Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

no one could ever replace you, Fir


you'll be always missed

I have a kind of attitude to name my things in order for me to feel humane in them and not to feel lonely. Firdaus was my plant whom I put him at my window when I was in second year of university. He's a type of telling certain people that I was sick although I told the people I was ok. Well, I supposed he reflected me anyway. After staying at Columbia Apartment, I moved to The Volt where I placed Firdaus at the apartment's balcony. Before that, he was in Bonda's care as I went back Malaysia for awhile. Bonda has these green hands which healed Firdaus in no time. I was happy seeing him back into a good shape and at the same time I felt sorry for him too. Bonda said, the plant only needs an extra TLC - tender, love and care. But...easy said than done, eit? 
As expected, Firdaus was back to a terrible state. I bet it's got to do with me - I wasn't in my own self either. 
Finally, the time had come and I had to let go of him. I left Firdaus in the balcony alone, and I flew back to Malaysia. Part of me misses him - always have, always will - until just now, I found this guy at Jusco. He does look the same like Firdaus, except that he's a bit smaller and tinier. I presume he must have been belonged to the same family of Firdaus, so with no doubt, I took him home. 

"Abah, remember this? (while showing him to Abah) I used to have the same one back in Auckland - Firdaus. ingat tak?"
"Yeah (took it away from my hands and pour some water onto him)"
"What are you doing?"
"He needs water. His soil is dry (and placed him under a shade of another plant)"
"Will that be ok (for him)?"
"Of course. Look at that (pointed to another pot of a small plant). He's ok with whichever place I put it"
"
Abah...that one already used to this environment. This one (referring to my guy) is new, so --"
"What? Is he from New Zealand?"
"No...what I mean is, he's from an air-cond place that is Jusco"
"Well, tonight's gonna be cold. And that's why I put him under the plant. It's colder down there"
"Ok.."

"I haven't named him yet" I blurt out after a short silence between us.

Abah gave me a weird look.

"I'm thinking of something that has a meaning of strength...Mohd told me it should be a guy, not a girl"
"Bastian (not a real name)?"
''No...Bastian is pembawa berita gembira. Bastian - Farahin...hmmm (sigh)"

"Sorang pembawa berita gembira, sorang lagi yang girang gembira. But..."

I left the sentence cliffhanging. I was about to say - but we didn't work, anyway. Things are not according to the plan.

"Is it my fault? Hasn't I done enough?"
"It's not about whose fault it is..."
"Then? Or am I too weird? Like giving names to my things?"
"It's not that...well, I don't mind about the names but you tell people --"
"What?
In dah tak makan pun ubat...I'm ok"
"Iye...abah tahu. I'm just saying that you should have told people you're ok now"
"Of course I am..."
"In, maybe you should see things differently. I mean, see them from the positive side. And not to blame who and who --"
"Tengok. Abah pun nak backup dia?"
"It's not about backing him up. And not pointing out whose fault in this matter. I'm talking about my daughter, ok. Maksud Abah, just take it positive. Who knows, even if you made it through, it won't last? So, what I'm trying to say is--"
"Things happen for reasons?"
"Yes..."
"And what reason behind this?"
"We'll never know...there are things we are not capable of comprehending behind what already happened. God has designed us in such way. We only need to be expecting good things from Him. Ok, if I have a needle and I throw it in a haystack, do you think there's a needle in it?"
"Of course"
"Can you get it for me?"
"That'll be hard"
"But, is it there?"
"Yeah"
"So, it's the same thing with what you face now.
Ada hikmah"

Amjad - more glorious.
Yes...perhaps, Amjad.



tujuh hari

ingat lama ke tu? 
harus lah tak. 
tak lama. tak cukup. tak puas. 
but hey, look at the bright side, girl. at least, lagi cepat, lagi bagus, bukan?
oh ya. aku tengah cerita pasal peperiksaan akhir semester satu tahun ketiga. bukan pasal bertunang. 
eh.

kuliah semester ni dah selamat melabuhkan tirainya dengan acara aku memonteng kelas jane hohoho
maaf la jane. bukan gua sengaja mencutikan diri selepas cuti umum ulangtahun kelahiran permaisuri kita. tapi, gua punya language teaching tak siap-siap lagi oi. dah la assignment tu menyumbang 40%. mahu tak mencekik nak buat kasi habis? sekurangnya, kelas lu, gua dah lepas 50% (dan kalau aku tak pergi exam acadeng pun takpeeee hahaha!). tapi, tapi. gua tak senakal tu. exam tetap exam. takde istilah ponteng yek. pulak tu, aku dah janji kat diri sendiri - kertas acadeng wajib skor A sebab itu kertas tahap satu. 

untuk semester satu tahun ketiga, ada empat subjek yang aku amek. 

