Memaparkan catatan dengan label siri keempat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siri keempat. Papar semua catatan

hari jubah dan selamat hari guru

























kejayaan semalam --
adalah kejayaan bersama.
terima kasih kepada mereka -
yang menjadik guru-guru aku selama ni.
these robe and scroll are for you guys :')



antara perkara sukar menjadi pelajar luar negara

aku tak pernah menyesal belajar overseas sebab itu lah perkara yang paling aku mahukan sejak kecik lagi. walaupun tanah auckland takde salji, aku kira, tu adalah satu kesyukuran. well, aku pun tak hadap sangat nak main salji. kau ingat seronok ke kalau kiri kanan jalan raya ada benda-benda putih tu? sehari dua, lawa lah. bandar pun nampak suci semacam. tapi tunggu aa tiga pat hari kemudian. salji putih dah dicemarrrr hahaha
masa aku bercuti lima hari empat malam kat queenstown, aku dah tak sabar nak balik tanah auckland pada hari ketiga sebenarnya. entah lah. aku ni bukan jenis tahan suhu sejuk. so, winter is a no-no for me.

as you are already informed, aku amek masa dua tahun untuk buat persediaan akademik sebelum berangkat ke tanah auckland. orang lain buat tiga atau dua semester. paling cepat, satu semester saja. tapi, untuk program aku, budak-budak tesl were stuck for four semesters. so, within that four semesters, some of my friends dah fly dah. cemburu tu, toksah cakap lah. aku tengah struggle dengan A-level, depa pulak dok selfie dengan euro trip lah, winter trip lah, parti sana, parti sini. but then, hujan gerimis di tengahari boleh berlaku dengan kun-fa-ya-kun daripada Tuhan. maknanya, hari tak selalu cerah. banyak cabaran duduk kat perantauan.
dan tahap kecekalan betul-betul teruji, percaya lah.

i learned to become adult when i was in auckland.
God taught me through hardships.
and He still teaches me so, here in malaysia. 

salah satu perkara yang paling aku takut bilamana aku duduk kat perantauan - aku tak dapat pulang ke tanah air kalau-kalau ada kematian orang yang tersayang. dan, sepanjang aku buat persediaan kat malaysia, banyak jugak berita-berita kematian yang kawan-kawan perantauan, terima. 
kematian bapa, kematian datuk, kematian pakcik. you just name it.
aku tahu pun sebab mereka kongsikan kat facebook. dan, melalui rantaian komen-komen serta mulut tempayan rakan-rakan, aku dimaklumkan tentang siri-siri kepayahan mereka yang mahu pulang segera ke tanah air untuk bertemu dengan jasad arwah buat kali terakhir.
kenapa aku katakan siri-siri kepayahan?
sebab the final destination (that is malaysia) seems to be so hard to reach. lepas satu, satu benda berlaku - baru lah kau sampai kat KLIA.
ada jugak yang tak berkesempatan pulang sebab tengah berjuang dengan exams, quizzes, assignments dan macam-macam lagi.

until that one night, the moment i am very scared of, came and hit me with real hard.
tokbak pergi.
malam tu, aku mengongoi nangis dengan sendu yang ditahan-tahan.
aku tak dapat balik malaysia because i was in the middle of winter trip with my two girlfriends. besides, school was about to start again and there would be no point of coming back home. what more, savings aku tak banyak untuk book a ticket since i spent most of it for my winter trip.
sampai sekarang, aku agak terkilan tak dapat nak tengok tokbak for the last time. terkadang, aku menyoal - kenapa tokbak tak tunggu in? bukannya lama. lepas winter, spring and then summer. summer kan in balik malaysia. 
kalau duduk berdua dengan abah atau tokmak, aku suka bicarakan soal tokbak - just to reminisce about him. and when i went too far, soalan-soalan berbaur menidakkan takdir just slipped out. abah tak marah aku pun sebab dia tahu, aku sedang menelan pedih. 
sebaliknya, abah katakan, "mungkin kalau tokbak tunggu in, dia akan lagi sakit"

of course aku tak nak tokbak rasa macam tu. lalu, apa je yang aku mampu buat?


al-fatihah.



selasa bersama Val #32

"what do you like to do, Fara?"

salah satu soalan Val masa awal-awal kami bertemu empat mata, yakni pada hari selasa aku datang ke bilik dia. selasa yang bakal mengubah hidup aku. selasa yang pertama.

