hingga ke alam dewasa kelak.
***
duapuluhtiga, bersamaan hari segala penghulu hari. aku pulang sebentar. kata mereka,
sakit-rumah
ah, pergi mampos terma itu semua. pokoknya, aku rindu pada yang hak. rindukan umi, abah dan rumah. rasa itu membuak-buak bila mata mengadap angka dan otak mencongak formula. hingga aku bersuara dalam bilik kuliah
"teacher, saya homesick lah"
yang alim tersengih. barangkali mengejek pada aku yang tampak seperti anak kecil.
"kawan in tak datang dalam bulan ni. maybe datang masa kitorang cuti panjang nanti"
"bila in cuti?" umi tanya.
jalan melaka masih kekal sibuk.
manusia.
selagi hidup, selagi itu sibuk.
macam aku.
"duapuluhempat sebelas in balik. duapuluhlima tu start cuti la"
"owh...tak boleh"
aku cepat toleh kepala.
"kenapa?"
"umi takde. umi pergi...eh, awak tak baca ke blog umi?"
"tak. tak sempat, umi. in sibuk"
skema jawapan yang gemar aku pakaikan.
alasan pada hakikatnya.
tapi ada benar runut bunyi jawapan itu.
aih.
bulan yang lalu juga, masih lagi aku katakan;
"in sibuk. tak sempat nak online, umi"
dosa buat alasan begitu.
itu baru di peringkat pre-u.
andai aku menganjak ke masa hadapan sedikit,
aku berani katakan; aku punya potensi berikan jawapan ala-ala begitu sekali lagi.
"in sibuk"
"in sibuk"
"in sibuk"
sampai bila nak sibuk?
sampai mata tertutup kubur menanti?
sampai aku menyesal kemudian hari?
sekarang, umi tak berkecil hati lagi.
akan datang?
jiwa orang tua sensitif tau.
***
mohon aku cuma satu.
aku mampu curi masa kualiti.
dengan umi. abah.
dan juga
"moga tidak berjangkit hingga ke alam dewasa kelak"
aku tak berniat nak buat drama tipikal melayu di alam realiti. aku tak larat ok.
performasi omongan
watak utama
pengantin lelaki : anas
pengantin perempuan : ayuni
watak separa-utama
sepupu : shuhada
adik tiri : iqmal
adik tiri : farahin
abang tiri: amar
***
"dah siap?"
amar membetulkan letak songkok anas. walau mereka bakal menjadi ipar duai sebentar lagi dengan satu lafaz agung, hubungan amar dan anas jauh dari orang-orang kampung sangkakan. bagai air dicincang tak akan putus. bagai buku dengan ruas. bagai isi dengan kuku. amar lebihkan anas dari adik sendiri, iqmal. hingga satu ketika, iqmal merajuk gara-gara amar luangkan masa lebih banyak dengan anas. hubungan amar dan anas bukan calang-calang untuk diranapkan.
"dah" anas sengih. amar tahu, anas berdebar sungguh.
"nervous?"
"agak aa"
"tak sangka kan? jadik jugak adik abang. nanti jaga yuni baik-baik tau"
"yes bos. alah abang ni, takkan abang tak kenal anas kot? ni anas lah" anas tepuk-tepuk dada, lagak seperti mendabikkan diri di pentas dunia.
"iye...abang kenal. ni anas. abang cuma pesan saja"
hebat percaturan Tuhan. maha agung perancangan Dia. ditemukan anas dan ayuni di satu majlis keraian. ayuni tika itu hanya berbedak nipis di pipi, mencalit gincu segaris halus di bibir. letak tudung hanya sekadar menutup aurat. tidak terlintas untuk menarik mana-mana mata sementelah hati baru teruk dihancurkan lelaki durjana. tapi, itu lah. Tuhan maha tahu, bukan? anas terpana. raut wajah ayuni seperti ada nur yang mampu menggoyahkan nafsu lelakinya. ayuni di matanya seperti bidadari turun dari syurga dan anas dibisikkan kata hati bahawasanya ayuni adalah untuknya, dunia dan akhirat. selamanya.
dan hari ini, anas hanya perlu melafazkan kata agung di hadapan semua saksi. ibu dan ayah, mama dan abah, adik-beradik, juga sahabat handai. semua dah siap. hantaran mahupun mas kahwin.
di satu sudut, ayuni tampak seri. dia tertunduk sejak minit yang lalu. sesekali, ternampak matanya berair. barangkali bahagia untuk bergelar suri hidup seorang anas.
