surat untuk yang berkenaan #1

ke hadapan abang future husband awak,

hi. dah lama saya tak menulis pada awak, kan? kali terakhir saya tulis pun, pada musim luruh di wilayah biri-biri, specifically sebelum kita berpuasa. awak apa kabar? harap awak sihat dan sentiasa dilindungi Tuhan. masih selesa duduk dalam tempat sorokan ke? hikhikhik
sorok la selama mana awak mahu sorok. saya tak paksa. anytime awak dah ready, harap-harap saya pun dah ready nak jumpa awak :)

saya sihat (secara kasarnya). ikutkan, upper respiratory infection (URTI) masih lagi bersisa.
kejap. awak budak medic ke? kalau ye, bagus lah. tak perlu saya terangkan URTI tu apa. tapi, kalau bukan, meh sini saya terangkan kat awak walaupun saya ni cuma seorang budak tesl hihi
mengikut pembacaan saya, URTI tidaklah seserius lower respiratory infection (LRI) sebab URTI cuma attack saluran pernafasan macam hidung, sinus, pharynx atau larynx. apa yang saya alami pun, bukanlah serius mana. awak jangan risau, ok? batuk, sakit tekak dan selsema dianggap simptom paling biasa dan ianya akan surut dalam masa tujuh hingga sepuluh hari. selama tempoh itu, saya gunakan budesonide sebagai salah satu rawatan mengurangkan alahan rhinitis - bersin, gatal hidung, tersumbat dan berair. dalam kes saya, keradangan mukosa hidung telah mengakibatkan peningkatan tinggi terhadap jumlah mukus saya. maka, tak memasal saya susah nak cium apa-apa bau. maklum la, hidung tersumbat kan :(
atas alasan penggunaan budesonide boleh bagi side-effects, contohnya, kerengsaan hidung, batuk, sakit tekak dan macam-macam lagi, saya tak berani nak langgar arahan doktor. cukup sekadar satu atau dua semburan (spray) untuk setiap nostril setiap hari.

dalam rekod penyimpanan ubatan peribadi saya, saya tak ada ubat sakit tekak dan batuk. ubatan yang ada kebanyakannya untuk hidung, sakit kepala, kulit, gastrik, hormon dan er...supplement untuk lelapkan mata. jadik, saya tak boleh nak rawat tekak saya secara total melainkan minum air masak banyak-banyak. aritu, abang saya berikan lozenges tapi saya tak dapat nak habiskannya sebab tekak saya rasa pahit.

oh ya. tahu tak kenapa LRI begitu serius?
well, the reason is simple. it leads to death. selalunya, bronchitis dan pneumonia dikaitkan dengan LRI. pengidap mengalami kesesakan saluran pernafasan, keletihan, batuk dan demam panas.
alhamdullilah, setakat ni, saya takde lagi simptom-simptom sebegitu.
yang ada, cuma saya kerap dapat common cold. eh, awak jangan keliru antara common cold dan influenza (flu), ok? itu adalah dua perkara yang berbeza sebab influenza lebih serius daripada common cold. instead of having usual sore throat, sneezing and nasal congestion in common cold, simptom influenza adalah lebih dahsyat daripada tu. ini termasuk demam panas bersuhu 100-102 darjah Fahrenheit selama tiga hingga empat hari, keletihan melampau dan kesakitan otot yang selalunya teruk. mungkin disebabkan tanda-tanda influenza dan common cold pada peringkat awal hampir sama lalu sukar untuk ia dibezakan, maka, ramai yang terkeliru dengan istilah tersebut. kott.

sebenarnya, ada banyak lagi saya nak cerita pada awak tapi saya boleh agak - topik perubatan (spesifiknya berkaitan dengan saya) mungkin membosankan. entah-entah, awak sendiri tak larat nak dengar apa yang saya cakap. apa-apa pun, this is merely my understanding through my own personal reading. awak jangan amek bulat-bulat. saya bukan budak medic, tapi budak tesl. awak kena ingat tu. so, it's better awak buat further reading from other sources. itupun, kalau awak rajin lah. saya tak paksa. hehehe

ok, sampai sini saja saya tulis untuk awak. by the way, surat kali ni sungguh berilmiah kan? hahahaha !
sebenarnya, ini yang saya harapkan bila satu hari nanti, kita sudah bertemu, awak borakkan something that is beneficial. tak kisah la tentang falsafah kuno, sejarah duniawi, istilah perubatan, mekanisme enjin atau kajian saintifik bahasa.
boleh kan? hihi
alright, awak jaga diri baik-baik ya. dan, selamat maju jaya dalam apa jua yang awak tengah kerjakan sekarang ni.

salam sayang,
future wife
in.


musim sejuk buat saya selsema, awak.



l'amour? #9

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8]

"akim..."

hakim buat pekak sambil langkah dilajukan sampai yan tertinggal belakang. hujan masih merenyai tapi tak selebat waktu mereka redah pukul lapan tadi. yan cuba samakan langkah walaupun lelah main belum hilang.

