raksasa sushi

untuk hari ke berapa dah, aku bercuti dari skinny diet. atau pepatah inggeris istilah kan - holiday diet. kau nak makan apa, makan. 
tapi, aku cuti bab makan je. bab exercise, aku tak ponteng, tahu ? walaupun kaki sakit, pedulik apa aku. and speaking of the leg pain, dah la malam kelmarin kaki kanan aku cramp. tak pasal-pasal calf muscle aku mengeras. panik jugak aku sebab dah lama sangat aku tak kena cramp attack. sekali dia attack, ya rabbbiiiii

so, hari ni, an bawak aku pergi sushi king. dah lama gila aku nak melantak sushi ni. tahu lama mana ? since aku kat tanah auckland lagi. aku siap facebooking an, mintak dia belanja bila aku cuti musim panas. dan, abang aku ni tak munafik. kebetulan ada rezeki dia, dia pun on. 
sebelum ni, ada je aku beli sushi.

sushi jusco.


monster habisssss


lepas habis makan (kitorang makan lebih kurang tigapuluh minit - memang pelahap), terus pergi kedai buku popular. an nak carik buku amenda tah. and, aku pulak nak beli buku baru. hari tu, i spent fifty bucks for tuesdays with morrie and kougar. actually, almost a month kott aku carik tuesdays with morrie. at last, jumpa pun. kat mph. 
ikutkan, dah lama dah aku tinggalkan tabiat baca buku. kalau baca website (like wikipedia or blogs) - itu dah memang ruji aku. and now, i start it all over again. well, i should thank nua-si-budak-cairo. his words keep popping into my head since the day. 
the day which he told me, 

"kalau cuti, rugi kalau tidur. time cuti la boleh buat banyak benda. macam baca buku"

[sent a photo]

"yang ni baru sikit. ada banyak lagi. kalau nua balik, tak tahu nak baca mana satu. rasa macam nak habiskan semua"

jadik, untuk cuti musim panas ni, aku dah beli empat buku. tiga fiksyen, satu bukan fiksyen. aku dah habis baca kougar. pasni, nak baca tuesdays with morrie. atau mungkin aku ngelat baca dulu men are from mars, women are from venus.
ah, tengok la selera aku macam mana.



tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. 
iapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar! 



hari selasa bersama profesor morrie



ketika satu persatu mangsa tertipu, 
ada sesuatu yang mengintai si licik yang jelita itu



orang planet marikh dan venus bertemua, lalu jatuh cinta.
kemudian mereka diserang penyakit dan baru tersedar yang mereka berasal dari planet berbeza



dialog anak kecil #19

aku
aku rasa kan, i need to train myself to be an iron lady lah.

an
apa dia?

aku
i need to train myself to be an iron lady...

an
in

aku
pe?

an
kau pernah tak terbaca or terjumpa mana-mana teori ke, jurnal ke, study or mana-mana saintis, yang berjaya menukarkan aluminium kepada besi?

aku
tak.

[ senyap sekejap ]

aku
deep, an. that's really deep.



kebinasaan tanpa disengajakan

nampak gayanya, ankle aku tak baik-baik lagi.sama jugak dengan jari telunjuk kaki kanan. 
what a shit. 
macam biasa, aku keluar rumah pukul enampatlima pagi. awal, aku tahu. actually, boleh je aku nak tidur balik. umi takkan tahu punya. tapi, tak. aku dah train sistem badan aku begini - tidur pukul sepuluh atau sebelas malam. bangkit pukul satu atau dua pagi. turun bawah, pergi tandas. naik bilik. duduk atas katil. kalau dapat tidur balik, alhamdulillah. kalau tak, stay awake sampai pukul enam pagi. enam setengah, turun bawah balik. bagitahu umi nak keluar. and enampatlima - there i go.
sorang.
tak perlu ada teman pun. well, bukan aku tak nak. tapi, dah malas nak mengajak. so, better i be alone.  senang. lagipun, this is my lifestyle. tak semua orang boleh ikut.

