Memaparkan catatan dengan label generasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label generasi. Papar semua catatan

generasi 11 #6

wear our shoes, then you'll know how it feels

it's been awhile i didn't write anything related to tesl course, eit? oh well, my life is a bit jumpy lately and everyday, i have things to look forward to.
i know, some of you might have read my updates from other social networking sources and some might not have any clues what's going on to me. well, i'll save the story in the next post (if God permits), so stay tune, people.

anyway.

today i don't have any specific topic (regarding tesl) to be discussed with. after all, i didn't get any emails anymore from strangers, asking about tesl. i bet, my blog has pretty heaps of information? i don't know. i hope those links on the right side (referring to tesl : generasi #1, #2, #3, #4 and #5) have helped people in so many ways.

it's just that i would like to highlight what the photo up there has said.

seriously - ayat last tu memang betul-betul WIN.


generasi 11 #5

helo adik-adik yang comel lagi manis.
ha, siapa kah adik-adik itu ?
well, akak (eceh!) merujuk kepada awak, iye, awak. 
awak-awak yang bakal melangkah ke kolej mara seremban untuk program tindikan tesl.

tiada apa mahu akak ucapkan selain tahniah.
ok, tujuan entri ini adalah saja-suka-suka.

-

1. kolej mara seremban
2. a level kolej mara seremban
3. subjek yang dipelajari untuk kos TESL
4. kolej mara seremban a level
5. kolej mara seremban blog

dan senarai ini akan panjang kalau akak tak berhenti di nombor 5. untuk pengetahuan, senarai tersebut adalah kata kunci di enjin carian yang telah membawa awak ke bawangmerahsquared.blogspot.com.

setiap tahun, asal lepas keputusan spm keluar, mesti ada punya lah kata-kata kunci ni. ah, itu, baru lepas keluar keputusan spm. kalau lepas keluar keputusan temuduga MARA, lagi rancak oi trafik blog aku ni kahkahkahkah (bongkak gila bunyi. ish).

anyway, it seems that my blog has gathered future teslians from all over malaysia. jadik, akak terpikir - bagusnya kalau budak-budak ni kenal sesama dorang. 
so, you guys tak teringin ke ? you know, like, before you step into the college, get a clique first via cyber world and isn't that will ease your college days in the future ? macam awesome ok. datang-datang kolej je, korang terus ber-helo-hai, pastu lepak makan sama-sama kat dewan selera. budak-budak kos lain pulak mesti ternganga masa tu - acane budak-budak tesl boleh senang sangat berasabiyah.
MUAHAHAHAHA

chop.

akak bukan mengajar korang berasabiyah sebenarnya. cuma, i want you to save your time. tak perlu la amek masa lama nak menyesuaikan diri kat kolej tu. bawak berkenalan kat facebook siap-siap. dah sampai kat kolej, takde la korang sunyi sepi bersendirian (ke, aku sorang je yang pernah rasa gitu ?).

so, andai ada yang sudi mahu mencipta bulatan riang gembira, sila tinggalkan komen anda di entri ni ya ? segala macam talian perhubungan adalah dialu-alukan. tak kisah lah nak tarok facebook ke, twitter ke, blog ke, alamat rumah ke. tak kisah. nombor telefon pun boleeehhhh

p/s : ke, korang dah ada group facebook aa ? isk. bapak malu gila kalau korang dah ada.



pasangkan cita-cita anda untuk jejakkan kaki di sini - queenstown, new zealand.
seriously, seronok gila oi !
ehem. belajar rajin-rajin dulu ye, adik-adik sekalian :)



generasi 11 #4 : subjek untuk kos tesl di kolej mara seremban


one of my readers asked me this question -

"may i ask you what is sociology all about? belajar pasal apa je?"

and not to forget this kind of question -

"what about math?"

sejujurnya, ketika soalan tu semua bertubi-tubi ditanya, aku sebenarnya dalam hectic perjuangan semester pertama tahun kedua aku di sini. yeah, i was in the middle of my first semester exams. but don't feel sorry about that. dah habis pun hihihi
bermula semalam (duabelas jun) dan berakhir hari ni (tigabelas jun). two papers only for the finals because the other two were assignment-based subjects. aha, bahagia tak belajar sebegini? satu semester empat subjek, dan bila nak exam, cuma dua paper JE yang nak diamek. pulak tu, semua soalan exam dah diketahui. tinggal nak muntahkan jawapan JE. bahagia bukan? kan?
bahagia !
maka adik-adik, sila la strive bersungguh-sungguh untuk menjejakkan kaki di sini. bukan takat dapat belajar di negara orang, amek exam pun tak sebanyak macam di malaysia tu ha. kahkahkah !

ok, cut the crap.
please doakan saya ye?
walaupun indah khabar dari rupa (ececece), aku cuak dengan keputusan peperiksaan kali ni. 
moga-moga Tuhan kabulkan apa yang dipinta.


Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoa lah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagi" 
(40 : 60)


alright. back to our business. dalam entri kali ni, saya (let me just switch the kata ganti diri, ok?) akan cuba jelaskan atau lebih tepat, menggambarkan subjek-subjek yang pernah saya belajar di kolej sepanjang saya memegang title budak tesl.

1. sosiologi (sociology)
kalau ikut kamus dan makna literalnya, sosiologi ni adalah satu cabang ilmu saintifik yang mempelajari lumrah serta pembangunan masyarakat dan tingkah laku sosial. dalam bahasa mudah, kita belajar tentang masyarakat dari pelbagai sudut perspektif (pandangan atau teori). 



ini lah buku sosiologi saya !
dan saya menghafal hampir kesemua helaiannya 
ketika saya mengulang peperiksaan subjek ini


sebagai contoh, kita melihat sekumpulan remaja yang menge-teh kat kedai kopi. 
pada pandangan functionalist, adalah bagus mereka menge-teh bersama sebab aktiviti sosial sebegitu mengeratkan silaturrahim. 
pada pandangan marxist pulak, adalah bagus mereka lepak lama-lama sebab mereka menguntungkan pakcik yang jual air tu. secara langsungnya, mereka ni penyumbang ke arah ekonomi pakcik tersebut. 

ha, nampak tak? 
kita semua melihat pada subjek yang sama tapi pandangan dan teori yang kita pegang adalah berbeza-beza.



sila klik untuk gambaran yang lebih jelas.
ini adalah salah satu esei sosiologi saya.
lihat, adalah terma [RE-DO], 
bermaksud, saya disuruh menulis esei ini semula tapi menggunakan pendekatan yang berlainan.


dalam subjek ni, obviously, you are asked to write essays. a real LOT essays !
walaupun banyak kena tulis, tapi, believe me, once you enjoy the subject, you won't feel the slightest burden to write those six pages of essay. soalan esei selalunya mengkehendakikan (saya tahu perkataan ni tak wujud kahkahkah) kami untuk buat pelbagai argument. ada banyak cara untuk tackle soalan sosiologi dan teknik ni, akan kamu pelajari from time to time.
masa tahun pertama saya kat kolej, urgh, percaya lah. it took me quite some time to get a grip in writing the good ones. sampaikan saya kena repeat paper kaauu ~
hohohoho
but, as much as i said before - jangan lah cuak dan risau !
miss muna akan tolong kamu semua to get through everything. paling utama, usaha kita mesti nombor satu. baru lah cikgu senang nak tolong kita.


2. sastera (literature)
teks sastera saya berupa :

- kompilasi puisi william wordsworth
- kompilasi cerita pendek katherine mansfield
- lakon layar view from the bridge arahan arthur miller
- lakon layar the tempest arahan william shakespeare
- lakon layar the homecoming arahan harold pinter
- novel the english teacher karya r k narayan
- novel the mayor of casterbridge karya thomas hardy

saya rasa, ni je kott yang saya belajar sepanjang dua tahun bergelumang dengan ilmu sastera. oh ya, teks sastera adalah berubah-ubah, yakni, mengikut kehendak miss nina sendiri. teks sastera saya berbeza dengan teks sastera super duper senior, super senior, senior, junior dan super junior. barangkali, teks saya pun lain dengan teks kamu. siapa tahu kan? tapi, waima lainnya teks sastera kami, saya tak rasa teknik untuk memahaminya berbeza-beza. teknik atau approach pasti sama. material saja yang berubah. dalam subjek ni, saya lihat, kunci utamanya adalah memahami penulis itu sendiri. berdasarkan pengalaman saya, saya terpaksa mengkaji (membaca setepatnya) latar belakang para karyawan. ini termasuklah mengetahui (atau mengagak) tujuan sebenar mereka berkarya. paling saya perasan, subjek ini lebih menekankan banyak aspek bahasa. aspek isu tidak lah begitu ditekankan. pun begitu, dari bahasa lah kita gunakan untuk mengupas isu-isunya, betul tak?
salah satu nasihat yang diberikan oleh seorang senior saya yang hebat dalam subjek ini (ehem, kak nina, sila take note. senior yang dimaksudkan adalah kamu hihi),