"akim, jangan la- laju sangat" yan merayu.

"akiimmm"

hakim menoleh.

"kenapa- laju sangat- ni?"
"hujan kan" hakim balas dengan intonasi autokratik.
"ye la, tapi-" mengah yan dalam cuba sampaikan kata.
"tapi- jangan la laju-" mengah lagi.
"nanti- aku susah nak follow-" dan mengah.
"please- slow down sikit" mengah. bersisa.

"akim"
"aku sejuk !" hakim kasi alasan.


beku.


"kenapa, kenapa kau nak tahu sangat pasal laki tu?" yan terus pecahkan ais bila kaki mereka seiring. hakim dah perlahan.
"sebab caring"
"caring?"
"haah"
"meaning? kenapa kau curious pasal relationship aku dengan dia?"
"yan, kalau kau dengan dia serius ada relationship, takde lah aku risau"
"risau apa nya?"
"risau la. at least, aku tahu, nanti ada orang jagakan kau. kau tu, bukan betul sangat"
"hei, aku tahu la nak jaga diri sendiri"

hakim angkat kening.

"betul la !" yan menepis.
"cakap kat aku, panadol tu dah berapa banyak kau telan? rokok, dah berapa banyak kau balun?"

yan terdiam.

"i. know. you." hakim bertegas.
"kalau kau dengan dia suka sama suka, you should consider your status" hakim sambung bicara.
"kau ni-" yan mampu balas tu saja.

hakim angkat kening.
berkerut.

"kitorang cuma...friends" yan simpulkan.
"macam kita?"
"tak tahu" yan runsing.


beku.


"nanti, kau macam mana?" hakim tukar arah.
"macam mana apa?"
"how's it gonna be, your life, without me?"
"ha? kenapa tanya macam tu tiba-tiba ni?"
"soalan dijawab dengan soalan. tipikal yan. ok, abaikan"


beku.


"kelakar lah" hakim mulakan sekali lagi.
"what...?"
"ye lah, kita ni"

yan mengangguk.

"kelakar sebab-"
"sebab kita friends. nothing else. takde emotional-love connection. orang nampak kita gini, padahal kita ni bukan macam apa yang dorang pikir pun" hakim terangkan.
"reality's almost always wrong kan" yan petik kata dr. house.

hakim mengangguk.

"kita ni, cuma...need each other je" yan tersenyum.
"macam...ingat tak masa aku depressed pasal laki tu?
i was damn frustrated, emotionally pain. but, you were there, for me. although kau lambat datang" yan gelak.

***

"thanks tau akim. temankan aku main" dua-dua dah ada depan apartment yan.
"na, it's nothing pun"
"and thanks hantarkan aku ni. nanti, text aku bila sampai rumah. ok?"
"ok"
"so, em...night. and, assala-"
"yan" hakim tahan pintu. ceh, persis drama.
"em?"
"just in case kau tak boleh tidur ke malam ni, you know, maybe-"
"aku tahu"

yan tersenyum, angguk.
faham apa yang patut dibuatnya kalau-kalau malam berlaku kejam padanya.
dan tangan yan menutup pintu perlahan.

***

"akim" suara yan dalam talian.

pukul satu pagi.
hakim tersengih atas katil.

***


l'amour?
it's never between them.




at least, for now.


-tamat-



seperti kamu jugak

tapi takkan sama.
percaya lah.

