pastri tuna di perantauan

mahukan karipap tapi anda malas?
ok. jangan malas-malas. tak elok. nabi pun tak suka tau. aku tahu kita-kita semua bukanlah pemalas, cuma, kita tak ada masa sangat. betul tak? dengan submission, test, quiz, revision and bla bla bla - hamboiiii sibuk sungguh kehidupan pelajar luar negara ni (walhal pelajar dalam negara lagi sibuk, ye dok?)

tapi, untuk kamu yang belajar di tanah melayu, syukur lah ada gerai-gerai tepi jalan yang menjual kuih-muih. bukan takat kuih je yang kamu dapat, roti canai, mee goreng atau nasi lemak - semua tu petik jari, kan? 
kalau kat sini?
jangankan benda-benda bergoreng, kuih-muih pun takdak! yang ada cuma mrs higgin, kebab on queen, sushi st pierres, dunkin dan southern maid donut, churros dan avachi fried chicken. 

because i tiba-tiba craving for karipap, i have to make it on my own. but, the thing is, i don't know how to kelim the dough. also, uffff, come on lah. karipap? meaning, i need to make the dough and the filling kan? kan? kan? 
elooooo
remember. masa sangat kejam terhadap kita. jadik, i need the super-duper-speedy recipe to satisfy my desire.
thanks to my dearest you-know-who. she always has lovely ideas when it comes to cooking.

ok.
let's begin our pastri tuna di perantauan.

bahan-bahan :
1. tuna in spring water (NZD 2.59 - countdown)
2. bawang besar
3. lobak merah
4. lada benggala
5. lada hitam
6. garam
7. jus lemon
8. pastri (NZD 4.49 - countdown)

cara-cara :



dari mula, masukkan tuna ke dalam mangkuk besar. jangan masukkan airnya ye. kita nak buat inti dia kering.



kemudian, potong dadu untuk bawang besar, lobak merah dan lada benggala. masukkan kesemua bahan potongan ke dalam mangkuk tadi.



kacau.
letakkan sedikit jus lemon untuk hilangkan hanyir ikan. kalau takde jus lemon, limau nipis pun boleh pakai. kat sini, limau nipis mahal sangat. aku nak pakai sikit je pun. jangan lupa, masukkan sedikit garam dan lada hitam. kacau sampai sebati. aku tarokkan sikit oregano sebab oregano dan herba-herba kat sini murah. kalau kat malaysia, hagham mahal nyaaaa
then, put it aside.



aku gunakan newway vegetarian pastry. ada empat keping. jangan terkeliru dengan kulit popia pulak. kulit pastri ni tebal sikit. 



ukuran satu pastri adalah 23.5cm x 22.5cm (memang aku guna pembaris pun nak mengukur). untuk saiz yang aku nak buat ni, aku potong ia menjadik sembilan keping yang kecik. satu keping kecik berukuran 7.8cm x 7.5cm.



dah potong siap-siap pastri, boleh la letak inti.
aku tak reti kelim, jadik, aku gunakan garfu. ha, comel sikit pastri tuna ni.



sekarang, masa untuk membakar.
i set the oven on the grill mode. bila grill, aku bukak sikit pintu ketuhar. at the same time, i standby because i'm afraid the pastry will be burnt. agak-agak dah kekuningan pada sebelah atas, terbalikkan ia supaya masak sepenuhnya.



walaupun takde rupa karipap, tapi rasa dia ada ala-ala sikit karipap sardin.
mudah kan?

selamat mencuba !



hey remaja #2

[1]

dalam entri ni, aku baru kupaskan fasa keremajaan - bila mulanya, bila akhirnya. baru sikit je tu. nak diibaratkan, ianya seperti the tip of the iceberg. jauh lagi perjalanan kita, tuan-tuan dan puan-puan.

baik lah. kita mungkin melihat fasa keremajaan sebagai satu tempoh yang mempunyai satu siri sahaja (keseluruhan fasa keremajaan dikatakan mengambil masa sepuluh tahun daripada jangka hayat kita). pun begitu, kebanyakan saintis sosial berpendapat fasa ini sebenarnya terdiri daripada beberapa siri; awal remaja, pertengahan remaja dan akhir remaja.