jalan kat sini obviously lain rasanya berbanding jalan kat tanah auckland. first, angin pagi malaysia tak sesejuk angin pagi auckland. aku boleh selamba badak pakai sehelai. kain nipis pulak tu. second, jalan raya malaysia yang aku lalu, tak dibina-khas-kan untuk pejalan kaki seperti jalan raya tempat tinggal aku kat auckland. baca balik ayat aku tadi. aku harap maksud ayat tu tersampai. so, end up aku kena tengok kereta kiri kanan all the time. lagi satu, mata aku kena tengok jugak jalan raya, kotkot ada yang berlubang.

ada satu kali, time aku tengah lari dengan momentum yang agak laju and of course, at the very same moment mata aku tengah fokus pada trafik - aku terkehelkan kaki kiri. aku kurang pasti sebab apa. whether aku ter-darat ke dalam lubang jalan atau jalan tu memang fucking tak rata. 
memang ada rasa sakit sikit tapi aku buat bodoh je. aku lari sampai habis trek. bila cooling down (which i did a brisk walk), sakit tu rancak mencucuk-cucuk. babi betul.
pagi tu, memang lambat gila aku pulang rumah. sepatutnya, sebelum pukul lapan dah kena sampai sebab pukul lapan, mesti breakfast. ini, tak. lapan lebih baru sampai rumah. 
naik bilik. 
tengok kaki. 
mazel tov.
urat tertimbul, bhai.

since the day, aku tak lari. aku berjalan pantas sahaja until today, i ran again.
why did i run ?

selain menulis, lari adalah salah satu terapi aku. bila datang angin aku, aku akan lari. tak kira bila waktunya, bila cuacanya (well, aku pernah lari dalam hujan lebat pagi di padang auckland domain - ALL ALONE). 
jadik, pagi tadi, i was thinking about something. tak perlu lah aku sebut apa dia. but i just want you to know, that thing, hell, it really drove me crazy. i was ...
i was shattered. bittered. and, marah. dada aku macam nak meletup. tangan aku macam nak merodok. kaki aku macam nak menyogok.
all i know after that, my legs ran and the music i listened to, was increased to a higher volume.

aku sedar, aku boleh jadik self-destructive. bila datang mode self-destructive tu, no one can ever stop me. not even abah sekali pun. bila aku kata nak lari, aku lari. bila aku kata aku tak nak nasi, aku tak makan nasi. bila aku kata aku nak jadik skinny, aku strive jadik skinny. 
sakit, pedih, perit, ngilu - tu semua belakang punya cerita. 
aku tak pedulik.

and guess what, people ?
baru kejap tadi aku sapu minyak panas.
mazel tov, bawang. mazel tov.



bingit malam ciptaan dia

aku tarik telapak tangan, mengisyaratkan dia - tak perlu lagi ritual anti-depresi

"in...sini"
"nak buat apa?" aku soal.

serentak getah rambut terlepas. dan dia uraikan rambut aku satu-satu dengan berus rambut.

"one of the great joys in life is having one's hair brushed" kata dia.

letters to juliet.

"you make me sleepy lah"
"that's supposed to be good kan?"
"em"

"i'm missing...someone"
"i know..."
"missing the person sampai rasa nak nangis. sakit"
"i know..."
"like, my, my-" aku tersekat.
"i know sayang..."
"i don't like it. it hurts. this feeling, really, tears me. kenapa in macam ni ? kenapa in tak boleh jadik besi ?"


