episod lapan : buku

kalau diingat-ingat, difikir-fikir, ditafsir-tafsir, semuanya tampak unrealistic. semacam ilusi optik. atau fatarmogana barangkali.
maka, selama ini, apa perasaannya hanya dongengan semata?
dikocak-kocak peristiwa di tangga putar sebelah computer lab, betul-betul buat aku hilang akal dan termati kata. yang pasti, kepercayaan aku yang dia milik dulu, sudah ghaib.
dia kini hilang dua benda - aku dan kepercayaan aku.

dan aku.
aku hilang hampir segalanya.
jiwa aku kering dan kontang tanpa dia.
aku me-layu sejak peristiwa empatbelas.

sejujurnya, dia lah satu-satunya penyambung riwayat aku.
tapi, hakikat katakan dia lah pemutus nyawa aku kini.

***

"awak..."

di celah-celah rak buku, aku angkat muka, lantas tepat mata mengena pada wajah sayunya. terkedu dan tangan yang menggenggam Oxford Dictionary 7th Edition, Websters Dictionary, Oxford Thesaurus terkulai.

"ALLAH!"

sekilas beberapa pasang mata di setiap meja perpustakaan tujahkan pandangan pada taburan buku-buku. aku cepat pungut. kuat sangat jatuhan tadi sampai berjaya pecahkan iklim kesunyian perpustakaan.

damn.

"sorry" dia hulurkan.
"forget it"
"i mean it"
"it's over"
"it's never over"

aku, kali ini, berani mencerlungnya.
ini silap dia.
ini silap dia.
ini silap dia.
bukan aku!

dia diam. tidak langsung melarikan pandangan dan terus-menerus membalas cerlungan aku.

"saya tahu apa saya buat" dingin intonasinya.
"tapi awak tak sedar kesannya" aku balas tajam.

dia tarik nafas dan keluhan berat benar-benar kedengaran di balik cuping aku.

"nah" dia ambil sesuatu dari rak buku.


bulan tak bermadu di fatehpur sikri.
a. samad said.


"perasaan saya masih lagi sama. tak pernah berubah. mungkin boleh disamakan dengan mansor. saya harap, satu hari nanti kita dua jadik macam diorang - mansor dan zawiyah"

dia hulur.
aku sambut.
dia pergi.


***

"a. samad said?" yasmin tilik buku nipis tersebut.
"diam diam diam. jangan nak sebut apa-apa"

yasmin senyum simpul. aku buat bodoh. mungkin 'dewa' sangat kalau aku baca karya sasterawan negara. beza sungguh; budak-budak repeat AS sibuk habiskan king henry the forth, aku pula sibuk menelaah bulan tak bermadu di fatehpur sikri. budak tesl macam aku berenang dalam lautan sastera melayu? kontra habis.

"bawang, first part dahsyatnya" yasmin kasi komen.
"yang mana?"
"ni ha. mansor dengan zawiyah" yasmin tersenyum-senyum.
"mana satu?" aku cuba jenguk bahagian yang dikatanya.

"owh...yang ni..." aku gelak.
"ye la, dahsyat"
"eleh. tu baru sikit tau. yang kat belakang, lagi la"

"macam real kan?" aku soal yasmin, sekadar minta pandangan.
"haah. tapi best"
"tu la...siapa kata karya a. samad said tak best? best tau"
"bahasa dia takdelah -"
"susah sangat. kan?"

yasmin angguk.

mansor.
zawiyah.
dia.
aku.

'mungkin boleh disamakan dengan mansor'

+betul kah?
+betul...
+tapi.
+In, jadik, selama ni kau tak percaya dia?
+bukan.
+ dah tu?
+ percaya tu memang la percaya. tapi cuba pikir balik.
+amende?
+kalau pikirkan, eish. tergamak dia.
+mungkin dia ada sebab.
+ sebab apa?
+tanyalah dia.


'saya percaya, awak ada sebab yang munasabah'


tiga minit.

lima minit.

sepuluh minit.


'thank you awak'

'please, jangan buat lagi. ok?'

'i won't'

'promise?'

'with all my heart'

'so...' 

it was a long night for both of us after all.
a night with laughter and stuff.

***

"saya tak mintak pun apa-apa"

kali ini, aku mesti menolak bungkusan daripada dia.
mesti.

"takpe lah. yang ni memang In kena terima. awak dapat fourteen tau. fourteen"
"iye...tau"
"dah tu?"
"saya nak yang lain boleh?" aku sengih. ok, mengada sebenarnya.
"oo...memilih ye"

"em...In nak apa?" dia soal.
"buku"
"hadiah yang ni?"
"In simpan lah"
"ewah ewah. tamaknya budak kecik ni!"
"biau lah"
"biau biau. mula dah dengan loghat dia"
"sukati la. bluek"
"ya la ya la. hang nak pa?"
"haa...dah start la tu. nak challenge loghat melaka eh"
"takdak lah. ha, hang nak pa tadi?"
"nak buku"
"hang nak buku? buat pa nya?"
"laa...baca la. takkan nak bancuh buat ayaq kott"
"ya la...mana tau kan. hang bukan betoi sangat pun. sekali pikiaq benda-benda lain, susah jadiknya"

aku mencebik. dahsyat la dia ni. kalau dah cakap utara, habis mengalir semua sekali macam air. tak boleh nak stop dah.