"i like arts"
"oh? that's nice. what kind of arts?"
"em...i like to draw...sometimes i like to do some handcrafts"
"so--"
"but, i stop doing those things...i don't do arts anymore"
"why...?"

mata aku terkalih ke dinding belakang Val. hakikatnya, aku tak mahu lagi bertentang mata dengan Val. aku tak nak dia tahu yang soalan "why" itu sebenarnya membukak pedih aku.

***

aku hantarkan salah satu hasil seni pada dia. gembira - itu yang aku ingat. begitu excited nak tunjuk pada kekasih hati yang aku ni seorang artis dalam dunia kecil ciptaan sendiri.
whatsapp berbalas.

"banyak nya masa you. macam kanak-kanak" - dia.

seperti dilambung tinggi dan terderai di lantai - gitu lah rasanya bilamana orang yang aku sayangkan (ketika itu) meranap saki-baki semangat aku untuk menghadap hari-hari esok.

***

"why Fara...?", suara Val mengetuk layar memori lama.

mata aku kembali berpusat pada Val. perlahan, aku mengatur ayat dan meluahkan bahawasanya orang-orang seperti kekasih hati itu telahpun memadamkan nafsu berahi aku untuk berkarya. betul - bukan dia seorang saja yang menyerang sendi jiwa seni aku. ada lagi yang melaku-sama. aku give up, senang cerita.

"ok, do you mind if i give you a homework?"

aku angkat kening.
Morrie Schwartz pernah kasi homework pada Mitch Albom ke?

"what is it?"
"today, i would like you to draw"
"drawing what?"
"anything", Val tersenyum.

ah, senyuman apa tu?!

"anything?"
"yes, anything"
"it doesn't matter whether it's a sad one or a happy one?"
"doesn't matter. you can draw anything you like and i want you to show to me the next tuesday"

***

homework pertama

seorang aku, kata Val, telah diluahkan dalam sebuah lukisan di atas. gadis itu adalah aku. seorang yang cantik di luar tapi berbirat di dalam. kalau dibanding-banding sisi kiri dan kanan, dia tahu yang aku sedang sakit. mata yang tertutup dengan titisan yang hadir. bibir yang hitam dan sedang melurut jatuh serta urai rambut yang kusut, tak bersikat. tak ada sinar, what a shame.
tambah Val, dia mahu sisi kanan gadis itu terhadir semula - yang matanya adalah galak dan ceria, bibir merah yang tersenyum dan rambut yang disisir elok bersama reben. dia yakin yang sisi kanan gadis masih lagi bernyawa. cumanya - gadis perlukan jalan pulang.

maka, langkah pertama gadis - seni.

awal-awal kerja rumah aku bertemakan sedih.
bukan Val yang tetapkan. malah, bukan aku sendiri.
cuma, tangan aku yang menarikan rentak ni.

terkadang, aku cuma mahu bermain dengan warna.
sebab effort mewarna sedikit kurang daripada melukis + mewarna.

kebetulan, aku kena buat presentation tentang praktikum di Auckland.
orang lain guna PowerPoint, aku je yang pakai document camera dan
lukisan-lukisan aku.

aku beralih ke satu level yang lain - mewarna atas kanvas.

kemudian, aku cuba melukis dan mewarna atas kanvas.
tak lama lepas tu, aku belajar buat kraft atas kanvas.

daripada fasa me-layu, tangan aku rupanya mula menarikan rentak lain.
stroke aku berjinak menggariskan senyuman pada watak-watak.

tapi, hari tak selalunya cerah. rasa pedih tetap ada.
and it's ok to feel that way.

empat lukisan ni, tidak lagi bercerita tentang aku sahaja.
ianya lebih kepada tentang hubungan baru aku.

hari selasa terakhir bersama Val, aku hadiahkan ini.