awal remaja : 10 - 13 tahun
pertengahan remaja : 14 - 17 tahun
akhir remaja : 18 - 21 tahun

bagaimanapun, sesetengah penulis mencadangkan terdapatnya satu lagi cabang fasa kehidupan, yakni "emerging adulthood" (arnett, 2004) atau "youth-hood" (cote, 2000). dan terma ini hanyalah relevan kepada negara-negara maju seperti amerika, canada, australia, new zealand dan jepun.
secara kasarnya, fasa ni bermula seawal 18 hingga 25 tahun, yang pada asasnya, mereka ini tidak mempunyai anak, tidak tinggal di rumah sendiri atau tidak mempunyai pendapatan yang cukup bagi menampung kehidupan mereka pada usia 20-an. pun begitu, mereka dikatakan mampu berdikari dan sentiasa tertarik pada cabaran kehidupan.
bagi aku, memang patut pun malaysia tak ada istilah "emerging adulthood". satu, malaysia bukanlah dikategorikan negara maju, sebaliknya negara membangun. maka, sudah tentu istilah tu tak relevan. dan kedua, majoriti dalam masyarakat malaysia merasakan mereka yang berumur 20-an sudah pun mencapai tahap kedewasaan (adulthood). ye lah, ramai dah berkahwin dan membina keluarga sendiri serta ada kerjaya dan mencapai kestabilan hidup pada tahap ni.

ada banyak perspektif yang mendebatkan soal keremajaan. from extremely biological perspectives to extremely environmental perspectives. dalam kata mudah, pendebatan ini membincangkan sejauh mana faktor biologi (nature) dan persekitaran (nurture) mempengaruhi pembangunan manusia - nature versus nurture. walaubagaimanapun, pendebatan ini bukan bertujuan membuktikan siapa yang betul, siapa yang salah. sebaliknya, teori-teori yang diketengahkan hanyalah bertujuan membantu meningkatkan pemahaman kita tentang hakikat sebenar keremajaan.



berikut merupakan senarai teori yang aku belajar :

1. biosocial :
- hall's theory of recapitulation (g. stanley hall)

2. organismic :
- freudian theory (sigmund freud)
- eriksonian theory (erik erikson)
- piagetian theory (jean piaget)

3. learning :
- behaviorism (b.f skinner)
- social learning theory (albert bandura)

4. sociological :
- adolescent marginality (kurt lewin & edgar friedenberg)
- intergenerational coflict (karl mannheim & james coleman)

5. historical/anthropological
- adolescence as an invention
- anthropological perspectives (ruth benedict & margaret mead)

tapi, aku decide, aku tak nak kupas satu-satu teori ni. cerita banyak-banyak kang, berbelit kepala kau. to tell you the truth, there are some theories i've come across  before. for example, organismic and learning theories. dua cabang teori ni, aku belajar masa tahun pertama dan tahun kedua universiti. kiranya, bila dah masuk tahun ketiga, teori freud, erik, piaget, skinner dan bandura hanya disebut sekali lalu sahaja because you are expected to understand them well.

hakikatnya, pendebatan pasal hal kita (remaja) adalah antara pendebatan yang tertua. se-tua membawa kita semula ke kurun 18 apabila ahli falsafah perancis, jean-jacques rousseau, membuat anologi yang remaja ni, adalah seperti ribut yang mengganas -

"as the roaring of the waves precedes the tempest, so the murmur of rising passions announces the tumultuous change...keep your hand upon the helm"

walaupun tak ada bukti empirikal yang mengatakan fasa keremajaan adalah lebih 'ribut' berbanding fasa kanak-kanak dan dewasa, tapi, gambaran remaja sebagai mereka yang 'berdarah panas' masih lagi kuat berakar di minda masyarakat. kebanyakan cerita tentang remaja dikaitkan dengan unsur keganasan, pencarian identiti, penjiwaan yang memberontak dan kegilaan seksualiti. semua ini adalah tanggapan stereotaip, hinggakan ramai cendekiawan sosialis terpengaruh dengannya. maka, kebanyakan kajian yang dilakukan lebih banyak menumpukan permasalahan anak muda, bukannya pembangunan normatif mereka.



ribut kah manusia ni ?
[ terima kasih zaki ibrahim, bagi aku tepek foto kau ni hahaha ]


tahu tak, kerana stereotaip ni, remaja menjadik salah satu golongan yang paling disalahertikan? hence, treatment given to teenagers will be affected too. pun begitu, banyak kajian telah dilakukan dan semakin lama, kajian-kajian tentang remaja menjurus ke arah pandangan yang lebih tepat. menariknya, kajian-kajian tersebut tidak menolak pulak pandangan 'ribut' rousseau, sebaliknya para pengkaji sedar bahawasanya anak-anak muda mengalami kepayahan apabila meningkat dewasa. ha, tahu takpe !

