kalau diingat-ingat, difikir-fikir, ditafsir-tafsir, semuanya tampak unrealistic. semacam ilusi optik. atau fatarmogana barangkali.
maka, selama ini, apa perasaannya hanya dongengan semata?
dikocak-kocak peristiwa di tangga putar sebelah computer lab, betul-betul buat aku hilang akal dan termati kata. yang pasti, kepercayaan aku yang dia milik dulu, sudah ghaib.
dia kini hilang dua benda - aku dan kepercayaan aku.
dan aku.
aku hilang hampir segalanya.
jiwa aku kering dan kontang tanpa dia.
aku me-layu sejak peristiwa empatbelas.
sejujurnya, dia lah satu-satunya penyambung riwayat aku.
tapi, hakikat katakan dia lah pemutus nyawa aku kini.
***
"awak..."
di celah-celah rak buku, aku angkat muka, lantas tepat mata mengena pada wajah sayunya. terkedu dan tangan yang menggenggam Oxford Dictionary 7th Edition, Websters Dictionary, Oxford Thesaurus terkulai.
"ALLAH!"
sekilas beberapa pasang mata di setiap meja perpustakaan tujahkan pandangan pada taburan buku-buku. aku cepat pungut. kuat sangat jatuhan tadi sampai berjaya pecahkan iklim kesunyian perpustakaan.
damn.
"sorry" dia hulurkan.
"forget it"
"i mean it"
"it's over"
"it's never over"
aku, kali ini, berani mencerlungnya.
ini silap dia.
ini silap dia.
ini silap dia.
bukan aku!
dia diam. tidak langsung melarikan pandangan dan terus-menerus membalas cerlungan aku.
"saya tahu apa saya buat" dingin intonasinya.
"tapi awak tak sedar kesannya" aku balas tajam.
dia tarik nafas dan keluhan berat benar-benar kedengaran di balik cuping aku.
"nah" dia ambil sesuatu dari rak buku.
bulan tak bermadu di fatehpur sikri.
a. samad said.
"perasaan saya masih lagi sama. tak pernah berubah. mungkin boleh disamakan dengan mansor. saya harap, satu hari nanti kita dua jadik macam diorang - mansor dan zawiyah"
dia hulur.
aku sambut.
dia pergi.
***
"a. samad said?" yasmin tilik buku nipis tersebut.
"diam diam diam. jangan nak sebut apa-apa"
yasmin senyum simpul. aku buat bodoh. mungkin 'dewa' sangat kalau aku baca karya sasterawan negara. beza sungguh; budak-budak repeat AS sibuk habiskan king henry the forth, aku pula sibuk menelaah bulan tak bermadu di fatehpur sikri. budak tesl macam aku berenang dalam lautan sastera melayu? kontra habis.
"bawang, first part dahsyatnya" yasmin kasi komen.
"yang mana?"
"ni ha. mansor dengan zawiyah" yasmin tersenyum-senyum.
"mana satu?" aku cuba jenguk bahagian yang dikatanya.
"owh...yang ni..." aku gelak.
"ye la, dahsyat"
"eleh. tu baru sikit tau. yang kat belakang, lagi la"
"macam real kan?" aku soal yasmin, sekadar minta pandangan.
"haah. tapi best"
"tu la...siapa kata karya a. samad said tak best? best tau"
"bahasa dia takdelah -"
"susah sangat. kan?"
yasmin angguk.
mansor.
zawiyah.
dia.
aku.
'mungkin boleh disamakan dengan mansor'
+betul kah?
+betul...
+tapi.
+In, jadik, selama ni kau tak percaya dia?
+bukan.
+ dah tu?
+ percaya tu memang la percaya. tapi cuba pikir balik.
+amende?
+kalau pikirkan, eish. tergamak dia.
+mungkin dia ada sebab.
+ sebab apa?
+tanyalah dia.
'saya percaya, awak ada sebab yang munasabah'
tiga minit.
lima minit.
sepuluh minit.
'thank you awak'
'please, jangan buat lagi. ok?'
'i won't'
'promise?'
'with all my heart'
'so...'
it was a long night for both of us after all.
a night with laughter and stuff.
***
"saya tak mintak pun apa-apa"
kali ini, aku mesti menolak bungkusan daripada dia.
mesti.
"takpe lah. yang ni memang In kena terima. awak dapat fourteen tau. fourteen"
"iye...tau"
"dah tu?"
"saya nak yang lain boleh?" aku sengih. ok, mengada sebenarnya.
"oo...memilih ye"
"em...In nak apa?" dia soal.
"buku"
"hadiah yang ni?"
"In simpan lah"
"ewah ewah. tamaknya budak kecik ni!"
"biau lah"
"biau biau. mula dah dengan loghat dia"
"sukati la. bluek"
"ya la ya la. hang nak pa?"
"haa...dah start la tu. nak challenge loghat melaka eh"
"takdak lah. ha, hang nak pa tadi?"
"nak buku"
"hang nak buku? buat pa nya?"
"laa...baca la. takkan nak bancuh buat ayaq kott"
"ya la...mana tau kan. hang bukan betoi sangat pun. sekali pikiaq benda-benda lain, susah jadiknya"
aku mencebik. dahsyat la dia ni. kalau dah cakap utara, habis mengalir semua sekali macam air. tak boleh nak stop dah.
