aktiviti kokurikulum tindikan TESL New Zealand : merasai marae #01

tajuk entri sengaja dipanjangkan sebagai salah satu usaha membantu enjin pencarian mendarat ke kertas putih bawangmerahsquared di bawah kata kunci "tindikan" "tesl" "new zealand" atau "marae".
atau dengan kata lain - saja nak mempopularkan blog yang dah tersadai sekian lama.
puih.

ok.
untuk pengetahuan anda di luar sana, tindikan TESL New Zealand di bawah tajaan MARA sememangnya ada peruntukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan. in simple words, setiap seorang daripada kami ada cultural budget masing-masing yang dijaga oleh koordinator program, Sheryll McIntosh. untuk adik-adik yang bakal datang ke tanah auckland, anda semua mungkin akan berjumpa dengan Sheryll ni. she's such a wonderful person and i love her to the moon and back. cewah.
tapi, walaupun masing-masing ada bajet, kitorang tak boleh la sewenangnya pakai duit tu ikut sukahati-mak-bapak-kau-kaannn. setiap aktiviti yang melibatkan duit ni WAJIB dipersetujui oleh seluruh cohort itu dan semua orang mesti terlibat sama.

untuk aktiviti marae ni, tak silap aku, semua cohort wajib buat. walaupun pada mulanya aku macam "urgh, marae? apa kah itu? what's that? sejenis kuih keeee", but i have to admit that this marae experience is hell-awesome. lu takkan menyesal, gua guarantee.

marae ni sebenarnya bersepah-sepah kat kawasan new zealand. waima kat universiti aku sekalipun, adanya marae. but then again, we didn't go to the university of auckland's. apa cer habiskan bajet yang ratus-ratusan kat situ? kufur nikmat namanya!
jadik, Sheryll aturkan kitorang untuk pergi ke rotorua. dan tahukah anda berapa caj yang dikenakan sekepala? it's 345 NZD - sounds expensive for a vacation of two days and one night. yet, it's worth enough because everything is included, be it, transport, accommodation (they provide you mattresses/sheets, blankets/duvets, towels and pillow/cases - jadik, tak perlu la hang menggedik bawak sleeping bag, ok?), food (light snacks, afternoon tea, hangi dinner, breakfast and lunch) and all cultural activities. semuanya dah siap. kau cuma perlu sediakan duit and that's it.

kami bertolak sekitar satu tengahari dan dijangka tiba di rotorua pada pukul empat atau lima petang. eh, lupa pulak nak bagitahu. kitorang ber-marae di tamaki maori village. dan sebelum tiba di sana, pemandu pelancong akan berhenti di matamata untuk rehat & rawat. masa ni lah kitorang bergambar sakan sebab i-site dia - perggghhhh
kalau anda peminat tegar filem lord of the ring ataupun the hobbit, anda wajib datang ke sini untuk lawatan sambil belajar set filem hobbiton. by the way, aku insyaALLAH akan ber-hobbiton pada cuti musim panas ni.
hikhikhik.


kecomelan rumah hobit.
awww suka suka !


tiba di tamaki maori village, kitorang disambut dengan adat istiadat maori yang dipanggil powhiri. masa powhiri ni, ada lah ucapan daripada hos dan tetamu, doa mereka (kitorang senyap je) daaannnn acara yang paling terkenal dan tak boleh dilepaskan - hongi.