1. EDUC352
2. EDUC200A
3. LANGTCNHG310
4. ACADENG102

dua daripadanya adalah assignment-based dan selebihnya, exam-based. hanya EDUC352 dan ACADENG102 yang mewajibkan aku pergi ke dewan peperiksaan. EDUC200A? itu tak perlu lagi. its assessment will only be started in the next semester. so, i just need to sit back and relax
ah, tak jugaaakkkk
rabu ni aku kena pergi sekolah tempatan untuk assessment EDUC200A ni lah. hadoi. penat kau tahu? mana taknya - pukul dua petang bertolak ke sana. dan pulang apartment bila dah masuk waktu maghrib (and sikit lagi nak masuk isyak kott?). really, it does the physical and mental torturing :(

tapi takpe.
Tuhan kan pernah berjanji dalam kitabNya - 

maka sesungghnya bersama kesulitan ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
(94:5) (94:6)

dua kali Tuhan pujukkan kita. dua kali Tuhan tenangkan kita. dua kali Tuhan akukan kita.

jadik, kenapa nak risau?
janji Tuhan kan maha tepat.
:)

tak perlu risau, bawangmerah.
senyum ya.
senyum.



sempat camwhoring sebelum pergi kelas kehkehkeh
tapi sebenarnya, aku nak tunjuk tu - eye bag aku jelas sungguh.
uuurgghhhh



menjadik kurus mengajar aku --

lima sifat.
sejak aku tukar diet pemakanan aku dan cara hidup sejak bulan mac tahun ni, aku mula perasan ada beberapa perkara yang mengubah diri aku. well, of course berubah ke arah kebaikan. menjadik kurus tak salah. lagi-lagi kalau kurus itu dikaitkan dengan terma cantik, lawa, gorgeous or apa-apa je.
ok, ini lima sifat yang terpupuk secara tak sengaja.

1. nekad
aku percaya, sifat nekad aku datang dari niat aku sendiri. niat nak jadik kurus. apa-apa pekerjaan, mesti ada niatnya. hadis bukhari pun dah menyebut,

“sesungguhnya setiap amalan hanyalah tergantung dengan niat-niatnya dan setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang dia niatkan"

so, bila dah ada niat ni, senang hidup. konsepnya macam kau guna the power of mind. fikirkan satu target dan otomatis otak akan bekerja ke arah matlamat tu. otak akan menggerakkan fizikal kita, mental kita. dalam kes aku, bila aku betul-betul nekad nak turunkan berat badan, boleh kata, tiap-tiap hari my innerself motivates me. bukan takat tiap-tiap hari, setiap masa sebenarnya !
indeed, sifat nekad ni membuatkan aku aim so high, beyond my current capability. contohnya, aku pernah cakap pada zafree yang aku nak jadik skinny. yes, skinny. dan masa tu, berat aku adalah 50kg. i wanted to go for 30kg actually.
zafree was like - "kenapa skinny? skinny bukannya lawa"
and, here's my justification.

"aim for the moon. if you miss, you may hit a star"
(w. clement stone)

so, even it seems impossible to be skinny, in a mean time, i might get to be slim first.

2. rajin
sifat rajin merangkumi semua aspek. bila nak kurus, aku tak boleh dah jadik malas. i have to move my ass. from the day i start my plan on being skinny, aku kena rajin baca kalori yang terlabel pada setiap belakang makanan. memang amek masa yang lama sikit (at least, more than an hour) bila ber-shopping on food. but then, it's worth after all. you gain more, you lose more. takpe, it's ok.
other than that, aku kena rajin merekod. record for every food i eat. good thing about having a blackberry, i downloaded an application (calorie counter). when it comes to breakfast, lunch, dinner and snack, all food needs to be put on the counter so that i won't overlimit my calorie. sometimes, ada je masanya aku terlepas nak rekod. bukan sebab apa, sebab aku terlupa je. bila dah rekod, dalam sebulan tu, aku boleh tahu purata nilai kalori makanan yang aku amek.
on a side note, aku wajib rajin bersenam. yeah, i know this sounds cliche. tapi, being on diet will be wayyyy better if you work out too. tak perlu buat senaman yang berat-berat. for a beginning, buat yang mana simple dan larat. contohnya, instead of taking lift, aku naik tangga. lucky me, aku duduk tingkat sepuluh. maka, boleh kata setiap masa aku turun-naik tangga sampai ke rumah. even when i carry my shopping stuff (mainly, food which weighs more than two kilos), i train myself to climb them up.
lagi satu, aku kuat berjalan tahun ni. jarang gila aku amek bas. bila nak beli makanan, sekurang-kurangnya, ada tiga tempat yang aku akan pergi - tai ping, countdown, lim chour. tai ping dengan countdown duduk sebelah-sebelah. tak jadik hal. but lim chour adalah bertentangan dengan mereka. meaning to say, dari apartment aku, aku kena amek kiri untuk ke lim chour dan ke kanan untuk pergi tai ping dan countdown.  yeah, ianya adalah dua arah yang berbeza. so, selalunya, lepas pergi lim chour, aku naik tangga sampai ke apartment untuk tarok barang, pastu, turun balik and pergi ke tai ping dan countdown pulak. 
penat?

