kenapa tiada yang sudi bagi aku kad raya?

kemungkinan BESAR, sebab harga setem sudah mahal. kali terakhir aku tampal setem kat kad raya, seingat aku lah, harga dia baru duapuluh sen. minggu lepas, bila aku tanya akak kaunter,

"kalau kad raya, limapuluh sen dik..."

...

"er...kalau surat biasa?"
"surat biasa - lapanpuluh sen"

jadik, tak hairanlah mengapa sistem pesanan ringkas menjadi pilihan kau, ya?

tapi-

untuk diri aku sendiri, aku rasa, aku masih lagi prefer cara tradisional. terasa sedikit atmosfera ber-aidilfitri. ada unsur nostalgia di situ. kalau hantar sms, aku berani cakap, sms aku tu confirm masuk tong sampah lepas lima bulan. ataupun, tak payah tunggu lima bulan - bila kotak mesej dah penuh, sah-sah kau kena bersihkan semua sekali.
kan?

unless, kau peminat aku pastu simpan mesej tu sampai raya tahun depan, itu aku taktau nak cakap apa.

memandangkan tahun ni aku punya waktu yang agak lapang, maka, aku, seperti tahun lepas, sudah siapkan limabelas kad raya. dan ke-lima-lima belas kad raya tu, sudah selamat ditampal setem lapanpuluh sen dan dimasukkan ke dalam peti surat berlabel "luar negeri".
dah le aku buat kad tu sendiri, kemudian tampal setem-mahal-tapi-lawa. kalau kau tak maklumkan samada kau dapat ke tak kad tu, memang aku nak kecik hati dengan kau nanti.

untuk budak-budak overseas, maaf ya. aku tak ada peruntukkan untuk kamu semua. kalau aku anak menteri, itu lain cerita lah. bukan takat kad raya je aku bagi, duit raya pun aku boleh kasi!
oh ya.
kecuali untuk kak nina.
untuk dia, aku ada peruntukkan sikit. ye lah, dah aku sayang dia lebih sikit dari kau. maka, dipersilakan untuk jealous banyak-banyak.

untuk budak-budak dapur506 pulak, hanya enambelas orang saja yang bagi aku alamat rumah masa kita kita semua berhingus di tgb. tapi kan, tolak budak UK, budak US, budak australia, budak mesir dan budak jepun, ada dua orang sahaja yang tidak memberi informasi. tak apalah. aku tak kecik hati pun. lagi menyenangkan kerja aku, ada la.
hahahaha.

ok.

kene berhenti. aku nak sambung tulis kad raya.


apakah kebaikan bermain farmville?

pendahuluan :
saya seorang petani tegar.

1. mewujudkan rasa daya saing
saban hari, pihak farmville akan meng-update ranking para petani dengan memaparkan skor masing-masing di carta seperti di bawah.


dengan berbuat demikian, para petani akan berasa teruja untuk bersaing antara satu sama lain.


2. mengajar erti tolong-menolong
apabila seorang petani ingin membina/membesarkan bangunan seperti garaj, sarang lebah atau kandang kuda, pihak farmville menyarankan ia untuk mendapatkan bahan-bahan binaan tersebut daripada petani yang lain. alternatif kedua ialah dengan mengeluarkan sejumlah wang sendiri.
yang pastinya, bahan binaan sangatlah mahal.


3. memupuk amalan memberi
seperti yang kita ketahui, tangan yang memberi lebih elok daripada tangan yang meminta. pihak farmville benar-benar mempraktikkan kenyataan itu dengan memberi peluang kepada para petani untuk menghantar satu free gift kepada rakan-rakan mereka dalam masa satu hari sahaja.


4. mencetus sikap bekerjasama
pihak farmville membuka ruang kepada para petani untuk bekerjasama dalam hal ehwal koperasi pertanian (co-op farming). hal ini terbukti apabila koperasi tersebut menyediakan beberapa projek untuk dilaksanakan bersama dalam masa tertentu. kehebatan menjayakan projek-projek ini akan menawarkan para petani hadiah yang lumayan!


