perkara paling jauh

jadik, ulang tahun kelahiran aku untuk tahun duaribusembilan adalah paling menyeronokkan.
tahun lepas pun, ok jugak. tapi tak se-ok tahun ni.
mungkin sebab, tahun lepas, aku terpaksa lalui duamei sebelum sebelasmei.

it's not that easy to accept everything under the sun, guys.

mula dari lapanmei sampai la limabelasmei (bapak lama gile aku rasa happy).

petang lapanmei :
yah, keluar makan pizza. simple but memorable.
thank you so much.


malam sepuluhmei :
budak tesl buat surprise party. agak terkantoi dari mula. tapi, last-last dorang pandai cover balik and memang suprisingly, i was surprised!
thank you guys.

tengahmalam sepuluhmei :
pikir nak tidur terus bila sampai bilik. penat. birthday party was awesome. tak sangka, sampai kat bilik, roommates wished me. giving me birthday presents too. paling terharu, aku dapat satu buku diari yang memang aku nak sangat, tapi tak mampu nak beli time tu. well, i got it as my birthday present.
thanks mira, thanks wani.
and...handphone aku tak henti-henti berbunyi. mesej masuk since pukul duabelas. all the wishes from my 506.
thank you korang sebab ingat lagi tarikh sebelasmei.

pagi sebelasmei :
masih lagi dapat mesej birthday wish. check email.
aku dah dapat autograf dari dammit and kak as. still waiting for autograf dari szakif, matematismuda and mr jagatraya. aku takkan upload autograf tu. mahal.
thanks a lot.

tengahari sebelasmei :
umi, abah, kakak, kak ayin, mamat - dorang datang. again, i got pyjamas from umi as my birthday present. people said i was like a baby doll in that pyjamas.
thank you so much, umi.

petang tigabelasmei :
habis exam puremath, siap-siap pergi uia. but, before reaching uia, i got lost in midvalley. nasib baik jumpa jugak kakak aku. malam tu, tak keluar mana. penat.

tengahari empatbelasmei :
ke klcc. masuk petrosains dengan kakak. five hours spending in there. masuk pulak kinokuniya. pastu, galeri petronas. not bad tengok hasil-hasil seni.




pagi limabelasmei :
tengok angels and demons. seriyes best.
*amaran - cerita itu dikategorikan 18PL*


malam limabelasmei :
dinner tomyam. aku tak kisah aku makan depan siapa. yang penting, aku nak kenyangkan perut.
sejuta terima kasih pada kakak-kakakku. pakej percutian di uia memang fantastic.

but most of all, the best present i ever have - strength.

banyak perkara yang berlaku sepanjang aku jadik budak lapanbelas tahun sampai la aku cecah umur sembilanbelas tahun. banyak yang aku belajar. banyak yang aku hadap.
aku jatuh, aku tersungkur, aku rebah, aku tersadai.
tapi, sakit macam mana sekali pun aku nak hadap dunia ni, abah pernah pesan ; "in kena bangkit. that's a victory".
yeah...survivors are the winners.

never. give up. in. your. life.

apa kau rasa lepas nature call?

lega!

tu memang konfem la. kalau tak lega, memang kau ada masalah. pergi jumpa doktor. jangan jumpa aku, ok?

penerbangan sebentar tadi cukup memenatkan aku. ye, aku dah selamat tiba kat rumah ni.

tapi aku belum baring atas katil lagi. tak merasa tilam empuk lagi. tak bau bantal busuk lagi. tak selubung badan dengan comforter lagi.

aku cuma nak bagitau satu dunia. exam dah habis woooo!

celebrate

lega.

p/s : eh, aku rindu kamu semua la. thank you to those who wished me luck.



aku selak diari lama. aku tersenyum sendiri.


haah. aku rebah semalam. tiba-tiba semangat hilang.
tapi Dia ada. Dia tunjuk aku something.

***

minggu depan aku balik. cuti sebulan.
tapi aku akan berjuang dulu.

ye, exam A-level : AS.

20.05.09 - literature
26.05.09 - sociology
27.05.09 - statistic
28.05.09 - literature
29.05.09 - sociology

mohon aku satu saja. doakan aku, ok?

jumpa kamu semua minggu depan. ta.

cakap siang pandang-pandang, cakap malam?

hari semalam. sepuluh mei dua ribu sembilan.
aku berhajat menapak ke seremban parade dengan farah.
sampai dekat pintu pagar C,

"bawang!"
"em?" aku toleh. termengah dia kejar ke arah aku.
"beli kek eh?"
"ha? beli kek? buat apa aku nak beli kek ntok aku sendiri"
"er..."

aku tengok dia. lama. pastu aku senyum. muka dia dah blurr. macam sedang menggapai idea nak cover soalan yang diaju tadi.

"nizar"

dia angkat muka. aku dah gelak.