"there is no gain without pain" 
(benjamin franklin)

3. berilmu pengetahuan
people have always have this kind of thought in saying bila berdiet, it kills you. actually, no, it's not if you know how it works. tahun lepas, aku pernah jugak berdiet tapi aku berdiet dengan cara yang salah. cara yang tak berilmu langsung. untuk tahun ni, sekurang-kurangnya aku baca dua buku tentang diet dan hundreds of pages on webs on how to lose weight. boleh dikatakan aku belajar banyak perkara. contohnya, nutrisi dan nilai kalori yang sepatutnya diambil dalam sehari, jenis makanan yang bernegatif kalori, cara senaman yang sesuai dan macam-macam lagi. people, all information is on your finger tips. just grab it.
another thing, i learn that ada banyak diet untuk kurangkan berat badan. diet atkins, diet dukan, diet i love NY, diet sup kobis and what not. choose which one suits you because metabolisma badan kita berbeza-beza. no harm to try more than one type.

4. disiplin/jujur
because aku tak guna mana-mana perkhidmatan jurulatih, maka, aku sendiri yang jadik coach to myself. aku kena disiplinkan diri sendiri. for example, i schedule myself to work out at least an hour per day. let say aku tak dapat nak pergi auckland domain disebabkan kengkangan waktu dan tugasan akademik yang menimbun, it's ok. i'll do my exercise dalam bilik. angkat beban for 20 minutes pun dah cukup baik, asalkan aku bersenam. sometimes, memang ada waktunya aku buat salah laku disiplin in terms of consuming food. there was one day, i was craving for sugar and i took like a whole lot of it. lepas dah puaskan hawa nafsu, mula la rasa bersalah. so what i did was, i punished myself. it doesn't matter what the punishment is, as long as it's focusing on losing my weight. for instance, aku jog lebih dari dua pusingan kat auckland domain. or, instead of doing 20-minutes-exercising-using-dumbbells, aku tambahkan masa sebanyak 10 minit. jadik, kalau nak hukumkan diri, make sure ianya hukuman yang positif.

5. istiqamah dan bersabar
aku sedar yang proses menguruskan badan adalah proses jangka masa yang panjang. in fact, it's a gradual process. never instant. therefore, kesabaran aku mesti berada pada tahap yang tinggi. frankly speaking, memang aku kecewa bila tengok skala timbang yang masih lagi tak bergerak-gerak pada bacaan asalnya.  nak give up pun ada, tahu? but then, i slowly talk to myself - it's ok. usaha lagi. don't quit.
kalau nak difikir-fikirkan, payah sebenarnya nak beristiqamah ni. macam kita baca al-quran. bukannya Tuhan suruh baca sekali banyak. satu muka pun, dah cukup. tapi dengan syarat, beristiqamah.

buat masa sekarang, aku bahagia dengan cara hidup aku ni. aku baru sedar yang sebenarnya, aku rindu nak berlari. dan sejak aku pergi ke auckland domain, setiap kali tu lah i feel the euphoria of running. 
aku harap sangat gaya hidup aku ni mampu dikekalkan. 
even if i go back to malaysia :)



cuti musim panas yang lalu - disember 2011, aku balik malaysia.


 

foto kiri - pertengahan musim sejuk.
foto kanan - penghujung musim sejuk.
ogos, 2012 dan aku masih di auckland.


p/s : i may look slim but i'm not skinny yet. i'm still in a process of becoming one.



generasi 11 #4 : subjek untuk kos tesl di kolej mara seremban


one of my readers asked me this question -

"may i ask you what is sociology all about? belajar pasal apa je?"

and not to forget this kind of question -

"what about math?"

sejujurnya, ketika soalan tu semua bertubi-tubi ditanya, aku sebenarnya dalam hectic perjuangan semester pertama tahun kedua aku di sini. yeah, i was in the middle of my first semester exams. but don't feel sorry about that. dah habis pun hihihi
bermula semalam (duabelas jun) dan berakhir hari ni (tigabelas jun). two papers only for the finals because the other two were assignment-based subjects. aha, bahagia tak belajar sebegini? satu semester empat subjek, dan bila nak exam, cuma dua paper JE yang nak diamek. pulak tu, semua soalan exam dah diketahui. tinggal nak muntahkan jawapan JE. bahagia bukan? kan?
bahagia !
maka adik-adik, sila la strive bersungguh-sungguh untuk menjejakkan kaki di sini. bukan takat dapat belajar di negara orang, amek exam pun tak sebanyak macam di malaysia tu ha. kahkahkah !

ok, cut the crap.
please doakan saya ye?
walaupun indah khabar dari rupa (ececece), aku cuak dengan keputusan peperiksaan kali ni. 
moga-moga Tuhan kabulkan apa yang dipinta.


Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoa lah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagi" 
(40 : 60)


alright. back to our business. dalam entri kali ni, saya (let me just switch the kata ganti diri, ok?) akan cuba jelaskan atau lebih tepat, menggambarkan subjek-subjek yang pernah saya belajar di kolej sepanjang saya memegang title budak tesl.