5. menyemai sifat merancang
ekoran daripada aplikasi koperasi pertanian (co-op farming), seorang petani hendaklah merancang dengan teliti cara-cara untuk menjayakan sesebuah projek. pengambilan faktor seperti keluasan ladang, jumlah bijih benih yang perlu disemai, masa, dan jumlah XP, harus dipandang serius kerana taktik yang cemerlang bakal menjaminkan kejayaan.


6. melahirkan usahawan yang berjaya
apabila kebun/ladang semakin maju (yakni berada di tahap 25), pihak farmville menggalakan para petani untuk menginovasikan hasil-hasil pertanian melalui program pasar tani (farmer's market). dalam program ini, selain menjual hasilan dalam nilai standard ukuran busyel, para petani dibenarkan untuk membuat pelbagai resipi, tertakluk kepada jenis bangunan kraf (crafting building). sebagai contoh, sekiranya seorang petani memilih bangunan pembuatan arak, dia berpeluang menghasilkan pelbagai jenis produk seperti minuman tenaga, jus anggur, jus tomato, cuka labu dan lain-lain lagi.



7. mengajar erti permodenan dan teknologi
pihak farmville sentiasa meningkatkan taraf hidup golongan petani dan hal ini dapat dijelaskan dengan sistem teknologi yang semakin maju. seandainya dahulu para petani terpaksa membajak, menyemai dan menuai kebun/ladang secara manual, kini tidak lagi. traktor, mesin semai dan mesin tuai benar-benar memudahkan segalanya dan lebih mengagumkan, promosi pembinaan garaj mampu meningkatkan kualiti mesin-mesin tersebut.


8. menambah ilmu pengetahuan
banyak ilmu serta pengetahuan am mampu diperolehi apabila seseorang petani me-wikipedia apa-apa yang terdapat di kebun/ladang. mengambil contoh projek "a pack of pickled patty pans", pattypan squash atau nama lainnya sunburst squash dan cibleme dalam bahasa perancis daerah Louisiana, benar-benar dijerukkan untuk tujuan hidangan dalam masyarakat Poland. berbentuk kecil dan datang dalam beberapa warna (iaitu kuning, hijau dan putih), pattypan squash kaya dengan kandungan magnesium, niasin serta vitamin A dan C. dengan informasi sebegini, tidak mustahil para petani boleh mengaplikasikannya di dunia realiti.

9. mengukuhkan bahasa inggeris
farmville dikomunikasikan dalam bahasa lingua franca iaitu bahasa inggeris. lantaran itu, bagi kita yang bertutur dalam bahasa melayu, pihak farmville sedikit sebanyak telah membantu kita dalam menambahkan perbendaharaan kata. tidak dinafikan, kadang-kala timbul masalah dalam memahami beberapa perkataan seperti arborists, tobby, topiaries dan macam-macam lagi. mujur terdapat ruangan "what is this?" yang menyelesaikan permasalahan, serta kamus dewan bahasa dan pustaka versi online bagi tujuan memahami makna perkataan.

10. mengeratkan silaturrahim
pernahkah kalian menambah rakan (add friend) tetapi tidak bertegur sapa? dengan melibatkan diri dalam permainan farmville, kita berkesempatan mengeratkan silaturrahim. bagi yang tidak pernah bertegur sapa, farmville merupakan alasan yang sesuai untuk memulakan persahabatan. dan bagi yang pernah bertegur, farmville telah menceriakan lagi hubungan kalian.


konklusi :
walaubagaimanapun, tidak boleh kita sangkalkan bahawa farmville juga mempunyai keburukannya seperti membuang masa dan mengheret kita ke kancah hyperreality. lebih membimbangkan, farmville juga mampu mempengaruhi mood seseorang.


oleh demikian, adalah penting untuk kita menimbangtara yang mana baik atau buruk. semuanya bergantung kepada kita sendiri. sekiranya kita memanipulasikan permainan ini ke arah kebaikan, dengan izin Tuhan, kita pasti akan menjadi manusia yang berguna. ingin saya tegaskan, pokok pangkalnya, adalah diri kita sendiri.

penutup :
kepada siapa-siapa yang berminat untuk menjadi jiran saya, anda sangat digalakkan untuk menyertainya.

tak perlu la aku bagitau cara nak add kan? kamu kan bijak pandai.

jap jap.

kalau takde pendahuluan ke hape (baca: memperkenalkan diri), aku tekan butang ignore.
bye.



nwz-e344

masih ingat entri ni?
akhirnya, aku sudah memiliki.
sejak semalam.
cuma, modelnya tidak berapa sama.
dan aku beli extra item - headphone.


terima kasih kepada budak US dan rakannya, umi dan abah.

