untuk entri yang
ini, banyak jugak terkantoi dengan kalian.
well, i budak baik tau. mana hebat nak tipu-tipu orang ~
alright, enough with the gedik-gediks. it's very not so me, people.
baik lah.
sebelum aku mulakan apa-apa, mari berikan aku satu huruf L yang sungguh besar.
ya, mari. angkatkan tangan kalian dan kemaskan jari-jemari sehingga membentuk huruf tersebut. gunakan ibu jari dan jari telunjuk saja ok.
heh, sungguh loser untuk hari pertama aku jadik seorang guru praktikal.
kau bayangkan, sebelum masuk ke kelas 504 saja, aku dah masuk toilet sebanyak empat kali tau tak!
yaaaaa empat kali. tak tipu.
in fact, dah pukul 12.00 tengahari, yang mana aku patut mula berjalan ke kelas, aku pergi masuk toilet dulu.
gila nervous punya pasal, masuk toilet sikit bukan main banyak lagi. but seriously, aku takut semacam. lagi takut dari nak masuk dewan jawab exam alevel.
macam sengal.
tahu kenapa aku hyper nervous?
1. ini pertama kali aku mengajar budak secara formal.
2. aku takut budak tak respon pada aku dan end up, aku syok sendiri. itu scary.
3. aku kecik dan mereka besar.
4. aku pakai high heels. sila amek perhatian - permukaan lantai kelas di mrsm tgb tak berubah langsung. masih berlekuk-lekak. maka, ye, aku memang patut berhati-hati supaya tak terjatuh tergolek. ada aritu, satu kali, aku sipi-sipi nak jatuh tangga depan budak. damn. bapak malu.
5. aku cuak andai kata aku gagal untuk mengajar buat kali pertamanya.
so, masuk kelas (dengan muka confident walhal dalam jantung dup dap dup dap), tengok-tengok, separuh je yang ada. yang lain, still on the way from lab. hek eleh.
tapi, standard la kan? dulu, aku jadik budak tgb pun, aku amek masa 20 minit nak jalan balik dari makmal ke kelas. hehehe itu teknik nak habiskan masa cikgu dengan cara yang licik, ye adik-adik. tolong jangan ikut gaya hidup ni sebab kamu sebenarnya sedang berlaku zalim. huahahahaha
dan sekarang, hukum karma betul-betul tertepek atas muka aku. but then, tak marah pun. lagi suka ada lah. at least, aku ada masa nak hilangkan ketakutan aku.
weekkkk
pelajar
[muka tercengang bila aku masuk]
aku
five di right?
pelajar
yes.
aku
well, ok.
pelajar
er...are you a new teacher?
aku
yes.
[dengan muka semangat dan senyuman paling manis aku bagikan]
pelajar
oh.
[muka surprise]
class, stand up. assalamualaikum teacher.
[ucapan salam dan bacaan doa]
aku
so, where are the others?
pelajar
lab, teacher.
aku
oh? ok...
[muka hampa. ceit!]
aku
alright, while waiting for your friends, let's just make a short introduction. em, about myself.
well, i'm siti farahin and you can call me miss farahin. i'm from melaka, bukit katil. status - single.
[respons : woooo]
i'm 21 this year.
[respons : ooooo]
andddd
i'll be your english teacher for this whole week. meaning, you gonna see my face today, tuesday and wednesday. after that, on thursday which is my last day being here, you won't see my face again.
[senyum, ketawa]
untuk pengajaran aku sepanjang minggu ni, aku gunakan sistem ganjaran, iaitu memberi pelekat (sticker) untuk setiap usaha yang budak-budak berikan. contohnya, kalau si polan angkat tangan untuk jawab soalan aku, aku berikan. atau, si polan suka rela nak bagi apa-apa pendapat, dia akan dapat habuannya. dan, seperti yang aku harapkan, sistem tu bergerak lancar! budak-budak tu semua gila pelekat kotttttt
sampai aku pun naik letih nak layan dorang hahahaha
oh, menjadik seorang aku, aku memang tak boleh duduk diam. sangat tak boleh. aku banyak bergerak. banyak berjalan. banyak bercakap (hahahahaha). banyak buat muka. banyak ketawa. dan banyak nak tolong budak-budak sebanyak yang aku mampu. bak kata supervisor, aku energetik (tu dah tentu!) dan attitude tu bagus sangat sebab budak-budak pun akan ikut sama bersemangat. kau tahu tak, untuk kelas pertama ni, budak-budak sepatutnya rasa mengantuk dan nak tidur sebab waktu tu pukul 12.10 tengahari which i declare as waktu kritikal. but it turned out to be a hyperactive class, wohooo!
well, tengoklah siapa cikgu dia :P
dan kerana hyperactive nya mereka, ini yang berlaku pada aku -
yeeeeeee
kasut tumit tinggi aku rosak. kau paham-paham je lah permukaan lantai tu macam mana. dah la aku nak gerak sana sini dengan cepat. so, aku mana nak amek kira soal kasut tumit tinggi ni. aku hentam je jalan ikut suka aku. tau-tau je dah tercabut. bila dah perasan, terus aku cuak. tapi, aku control. hebat jugak aku control muka ni. rilek je aku conduct kelas sampai habis waktu. siap boleh pergi kafe lepas tu! hahahahaha
actually, takut jugak kalau-kalau budak perasan yang kasut aku dah rosak. malu kott. hadoi. memang pengalaman betul.
habis waktu kelas and nak balik rumah warden (by the way, aku duduk rumah warden blok F, kawan-kawan), on the way tu, aku selamba cabut heels dan kaki ayam.
nice.
esok dan seterusnya, no more heels but only mary jane.