"i just wanna be strong" dan aku tekup muka dengan tangan. tak mampu dah pertahankan ego depan dia.
"shhh...it's ok. it's ok..."

perlahan-lahan, dia baringkan aku. esak aku terus bermain-main dalam iklim kami. dia bobok aku, seolah-olah aku anak kecil yang merengekkan kasih di malam hari.

lalu dia bisikkan,


take a breath, i pull myself together,
just another stair until i reach the door,
you'll never know the way it tears me up inside to see you,
i wish that i could tell you something,
to take it all away

sometimes i wish i could save you,
and there's so many things that i want you to know,
i won't give up till it's over,
if it takes you forever i want you to know

when i hear you voice it's drowning in whispers,
it's just skin and bones, 
it's nothing left to take,
and no matter what i do i can't make you feel better,
if i only i could find the answer,
to help me understand

sometimes i wish i could save you,
and there's so many things that i want you to know,
i won't give up till it's over,
if it takes you forever i want you to know

that if you fall, stumble down i'll pick you up off the ground,
if you lose faith in you i'll give you strength to pull through,
tell me you won't give up 'cause i'll be waiting,
if you fall you know i'll be there for you

if only i could find the answer,
to take it all away

sometimes i wish i could save you
and there's so many things that i want you to know
i won't give up till it's over
if it takes you forever i want you to know

i wish i could save you, 
i want you to know
i wish i could save you

"lagu apa tu..."
"save you. simple plan"

malam pekat, dia kekal rangkul aku.
tak pernah lekang.
dan aku sempat rayukan sesuatu,

"jangan tinggalkan in



sepuluh bulan


forever young 
kehkehkeh

***

bak kata abang jijie, untung badan aku kecik dan orang selalu ingat aku ni baru tingkatan tiga. atau mungkin tingkatan lima. takkan ada yang terlintas aku ni mahasiswi tahun kedua. sebab tu tak ada kalangan mereka (total strangers) menanya perihal bila aku nak nikah. tak ada.
kalau yang bertanya, itu stok yang sedia maklum usia aku.
ah, rimas, kau tahu?

baru semalam aku borak dengan zafree di bukumuka. well, kalau nak disingkapkan sejarah aku dengan dia, berkajang. dan kompleks. jadik, elok lah kiranya wujud aku ni tak diketahui kekasih hati dia. oh yes, he's taken and i'm happy for him :)
macam biasa - aku borakkan perkara-perkara rutin. contohnya, aku rindukan tanah auckland. atau aku panik kalau-kalau berat aku bertambah sekilo. dan akhirnya, bualan itu dileretkan ke soal jodoh.
kata zafree, akan datang seseorang yang tepat untuk aku. dan aku terus mencebik depan skrin laptop.
yakin sungguh dia buat statement. aku sendiri kabur lagi soal masa depan. macam mana dia boleh cakap gitu?
ah, jajan menjaga hati semata !

"kau yang jual mahal sangat ni hahaha" zafree sambung.
"hahaha serius, kau rasa macam tu ke ?" aku berkerut.

terkadang, aku pikir jugak. aku ni memilih sangat ke? bukan apa. pernah dulu, aku borak dengan umi dalam kereta. dan umi pun cakap benda yang sama. 
kalau mak sendiri dah cakap macam tu, kita nak bidas apa lagi? dia yang kandung kita sembilan bulan. ngelat kita, semuanya ada dalam kocek dia.
oh ya. selalunya, sesi rory-lorelai ni akan berakhir dengan kekalahan di pihak aku. aku tak reti nak jawab macam mana lagi especially bab jodoh. 

ah. 
baru duapuluhdua. 
dua. puluh. dua.
ke, limabelas ?
eh.



nafas terlalu singkat untuk meratap palat semalam

jadik, aku nak keluar dari terowong laknat ni.
aku nak hidup balik.
dan ini,
ini lima perkara yang tengah aku sibuk kan :

1. become a vegetarian.
2. work out to be skinny.
3. doll up myself.
4. buy new oufits.
5. go travelling.

paling penting, bantal aku kat kepala tak basah dah di malam hari.
kepada manusia yang pernah mencelakakan hidup aku,
pergi mampos lo !



untuk aku yang kini dan nanti

biar patah hati,
jangan patah sayap.
kalau patah sayap,
macam mana nak terbang ke langit tinggi ?
kita kan nak pergi petik bintang.
kononnya untuk remedi patah hati.