ok, macam aku katakan tadi - remaja digambarkan dengan pelbagai konotasi negatif. i should congratulate mass media for portraying us so. dari zaman kita pakai piring hitam hingga ke zaman kita dengar mp3, kita sememangnya terdedah pada media. bukan takat terdedah, aku rasa kita memang dah sedia terendam pun. jadik, imej para remaja yang ditunjukkan oleh media sangat menebal hingga sebati dengan darah otak kita. ada penulis yang berpendapat gambaran anak muda jugak dipengaruhi oleh konteks sosial dan sejarah. pada satu tahap, golongan muda ni diimejkan secara melampau bagi memenuhi keperluan orang dewasa. 
apa yang dimaksudkan memenuhi keperluan orang dewasa?
aku kasi contoh. pada era kemelesetan ekonomi, peluang pekerjaan sangat terhad dan ramai yang bersaing untuk menampung sara hidup. sebagai mengurangkan jumlah persaingan, golongan bijak pandai menggambarkan para remaja sebagai seorang yang tidak matang, tidak berpendidikan, tidak stabil dan memerlukan bimbingan. dengan gambaran sebegini, ramai remaja tidak diambil upah bekerja. contoh lain - ketika peperangan mencetus, teenagers of the same age dikatakan bersifat matang, bertanggungjawab dan mempunyai keupayaan tersendiri (pulak?). maka, ramai yang diserap masuk perkhidmatan tentera.
walau apa jua aspek sekalipun, kisah remaja dicipta untuk kepentingan pihak-pihak tertentu, be it, ahli politik, golongan borjuis atau para sosialis.

berdasarkan satu pol di amerika, golongan belia dideskripsikan sebagai manusia yang kurang ajar, liar, biadab dan tidak bertanggungjawab. mereka jugak dikaitkan dengan penglibatan jenayah, penyalahgunaan dadah dan seks rambang. hebatnya kuasa media memberi gambaran sebegitu hinggakan terciptanya satu istilah baru - ephebephobia!

jadik, apakah kita sememangnya menakutkan? membahayakan? barbaric? monsterious?

perlu diketahui, apa yang aku sampaikan ni (daripada pembacaan buku teks dan beberapa laman web) bukan bermaksud memburukkan kehidupan remaja. sebaliknya, ia bertujuan memberi kita satu gambaran dan pemahaman yang jelas tentang dunia belia. fikirkan pengalaman kau. dan fikirkan pengalaman mereka yang ada disekeliling kau. semua orang melalui fasa keremajaan yang berlainan dan setiap satu pengalaman adalah unik kerana terdapatnya pencampuran daya luar. kita semua takkan sama secara total, tapi dengan teori-teori yang tercipta, mungkin kita akan lebih memahami siapa kita.

p/s : panjang jugak aku membebel kali ni. next time, kita masuk topik transisi biologi dalam diri remaja pulak.



hey remaja #1

untuk pengetahuan umum, at the moment, aku ada masalah. 
masalah tidur. 
tapi kali ni, bukan masalah aku susah nak lelap mata. atau pola tidur aku berubah-ubah. it's about me easily falling asleep. housemates aku - nad dengan min - dorang perasan betapa mudahnya aku tertidur. letak kepala tepi dinding, tidur. pegang buku balzac and the little chinese seamstress, tidur. sandar tepi katil, tidur. duduk bersila atas lantai, tidur. breakfast kat sofa, tidur (hell yes, aku boleh tertidur masa pegang sudu - apa kah!). kronik, bukan? sampai satu tahap, aku viber umi - mohonkan doa bonda supaya tidak ditidurkan aku sampai begini rupa. kalau tidur selamanya, itu lain cerita lah ya.

disebabkan test education 352 bakal menjelma tak lama lagi dan aku belum mampu mengulangkaji beberapa chapter (blurghhh), jadik, aku terpikirkan satu solusi. 

