to be supportive when the fact that, you are not in the same shoes.
sampai sekarang, aku harap faris masih kuat.
bila tangkap gambar,
harus lah senyum walaupun hati meruntun sedihso, ini saja yang aku mahu kongsikan.
to be frank, sepanjang sekolah musim panas ni, aku banyak kali tertekan. and i don't know why. memang la kawan-kawan ada dengan aku, tapi, still, being me, aku rasa pressure. tak kira la kat mrsm alor gajah (yang mana pada waktu malam, semua tandas kat blok pentadbiran dikuncinya, menyebabkan aku bertambah hangen) atau mrsm tun ghafar baba. tekanan tu tetap nak ngendeng-ngendeng kat aku. macam hape ok?
but then, thanks to Him. sekolah musim panas dah berakhir.
sekarang, dalam kepala otak aku, aku nak siapkan assigment. yes, jangan terkejut. walaupun kaki belum terapung dari tanah, kiri kanan tangan sudah terpegang beban.
gambar terakhir sebelum masing-masing berangkat pulang.
jumpa kalian dalam pertemuan akan datang ya!