tak kena

bila aku tidur, an terjerit-jerit panggil aku dari bawah. dia tak tahu ke aku ni ada masalah tidur waktu malam. perlu ke kejut when the fact that you just know how to make a drink for tokmak? 
bila aku mandi, umi panggil aku. dinyahutkan - dia mumbling pulak. serupa macam tak payah aku sahut. buat pekak lagi bagus.

pagi semalam, berus gigi hilang. call mohd, dia decline. mangkuk. bila mesej, dia kata dia tak amek. bila call kakak - o, ada dalam almari bilik kakak. apa kes la dia nyorokkan. tak paham aku.
pagi hari ni, ubat gigi pulak hilang. tengok dalam bilik air tokmak, takde. ketuk bilik umi - terus dihulurnya ubat gigi yang aku menggagau carik. apa ke menda ni.

nak cuci toilet, berus kasar melesap. padahal, masa kakak kawin aritu, aku yang dok bersihkan tiga-tiga toilet. and elok je aku tarok berus tu dalam salah satunya. sekarang, hilang. nak cuci pakai apa ni. cakap sikit dengan aku.

bila tak masuk dapur, abah bising aku tak masak satu hape. bila dah buat cupcake, an pulak bising - kau ni diet, kau kasi orang makan benda high calorie. kau makan lah. kau dah buat kan.

semua tak kena bila balik rumah.
mana tak rindu tanah auckland.



cuppy-cutey-cakeS

hai semua !
[ mode gedik-bajet-kau-fazura-pisau-cukur is turned on ]
dah lama kita tak buat sesi masak-memasak kan ?
ok, memandangkan father i dok complain i ni tak masak-masak kat dapur since balik from auckland aritu (except rebus sayur air and goreng ikan for my grandmother - well, i ni cucu solehah okkaayyy), i decided nak buat something. lagipun, father i tu dah promise kat i yang he will eat anythinggggggg that i cook. read again, sayang-sayangku sekalian. any-thing yek.
so, because i have this one kilo cream cheese which my sister beriya pesan suruh beli kat auckland yet she still doesn't use it, i ingat nak buat cuppycake. i tell you what, my friend, nonadnofun (oh yes, that's her nick) - dia la yang introduce i resipi cupcake ni. i ingat punya la payah nak buat. ghupanyeeeeeee ... !
i yang buta baking ni pun, boleh buat tau. jadik, of course girlS-girlS tangan bangku bab masak yang kat luar sana boleh buat jugak hikhikhik
heyp !
you allS tak percaya ke i boleh buat ?
sampai hati tau.
[ buat muka ]

ok.
cuba tengok foto-foto i ni.
mesti you allS terliur tak hengat dunia.


silap sungguh i tarok batter sikit dalam cawan tu.
it will be much better kalau the cake naik atas lagi kan?
takpe lah. yang penting sedaaappppp


ok, ni gambar close-up.
lawa kan? hewhewhew

alright, this oreo cuppycake recipe is from mat gebu. you guyS boleh klik sini untuk rujukan. tengok, baik kan i kasi terus link ? tak payah you allS semua terkial-kial nak google.
aaaannnddddd the topping itself, the recipe is from ayu. klik sini yek.
good luck !

hmm...pasni i nak buat something else lah.
shepherd pie, barangkali ?



dendang sayang

"bak kata pak long,
this is the music you choose, so you'll dance with it.
jadik, i dance along"

-

aku pandang siling.
kosong.
kata-kata tu terus-menerus replay dalam kepala aku. lebih kurang gitu susun atur ayat.
adoi...
tangan kanan urut-urut ubun kepala.
bila la nak dapat nikmat tidur. hai-la otak, kenapa kau tak nak shut down ? dah pekat malam dah, kau memang degil nak fikir itu ini kan ?

tutup lah mata woi.

tutup.

tutup.

tutup.