[drum roll]

aku nak sampaikan bacaan yang aku buat kat korang, wahai pembaca sekalian. aha, dengan cara gini, secara tak langsung aku adakan tanggungjawab pada diri sendiri. korang pun dapat lah tahu serba sedikit apa yang aku dok belajar kat auckland ni ha.
ok, jangan risau. chapter yang aku nak sampaikan ni, semuanya totally relate dengan kita semua. tapi, aku tak dapat nak jamin samada topik ni menarik atau tak. kalau menarik, alhamdulillah. kalau tak menarik, that's pretty bad, isn't it?
so, apa dia topik yang aku nak sampaikan ni?

[silence]

it's about adolescence. 
keremajaan.

sebagai mukadimah kalam (ecewah), baik kita mulakan dengan soalan asas dulu.

"apakah tempoh masa bagi fasa keremajaan?"

dalam erti kata lain, bila masa kita dilabelkan sebagai remaja dan sampai bila kita memegang status tersebut. untuk menjawab persoalan ni, jom kita tengok pada definisi. o yeah, aku memang suka kaji definisi-definisi ni *sarcastic tone*

keremajaan, apabila diterjemahkan ke bahasa inggeris ialah adolescence. adolescence berakar umbi dari perkataan latin, adolescere, yang bermaksud membesar ke arah kedewasaan (to grow into adulthood). dalam mana-mana sistem kemasyarakatan, menjadik remaja merupakan tempoh tumbesaran. ianya adalah fasa peralihan yang menunjukkan kematangan seseorang, tak kira lah dari segi biologi, psikologi, sosial dan ekonomi.
sebagai contoh, ketika remaja, seseorang itu mula tertarik ke arah hal ehwal seksualiti dan mampu, secara biologinya, mempunyai anak. ye lah, tipu kalau aku katakan kau semua takde crush kan. aku dulu pernah jatuh cinta kat seorang budak kelas aku masa aku tingkatan satu. and surprisingly, sampai sekarang aku contact dia - setahun sekali je pun, which is only on his birthday anyway.
ok, dari sudut psikologi pulak, seorang remaja mula bertindak bijak, sofistikated dan berupaya membuat keputusan sendiri. dalam kes aku, lepas dapat keputusan upsr, aku bertegas nak masuk sekolah aliran sains instead of sekolah aliran agama. aku pun tak faham kenapa aku degil sangat masa tu. it was just that i thought i was capable more in doing science rather than in religious stuff. what more, i am zero in arabic language (tu la, masa darjah satu sampai empat, asek ponteng sekolah agama je kan).
zaman remaja jugak memperlihatkan keupayaan seseorang untuk mula mendapat pelbagai permit - kerja, kahwin, mengundi dan sebagainya.
sound fun, isn't it ?

secara kasarnya, keremajaan adalah fasa kedua dalam kehidupan. basically, we starts with childhood, then adolescence and lastly, adulthood. sebelum kurun ke-20, fasa ini hanya dikatakan bermula pada umur 13 hingga 19 tahun. tapi, as time goes by, fasa keremajaan sudah dipanjangkan oleh pelbagai faktor, maka, umur yang dipersetujui adalah seawal 10 tahun hingga awal 20-an.

ikutkan, ada banyak perspektif untuk mendefinisikan tempoh keremajaan. terlalu banyak. for a simple example, ahli biologi mengatakan kita (ya, kita) menjadik remaja apabila kita sudah didatangi haid atau keluar air mani dan berakhir apabila kita mempunyai keupayaan seksualiti. bagi golongan pendidik pulak, kita dikatakan remaja bila kita masuk sekolah menengah dan menamatkan sistem pendidikan formal. lain hal bagi para sosialis, mereka berpendapat, golongan remaja adalah mereka yang menggalas peranan sebagai  orang dewasa, ahli keluarga dan rakyat. you see, we only have one subject here which is adolescence but in this whole world, kita ada 360 darjah untuk mentafsirkan subjek (adolescence) tersebut.
pokok pangkalnya, sempadan keremajaan bukanlah satu perkara yang dapat dikenalpasti secara mutlak. sebaliknya, ia bergantung pada perspektif yang kamu anuti.
maka, apakah perlu kita mempertikaikan soal bila masanya kita mula menjadik remaja dan bila masanya kita tamat menjadik remaja?
well, it's better then to think that adolescence is a matter of developing from being immatured to matured. 

ok, walaupun tak ada tanda aras yang tepat untuk menunjukkan fasa keremajaan kita, tapi, seandainya kau dibagi peluang untuk memilih mana-mana perspektif, do you really think you have actually enter adolescence?
as for me, i am. but, sometimes, in certain situations, i'm still stuck for being a child. so, i can't really say i am totally an adolescent. 
it is purely subjective.