#selftherapy
#selftherapyproject
#tuesdaywithVal


fasa hidup seterusnya - kerja

first, aku nak cakap yang sebulan lepas, aku tutup blog secara tiba-tiba sebab aku tak nak students aku jejak sampai ke sini. terlalu banyak yang aku kongsikan dalam kertas putih bawangmerahsquared dan sebagai seorang guru (yang profesional - kononnya), aku lebih suka untuk menjarakkan diri daripada para pelajar. they don't have to know a lot about me. it's just enough for both parties to be stood on a professional teacher-student relationship; nothing else.

tapi sekarang, aku dah habis praktikum. hampir kesemua my networking sites are unprivated again (i.e instagram, twitter and facebook). new people are welcomed to follow me, but not to be my friends on the facebook lah. i am choosy when it comes to accepting friend requests. so, please don't take things too personal. it's just me and i have my own preferences.

anyway.
panjang mukadimah aku.

introducing my mentor - Madam Hadariah Sanusi

sepanjang duabelas minggu aku ber-praktikum kat MRSM Johor Bahru, terlalu banyak ilmu yang aku kutipkan. aku kerja (secara literalnya) dari siang ke malam. hari-hari aku dimulakan seawal 6.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahmalam. aku akan masuk mengajar kesemua kelas yang dipegang mentor, yakni satu kelas tingkatan dua (2 Elnath), satu kelas tingkatan tiga (3 Deneb) dan tiga kelas tingkatan empat (4 Achernar, 4 Deneb dan 4 Gacrux). kadang-kadang, aku ngajar satu lagi kelas tingkatan tiga (3 Elnath) sebab guru mereka belum habis berpantang. 
so, boleh nampak tak betapa sibuknya hari-hari praktikum aku?
itu baru cerita tentang kerja mutlak yang mengkehendakikan aku untuk punch in sebelum pukul 7.40 pagi dan punch out selepas pukul 1.00 petang.
belum lagi masuk pasal aku buat kelas tuisyen hampir setiap malam dengan budak-budak tingkatan tiga dan tingkatan empat.
yang ni aku cerita lain kali lah.

introducing my form two kids - 2 Elnath (girls)

introducing my form two kids - 2 Elnath (boys) 

introducing my form three kids - 3 Deneb

introducing my form four kids - 4 Achernar 

introducing my form four kids - 4 Deneb
whiteboard kelas tak pernah cukup ruang untuk aku  menyampaikan ilmu
*sigh*

missing in action - 4 Gacrux.
actually, aku tak perlu pun buat ni semua. cukup sekadar menjadik seorang mentee (yang mana kerjanya is less than a qualified teacher). but being me, i just couldn't help it. i myself offered my mentor a helping hand sebab, kalau tak cekau peluang gini, celah mana aku nak improve diri aku sebagai seorang guru bahasa inggeris ?
penat - ye, memang penat. kerja mana yang tak penat ?
mengajar dah satu hal. pastu, aku dilatih menanda kertas peperiksaan. tak cukup dengan tu, aku diberi tugas menjaga dewan peperiksaan. dan aku pernah stay di bilik Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab (UPPM) sehingga lebih pukul lima petang, semata-mata untuk menyediakan kertas soalan peperiksaan semester dua tingkatan empat (the whole batch). ala, aku pun suka buat kerja pengkeranian ni. tak bosan - duduk, dengar lagu dan stapler kertas. SENANG. jangan kau salah sangka pulak - aku tak buat soalan tapi aku tahu aa soalan apa yang keluar. 
sebab tu dua minggu berturut-turut aku drill budak-budak aku menulis esei yang confirm akan masuk peperiksaan. ni bukan perihal soalan bocor ok. aku cuma mengajar format penulisan dan hal ini dah dipersetujui oleh mentor aku sendiri. 
bila aku mengajar budak-budak, aku selalu kasi dorang kerja rumah. bukan apa, when it comes to writing, this skill demands you to do a lot of practice in order to sustain or to improve your level of English competency. not only the writing skill, other skills are essential too and you still need to practice them from time to time.
senang cerita, tengok diri aku sendiri. 
aku sebenarnya dah lama tak menulis, be it in Malay or English. aku sedar, kemahiran menulis aku makin meluntur dan berkarat. kemahiran berkomunikasi apatah lagi. terasa sungguh kesukarannya bila aku berborak sama John Hope (pensyarah aku) tempoh hari di MRSM Johor Bahru. maklum lah, living in Malay society tends to influence me to speak a mix language. unlike in Auckland, New Zealand, by hook or by crook i have to be well-conversed especially in meeting my counselor and GP. 

