+ kitorang sekarang dah masuk psychiatry
- psychiatry? o, yang deal dengan budak kan
+ apa pul-
- eh. tu, pediatrics
- silap silap. psychiatry, mental?
+ ha, mental
- aaa...ye lah, yang deal dengan mental illness
+ psychiatry ni luas-
- nanti, kiranya, nua belajar sekali dengan ubat yang treat mental ke?
+ haah. belajar
- nua, promise me something
+ promise?
- haah. janji dengan in, you will study psychiatry betul-betul and skor
+ [ kerut dahi ]
- janji dengan in...
- [ pause ]
- caya lah...bila nua dah habis study tu, you can help someone.
- someone that is close to you
- janji?
janji?
titipan si
bawangmerah
dibawahkatakunci :
dialog anak kecil,
hidupaku,
kerepek-repekan,
melawandepresi,
siri keempat
empat langkah, percaya lah
tempoh hari aku instagram-kan foto sekotak tepung betty crocker yang Ya Allah haih, mudahnya nak buat kek atau biskut pada zaman sekarang. kau campur sebiji telur dan 80 gram butter. gaul dan bentuk kan doh. bakar. siap.
mudah kan?
rasa pun sedap. sesedap mrs higgin sebab teksturnya lembut, rasanya manis, baunya harum. overall, aku kasi sepuluh per sepuluh kalau kau gunakan tepung betty crocker.
tapi, bak kata mohd, "tak aci lah pakai instant mix, in".
iye, mohd. memang tak aci. sebab tu umi kasi in resepi kek lobak merah yang cuma ada empat langkah. dah la empat langkah sahaja, bahan-bahan pulak senang nak carik.
aku jamin, siapa-siapa yang ikut resepi ni, confirm menjadik kek dia.
***
bahan-bahan :
1 batang lobak merah dipotong kecil
1 cawan minyak masak/jagung
1 cawan gula
3 biji telur gred A (2 biji telur sekiranya bersaiz besar)
2 cawan tepung gandum naik sendiri
cara-cara :
1. kisar (blend) gula , telur, lobak merak dan minyak masak/jagung
2. tuang bahan kisar ke dalam tepung dan gaul biar sampai sekata
3. masukkan batter (dua sudu) ke dalam setiap cawan kertas
4. bakar selama 30 minit pada suhu 150-160 darjah selsius (bergantung pada ketuhar masing-masing)
![]() |
| "bawang, kau buat kek ni sebab resepi dia senang ke, sebab sedap?" |
![]() |
| "sebab, dua-dua; senang dan sedap" |
selamat mencuba !
okay
11.45 am
+ nua, kawan in from welly datang and ajak lunch
+ don't think boleh skype nanti
- haha
- okay
- please don't think
+ kalau tak think, it should be what then ?
+ haaaa
- stop thinking
- start talking
+ HAHAHAHA
+ nua ni, apa lah
+ nua
[ hantar foto ]
+ baju ni, ok kan ?
***
+ nua, kawan in from welly datang and ajak lunch
+ don't think boleh skype nanti
- haha
- okay
- please don't think
+ kalau tak think, it should be what then ?
+ haaaa
- stop thinking
- start talking
+ HAHAHAHA
+ nua ni, apa lah
+ nua
[ hantar foto ]
+ baju ni, ok kan ?
***
| i assume you guys can know his response towards my question above |
boyss.
ada sebab aku bersolek
dalam konteks kehidupan aku, bersolek bermaksud kau pakai cc cream, compact powder, contact lenses, brown eye liner, mascara, blusher, vaseline dan lip ice sheer colour. lain-lain, takde dan tak perlu lagi buat masa sekarang. ikutkan hati, nak je aku pakai concealer dan eyebrow pencil tapi takde peruntukan lah nak beli. lagipun, aku takde lagi asas kemahiran nak pakai tu semua. skill eye liner baru je improve tahun ni. IMPROVE ok. bukannya master. dalam erti kata lain, kadang-kadang tu, ada beberapa kali tangan aku terbabas masa pakai eye liner. entah lah. i don't know why at times, my hands do shaking out of sudden. bila dah jadik macam tu, terpaksa bersihkan muka and pakai balik eye liner. jadik, aku ni tak sehebat mana tang makeup ber-makeup. jauh sekali nak pakai bulu mata palsu ke, lipstik ke hape ke. haaaa...