"write from your heart"

saya tak punya apa-apa tips untuk skor subjek ni. sebabnya, ini subjek yang berjiwa abstrak. subjek yang berseni halus. saya bukan reti sangat nak mengorat mahupun menggoda para pemeriksa dengan picisan tulisan saya yang begitu miskin nilainya. saya benar-benar tak reti. 


3. matematik
pada semester pertama tahun pertama, saya belajar puremath 1. puremath 1 boleh dikatakan sebagai kesinambungan subjek matematik tambahan tingkatan empat dan lima. oleh sebab itu, saya bawak sekali buku matematik tambahan sebagai salah satu persiapan saya ke kolej. bagi semester kedua tahun pertama pulak, saya mempelajari ilmu statistic 1. untuk kedua-dua kurikulum ini, peralatan utama adalah kalkulator saintifik yang digunapakai ketika tingkatan empat dan lima. tak lupa jugak, kertas graf. em...untuk set geometri, saya tak rasa keperluannya begitu signifikan. apa-apa pun, kalau kamu mahu bekalkan sekali, apa salahnya kan?
pada tahun kedua, saya belajar puremath 3. ini adalah one level ahead of puremath 1. sebab tu, ingin saya nasihatkan, ilmu addmath tak boleh sesekali dilupakan. kerana ianya adalah asas kepada puremath 1. ilmu puremath 1 tak boleh sesekali diabaikan kerana ianya adalah penyambung ilmu puremath 3. saya jugak belajar statistic 2. bagi budak engin, mereka tidak belajar ilmu statistic ni, instead, mereka belajar mechanics. ok, apa kes aku melalut cerita budak engin ni??


4. kertas umum (general paper)
subjek yang dipelajari untuk peperiksaan AS. ini adalah subjek yang mudah. ye, mudah. mudah untuk belajar tapi belum tentu lagi boleh skor ke tidak. saya dikehendaki untuk mengarang esei di bawah apa-apa tajuk. baca sekali lagi. APA-APA tajuk. selagi tajuk itu di bawah sinar cahaya matahari dan langit biru yang meredup, your essay could be about anything. berdasarkan kefahaman saya, subjek ini sungguh membantu para teslian sebab ianya bakal menambahkan pointer. budak engin dan budak account tak ada pun peluang sebegini, tahu? maka, bersyukurlah kamu berada dalam kos ini. 
satu saja tips untuk subjek ni - read.
bukan kah kitab kita sudah lama menyebut,


iqra' bis mirabbikallazi khalaq

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) 
(96 : 1)


nah. 
mungkin laman itu mampu menyuluh kamu lagi tentang subjek ini.


5. agama islam dan ielts
dua subjek ini adalah subjek penyeri hidup di kolej mara seremban. saya sudah menyentuh perihal ielts dalam entri yang lalu. bagi subjek agama islam, ianya tak ubah seperti apa yang kita belajar di sekolah menengah, rendah atau tadika. er...mungkin tahapnya berbeza sedikit. apa-apa pun, hargailah subjek agama islam. untung betul sistem kolej mara seremban menekankan aspek rohani. maklumlah, itu kan bekalan kita bila sudah terbang?

ok.
entri ni dah cukup panjang dah.
seperti biasa, andai ada sebarang pertanyaan, boleh di-emel-kan 

bawangmerahsquared@gmail.com.

tengok lah, kalau-kalau saya boleh jawab, saya jawabkan soalan kamu tu, ya?



lake okareka, rotorua, new zealand
12th april 2011



generasi 11 #3 : tesl a-level di kolej mara seremban, susah kah?

aku dimaklumkan bahawa mereka, lepasan spm, sudah ketahui tentang keputusan permohonan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertier. ada yang memilih jalan untuk belajar dalam negara dan ada jugak yang memilih untuk ke luar negara. apa- apa pun, which ever route you take in your life, i would like to bid all the best for you dan selamat mengharung segalanya. 
tak lupa jugak, tahniah ya buat kamu. 