1. sosiologi (sociology)
kalau ikut kamus dan makna literalnya, sosiologi ni adalah satu cabang ilmu saintifik yang mempelajari lumrah serta pembangunan masyarakat dan tingkah laku sosial. dalam bahasa mudah, kita belajar tentang masyarakat dari pelbagai sudut perspektif (pandangan atau teori). 



ini lah buku sosiologi saya !
dan saya menghafal hampir kesemua helaiannya 
ketika saya mengulang peperiksaan subjek ini


sebagai contoh, kita melihat sekumpulan remaja yang menge-teh kat kedai kopi. 
pada pandangan functionalist, adalah bagus mereka menge-teh bersama sebab aktiviti sosial sebegitu mengeratkan silaturrahim. 
pada pandangan marxist pulak, adalah bagus mereka lepak lama-lama sebab mereka menguntungkan pakcik yang jual air tu. secara langsungnya, mereka ni penyumbang ke arah ekonomi pakcik tersebut. 

ha, nampak tak? 
kita semua melihat pada subjek yang sama tapi pandangan dan teori yang kita pegang adalah berbeza-beza.



sila klik untuk gambaran yang lebih jelas.
ini adalah salah satu esei sosiologi saya.
lihat, adalah terma [RE-DO], 
bermaksud, saya disuruh menulis esei ini semula tapi menggunakan pendekatan yang berlainan.


dalam subjek ni, obviously, you are asked to write essays. a real LOT essays !
walaupun banyak kena tulis, tapi, believe me, once you enjoy the subject, you won't feel the slightest burden to write those six pages of essay. soalan esei selalunya mengkehendakikan (saya tahu perkataan ni tak wujud kahkahkah) kami untuk buat pelbagai argument. ada banyak cara untuk tackle soalan sosiologi dan teknik ni, akan kamu pelajari from time to time.
masa tahun pertama saya kat kolej, urgh, percaya lah. it took me quite some time to get a grip in writing the good ones. sampaikan saya kena repeat paper kaauu ~
hohohoho
but, as much as i said before - jangan lah cuak dan risau !
miss muna akan tolong kamu semua to get through everything. paling utama, usaha kita mesti nombor satu. baru lah cikgu senang nak tolong kita.


2. sastera (literature)
teks sastera saya berupa :

- kompilasi puisi william wordsworth
- kompilasi cerita pendek katherine mansfield
- lakon layar view from the bridge arahan arthur miller
- lakon layar the tempest arahan william shakespeare
- lakon layar the homecoming arahan harold pinter
- novel the english teacher karya r k narayan
- novel the mayor of casterbridge karya thomas hardy

saya rasa, ni je kott yang saya belajar sepanjang dua tahun bergelumang dengan ilmu sastera. oh ya, teks sastera adalah berubah-ubah, yakni, mengikut kehendak miss nina sendiri. teks sastera saya berbeza dengan teks sastera super duper senior, super senior, senior, junior dan super junior. barangkali, teks saya pun lain dengan teks kamu. siapa tahu kan? tapi, waima lainnya teks sastera kami, saya tak rasa teknik untuk memahaminya berbeza-beza. teknik atau approach pasti sama. material saja yang berubah. dalam subjek ni, saya lihat, kunci utamanya adalah memahami penulis itu sendiri. berdasarkan pengalaman saya, saya terpaksa mengkaji (membaca setepatnya) latar belakang para karyawan. ini termasuklah mengetahui (atau mengagak) tujuan sebenar mereka berkarya. paling saya perasan, subjek ini lebih menekankan banyak aspek bahasa. aspek isu tidak lah begitu ditekankan. pun begitu, dari bahasa lah kita gunakan untuk mengupas isu-isunya, betul tak?
salah satu nasihat yang diberikan oleh seorang senior saya yang hebat dalam subjek ini (ehem, kak nina, sila take note. senior yang dimaksudkan adalah kamu hihi),

"write from your heart"

saya tak punya apa-apa tips untuk skor subjek ni. sebabnya, ini subjek yang berjiwa abstrak. subjek yang berseni halus. saya bukan reti sangat nak mengorat mahupun menggoda para pemeriksa dengan picisan tulisan saya yang begitu miskin nilainya. saya benar-benar tak reti. 


3. matematik
pada semester pertama tahun pertama, saya belajar puremath 1. puremath 1 boleh dikatakan sebagai kesinambungan subjek matematik tambahan tingkatan empat dan lima. oleh sebab itu, saya bawak sekali buku matematik tambahan sebagai salah satu persiapan saya ke kolej. bagi semester kedua tahun pertama pulak, saya mempelajari ilmu statistic 1. untuk kedua-dua kurikulum ini, peralatan utama adalah kalkulator saintifik yang digunapakai ketika tingkatan empat dan lima. tak lupa jugak, kertas graf. em...untuk set geometri, saya tak rasa keperluannya begitu signifikan. apa-apa pun, kalau kamu mahu bekalkan sekali, apa salahnya kan?
pada tahun kedua, saya belajar puremath 3. ini adalah one level ahead of puremath 1. sebab tu, ingin saya nasihatkan, ilmu addmath tak boleh sesekali dilupakan. kerana ianya adalah asas kepada puremath 1. ilmu puremath 1 tak boleh sesekali diabaikan kerana ianya adalah penyambung ilmu puremath 3. saya jugak belajar statistic 2. bagi budak engin, mereka tidak belajar ilmu statistic ni, instead, mereka belajar mechanics. ok, apa kes aku melalut cerita budak engin ni??