rindu kat John Hope sangat-sangat :'(

so, back to my point. pelajar-pelajar aku memang dapat banyak latihan penulisan dan latihan tatabahasa daripada aku sendiri. dan of course, meja kerja aku tersusun dengan kertas-kertas latihan budak - dari tingkatan dua sampai lah ke tingkatan empat. because they had shown me their effort to complete my taskS, i then took an initiave to appreciate the effort by marking all the students' papers. yes, ALL.

ni baru SEBAHAGIAN meja aku

jadik, boleh kau bayangkan berapa banyak kertas yang aku menanda sehari-hari? 
ini bukan mata pelajaran matematik, sejarah ataupun geografi yang hanya menuntut pelajar memberi jawapan definit, konkrit dan berfakta.
ini bahasa inggeris - ilmu yang abstrak dan subjektif. maka, mental aku disesah untuk meneliti setiap satu idea-idea pelajar berbentukkan ayat berperenggan.

so now, do you still want to argue with me that being a teacher is an easy-peasy job?
think again. 

selain skop akademik, ada jugak aku diruangkan mendidik anak-anak bangsa kita (pergh...ayat tak boleh bla). i know i'm not a mother to them, jadik, bebelan aku takde lah serupa mak nenek. instead, i regard myself as a sister, hence, my approach is more casual, friendly and swag (i reckon HAHAHA).
that's why after a month of staying in that school, aku dah pegang banyak rahsia budak-budak. punya la rapat tak rapat aku ni dengan students 
*wink*

apa-apa pun, though i'm quite close to the students, tapi, aku lah paling sikit dapat hadiah fizikal daripada mereka, berbanding kawan-kawan praktikum aku.
hahaha
TAPI.
semua tu langsung tak penting. 
seriously.
sebab, apa yang penting - ilmu.
i learned too many things from that school.

for that, thank you MRSM Johor Bahru.
until next time - cheers.


mudah untuk kau bicara

bagaimana untuk aku mulakan?
ok, hari 'istimewa' aku telah disumpah dengan amukan aku sendiri. di dalam bilik. ketika aku keseorangan. 
begini --
aku membuat panggilan jauh pagi tu. dan seiring dengan not-not dial, aku menggantungkan harapan berbaur kebahagiaan. empat kali aku menekan nombor yang sama. langsung tak diangkat, hinggalah aku menerima pesanan ringkas tidak lama kemudian. aku balaskan pesanan tersebut dengan panggilan jauh sekali lagi. 
bersahut.
aku tarik segaris senyuman.
tapi, siapa sangka, panggilan yang tak lebih daripada sepuluh minit itu disusuli dengan tangis raung aku. bermula dengan deraian air mata, perlahan, ia menjadi esakan yang menderaskan titis-titis lalu membasahkan setiap raut kertas kulit kitab.

my heart started to ache.

petanda serangan bakal mengambil alih sekejap lagi kalau-kalau aku tak mampu mengawal fasa pertama. mata terus menganak anak sungai kecil pada setiap bebolanya dan elok ia menyusur jatuh permukaan epidermis. entah kenapa, suara Val tiba-tiba diputarkan akal. 
buku.
bibir menyebut. dan sekelip, aku praktiskan teknik kawalan diri yang terlintas.