-

hei hei hei - ini bukan hadiah dari siapa-siapa. aku kumpul duit aku sendiri. oleh demikian, tidak mungkin aku bagi siapa-siapa untuk gunakannya.
sekian.


dikacau orang Indonesia

sudah dua minggu gamaknya. iye, aku sangat yakin sudah dua minggu, sebab, ketika dia hubungi nombor telefon aku, kita-kita semua belum lagi berpuasa ramadhan. mula-mula, aku, dengan penuh etikanya, mengatakan dia sudah salah nombor. lebih spesifik, sudah silap orang. aku bukan yuli. yuli sudah tukar nombor.

esok-esoknya, aku fikir, isu ini sudah tamat. tapi, heh. meleset. dia masih lagi hubungi aku. kali ni, dia menggunakan sistem pesanan ringkas. dia tuduh aku bulat-bulat dengan mengatakan,

yuli sudah sombong sekarang ni

aku hanya diam, buat bodoh. habis membacanya, aku delete mesej tersebut. end of the story.

ketika aku di kolej, secara terperincinya, pada pukul 2.11 petang yang mana, aku sedang bersama-sama junior berkongsi pengalaman mengambil peperiksaan ulangan, dia, kali ini menggunakan nombor yang lain pula. bukan 017 tapi 014. aku langsung tidak teringat akan isu ini dan sewenangnya, aku angkat panggilan.
dari hujung corong, dia menyebut-nyebut nama yuli.
aku sudah kata,

"INI BUKAN YULI. YOU DAH SALAH NOMBOR!"
"lagi kerja ya?"
"I HAVE MEETING RIGHT NOW. YANG PENTING, YOU DAH SALAH NOMBOR OK. SALAH! NI BUKAN YULI!!!"

bila aku sudah menengking, itu tandanya, aku sudah hilang sabar. bila aku sudah hilang sabar, itu tandanya, aku sedang marah. bila aku sedang marah, itu tandanya, kau sedang cari nahas dengan aku.

malam itu, sebelum aku sempat lelapkan mata, dia menghantar mesej lagi. kali ini, dia sungguh-sungguh menegakkan benang yang sudah basah. menafikan kenyataan yang dia sudah kehilangan yuli.

hei, walaupun sekarang ni bulan ramadhan, tahap kesabaran aku ada limitnya juga. dan dia benar-benar menyakitkan hati seorang hamba Allah pada bulan yang penuh barakah ni. dengan marah yang membuak,

HOI !!
SALAH NOMBOR LA! SALAH NOMBOR!
jangan sampai aku berkasar bahasa dengan kau. reti paham tak?!
F.


sila ambil perhatian. tahukah kamu apa yang aku maksudkan dengan huruf F?
aku harap kamu faham ye.

dia balas,

maafkan saya ya kalau sudah silap nombor

aku tarik nafas lega,

bagus. memang kau dah salah. terima kasih. cari yuli di tempat lain.

tapi kawan-kawan, sesungguhnya, lelaki ini tidak faham huruf F yang aku maksudkan sebenarnya. kerana dia menghantar teks ringkas sekali lagi dengan menanyakan aku ini siapa dan di mana aku sedang berada.

ok.
siapa mahu tolong aku untuk mengfahamkan manusia ini? mungkin penjelasan aku kepada dia masih kabur lagi.

urgh.
aku sungguh fed up lah.
hot sangat ke aku ni?


bulan ramadhan sangat sakti

terima kasih atas doa kalian semua :)

bukan hari guru

hari ni aku pergi ke kolej dan sempat sediakan gift ni untuk miss nina, miss muna, miss zalina, miss julia, miss junainah dan miss rudi.

informasi :

1. satu piece berharga RM 5.
2. datang dalam pelbagai warna.
3. simple tapi ikhlas.

aku harap mereka sukakannya.










nombor dan huruf #5

[bahagian empat]

"dia mintak apa this time?"
"aku taknak cakap la pasal benda ni lagi..."

sunyi.

sunyi lagi.

aku cuba jengah. ternampak dia kaku di situ. kawan dia - budak AL92 - mengeluh.