sebenarnya, un-sangka-rable bilamana tahun ni, dalam pada aku kesibukan dengan UoA assessment, aku terima beberapa emel yang menanyakan perihal tesl a-level di kolej mara seremban. baik dari segi persiapan, tips mahupun kesan jangka panjang memilih kos ni - semuanya ditanyakan aku. 
dan aku harap, jawapan yang aku berikan mampu menolong mereka sedikit sebanyak. 

tak dinafikan, soalan common yang aku terima - 

"tesl a-level di kolej mara seremban, susah kah?" 

ye, aku faham mengapa aku disoal begitu. sebab ianya bukan satu norma dalam masyarakat kita. 
kalau ditanyakan - 

"belajar medic, susah ke?", 

pasti kita laju-laju menjawab - 

"eh, susah la !" 

betul tak? 
common kan. 
masyarakat sudah melabelkan bahawasanya belajar ilmu perubatan itu sungguh susah. it's a norm. but what about tesl? adakah betul-betul ianya susah atau ianya gampang kerana "tesl sekadar belajar bahasa inggeris sahaja"?  

baiklah. 
ini jawapan aku. 

susah atau senang, itu adalah satu terma yang subjektif, tuan-tuan dan puan-puan. ianya merupakan satu konotasi yang tertakluk pada definisi anda sendiri. apakah definisi susah kamu? apakah definisi senang kamu? di mana tanda aras yang kamu labelkannya sebagai susah? dan di mana tanda aras yang kamu katakan ianya senang? 
pada aku, ini bergantung pada diri sendiri. apabila soalan sebegitu diujarkan, ikhlas aku katakan, aku dalam dilemma untuk menjawabnya. bukan sebab aku bersikap hipokrit yang mahu mempromosikan kos ini. bukan jugak sebab aku bersikap pesismistik terhadapnya. justifikasi aku adalah lebih kepada - ini adalah soalan subjektif. bagaimana harus aku susunkan kata? 

kalian, 
susah atau senang, it depends on you guys of how to take it. 
sekian. 
itu saja jawapan saya untuk persoalan di atas. kamu boleh berhenti membaca di sini. 

*** 

tapi, kalau nak sambung baca untuk bahagian seterusnya, silakan. aku tak menghalang. di bahagian seterusnya, aku akan menceritakan pengalaman aku sendiri mengharung tesl a-level di kolej mara seremban. dan, ianya seratus peratus daripada perspektif aku. bagi mereka yang sudah lama membaca blog bawangmerahsquared, pasti kamu punya sedikit gambaran atau ketahui tentang sakit perit yang aku alami selama dua tahun di situ. 

susah? 
yes, it was like a hell to me. i even once thought that i would not allow my daughter to take a-level if she were to be offered it. it's because i want to protect her from being hurt and pain. 

subjek 
subjek tesl di peringkat a-level bersifat kejam terhadap aku. tiga subjek teras dan satu subjek tambahan. kesemuanya adalah selumbar dalam daging. when i enrolled in this course, i was expected to be extremely excellent in english. 

oh, of course you have to ! 
because you're teslian, aren't you? 

tapi, itu adalah perkiraan logik mantik akal masyarakat kita. dan hakikatnya, tahap bahasa inggeris aku tidak mencapai piawaian masyarakat. english is damn hard for me. hanya minat terhadapnya tidak cukup. hanya pandai berkomunikasi tentangnya tidak cukup. hanya tahu bagaimana ia berfungsi tidak cukup. belajar bahasa inggeris adalah sukar walaupun pendidikan awal aku (di tadika) adalah bermediumkan bahasa inggeris. 

apabila mengarang esei sosiologi, aku diajar untuk berfikir secara analitikal. apabila mengarang esei sastera, aku diajar untuk berfikir luar dari kotak dan ketahui setiap nahu, konotasi, tona, rasa dan lenggok picisan-picisan shakespeare, wordsworth dan ramai lagi. apabila mengarang esei kertas umum (general paper), aku diajar untuk berfikir secara meluas dan teliti. apabila mengira perkiraan matematik, aku diajar untuk bersifat kreatif menggunakan formula-formula yang tercipta. dalam pada aku mengaji kesemua subjek tersebut, aku wajib menjaga kualiti bahasa inggeris aku dalam setiap ayat yang dinukil. 