"buku apa-apa. tapi bukan english"
"aik. tak nak english?"
"tak mau"
"bukan In tesl ke?"
"ingat budak tesl kena baca english je ke?"

dia buat muka.
mula la tu nak mengejek aku.
nakal betul.

"hmmm...kalau nak bagi, buat masa sekarang, tak boleh lah" dia pintakan simpati.
"alaaa...nak jugak"
"mengada"
"biau lah" aku tarik muka.
"camni lah. jumpa saya kat...kat library. esok. waktu rehat. amacam?"
"buat apa?" kening aku berkerut.

***

khamis - 28.01.10

"awak sure ke buku tu ada kat rak ni?"

dah lebih sepuluh minit aku mengekor dia. dari satu rak ke satu rak. dari satu seksyen ke satu seksyen. penat kaki.

"sure...sure...kalau takde, mesti orang lain pinjam. hari tu saya nampak area sini"
"itu hari tu...ke area belah sana?" aku telunjukkan rak di seberang.
"tak mungkin..." dia terus melilau cari.
"kita try pergi sana"

"awak...kita try pergi sana lah. dah masuk lima kali kita pusing-pusing tempat ni" aku makin paksa dia.
"em...ok...ok. kita try sana"

"ada?" masih lagi mengekor. kaki naik lenguh.
"jap..."
"saya duduk sana dulu lah. penat"


"ha, ni dia''

cinta fahsuri.
a. samad said.

aku sambut. belek. buku kali ini lebih tebal sedikit daripada yang dulu. penulis tetap orang sama.
pandai dia meneka rasa aku.

"tapi yang ni zaman perang. but still, it's awesome, tau"

aku pandang dia.
melirik senyuman satu untuk dia.

"pandai pilih. mana tau saya start suka a. samad said?"
"well...tengok orang lah" diakhirinya dengan gelak kecil.

hek eleh.
tak boleh blah.

"buku dulu, In suka tak?"
"suka!" aku excited. tiba-tiba je.
"mesti suka part mansor dengan zawiyah kan. pastu mula terbayang-bayangkan saya" dia ketawa nakal.
"yyeeeuuuwwww. perasan!"

"ada lagi satu buku saya nak bagi In tapi tunggu kita habis A2 lah"
"alaaaaaa"
"tak boleh tak boleh. tak boleh kasi sekarang. ni final semester kita bersama. saya nak kita sama-sama fight for the best. saya promise, buku tu, saya hadiahkan awak nanti"
"alorh, takmo la hadiah-hadiah. awak buat saya guilty tau tak"
"guilty apa pulak?"
"takde lah. saya tak nak relationship kita ni is based on materials. i don't want it that way. saya tak nak awak terbeban-"
"terbeban?"
"look. i'm not the kind of girl yang awak pernah jumpa sebelum-sebelum ni. i'm not that typical lady who yearns materials or what not. i'm not-"
"In"
"dengar dulu"

"awak tau tak saya sangat-sangat sensitif soal duit? saya tak mau awak habiskan duit semata-mata nak belikan saya itu ini. saya tak nak ok"
"tapi ni buku" dia cuba argue.
"kalau macam tu, bagi saya tajuknya. biar saya beli. saya yang nak baca"
"In-"
"awak"

tegang.

"awak lupa ke?" aku soal dia.
"lupa?" dia berkerut.
"mungkin saya patut send so that awak ingat sampai bila-bila" lalu aku keluarkan handphone dari kocek.

menu - messaging - write new - text message

dia keluarkan handphone pula.

'i just need you'

aku pandang mukanya tepat dan mengharapkan dia betul-betul mengerti sedalam-dalamnya maksud aku.

"kalau saya bagi awak itu ini, itu hak saya" dia berkata lembut.
"dan adalah hak saya untuk menolak pemberian awak" aku balas.

dia diam.

"apa?" aku tak puas hati.
"In!" serentak dia hentak meja. 

aku terkejut. 
dia berubah. 
aku statik. 
beku.

"soal duit, soal hadiah, soal beri. semua tu, tak patut buat kita macam ni!"

aku alihkan pandangan.
terguris sedikit dengan tengkingannya. air mata cuba aku tahan.
aku telan dalam-dalam perangai barannya.
tapi ada betul katanya itu.
mengapa perlu timbulkan isu ini jika ia hanya meranapkan kami berdua?
bertekak kerana duit. kerana hadiah. kerana beri.
tak patut semua tu.

"nak habis rehat dah. jom lah..." akhirnya, itu saja yang mampu aku katakan.

aku bangun. cinta fahsuri aku kepitkan untuk dibawa ke kaunter.

"In, i'm sorry..."

aku pusing ke belakang.
sekali lagi, wajahnya sungguh sayu.
sekelip itu dia kembali menjadi kekasih aku.

"it's ok. bukan salah awak. salah saya besar-besarkan isu tu. saya yang salah"


ada pasang, ada surut.
ada tenang, ada gelora.
fasa kali ini menguji kami berdua.
menjerat kami dalam dimensi berbalah-balah.
tak mengapalah, sayang.
badai macam mana sekalipun,
biar kita harung sama-sama.

