yay !
musim bunga adalah musim yang aku tunggu-tunggu sejak bulan ramadhan lagi, sebab masa ni lah matahari keluar dan aku tak payah nak susah-susah pakai baju berlapis-lapis. tapi, tak bermaksud aku boleh suka-suka pakai selapis. kadang-kadang, kena la pakai dua lapis because we can never really predict how will the weather behave. sometimes, nampak je matahari menerik kat luar tingkap, padahal, sejuk gila angin meniup. maka, pengajarannya, don't take things for granted yeah?
sepanjang minggu ni, cuaca agak ok. suhu dah mula meningkat ke empatbelas darjah selsius. harus lah bergembira atas alasan alam mula menjadik hangat. dah boleh pakai selipar bertali halus atau seluar jeans tanpa thermal di dalam :)

sebelum mulakan perjalanan, setiap hari, wajib untuk aku lalu sebelah gereja st. peter. ini gambar separuhnya. oh, fokus utama bukan pada gereja ye, tapi pada pokok bunga itu. masa musim luruh, pokok ni togel. sekarang, dah berbunga. aku mati-mati ingatkan ni pokok sakura. rupanya, pokok cherry blossom - kata nad.

kami naik bas dengan tambang $4.30 (tak silap aku). kemudian, kena jalan sikit untuk sampai ke destinasi cinta. pokok ni sebenarnya pokok milik rumah orang sekitar. lawa. sebab tu, aku tangkap gambar satu.

aha, boleh teka kami mahu ke mana? kalau tekaan betul, aku masih tak menjaminkan apa-apa hadiah. huahahaha !

akhirnya, sampai jugak. untuk makluman, eden garden dibuka dari sembilan pagi hingga empatsetengah petang pada musim panas (sepanjang 1 september hingga 30 april) dan sembilan pagi hingga empat petang pada musim sejuk (yakni, 1 may hingga 31 ogos). ia hanya ditutup pada hari krismas - mesti lah, nak raya kan.

bayaran masuk adalah reasonable. untuk dewasa, hanya $8. untuk pelajar dan rakyat new zealand, $6. bagi kanak-kanak bawah duabelas tahun, masuk adalah percuma. jadik, kalau siapa-siapa mahu ke sini, sila siap-siap bawak student id ok?

pintu masuk menyambut kami dengan rimbunan pokok tulip. takde lah rimbunan sangat, tapi bagi aku, banyak lah jugak. pulak tu, yang menyambutnya warna merah. terus aku excited nak tangkap gambar berpuluh-puluh.

ni closed-up bunga tulip merah. hebat kan kamera aku tangkap? padahal, bukan dslr ni. rasa macam nak gigit-gigit pulak tulip ni. gggrrrrr !

yang ni, tulip merah jambu. masa kecik-kecik dulu, umi pernah beli bunga tulip tau. tulip plastik. pastu, umi tarok dalam pasu. bila umi takde, aku amek pastu jahanamkan dia. sebenarnya aku geram tengok tulip sebab ada macam-macam warna. la ni dah sampai new zealand and then dapat tengok tulip betul, aku terpaksa behave.
*bengang*

dan ini, warna kuning (duuuhhh, obviously). again, aku tak pakai pun kamera ribu-raban. nanti lah, bila ada peruntukan, aku angkat satu.

eh, takmo lah kamera dslr. aku nak polaroidddddd.
ok, back to eden garden. see, banyak kan tulip? tak payah nak kumpul duit pergi
holland hikhikhik

selain tulip, ada jugak pokok bunga yang lain. contoh adalah seperti di atas yang mana aku tak tahu pun ni pokok apa.
abah, care to tell me what's the name of this flower?




gambar terakhir adalah gambar
favourite aku.
frankly speaking, aku tak
edit langsung gambar-gambar yang aku tampalkan ni. aku tengah malas. lagipun,
non-editted photos aren't that bad. alright guys, aku berhenti sini dulu. nantikan entri kedua (iaitu entri yang terakhir tentang
eden garden) untuk tengok landskapnya pulak.
***
hey people, let's hope the best for the All Black team in rugby world cup. mana tahu, depa menang, kita dapat cuti sebulan hikhikhikhik
petang ni mahu lihat opening ceremony sebab dengar cerita, ada firework yang paling ggaahhhh !
***
pembetulan : cherry blossom jugak dikenali sebagai sakura. terima kasih kepada yang berkenaan.
wow ! tak payah pergi jepun la macam ni hihihi