susah? 
ye, susah bagi aku. 

guru 
tak keterlaluan jika aku katakan batch aku sentiasa menjadi bahan borakan guru-guru tesl. kami jugak sentiasa dihimpit dengan kritikan yang tajam, sindiran yang berbisa dan hentaman yang kuat daripada mereka. mungkin saja alasannya adalah kerana persembahan akademik kami yang tidak memberangsangkan langsung. sobs.
ketahuilah, sepanjang tahun pertama kami, kami didera secara psiko, hinggakan ramai di antara kami yang mahu berhenti separuh jalan. 

quit tesl, pick the other course !

tapiiiiiiiii 
tak kira lah apa jua kritikan, sindiran dan hentaman, we stayed strong. kami terima saja dan kami berusaha lagi dan lagi. 

susah? 
ye, susah bagi aku. 

walaupun miss nina pernah merajuk, keluar dari kelas dan tidak mengajar kami untuk dua masa subjek sastera gara-gara dia berkecil hati, she was such a big help. dia korbankan masa untuk datang ke kolej sebelum pukul tujuh pagi untuk diadakan kelas tambahan sastera. umum aku katakan, hampir kesemua antara kami yang mengambil peperiksaan ulangan. dan kami lah satu-satunya kelas yang memulakan sesi akademik seawal jam tujuh pagi, yang mana ketika itu, budak-budak kos lain sibuk lagi nak mandi, pakai baju dan bersarapan di dewan selera. 

bagi miss muna pulak, dia adalah inspirasi aku untuk bangkit semula. mind you, aku terpaksa mengulang kertas sosiologi yang mana ketika itu, rakan-rakan lain lulus dan aku serta empat orang lain lagi terkandas. pada masa tu, how could i not be broken down into pieces? sosiologi adalah subjek kesukaan aku. segala kerja yang miss muna titipkan, tak pernah sekali aku pontengkan. yet, i failed the paper? 
kata-kata miss muna yang paling aku ingat - 

"if our body can't take it, what else do we have? it's our soul" 

miss muna drilled kami secara intensif. meaning to say, setiap minggu, akan ada satu esei sosiologi yang wajib kami karang. kalau diberi soalan esei pada hari isnin, hari rabu atau khamis mesti dihantar kepadanya. dan pada hari rabu atau khamis itu jugak, kami akan dapat soalan baru. drilling ni berlarutan hinggalah kami betul-betul menghampiri peperiksaan A2 (alevel). 

subjek matematik pulak tidak begitu membebankan. cumanya, academic performance kami relatively dibandingkan dengan budak kos perakaunan. pun begitu, ada kami kisah? 
er, kami kisah sebenarnya hahaha 
oh. miss zalina memang bagi kerja matematik yang sungguh banyak. sungguh ! 
kalau dapat topik yang payah seperti vector, ah, alamatnya, memang terkial aku nak buat. aku pernah dipanggil miss zalina disebabkan gred kertas statistik aku yang sangat teruk. waktu tu, memang aku cuak. tapi, i pretended to be cool. in fact, aku sendiri berkeras katakan padanya - 

"teacher, saya decide saya tak nak buat semua soalan topik vector dalam exam A2 nanti". 

itu adalah keputusan yang menempah maut, tahu? 
ini kerana topik vector menyumbang banyak markah dalam kertas statistik puremath. dan, disebabkan perkara itu lah, aku belajar balik topik vector dengan farah dua minggu sebelum peperiksaan A2 (alevel). 

miss julia adalah guru yang membuat psikologi songsang (reverse psychology) pada tahun pertama kami di kolej. 

"kalau tak boleh nak buat kos ni, quit terus. jangan nak tunggu sampai akhir tahun" 

sedih ok. dah la baru masuk beberapa bulan. kena pulak basuh otak (brain wash) sebegitu. sobs. 
tapi, itu hanyalah seketika sahaja. seperti guru lain, miss julia menyokong kami dari segi motivasi. indeed, she was like a mom. 

sekarang, kau lihat. 
does tesl sound easy to me? 
aku terpaksa mengulang dua kertas, yakni sosiologi dan sastera. tambah pulak, kedua-dua kertas itu dibiayai sendirian berhad. satu kertas dah makan berapa pound tah. ye lah, ni adalah kertas cambridge. haruslah bermata wang pound. nak tak nak, kena lulus jugak dengan gred mininum B, sebab dah bayar guna duit sendiri (er...secara teknikal, duit umi abah). 