4. kertas umum (general paper)
subjek yang dipelajari untuk peperiksaan AS. ini adalah subjek yang mudah. ye, mudah. mudah untuk belajar tapi belum tentu lagi boleh skor ke tidak. saya dikehendaki untuk mengarang esei di bawah apa-apa tajuk. baca sekali lagi. APA-APA tajuk. selagi tajuk itu di bawah sinar cahaya matahari dan langit biru yang meredup, your essay could be about anything. berdasarkan kefahaman saya, subjek ini sungguh membantu para teslian sebab ianya bakal menambahkan pointer. budak engin dan budak account tak ada pun peluang sebegini, tahu? maka, bersyukurlah kamu berada dalam kos ini. 
satu saja tips untuk subjek ni - read.
bukan kah kitab kita sudah lama menyebut,


iqra' bis mirabbikallazi khalaq

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) 
(96 : 1)


nah
mungkin laman itu mampu menyuluh kamu lagi tentang subjek ini.


5. agama islam dan ielts
dua subjek ini adalah subjek penyeri hidup di kolej mara seremban. saya sudah menyentuh perihal ielts dalam entri yang lalu. bagi subjek agama islam, ianya tak ubah seperti apa yang kita belajar di sekolah menengah, rendah atau tadika. er...mungkin tahapnya berbeza sedikit. apa-apa pun, hargailah subjek agama islam. untung betul sistem kolej mara seremban menekankan aspek rohani. maklumlah, itu kan bekalan kita bila sudah terbang?

ok.
entri ni dah cukup panjang dah.
seperti biasa, andai ada sebarang pertanyaan, boleh di-emel-kan 

bawangmerahsquared@gmail.com.

tengok lah, kalau-kalau saya boleh jawab, saya jawabkan soalan kamu tu, ya?



lake okareka, rotorua, new zealand
12th april 2011



tujuhpuluh kali

fardhu ain semalam, ketika adam-adam sedang mengerjakan ibadat pada waktu zohor hari jumaat, syaitan-syaitan yang bergayut di hujung-hujung kelopak mata aku barangkali terhangus begitu saja apabila aku bermati-matian mahu berjuang untuk terus hidup di taman syurga.
taman syurga.
aku tak mahu terlepas nikmat taman syurga.
sangat rugi siapa-siapa yang rebah dulu sebelum masuk ke situ.

jadi, ya, aku menang di medan tempur, mengalahkan syaitan laknatullah.
kelopak mata berjaya melawan tarikan graviti bumi.
aku tak tertidur ketika fardhu ain.

[tepuk bahu]

minggu depan, moga aku ada kekuatan lagi.

***

kata ustazah - malaikat maut turun untuk ketemu aku setiap hari yakni duapuluhempat jam, sebanyak yang tertera untuk tajuk entri ini.

sangat banyak!

tiga kali per jam.
(kalau ikut kalkulator, 2.9167 - takpe, kita bundarkan saja menjadi tiga)

memang betul. maut itu sangat dekat dengan aku.
sebagai refleksi, aku memutarkan semula insiden-insiden yang nyaris memautkan aku.

contohnya,

pada minggu lepas, iaitu hari jumaat bertarikh duapuluhsembilan januari, aku berkira-kira untuk pulang ke melaka. kerana kekurangan elemen kesabaran dalam diri, maka aku sedikit reckless ketika melintas jalan menuju ke terminal dua.
aku hampir-hampir saja dilanggar teksi.
my bad.

kata malaikat maut - "bukan lagi saat aku cabutkan ajalnya"

contoh lain,

pada waktu akademik, iaitu hari khamis sebetulnya bertarikh empat februari, aku ke restroom keseorangan sementelah ketika itu merupakan subjek sastera dan rakan-rakan sungguh khusyuk dengan sesi pembelajaran. menjadi seorang baik hati, aku rela berpergian secara solo.
begini saja ceritanya.
aku tergelincir ketika menuruni tangga putar hogwarts.
it was like sliding actually over a few steps.
dan kasut sebelah terpelanting. (ini bukan exaggerate.
ini betul)
aku terkejut (itu sudah tentu!).
hentakan di punggung terasa.
aku bangun.
aku pungut kasut.
everything was abrupt.

bagaimana andai kepala aku yang terhentak di penjuru anak tangga?

kata malaikat maut - "bukan lagi saat aku cabutkan ajalnya"

kita tidak akan pernah tahu bila, secara detail-nya, waktu kematian kita.
sebab itu aku mesti reflect dan repent.
aku sangat beruntung lahir dalam agama aku kerana aku tahu Tuhan aku Maha Pengampun.
selagi aku menadah tangan dan meminta-minta pada Dia, aku yakin seyakin-yakinnya yang Dia akan ampunkan dosa-dosa aku.


em.


aku nak mohon satu perkara daripada kamu sebenarnya.
kalau aku nakal, tolong bilang saja begini pada aku;

"bawang, malaikat maut tiap-tiap hari jumpa kau. tak takut ke kalau dia cabut nyawa time kau buat jahat?"

maklum saja - aku kan manusia.
cepat lupa dan alpa.