"kau dengan classmate kau tu, apa citer?" budak AL92 tanya.


gulp.


"classmate mana satu ni?"
"tu, yang selalu lepak study dengan kau. aku tengok, sejak dia repeat paper, kau asek turun wispi je"
"kan aku tutor dia"
"lain?"
"lain apa nye..."
"takde lah, lain dari tu, takkan takde? kalau turun wispi tiap-tiap malam, ok lagi aku tengok. ni, dah tiap petang kau pergi. tak memasal aku lepak dengan roommate kau yang seram tu"

aku terdengar dia gelak.

"ni kira kau nak cakap kau rindu aku la ye?"
"rindu la jugak...everytime pergi bilik kau, mesti kau takde"
"aku kan dah jadik duta wispi"
"hooo...habis, aku ni? duta bilik E309 eh"

gelak tawa bersatu.

"kau jangan nak lari topik. baik kau jawab, kau apa cer dengan dia? razman mintak couple balik pun kau tak nak. sah ada something ni"

jantung aku, terus jadik kencang.
satu perkataan je - NERVOUS.
malam yang sejuk, bertambah-tambah sejuk aku rasa. tangan yang tengah pegang susu kotak dutchlady direct keluar dari peti sejuk, mula kebas. darah macam tersekat menyusuri liang-liang kapilari. isi-isi yang melekat di distal phalanges, intermediate phalanges, proximal phalanges, metacarpals dan carpals, seakan keras terbeku.
selama ni, aku tak pernah nak cucuk jarum ke hape. pasal si razman pun, aku tak berani nak soal dia.
eh.
oo...nama dia razman ke...

"ok, apa yang kau nak tau?" dia mulakan.
"semua!" budak AL92 excited.
"em, aku dengan classmate aku tu..."


Tuhan,
tolong lah.
tolong lah.
tolong lah.
berikan aku sesuatu.
sesuatu yang pasti.
kali ni saja.
tolong lah.
tolong lah.
tolong lah,
Tuhan.


"...takde apa"


dan dunia bertukar...kosong...gelap...


"tipu" budak AL92 tepis.
"serius"
"sikit pun takde apa kau rasa?"
"aku tau...dia tu baik. aku ok je dengan dia. tapi, soal feeling feeling ni, aku tak boleh la dengan dia"
"asal? sebab dia classmate kau?"
"tu satu hal"
"hal lain?"
"aku dah tutup pintu lepas razman keluar pergi"
"wooo...serius ke ni?"
"muka aku tak cukup serius ke?"

budak AL92 tersengih keterpaksaan.

"aku bet, dia suka kat kau lah"
"better dia cari orang lain"
"kalau dia tunggu kau?" budak AL92 cuba provoke.
"aku tak suruh pun dia tunggu"
"kesian weyh"
"aku, kau tak kesian?"
"ala, luka boleh sembuh-"
"parut tak boleh hilang"
"at least, berparut sana sini, ada orang sudi nak lagi-"

dan pada tu, susu kotak dutchlady hampir terlepas dari genggaman. tapi aku sempat tangkap.
kecuali,

handphone aku masuk mesej.

sialan.
terkantoi eavesdropping.


"er...botak tutup. koop pun tutup jugak. tapi, aku bawak kau susu ni"

budak AL92 dah blah pergi.
aku cuba gagahkan muka menghadap dia. saki baki kekuatan rupanya masih ada dalam diri aku ni.

"kata koop tutup. mana dapat susu?"
"aku balik asrama kejap, pergi bilik pantri. lepas ni, makan ubat tau"

susu kotak dutchlady bertukar tangan. aku cuba berlagak biasa. terus duduk di meja, lalu aku capai apa yang patut.

shit.

fokus melesap hilang.

dan aku lihat, dia mengemas barangnya walaupun waktu belum lagi mencapai puncak malam.