frankly speaking, i'm not a bright child. because my academic ability is not that great like other people, i extremely needed to put a lot of effort in this course. no doubt, there was a possibility of not flying to new zealand. and that really freaked me out. tapi, i tried not to think so. i just aimed what i wanted and never ever thought of negative outcomes. there were too many things happened in my college life. 
gagal kertas AS, jumpa kaunselor hampir setiap minggu, tertekan dengan subjek yang susah, dibanding-bandingkan dengan kos lain, digampangkan masyarakat sekeliling dan menggalas harapan umi abah. 

susah? 
ye, susah bagi aku.


percaya lah,
mengharung a-level adalah lebih daripada sekadar mengharung fasa menuntut ilmu.
it's more than that.



generasi 11 #2

so, now, my juniors are struggling for their A2 papers which will be starting on 19th may and my super juniors (who i hardly know them because we only met once) must be busy with their internal exams - probably. that's just a wild guess. i mean, instinct. yeah, i'm so much believing in my instinct. ok, let's get back to the reaallll story.

what i discovered for past few days, people keep on landing to my blog (keep on? oh, bapak perasan blog aku ni popular) by the help from search engines. and you guys were searching on these key words, like :

1. mara tesl a-level blog
2. tesl di kolej mara seremban
3. a level tesl km seremban
4. kolej mara seremban tesl

alright.
aku harap aku dah tulis secukupnya dalam entri yang lalu. sebab aku dah sentuh pasal interview and the course which includes about exams. what else that you guys want me to tell? aku buntu lah. give me some ideas or questions (pardon me of not having a form spring account) and i'll try my best to at least, describe the tesl life. see, i want to help you out as much as i can because i know and understand the feeling of being clueless and wondering what the heck is tesl. i've been there - rasa terumbang-ambing and gigih mencarik sebanyak mungkin info pasal tesl ni, yet, didn't get that much.

so, feel free to email me and see if i can answer your questions.

eh.
let's say you're accepted to be one of the teslians, please send my regards to miss nina and miss muna. kalau rajin, miss zalina dengan miss julia sekali, eit? just tell them, it's from bawangmerah and surely they know and remember me (hopefully).

until then, cheers!

wind farm palmerston north
saja nak kasi korang terbakar cemburu hahahahaha!



generasi 11 #1

ok, this one is totally not for you guys.
tapi, aku tulis entri ini khas untuk budak-budak yang bakal mengambil jurusan tesl di kolej mara seremban.

i'm pretty sure we will have this eleventh generation of teslian unless mara wants to terminate the programme.


aku beri amaran awal-awal.
entri ini panjang.
dan the reason aku begitu nekad untuk menulisnya ialah kerana aku teringat moment dulu kala - di mana aku terkapai-kapai di atas beberapa kepulan awan dalam membayangkan kehidupan di kolej mara seremban sebagai seorang teslian.
ef.wai.ai - aku google nak dekat separuh mati semata-mata nak dapatkan gambaran yang jelas, yet, i didn't get that much.
maka, aku harap penulisan ini sangat membantu mereka-mereka yang desperate eager nak tahu.

enough said. let's move on to our business.
but, before that, i think it's better if i address myself in this entry with "saya".
kalau guna "aku", macam kurang ajar pulak (lain la kau orang melaka. aku mencarut laju-laju macam air pun kau takkan kisah, ye dok?)


1) temuramah

atau bahasa yang selalu digunapakai interview.
perkara pertama dan paling penting tentang temuramah ini, sudah pasti - penampilan diri kamu. tidak perlu mekap-mekap. cukup dengan sepersalinan yang sopan, bersih dan wangi. ketika aku saya melalui fasa ini, apa yang disisipkan dalam kepala cuma "speaking speaking speaking". ye lah, nama pun kos tesl, sah-sah diwajibkan untuk berbahasa inggeris, bukan?
namun, sebelum itu, saya telah buat beberapa persediaan awal. sebagai contoh, saya belajar tentang negara yang bakal saya lanjutkan pelajaran di sana (dalam kes ini, new zealand). kemudian, saya google tentang tesl - apa itu tesl sebenarnya?.
dengan bekalan yang saya ada, saya melangkah masuk dengan mengetuk pintu bilik terdahulu (dalam hati terkumat-kamit menyebut bismillah) dan memberi salam.
seperti biasa, penemuramah menanyakan khabar. jawab dengan sopan dan tatatertib ya. jangan memasamkan muka. anggap saja penemuramah itu sebagai seorang kenalan baru kamu.