AngryFace

budak lahir di bandar masuk kampung sekali lagi

aku penat lagi. baru sampai rumah dari mersing. hari ahad semalam macam hari-hari biasa. takde beza. abah tetap keluar. taktau ke mana. yang penting, dia ada urusan. hari bapa tak disambut macam hari ibu.
lewat petang pukul empat pada hari ahad semalam yang serupa macam hari-hari biasa;

"siapa nak ikut abah balik mersing?"

abah tiba-tiba soal. aku yang tengah tengok tv 2, toleh pada abah.

"kenapa abah?"
"tok banjar meninggal"

jadik, aku terus bersiap. ikut abah. balik mersing. hari ahad semalam yang serupa macam hari-hari biasa, sebenarnya bukanlah hari biasa. aku sambut hari bapa dengan cara teman abah balik kampung. ye, tahun ni, aku takde hadiah untuk superhero aku tu.
tu je la yang mampu aku kasi (buat masa sekarang ni).

abah drive slow. kata abah;

"orang dah meninggal. tak payah la berkejar sangat. kita pun bukannya nak rush"

betul.

abang aku tak ikut. kakak kat uia. mohd ada program dekat sekolah umi. umi of course tak boleh balik sebab nak handle program tu. fahd kat asrama.

***

sampai rumah arwah dalam pukul 0930 malam. suram. ada la beberapa orang yang aku kenal.

"nasib baik kita sempat jumpa toknyang aritu, kan abah?"

aku memang tak nyesal balik mersing. lahir kat bandar sebagai budak bandar tak halang hati aku daripada terus nak dekatkan diri dengan kampung. aku tak kisah walau dah datang beratus-ratus kali and atok-atok still tak nak kenal aku. aku takkan jemu nak balik mersing.

aku tengok jenazah. masa tu, hati ni takde rasa apa-apa. aku pun taktau kenapa aku takde feeling. cuma aku banyak diam la. aku tak ngaji. aku cuma duduk sebelah abah. aku dengar abah ngaji satu juzuk.

malam tu, kitorang tumpang tidur rumah paklong esah.
aku tidur sebelah abah. being a 19-year-old daughter doesn't keep me away from being his little girl. aku kalih tengok abah. dia dah tidur. aku ni, tak tutup-tutup mata lagi. dah satu jam aku cuba nak tidur. entahlah. hati aku rasa lain macam.

***

pukul tujuh pagi, kitorang ke rumah arwah. lagi sekali, aku duduk sebelah abah. dengar dia ngaji satu juzuk. nak menginjak pukul lapan, orang dah mula ramai.

aku tengok, ramai sedara datang. dan ramai aku tak kenal.malah, ramai aku tak pernah jumpa.
kebanyakkan yang salam dengan aku, mesti tanyakan aku soalan ala-ala begini;

+ "anak siapa ni?"
- "anak nasir, cucu salim"

+ "mak tak datang?"
- "mak ada program kat sekolah. tak boleh nak datang"

+ "lain? datang dengan abah je ke?"
- "abang ada hal. adik sorang tu ada program dekat sekolah mak. sorang lagi asrama. kakak exam. kat uia. tu yang datang dengan abah je. semalam amek tokmak tokbak kat kluang. pastu, baru datang sini"

***

darah aku berderau bila tengok alatan mandian jenazah. entahlah. tiba-tiba je.

"macam ni ke kalau aku mati nanti?"

baru terdetik soalan macam tu kat hati ni. betul la apa yang tertulis kat dalam buku teks agama bahagian akhlak 'adab menziarahi jenazah'. kau akan rasa satu feeling yang semacam.

aku ni bukannya baik sangat. alim jauh sekali la. bahu kiri lagi berat dari bahu kanan. lebih dosa dari pahala. masa tengok jenazah, seriyes aku rasa seram.
aku terpikir - bila la ajal aku nak sampai. sempat ke aku nak kutip amalan, kurang kan dosa? terima ke Dia taubat aku ni? aku ni mati macam mana? mati umur muda ke, mati umur tua? ada ke orang nak bacakan aku yassin?
macam-macam soalan aku tanya kat diri ni.

***

ada dua-tiga perkara aku nak highlight sebenarnya.

# walau kau budak bandar dan atok-atok tak kenal kau, kau mesti balik kampung. sekurangnya, kau kenal siapa sedara kau.

# walau kau kerja/belajar tinggi menggunung tapi kau tak reti-reti nak jenguk atok-atok, takde maknanya kau hidup.

"esok kau mati, takde orang nak jenguk, jangan kau nyesal pulak" tu kata abah pada aku.

