Memaparkan catatan dengan label cutimusimpanas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cutimusimpanas. Papar semua catatan

cuti musim panas : pesta tanglung

tahun ni adalah tahun keempat aku berada di perantauan. dan tahun ni adalah tahun ketiga aku pergi ke pesta tanglung di tanah auckland. pada tahun kedua, aku tak dapat pergi sebab aku pulang dari tanah melayu lewat sangat. masa tu, first time balik rumah after eight months being away (literally) from the family. so, bukan main lagi aku lepaskan rindu-homesick segala bagai. bila dah besar sikit, aku decide takmo duduk rumah lama-lama. jadik, i was back in the auckland city lil bit earlier - yakni, 22 februari 2012. then, bila dah besar banyak, bertambah-tambah awal aku beli tiket kuala lumpur-auckland, that is, 28 disember 2013.
errr..paham tak aku cakap ni?
ok-ok, aku buat senarai tarikh-tarikh tiket aku :

tahun pertama

auckland-kuala lumpur 
24 november 2011

kuala lumpur-auckland
22 februari 2012

tempoh bercuti di malaysia - tiga bulan (secara kasar)


tahun kedua

auckland-kuala lumpur
07 november 2012

kuala-lumpur-auckland
18 februari 2013

tempoh bercuti di malaysia - tiga bulan (secara kasar)

tahun ketiga

auckland-kuala lumpur
28 november 2013

kuala lumpur-auckland
28 disember 2013

tempoh bercuti di malaysia - satu bulan

***

i must say that i'm proud to not spending such a long time in malaysia. at least, kalau habiskan musim panas di tanah auckland, tahap bahasa inggeris aku tak lah berkarat sungguh. paling tidak pun, aku akan speaking once in a day dengan my medical team, sheryll, jurulatih-jurulatih gantang di gym atau pekerja-pekerja countdown. lagi best, ini adalah tahun terakhir pengajian aku sebagai anak rantauan. tak syok lah kalau dok lama sangat kat melaka tu. otak tak berkembang, beb. karang bulan jun dah nak back for good dah. ingat senang ke nak dapat kehidupan yang jauh dari abah umi? haaaa...
so, bagi aku, keputusan untuk balik malaysia selama sebulan sahaja adalah tepat. terrrr-sangat tepat :)

malam tadi, aku, yasmin dengan nadzirah pakat-pakat nak pergi pesta tanglung. tahun-tahun sudah, pesta tanglung taklah seawal gini. aku pikir, dia ikut peredaran bulan kott - makin lama, makin awal. serupa jugak dengan puasa (jeng jeng jeng). kalau puasa awal, raya pun awal jugak kan? kan? kan? kan?
nak balik rombau lah ! #eh

dalam perancangan, kitorang nak huhahuha sesama kitorang je. well, it's partaayyy baby. mesti lah berjoli-sakan. tapi, bak kata pepatah, kita ni merancang. Tuhan yang menentukan. kebetulan, ada dua orang budak bachelor of arts (aka pelajar tesl kolej mara seremban) baru sampai ke tanah auckland siang tu. sebagai seorang senior yang budiman (ehem) dan seorang kakak yang taklah-nampak-macam-seorang-kakak-pun (sebab aku awet muda, ok), kitorang ajak budak-budak tu pergi sekali ke pesta tanglung. 
bila tengok diorang tu, tak habis-habis memori tahun pertama berputar dalam kepala otak aku. aku ingat lagi, aku pakai cukup tebal walaupun masa tu musim panas. hidung aku pulak berair dan aku dapat selsema. kak nina susah-susah bawak kitorang pergi pesta tanglung dan layan kerenah DAN JAWAB SOALAN KAMI YANG TAH PAPE-PAPE. 
aahhh...those days --
[ mata bergenang ]

dah, tak nak bebel lagi.
mohon jemput melihat gambar-gambar pesta tanglung terakhir aku.
perlu diketahui ya, kamera aku kamera cikai. mana gambar yang lawa tu, kira nasib je. kamera orang lain canggih-canggih. jealous iolls.