-tamat-



episod tujuh : empatbelas

'awak'

entah gila atau takut - dua rasa itu disatukan dan disalurkan melalui teks ringkas. aku sangat mengharap dia akan balas. sangat. sebab aku, tika waktu ini, terdesak memerlukan bahu untuk bersandar, tangan untuk menyokong, kata untuk melegakan dan suara untuk menenangkan.

aku tarik nafas panjang.

di mana kau?

suasana bilik sangat sepi dan gelita sepekat-pekatnya. yang kedengaran hanyalah dengkuran kawan sebilik. angin malam tidak sesejuk pada awal bulan hari tu. aku pasangkan lampu meja. sekurangnya, kegelapan ngeri tidak berjaya menakutkan aku lagi.

"pukul tiga setengah. lagi lima jam..."

'awak, saya takut'

aku hantar untuk kali kedua. biarlah, biarlah. cuma kali ni saja. selepas ni, sudah-sudah. tiada lagi.


tiga minit.

lima minit.

sepuluh minit.


'abah, by tomorrow morning i have to be prepared mentally and emotionally kan'

tiada dia, aku perlukan kesatria aku - abah.
tapi aku tidak pasangkan harapan untuk abah membalas. maklum saja; sekarang baru sepertiga malam. subuh pun tidak bertandang lagi. ayam masih ketiduran. hanya aku yang berjaga. mata meluas dan terbeliak.


tiba,


'kenapa ni?'


akhirnya...


***


"baca ayat kursi, awak. kita kan ada kelas esok. dah, awak tidur eh? jangan risau. we will go through this together" suara garau dia cuba memujuk aku yang gusar.
"tapi awak, saya..."
"In..."

aku sambut panggilannya dengan sendu.

"ssshhh...In...In, ingat tak - yang penting tu, proses. In dah buat apa yang termampu. In dah doa banyak-banyak. sekarang, kita tawakal saja. ye sayang?"

aku angguk meski dia bukan di depan mata.

"sayang...?" dia panggil lagi.

aku diam. hanya nafas liar dan baki sendu yang melalui talian.

"eh budak ni. dah tidur, ye?"

aku tergelak kecil, otomatis.

"oo...kena kan orang ye. nakal betul"
"ahaha tak lah. mana ada orang nak kenakan. saya taktau la nak nyahut ke tak bila awak panggil sayang tadi"
"laa...nyahut je la. kenapa? malu lagi ke?"
"entah" aku sambung ketawa.

***

lecture bagi topik complex number hanya melalui lorongan kanalis auditorium eksterna tanpa meninggalkan sebarang jejak. aku terlarut dalam kerisauan yang aku ciptakan sejak subuh tadi.
cikgu pula pura-pura tidak endah dengan kami semua. dia terus-menerus menconteng papan putih dengan pengiraan complex number. walhal, dia sendiri tahu yang kami-kami ini menggila kerisauan.

'take care dear. semuanya will be ok. not to worry. insyaallah abah doakan. love you'

9.00 pagi.

OMG.

"azie, aisyah lima belas!"

aku dengar yasmin laungkan berita itu.
heh, apa dia ingin gebangkan pada satu dunia kah?

jantung sudah mula bekerja pada kelajuan maksima. mulut aku terkumat-kamit membaca ayat kursi. tenang-tenang, wahai diri.

jarum jam bersahutan, bergerak ke sembilan suku.
apa yang yasmin bentangkan di depan kelas - hiburan mengikut islam - juga tidak kedengaran lagi. jelas sebutannya namun fikiran aku sudah ke langit tinggi. aku sekadar angguk-angguk bilamana yasmin bersungguh-sungguh memandang aku.
ah, kami semua memang hebat bersandiwara depan ustaz.

"literature aku C..."

bisikan farah pada shuhada. kedudukan mereka tidak jauh mana. hanya depan aku. namun, butir kata sangat terang hinggakan aku dapat menangkapnya, memasuki tempurung kepala dan dikunyah otak puas-puas.

C?

aku pandang sebelah kiri. ain.
dia tunduk dan tidak sebut apa-apa.
wajah yang sugul telah memberitakan perkara buruk.
aku paling pula ke belakang walaupun ustaz ada di situ.
iqmal melirik hingga ke telinga. berita baik, barangkali?
daripada iqmal, aku alihkan pandangan pada nizar.
dia serupa seperti ain. diam tidak tersenyum. disaster seteruk neraka kah?
lalu aku meniti pula raut ammar. keruh.

eish, aku, bagaimana pula?

***

'awwwwaaaakkkkk!'

habis berteriak di kotak mesej, aku lari terus ke bilik kaunselor. teman-teman yang lain, sengaja aku tinggalkan bersama miss muna.

"cikgu! cikgu! saya masuk terus ni!" kasut melayang entah ke mana. hilang habis protokol dan santun aku.
"In?"
"cikgggguuuuu. empat belas! empat belas!"

aku terlompat-lompat. sudah terlompat di bilik guru, dalam bilik kaunselor pun aku buat lagi. dan aku peluk sekuatnya tubuh kaunselor. oh!