"so tell me about yourself"
- ketika inilah saya lancarkan serangan. dengan semangatnya, saya perkenalkan diri - bermula dengan nama, kemudian latar belakang keluarga (termasuk pekerjaan ayah dan ibu), adik-beradik, pendidikan awal, kejayaan akademik dan kokurikulum, posisi dalam institusi pendidikan (yakni sekolah saya), dan hobi. kerana begitu rasa selesa dengan penemuramah, saya juga melalut menceritakan crush, dunia magis harry potter dan cikgu biologi saya.
AngryFace i shouldn't talk about that.


"why do you take tesl?"
- saya memberi jawapan yang bahasa inggeris ini cukup penting sebagai bahasa komunikasi bertarafkan antarabangsa dan kerjaya yang bersangkut-paut dengan bahasa inggeris menjanjikan kekayaan kesenangan hidup. saya tahu, betapa luasnya market seseorang yang memegang sijil bercetakan bidang ke-inggeris-an. kerana itu, saya memberanikan diri mengatakan bahawa saya tidak akan terus menghambakan diri dalam dunia pendidikan, tetapi mengembangkan sayap ke arah journalism kerana itu adalah cita-cita saya yang sebenar. pokok pangkal, tesl hanyalah satu tapak asas dan titik permulaan untuk saya melangkah lebih jauh lagi.

apa-apa pun, sesi temuramah pasti menyediakan beberapa perangkap. sebagai contoh, saya sedikit tergagap ketika disoal "what else do you know about tesl?".
Crying

habis di situ, pemohon kos ini dikehendaki mengambil ujian bertulis. saya ingat lagi, tajuk esei yang diberikan ialah berkenaan isu komunikasi. sejujurnya, vocabulary saya tidak begitu mantap - tahap bahasa inggeris saya adalah di tahap yang rendah. maka, saya mengambil langkah menulis esei tersebut dalam gaya yang santai, yakni, tidak begitu formal, penggunaan laras bahasa yang mudah dan saya tidak sesekali menyekat skop tajuk esei.


2) kursus

persediaan A-level Cambridge dalam kursus tesl di kolej mara seremban mengkehendaki-kan saya untuk mempelajari tiga subjek teras iaitu sastera bahasa inggeris, sosiologi dan matematik. dan, sebagai seorang teslian, kami diberi peluang mengambil subjek tambahan iaitu subjek kertas umum (general paper). pengambilan subjek ini bertujuan membantu saya dalam menambahkan pointer.
kerana ini adalah persediaan melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya juga diwajibkan mengambil ielts sebagai salah satu syarat kemasukan universiti.

mind you, subjek sastera bahasa inggeris bukanlah seperti yang dipelajari di sekolah menengah. itu bukan sastera ye. kelainan pada subjek ini ialah, saya perlu berfikiran analitikal dalam menulis esei. begitu juga dengan subjek sosiologi - subjek yang berkisarkan masyarakat yang mana saya terpaksa memahami beberapa perspektif daripada functionalism, interactionism, marxism, weberism dan macam-macam lagi. ok, untuk kursus ini, sememangnya saya dikehendaki menulis esei yang bukan main panjangnya! dan satu-satunya subjek yang tidak memerlukan skil penulisan sudah tentulah subjek matematik.

peperiksaan A-level Cambridge terbahagi kepada dua iaitu AS (Advanced Subsidiary) dan A2. secara mudah, keputusan peperiksaan AS dan A2 akan menghasilkan A level qualification. dalam bahasa matematik,

AS + A2 = A level.

saya bertanggungjawab dalam mencapai pointer sebanyak 13 dan ke atas kerana itu syarat yang mesti saya patuhi demi memastikan diri ini melangkah ke universiti luar negara.
untuk ielts pula, pencapaian pointer minima ialah 6.5.

baiklah.
saya berhenti di sini dulu.
untuk entri akan datang, insyaAllah, saya akan menceritakan perihal kehidupan di kolej mara seremban.

oh ya.
andai ada pertanyaan, boleh di-emel-kan di

bawangmerahsquared@gmail.com.


ok, time to eat. let's go!