overall, aku bersolek terrrr-sangat nipis (nota untuk future husband : awak tengok, confident gila kan saya dengan natural beauty sendiri? kehkehkeh)
aha, itu, kalau aku ada masa dan rajin nak bersolek. kalau datang mood pemalas aku, jangan kan eye liner - cc cream pun aku tak pakai hokkaayy
sekurang-kurangnya, ada dua occasion yang memaksa aku untuk ber-makeup. pertama, ketika temujanji aku dengan GP. dan kedua, ketika ada majlis atau keraian seperti sambutan hari raya umno. for my appointment with my medical team, aku memang berikan sepenuh dedikasi terhadap penampilan aku. aku akan bersiap lebih kurang satu jam - yakni, bermula daripada pemilihan pakaian, tudung, kasut dan akhir sekali, alat solek. i will wear all of them dengan rasa keyakinan diri paling best sekali.
![]() |
| foto diambil beberapa minit sebelum diri melangkah pergi ke universiti untuk temujanji bersama GP |
TAPI.
temujanji tempoh hari merupakan kegagalan pertama aku dalam menyampaikan mesej "hi doctor, today i'm fine". aku sakit kepala starting from the late morning. aku cuma baring dan tidur. badan rasa lemah sikit yet i couldn't really bother about it. bagi aku, mungkin after few hours of sleeping, the tiredness and headache would just go away.
apparently, they didn't. aku bangkit lima belas minit sebelum appointment aku. dengan kepala tingtong, aku cepat-cepat bersiap. pergi tandas, cuci muka. masuk bilik dan sauk mana-mana baju yang ada kat rak. serius tak sempat nak bersolek. nasib baik tudung bawal aku tak buat hal - senang nak bentuk and terletak elok. aku sampai kat health center lebih kurang tiga minit sebelum pukul empat.
ah, selamat gila. kalau terlewat, tak pasal-pasal kena denda NZD 10.
***
GP
farahin, you look pale today from the last time i saw you.
aku
er...
GP
i'm worried about you.
aku
maybe because i have headache couple times in this week. i'm not sure if the meds is working.
GP
there are several factors considering about the meds. how's your eating?
aku
well, i take my breakfast...lunch...and sometimes dinner.
i still wake up during the night time.
GP
at what time?
aku
three. sometimes, two in the morning.
GP
how about we do some blood test? you're really pale. i am so worried.
***
ok, instead of aku kena denda NZD 10, i was some kind being ripped off almost NZD 200 for doing the blood test.
what. a. mazel. tov.
hakikatnya, memang bibir aku sedikit pucat sejak aku cuba menjadi seorang vegetarian. aku dah lama perasan sejak tahun lepas lagi. dalam diet aku yang sekarang ni, tak ada dah ayam, daging dan ikan. telur pun, aku dah jarang sangat amek. kalau ada sekalipun, mungkin telur tu ada dalam bentuk biskut, kek atau kuih-muih. susu - aku amek susu kacang badam, bukan susu lembu atau susu kambing. keju - hanya sesekali dalam seminggu.
![]() |
| ini lah muka sakit aku. tanpa secalit make up pun |
konklusinya, sebab utama aku bersolek adalah untuk berselindung daripada GP aku. but, since that day of my appointment, i'm not sure if hiding the real truth from my GP is quite a good call.
perhaps, after this, i shouldn't put any make up at all ?
i'm not sure.