"a hongi is a traditional maori greeting in new zealand. it is done by pressing one's nose and forehead (at the same time) to another person at an encounter.in the hongi, the ha (or breath of life), is exchanged and intermingled. the breath of life can also be interpreted as the sharing of both party's souls. through the exchange of this physical greeting, one is no longer considered manuhiri (visitor) but rather tangata whenua, one of the people of the land. for the remainder of one's stay, one is obliged to share in all the duties and responsibilities of the home people" (wikipedia, 2001).

lepas minum petang, kitorang merasai kehidupan maori yang sebenar! haaa...menarik hokkaayyy
first, before going into the village, we were greated by these warriors. simboliknya, acara ni cuma nak pastikan yang kita (tetamu asing) datang secara aman. takde langsung niat nak berperang dengan mereka.


sumpah masa ni rasa cuaakkk


dalam kampung maori ni, ada beberapa stesen yang mempamerkan kehidupan mereka. ikut kau lah nak pergi stesen mana dulu - takde restriction punya. dia ala-ala kau masuk petrosains giteww.


stesen 1 - poi
aku ringkaskan lah pasal poi ni. poi merujuk kepada persembahan kesenian yang menggunakan alatan bernama "poi". poi ada macam-macam ukuran. ada yang terlalu panjang dan ada yang pendek-kecik-molek. kalau kita tengok orang-orang maori dok main menatang ni, macam senanggggg JE.
walhal - Ya Tuhan. susah jugak weyh.


poi - bebola putih yang bertali 


stesen 2 - poi rakau
gua hebat main menatang ni kott. tak caya, tengok video ni hahaha




stesen 3 - harakeke
sebenarnya, orang melayu dengan orang maori tak jauh beza pun. kalau tengok muka mereka (especially the boys and the men), sebijik macam orang melayu. except that they are much taller and bigger in size laahhh.
anyway. kalau orang melayu ada mengkuang, orang maori pun ada serat flaks mereka yang dipanggil harakeke. serat harakeke ada macam-macam kegunaan. bukan takat dianyam jadik tikar, orang maori gunakannya untuk dijadikan tali, pakaian, raga makanan, peralatan masak, alat mancing dan jugak dalam hal ehwal perubatan.
pergh...powerrrrr


haaaa...macam mengkuang kan?


stesen 4 - whakairo
ataupun, pengukiran kayu. tengok, aku dah kata dah orang maori dan orang melayu tak jauh beza. well, ukiran kayu ni bergantung pada kepakaran seseorang, alatan digunakan dan corak ukirannya. bagi yang pakar, masa yang diambil untuk menyiapkan satu ukiran lebih kurang empat atau lima bulan. tapi, depends jugak corak apa yang diukir dan besar mana ukiran tu. maksud aku, kalau kau nak ukir tiang sebesar kaki gajah, of course la amek masa berbulan-bulan. kadang-kadang bertahun-tahun.


hai abang, khusyuknya kamuuu


stesen 5 - mau rakau
yakni, seni mempertahankan diri. ok, orang maori takde silat cekak hanafi atau silat gayong. so, obviously they don't have the kris but taiaha (seperti dalam foto di bawah). jangan kau pandang enteng kat senjata mereka - nampak je macam kayu pacak. walhal, ketiga-tiga bahagian yang ada pada taiaha mampu membunuh kau.

nota kecik : bahagian-bahagian tersebut ialah;
1) arero - untuk menikam dan menangkis pihak lawan
2) upoko - untuk merodok pihak lawan
3) tinana - untuk menyerang dan menangkis pihak lawan


yang dipegang itu lah taiaha


scary habis tak?
fine. tak scary kan. tapi, kalau kau tengok macam mana pahlawan maori yang super kachaakkkk (aku maksudkan yang berambut pendek tuuu. ah, melting ~ melting ~) mendemonstrasikan mau rakau mereka, confirm lu boleh tumbang.