boleh teka berapa umur aku masa ni ?
heeehhh, muka takde jerawat. innocent gitu kehkehkeh



c'est la guerre #2


akim786 : weh

erin_118 : pe

akim786 : nk tnye smthing

erin_118 : amende

akim786 : ko nmpk yan x kt uni

erin_118 : x. apsl?

akim786 : tnye je

erin_118 : bkn ke dia 1 kls dgn ko

akim786 : haah

erin_118 : dh tu?

akim786 : ak cll dia xdpt

erin_118 : msj? dia x dtg kls ke

akim786 : em...ntah la. mcm xprsn. kt uni pun xnmpk dia

erin_118 : dh msj?

akim786 : dh. xjwb. xpe la weh. sorry kaco.

erin_118 : try aa pegi rmh dia

akim786 : xpe la. k, gtg. salam.

***

musim luruh, seperti fakta sudah menyebut, merupakan musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk. ketika ini, kebanyakan tumbuhan yang bersifat deciduous mula mengalami perubahan warna daun dari kehijauan ke keperangan. selain perubahan ketara sebegitu, waktu siang akan mula berkadaran pendek dan cuaca dingin mula mengambil alih.

musim luruh, seperti diterjemahkan bahasa inggeris ialah autumn.
autumn merupakan bahasa pinjaman daripada bahasa perancis purba, yakni autompne (atau automne, mengikut bahasa perancis moden). ianya kemudian diubah mengikut acuan bahasa asal latin - autumnus. pun begitu, tidak begitu banyak contoh penggunaan perkataan ini pada awal kurun kedua belas sehinggalah ke kurun enam belas.

sebelum kurun enam belas, hakikatnya, perkataan tuai (harvest) digunakan bagi merujuk kepada musim luruh. apabila lanskap hidup manusia berubah daripada konsep pertanian kepada pengkeranian, perkataan harvest tidak lagi relevan. sebaliknya, perkataan fall mengambil tempat.

fall merupakan alternatif bagi autumn dan terma ini kebanyakannya digunapakai di amerika utara. mengikut sejarah peradaban, fall berasal daripada perkataan jerman purba. tiada fakta sejarah yang tepat menjelaskan perihal terbitan katanya, namun, mengikut bahasa inggeris purba, fall berkemungkinan diterbitkan daripada perkataan fiƦll atau feallan. dan, kesemua perkataan ini memberi maksud yang sama - to fall from a height. pada kurun keenam belas, bahasa inggeris kelas pertengahan mengekspresikan ungkapan seperti "fall of the leaf" dan "fall of the year" yang sejelasnya menggambarkan suasana musim luruh. ianya kemudian diringkas sebagai fall sahaja.

seandainya dirujuk perkataan fall, secara literalnya bermaksud gugur. lantas, perkataan gugur sesekali dikonotasikan dengan kesayuan yang meruntun jiwa, juga, kesuraman dan kepiluan yang mengiring rawan hati rapuh.

hari khamis ranjangnya rahu,
ditiup angin luruh bunganya,
adik seorang yang saya rindu,
orang yang lain apa gunanya.

rindu?

hakim buangkan pandangan ke jendela kaca.

apa khabar dia sekarang ni...

***

"oi akim!"
"oi! kau niiii terkejut aku"
"leee...itu pun terkejut ke? tak jantan langsung"
"ngek. ni bukan jantan tak jantan. ni kau tak kasi salam, sengaaal. main sergah je kau"

erin sengih.

"lek aa. dah habis kelas kau?"
"belum. ada lagi satu pasni. pukul satu"
"ooo...dah tu, ni kau nak pergi mana?"
"munchy mart kejap. lapar kott"
"eh, haah kan. lunch hour. well, pe kata, kita lepak kat quad?"
"aku..."
"aku nak cakap pasal yan"

muka hakim terus berubah.

"kau dapat contact dia?"

erin angguk.

"serius?"
"to be precise, aku jumpa dia. hakim, better kau beli makanan dulu. kejap lagi aku cerita"
"takpe lah. makan boleh nanti. yan macam mana?"

erin tarik nafas.

"yan...entah lah. macam sakit"
"ha?"
"muka dia pucat semacam. pastu, the way dia jalan macam menunduk sikit. bukan menunduk. more to membongkok. aku rasa dia ada something wrong lah"
"bongkok as in --?"
"as in, kau tahan sakit kat perut. macam ni"

erin imitate.