"kriptografi - kod caesar" dia hulurkan sekeping nota berselit dengan penanda cogito Allah sum!.
dia berlalu pergi.

di penanda itu, aku belek. tergelak aku lantaran lucu membaca tulisan tangan sendiri yang menyusun kata-kata berbaur luahan perasaan.
aku dah agak, dia akan baca punya.

di nota itu pula, aku amati betul-betul,

l - dp - uhdoob - vruub


kali ni, aku mengharapkan sangat-sangat,
dua minggu akan berlalu dengan cepat.

-tamat-

***

salam ramadhan semua!


nombor dan huruf #4

[bahagian tiga]

dulu, aku dengan dia bukan macam ni. maksudnya, aku dan dia bukan belangkas. di mana ada dia, di situ ada aku. owh, taaak. menjadi item - jauh sekali. dalam first semester, aku boleh cakap, tak sampai lima kali aku berdialog dengan dia.
bila masuk semester dua, aku menjauhkan diri.

ok, taknak reveal kenapa aku buat macam tu.
tak.
nak.

semester ketiga - hati yang punah, sudah mula bercantum semula. hei, cinta aku pada dia takkan pudar lah. dan aku sangat, extra yakin, dia milik aku sebab aku lebih jauh bagus daripada mamat tu. cuma, aku tak bagus dari sudut akademik.

AS aku, tak memberansangkan. no, tipu. result aku macam cibai. silap. result aku sangat cibai. aku bangku bab nombor. serupa macam aku bangku hal-hal bola. iye, aku bukan jantan yang memang JANTAN. aku lain. aku tak suka kalkulator, aku tak suka rumus, aku tak suka perkiraan matematik, aku tak suka gadget, aku tak suka lionel messi, aku tak suka jerman, aku tak suka -

aku cuma suka huruf. titik.


"kenapa kau baca buku ni?" dia pernah tanya satu malam. matanya tajam membunuh pada utopia trauma karya rahmat harun.

aku betul-betul terperangkap dengan dia. ni semua gara-gara aku terpaksa ulang kertas matematik (yakni, puremath dan statistics) untuk peperiksaan AS bulan oktober/november. dia bertindak sebagai tutor aku. lepas isyak, dia akan panggil aku pergi wispi. dan, bermulalah malam-malam yang begitu indah dalam hidup. cuma, dijerukkan sedikit oleh mukanya yang beku tahap negatif darjah celsius.

bangkali kerana ketiadaan semangat aku untuk menguasai ilmu hisab.
kott.

"aku suka"
"waktu kritikal macam ni, kau lagi nak suka membaca?"
"aku...aku tak suka math..." sedikit perlahan aku menjawab.
"then, why did you take engineering?"

aku menjungkit bahu. sekadar satu isyarat "entah lah". aku tak rasa dia nak tahu betul-betul the reason aku pilih engin. dia jadik tutor ni pun atas alasan study group untuk IRP.

"ni, siapkan tutorial. esok kena hantar kat teacher. kau punya exam tak lama dah. tolong jangan buang masa aku. aku lagi pulak, nak kena fokus A2. lepas repeat paper math ni, you have to know - ada banyak lagi kau nak kena cover. physics, chemistry, maths"

sejujurnya, walau dia dingin macam iklim tundra di kanada utara, russia utara, siberia utara dan greenland bila masuk bab kira-kira, aku tak kisah. tak amek pusing.
sebab dia, aku paksakan diri buat latih tubi. sebab dia jugak lah, aku dapat A dalam peperiksaan ulangan AS.
dia kata, aku hebat dan dia suka tengok aku boleh buat maths.
dia cakap lagi,

"aku tau, bukan senang nak buat benda yang kita benci"

seriously, aku suka.
sukaaaaaa.
aku suka gila kat dia weyh!

***

bilamana kaki menapak ke dewan selera, aku lihat dari kejauhan tiada lampu yang terpasang di tapak gerai makan tu.

hadoi...tutup la pulak...

dan dari dewan selera itu, aku arahkan kaki ke koop.
ok, fine. tutup jugak.
kejap, hari ni hari apa?


"dia call kau lagi?"
"tadi, lepas maghrib..."

siapa pulak ada dengan dia tu.
aku dekatkan diri ke tingkap, biar boleh dengar dan nampak. nasib baik wispi ada langsir. dan nasib baik, sekarang waktu malam.