"tak sah!"
semua berpaling pada arah suara itu. dan seperti orang-orang kampung tipikal, masing-masing berpandangan. apa hal ni?
"in tak benarkan semua ni! kau memang teruk, anas. dasar buaya!"
anas berkerut dahi. baru saja tangannya menghulur pada abah untuk majlis akad nikah, tapi terhenti bila farahin terjah dan merosakkan segalanya.
"semua ni tak sah. tak sah sebab kau tak minta kebenaran isteri pertama kau!" terus-menerus farahin melontarkan fitnah.
tidak jauh dari ruangan tamu itu, shuhada menangis teresak-esak. dia seakan meminta simpati dari khayalak. lakonan hebat persis primadona malaya, memang tiada cacat celanya. segalanya realistik. itu bukan eyemore, itu air mata betul.
keadaan semakin bingung. amar bangkit. apa-apa hal, semua ini perlu dijelaskan segera. soal hidup dua insan sedang bercinta tidak boleh dibuat main. ini soal hidup!
ayuni memberi pandangan pada anas. wajah itu sedang memintakan seribu satu penjelasan hitam putih. apa aku selama ini bercinta dengan suami orang kah? suami sepupu sendiri? kenapa aku tak pernah tahu?
anas pula terpaku. tidak tahu mana yang perlu dimulakan dahulu. tidak sangka hingga begini sekali shuhada bencikan dia. menabur fitnah pada hari bahagianya.
"anas..." amar tidak butuh untuk menunggu.
"bang, anas tak...bukan..."
"ah, jangan nak berdalih la! kau berlagak macam orang bujang. bini kau, senang-senang kau tinggalkan. manusia jenis apa kau ni?" farahin tidak puas lagi.
"awak, kalau betul la apa yang in cakap ni, yuni tak boleh teruskan. yuni tak sanggup. nah. awak simpanlah. jaga shuq elok-elok. tolong jangan cari saya lagi" simbol ikatan tunang dipulangkan semula dan kemudian, ayuni berpaling.
anas tertunduk.
"anas, abah-"
"abah, abang, yuni. tolong. tolong dengar dulu"
"nak dengar apa lagi? semua dah jelas kan?"
"in! can you just shut up your mouth?!" amar naik angin. mahu saja tangannya menampar adinda tersayang yang satu ini.
iqmal yang dari tadi duduk melihat drama tidak langsung, bangun segera mendapatkan farahin.
"apa abang ni? tengking-tengking pulak. betul la cakap in. dah jelas kan semuanya? dah terang-terang si shuq ni bini si anas. apa? abang pikir anas ni baik sangat macam malaikat ke? eh, pigi dah! muka tak semengah mana, ada hati nak nikah darah daging kita"
saksi-saksi yang ada hanya menggelengkan kepala. tidak sangka semuanya ranap. lalu mereka meninggalkan majlis yang sudah terosak. biarlah mereka anak-beranak mencapai kata putus. moga-moga ia dapat diselesaikan sebernas mungkin.
anas perasan shuhada seperti melirikkan senyuman sinis. dasar perempuan tak malu! nafasnya turun naik menahan geram. sejak bila aku nikah dengan kau?
"you memang kejam, shuhada. tak cukup lagi ke dengan apa yang you buat pada i ha? demi Allah bang, anas tak pernah menikah dengan dia"
anas mengangkat sumpah untuk membela diri di hadapan semua orang, lebih-lebih lagi di hadapan ayuni. anas tidak kisah seandainya dia hilang kepercayaan daripada semua orang. tapi, demi ayuni. tolonglah Tuhan, jangan Kau lepaskan dia dari aku.