cuti musim panas : pesta tanglung
tahun ni adalah tahun keempat aku berada di perantauan. dan tahun ni adalah tahun ketiga aku pergi ke pesta tanglung di tanah auckland. pada tahun kedua, aku tak dapat pergi sebab aku pulang dari tanah melayu lewat sangat. masa tu, first time balik rumah after eight months being away (literally) from the family. so, bukan main lagi aku lepaskan rindu-homesick segala bagai. bila dah besar sikit, aku decide takmo duduk rumah lama-lama. jadik, i was back in the auckland city lil bit earlier - yakni, 22 februari 2012. then, bila dah besar banyak, bertambah-tambah awal aku beli tiket kuala lumpur-auckland, that is, 28 disember 2013.
errr..paham tak aku cakap ni?
ok-ok, aku buat senarai tarikh-tarikh tiket aku :
tahun pertama
auckland-kuala lumpur
24 november 2011
kuala lumpur-auckland
22 februari 2012
tempoh bercuti di malaysia - tiga bulan (secara kasar)
tahun kedua
auckland-kuala lumpur
07 november 2012
kuala-lumpur-auckland
18 februari 2013
tempoh bercuti di malaysia - tiga bulan (secara kasar)
tahun ketiga
auckland-kuala lumpur
28 november 2013
kuala lumpur-auckland
28 disember 2013
tempoh bercuti di malaysia - satu bulan
***
i must say that i'm proud to not spending such a long time in malaysia. at least, kalau habiskan musim panas di tanah auckland, tahap bahasa inggeris aku tak lah berkarat sungguh. paling tidak pun, aku akan speaking once in a day dengan my medical team, sheryll, jurulatih-jurulatih gantang di gym atau pekerja-pekerja countdown. lagi best, ini adalah tahun terakhir pengajian aku sebagai anak rantauan. tak syok lah kalau dok lama sangat kat melaka tu. otak tak berkembang, beb. karang bulan jun dah nak back for good dah. ingat senang ke nak dapat kehidupan yang jauh dari abah umi? haaaa...
so, bagi aku, keputusan untuk balik malaysia selama sebulan sahaja adalah tepat. terrrr-sangat tepat :)
malam tadi, aku, yasmin dengan nadzirah pakat-pakat nak pergi pesta tanglung. tahun-tahun sudah, pesta tanglung taklah seawal gini. aku pikir, dia ikut peredaran bulan kott - makin lama, makin awal. serupa jugak dengan puasa (jeng jeng jeng). kalau puasa awal, raya pun awal jugak kan? kan? kan? kan?
nak balik rombau lah ! #eh
dalam perancangan, kitorang nak huhahuha sesama kitorang je. well, it's partaayyy baby. mesti lah berjoli-sakan. tapi, bak kata pepatah, kita ni merancang. Tuhan yang menentukan. kebetulan, ada dua orang budak bachelor of arts (aka pelajar tesl kolej mara seremban) baru sampai ke tanah auckland siang tu. sebagai seorang senior yang budiman (ehem) dan seorang kakak yang taklah-nampak-macam-seorang-kakak-pun (sebab aku awet muda, ok), kitorang ajak budak-budak tu pergi sekali ke pesta tanglung.
bila tengok diorang tu, tak habis-habis memori tahun pertama berputar dalam kepala otak aku. aku ingat lagi, aku pakai cukup tebal walaupun masa tu musim panas. hidung aku pulak berair dan aku dapat selsema. kak nina susah-susah bawak kitorang pergi pesta tanglung dan layan kerenah DAN JAWAB SOALAN KAMI YANG TAH PAPE-PAPE.
aahhh...those days --
[ mata bergenang ]
dah, tak nak bebel lagi.
mohon jemput melihat gambar-gambar pesta tanglung terakhir aku.
perlu diketahui ya, kamera aku kamera cikai. mana gambar yang lawa tu, kira nasib je. kamera orang lain canggih-canggih. jealous iolls.