***

have i told you that mary jane is no more good to me? dia dah lusuh ok. paling sadis, mahu terkopak dah. sepanjang berjalan kat auckland (tahun lepas), aku buat lasak pada dia. habis hujan lebat panas terik aku redahkan sama dia. walhal aku sedia maklum, dia tu fragile dan delicate.

so, to replace her, i bought new sneakers - along with pinky laces. yet, i don't know why it doesn't last any longer. masa jalan-jalan kat christchurch, tapak tepi kasut tu dah terbukak sikit.
benci.

and now,


tadaaaaaaaa !


happy gila dapat kasut ni. satu, sebab, abah yang belikan - meaning to say, i don't use my money at all. i tell you what, most of my shoes were bought with my own money ok. kedua, it is a croc. ketiga, it is genetically a mary jane species. nama penuh dia crocs™ charlie carlie mary jane. perghhhh tak boleh blah.
nama dia memang panjang. so, i shorten its name as carlie.
(i'm not sure whether the carlie is pronounced with a hard C or what)

looks like i'm not moving on kan? still nak mary jane jugak. although it's not red, but i'm thrilled to have her. rasa macam nak bawak pi tidoq ja kahkahkah


this one is mine, with the flowers on it.
pretty shoes are for pretty girls, eit?



untuk anak dan cucu

ya, this is the latest home project


bila takde kerja, harus lah pura-pura ada kerja. ye dok?
baru separuh aku siapkan. ada banyak lagi nak kena print.
and ada banyaaakkkk lagi nak disusun-susunkan dalam album.
oh yes, i bought another three albums and 150 pieces of A4 photo paper.
well, that makes me kopak enough.
urrgghhh.



cerita lapuk dari wilayah biri-biri : kota suram !




aku rangkumkan hampir semua foto bandar christchurch dalam satu video. gua malas nak upload satu-satu. leceh, bhai.
by the way, video ni hasil ciptaan amatur je. aku mana reti sangat bab-bab media.
so, enjoy the video yah !



point - less ?

worcester boulevard, christchurch


aku tak cerita lagi kisah aku pergi christchurch kan? yang aritu cuma kasi tahu pasal perjalanan nak pi sana je. nanti lah aku upload mana-mana foto christchurch. but, relatively speaking, christchurch takde menda sangat. ye aa, kau pun tahu kan bandar tu kena gempa bumi. the last time i went there pun, constructions are still in progress. ada tempat yang tak boleh lalu langsung.

la ni aku tengah dok pikiaq nak masak apa untuk bukak puasa. yang pasti, aku nak masak ikan, bukan ayam.
believe me, my cholestrol level is damn highhhhh
so, kena berpantang sikit kalau nak makan. i've got to take less chicken, more fish.

and not to forget, diet !
lantak hang la nak kata badan aku dah sedia ok ka tak. yang pasti, i feel like i'm fat.
yeah, REALLY fat.

:(



kerja hari ini

adalah goyang kaki dan relax. tak tipu. kehkehkehkeh
sebab hari ni aku puasa, buat kerja serupa macam tak buat. nasib baik kakak ada. dia yang sidai baju, kemas dapur dan masak nasi, masak lauk sayur air plus gorengkan ikan selar kuning untuk tok mak. lepas kakak masuk kereta untuk pulang ke gombak (yang mana aku hantar dia dengan teriakan - balik laaa ahad nantiiiiiii tak kiraa! tak kiraaa!), aku sambung ngadap laptop. seronok. tak bosan pun ngadap. hari-hari nak tengok skrin ni pun boleehhhh

jadik, sambil melilau kat alam maya, aku cetak ( baca : print ) kesemua gambar aku kat auckland. takde lah semua. sebab kertas foto dah habis. i need to spend a hundred ringgit more to buy that paper again.
*sigh*


umi tolong potongkan.
kalau nak aku potong, memang spoil la jawabnya ~


zafree
berapa banyak gambar kau nak print ni?

aku
semua. 1020.
banyak ek? hmmm...

zafree
kau print kertas ke?

aku
takde lah.
photo paper.

zafree
well, ikut kau la.
kalau every single one is precious -

aku
of course every single one is precious.
aku dah tua kott.
siapa je la nak rajin bukak laptop tengok gambar.
biar tarok dalam album, senang anak cucu nak tengok.

zafree
dah berangan dah nak ada anak cucu.

aku
:P
macam la kau tak berangan kannnn


berangan yang rupalistik realistik berunsurkan masa depan takpeeee hihihihi
lagipun, make sense what.
actually, baru siap separuh jalan je. ada lagi lebih kurang empatratus gambar nak dicetak. kalau hantar kedai, mau kopak jugak duit aku ni. better beli printer and print them on my own. at least, i have an asset (printer) to be kept.


yummmmeehhh


ehem.
anyways, ni juadah berbuka puasa aku.
first time aku cuba resipi ni.
not bad yaawwww
hahahaha !