"kau ada tahu apa-apa ke pasal her medical history?" erin soal.
"setahu aku, dia ada gastritis"
"lagi?"
"tu je la kott"
"aku syak she's cut her food. dapur dia bersih kott. aku tengok macam dia tak masak langsung"
"ye ye je kau ni. entah-entah dia makan simple food"
"simple food macam biskut semata?"
"nasik dia tak makan ke?"
"aku ada tanya dia, dia tak masak ke. dia kata malas. aku tanya lagi, tak beli barang masak ke. kalau ada, aku nak masakkan. sekali, kau tahu apa ada kat dapur dia?"
"apa? maggie?"
"kalau ada maggie tu, kira nasib baik lah. ni, nothing. naaa-ting!"
"tipu aa"
"tipu kemendanyaaaaa. beras takde. mee hoon takde. yang ada, carrot dua-tiga batang. tu je. ha, dengan biskut crackers atas meja"

hakim bisu.

"korang gaduh eh?" erin cuba siasat.
"kau borak apa lagi dengan dia?" hakim tukar arah bual.
"takde apa pun. just asking what she's doing lately sebab aku pun tak nampak dia kat uni sebenarnya"

"dia skip kelas, kau tau?" hakim bukak cerita.
"yan? skip kelas?"

hakim iyakan.

"that's not her"
"it is her. for now"
"dah berapa lama?"
"few times. tu yang aku tanya kau. mana tau --"

"YAN!" hakim melaung tiba-tiba.

erin menoleh belakang.
yan?



membebel tentang jane


jadual semester aku untuk tahun ketiga.
dan elektif kali ni, aku setiakan diri dengan subjek ACADENG. tahun-tahun sudah, aku masuk kelas ACADENG210 (forms in academic english), ACADENG201 (academic english writing) dan ACADENG200 (academic presentations). this time, it's ACADENG102 (academic english listening and reading). untuk pengetahuan kalian, ACADENG adalah subjek untuk mereka yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua. dalam erti kata lain, this subject is not qualified for first language speakers. sebab tu, kelas ni ramai orang asia (jepun, china dan korea), jerman dan melayu (seperti aku). tak akan ada native speakers punya.
mengikut rekod akademik aku, aku dah amek kesemua kelas ACADENG yang menguji keempat-empat kepakaran asas dalam berbahasa - writing, speaking, listening and reading.

kalau rujuk balik jadual aku, kelas ACADENG bermula seawal lapan pagi. hantu betul. tapi takpe. sekurangnya, aku tak perlu hadap kelas ni tiap-tiap hari. cuma dua kali seminggu. tak macam kelas elektif yang lain - jepun dan china. tiap-tiap hari ada kelas dan tutorial. huh, tak sanggup aku. and you know what, this ACADENG doesn't even demand me to buy its book. a course book has been provided, so, in a sense, i've saved some money. what more, the subject is just a stage 1 paper, which theoritically i suppose it can be easily scored. aku teringin sebenarnya nak belajar bahasa lain, macam sepanyol atau jerman. but then, i don't think my literacy skills in other language are capable to pick up  the language quickly. i have a so-called principle of my own - if you can't master english language, why bother to learn other language ? because of this mindset, sampai sudah aku cuma ada dua bahasa sahaja - bahasa melayu dan bahasa inggeris. cukup. 
bahasa arab ? 
nil.
although i learnt it since i was thirteen, i just couldn't get the hang of it. sedih gila. 
ok, tipu. tak sedih sangat sebenarnya.

secara jujurnya, kelas ACADENG kali ni sungguh membosankan. jane steiner is the lecturer. if i want to rank all my ACADENG lecturers, john tomlin will be the first one, followed by collin bright. at least, collin didn't solely depend on the book. but jane ? God, she reads words by words from it. and i see that jane is like putting a barrier with us. by comparison, although collin is too old (which that makes her less fun compared to john), she always offered us some helps, in a sense, she kept asking us to write her emails if we had any enquiries. tak kisah lah nak mintak collin tandakan satu perenggan esei atau mana-mana latihan dari buku kerja. she was there all the time. and that made me so much enthusiastic in learning the subject.
but now --
dah la kelas pukul lapan pagi. pastu, kelas dia membosankan. asek baca sebijik-sebijik dari buku. tak ada variasi langsung. tambah pulak budak-budak kelas bukan jenis bising macam wayne. dulu, kelas ACADENG200 (for the speaking skill) bising gila kott. sampai satu tahap, john terpaksa berhentikan kitorang bercakap-cakap dalam kelas. ha, punya lah bising tak bising kitorang ni semua hahahaha
boy, i miss the moment. 