"buku apa-apa. tapi bukan english"
"aik. tak nak english?"
"tak mau"
"bukan In tesl ke?"
"ingat budak tesl kena baca english je ke?"
dia buat muka.
mula la tu nak mengejek aku.
nakal betul.
"hmmm...kalau nak bagi, buat masa sekarang, tak boleh lah" dia pintakan simpati.
"alaaa...nak jugak"
"mengada"
"biau lah" aku tarik muka.
"camni lah. jumpa saya kat...kat library. esok. waktu rehat. amacam?"
"buat apa?" kening aku berkerut.
***
khamis - 28.01.10
"awak sure ke buku tu ada kat rak ni?"
dah lebih sepuluh minit aku mengekor dia. dari satu rak ke satu rak. dari satu seksyen ke satu seksyen. penat kaki.
"sure...sure...kalau takde, mesti orang lain pinjam. hari tu saya nampak area sini"
"itu hari tu...ke area belah sana?" aku telunjukkan rak di seberang.
"tak mungkin..." dia terus melilau cari.
"kita try pergi sana"
"awak...kita try pergi sana lah. dah masuk lima kali kita pusing-pusing tempat ni" aku makin paksa dia.
"em...ok...ok. kita try sana"
"ada?" masih lagi mengekor. kaki naik lenguh.
"jap..."
"saya duduk sana dulu lah. penat"
"ha, ni dia''
cinta fahsuri.
a. samad said.
aku sambut. belek. buku kali ini lebih tebal sedikit daripada yang dulu. penulis tetap orang sama.
pandai dia meneka rasa aku.
"tapi yang ni zaman perang. but still, it's awesome, tau"
aku pandang dia.
melirik senyuman satu untuk dia.
"pandai pilih. mana tau saya start suka a. samad said?"
"well...tengok orang lah" diakhirinya dengan gelak kecil.
hek eleh.
tak boleh blah.
"buku dulu, In suka tak?"
"suka!" aku excited. tiba-tiba je.
"mesti suka part mansor dengan zawiyah kan. pastu mula terbayang-bayangkan saya" dia ketawa nakal.
"yyeeeuuuwwww. perasan!"
"ada lagi satu buku saya nak bagi In tapi tunggu kita habis A2 lah"
"alaaaaaa"
"tak boleh tak boleh. tak boleh kasi sekarang. ni final semester kita bersama. saya nak kita sama-sama fight for the best. saya promise, buku tu, saya hadiahkan awak nanti"
"alorh, takmo la hadiah-hadiah. awak buat saya guilty tau tak"
"guilty apa pulak?"
"takde lah. saya tak nak relationship kita ni is based on materials. i don't want it that way. saya tak nak awak terbeban-"
"terbeban?"
"look. i'm not the kind of girl yang awak pernah jumpa sebelum-sebelum ni. i'm not that typical lady who yearns materials or what not. i'm not-"
"In"
"dengar dulu"
"awak tau tak saya sangat-sangat sensitif soal duit? saya tak mau awak habiskan duit semata-mata nak belikan saya itu ini. saya tak nak ok"
"tapi ni buku" dia cuba argue.
"kalau macam tu, bagi saya tajuknya. biar saya beli. saya yang nak baca"
"In-"
"awak"
tegang.
"awak lupa ke?" aku soal dia.
"lupa?" dia berkerut.
"mungkin saya patut send so that awak ingat sampai bila-bila" lalu aku keluarkan handphone dari kocek.
menu - messaging - write new - text message
dia keluarkan handphone pula.
'i just need you'
aku pandang mukanya tepat dan mengharapkan dia betul-betul mengerti sedalam-dalamnya maksud aku.
"kalau saya bagi awak itu ini, itu hak saya" dia berkata lembut.
"dan adalah hak saya untuk menolak pemberian awak" aku balas.
dia diam.
"apa?" aku tak puas hati.
"In!" serentak dia hentak meja.
aku terkejut.
dia berubah.
aku statik.
beku.
"soal duit, soal hadiah, soal beri. semua tu, tak patut buat kita macam ni!"
aku alihkan pandangan.
terguris sedikit dengan tengkingannya. air mata cuba aku tahan.
aku telan dalam-dalam perangai barannya.
tapi ada betul katanya itu.
mengapa perlu timbulkan isu ini jika ia hanya meranapkan kami berdua?
bertekak kerana duit. kerana hadiah. kerana beri.
tak patut semua tu.
"nak habis rehat dah. jom lah..." akhirnya, itu saja yang mampu aku katakan.
aku bangun. cinta fahsuri aku kepitkan untuk dibawa ke kaunter.
"In, i'm sorry..."
aku pusing ke belakang.
sekali lagi, wajahnya sungguh sayu.
sekelip itu dia kembali menjadi kekasih aku.
"it's ok. bukan salah awak. salah saya besar-besarkan isu tu. saya yang salah"
ada pasang, ada surut.
ada tenang, ada gelora.
fasa kali ini menguji kami berdua.
menjerat kami dalam dimensi berbalah-balah.
tak mengapalah, sayang.
badai macam mana sekalipun,
biar kita harung sama-sama.
-tamat-

