surat untuk sara #2

ke hadapan sayangku sara,

mama rindu awak! :)
sejak mama balik rumah tokmi and tok abah, mama banyak kali terpikir bila nak tulis surat lagi untuk sara. sara caya tak, semalam mama borak-borak dengan tok abah, telling him that you'll be good at speaking english and probably you can't understand tokmi's accent if she's talking with you. hihihi
tok abah gelak je. i know, jauh lagi perjalanan mama nak jumpa awak. i even can't tell myself when will the one fine day come and let us meet together in reality. kadang-kadang, tersasul mama sebut nama awak depan tokmi and she was like angkat kening pelik and said - carik dulu papa dia. ya ya ya. i know that. but mama tak tahu kenapa mama lebih pikirkan awak daripada papa. agaknya sebab you are something special kott? :)
mama harap sangat, satu hari nanti, bila sara dah besar, sara jadik yang terbaik - be it to this whole world or the hereafter. sara promise me to be anak yang baik, ok sayang? and no worries, my prayer's always be with you, honey.

by the way, cik fatehah dah bertunang. and masa majlis dia, mama sempat jumpa...em, what should i call her eh? em, kalau ikutkan, sameera is like your cousin. yeah, i think so. sameera is almost one year old but she's still small. mama tak berani nak pegang dia because mama takut kalau-kalau dia terlepas dari tangan mama.
(atau mama takde lagi maternal feeling to hold a baby? isk.)
well, i bought her this tshirt and i was told that baju tu muat. they added, sameera masih lagi pakai newborn outfits and yeah, like i said just now, she is small. sara don't get jealous, sayang. nanti, mama beli banyak-banyak pretty clothes for you. alright, love?

actually, kat auckland ada satu well-known baby store. it's pumpkin patch. mama pernah masuk tiga kali (if i'm not mistaken). mama saja je masuk, tengok-tengok baju baby. sometimes, mama rasa nak grab je semua and simpan untuk sara. tehehehehe
but, because mama belum pasti bila mama can have you, mama tangguhkan dulu cita-cita membeli-belah baju-baju comel.

eh, tapi kan, mama sempat belikan untuk zaid - anak kawan mama. nasib baik baju tu muat, sara ! lega mama. i wish i can show you a photo of zaid in the clothes i bought for him. he's such a cute creature on this earth and i believe, sara pun comel jugak :)

sayang,

sometimes, bila mama jalan kaki ke universiti and lalu depan childhood education center, i've been wondering either to raise you in the overseas atau kat malaysia saja. kalau sara membesar kat auckland, you will totally have different environment of learning and of course, it's not gonna same with the system in malaysia, dear. yet, every decision has its pros and cons. and i know, this is too much to think about right now. the future is unwritten, but then, tak salah kan kalau in my free time, mama berangan pasal awak? hihihi

ok lah sara. sampai sini dulu mama tulis. tak banyak pun cerita mama. cuma, mama rindu awak. ye, sungguh ni. mama banyak teringat kat sara and sara je la yang ada kat jiwa mama ni.
apa? rindu papa?
hahahaha !
dah dah. mama stop dulu, ok?
until then, see you in the next letter, my sweetheart.

loves,
mama



the clothes are pretty, aren't they, sara?



di mana boleh aku dapatkan harga filem yang murah?


like seriously, where can i get the cheapest one?
aku beli tigapuluh ringgit - sepuluh keping.



signifikasi indah


januari - sekolah musim panas
disebabkan pengurusan pihak mrsm tgb buat palat, tak memasal mereka jadik keluarga angkat aku selama lima hari. kebetulan, rumah tak ada siapa. jadiknya, semua pakat-pakat bermalam kat rumah. dan faris berlagak menjadik sulung, zila yang kedua, aku mesti lah yang ketiga, yasmin keempat (hahahaha !) dan nizar yang bongsu. jangan persoalkan aku kenapa aku tarok faris as the eldest dan nizar the youngest and me, the middle child. my, how i miss having them in this home.



februari - ke wilayah biri-biri
cita-cita mahu belajar ke seberang laut yang aku simpan sejak umur sembilan tahun akhirnya tercapai. hell yes, i keep a wish to study overseas ever since i saw a photo of abah landing on the snow. cool enough, i supposed. aku tahu abah susah nak lepaskan aku sebenarnya sebab masa awal-awal aku dapat surat tawaran pergi kolej mara seremban untuk buat persediaan a-level, abah dah demam petang tu. he once said, "abah tak pernah terpikir nak bagi anak perempuan abah belajar overseas. tapi, sebab abah percayakan awak, abah bagi".



