"what do you like to do, Fara?"
salah satu soalan Val masa awal-awal kami bertemu empat mata, yakni pada hari selasa aku datang ke bilik dia. selasa yang bakal mengubah hidup aku. selasa yang pertama.
"i like arts"
"oh? that's nice. what kind of arts?"
"em...i like to draw...sometimes i like to do some handcrafts"
"so--"
"but, i stop doing those things...i don't do arts anymore"
"why...?"
mata aku terkalih ke dinding belakang Val. hakikatnya, aku tak mahu lagi bertentang mata dengan Val. aku tak nak dia tahu yang soalan "why" itu sebenarnya membukak pedih aku.
***
aku hantarkan salah satu hasil seni pada dia. gembira - itu yang aku ingat. begitu excited nak tunjuk pada kekasih hati yang aku ni seorang artis dalam dunia kecil ciptaan sendiri.
whatsapp berbalas.
"banyak nya masa you. macam kanak-kanak" - dia.
seperti dilambung tinggi dan terderai di lantai - gitu lah rasanya bilamana orang yang aku sayangkan (ketika itu) meranap saki-baki semangat aku untuk menghadap hari-hari esok.
***
"why Fara...?", suara Val mengetuk layar memori lama.
mata aku kembali berpusat pada Val. perlahan, aku mengatur ayat dan meluahkan bahawasanya orang-orang seperti kekasih hati itu telahpun memadamkan nafsu berahi aku untuk berkarya. betul - bukan dia seorang saja yang menyerang sendi jiwa seni aku. ada lagi yang melaku-sama. aku give up, senang cerita.
"ok, do you mind if i give you a homework?"
aku angkat kening.
Morrie Schwartz pernah kasi homework pada Mitch Albom ke?
"what is it?"
"today, i would like you to draw"
"drawing what?"
"anything", Val tersenyum.
ah, senyuman apa tu?!
"anything?"
"yes, anything"
"it doesn't matter whether it's a sad one or a happy one?"
"doesn't matter. you can draw anything you like and i want you to show to me the next tuesday"
***
![]() |
| homework pertama |
seorang aku, kata Val, telah diluahkan dalam sebuah lukisan di atas. gadis itu adalah aku. seorang yang cantik di luar tapi berbirat di dalam. kalau dibanding-banding sisi kiri dan kanan, dia tahu yang aku sedang sakit. mata yang tertutup dengan titisan yang hadir. bibir yang hitam dan sedang melurut jatuh serta urai rambut yang kusut, tak bersikat. tak ada sinar, what a shame.
tambah Val, dia mahu sisi kanan gadis itu terhadir semula - yang matanya adalah galak dan ceria, bibir merah yang tersenyum dan rambut yang disisir elok bersama reben. dia yakin yang sisi kanan gadis masih lagi bernyawa. cumanya - gadis perlukan jalan pulang.
maka, langkah pertama gadis - seni.
![]() |
| awal-awal kerja rumah aku bertemakan sedih. bukan Val yang tetapkan. malah, bukan aku sendiri. cuma, tangan aku yang menarikan rentak ni. |
![]() |
| terkadang, aku cuma mahu bermain dengan warna. sebab effort mewarna sedikit kurang daripada melukis + mewarna. |
![]() |
| kebetulan, aku kena buat presentation tentang praktikum di Auckland. orang lain guna PowerPoint, aku je yang pakai document camera dan lukisan-lukisan aku. |
![]() |
| aku beralih ke satu level yang lain - mewarna atas kanvas. |
![]() |
| kemudian, aku cuba melukis dan mewarna atas kanvas. tak lama lepas tu, aku belajar buat kraft atas kanvas. |
![]() |
| daripada fasa me-layu, tangan aku rupanya mula menarikan rentak lain. stroke aku berjinak menggariskan senyuman pada watak-watak. |
![]() |
| tapi, hari tak selalunya cerah. rasa pedih tetap ada. and it's ok to feel that way. |
![]() |
| empat lukisan ni, tidak lagi bercerita tentang aku sahaja. ianya lebih kepada tentang hubungan baru aku. |
![]() |
| hari selasa terakhir bersama Val, aku hadiahkan ini. |
#selftherapy
#selftherapyproject
#tuesdaywithVal




