***

rujukan :

IRP - intensive revision programme


kak nina, tolong tunggu in

enough said.


sakit itu adalah nikmat

sebab, kita dapat tahu siapa yang sungguh-sungguh

1. ambil berat pasal kita.
2. larat dengar kesakitan kita.
3. bawak kita jumpa doktor.
4. sayangkan kita.
5. mahu kita bernyawa.

maka,

aku mesti kuat telan C6H5K3O7 - AngryFace

cerita tentang rindu 6

lewat malam tadi, seperti kebiasaan, aku menjadi insomniac lagi. fikiran aku tersasar hingga pukul satu. dan kemudian, dua.

***

pernah aku kata pada seorang kawan, aku mahu tukar nombor. alasan aku mudah - biar tiada istilah "berhubung" dengan manusia selepas ini. aku kata lagi, aku mahu cuti panjang aku tanpa siapa-siapa menanyakan soalan-soalan klise. soalan-soalan berbaur caring, loving,adoring...
aku mahu kehidupan yang senyap. juga, diam.

dia tak banyak mengulas. mungkin dia faham aku ni makhluk Tuhan yang bagaimana. aku, dalam pada itu, mengharapkan dia dapat mesej sebenar aku.

tolong jangan berhubung.
walau serapat mana kita berdua, aku nak kita berjauhan. jangan pernah mahu menekan nombor aku. jangan pernah mahu menghantar teks ringkas kepada aku. jangan pernah mahu tanyakan khabar aku. jangan.

***

lewat malam tadi, seperti kebiasaan, aku menjadi insomniac lagi. fikiran aku tersasar hingga pukul satu. dan kemudian, dua.
sebelum sempat mata terkatup, aku capai handphone,


'hye...missing you sedih'


pukul lima setengah pagi, dia balas,


'me too, dear cium'


- such an irony.


nombor dan huruf #3

[bahagian dua]

malam begitu sepi - tiada siapa pun berani nak laung-laungkan suara di wispi ni. kalau ada, heh, itu tempah ajal namanya.
hadoi, lagi dua minggu, lagi dua minggu. lepas ni, urgh!

aku.
tak.
nak.

semua berakhir...macam tu.

soalan aku tadi, dia tak jawab pun. bila aku pandang dia dan dia pandang aku, yang mana secara harafiahnya aku menentang sepasang mata dark mahagony brown di balik kaca mata berbingkai hitam segi empat tepat, dia berikan aku satu pandangan kosong.
kosong.
dan mata dia, masih berair - tanda sinus dia masih mencengkam jasadnya.

"nah" aku suakan.

dia beku.

apa kena dengan dia malam ni?

***

masa awal-awal dulu, aku takut nak borak dengan dia. muka dia, sumpah macam nak psycho orang. selalu, dia duduk kat ceruk kelas. selalu, dia tak amek pusing pun apa yang kawan-kawan perempuan gosipkan. dia, aku tengok, keseorangan, walaupun aku tengok dia pergi makan berkawan, dia pergi perpustakaan berkumpulan, dia pergi bilik guru berteman. aku tahu, dia ni bukan calang-calang perempuan.

ada satu kali, aku lalu depan meja dia. cikgu hamidah tak masuk lagi. konon-konon, aku nak keluar ke tandas. meja dia, macam biasa, dia pilih meja depan hujung barisan. kiranya, kalau orang nak keluar kelas, kena corner kanan dulu lepas lalu meja tu. aku, dengan nervous yang tak pernah-pernah aku rasa, jalan dengan gaya cool. raut muka, aku kekal maintain. aku tak nak tunjuk yang aku tengah gabra nak mati. gila apa nak kasi tunjuk?


mungkin sebab aku lupa nak baca bismillah dan Tuhan sememangnya Hebat, aku boleh pulak terlanggar bucu meja masa nak corner.
pergh...tertusuk di kalbu wooii!
terus tangan aku pegang perut. senak toksah cakap la.
lagi best, barang-barang dia semua jatuh. nak tau kuat ke tak aku langgar tu, satu kelas terdiam.
ok, aku dah jadi tumpuan.

ego dan maruah - bersatu dan hancur lebur.

damn!


"kau ok tak?" dia tanya, cemas, tiba-tiba.

aku angkat muka dan masa tu jugak, aku rasa macam ada background music filem mohabbatein. siap dengan daun-daun luruh jatuh berguguran. kalau tadi rasa senak, sekarang rasa,
INDAHNYA DUNIAAAA!