stesen 6 - hangi
ini adalah stesen kedua terakhir sebab stesen yang last sekali, kitorang kena masuk dewan and tengok dokumentari pasal orang maori. siap ada persembahan tarian dan nyanyian segala bagai. best memang best. tapi tak boleh lawan rasa best menikmati makanan yang dimasak secara hangi. hangi ialah teknik masakan orang maori yang menggunakan batu-batan panas di bawah tanah. perlu diketahui, kawasan rotorua adalah kawasan geoterma dan tenaga geoterma ni lah yang dimanfatkan puak maori. mereka siap ada kolam air panas dan kolam lumpur (kedua-duanya bagus untuk melicinkan kulit) serta geiser (wapnya boleh buat spa muka!). semuanya disebabkan tenaga geoterma. punyalah best ada tenaga ni sampaikan bil elektrik mereka tak sampai berapa dollar pun sebulan.
oh!-seeemmmm


you, kalau kita dok kawasan geoterma, macam-macam benda kita boleh buat.
contohnya, tanam sayur-sayuran organik.
interested tak?


makan malam kami adalah seratus peratus daripada hangi. dan malam tu, adalah malam pesta untuk aku HAHAHA
banyak gilo aku makan - ikan, kupang, lobak manis, kentang dan roti kukus. hoyeeeaahhh !
tapi, lepas makan, tiba-tiba rasa bersalah. isk
:(


marshmallow takleh terbakar.
kang dia masuk dalam api, padan muka kau


aktiviti terakhir untuk kami - memanggang marshmallow di unggun api sambil berkongsi cerita. Jammes, salah seorang tangata whenua, menceritakan lagenda dan mitos puak maori. masa ni lah kitorang tahu banyak pasal asal-usul nama-nama tempat di sekitar new zealand. walaupun new zealand telah dijajah orang british, nama-nama tempatnya masih dikekalkan dalam bahasa maori. jadik, jangan kau nak tergeliat lidah bila menyebut tauranga, ruapehu, wairarapa, manawatu, taupo atau waikato.
alahai, sebutan makhraj bahasa maori lebih kurang sama dengan bahasa melayu kott. so, tak susah pun nak menyebut bahasa mereka hikhikhik!

bila be-marae, memang akan padat jadual kau. that's why there's no point you bring along your ipads or laptops. nak melayan facebook? 
harapan laahhhhh
aku nak ber-instagram pun punya cukup payah.

baik lah.
nantikan itinerari hari kedua aku pulak.



cuti musim panas : pergi pasar

dah berbulan-bulan aku tak masuk dapur. well, dapur tu berasap sebabkan yasmin dengan nadzirah yang guna.
nak harapkan aku?
sila bermimpi.
takat masak air tu - ada lah.
bukan aku malas ok (berani kau label aku pemalas?). tapi, aku tak boleh tengok pisau buat masa sekarang. so, aku dah takde beli sayur-sayur, ikan-ikan, buah-buah. takde. makanan aku, for this time being, just some ready-made. contohnya, ramen, yogurt, biskut rye dan telur. bukak dan makan terus.
aha, semua tu tak melibatkan pisau, bukan? takpun, aku makan kat luar. kedai yang paling jadik port aku - st pierre's sushi, cafe midnight express dan habitual fix. punya la kerap nau aku dok makan kat tempat-tempat tu, sampaikan pelayan-pelayan dah cam muka aku ni.
pergh...buat i terasa dihargai nokss.

st pierre's sushi
aku memang pemakan tegar sushi. lagi-lagi yang ada ikan salmon. lagi mentah, LAGI aku suka. smoked salmon pun, no hal. asalkan dia ikan salmon, gua telan. the next favourite in my list is tuna. tapi, antara ikan tuna dengan ikan salmon, aku lagi kerap makan the salmon lah. aku tak suka kalau dalam sushi tu ada benda-benda gorengan. like, you have fried crab in your sushi. yyeewwww. minyak ok?
that's why my preference of sushi is merely the non-frying-stuff. nothing else. oh, and one more thing, i love its miso soup (small size). selalunya, miso soup ni aku buat sarapan pagi je. kenyang kott minum sup. lepas tu, tengahari baru makan sushi (lapan keping - cukup). aku jarang gilaaa nak melantak sushi lebih dari kuantiti yang aku dah tetapkan tu. itupun, makan lapan keping dah rasa bersalah. ye lah, masa aku tahun kedua di tanah auckland, aku kaw-kaw punya restrict-kan diet aku. mana ada aku balun karbo. kebanyakannya makanan aku berasaskan protein, sayur, buah dan kacang. bila masuk tahun ketiga, i don't know why the hell i break most of my rules. that's why it makes me feel more guilty.
but anyway. guilty-guilty pun, aku ada cara nak hilangkan rasa bersalah tu. ala-ala pengampunan dosa giteww. tapi, next time lah aku cerita pasal ni.