"berapa In dapat?" kaunselor turut sama teruja.
"In dapat A untuk sosio! literature dapat B. general paper dapat B. In dapat empat belas, cikgu! empat belas!"

aku eratkan lagi pelukan.

"ha, cikgu dah cakap. In boleh (dia genggam tangan aku pula), In boleh. cuma In je kadang-kadang risau"
"tu la. happy-nya! haih!"

tapi,

"cikgu..." aku kendurkan suara tiba-tiba. wajah kaunselor ikut sama berubah.

"In tak reti nak buat sujud syukur..."

erk.


***


"awak ada kelas ke ni?" aku bisikkan pertanyaan dalam corong talian.
"haah. kenapa?" dia turut sama berbisik.
"saya nak jumpa sekejap"
"everything's ok?"
"please..." aku separuh merayu, separuh manja.
"ok ok. saya keluar sekejap ni. nak jumpa mana?"
"tangga putar sebelah computer lab"

derap-derap langkah dia aku nantikan sungguh-sungguh.
mana dia ni?
lambatnya.

'farahin, datang la kelas. math sekarang ni'

shuhada khabarkan dalam pesanan ringkas (dan aku simpankan kembali handphone dalam poket).
kelas cikgu zalina. habis aku. kalau lambat ke kelas dia, boleh mengundang bisa dan maut.
tapi, cikgu ni - robot kah?
ini hari besar untuk budak tesl.
hari kami dimaklumkan keputusan peperiksaan AS (ulangan).
kenapa tidak dibatalkan saja kelas statistik?

berat-berat, aku balaskan,

'ye ye. datang ni'


dan dia, heh. sudah lah.
dia kejam.


***


'in, please answer me'

+ answer? tak kuasa aku.
+ come on, In. give him the second chance.
+ tak boleh.
+kenapa? kau juga katakan everyone deserves the second chance.
+ iye, tapi yang ni lain.
+sekali ni saja. please.

'berapa lama awak sembunyikan?'

aku muntahkan apa yang aku telan.
geram.

'bukan sembunyi. lagipun awak, tu kan tak penting'

'awak cakap tak penting. tapi saya rasa tu penting'


-bersambung-

peperiksaan A-level merangkumi AS & A2.
setiap gred memberi mata seperti berikut;
A : 5 mata, B : 4 mata, C : 3 mata, D : 2 mata
setiap pelajar tajaan diwajibkan 
mencapai sekurang-kurangnya 
13 mata dan ke atas.


hari jubah dan selamat hari guru

























kejayaan semalam --
adalah kejayaan bersama.
terima kasih kepada mereka -
yang menjadik guru-guru aku selama ni.
these robe and scroll are for you guys :')



episod enam : kotak

"In?"

tangan aku berhenti menilik pen. mata aku terus lekat pada suara itu.

"eh, sorang ke?"
"haah"

dia.
kalau aku kata nerd, dia kata aku over-labeling pulak. walhal, dia sendiri yang buat aku nak label dia macam tu. tangan kiri - buku kimia. muka - spec kaca segi empat bingkai hitam. sah dari library.
baru malam ni nampak batang hidung.
kalau tak, haram.

dia tanggalkan kaca mata. agaknya sebab perasan aku buat muka.
it's ok la, sayang. you pakai atau tak, tetap cute di mata i.

"esok exam pukul berapa?", dia tanya.
"er...lapan setengah"
"owh..."
"eh, esok engin start-"
"lapan. tapi pukul sembilan macam tu, dah habis"
"kejap nya"

dia pandang aku.
er...aku salah cakap ke?

"ok lah, saya nak-"
"owh, sorry-sorry" aku beri laluan untuk dia ke peti minuman.
"In nak minum apa?"

ruang empat dinding ini tiada siapa-siapa melainkan bunyi bingit si tv dan manusia bergelar budak koop yang ligat tonton drama tipikal melayu malam-malam hari.

"takpelah, In bukan dahaga"
"come on. In nak minum apa?"
"em...apa ek?"
"taknak teh?"

aku senyum.
dah hafal dah makan aku, minum aku. 

"In nak redbull boleh?"
"huh?"

aku ketawa.
siapa kata budak perempuan tak boleh minum air tu?
air tu sedap kott!

"In ni, orang serius. cepat, kejap lagi nak balik bilik dah"
"betul lah, In serius. In nak redbull"
"kacip fatimah, tak nak pulak?"
"kalau boleh nak tongkat ali tau"

aku balas lawak dia.

dia terus ke kaunter dengan senyuman yang jarang-jarang ada di muka. dan aku cepat sambar dua batang pen hitam. kalau tak beli malam ni, mampos esok. nak karang esei pakai apa? air liur?


"sejak bila minum redbull?" dia sempat tanya aku depan budak koop. budak koop pandang aku dan pasangkan muka yang menayangkan pertanyaan yang sama.

"sejak roommate cakap. lagipun, malam ni pikir nak stay"
"jangan lewat sangat study tu (dia hulur redbull pada aku). kalau dah mengantuk-"
"tutup buku, baring betul-betul pastu tutup mata, jangan lupa doa tidur dan selawat"
"pandai pun" tangan menarik pintu koperasi.

keluar.

aku kalih tengok jam.
11.30 malam. mesti si mira pelik, apsal aku beli pen lama sangat.