"kau silap kasi soalan eh?"
"ahaha. adoi ai...boleh tolong aku tak?
"pe?" ketawa masih bersisa.
"tolong rahsia kan eh"

***

sebenarnya, agak dah terkantoi dorang nak buat surprise kat aku malam tadi. ni semua nizar punye pasal la. hahaha. takpe lah, aku maafkan.
anyway, thank you so much to those who have wished me.


aih! aku dah sembilan belas tahun lah. gerun gile.

aku tak layak seperti mereka


alright, aku dapat award ni daripada azrul. bila pikir-pikir balik, rasa macam tak layak je nak dapat award ni. ye lah, looking back to the past, entri-entri aku bukanlah apa sangat kan. banyak berlegar hal-hal aku, bukan hal dunia semasa. apatah lagi hal akhirat. setuju tak?
setuju je laaa.
tapi, memandangkan orang dah kasi, kita amek. many-many thanks, azrul.

***

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

lima fakta menarik tentang azrul? ala, takde menarik pun. hahaha. ok la, ni antara yang aku masih ingat betapa menariknya manusia bernama azrul.

- dia speaking jawa dengan family, sampai sekarang.
- dia budak lompat, means dia muda setahun dari aku.
- dia basketball player, maka, tangan dia cukup besar.
- dia kadang-kadang emo jiwang.
- dia sengal.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

klik sini

4. Anda perlu memilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka.

wah! sepuluh itu sangat ramai.

#1 matematismuda :

aku tak kenal dia. tapi aku follower dia. sejak tahun lepas lagi. tak pernah miss entri dia. entri fiiiiirrrst yang aku baca, entri ni. kemudian, entri ni pulak. sampai la satu tahap, CeritaDongenganRealiti ada krisis. masa tu, aku beranikan diri kasi komen "jangan tutup CDR!". lawak jugak. porak-peranda masa tu, kan MM?


#2 dammit :

ini manusia misteri. dari tahun lepas aku follow blog dia, aku tak pernah tau muka dia macam mana. ala, muka MM pun aku taktau. tahun ni, baru aku tau nama sebenar dammit - afiq (aku rasa ni afiq lain kot).
aku kenal (kenal la sangat...) dammit sebab aku tau dari MM.
dammit obses dengan yuna. ini fakta, bukan auta!


#3 szakif :

juga manusia yang aku follow. first time nampak nama S.Z.A.K.I.F, aku tak tau nak sebut macam mana. betul kata dia, "Szakif: a unique name to define a unique person". sampai nak sebut pun payah. last-last, aku sebut "zaki" je. hihi.
klik sini. banyak nasihat dia. dan banyaaaak sangat gambar dia terlompat-lompat.
kalau siapa-siapa nak bercuti-cuti malaysia, boleh sangat rujuk blog dia ni.


#4 mr jagatraya

rasanya dia seangkatan dengan tiga manusia di atas. jarang update blog, maka aku tak follow dia. hahaha.
kalau nak dibandingkan, entri-entri dia banyak seriyes (itu pendapat aku la).


#5 kak as

dulu-dulu, aku tak baca blog dia se-aktif aku baca blog MM dengan blog dammit. sampai satu ketika, aku terbaca entri ni. tertusuk di kalbu...maka, sila klik. sila!

***

aku kasi award ni dekat lima orang ni saja je lah. sepuluh itu ramai sangat.
lima-lima ni, student uia (kalau tak silap aku).
bagi aku, korang semua deserve untuk dapat award ni.

hakikatnya, aku jejak blog mereka begini :
kakak - afiq - MM - dammmit - szakif - kak as - mr jagatraya

***

sempena hari istimewa yang bakal menjelma esok hari, aku nak request something boleh tak?
aku nak autograf lima blogger ini. please? sembah

hantar kat emel tau!

salam perantauan dari bumi auckland

untuk umi tersayang,

in sihat je kat sini. tapi tekak sakit. hari tu, dah demam sehari. sekarang ni, tekak in ada merah-merah. macam ada ulser. nak telan air liur pun susah. ini kan pulak nak telan sebijik burger bigmac. in rasa in kurang minum air. takpe, nanti in banyak kan minum.

exam makin dekat. this wednesday pulak tu. rasa-rasa macam in dah prepare but i can't be too confident because trial doesn't reflect the future. umi doakan in, ok?

nanti, lepas habis exam, in balik. tiket flight dah ada. tak sabarnyeeeee. budak-budak ni pun, tak sabar nak balik.

ok la umi. in stop sini. nak pergi library. nak buat revision sikit.

anakmu yang jauh di perantauan

-in-

***

macam best je buat surat macam tu.