sebenarnya pesta tanglung berlangsung tiga hari tiga malam


tapi aku pergi sehari je. itupun, waktu malam.
kalau  nak pergi tengahari, boleh.


cuma, kalau pergi tengahari, kau nak tengok apa?
tanglung bukan menyala


ada macam-macam tanglung sekitar taman albert ni


ada tanglung yang pernah aku tengok sebelum ni. ada yang belum lagi


naga ni, kurang pasti dia ada ke tak tahun lepas.
kecik je dia ni. aku pukul kang


tanglung ni pun not bad.
bila duduk bawah pokok ni, fefeeling romantik sikit


aku dapat tangkap gambar tanglung-tanglung dengan jelas
lepas ramai orang dah balik


aku ronda kat taman albert sampai
lampu tanglung dimatikan kott


kiranya, aku balik apartment lewat sikit aa.
kau jangan nak report abah umi, ok?


tanglung pahlawan kuda. ha, tahun ni tahun kuda.
perasan tak?


si penari dan si jelata.


tokoh-tokoh ilmuwan (kononnya)


pakcik jual teh


entah 


ni lah acara kemuncak pesta tanglung - melihat bunga api dari menara auckland
oh yeh !


yang paling rendah tu, yang paling muda usianya HAHAHA


macam biasa -
gambar bersama yasmin sememangnya wajibbulghunnah


ini, kalau ditakdirkan aku berkenduri kahwin,
mereka kena dapat seat VVIP
friends till jannah gittew [ muntah hijau ]



cuti musim panas : "in a hole in the ground there lived a hobbit..."

walaupun dalam entri sebelum ni aku menggalakkan kamu (terutamanya budak-budak tesl kolej mara seremban) menonton filem/drama inggeris tanpa sari kata, tapi, dalam kes-kes terpencil, adanya pengecualian untuk mewajibkan diri memakai sari kata. without subtitles, you might get lost and it's kinda pointless to watch the show. kes-kes terpencil yang aku maksudkan adalah filem/drama yang sarat dengan jargon. contohnya, house m.d atau siri the lord of the rings.

cuti musim panas bulan lepas (januari), aku habiskan tiga hari tiga malam menonton layar perak arahan peter jackson di kaca tv plasma. well, tv plasma apartment gua memang boleh cucuk pendrive pun, and then kau boleh fefeeling macam duduk dalam cinema. kiranya, memang layan habis ah - tak payah aku susah-susah keluarkan NZD 16 beli tiket wayang. heh.
ok, aku bukanlah peminat filem epik fantasi ni. in fact, aku tak pernah tahu jalan cerita dia.
serius, AKU. TAK. TAHU.
dan bilamana aku pulang semula ke tanah auckland aritu (28 disember 2013), yasmin dengan nadzirah tak habis-habis suruh aku tengok the hobbit : the desolation of smaug. aku dah pernah dah tengok the hobbit : an unexpected journey, tapi aku tertidur kat wayang tiga kali which that made me missed three scenes of the show #loser
pastu, nadzirah siap suggest aku dengar lagu ni,




memang layan la kan?
the thing is, aku sebenarnya dah blurr dah pasal the hobbit : an unexpected journey. senang cerita, aku lupa sungguh jalan cerita dia. kalau nak cakap pasal the lord of the rings (ketika itu), memang takkan mampu la derr. so, memandangkan aku ni jenis berinkuiri tinggi dan jenis menanya soalan "amenda la best sangat cerita peter jackson ni wehhh", aku amek inisiatif nak tengok siri the lord of the rings dan the hobbit : an unexpected journey. sebab tu senang-senang je tiga hari tiga malam cuti aku hangus gitu. 