tapi,

aku terlupa satu perkata penting.
fasa pertama - nafas.
aturan nafas yang berkecamuk, kalau tak dicermat, pasti menggagalkan apa-apa di hadapan.
jelas, benar.
tahu-tahu saja, buku aku dihempas ke dinding bilik. fail dicampak ganas. kertas dirakus koyak. kotak ditendang kasar. lampu bergoyang, langsung, hampir terjatuh. dan pena yang digenggam, dihentak matanya. 
berselerakan.

sepertinya,
tak terbendung sakit di dada.
tak tertahan sakit di hati.
bagaikan dihenyak, dipijak, disentak, diragut, direjam.

haih.

selamat hari lahir, wahai aku.
pertempuran akal dan emosi sememangnya hellish disaster.
kan?


when a person asked me,  what do i want on my birthday,
i simply answered -
"happiness"


***

mudah untuk manusia-manusia sekeliling mengajar aku tentang perkara-perkara yang digemar si Raqib. nasihat-nasihat yang mengalir deras dari bibir itu, seolah-olah sangat gampang dilaksana.

"kau kena faham"
"kau kena belajar terima"
"kau kena bersangka baik"
"kau kena pikir dulu"

sungguh - senang untuk kau panculkan dogma-dogma kau. dan lidah itu, bertulangkan kata-kata malaikat, hanyalah instrumen kecil untuk kau mengangkat darjat agar tampak jauh lebih molek daripada aku.
ya kan?
ah, aku sedar, betapa i AM a damaged person. tapi, untuk sesaat cuma, aku mohon kau susurlah celahan rongga-rongga sepatu aku. 
dan rasakan apa yang aku tarungkan sehari-hari. 

HARAPAN.

terlalu tolol untuk kau fahamkan mekanisme pertarungan jiwa dan jasad seorang aku. sebab, bagi aku, only the cutters know what the cutters feel. and you can never beat my words, unless you are part of us.

takpe lah.
akan tiba, satu saat nanti, andai direzekikan kau untuk merasa apa yang aku deskripsikan di sini, aku harap kau menyesal dengan ideologi yang cuba kau suntikkan ke dalam salur darah seorang cutter.



selasa bersama Val #10

In behavioural management, we learn that there are ways to prevent and to deal with maladaptive attitudes. It's the same thing with what I learn in my counselling sessions. Val give me several techniques, be it preventive or curative, so that I can bring back home and practice them. I must say, some of her homework/techniques are not working on me, therefore I have to let her know about it and she will propose me another techniques. The point is, we are of different individuals with different identities and characters. So, there are multiple of trial-and-errors. Some people might find that A is working on them, some will say "it isn't working". Some people might feel "yeah, this B technique is ok with me" and some might say otherwise. Because of this trial-and-error practices, the treatment to cure from self-harming addiction is extensive. It is a long way process  and as a patient, no doubt, there is a point I want to give up along the way. Yet, my medical team will always, always support me and that's why I always have to have a faith in the process.

Ok, even though I am not completely cured, I just want to share with those who are in the same shoes with me, some curative methods. Of course these tricks are not as stinging as cutting or burning (apparently I stop cutting but I start burning myself with an iron - ok, this is another story. We leave it there for awhile), but the pain from the tricks could be helpful. At least, they won't leave you any marks, so, the feeling of being ashamed for seeing the marks, won't appear.


Last year - I still have the blood stain on
my room's carpet.


1. Rubber band
Always have a rubber band on your wrist. 
I promised Val I won't harm myself anymore, provided she allows me to use this alternative. All I do is, every time I'm overwhelmed by my negative feelings that I feel my chest is tightened, I will pull the rubber band as much as I can and I will let it go. I do that several times until I feel a relief. Surely, it isn't that bad because it doesn't leave you any scars. It still gives you some pain, though.


Usually, this redness will disappear in five to 
seven days. It depends on how 
much you pull the rubber band.
(please ignore my scars on the arm)


2. Cold water
Always standby with a bottle of cold water in your fridge. To make it even awesome, have some ices in your freezer. Once you are in the state of panic attack, run to the kitchen, grab the cold water and put it in a basin. Add some ices too. Then, surface or immerse your face into the basin. You'll feel a sting of coldness on your cheeks. Do it several times until you are satisfied. I tried this cold water trick once. I was in a bathroom in a holiday house. The tap water was icy cold and because at that moment I hate looking at my figure on the bathroom mirror, I suddenly dump my face into the water. I did feel the pain and again, it didn't leave me any marks on my face. That's why no one knows about it, except you guys who are reading this haha
So, try this cold water trick if the rubber band trick is not working.




