jangan salah tafsir. 'itik huduh' sekadar tajuk. bukan apa-apa.
aku mahu ceritakan perkara lain.
tentang aku bertemu beberapa manusia yang bagi aku, mereka ini kisahkan hal aku. they're good - mampu sense perubahan fizikal aku.
ayat klise keluar dari kerongkong mereka,
makin tembam
dah gemuk
sedap dipeluk
pipi naik
pinggang melebar
makan banyak
pokoknya,
aku sedang mengalami fasa kegemukan.
GEMUK.
alah, semua gadis pernah rasa sama kott?
i tell you,
sejak aku ulang kertas peperiksaan sosiologi dan sastera pada tahun lepas, bentuk fizikal aku berubah mendadak. aku tak sedar, ikutkan. ye lah, aku tengah fokus dengan gred dan segala bagai, apa hal nak amek pusing ukur lilit pinggang? apa kes aku nak detect ketebalan pipi? apa kejadah aku nak timbang-tara berat?
sampai lah aku dah habis settle dengan urusan akademik, baru aku dengar suara-suara yang mengusik.
eleh.
tak bernanah pun telinga.
tapi,
hari ni dah jadi cerita lain.
aku lihat cermin hari ni. (tiap-tiap hari tengok cermin - hei hei, itu tengok ok, bukan lihat).
sinar cahaya terbiaskan imej terbalik di belakang retina lalu mesej dihantar ke pusatnya dan diproses dalam beberapa nanosaat, lantas boo!
aku rasa nak sepaikan cermin tu lah.
manakan tidak, dan-dan tu emosi yang bertunjangkan rasa dan fikiran yang berpaksikan logik akal bercampur menjadi satu. aku seakan hilang imbangan. tersasar arah. tercampak dalam kebencian dan kasihan.
kalau ditumbuk, sekurangnya diri puas.
kalau ditumbuk, setidaknya kulit terbuka luas.
mana satu yang aku mahu?
la,
lupa nak cakap.
di cermin itu, mental imej yang aku terima ialah itik huduh.
hi ugly duckling.
you are damn fat.
the fucking fat ugly duckling.
cermin tu memang jahat dowh.
nasib roh aku reti pujuk slow-slow;
"when the ugly duckling grows, it becomes a swan with the colour of snow"
"you know?"
ye, aku tahu.
terperinci
minggu terakhir.
lepas ni, entah ketemu atau tidak.
kata melayu; jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
aku hayunkan langkah.
sialan.
macam masukkan jasad ke dalam ketuhar. bahangnya, nauzubillah. panas betul. buat otak aku mendidih. selalu begini. bilamasa jarum jam melewati pukul sebelas, memang sah peluh aku melekik-lekik pada baju kurung. basah lencun, macam aku turun bendang tuai padi waktu matahari mencanak tinggi, betul-betul atas kepala.
panasnya
harap saja pendingin hawa wujud tapi langsung tak boleh pakai. celaka. kasi aku buang luar tingkap lah. biar pihak pengurusan tahu aku ini terseksa menuntut ilmu dalam ruangan dinding empat muka ni. dorang tak tahu ke cuaca sekarang maha panas, seperti di gurun sahara - kering kontang. macam neraka pun ada juga.
oh lupa. dorang kan duduk bilik ber-ekon.
kejadah nak panjat tingkat atas ni, nak periksa satu-satu bilik - selesa atau tidak.
inikan minggu terakhir.
nasib minggu terakhir. lepas ni, adios
aku paksakan diri. tak boleh jadi.
angkat bontot dan bangun semula. buka pintu. kasi bayu luar masuk. pergi mampus orang lalu-lalang. yang penting, aku puas.
aahh...sedap...
sekurangnya, peluh aku mengering sikit.
kalau boleh, rasa nak pecahkan kaca-kaca yang menutup bilik ni. biar bogel. nanti, akan banyak molekul udara yang mengena kulit aku. tak gitu?
aku duduk, singsing lengan baju. kemudian, raup muka yang basah. macam musim panas.
luar.
tak ada yang menarik.
masing-masing sibuk dengan urusan dunia.
yang kepit buku, yang pegang kertas, yang tunduk menekur, yang melilau mata.
macam-macam.
nama pun manusia kan.
dari arah tepi, mata aku tepat mengena.
tinggi. cerah. rambut rapi. tidak terjatuh ke depan walau seurat. baju kemeja. berkancingkan kolar biru. jalur-jalur putih dan biru seakan laut. seluar slack. kasut hitam. kilat. tangan menggenggam buku. entah, tak nampak buku apa. lehernya dipanjangkan, cuba menjenguk setiap bilik. seperti menggagau mencari orang. siapa, aku tak tahu. dia lalu. melepasi gerbang pintu kelas aku. mata aku menyorot, tak mahu lepaskan. rasa bahang tadi melesap macam tu. aku menumpu pada derap-derap dia. dia cari siapa ni. senyap-senyap, mata aku terus mengekor dia. hingga habis. habis...
dan puff.
hilang.
aku tarik nafas.
tak lama,
"bawang, who are you looking at?"
hampeh.
percuma terkantoi.