sekarang, ehem.
YE - peter jackson memang legend. no wonder sambutan filem-filem dia lain macam. dan orang tak putus-putus nak pergi hobbiton. aku ingat, pasni aku nak pergi lagi sekali. baru betul-betul feeling !
the last time i went to hobbiton, aku tak rasa apa. nak kata happy, em...boleh laaaa. nak kata tak happy, tak jugak. cuma, bila aku tengok the lord of the rings and the hobbit, a few times i told to myself - "ni tempat kau amek gambar ni. kau perasan tak?" - sambil mata terkelip-kelip sebab tak percaya.
actually, it feels like the memory of visiting the setting is not quite there in my mind. sedikit kecewa di situ.
sigh ]

but anyway, here's a bit of pieces of the memory.
enjoy ! :)

***

untuk lawatan ni, aku amek pakej dari matamata i-site


boleh beli tiket terus dari matamata i-site ni, atau secara online


dari matamata i-site, bas akan berhenti selama 15 minit di the shire's rest


di the shire's rest, pelawat berpeluang membeli-belah dan berehat sebentar


kemudian, baru gerak ke ladang.
ni lah pit-stop pertama


pelawat akan dikelompokkan dalam kumpulan kecil dan diketuai seorang tour guide


mula-mula, kita jalan laluan gandalf the grey dan frodo baggins


tadaaaaa !
rumah hobbit pertama yang dijumpai


dulu, rumah-rumah ni adalah separa kekal,
yakni, ia akan dirobohkan selepas selesai penggambaran filem the lord of the rings


sekarang, rumah-rumah ni diputuskan menjadik kekal selama mana ia disyaratkan
dalam kontrak antara peter jackson dan pemilik ladang ni


ada dua jenis saiz rumah hobbit yang dibina.
satu, rumah bersaiz manusia normal


rumah bersaiz manusia normal adalah untuk plot-plot melibatkan hobbits sahaja


kedua, rumah bersaiz lebih kecil daripada manusia empat kaki


rumah kecil ni pulak, untuk plot-plot melibatkan manusia normal
seperti gandalf the grey


so, bila gandalf the grey pakai rumah bersaiz kecil,
nampak lah yang hobbit-hobbit ni sememangnya kenit


antara tinggi aku dengan tinggi seorang hobbit, tak jauh beza.
sebab tu rumah bersaiz (luar biasa) kecil ni tak
nampak kecil mana pun bila aku bergambar sama


bayangkan eh, tinggi aku ialah empat kaki sembilan inci (1.45m)
manakala tinggi seorang hobbit dikatakan dua hingga empat kaki (0.61-1.22m)


sekarang, jelas kan?


lawatan bermula di persimpangan ni.
dan diakhiri di sini jugak


kampung pertama (kott)


ni lah SEBAHAGIAN hobbiton.
ada 44 lubang rumah hobbit yang dibina kekal


rumah seorang lagenda - tak boleh masuk pun :(


ladang ni luas sangat.
tapi, masa lawatan yang diperuntukkan adalah lebih kurang 30-40 minit


aku cadangkan, seeloknya, lawat lah pada waktu pagi.
kalau pergi selepas pukul 12 tengahari, panas terik ouh.


yang ni bukan rumah hobbit. aku kurang pasti ianya apa


papan tanda pengumuman


tak dibenarkan memancing atau mandi.
depan sana - the green dragon bar


antara replika yang dibuat untuk menjadikkan hobbiton lebih realistik


ini - bangsal (agaknya)


the green dragon bar - setiap pelawat dihidangkan minuman percuma


sebelum lawatan betul-betul diakhiri, sempat tangkap gambar tasik ni


dan amek feeling sikiitttt -
lonely :(


dari sini, nampak beberapa lubang rumah hobbit


kenangan kami bertiga yang dah pernah jejak kaki di sini 


akhir sekali, kawasan lapang yang dijadikkan tempat hobbit berparti


***

bagi aku, peminat tegar siri the lord of the rings dan the hobbit memang patut datang ke sini. tiket untuk seorang dewasa tak lah mahal - NZD 75. tak perlu bermalam di matamata. cukup kalau balik hari saja. bukan jauh pun dari tanah auckland.