ah, susah la macam ni. mana aku nak carik semangat belajar ? i need an antidote to this boring, lame class. kalau gini la rentaknya, theres's a great possibility i won't ace ACADENG102.

dammit.



five ways to date a tesol girl - -

like me.
yup. itu tajuk entri arini.
five ways to date a tesol girl like me.
maka, subjek untuk kajian kes yang kita nak tumpukan kali ni adalah aku. bukan orang lain ya. kalau ada tesol girl ala-ala perangai aku, ha, boleh la rujuk serba sedikit points yang aku nak nyatakan kejap lagi. tapi pastu, pandai-pandai lah alter sendiri ok. sebab manusia ni, setiap satunya unik. tak ada yang sama. even twins behave differently. so, the way people behave would give you ideas on how to treat them properly.

ok, proceed.

1. fakta
bila berborak dengan aku, be it through texting or calling or video skyping, cuba carik satu titik perbualan berunsurkan fakta. sebagai seorang teslian, secara umumnya, ada banyak bahan bacaan yang aku kena baca. kalau buku teks pendidikan tu, toksah cakap la. macam-macam teori nak kena baca dan belajar. jadik, ketahuilah, bahan bacaan yang kerap menjadik pilihan aku adalah berupa non-fiksyen (kecuali bahan bacaan santai, aku pilih novel fixi). 
ok, jangan kamu nervous pulak. aku bukan mintak fakta yang berat-berat. meh sini aku kasi satu contoh.
when i was having a casual outing with my senior, i asked him to talk about his routine as a medical student. cerita dia simple je pun. dia pergi hospital, jumpa pesakit, rekodkan kesihatan and bla bla bla. kalau sekali imbas, tak ada apa. nothing. but, being me, we went into deep on how to record a patient's history. 
ha, nampak tak ?
alright. another example. the other day, through facebook, aku pernah tanyakan a medical student soal kemandulan. we started with a simple question - what is infertility ? and believe me, he put his effort to send me an image of the female reproductive system  and explain at least five factors that cause infertility to me.
it's the same case with gregory house. his words capture me, most of the time. his theory, his hypothesis, his justification and his medical relevance - kebanyakannya berunsurkan fakta. 
how do i know it's a fact
i tend to google whatever terms i heard while watching house md.   
and now you know the key to nail me, don't you ? aku tertarik pada fakta. so just throw me some facts - sociology, law, global issues, politics, history and what not - rather than talking some rubbish. and oh, here's a warning. don't try to ever bullshit me. i may believe you once, but not twice.

2. ejaan
barangsiapa yang pernah berhubung sama aku menerusi teks (sms, whatsapp, yahoo messengger, emel, viber, line, gmail etc), mesti kau perasan betapa aku jarang menggunakan ejaan ringkas. kalau short form yang understandable tu, boleh ampun lagi. tapi, kalau perkataan melayu dah serupa dieja macam bahasa lain, tak ke sakit mata aku ? sepanjang memegang title tesol student, hidup aku banyak bergelumang dengan penulisan. dari sejak kolej sampai masuk universiti. esei adalah tugasan akademik yang paling utama. maka, soal ejaan dan tatabahasa tak boleh dipandang enteng. kau gila apa nak taram dua aspek ni ikut sukati kau ? mahu kena potong markah berganda-ganda. kerana kebiasaan ini, maka, aku susah nak tolerate penggunaan ejaan yang...entah lah. 
cuba tengok ayat ni.

OIt! HeY NuCk TeNaL NuN AwaCK BolerH?
sOh, AwAck DuCk MaNerW, UmoXx AwaCKBapErw?

sumpah kau gagal. 
gagal. mutlak.
satu, tak ada consistency - sekejap huruf besar, sekejap huruf kecik. dua, ejaan bahasa melayu tersasar jauh. tiga, you make me sick up. 
it won't be a matter at all if you wanna talk in english and malay at the same time. sebab aku sendiri macam tu. and in fact, i don't mind if you don't really care about grammar. ye lah, aku sendiri tak berapa hebat soal tatabahasa. but please, have a courtesy in spelling your words while texting me. 
boleh ?