"In"
"em?"
"teman saya kejap. kita minum"
"er...kat mana?"
"sini"

meja terceruk sebelah kaunter pengumuman depan koperasi menjadi sasaran.

"nervous eh..."
"apa dia?" aku buat-buat bodoh.

siot. kalau tak kantoikan aku, tak boleh ke?
sedar lah sikit, kita tak jumpa nak dekat seminggu dan sekarang kau expect aku untuk berlagak normal bila jumpa kau?

no text.
no calling.
no hi.
or even hello.
how are you, jauh sekali la.
setakat membalas pandangan dari jauh, itu yang termampu dibuat. itu pun, kalau ada rezeki berselisih ketika pertukaran waktu kelas.
kalau tak, haram.

"ada apa nak suruh In teman?"
"saja. lama tak jumpa"
"heh" aku mencebik.
"baru seminggu" aku sambung lagi.
"ye la, baru seminggu. tapi terasa lama"
"aaa...nak start la tu. jangan nak mengayat"

dia gelak.

"apa pulak mengayat. orang cakap jujur ni"
"jujur la sangat"
"minggu ni In balik?"
"em, balik. mungkin hari khamis"
"kenapa?" soalan curious terkeluar.

aku. balik awal. memang la dia pelik.
sebab aku bukan budak-kaki-balik-awal atau budak-kaki-homesick. sejak pegang title repeater, sisa hidup aku hanya di sini; kolej. la ni, aku nak balik. balik sehari awal pulak tu.
memang patut dia rasa fishy.

"In balik kampung. parents ada hal nak uruskan"
"so, balik kolej hari...?"
"isnin kott. isnin tu, awak ada paper kan?"
"haah"
"haih...kalau takde exam agama kan senang. boleh In balik terus. tak payah nak datang kolej balik"

dia sengih.

"bagus apa ustaz buat exam hari selasa"
"ustaz sengaja je kan" aku masih tak puas hati.
"ala, exam sekejap je tu. lagipun, sempat la saya nak jumpa awak kejap"


aku tarik muka masam.
dia ni kan. eee!

"nak je saya cakap kat ustaz macam ni - 'ustaz, iman tak diukur atas sekeping kertas tau. Tuhan saja yang boleh nilai tahap keimanan kita'"

dia gelak. seiring dengan aku sekali.

"In In...em, how's your day hari ni?"
"biasa je. library ramai orang tak tadi?"
"ramai"
"perempuan, laki?"
"perempuan"

aku pandang luar.
perempuan?


lewat tadi baru je bertekak dengan farah - berdegil tak mau ke library. sekarang, rasa tak best semacam bila dikhabarkan perempuan ramai kat situ.
tapi, kalau pergi library pun, bukan boleh study.
alasan : dia ada.

malam ni sangat sejuk.
nyamuk dah mula menggigit-gigit badan aku.
tangan terus terkial-kial cari spot gigitan.
damn.
dia ni, cepat lah minum. aku dah naik alergik dengan makhluk hisapan darah. 
tak kesian kat aku ke?

"ok lah, jom. esok ada paper"

dia bangun dari tempat duduk.

"em (aku senyum paling lebar). good luck esok"
"you too"
"you know what, In-" dia berdialog kembali.
"apa?"
"you look cute malam ni. ok, bye!"

tak sempat aku berkata apa. thanks pun tidak terungkap dek aku.
kejap.


'saje je nak buat in terkedu kan!!'

dia balas 'i like your red face actually. hahaha'

'tak aci'

‘hahaha. aci kat india lah'

'ye lah. eit awak, tadi awak tertinggal kotak apa entah atas meja'

'o in ada amek kan tak?'

'ada. tu la, lari lagi dr org. kan dah trtinggal barang'

'tolong simpankan. hari selasa kite jumpe'

'ok. sy nk tido. nite'

'nite beautiful'

***

"dah bukak?" dia tanya.

'perjumpaan' ini berada dalam pengetahuan farah. aku nyatakannya sebaik sahaja peperiksaan agama islam tamat di dewan tun hussein onn.

"tak. buat apa nak bukak. dosa"
"bukaklah. untuk awak"
"untuk saya?" aku berkerut.

kalau aku tahu kotak ni untuk aku, malam hari tu lagi aku dah bukak.

"apa ni?"

dia memang unik.
pemberian dia selalu saja yang bukan-bukan.
yang 'tak tercapai akalmu' kata elyana.
yang sentiasa ada simbolik.
yang sentiasa mengundang muka pelik.

"tak silap, bila hujung tahun, musim tengkujuh datang. melaka mungkin hujan lebat" dia terangkan.
"In kan tak tahan sejuk. jap, ni lagi satu. pakai tau kalau rasa sejuk" dia hulurkan beg kertas.

barangan dalam kotak belum lagi aku teroka, dia dah bagi bungkusan yang lain pula?

isi kandungan kotak :

1) tuala kecil
2) vicks
3) minyak cap kapak saiz botol kecil
4) tisu traveling pack

dalam beg kertas pula,

"awak..."
"saya tau, awak suka merah"
"mahal lah"
"muat tak? cuba pakai"

aku kenakan sweater merah. sangat lawa dan memang betul ini saiz aku.

