Memaparkan catatan dengan label keseniankidal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keseniankidal. Papar semua catatan

behind the broken smile


photo by: mr. fiance



Rx - TESL

Currently writing in the staff room while waiting for my class - -

So, hi.
We meet again. I'm still breathing (thank God). I'm still surviving (yes, I am).
I'm actually not that OK - emotionally. Physically - yes, I am. I'm doing good. I took meals these past few days. In fact, I binged eating. But, that's only for a day. The next day, I fasted from dawn till dusk. Anyway, since I know I'm not OK, I contacted Val. I whatsapped her and showed her few of my artworks. She complimented me. I was happy. Drawing is the exact medium to express my emotions. Though I draw sad faces, I manage to draw smiles at the same time. I can't lose hope. Even if the world is shutting down, I have to have a hope to be happy (at least). That's why there is a few smiles in my drawing.
In conjunction of Inktober2016, I try my best to keep up with it. It's literally a challenge for me because I have to juggle my working life as a teacher and my own personal life. Sometimes, I stay awake at night to finish up my drawing. I don't know. Some people might see it absurd - why would you torture yourself, burning the midnight oil just for the sake of inking some white papers? - but the truth is, it's a satisfaction to me. I want to let go of my feelings. I want to let go of the burden I've been shouldering all by myself. Yes, I do feel lonely. It's just enough with being alone for most of the time. Lonely? It's a total disaster. 
So far, I have drawn six doodles based on the themes given by Mr. Parker. I think that's a good achievement. I should have thanked Mr. Parker for creating this Inktober2016 because I'm driven to  improve my drawing skills. Not to forget, I gradually found my signature drawing and yeah, it feels good to finally have one of your own. My drawing habit is also nurtured days by days. My fingers are no longer stiff to run curves on papers. I know I'm way behind with the Inktober2016. October is approaching its end and yet, I only have six doodles. Nonetheless, I'll keep on drawing until I finish all the themes given. 
Oh, by the way. With the themes that Mr. Parker has laid out, I also incorporate them with a sense of loving couple. AND THAT DOUBLE UP THE CHALLENGE!

Here are the doodles I created ; 

theme: Rock
theme: Broken

"we're not broken, just bend. and we can learn to love again"
  
theme: Lost

without you, i'm lost

theme: Jump

i jump over the moon whenever i think about you

theme: Transport

someday, we shall transport together to the world of ours

theme: Worried

we are of two different people - i'm always be the worried one while you're
the worried-less. even so, it is this difference that would make us
complement to each other. i hope you can stand with my insanely never-
ending worries. slap me if you must.

theme: Tree

i'd like to build a family tree with you. would you, too?



marah






marah aku -
sampai boleh buat benda yang lebih daripada atas ni.
so, watch out.
ok ?



untuk aku yang kini dan nanti

biar patah hati,
jangan patah sayap.
kalau patah sayap,
macam mana nak terbang ke langit tinggi ?
kita kan nak pergi petik bintang.
kononnya untuk remedi patah hati.


sang gembala di wilayah biri-biri : puisi luruh

upon the autumn that always creates sorrow and agony in my bosom,
here's a poem to celebrate it.
cheers.

"we both hurt each other.
and why did we do it, i wonder.
are we, again, being stranger?
or we are no more getting along together?
it seems like things become harder.
and do you realize that, dear?
or do you pretend they never appear?
love, i'm doing my best to make things clear.
so now, how could i fix us to become better?
i'm clueless, help me here.
because i won't give up to be your shoulder,
as for now and forever"

autumn 2012
auckland, new zealand.


photo by : ferrohanc



bagaimanakah cara untuk mendapat tulisan yang lawa?

gunakan pembaris. letakkannya secara melintang di atas kertas, tulis di atasnya.
ini cara tok rashid. dia ajarkan kami.
hasilnya akan berupa begini,





teratur kan?
tapi, aku tidak setuju sekiranya kalian mempraktikkan cara ini ketika musim peperiksaan. ia mengambil masa. unless, kalian sudah berlatih banyak dan mampu untuk tulis laju-laju.
kalau untuk nota-nota dan surat cinta, memang harus kalian mencuba. senang mata yang membacanya.

i'll surely love if my love writes me letters



kata kak ayin,

"cross stitch tu,
di depannya, cantik belaka.
di belakangnya, cukup berselirat.


sama seperti hidup.

Tuhan sudah siap siap aturkan yang tercantik untuk kita.
tunggu kita saja untuk hadapinya dengan penuh dugaan dan cabaran".

***

kesenian kali ni berharga kurang daripada enam ringgit. serius tak tipu, sebab aku sendiri dah calculate semua sekali. walau harganya macam cikai kan, tapi, percaya lah, kesungguhan kita membuatnya tidak ternilai harganya tau.

ok, mula-mula, sediakan bahan terlebih dahulu.