april - menjelajah pulau utara wilayah biri-biri
percutian hampir seminggu yang awesome tapi bapak letih gila nak mampos. macam-macam tempat kami pergi. biar aku senaraikan. kott kalian mahu datang new zealand, at least, ada la idea nak pergi mana nanti, ye dok? antara tempat yang sempat dilawat :

- tasik okareka
- tasik rotorua
- tasik tarawera
- tasik taupo

(ye, kami memang suka tasik ! *dengan nada sarkastik*)

- sungai kaituna
- agrodome
- dusun epal 'classic roses'
- teluk hannah
- air terjun huka
- bandar taupo
- bandar rotorua
- geoterma 'craters of the moon'
- ladang kincir angin 'palmerston north'
- persisiran pantai new plymouth



mei - lawatan lapangan di tiritiri matangi
aku bukanlah pencinta flora dan fauna. maka, untuk lawatan ini, my feeling was so-so. teruja ada, bosan pun ada. teruja sebab alam di sini betul-betul bersih dan cantik. tengok air dia, rasa macam nak hirup. bosan pulak sebab lama sangat tersadai kat pulau ni.
ouh, kat sini lah pertama kali aku solat bersujudkan alam Tuhan :)



jun - sambutan ulangtahun kelahiran ke-21
tak tahu kenapa bulan lima seakan disumpah takdir. aku tak gembira pun sepanjang bulan kelahiran aku tu. aku tertekan dengan peperiksaan dan masalah personal yang entah kenapa muncul secara klimaksnya pada malam sebelas mei. langsung aku tak faham kenapa. akibatnya, aku pilih bulan enam untuk celebrate my birthday. tak hebat mana tapi cukup lah untuk aku merasa secalit kegembiraan.



julai - seteguk biji koko, segenggam salji halus dan ikan segar dari lautan
ni lah antara tempoh masa yang aku kerap untuk mencuba makanan di luar apartment whitaker. secara jujurnya, aku kurang gemar makan di luar. bukan sebab tak bersih. heish. sini, premisnya bersih-bersih belaka. yang halal pun, mudah dicarik. cumanya, duit yang ada, terpaksa aku simpan untuk --
em, tak perlu lah aku bagitahu. hahahaha !



ogos - raya di perantauan
sedih? a bit. tapi, tak lama. cukup sekadar bersedihan pada awal pagi raya. lepas tu, no more. needless to say, i didn't even cry pun. eid celebration was not that bad here. kami tetap merasa juadah raya. kami tetap menziarah sama-sama. nasib baik university of auckland cuti. kalau tak, memang melalak la pergi kelas pakai baju kurung pada pagi syawal.



september - rumah terbuka apartment whitaker
kadang-kadang, merantau tu perlu. sebab, bila ada kat perantauan, ia ngajar kita to stand on our own feet. semua kena buat sendiri. bila apartment whitaker buat rumah terbuka, aku otomatik tahu nak tolong apa yang patut. i completely understood my responsibility and commitment. walaupun sekadar jadik budak belakang tabir, aku happy buat semua kerja-kerja kuli.



oktober - pencapaian seratus peratus buat pasukan hitam
bertuah, bukan? HAHAHAHAHAHA
daripada aku zero knowing the rugby game, aku dah boleh kenal hampir semua pemain all blacks. well, gua tak pernah miss satu pun game dorang ok.
tak banyak aku nak ulas pasal rugby world cup dalam entri ni sebab sepanjang musim rugbi tu, aku dah buat macam-macam laporan pasal pasukan hitam.
colin slade, i love you so muuucchhhhh !



november - tamatnya pengajian tahun pertama
keluar dari dewan peperiksaan, first thing first yang aku buat was to throw away all my notes into dustbin. lega beb. lega gila ! although aku sakit kepala lepas tu, aku dah tak kisah sangat. sakit-sakit pun, sanggup aku menapak ke raviz, merely for the so-called makan-malam-terakhir-tahun-pertama-pengajian-bersama-budak-tesl. kalau nak tahu, budak-budak tesl memang rajin raikan macam-macam. bila aku kata 'rai', it means, FOOD. sebab tu kami semua tak kurus kott?



disember - pulang semula ke pelukan abah
enough said, i guess?

***

berakhir jugak tahun 2011.
dan sekarang dah masuk 2012.

my God ! aku dah 22 weeyyhhh