"awak, berapa ni? nanti saya bayar balik lah"
"ey, janganlah. ha, lawa pun"
"berapa ni? baik cakap. kalau tak, saya tak mau"
"In..."
"betul lah. dah la kasi tuala, vicks, macam-macam dalam kotak tu. pastu, dengan sweater lagi. berapa semua sekali ni?"
"well...awak suka tak?"
"suka tak suka, itu cerita lain. awak tau kan i am very particular about money. sweater ni sah-sah nak dekat seratus something. campur dengan beg kertas-"
"eit, beg kertas tu saya nak balik"

aku terus angkat kening.

"baik amek dengan sweater ni sekali"
"In-"
"dah dah. amek semua ni, In tak mau"
"In, kenapa susah sangat nak amek hadiah ni semua?"

aku dengus geram.
masalahnya, bukan susah nak terima atau tidak tapi aku sendiri tak suka. aku tahu, duit biasiswa MARA untuk budak kolej macam kita orang tak banyak mana.
tolonglah. ini soal duit, ok.

"ok. everything doesn't cost much. tuala tu sempena hari kita terlanggar first time masa minggu orientasi. vicks; sempena awak menang marathon. minyak cap kapak; saya tersilap nama awak dengan farah. tisu; your effort for your repeat AS. lastly, sweater"

kali ni, aku pandang mata dia, tepat.

"...yes...?"
"sweater tu...er, it's for your birthday"
"birthday saya dah lepas"
"tau...aik, takkan tak boleh kasi sekarang?"

aku tersenyum. dia ni sekejap serius, sekejap main-main.

"lagi pun, whenever you pakai, just imagine that-"
"what?" aku potong cakap dia.
"ehe, takde apa lah. so budak kecik, jangan banyak cakap. semua ni are yours. your presents yang sebenarnya ter-accumulate. saya ni memang kekasih teruk kan"

nak tergelak aku dengar dia sebut perkataan 'kekasih'.

"kekasih bagi hadiah on time. saya pulak, delay-delay kan"
"you know what" aku tiru gaya percakapannya malam hari tu.
"what?"
"i don't need these presents"

dia terdiam.
aku pula, menyeluk tangan ke dalam beg.
capai handphone.
menu - messaging - write new - text message

'i just need you'

"why don't you just say it instead of showing it to me?" dia request.
"tak mau lah!"
"lorrhhh memang budak kecik la In ni. itupun nak malu. bukannya ada siapa-siapa kat dewan ni"
"biarlah. dah la, In kena balik bilik. nak kejar bas lagi"
"dah tu, barang-barang ni?"


"dah sampai melaka, text me ok. don't forget to take care of yourself"
"yes. you too, take care"
"ingat, kalau sejuk, pakai je sweater ni. jangan pakai yang lain"
"ye leeeee!"


memang betul kita tidak memerlukan apa-apa kecuali kehadiran dia yang kita sayangi.
namun, kata dia,

"pemberian itu kadang-kadang perlu sebagai tanda kasih sayang. hanya tanda. tak lebih daripada itu"


kasih, sampai bila kau akan hadir untuk hidup aku?
sampai bila?

-tamat-



episod lima : susu

"penipu" perlahan kedengarannya tapi berdesing.

aku pandang.
nizar lagak biasa.

"dah le tipu"

lagi sekali.

"semalam cakap, nak bawak pagi ni" kali ini lebih jelas tutur katanya.

"nizar...!" kesabaran tak boleh nak dikawal.
"betul la. ada bawak kiwi?"
"tak. ehehe" aku cuba tidak jadikan keadaan tegang.
"tengok..."
"alaaa. ok ok. petang ni. amacam?"
"em...ok. susu sekali tau"
"pukul berapa?"
"kau la decide"
"ala. kau le. cepat. pukul berapa. dekat mana"
"ok. lepas makan tengahari"
"gila! penat le aku nak turun naik"
"laaa...tadi suruh aku decide. aku dah decide, kau tak setuju pulak"
"em...macam ni la. depan dobi. pukul lima"
"lima setengah"
"ok"

+ 'jom'

- 'jap2. ak br bgn tdo. nk smyg dlu k. tggu2'

+'cpt2. nnt dh gerak ke dobi, habaq ak na'

***

- 'thnx susu td. rs romantik gak ar. hahaha'

+'hahaha. tade hal lah. tp jujur ak ckp, ak agak jeles tgk ko minum td'

-'jeles? apsal?'

+'sbb tu susu yg plg lame ak bncuh dn ak kekal kn kesjukkn dia dlm fridge. yes, da one u drank ws fresh from fridge'

-'owh. so kire b'tuah ar ak ni...hahaha'

+'ye...dat wil b da 1st n da last. no more. k, gtg.ta'

susu. sengal betul si nizar tu.
ada ke patut dia mintak betul-betul.
baru guna sikit kiwi kasut dia tu.
itu pun nak upah?
tapi salah aku jugak. aku yang pergi offer nak bancuh, siapa suruh kan?
tak memasal kantoi dengan yuni dengan ain depan dobi tadi.

"wah. skandal baru ke?"
"ehe. tak le. ni ha. nizar suruh aku belanja susu"

nizar senyum.