3. masa
seandainya kita direzekikan untuk berjumpa, it is best for you to inform me earlier the time we will meet. let say, kau nak jumpa pada pukul dua petang. so, at about 1 pm or in the morning of that day, you have to inform me first. the reason is crystal clear here. sebagai seorang aku, aku amek masa yang lama untuk bersiap. serius.
maklum lah, aku kan nak jadik cikgu, maka, penampilan kena jaga. ikutkan, masa dulu, aku mana nak kisah soal baju, kasut, tudung dan beg. bila dah meningkat usia, kesedaran tu nampaknya dah sampai seru kehkehkeh
because dolling up myself is time-consuming, hence the advice of time is crucial. 
unless, kau sanggup tunggu aku bersiap berjam-jam laaahhh.

4. sensitif
sensitif ada banyak maksudnya. it's a polysemy. it could be anything. sensitive in terms of emotions and feelings, sensitive in terms of aware with your surrounding, sensitive in terms of fragility and sensitive in terms of whatever. hihihi
anyways, i'm a sensitive person. walaupun lahiriahnya aku mungkin nampak cool, hakikatnya, i can be such delicate and fragile. but that doesn't mean you can't tell me some jokes. i can be fun hokaaayyyy 
kalau tak caya, boleh tanya budak-budak auckland yang lain (which you're not gonna ask them for real, kan ?)
sebab aku suka tengok sherlock holmes dan house md, somehow, i might as well like to pick small things around me. so, you can say that i'm sensitive with my surroundings too. perhaps, you may be surprised that i can remember trivialities.
having said so, let's just deduce that you need to be extra careful while being with me. yes, extra careful.

5. introvert
walaupun secara umumnya teslians maybe an outspoken type of people, aku tak rasa aku salah seorang daripada mereka. i'm more secluded. aku banyak habiskan masa aku kat bilik (in my own comfort zone) rather than pergi luar - tengok dunia. even if i'm travelling, i prefer to backpack with my friends, not acquaintances. i rarely go to social events. aku boleh jadik sesak nafas. tertekan. dan lemas. just like when i went to umno's event during my first year. sumpah aku rasa tension tahap moksha. kalau ada sambutan raya kat sini sekalipun, it's either aku pergi lewat (so that tak ramai orang dah) or i put myself in a corner. aku takkan senang-senang beramah mesra. no. well, it's not that aku sombong. but, this is who i am - an introvert person. sebab tu, kalau ada budak-budak auckland yang tak kenal aku, itu bukanlah satu perkara yang pelik. seperkara lagi, introvert person bukan senang-senang nak terima strangers masuk ke dalam dunianya. no. you need to work hard for it. you need to build a trust in me. you need to convince me that it is alright for me to accept you into my life. contohnya, abang jijie. kau ingat senang ke aku nak terima dia dulu ? masa kakak bertunang, i didn't talk much to him. i didn't feel comfortable at all. but it's changed somehow. and now, bukan takat aku selesa dengan abang jijie, dengan mama pun aku dah boleh skype sama-sama (hmm...rindunya nak makan lauk tempoyak masak lemak cili api mama).
you need to be patient in nailing me. give me some time to heed your presence and don't ever rush me.

aku rasa cukup kott aku kasi lima perkara ni. kang kalau kasi banyak-banyak, pening pulak kan.
lagipun, kapasiti seorang manusia untuk membaca bukan lah lama mana.



dialog anak kecil #20 : i'm still his lil girl

+ sayang buat apa...

- in takde buat apa...baru habis iron baju
- i don't know what to wear for this monday class

+ kan banyak yang ada. just wear to look interesting

- skirt or pants ?

+ skirt ????
+ mana boleh.
+ blouse ?

- kenapa tak boleh pulak pakai skirt...

+ pandai in lah

- i'm not gonna wear blouse. kelas in sampai ke petang. from 8 am pulak tu

+ then, long pants will be appropriate

- with sport shoes? i wish i could wear my mary jane

+ then get something that can go with mary jane

- hmmm...
- definitely i'll wear my backpack
- jap. in mix match

+ okay

- brown pants or jeans ?

+ black jeans
+ ini apa hal pulak

- apaaaaaa

+ abah jadik consultant in

- [gelak]

+ kena bayau

- ala ala
- abah datang auckland, in belanja abah mrs higgin
- ok tak ? hehehe

+ ok boleh je

***

monday blues is approaching me.
ala :(