"in ?"

terbukak.

"hai"

dia.

"tak dapat tidur ?"
"haah"
"typical of you"

aku sengihkan senyuman malas.

"lamanya tak datang" aku sapa biasa.
"takde reason nak datang. but now, i see you macam something wrong"
"takde apa lah" aku bangkit, tepuk-tepuk bantal.

sengaja kasi dia ruang untuk duduk sebelah aku. lama dah dia tak ke mari. the last time was when i fuck up myself.

"pikir apa, in ?"
"nothing"
"muka in berkerut...dari tadi i watch you. pastu in picit-picit kepala. kenapa ? tell me"
"em..."
"sini"

dia amek telapak tangan.
satu-satu jemari aku, diurutnya.

"ok ?"
"em..." aku senyum.
"tension eh"
"just mess up dengan something"
"or someone" dia sambung.

mandai je dia ni.

"i walk around kat bawah tadi. in bawak balik ubat maxolon tu eh ?"
"haah"
"in still amek ke?"
"baru-baru ni je"
"hmmm...that's really a something-"
"nausea sikit je. maybe sebab in makan complex food time berbuka"
"iye ke ?"

eh eh dia ni.
ye ke ye ke dengan aku pulak.

"tanya je..." dia kendur suara bila perasan aku berkerut.
"mana tahu, your nausea is actually something else ?" dia sambung lagi.

sambil-sambil, telapak tangan aku diteruskan urut.

"kan in dah cuti ni. mana ada stress. duduk rumah, makan-tidur-makan-tidur"
"in stress ?"

aisey...

"tak, i'm just saying. nausea ni ada banyak reason dia kan. could be my food, my tummy-"
"your emotion. your mood. your stress. your feeling. in, seriously there's nothing wrong ke ?"
"ouch !"
"aaaa sorry sorry sorry. did i press kuat sangat ?"
"it's ok it's ok...heee...kuatnya tekan tapak tangan in" aku gelak.


padahal tak sakit pun.


sambung.


baby elephante' - oh, comel !

bila abang jijie dengan kakak ajak aku pi kuala gandah, aku dah rasa pelik. 
nak buat apa nya?

"tengok gajah" kata dorang.

so, ahad aritu, abah drive ke kuala gandah. kuala gandah tu kat pahang ye, tuan-tuan dan puan-puan. aku pun tak pernah dengar. bila ditanya, baru terkial nak google and melopong mulut -
"oooohhhh kat pahang keeeee".

ok, bab nak pergi sana, aku tak berani nak kasi onedirection arah. bukan aku kedekot ilmu, tapi aku tak confident nak bagitahu kau. unless, if you really trust me (eceh!), well, simple je. sila drive ke arah kuantan menggunakan lebuhraya karak. tol gombak adalah tol anda yang pertama (sila bayar RM5.00). kemudian, anda akan melalui terowong genting. tak lama pastu, anda akan dapati bandar bukit tinggi di sebelah kanan anda. ok, nanti anda akan sampai ke tol bentong. sila proceed ke arah kuantan ye. dan ! dan ! dan ! lihat lah tanda lanchang/raub exit. bermakna, tol terakhir anda ialah tol lanchang. jangan masuk bandar raub tau. abah pi masuk bandar raub and lama la jugak kitorang stuck kat situ. itupun dah terlajak nak pergi mana entah.


akhirnya sampai jugak ke tempat ni pada pukul duabelas tengahari gitu. so, kau cuba bayangkan panas tak panas aku kena tahan. sabar je lah mak ~
God, I'M FUCKING MISSING AUCKLAND'S WEATHER !


nasib baik aku pakai outfit sebegitu. toksah la pakai baju kurung. agak leceh. maklum lah, kau nak masuk hutan, bukan pergi majlis kawin. pakai sport outfit pun lagi bagussss


ok, bila dah sampai kat tempat ni, tak perlu la parking kat luar yek. sila masuk ke dalam sebab banyak parking lot dah disediakan. lepas tu, kitorang kena daftar dulu. tiada caj lawatan dikenakan kecuali kalau nak buat aktiviti seperti mandi bersama gajah.
mandi? 
YE, MANDIIII !