"owh...dengan aku, kau tak nak bancuh pulak?" yuni perli.
"kau tak mintak...hahaha"

malam ni adalah malam yang bakal sejuk lagi.
hujan macam degil nak berhenti.
nasib baik terkantoi dengan budak TESL je.
kalau ternampak dek...

TIT!

siapa pulak mesej malam-malam ni...

-'amboi. mesra nmpk ptg td'

+'mesra ke mende nye?'

"hello" suara garau di hujung talian.

perlu ke malam-malam ni nak telefon? orang ada kelas la esok.

"em"
"untuk saya takde ke?"
"apa dia?" aku kerut dahi.
"susu"
"laaa...susu tu sebab nizar mintak lah"
"ok, kalau macam tu, saya nak jugak"
"ngade. tak payah"
"owh. nizar boleh pulak?"
"dia sebab lain lah"
"sebab apa?"
"perlu ke cerita tengah-tengah malam ni? orang ada kelas esok"
"saya pun ada. kita bukan kolej lain-lain pun. cepat. sebab apa?"

haih.
kalau dah cemburu tu, cemburu la jugak...

"dia mintak In belanja dekat kafe. tapi In mana ada duit sangat. budak perempuan pun In jarang belanja. inikan pulak dia. tu yang In offer minum susu je. alang-alang dah ada susu tepung, bancuh je lah"
"owh..."
"puas hati?"

dia gelak.
mamat sekor ni. takut sangat aku lari ke orang lain.

"kenapa tak beli kat koop je? perlu ke suruh In buat?"
"In takde duit lah. susu tepung tu, In dah beli siap-siap"
"kalau macam tu, saya pun nak. esok. malam. depan koop. ok?"
"ha?"
"i take that as yes. good night princess. sweet dreams"

talian terputus.

'eit!' aku hantar mesej. geram.

'*dah tidur* esk ada kls.hahaha'

eeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

***

"kau nak study dekat bilik ke malam ni?" farah tanya tiba-tiba.
"ye lah. kenapa?"

aku tengok farah takut-takut. macam ada sesuatu.

"amar eh?"
"em...dia ajak discuss literature. IOBE. aku mana reti sangat. amar kan terel"
"ok..."
"aku ingat nak ajak kau. kalau nak ajak orang lain, karang apa pulak dorang pikir pasal aku dengan amar. pada hal takde pape pun"
"owh...kalau camtu, aku ok je. kat mana? pukul berapa?"
"dekat dewan selera. pukul sembilan setengah"
"aku, engkau dengan dia je?"
"iqmal sekali"
"ok"
"boleh?"

aku senyum. alahai kawan aku seorang ni...

"tapi aku nak pergi koop kejap. nak fotostat"
"aaa...ok"
"aku maybe pergi pukul sembilan. nanti jumpa dekat D.S ok?"
"set"

***

-'cepat turun dpn koop. lmbt, no susu'

+'okkkaay'


mengade. sama je macam nizar.
tak ubah macam budak kecik.
ingat aku apa?

"termenung jauh nampak"
"biar la" aku muncung.

"nah, minum cepat" aku hulurkan flask biru.

aku. dia.
tiada siapa-siapa di bangku depan koperasi melainkan kami berdua.
aisey...romantik lah pulak.

"sedap?"
"em..." dia masih tutup mata.
"sedap ke tak?" aku makin curious.

dia pandang mata aku. tepat.
gila!

"jangan la pandang macam tu. cucuk kang"
"hahahaha garang tol In ni. dengan nizar, tak pulak?"
"nizar lain"
"dah tu, saya?"
"lain jugak"
"apa beza nizar dengan saya?"
"entah"
"tengok tu. orang tanya, jawab macam tu pulak"
"dah tu, nak jawab apa lagi?"
"In, kenapa ni?"
"takde mende lah. cepat. pasni, orang nak kena pergi ds"
"buat apa?"
"discussion"
"with nizar?"
"amar"
"and nizar?"
"eish. nizar takde lah. kenapa sebut-sebut nama dia ni?"
"ye lah. In kan selalu dengan dia. mesra. macam couple"
"awak..."

diam.
diam yang lama.


masih diam.

"thanks. sorry menyusahkan" dia hulurkan kembali flask biru. dia paling terus.
"kejap"
"apa?"
"duduk dulu"

jam baru pukul 9.15 malam.

"awak nampak ye petang tadi?"

dia angguk.

"awak...kalau awak percayakan saya-"
"saya takkan jealous dan persoalkan about you and any other guys"
"tahu pun"
"tapi In..."
"em?"
"pernah tak In tengok saya bermesra dengan budak perempuan lain?"

aku termati kata.

benar.
sepanjang hidup dekat kolej ni, tak pernah lagi aku lihat dia hang out dengan mana-mana budak perempuan.
semuanya lelaki.
hanya lelaki.

aku ni melampau sangat kah?

"it's because i choose not to do it. it's all because of you, In"


"i'm sorry..." ye, aku sensitif malam ini.

dan aku keluarkan tisu. air mata tak mampu ditahan lama-lama.

"naaa...it's ok la. apology's accepted. dah, jangan nangis ok? you know how much i love you and how i hate if your cute little face is crying. and it's me who's the reason of your tears"

aku pandang muka dia.
dia dan lirikan satu garis senyum.