# nak balik kampung tak semestinya time raya atau dapat berita kematian saja. bila-bila masa pun kau boleh datang. pastu, pergi la lawat atok-atok. buat macam hari raya.

***

part paling best bila duduk lepak dengan atok-atok ni, ramai yang ingat aku sekolah lagi

gelakguling

***

al-fatihah untuk arwah,

***

ok, aku nak ber-facebooking jap.

apa lagi boleh aku buat?

semalam. lebih tepat, waktu malam.
kala aku sedang ralit dengan teks sastera.
dentingan.
aku pandang skrin.

dia.

- "entah la. aku taktau. aku bengang ok" dia trouble.

aku pura-pura gelak di hujung corong talian. dengan harapan, dia tak sebengang mana.

jauh sudut hati aku, aku desis.


kasihan.


+ "bincang lah" aku sepatah bagi cadangan.

- "dah break, tapi...aih. entah lah. ok, aku admit, ada silap aku. tapi kamon la, dia buat salah dia jugak. dia tak sedar. aku penat. aku letih"

aku tadah telinga. apa lagi boleh aku buat?
kalau aku punya kuasa, ingin saja aku lenyapkan sedihnya.
kalau aku punya kuasa, ingin saja aku hapuskan resahnya.
kalau aku punya kuasa, ingin saja aku bentangkan bahagia.
kalau aku punya kuasa, ingin saja aku lekatkan senyuman padanya.


kawan, jangan kau lalu jalan yang aku tempuh.


+ "kau nasib baik. masalah hanya berlegar antara kau dan dia"

aku sambung bicara. aku yakinkan kata.

+ "ada kawan aku, hubungan ranap. macam nak kiamat. punca - orang ketiga laknat"

+ "bincang lah. aku jamin, kau dia akan ok. aku jamin"

aku tibai ayat. walhal, aku sendiri tak tahu apa yang bakal jadik. aku cuma harap, dua insan itu tak ranap lagi.


kawan, aku tak pernah rasa hubungan yang kau ada itu.
aku cuma pernah rasa jasad ini separuh mati bila hilang kekasih hati.



+ "dalam hubungan ni, trust tu penting"

dia senyap.
barangkali mengiyakan kata-kata aku yang separa pengalaman dalam hal-hal begini.

- "masalahnya, aku nak buat benda lain pun susah. kalau aku tak contact sehari, mula la dia tuduh bukan-bukan. eish...tolong lah. aku nak contact siapa? aku contact dia je"

betul lah. memang betul dia bengang tahap karma tika ini. aku? aku terus tadah telinga. apa lagi boleh aku buat?

kalau aku punya kuasa, mahu saja aku lari ke rumahnya.
kalau aku punya kuasa, mahu saja aku ada dengannya.
kalau aku punya kuasa, mahu saja aku selesaikan segalanya.


kawan, aku rela bersusah sedikit asalkan kau tak rasa jasad yang separuh mati bila hilang kekasih hati.


+ "dia insecure ke?"

- "entah. ye kot"

+ "sebab kisah silam?"

dia tarik nafas hela.
betul lah. dia terbeban kini. dia macam nak mati.

+ "respect"

aku panculkan lagi satu senjata yang boleh selamatkan dia.

+ "kalau respect dah takde, susah lah. ada respect, senang. kau respect dia. dia respect kau. sebab respect, kau takkan sakit kan dia. dia takkan sakit kan kau. respect penting. respect your privacy. respect your feeling"

bertubi aku katakan. dia mengiyakan lagi.

sekejap cuma, dia merintih lagi. dan aku? aku kekal tadahkan telinga. apa lagi boleh aku buat?


kawan, jangan risau. aku ada untuk teman kau pimpin tangan dia. apa-apa pun, aku bahagia saksikan kau dan dia menghirup empingan udara cinta.


malam itu.
dia akur dengan bicara aku.



eh kawan!
aku lupa nak bagitau kau.


ego kau dan dia - boleh bawak turun sikit tak levelnya?



*edited*

p/s : we always listen to the victim's story. (kakak aku yang cakap sama aku)



memang tak tercapai akal aku

jumaat lepas, 16.01.09, aku dah plan nak balik rumah (ye, lagi sekali aku nak balik rumah, bukan sebab homesick ok).

tiket dah beli. baju merah dah ready. laptop dah simpan dalam beg. canteeek. tunggu nak solat zohor je.
kali ni, takde siapa nak hantar aku sampai ke terminal one sebab farah drop dekat stesen ktm. tinggal lah aku sorang-sorang nak jalan kaki ke sana.
terpikir jugak, dalam jarak beberapa meter dari stesen ktm ke terminal one, selamat kah aku nanti? mane tau kan, kena kacau ke, kena sexual harassment ke, kena ketok pelok ke....

habis bagi salam kedua, aku angkat tangan. terdetik nak berdoa.
tapi, hati jahat sempat cakap "kau baru nak doa safety kau hari ni? kau ingat termakbul ke doa tu? patutnye dah doa sejak semalam, takpun dari awal-awal minggu ni lagi"

aku tarik nafas. aura jahat ditepis oleh suara lain "takpe, doa je in. Allah tu Maha Mendengar. asal kau konfiden dengan doa kau, insyaAllah, semua selamat. no harm to pray, kan?"

habis doa untuk parents, saudara new zealand, saudara palestin, aku doa je untuk keselamatan aku. tak membazir pun masa kalau aku panjangkan sikit doa aku kali ni.