habis berdaftar, aku jalan-jalan dalam bangunan pendaftaran. ada banyak maklumat pasal gajah kat situ. tinggal rajin nak baca atau tak je. aku ada lah baca sikit-sikit. macam...
ok, seekor gajah makan makanan dia sebanyak 150- 200 kg. 
hamek kawww ~ !
aku pun tak makan sebanyak tu. cukup lah 200 g sehari hikhikhik


like i said before, ada aktiviti bersama gajah. dan kakak dok ajak aku pi mandi. huiiisshhhh mintak ampun lah ye? gua tak sanggup nak terjun dalam sungai. bukan gua tak gheti mandi, tapi, aisey...kulit gua sensitif kott? XD
so, sementara dok tunggu kakak dengan biras aku pi bayar caj bermandi-manda bersama gajah (tak silap aku kena bayar sepuluh hengget sorang), aku snap satu dua gambar dengan abang jijie and fahd :)


dari mula, tengok-tengok gajah dulu. actually, they are all baby elephants. aku tak jumpa pun gajah yang besar. well, although they're just babies, they are BIGGGGGG


see, i told you they are big. and they know how to act really cute. damn you, elephante' !
kalau lu kecik, dah lama gua culik lu, lu tahu?


o kalau nak kasi mereka makan, boleh. sila beli makanan mereka ya? mereka makan pisang, tebu dan amenda tah lagi. mula-mula, takut jugak nak kasi kat mereka. but then, alolololo ~
tengok muka aku tu.
beriya sungguh kehkehkeh


aktiviti bersama gajah adalah pada pukul dua petang. dah penat sangat kasi makan dan punya la bapak-panas-hagham-gila-nak-mampos, aku nak berehat kejap.



bila dah start show, ada sesi tengok gajah mandi. tengok je dulu. dan kemudian, ada lagi sesi bagi makan kat gajah-gajah ni. kakak dengan abang jijie, ha, kau tengok. excited tak excited.





tak lama pastu, dah tiba dah aktiviti mandi bersama gajah. memandangkan aku tak masuk air, aku la photographer dorang. aku dok celah tepi air and actually, jauh jugak daripada dorang sebenarnya.
paling aku zoom lah gambar-gambar ni semua.
ehem. tengok lah, kamera apa yang i guna ni ~
fliping hair left and right ]


last sekali, sementara tunggu dorang salin baju, i took some photos with my mothers.
gambar tengah - aku dengan umi.
gambar akhir - aku dengan mama.
gambar akan datang - aku dengan ...teeettttt !

baik lah.
itu saja laporan ringkas daripada saya.
teringin sungguh aku mahu kabarkan pada sheryll,

"hey sheryll, do you know that last summer holls, my parents took me to watch baby elephants ? yeaahhh, baby elephants !"

[ tarok muka paling teruja ]



kerenah

nak dekat sebulan lebih aku suffer from shopping deprivation. bukan takat tu je, sleeping deprivation pun iye jugak. tapi, antara dua jenis deprivation ni, aku lagi kisahkan soal shopping hikhikhik
maklum lah, sejak dua menjak menjadik seorang gadis, shopping ni macam dah sebati dengan jiwa aku. eceh.

"in nak shopping

aku merengek, satu hari, dalam bilik kakak (yang dulunya, bilik aku jugak). actually, dah berhari-hari aku dok bising tapi macam tak berkesan. umi dengan abah macam buat-buat tak tahu je.

"shopping apa" kakak tanya. 
"in nak shopping baju. in takde baju kott?"

aha, ini jawapan standard. walhal, ada je baju. biasa lah tu. perempuan ni, kalau ada sepuluh almari pun, dia still kata takde baju jugak kehkehkeh

"nak shopping kat mana?"
"kat mana-mana lah"
"reject shop?" abang jijie soal pulak.
"aritu kakak pergi dengan abang jijie. ada sale"
"alaaa..." aku pandang abang ipar aku tu.