| sebenarnya pesta tanglung berlangsung tiga hari tiga malam |
| tapi aku pergi sehari je. itupun, waktu malam. kalau nak pergi tengahari, boleh. |
| cuma, kalau pergi tengahari, kau nak tengok apa? tanglung bukan menyala |
| ada macam-macam tanglung sekitar taman albert ni |
| ada tanglung yang pernah aku tengok sebelum ni. ada yang belum lagi |
| naga ni, kurang pasti dia ada ke tak tahun lepas. kecik je dia ni. aku pukul kang |
| tanglung ni pun not bad. bila duduk bawah pokok ni, fefeeling romantik sikit |
| aku dapat tangkap gambar tanglung-tanglung dengan jelas lepas ramai orang dah balik |
| aku ronda kat taman albert sampai lampu tanglung dimatikan kott |
| kiranya, aku balik apartment lewat sikit aa. kau jangan nak report abah umi, ok? |
| tanglung pahlawan kuda. ha, tahun ni tahun kuda. perasan tak? |
| si penari dan si jelata. |
| tokoh-tokoh ilmuwan (kononnya) |
| pakcik jual teh |
| entah |
![]() |
| ni lah acara kemuncak pesta tanglung - melihat bunga api dari menara auckland oh yeh ! |
| yang paling rendah tu, yang paling muda usianya HAHAHA |
| macam biasa - gambar bersama yasmin sememangnya wajibbulghunnah |
| ini, kalau ditakdirkan aku berkenduri kahwin, mereka kena dapat seat VVIP friends till jannah gittew [ muntah hijau ] |
titipan si
bawangmerah
dibawahkatakunci :
cutimusimpanas,
hidup universiti,
lukisanhati,
makan-angin,
siri keempat
cuti musim panas : "in a hole in the ground there lived a hobbit..."
walaupun dalam entri sebelum ni aku menggalakkan kamu (terutamanya budak-budak tesl kolej mara seremban) menonton filem/drama inggeris tanpa sari kata, tapi, dalam kes-kes terpencil, adanya pengecualian untuk mewajibkan diri memakai sari kata. without subtitles, you might get lost and it's kinda pointless to watch the show. kes-kes terpencil yang aku maksudkan adalah filem/drama yang sarat dengan jargon. contohnya, house m.d atau siri the lord of the rings.
cuti musim panas bulan lepas (januari), aku habiskan tiga hari tiga malam menonton layar perak arahan peter jackson di kaca tv plasma. well, tv plasma apartment gua memang boleh cucuk pendrive pun, and then kau boleh fefeeling macam duduk dalam cinema. kiranya, memang layan habis ah - tak payah aku susah-susah keluarkan NZD 16 beli tiket wayang. heh.
ok, aku bukanlah peminat filem epik fantasi ni. in fact, aku tak pernah tahu jalan cerita dia.
serius, AKU. TAK. TAHU.
dan bilamana aku pulang semula ke tanah auckland aritu (28 disember 2013), yasmin dengan nadzirah tak habis-habis suruh aku tengok the hobbit : the desolation of smaug. aku dah pernah dah tengok the hobbit : an unexpected journey, tapi aku tertidur kat wayang tiga kali which that made me missed three scenes of the show #loser
pastu, nadzirah siap suggest aku dengar lagu ni,
memang layan la kan?
the thing is, aku sebenarnya dah blurr dah pasal the hobbit : an unexpected journey. senang cerita, aku lupa sungguh jalan cerita dia. kalau nak cakap pasal the lord of the rings (ketika itu), memang takkan mampu la derr. so, memandangkan aku ni jenis berinkuiri tinggi dan jenis menanya soalan "amenda la best sangat cerita peter jackson ni wehhh", aku amek inisiatif nak tengok siri the lord of the rings dan the hobbit : an unexpected journey. sebab tu senang-senang je tiga hari tiga malam cuti aku hangus gitu.
sekarang, ehem.
YE - peter jackson memang legend. no wonder sambutan filem-filem dia lain macam. dan orang tak putus-putus nak pergi hobbiton. aku ingat, pasni aku nak pergi lagi sekali. baru betul-betul feeling !
the last time i went to hobbiton, aku tak rasa apa. nak kata happy, em...boleh laaaa. nak kata tak happy, tak jugak. cuma, bila aku tengok the lord of the rings and the hobbit, a few times i told to myself - "ni tempat kau amek gambar ni. kau perasan tak?" - sambil mata terkelip-kelip sebab tak percaya.
actually, it feels like the memory of visiting the setting is not quite there in my mind. sedikit kecewa di situ.