***

cuaca memang panas. nak terbakar kulit ni. peduli apa aku. aku nak balik, jadik, terima je la kalau cuaca panas ke, cuaca mendung ke. nak naik teksi, urghh...tak sanggup. bajet tak boleh lari.

"farahin!"

aku toleh ke belakang. farah pon toleh sekali. ada kereta berhenti betul-betul sebelah aku. aku berhenti jalan. berhenti bercakap. farah pun sama.

"korang nak pergi mana?"

"kitorang nak pergi ktm dengan terminal"

"oh, ye ke. meh la masok. kitorang hantar jap"




sesungguhnya Allah Maha Mendengar Smile .



budak nakal ada niat nak ponteng usrah

lepas habis borak pasal israel-us-palestin, ada sahabat dari program ib mengutarakan satu persoalan ;

"kak, kalau kita tengok ajnabi for the first time and kita rasa 'eh, hensem la', tu kira rezeki. untuk pandangan kali kedua, ketiga dan seterusnya, kira tak boleh tengok la, kan? tapi, kenapa ada istilah 'cinta pandang pertama'? dia tengok perempuan tu lama-lama untuk kali pertama eh"

aku terkedu. tak pernah terpikir pun soal ni.

ada jawapan tak?


dialog anak kecil #1

"in, abah nak cakap something"

aku diam.

"kalau in tak dapat pergi overseas, it doesn't matter to me. it's not a problem actually. problem ke kalau in tak dapat?"

entah la. aku diam lagi. lama pulak tu.

"problem ke?"

"pro..blem...kot" gagap aku nak jawab.

"tak, it's not a problem. it's not at the end of the world. kalau in tak lepas, paling tidak in pergi uia. sambung belajar"

"tapi abah, sia-sia la kalau macam tu. dua tahun in terbuang je. orang lain dah dapat diploma, in..."

"tak, kalau in masuk uia sekali pun, in dapat degree. kan?"

"tapi abah..."

"in, in kena ingat, setiap perkara ada hikmahnya. Allah tu punya sebab. ok, let say, kalau in tak dapat pergi overseas, in kena sambung kat uia. kalau in pergi overseas, mana tau in tak boleh nak adapt. in rasa susah, rasa tension kat sana. kang lagi teruk jadiknya. Allah tu lebih mengetahui, Dia sayang kat kita. paling tidak, kalau in buat kat uia, in lagi ok. semua senang"

"tapi abah, kenapa Allah dah lorongkan in ke jalan ni? Dia tau in tak boleh hidup kat overseas, tapi, diberi jugak peluang in nak pergi sana. bukan ke at the end, in akan sedih sangat-sangat? kalau Dia dah tau yang in akan ok kat malaysia, kenapa perlu dimasukkan jugak in ke program overseas?"

"sebab, Allah tu Maha Pemurah. in mintak nak pergi overseas, Dia bagi. hakikatnya, Dia lagi Mengetahui sebab Dia Maha Penyayang"

aku diam semula.

"in, dalam dunia ni, semua orang nak senang, kan? Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah aku kesenangan. bagilah aku kaya. janganlah susahkan hidup aku. semua orang doa macam tu. tapi, ada ke Allah bagi kat semua? Allah tu Maha Mendengar. Dia dengar doa-doa kita, tapi Dia tak bagi semua orang senang. kenapa?"

aku diam lagi.

"sebab Dia tahu, kalau Dia bagi seseorang tu jadik senang, kaya-raya, mana tau orang tu akan lupa diri. daripada dia rajin beribadat, nanti, dia mula lupakan Allah. dia lupa nak bayar zakat. kalau Allah tak bagi dia senang, mesti dia akan berdoa tiap-tiap hari. ingat pada Allah, jalankan tanggungjawab. kan?"

aku angguk.

"jadik in, Allah tu dah sediakan jalan terbaik untuk kita. elok je perancangan Dia. setiap benda, mesti ada hikmahnya"

"em..." aku tak tau nak cakap apa lagi.

sedikit sebanyak, rasa berdosa pulak mempersoalkan perancangan Dia sebentar tadi. seolah-olah, aku meletakkan kesalahan padaNya kalau aku tak dapat apa yang aku nak. aku pikir yang bukan-bukan saja.

teruk bukan? bersangka buruk terhadap Pencipta kita.
ah...syaitan ada saja taktiknya untuk buat aku sceptical terhadapNya. ini bukan bulan puasa. ceys. shitto kau, setan!