"kalau pergi dengan abang, abang mesti tak tahan kan? ye lah. laki kan. mana tahan nak tunggu kalau perempuan shopping ni" aku terus serkap jarang.
"ehhhh abang ni, dah biasa teman mama tau. lama mana pun, abang larat"
"iye ke?" aku skeptikal.
"iye... tanya kakak. abang dah biasa dah. i can wait for long time"
"hmmm..."
"ok, camtu, boleh la teman in shopping" aku bukak cadangan.
"boleh. bila nak pergi?"
"isnin?"
"isnin? boleh"

kakak terus pandang abang jijie.

setuju.

yes !

***

pagi hari isnin, kakak dah pesan - siapkan semua kerja-kerja rumah. dalam pukul sepuluh lebih, kitorang gerak ke mahkota parade.


tadaaaaa
lama jugak aku mencarik baju sebenarnya. abang jijie kata, kalau tak berkenan, boleh tengok-tengok yang lain dulu. dah dia cakap gitu, aku apa lagi, memang lama aa aku dok survey lagi dan lagi dan lagiii. at first, aku tengok b.u.m equipment. baju-baju dia ok. tapi di luar bajet. umi cuma kasi aku seratus hengget je. maka, target aku adalah mendapatkan baju murah-murah but look nice. then, abang jijie suggest pergi reject shop.
and kat sini lah aku jumpa kesemua baju aku. 
all of them are from children department.

"abanggg"
"ye?"
"abang dengan kakak, sini lah. carik baju dengan in. buat-buat macam abang dengan kakak nak beli baju untuk anak. takde lah in segan"

apa kah! muda lagi kawin, kena pura-pura dah ada anak kaannnn
tapi lantak lah. apa aku kira hahaha ! 
so, yeah. kakak yang pilih baju-baju aku.
and now, tell me guys. siapa kata kalau kakak sendiri dah kawin, kita tak boleh lagi dah bermanja dengan dia? selagi aku ni namanya adik, selagi tu aku boleh mengada-ngada hokkaayyy :D


pukul dua petang, kitorang gerak ke seoul garden. umi ajak lunch kat situ. mohd pun ikut sekali.
well, i miss having mohd eating with me. the last time we ate together was during the last winter at auckland nando's.


so this is my abang jijie. 
betul lah kata dia - dia memang larat melayan kerenah aku. siap belikan aku seluar jeans and belanja aku secret recipe.
thank you abang jijie !


pasangan paling bahagia.
actually, sebelum pergi seoul garden, kakak dengan abang jijie dah lapar. so, dorang pi bantai makan burger dulu and aku pulak, makan kek. satu perkara yang aku perasan pasal dorang ni, time makan memang senyap. takde bunyik. agaknya, menikmati makanan kott?


ini lah muka yang mengalami shopping and sleeping deprivation. eye bag aku takleh bla kan?
sedih ok.
teringat aku kata-kata encik syafiq,

"i tengok mata you pun, i dah tahu you tak cukup tidur"

dayyeeemmm !



galang ganti

lepas kakak nikah malam tu, aku dok main whatsapp. ye lah, bosan kan. dah la penat. pastu takde kawan. yang ada cuma kakak, kak farah dengan dua tiga kerat sedara aku. kakak mintak aku buat bunga manggar. aku on je walaupun tak pernah-pernah seumur hidup aku buat natang tu. sambil-sambil cucuk, sambil-sambil tu aku whatsapp. ha, ni namanya multitasking yek. lepas dah siap buat, aku dok tolong kakak buat bunga pahar pulak. cucuk sana, cucuk sini. bila dah satisfied, snap satu dua gambar guna kamera. aku takmo guna blackberry aku sebab kamera blackberry hagham burok. 