budak wisconsin
satu malam, yang tidak aku ingat tarikhnya berapa namun aku ingat waktu malaysia-nya iaitu pukul lapan terlewat lima minit, aku terima panggilan daripada budak wisconsin. aku dan dia, borak-borak ringan setelah beberapa minggu terputus tali. rata-rata, apa yang diborak berkisarkan homosepien dan bukumuka, orang melayu yang bikin masalah di tanah bukan melayu, perkara abstrak yang menular jiwa dan raga, ilmu hisab menentang ilmu sastera, serta kehidupan seharian yang masih dipanjangkan nafas dengan izin Tuhan.
antara butir-butir kata yang aku dan dia sengaja selang-selikan jenaka agar tidak terasa tegang pun, aku paling berkenan satu petikan kata daripada dia ;
"member aku cakap : seorang kawan ialah seorang yang akan membetulkan kita bila kita buat kesalahan. kalau dia tak tegur, itu bukan kawan namanya".
sambung budak wisconsin tu lagi ;
"seorang kawan juga, ialah seorang yang menerima kekurangan diri kita"
aku angguk,
setuju.
lagak aku seolah-olah aku sedang berbicara depan-depan dengan dia. lagi, dia teruskan bicara ;
"masalahnya, orang sekarang tak reti nak bezakan kesalahan dan kekurangan"
somehow, he sounded mature that night.

surat
"kalau ada seratus lebih pucuk surat untuk kau, adakah kau akan membacanya tiap satu per satu?"
***
hingga semalam, aku masih menulis kepada dia.
hingga semalam.
hakikatnya, sejak tahun dua ribu tujuh lagi, aku sudah mulakan rutin ini.
hampir tiga tahun.
setiap kali rasa rindu, kasih, sayang, cinta - segalanya, datang membuak dan bercampur aduk sekaligus, tika itulah, aku kemaskan pegangan pena di tangan kiri lalu menulis sekhusyuk-khusyuknya hingga menderaikan air mata yang jatuh merintik.
sendu-sendu, aku luahkan apa yang terbuku.
tahan-tahan, aku ceritakan apa yang tersimpan.
semuanya aku kisahkan padanya.
di setiap celah-celah huruf yang aku aturkan menjadi perkataan-perkataan indah, aku khabarkan itu dan ini yang terlintas di benak.
kadang-kadang, rencananya berkajang-kajang.
walhal, yang ingin diluahkan cumalah rasa sakit yang datang menggigit perut sejak subuh dinihari.
tapi sayang,
...
warkah-warkah yang aku titipkan namanya, tidak sekalipun aku layangkan terus kepadanya.
tidak.
setiap satu itu, aku simpan elok-elok.
di dalam satu kotak, di bawah katil.
ke mana aku pergi, pasti aku heretnya sekali.
tidak tahu bila datangnya masa untuk aku memberi padanya. perasaan takut sentiasa mengejar aku.
takut dia tidak sudi membaca.
takut dia tidak hargai semuanya.
takut dia tidak mahu menerima.
takut dia tidak pandang walau seketika.
takut kalau-kalau dia menidakkan apa yang aku rasa.
aku ini gadis yang punya hati rapuh.
aku gerun membenarkan diri disakiti.
sedikit terluka, terkesan dalamnya.
jadi, elok kiranya aku berdiam diri saja.
***
"kalau aku, aku tak baca" - jawab si A.
"kalau diberi masa, aku baca" - jawab si B dan C.
***
sekarang, bagaimana?
ruang kotak itu sudah makin memenuh.
dari sehari ke sehari, surat makin menimbun.
patut kah,
andai satu hari kelak,
bila masa aku bertemu dengannya,
lalu aku katakan,
"ini, surat untuk kau. aku tulis sejak dua ribu tujuh lagi. apa yang tertulis, itu adalah feeling aku ketika waktu tu. aku tak rasa kau akan membacanya. jadik, lebih elok saja aku membakarnya"
tanpa menyerahkan ratusan kepingan surat itu, aku pergi tanpa menoleh lagi.
patut kah?
atau,
"ini, surat untuk kau. aku tulis sejak dua ribu tujuh lagi. apa yang tertulis, itu adalah feeling aku ketika waktu tu. aku harap kau akan baca setiap satu per satu. tolong, jangan kembalikan pada aku. kalau jelik membacanya, bakarkan saja"
kemudian, perlahan-lahan, aku berikan.
patut kah?
surat,
aku umpamakan api.