1. set cross stich - RM2.50
2. bingkai gambar - RM2.14 (after discount)

siapa-siapa yang tak pernah buat cross stitch, boleh belajar di sini ya?
proses menyiapkan cross stitch ni tertakluk pada dua faktor saja -
1. kadar kerajinan korang
2. jenis pattern/design yang dipilih.

selalunya, lagi banyak warna, lagi lama kott korang nak siapkan.


selepas habis menyiapkan cross stitch tu, boleh lah korang frame kan.


tadaaaa!

untuk lebih smart, selitkan kad ucapan kecil yang dipenuhi dengan kata-kata seperti di atas.

p/s : kalau nak beli bahan lebih mahal daripada apa yang dinyatakan aku, boleh aje. ikut kehendak masing-masing la kan? selamat mencuba!


xoxo


bukan hari guru

hari ni aku pergi ke kolej dan sempat sediakan gift ni untuk miss nina, miss muna, miss zalina, miss julia, miss junainah dan miss rudi.

informasi :

1. satu piece berharga RM 5.
2. datang dalam pelbagai warna.
3. simple tapi ikhlas.

aku harap mereka sukakannya.










penantian

sepatutnya, pukul dua setengah petang tadi, aku siapkan kerja translasi. hari jumaat ini perlu dipos kembali pada tuannya. tapi, mengikut perasaan dan ditambah pula perencah godaan dari sang syaitan, aku lukis ini.

aku suka tengok kartun 'dragon tales' lah.

dan juga ini.
tak sabarnya nak tunggu ramadhan. sang syaitan bakal diikat.

pengumuman : nantikan entri akan datang bertajuk "dari mana asal usul nama bawangmerah?"

p/s : bosan gila entri kali ni AngryFace

untuk abah

sempena hari bapa, aku mahu tunjukkan (atau lebih sesuai, "ajarkan") satu lagi kraftangan yang mungkin kalian boleh hadiahkan kepada bapa tersayang.
namun, kraftangan ni sesuai untuk certain bapa saja ye.

ok, sebelum kita proceed, mari kita lihat bahan-bahan dan alatannya.

sila klik untuk imej yang BESAR


cara-caranya :

1. letakkan tembakau (dengan kadar secukupnya) dan gabus pada posisi yang ditunjuk


2. kepitkan roller dan roll-kan ia supaya tembakau dan gabus benar-benar padu


3. ambil kertas pembalut dan selitkannya seperti dalam gambar rajah


4. gulungkan ia dengan bantuan roller dan anda bakal menyempurkan sebatang rokok


lihat. dah siap pun


nota kecil :

merujuk gambar rajah nombor 3, perlu diingatkan bahawa kertas pembalut perlu dilembapkan sedikit di bahagian gamnya. bahagian gam itu hendaklah dihadapkan ke arah kita.

bekalan rokok yang cukup (sekurang-kurangnya 12 batang) sudah boleh menyenangkan hati abah.

sengihnampakgigi

selamat mencuba ya!

sendiri

sendiri bukan -
bermaksud aku menyendiri
sendiri bukan -
bermaksud aku bersunyi

sendiri bermaksud
kerjakan refleksi
atau barangkali
muhasabah diri (?)

tapi,
sendiri ada tendency
samada membunuh diri
atau kelar kapilari

sendiri tanpa manusia
terkadang rasa suka
sendiri tanpa manusia
terkadang rasa duka

sendiri tanpa teman
aku tiba-tiba gembira
sendiri tanpa teman
aku tiba-tiba terluka

sendiri ada putihnya
sendiri ada hitamnya
sendiri ada baiknya
sendiri ada buruknya

kenapa ingin menyendiri?
aku bilang - bukannya aku lonely
kenapa mahu begitu sekali?
aku jawab - tiada alasan konkrit
benar mahu sendiri, kau pasti?
aku bentak - iya, jangan tanyakan lagi!

sendiri menyepi melayan melankolik
apa itu dimestikan dalam dimensi?


bawangmerah
ruang empat segi,
zuhur, 19 mac 2010




mungkin ini puisi bahasa ibunda pertama aku

aku tulis dan tulis.
kemudian, aku taktau nak kategorikan ia sebagai apa.
dah lama tersimpan dalam folder laptop.
baru hari ni aku nak paparkan.

***

sanji si anak kapal

aku tepuk bahu dia.
moga-moga, dia serap saki-baki semangat aku.
dia pandang aku.
pandangan yang mintakan lebih dari itu.

+ "sabar lah"

dia diam.
mungkin sengaja biarkan kesunyian jawab kata aku yang timbul tenggelam.