"memang betul, aku tak setaraf dengan korang. tak punya harta. tak layak mana nak ikat diri dengan keluarga ni. tapi aku ikhlas. aku ikhlas nak jaga ayuni sampai aku mati. aku ikhlas sayangkan mama dan abah, macam aku sayangkan parents aku sendiri. aku ikhlas terima abang amar sebagai seorang abang. aku ikhlas terima korang sebagai darah aku" anas meluahkan apa yang dirasa pada farahin dan iqmal.
"mungkin kau pikir kau lebih bagus dari yuni, shuq. kau rasa kau lebih sempurna dari dia. tapi, kau lupa satu perkara. cinta aku pada kau dah lama terkubur. pada mata aku, kau tak ubah macam orang kebanyakan di tepi jalanan. pengemis pun lagi baik. sifat kau jauh lagi busuk dari yuni. hati kau bukan sesuci seperti dia. pada aku, yuni berganda kesempurnaannya dari kau. she's too perfect for me"
anas kini berpaling pada amar.
"abang, terpulanglah pada abang untuk percaya semua ni. anas redha. kalau dah tak ada jodoh antara kami, anas nak buat apa lagi. tapi percayalah, abang tetap abang anas dan anas cintakan ayuni sampai bila-bila"
lalu anas menyeka titisan air mata dengan baju melayu cekak musangnya. songkok yang pagi tadi dibetulkan letaknya oleh amar, ditanggalkan perlahan. langkah dihayun untuk meninggalkan ruangan tamu. seandainya fajar tadi hatinya berbunga riang, kini semua itu punah seribu. angan dan impian bukan lagi boleh dirasakan satu.
hancur.
farahin, iqmal, shuhada. serentak ketiga-tiga bertepuk tangan gemuruh. amar kerut dahi. gila apa adik-adik aku ni?
"oi cik abang. nak pergi mana tu?" farahin teriakkan pertanyaan.
anas toleh belakang.
"anas, anas. sensitif betul lah kau ni. ok, kau pass ujian kitorang. dah, pakai balik songkok kau tu. cincin tunang bak sini. aku nak kasi kat kakak aku tu. shuq, pergi panggil ayuni dalam bilik"
"in, what's going on?" amar tanya. kini dia lebih bingung berbanding tadi.
"say thanks to umi, ayah, mama and abah. also, to iqmal and most importantly, shuhada. kalau dorang tak berlakon betul-betul, tak menjadik tau semua ni"
"jap. shuhada tu ada kena-mengena dengan korang ke?"
"dia sepupu saya, awak" ayuni bersuara dari belakang.
"budak ni kan. nakal betul"
"au, au, sakit! sakit la. boleh tak jangan tarik telinga orang. orang dah besar tau" farahin geram bila telinganya dipulas-pulas ayuni.
"so, amar. pergi kat luar, panggil semua orang. kita langsungkan cepat-cepat. kesian si anas" abah tergelak.
anas pula tersipu malu.
"dude, kau nampak macho aa bila nangis tadi. tak sangka sampai macam tu sekali kau cintakan kakak aku. welcome to the family bro" iqmal menepuk-nepuk bahu anas.
-tamat-

twinkletoes
"kalau hujan kejap lagi, memang aku cabut benda ni pastu aku nak lari. apa aku kire"
Mir, aku - gelak serentak.
haah, apa aku kire. kang kalau pakai, silap haribulan aku jatuh free-free dalam lopak air.
keluar asrama tadi, aku tengok cuaca fine-fine je. la ni dah masuk dewan, gelap la pulak langit ni.
jarak asrama dengan dewan bukan sekangkang kera.
oh ya. petang tu tak hujan pun. cuma aku je tak tahan. terus cabut.
nanti jadik cikgu, aku pakai sneakers lah. senang nak sepak budak.