aktiviti kokurikulum tindikan TESL New Zealand : merasai marae #02

hari kedua.
hari terakhir.

memang sekejap pun.
TAPI.

it was the best day of all.
kott.
ok. aku dah pernah cakap kan, aku nak ber-instagram pun punya lah susah nauzubilaahhhhh
satu, sebab jadual padat. dan kedua, the 2degree's line was unreliable (2degree tu kira macam celcom aku kat tanah auckland lah). mungkin kalau kau pakai vodafone (yang boleh disamakan dengan maxis), benda cenggini takkan berlaku. but then again, gua tak mampu der nak bayar bil vodafone. so, i rather switch to 2degree and just bear with the low quality connection.
nasib lah - kau bayar kurang, kau dapat servis cikai. kau bayar lebih, kau dapat servis tiptop. pffttt fair enough.


saya mohon wilayah 2degree diluaskan lagi hingga ke ceruk sini


well, because i'm a morning person (nota untuk future husband : anda boleh berbangga dengan saya HAHAHA), aku bersiap awal dan keluar dari dorm - pergi carik line. ye, aku memang gigih when it comes to internet. dan aku sebenarnya suka tengok alam yang belum dipunah lagi dengan bising teriakan marhaen. ah...senandung angin sangat romantis, kau tahu? sebab tu, siapa-siapa yang bangkit awal pagi, kau memang beruntung. beruntung GILA. ada macam-macam hadiah yang Tuhan berikan percuma hokkaayyy
lebih kurang pukul sembilan pagi, ramai yang dah bersiap sedia. dan sementara menunggu sarapan pagi, aku sempat bergambar kat kawasan marae ni.


fefeling dalam taman bunga aawwww


tempat pertama yang kami lawat ialah rachel spring whangapipiro yang berdekatan dengan government gardens. tiada bayaran dikenakan dan ianya adalah tempat awam. so, kau boleh datang sini 24/7 - ikut suka hati kau.
nak bergambar, nak dating, nak buat wedding photography, haa apa-apa saja pun boleehhhh
bukannya ada dress code yang diwajibpakai pun
tapi kau jangan la nak mandi kat mata air panas ni sebab suhunya tinggi gila kott. dan tak ada sebarang air sejuk yang mampu menstabilkan suhunya hewhewhew


disebabkan ramai pelancong yang datang ke sini,
terpaksalah aku bersaing dengan mereka bila nak dengar penjelasan dari pemandu pelancong


lepas puas bergambar kat situ (walhal, tak puas lagi - biasalah, perempuannn), kitorang pergi lawat perkampungan maori yang lebih besar kawasannya dan lebih realistik kehidupannya. kalau di tamaki maori village (yang kitorang pergi semalam), ianya tidak begitu real sebab orang-orang maori bukannya tinggal kat situ pun. tapi, untuk perkampungan hari ni, walaweyyhhhhh
aku lupa apakenama kampung ni. agak popular jugak sebab ramai pelancong dari pelosok dunia datang ke sini. dan...ehe, tak diketahui aku caj bayaran untuk masuk ke sini.


oufit of the day


ok. ni adalah rumah orang maori (wharenui) yang boleh dikatakan menyerupai struktur badan manusia. pada kebiasaannya, jasad yang dipamerkan (menerusi ukiran dinding) mewakili nenek moyang sesebuah puak maori.
sebelum tu, kau boleh skip this part because i'm gonna talk about the maori building in a bit details (i can confirm that it'll bore you to death if you're not into historic thingy).

cuba tengok gambar ni.


sumber gambar : [sini]


1. tekoteko : mewakili kepala.
2. maihi : mewakili lengan yang menyambut para tetamu.
3. amo : mewakili kaki.
4. tahuhu (tiada dalam gambar) : mewakili tulang belakang.
5. heke (yakni berakar dari tahuhu hingga ke poupou atau ukiran dinding) : mewakili tulang rusuk.

bila kau mahu melangkah masuk wharenui, jangan lupa untuk menanggalkan kasut. lagi satu, kau tak boleh makan minum dalam kawasan ni. untuk tempat tidur, kau dilarang sama sekali melangkah bantal dan pijak tilam. ha tengok, lebih kurang macam budaya kita-kita kan?


pemandu pelancong kata, mata air panas ni elok untuk kulit.
rugi betul aku tak bawak botol kosong.


dalam kawasan kampung tu, aku dapat merasa mata air panas yang takdelah sampai melecurkan tangan aku. tak lupa jugak, melihat kawasan geiser yang segan silu nak pancutkan airnya. untuk bakal-bakal cikgu geografi, aku syorkan buat lah lawatan sambil belajar kat sini. toksah la buat lawatan kat zoo. that is soooo yesterday hahaha
akhir sekali, kitorang dapat merasa jagung manis yang dimasak secara hangi. kesedapannya -- toksah nak dicerita.


dekorasi restoran aorangi peak


sebagai penutup tirai aktiviti kokurikulum ni, kitorang dibawa makan tengahari di restoran aorangi peak. ia merupakan sebuah restoran tertinggi di new zealand, yakni, duaribu kaki tingginya - tiga kali lebih tinggi daripada menara sky city ouh!
jadik, panorama di sekitar restoran ni sememangnya awesome-takleh-blah-punya. it's not only offering us a majestic view, it's also created with a soft, ambient environment which i think, kalau kau nak melamar kekasih kau kat sini, memang romantik tahap giga lah.
woi. five star restaurant kott? mahu tak cair aku bila datang sini. and aku rasa, masa tu, aku takde lah lapar nau sebab aku dah kenyang tengok lanskap restoran ni kahkahkahkah

habis makan tengahari, barulah kami pulang ke tanah auckland
untuk pengetahuan korang, servis pelancongan yang ditawarkan sangat lah outstanding. like i said before, you pay more, you'll get more. so, siapa-siapa yang bercadang mahu ke pulau utara new zealand, rotorua mungkin boleh dijadikan destinasi bajet anda.
tak rugi tau :)



tenggelam



tapi belum lemas lagi.