***

dia, takde lah psycho mana. fitnah semata tu. yang buat dia bukan tipikal like any other girl is her interest.
dan interest dia tu, memang jauh tersasar dari apa yang aku minat.

***

"aku nak pergi botak. kau nak apa-apa tak?"

dia geleng.

"aku beli burger nak? nanti, lepas makan, dah boleh makan ubat. perut kosong, tak elok tau" aku bangun, terus paling.

tapi,
sempat telinga aku tangkap,

"kenapa tak biarkan aku mati je..." suara halus keluar dari kerongkong dia.

erk.
ma-ti?

***

rujukan :

botak - sebuah gerai atau kafetaria yang menyediakan pelbagai jenis masakan nasi dan mee serta burger. terletak di sebelah dewan makan dan hanya beroperasi pada waktu malam hari ahad hingga khamis.

ke-gerunan

ketika jam baru saja melihatkan waktu pukul sepuluh malam, aku larikan diri daripada komputer riba.
ok, tidak. lebih tepat, daripada bukumuka.

kebun sudah ditanam lobak
gambar sudah ditilik habis
komen sudah dibalas baik


usai isyak, aku berkira mahu tidur. esok, aku mahu lihat mentari. esok ada tugasan yang menanti. dan esok - itupun kalau Tuhan beri nafas lagi.
tapi, bila aku baring, meletakkan bantal di sisi kiri kanan, memboloskan diri ke dalam selimut hangat, kelopak mata tidak mahu jatuh menunduk graviti. tadi,

"umi, in ni sakit pinggang-"

umi sedang baring. aku dan dia tengah bincangkan menu berbuka.
lupa kah? minggu depan sudah ramadhan.

"hari tu, dah le in tengok kencing in macam berdarah"
"darah?" umi tanya.
"pinggang belah mana tu?" umi sambung.
"sebelah kiri. kalau rukuk, sujud, rasa sakit"

aku malas nak tulis detail. secara ringkasnya, fikiran aku ini yang buatkan aku tak senang nak tidur.
aku bangkit. capai minyak.
perlahan-lahan, aku sapu.
silap lagi. bukan fikiran aku puncanya.
sakit pinggang yang buat aku tiba-tiba segar.

aku ini, jenis yang inkuirinya tinggi.
kalau tentang aku - lagi berganda rasa ingin tahu.
habis menyapu minyak, aku rebah.

ah, sialan.

'kencing berdarah' - tangan mengetuk papan kekunci di kotak google.

aku jumpa ini.

bilamana mata membaca tanda-tanda amaran, aku,
LargeGasp
hampir semua - lima per enam - ada pada aku.
dan-dan tu, hilang rasa mengantuk dan malam terus terasa panjang.

betul lah kata pepatah inggeris - curiosity kills the cat.

sudah tukar

hari ni aku malas nak pergi jengah mana-mana blog untuk canangkan alamat baru aku. aku pun tak tau apa kena dengan aku hari ni. mungkin malam nanti atau hari-hari esok, aku akan pergi.
pagi tadi, sudah kelewatan. nasib umi tak gendang pintu kayu bilik. mau pecah kalau umi sound. dah kata HEP, anak murid tak anak murid, semua dia pakai layan sama saja. malam semalam, aku takde pun tidur lambat. dalam pukul sepuluh, sudah masuk selimut. siap hantar mesej,

'ok abah. goodnite, love u!'

abah reply lambat. dia sibuk kott. aku rasa, mungkin sebab abah pergi ipoh tanpa bawak aku sekali, tu yang aku jadik begini.
jadik MALAS dan TAK ADA MOOD. dah tu, kerja translasi terbengkalai. mengemas rumah pun, aku buat ala kadar. takdenya nak mop-mop lantai hari ni. takdenya nak ngelap tingkap hari ni. semua tu takde dan takde. lipat baju, lagi haram aku nak buat.

Crying
bila abah mau balik aa?
dia taktau ke sebenarnya aku takmo dia pergi ipoh?

hari ni hari ahad.
pagi tadi bukak mata dan hati aku kata,

'damn. hari ni dah masuk ogos'