"eee!! kalau mengayat tuuu, kalah mat romeo tau!" aku gelak.
"hahahahaha. ye lah. orang cakap betul ni"
"iyeeee...tapi, jangan la mengayat In"
"la, mengayat kat girfriend sendiri. salah ke?"
"tak suka!"
"sebab In nanti tergoda kan.." dia sambung menyakat.
"eee! dah dah. In nak pergi D.S ni. kang lambat"
"hahahaha ok. please take care. and thanks for that susu. sedap sangat"
"kalau nak susu lagi, bancuh sendiri tau. In tak larat”
“kena laratkan bila kawin dengan saya!”

terus, dia pergi.

dan seperti kebiasan yang mengikut syaratnya.
syarat yang tergaris demi satu hubungan rahsia.
langkah yang dihayunkan kami berpaksi pada arah yang bertentangan.
dia ke utara dan aku ke selatan.

kerana susu segelas.
cemburu tahap lautan meluas.
sweet.
sangat sweet.

-tamat-

D.S - dewan selera
IOBE - Importance of Being Earnest, karya Oscar Wilde



episod empat : hajat

"eh, bawang!"

aku terus menonong ke depan, sempat toleh ke belakang kejap pada suara itu.

"oit!" tangan yang satu melambai dan satu lagi membuka laju pintu kayu asrama aisyah.

GEDEGANG!

"B.A ke?!" terselit pertanyaan farah.

"haah"

"jaga diri!"

"yaaaa!" aku hanya mampu menjawab ringkas tatkala diri sudah berada betul-betul di luar bangunan asrama aisyah.

"hadi!" kini langkah sedang menuju ke tangga koperasi.

"pergi B.A ke?" hadi galak hirup air kotak.

"haah"

"buat apa?"

"socioo!" juga aku laungkan jawapan dari jauh.

gila. sekarang pukul 4.45 petang. ah, terpaksa.
esok, sociology ada satu masa. sah-sah kena present tajuk tadi. nak tak nak kena online jugak. kalau ada duit lebih, kan bagus. tak payah nak susah-susah pergi kelas time macam ni. sewa broadband sudeyh...

***

"in!!"

shit. aku dah agak...

bau peluh lelaki berpusu-pusu menusuk ke lubang hidung. dasar budak laki...!

"oit oit. jangan nak jalan dekat-dekat. jauh sikit"
"eleh"
"apa eleh-eleh? dah le busuk" aku sengaja tutup hidung depan dia.
"busuk sebab peluh. peluh sebab sukan. sukan tanda sihat"
"shuddup"

aku malas nak berdebat. otak dah tepu dengan sociology, tak kuasa nak tepukan lagi dengan benda lain.

"buat apa pergi B.A?"
"online tadi. esok ada presentation socio"
"owh...exam ta-"
"shooooot!" aku cepat-cepat letakkan telunjuk pada mulut sendiri.
"asal?"
"tak nak bincang"
"susah ke?"
"awak..."
"ok ok" dia angkat tangan. surrender.


"awak" aku keluarkan handphone. hajat menunjukkan sesuatu pada dia.


"masuk lah" dia beri kata positif.

aku senyum melebar.
cepat sangat dia scheme iklan yang tengah mencarik mana-mana student kolej yang berhajatkan penulisan kreatifnya dilampirkan dalam majalah kolej - kaleidoskop.

"memang nak masuk pun. tapi kali ni, nak pakai nama lain lah"
"bawang merah?"
"takmo lah! nanti orang kenal"
"dah tu? cengkih?"
"ketuk pale tu kang"

dia gelak.
cengkih? macam tak ada nama lain dah. kot kasi la nama glamour sikit.juwita ke, karisma ke, annabella ke...

"farahin sudah" dia jawab datar.
"farahin?"

dia angguk.
em...farahin lah. dulu pun, orang yang pernah baca cerita aku dalam kaleidoskop bukannya nak kenal tujuh huruf satu nama tu.

aku kerling pada jam. pukul 6.00 petang. dia ni dah habis main ke belum? nak jalan dengan aku, ada kang tak memasal meng-expose relationship ni. haru jadiknya nanti.

"ni dah habis main belum?" aku tanya.
"belum"
"dah tu?"
"ye la ye la. takut sangat kalau orang tau"
"eyp. dah promise kan?"
"yes deaaaarrr. malam ni...-"
"no way. life's hectic right now. awak pun tau kan. tadi exam gp. esok ada presentation. lusa trial literature-"
"khamis kene siapkan presentation dengan nizar. jumaat balik rumah. rabu depan trial literature lagi. khamis ada-"
"ha! tau pun"

kau potong cakap aku, aku potong cakap kau balik.

"ok lah. jaga diri elok-elok" dia blah.
"eit!"
"apa?" dia pandang kembali.
"sorry tau" aku tagihkan simpati pada dia.

dia geleng kepala.

"it's ok la. i can understand you"
"thanks"

lantas dua pasang langkah dipanjangkan pada arah berlainan. aku ke asrama, dia pula ke gelanggan belakang dewan.

hidup.
kalau tiada toleransi, persefahaman dan komunikasi, sukar rasanya untuk bernafas pada esok hari.

-tamat-


B.A - blok akademik