berikan definisi bagi setiap perkataan yang anda sebutkan.
sebagai contoh, mari kita men-definisi-kan perkataan "korban" atau "berkorban" bagi yang menginginkan imbuhan ber- dipangkal perkataan tersebut.
baiklah.
"korban" atau "berkorban" bagi aku ialah apa-apa perkara yang menyebabkan kita terpaksa melepaskan sesuatu hak milik kita demi mencapai sesuatu terutamanya keuntungan.
contoh :
berkorban masa.
ayat :
saya berkorban masa bermain kerana saya ingin menelaah buku pelajaran.
dalam kes ini, "saya" melepaskan "masa bermain" kerana dia menginginkan kejayaan (keuntungan) dengan cara menelaah buku pelajaran.
itu definisi aku.
anda pula, bagaimana?
terpulang.
dalam dunia ini, manusia berinteraksi menggunakan pelbagai simbol dan setiap makna pada simbol-simbol tersebut telah dipersetujui dan disepakati bersama. simbol itulah yang kita namakan "bahasa".
seandainya golongan manusia tidak mempunyai persetujuan dalam memberi makna pada simbol-simbol tersebut, maka berlakulah percanggahan.
sebab itulah terjadi perselisihan faham.
ketika aku dalam lingkungan usia 3-4 tahun, aku selalu inginkan "
something" daripada abah.
contoh :
"abah pergi kl, jangan lupa belikan in
something tau"
sebagai anak kecil, dalam kes ini pula, "
something" bermaksud gula-gula atau coklat. abah dan umi telah mengajar kami bahawa "
something" mempunyai makna sebegitu. jadik, bila aku katakan pada tokbak - "tokbak, in nak
something", tokbak terpinga-pinga melainkan jari telunjuk aku menghala pada balang gula-gula. jelas, hal ini menunjukkan tokbak tidak bersepakat pada makna yang sama-sama kami kongsikan.
begitu juga dengan contoh-contoh yang lain.
cinta.
apa itu cinta?
mengikut kamus nizar, cinta bermaksud persefahaman.
mengikut kamus amar, cinta bermaksud kesetiaan.
mengikut kamus aku, cinta bermaksud sesuatu yang kudus.
semuanya tertakluk pada anda namun dalam soal komunikasi, kita selalunya secara otomatik mengucapkan pada makna yang sama.
contoh :
farah mengungkapkan "aku cintakan kau" lalu amar membalasnya "aku cintakan kau juga".
lantas mereka hidup bahagia.
sudah termaklum pada anda semua bahawa simbol atau bahasa itu sangat penting. pentingnya itu setinggi langit kerana dengan simbol yang digunapakai sehari-hari, kita mampu meneroka sedalam-dalam ilmu yang ada di bumi.
tahukah anda bahawa orang eskimo mempunyai makna "salji" sebanyak 16? salji kering (
dry snow), salji basah (
wet snow), salji jagung? (
corn snow) dan macam-macam lagi. tetapi, bagi kita yang tidak serumpun budaya dengan mereka hanya mengetahui bahawa salji hanyalah sekadar salji.
keterbatasan simbol atau bahasa menyebabkan kita tidak mengetahui ilmu-ilmu salji, lantas kita mungkin tidak tahu cara untuk menghadapinya bila berada di alaska atau siberia.
mungkin contoh orang eskimo tampak jauh dari kita semua. apa kata, aku berikan contoh yang lebih dekat.
bangsa melayu.
tidak dinafikan, bangsa ini punya jenis nasi yang terlalu banyak. namakan saja - nasi minyak, nasi dagang, nasi hujan panas, nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam. maaf, aku rasa penat untuk senaraikan semua sekali.
pengetahuan kita terhadap nasi-nasi ini menyebabkan kita tahu untuk memilih hidangan kita.
contoh :
farahin dan
kekasih hatinya tiba di sebuah restoran terkemuka. apabila pelayan ingin mengambil pesanan,
kekasih :
give me a plate of rice
farahin :
rice, honey? what rice?
kekasih :
rice. i want to have rice as my dinner
farahin :
yes, darling. but which one do you want?
kekasih :
the one that i ate last night with you at your place
farahin :
owh, you mean, chicken rice?
kekasih :
yeah. taste so good
[ kekasih hati tersenyum dan farahin malu-malu]
pelayan :
and you, miss?
farahin :
em...let see...what's so special about 'nasi lemak' here?
waiter :
our 'nasi lemak' is cooked with banana leaf and it is served with garlic chicken wings
farahin :
alright...but i think, i would like to have fried rice. sayang,
you wanna taste 'nasi lemak'?
kekasih : 'nasi lemak'?
farahin :
yeah...
[ kekasih inginkan informasi lebih ]
farahin :
well, give us chicken rice, 'nasi lemak' and fried rice. plus, two fresh orange. that's all. thank you.
ok, diingatkan. itu sekadar contoh.
apa yang ingin aku
higlight-kan sini ialah bahasa memainkan peranan, sekurang-kurangnya dalam mengukur pengetahun kita.
aku, kadang-kala mempunyai masalah dalam memahami penceritaan karya oscar wilde kerana wujudnya
language barrier. ketidaksamaan simbol menyebabkan aku tidak dapat menangkap makna-makna gurauan yang dibentangkan oscar wilde, lalu aku tidak ketawa saat bebola mata bergerak dari kiri ke kanan dan mulut terkumat-kamit menyebut bahasa ibunda beliau. secara perbandingan, amar mampu memberi komen; "wilde gunakan
humour dekat sini (sambil tunjuk teks) untuk kritik masyarakat viktoria".
hakikatnya, apa yang aku perhati, dalam masyarakat yang aku diami, kadang-kala berlaku percanggahan simbol atau bahasa dalam komunikasi. hal ini cukup kompleks pada mata aku kerana masing-masing mempunyai definisi tersendiri.
contoh :
+ "kau tau tak, hadi kata, nizar kutuk kau, bawang"
- "ye ke?"
- "nizar, kau ada kutuk aku ye?"
# "kutuk? takdelah. kalau gosip-gosip tu, ada lah"
baiklah. dalam contoh yang diberikan, perkataan "kutuk" menyandang definisi yang berlainan.
sekiranya tiada klarifikasi makna yang dilakukan terhadap perkataan "kutuk", aku pasti, perkelahian bakal berlaku. yakni,
bawang mula tidak bercakap dengan nizar.
hadi malas nak bertegur-sapa dengan nizar.
farah langsung tidak pandang nizar.
tetapi, jika berlaku klarifikasi, hal sebaliknya boleh juga berlaku.
- "takdelah. nizar cakap-cakap biasa je tu. bukan kutuk"
- "oo...kau gosip pasal aku ye. aku pun ada jugak gosip pasal kau"
dan masyarakat yang hidup bersama-sama itu akan terus bernafas dalam suasana bahagia dan sentosa.
sebenarnya, aku nak cakap satu perkara je.
aku mula sukakan kos aku walaupun secara batiniahnya, ia sangatlah susah. lebih-lebih lagi bila bersoal cerita tentang sastera.
takpe.
aku boleh.
jap.
aku rasa, aku wajib me-
master-kan diri dalam menyampaikan sesuatu perkara.
ye lah, aku kan bakal seorang pendidik.