+ "aku pernah rasa"

- "aku tak sangka"

aku senyum plastik.

aku tepuk bahu dia. lagi.
perlahan tapi terkesan.
dia tunduk. setitis jatuh ke tanah kapal.
sejantan mana pun dia, kalah dia akhirnya.
kalah pada cinta yang sudah tiada.
cinta manusia keparat durjana.

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

+ "kau bukan satu, sanji. aku ada"

dia diam. lagi.
dia kesat air mata sekati.
mungkin sengaja biarkan lagak itu jawab kata aku tadi.

+ "sanji, kita ni anak kapal"

- "jadik?"

+ "kita dalam bot yang sama"

***

baiklah. mau kembali ke bantal.



semangat sang lembu

baiklah. hari ni aku ada mood nak berseni. jadik, aku dah buat hasil seni ni mengikut acuan si dia. dan hasil tu, aku kan kasi to my superhero.





aku tau, aku ni sweet.
dan sang lembu tu comel.


p/s : ha, sape yang dok rumah pastu rasa macam buhsan gile, try aa buat ni. aku cabar korang!

dia merajuk lagi?

kalau cara dulu tak jalan, korang boleh cuba cara yang ni pulak. memang tak sia-sia.
tapi, in case tak hilang jugak merajuk tu, memang hati dia maha keras. kena guna trick lain.

ok, mula-mula sediakan bahan dulu.

kumpulan 1 :

1- muffin mix ----->[500gm]
2- telur ----------->[175gm (empat biji)]
3- air masak ------>[112.5gm (tiga per empat cawan)]

kumpulan 2 :

1- minyak masak ->[137.5gm (kurang sikit dari satu cawan)]


cara-caranya :

1- masukkan bahan kumpulan satu dalam mixing bowl.
2- putarkan bahan tersebut pada kadar kelajuan rendah (first speed) selama satu minit.
3- agak-agak dah sebati, putarkan pada kelajuan yang lebih sikit (second speed) selama empat minit.
4- kemudian, masukkan bahan kumpulan kedua (minyak masak) ke dalam mixing bowl. biar kasi campur dengan bahan kumpulan satu tadi. putar bahan pada kelajuan rendah (first speed) selama lebih kurang dua minit.
5- kalau bahan dah sekata and rasa konfiden enuff, boleh la sendukkan bahan tersebut ke dalam cawan kertas muffin. ingat, jangan letak penuh. cukup sekadar separuh cawan kertas sahaja sebab bila bakar nanti, dia naik kembang.
6- bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada 180 darjah celcius selama lebih kurang 25 - 30 minit.


setakat ni, aku buat muffin sekali je dan menjadik sungguh. aku buat dengan penuh kasih sayang. maka, feedback yang aku dapat daripada tiga belas budak,

"bawang, sedap la. kau buat ni?"

aku jarang masuk dapur. tapi, sekali aku masuk, aku buat betul-betul.
dan disebabkan ke-jarang-an itu, pada siapa-siapa yang dapat muffin aku, memang bertuah yang amat lah.



aku buat sesuatu berseni hanya untuk orang yang aku sayang.


p/s : rindunya nak main gitar.



punggah barang, tertarik satu kotak

semalam kemas-kemas barang. kemudian, tertarik keluar satu kotak ni

*bukak*

LargeGasp

baru teringat, dulu-dulu aku selalu buat benda ni. pastu aku dah tak buat. sekarang, aku pikir, nak buat balik lah


tapi, bila benda ni dah banyak sangat, aku nak bagi dekat siapa pulak?


haa...yang ni faveret aku. sebab dia kaler merah. gorgeous tak?



p/s : itu four-leaf-clover. tak rumit kalau nak buat. sebelum ni aku ada bagi dekat orang, tapi orang tertentu sahaja.



how to break and mend my heart

#1 sediakan alatan terlebih dahulu. macam aku, aku suka kaler merah, jadik aku pilih kertas kaler merah. bagi yang inginkan kaler lain, dipersilakan


#2 potong kertas warna menjadi dua segi empat tepat


#3 lukiskan lengkung di hujung kertas segi empat tepat dan potongkan keduanya menjadi seperti dalam gambar rajah


#4 ambil salah satu kertas segi empat tepat. gunting secara lurus di garisan tengah. awas! jangan gunting sehingga hujung kertas itu. sudah memadai andai kamu gunting sehingga tanda putih


#5 sekarang, selitkan kertas tadi pada kertas yang satu lagi


#6 tadaaa! kamu dah dapat satu bentuk hati [love]


#7 you break my heart


# 8 now you mend my heart


untuk tak kasi "hati" tu tercabut, kamu boleh lekatkan pita perekat di belakangnya


***

yang ni aku belajar dari art attack. boleh gunakan cara ni untuk pujuk kawan korang yang merajuk. aku dah test. menjadik!

selamat mencuba ya.