[ sigh ]
but anyway, here's a bit of pieces of the memory.
enjoy ! :)
***
![]() |
| untuk lawatan ni, aku amek pakej dari matamata i-site |
![]() |
| boleh beli tiket terus dari matamata i-site ni, atau secara online |
| dari matamata i-site, bas akan berhenti selama 15 minit di the shire's rest |
![]() |
| di the shire's rest, pelawat berpeluang membeli-belah dan berehat sebentar |
| kemudian, baru gerak ke ladang. ni lah pit-stop pertama |
| pelawat akan dikelompokkan dalam kumpulan kecil dan diketuai seorang tour guide |
| mula-mula, kita jalan laluan gandalf the grey dan frodo baggins |
| tadaaaaa ! rumah hobbit pertama yang dijumpai |
| dulu, rumah-rumah ni adalah separa kekal, yakni, ia akan dirobohkan selepas selesai penggambaran filem the lord of the rings |
| sekarang, rumah-rumah ni diputuskan menjadik kekal selama mana ia disyaratkan dalam kontrak antara peter jackson dan pemilik ladang ni |
| ada dua jenis saiz rumah hobbit yang dibina. satu, rumah bersaiz manusia normal |
| rumah bersaiz manusia normal adalah untuk plot-plot melibatkan hobbits sahaja |
| kedua, rumah bersaiz lebih kecil daripada manusia empat kaki |
| rumah kecil ni pulak, untuk plot-plot melibatkan manusia normal seperti gandalf the grey |
| so, bila gandalf the grey pakai rumah bersaiz kecil, nampak lah yang hobbit-hobbit ni sememangnya kenit |
| antara tinggi aku dengan tinggi seorang hobbit, tak jauh beza. sebab tu rumah bersaiz (luar biasa) kecil ni tak nampak kecil mana pun bila aku bergambar sama |
| bayangkan eh, tinggi aku ialah empat kaki sembilan inci (1.45m) manakala tinggi seorang hobbit dikatakan dua hingga empat kaki (0.61-1.22m) |
| sekarang, jelas kan? |
| lawatan bermula di persimpangan ni. dan diakhiri di sini jugak |
| kampung pertama (kott) |
| ni lah SEBAHAGIAN hobbiton. ada 44 lubang rumah hobbit yang dibina kekal |
| rumah seorang lagenda - tak boleh masuk pun :( |
| ladang ni luas sangat. tapi, masa lawatan yang diperuntukkan adalah lebih kurang 30-40 minit |
| aku cadangkan, seeloknya, lawat lah pada waktu pagi. kalau pergi selepas pukul 12 tengahari, panas terik ouh. |
| yang ni bukan rumah hobbit. aku kurang pasti ianya apa |
| papan tanda pengumuman |
| tak dibenarkan memancing atau mandi. depan sana - the green dragon bar |
![]() |
| antara replika yang dibuat untuk menjadikkan hobbiton lebih realistik |
| ini - bangsal (agaknya) |
![]() |
| the green dragon bar - setiap pelawat dihidangkan minuman percuma |
| sebelum lawatan betul-betul diakhiri, sempat tangkap gambar tasik ni |
| dan amek feeling sikiitttt - lonely :( |
| dari sini, nampak beberapa lubang rumah hobbit |
| kenangan kami bertiga yang dah pernah jejak kaki di sini |
![]() |
| akhir sekali, kawasan lapang yang dijadikkan tempat hobbit berparti |
***
bagi aku, peminat tegar siri the lord of the rings dan the hobbit memang patut datang ke sini. tiket untuk seorang dewasa tak lah mahal - NZD 75. tak perlu bermalam di matamata. cukup kalau balik hari saja. bukan jauh pun dari tanah auckland.
titipan si
bawangmerah
dibawahkatakunci :
cutimusimpanas,
hidup universiti,
lukisanhati,
makan-angin,
siri ketiga,
tiubkamu