***

umi, happy mother's day!

in tak sempat nak beli pape (ehe...alasan). nanti in dah sampai auckland, in bawak balik untuk umi kambing biri-biri. atau pun burung kiwi. tak payah la nak jaga kucing-kucing hitam kat rumah tu.

ke umi nak suruh in bawak balik menantu?

thank you so much for everything. you're the best.

i want to talk about penises

"teacher"
"yes?"
"er...yasmin said that you wanna meet me, so-"
"you are...?"
"bawang farahin"
"owh" dia gelak.

pahal pulak ni...

"i thought that you are some kind, well, tall or big. but...hahaha. you are small and cute"
"yeah..." hidung kembang-kempis.
"and-"
"yes, this is farahin" tiba pulak miss nina datang.
"i thought she was big"
"yeah, i know she's small, but her voice. LOUD. she's good you know"
"really?"
"it suits her"

***

"i think it's better for you to do it at dewan selera. because lots of people will be there. just ringing the bell. use the hailer. everybody doesn't have to listen to the announcement, but make it like a carnival"
"ok..."
"you don't have to do it if you feel so shy"

aku angguk. paham.

"or maybe you wanna wear mask?"
"ha?"
"or, maybe you can find...like...four people. to do the job. you only be the one who conducts this session. so, any changes of activities, i'll let you know. maybe miss rudi will contact you too. because she's the co-ordinator of this carnival"
"owh...ok..."
"so, can i have you phone number please?"

***

aku rasa aku tak layak membolot ke-popular-an ini.
sangat tak layak.
jadik, kepada hosni, miynamin, nabshid - aku tau korang tengah baca entri ni. sila promote aku siapa-siapa yang sesuai pegang watak ni.




nah, ni emel aku.

bawangmerah_18@yahoo.com
bawangmerahsquared@gmail.com

atau korang nak nombor telefon aku?
013 -

tak payah lah. hihi.


p/s : rasa nyesal pulak jadik budak paling bising dalam kelas Blush

satu syarat kalau nak dating dengan aku

jangan komen apa yang aku tengah makan!

seriyes jangan. pantang betul kalau aku tengah syok-syok menyuap dan mengunyah,

"bawang, nasi tu kau rasa ok tak?"
"kau tak rasa ke daging dia macam..."
"aku rasa ikan dia hanyir la"
"ee...macam telur katak"

memang nak kena sepuk la tu. aku memang tak boleh. sekali orang komen, memang aku terus berhenti makan. aku tolak tepi pinggan. aku pergi cuci tangan. makanan itu aku tak habiskan. barangkali sebab aku ada imaginasi yang melampau. barangkali.

"in, apsal aa kau tak makan mcD yang aritu kawan kau belanja? bukan kau bayar pun" kakak aku pernah tanya.
"tak boleh la..."

sebenarnya kan, godaan itu berterusan. lepas seharian kitorang keluar, malam tu aku pergi kelas dengan syuq (salah seorang yang menggoda aku. hahaha).

"bawang, aku lapar lagi la. so, nak makan jap"
"aa, makan la. makan. aku dah kenyang"

alih-alih, dia keluarkan burger mcD. fuh! macam nak tercabut jantung aku ni. ye la, aku lapar sebenarnya. dah la kelas aku takde stok makanan macam kelas senior. ni jatuh kes darurat tau tak. sebab, kalau aku tak makan, mana tau aku mati kelaparan ke.

"bawang-" burger disua.
"em. boleh gak"

bak kata pepatah melayu

"pucuk dicita ulam mendatang"
"orang mengantuk disorong bantal"
"bagai aur dengan tebing"
"bagai tikus membaiki labu"

tapi, lagi sekali aku tersentak. aku tak jadik ngap. hahahahaha. dah nganga mulut. dah ready dekat pangkal bibir. cuma tangan tu je terhenti.

berbalik pada dialog antara aku dengan kakak yang dekat atas tadi,

"tak boleh la, kak. sebab, ada sekali tu, kawan aku cakap macam ni; 'in, kau bayangkan la, burger yang kau makan tu, daging tu sebenarnya daging orang palestin'. lepas dia cakap macam tu, aku tak boleh stop dari terus terbayangkan. hish, tak boleh la"

kakak aku dah tergelak. barangkali sebab aku ni kuat berimaginasi. barangkali.

"laa...rilek la"
"tak boleh tak boleh. pastu kan kak, dia sambung lagi; 'tambah pulak sos yang kau makan tu, darah orang palestin'. hadoi...macam mana aku nak makan kalau aku dok imagine benda-benda tu?"

makaaaaa

amatlah aku hargai andai siapa-siapa yang sedang makan bersama aku, jangan cakap benda yang mampu triggger imaginasi aku. ok?


p/s [1] : lepas syuq jemput makan tu, aku call kawan, mintak belikan aku nasi goreng kicap. well, ini bukan darurat. kita masih ada pilihan lain kan kenyit.
p/s [2] : yuni kata aku boikot extreme sangat. ye ke? takdelah. ada je produk isreal lain yang aku tak mampu nak boikot sedih.