cafe midnight express
ok. kafe ni tempat kegemaran aku untuk celebrate macam-macam. dan ketahuilah, aku celebrate sorang-sorang yek. jarang aku nak bawak orang makan kat sini. kalau ada pun, sorang dua. yang penting, tak sampai lima orang lah. so, usually i go to this place during lunch hour and my meal is only seafood basket. takde yang lain. eh. tapi, masa mula-mula makan kat sini, aku pesan seafood chowder. boleh tahan sedap gua cakap lu. dan harga pun, BOLEH TAHAN SEDAP lah kehkehkeh
sebab tu tempat ni dijadikan tempat celebration. tak kisah lah nak celebrate apa sekalipun, be it, i got higher grades in assignments, i submitted assignments, i survived miserable days in university of auckland or what not. 
lagi satu, aku suka tulis esei kat sini. the soothing environment always triggers me to write. pelayan-pelayan semua senyum je kalau aku dok buat kerja kat situ. agaknya dorang ingat aku budak sekolah lagi kott? #bajetawetmuda

habitual fix
baru tahun ni aku pertama kali beli makanan kat kafe ni. my only order is toasted pita (herbivore). daging dengan ayam - macam biasa lah, gua kurang keyakinan sifat halalnya. ala, lagipun, aku dah berhenti makan daging dan ayam, remember?
toasted pita dia memang sedap (walaupun sayur semata). nak dibandingkan antara st pierre's sushi dan cafe midnight express, habitual fix ni kira pilihan yang terakhir. bukan apa, although it's worth ('cause it only costs me six bucks), it tends to make me sleepy because its quantity buat aku terlebih kenyang. aku tak suka ok. nabi pun pesan kan - berhenti sebelum kenyang. bila dah kenyang sangat, mata mula kuyu macam cibai. mula la aku tertidur dan tak produktif langsung nak buat kerja sekolah. haaa...nampak tak logik justifikasi aku ni? tambah pulak, aku sengaja latih perut aku supaya tak makan banyak. biar makan sekadar cukup. tak perlu lebih-lebih.
tapi, jangan pulak kau hentam aku, kata, "eleh, hari tu bukan ke kau melantak piza macam hantu, cik bawangmerah?". 
kau ni...
agak-agak lah. aku ni manusia kott. harus lah ada cheat day. meaning to say, there'll be always a day for me to bend or break my rules.

so. 
amacam?
boleh tahan melalut aku ni.
aku cuma nak cerita yang pagi tadi, aku pergi pasar dengan yasmin dan nadzirah. oi, bukan sunday market lah. ni saturday market. tapi, konsepnya sama - PASAR.
pasar kat tanah auckland ni, best. sebab dia bersih sampaikan kau nak amek gambar pun, kau rasa foto kau cantik-menarik-tertarik-kau-memang-da-bomb. tak caya?
cuba tengok foto aku ni.


urgh. ketembaman pipi agak terserlah di situ.


ok.
gua nak tidur dah.
sila simpan puji-pujian anda di ruangan komen.
selamat malam, dunia !


marah






marah aku -
sampai boleh buat benda yang lebih daripada atas ni.
so, watch out.
ok ?



cuti musim panas : mari pulang ke gagang !

lets' go, baby.

hai para gadis dan jejaka sekalian.
apa kabar?