tengok jam.
hmm...pukul tiga. gila lambat. esok, pukul enam dah kena bangun. aku memang tak larat nak stay. and kakak pun dah ajak tidur. kitorang tiga orang tidur kat luar sebab bilik aku ada banyak barang hantaran. so, tarik lah bantal ke kepala. 
whatsapp  - memang kirim salam. aku terus tutup mata. tak tahu amenda mesej daripada orang sana.

satu perangai aku, aku boleh bangkit sebelum blackberry aku bunyik. takde la setiap paginya. tapi, boleh dikatakan most of the time lah. and, tangan aku akan otomatik capai blackberry sebelum dia memekak.

tapi,
pagi tu, tangan aku tak bersambut. dengan mata still tutup, aku terus tergapai-gapai. dari celah tilam, tangan aku sauk pulak ke bawah bantal.
eh, takde.
aku bukak mata.
bangkit.

"kak, bangun jap. nak amek bb"

konon-kononnya, kakak hempap blackberry aku lah. 
kakak bangkit.
takde.
aku dah rasa tak best.

"ada?" kakak soal.
"takde"

habis bawah tilam, bawah bantal, celah-celah sarung segala bagai - aku carik.

entah macam mana, aku teringat kamera aku pulak. terus aku pergi ruang tamu sebab seingat aku, aku tinggalkan kamera dengan bunga pahar.

takde.

"bb dengan kamera..." aku cakap kat kakak yang baru lepas tutup pintu bilik pengantin.
"hantaran semua ada"
"kenapa ni?" kak farah soal.
"bb dengan kamera in, takde" aku jawab perlahan.

time ni, aku dah kecut perut.
bukan apa, aku takut dengan abah sebenarnya. abah jenis tak suka barang-barang hilang. because it shows how careless you are. you're the one who is responsible for your things. so, simpan elok-elok. lagi-lagi kalau barang tu barang mahal and abah yang belikan.

pukul tujuh pagi, aku masuk bilik abah. nak tak nak, kena hadap jugak. walaupun aku tahu ni bukan salah aku, tapi barang dah hilang. and it's considered as my fault.

"abah..." telan air liur.

"abah, bb dengan kamera in hilang"

aku dah prepare dah. nak kena marah ke, nak kena tengking ke, nak kena maki ke, aku redha nak tadah.

tapi,

"dah carik betul-betul?" abah tanya.

sikit pun takde nada tinggi.
dan riak muka abah langsung takde tanda nak marah. 

"dah. tak jumpa. the thing is, bb tu, in tidur dengan dia. it's in my hand. in pegang"
"hmm..."

"abah pun, dah rasa pelik ni nak charge handphone kat luar"
"camne ni, bah?"
"pesan kat semua, jaga-jaga dengan barang. laptop, handphone. semua"

***

siapa tak sedih?
bukan salah aku pun. 
sebab aku paling menjaga gadjet aku.

***

"in" abah datang kat aku.

aku tengah gosok samping dia. nak dekat pukul duabelas dah. kang kena mandi, siap-siap. 

"cool tak abah malam tadi?"
"cool...rilek je abah akadkan" aku replay moment malam akad nikah dalam kepala otak.
"well ~ " abah senyum.

dan aku balas senyum.
tapi kelat.

"kenapa ni?" abah soal,

serentak aku lepaskan iron, aku peluk abah kuat.
nangis.
sampai basah baju abah.

"takpe, abah ganti. abah ganti. abah ganti, sayang. dah, jangan nangis. abah janji. abah ganti nanti" abah gosok-gosok belakang aku.

***


samsung galaxy SII,
19.11.2012



sony cyber-shot DSC-TX66,
05.12.2012

***

aku tahu pencurik tu takkan baca blog aku.
yet, i just wanna say -

you don't deserve my forgiveness.
not even the slightest.
dan percaya lah,
bila manusia tak ampunkan kau,
be prepared for your life hereafter.