ok, let's cut the crap. i never good in introduction anyway. so, have i told you that it's already spring in auckland and sikit masa lagi dah nak masuk musim panas? 
oh yes! of course i did kan. must be somewhere along those lines in some random of my posts.
memandangkan musim dah  berubah (dan aku pun berubah sama - kott), siang sudah jadik panjang dan malam sudah jadik pendek.
yay?
harus lah yay! (jerit kuat-kuat ya).

kalau dulu, masa musim sejuk, lambat nau matahari nak naik. pukul enam pagi tu, masih lagi bergelap-gelita hokkkaaayyy, and i was like where-are-you-mr-sunshine-because-i-need-you-badly-laaaa.
kalau kau pengikut fynnjamal di instagram dia, mesti kau pernah tonton virpen (video-pendek) dia berjalan ke sekolah masa pagi-pagi buta gelap-gelita takde-cahaya.
haaa cenggitu lah aku bila nak pergi gym ketika musim sejuk. gelap gelap gelap.
dan bertambah-tambah scary bila jalan raya sunyi sepi, like hellooo-am-i-the-only-girl-who-wakes-up-in-the-early-morninggg?
itu --
musim sejuk.

musim bunga dan musim panas - lain ceritanya.
subuh masuk lebih kurang pukul 4.49 giteww dan habis waktu lebih kurang pukul 6.08. toksah nak nganga sangat sebab kan aku dah kata, siang panjang. jadik, pukul 6 tu, dah kira terang-seterang pukul 7 pagi macam kat malaysia.
dan kerana alam sudah bermusimkan sebegitu, adalah patut aku memaksimakan kegunaan membership gym aku. kau hengat yuran gym tu muraahhh?
well. consider affordable lah if you apply for a whole year. tapi, affordable punnn, mahu tak terketar tangan aku nak bayar yuran ahli kat kaunter tu ha. ok, jangan nak tanya its exact figure. it's super mahal (relatively speaking) BUT it's super worthy (seriously speaking).

actually, boleh je aku nak lari sekitar symonds street, queen streets, albert park atau auckland domain (yang mana aku kena merentasi dulu grafton bridge sejauh 97.6 meter).

but i tell you what, aku ni ada preferences aku sendiri. masa aku tahun kedua di tanah auckland, aku pergi je lari kat tempat-tempat yang aku cakap tu. dari columbia apartment, aku merentas grafton bridge, lepas tu aku lari keliling padang besar auckland domain sebanyak tiga kali. well, aku tak lari laju pun. sekadar jogging (yang betul-betul jogging punyaaa, bukan makan angin ye) dan jalan cepat. kalau datang mood tak betul aku, aku sambung lari sampai ke auckland university dan patah balik ke columbia apartment.

ah, aku tahu korang takkan paham punya peta larian aku. but anyway. kott korang ada peluang datang ke tanah auckland, boleh la korang berlagak sikit-sikit tahu kaannn sebab korang dah pernah baca entri aku ni kehkehkeh

back to our story.
so, i ran a lot on the streets because of my finance constraint, hence i couldn't afford the gym membership. even it was winter, i went for a run. dan... (jeng jeng jeng)
bukan kah aku katakan tadi musim sejuk bersiangkan pendek, bermalamkan panjang?
ye, bilamasa aku keluar dari apartment, langit masih kelam sedikit dan jalan masih lengang. pagi sabtu adalah pagi yang paling mencabar. 
kenapa?
because i have a high tendency to meet with drunken people. if they're sober enough, alhamdulillahhhhh
kalau tak, hmm...
but so far, my experience with those people is not that traumatic. masih lagi, em, i would say, tolerable lah.
oh ya. i have another experience regarding this morning routine of mine. tiap-tiap hari, ada sorang pakcik tua ni akan bawak anjing dia berjalan sama kat auckland domain. kiranya, dua-dua sama-sama exercise lah (sweet giteww).
TAPI.
yang macam haghomnya, anjing tu tak pernah nak sweet dengan aku. setiap kali berselisih and i bid a good morning wish to that uncle, anjing tu mesti nak attack aku. like -- seriously attack kott?
nasib baik lah uncle tu pegang kuat tali anjing (gagah jugak pakcik ni). takde lah teruk aku kena pun. cuma, andrenaline rush aku tiba-tiba skyrocket tak hengat dunia. nasib baik aku tak terkencing.
heh. mangkuk punya anjing. sampai sekarang aku tak puas hati dengan dia. 

ok.
after a long time, aku pikir-pikir, aku rasa aku kena sign up the gym membership. gua tak larat la nak hadap penangan angin sejuk, orang mabuk dan anjing gila tiap-tiap hari. serius tak larat.

and...
the rest is history.

sebenarnya, my main reason of going to the gym at six is because manusia tak ramai lagi kat universiti. aku ni, ada satu perangai yang sentiasa merasakan invisible audience aku berskala besar. walhal, aku tahu people couldn't even bother with me. 
another reason is that the cardio room belum penuh lagi. aku suka. kalau ada manusia sekalipun, mereka tu golongan profesional (yakni yang bekerja pukul lapan). selalunya, mereka habis work out dalam pukul tujuh. kiranya, sempat lah mereka nak mandi-mandi dan bersiap-siap lepas tu. 

i'm glad i'm back to my routine (mohon istiqamah). maklum  lah, tiga bulan aku ponteng tak berlari, stamina aku menurun tahap giga kott. benci aku.

la ni, aku bakal pulang ke malaysia. and i can't wait to meet those people who are interested with my lose weight development. hopefully aku sempat la nak turunkan berat badan lagi. hikhikhik!



cuti musim panas : oh hai semua

hello kembali daripada aku.

akhirnya, semester dua tahun ketiga sudah betul-betul melabuhkan tirainya. dan aku meraikannya dengan melantak gourmet pizza sebanyak-banyaknya dengan si yasmin, hadi dan nadzirah. lu takkan percaya punya yang gua mampu makan (lebih kurang) medium size pizza.
powerrr hokkaayyy
keraian sebegitu, dah kira sekali harung lah untuk sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum lewat malam. yeah, enam dalam satu giteww

ok.
enough.

*letup-letupkan jari*

SO.
mengikut perkiraan mudah dari arkib blogspot aku ni, rupanya ada dua bulan aku tak menulis - julai dan ogos. 
pergh.
dalam dua bulan tu, gua cakap dengan lu, macam-macam benda dah jadik kat gua. even benda yang tak tercapai akalmu bak kata elyana-penyanyi-lagu-tapak-sulaiman, pun ada terjadik. tapi, apa-apa pun, IT'S GOOD those things dah blah jauh walaupun literally meninggalkan kesan kat jasad aku.

ANYWAY.
cuti musim panas dah bermula secara rasminya. tak payah nak yay sangat lah sebab gua panas betul bila musim ni datang. sebab apa? sebab cuti musim panas adalah cuti yang bapak-panjang-gila-bosan-nak-mati-weyyhhh
ye aa, dari bulan november sampai bulan mac. mahu tak kejung kepala otak?

MAKA.
agar aku tak mengkufurkan nikmat dunia ni, aku nak susun beberapa strategi so that masa yang ada ni, takde lah terbuang giteww
kalau encik anwar noor azam tahu yang aku dok bebel bosan-bosan-bosan, memang berbakul-bakul la dia dok perli aku nanti. 

OK.
antara rancangan yang aku lakarkan dalam kepala otak - aku nak update kisah hidup aku kat sini. well, just so you know, i already deactivated my facebook account. skype dengan twitter - gua pun dah malas nak amek port. yang paling in dengan aku sekarang, my instragram account. so, you follow i ok? #tetiba.

lepas ni, marilah kita jangkakan keledakan entri di kertas putih bawangmerahsquared ni. jangan hang bosan membaca sudaaahhhh