If the cold water is too much extreme for you, try to hold an ice cube instead. Well, this trick is so-so for me. I tried it several times actually and I don't think it works on me. This is because whenever I'm having a panic attack, my body temperature is sky-rocketing so the ice cube quickly melts before it gives me a powerful pain. Talking about body temperature, sometimes I even sweat although the place I sat was about 16-ish degree Celsius. Well, different people will have different body reactions. So learn your body bits by bits. 

I think, that's all I want to talk about. There are heaps of knowledge I learn and I am more than happy to share with you here. However, with loads of information I'm going to tell you, still, it is up to you whether to take them on board or not. The call is yours.

Cheers.


selasa bersama Val #3

betapa aku kecundang sekali lagi depan Val. her words poked me, directly hit my soft spot and i burst into tears.

lewat tengahari - hari ahad.
aku keseorangan, literally. i thought i'm going to be ok even if i'm alone on these days because Val has taught me several techniques to deal with my emotions.

example,

1. breathe properly. 
all you need to do is to take a deep breath. breathe from your belly. inhale slowly and exhale slowly. do it for two times first. do not rush.

2. use your five senses. 
first, run your fingers to the nearest thing to you. you can run through your cheeks. feel it. do they feel warm? cold? wet? dry? relax. can you feel your back against the chair you sit on? can you feel your mattress you lie on? how does it feel? soft? hard? wriggle your fingers toes. can you feel your socks? close your eyes. listen to the sounds in your surrounding. can you hear buses honking? people on constructions yelling? the couple next door shouting and throwing things?

3. if you are crying, it's ok. 
walk several steps away from where you are now. go to the kitchen. take a glass of water and drink. slowly, take a sip. breathe. now, take another round to drink.

4. always have your phone with you. 
well, things might get worst sometimes. so, quickly reach the Youthline or Crisis team. text or call them. make sure you save both teams' numbers as the first one in your contact list. or perhaps, save them on one of your speed dials. 

***

nampak mudah. nampak senang. but believe me. it's never been easy to fight the SHA. 
try walking a mile in my shoes - i bet you won't get the slightest chance to take even one step ahead. you'll stumble the minute you attempt it.



selasa bersama Val #6

hari ni, Val bercerita tentang teori gua yang dicipta oleh Plato.
ceritanya begini,




aku -- 
adalah seperti banduan yang dilepaskan. melihat dunia adalah seperti aku menjejakkan kaki di tanah auckland. aku mula tahu yang kebergantungan terhadap siapa-siapa itu tidak perlu. from not knowing anything, i learn how to deal with people in banks, post offices, health centers, bus stations and what not. kalau dulu kat tanah melayu, nak pergi ke tandas awam pun aku takut. sekarang, insyaAllah aku lebih berdiri atas kaki sendiri. aku mula belajar yang budaya di tanah auckland meletakkan perempuan ber-sama keupayaan dengan lelaki.

aku suka.

dan aku sentiasa percaya, betapa perempuan itu kuat dan cekal. mungkin kau yang membaca tulisan aku takkan bersetuju sama aku bilamana aku sendiri mengangguk suka kata-kata Ez,

"accept the fact that men are more weaker than us women.because we gave born to you guys. we are far far stronger than you thought"

kepulangan ke tanah melayu secara berkala kadang-kadang bikin aku annoyed. mungkin saja alasannya, suasana itu yang mendiam-bisukan suara lantang aku. kau ingat aku tak pernah kena cantas sama abah umi bilamasa aku menyuara-pendapatkan ketidakperluan hidup bersama seorang lelaki?
entah kenapa - aku terkadang fikir, apa perlu hidup seorang perempuan yang punya segala dari segi ilmu, material, kuasa dan kedudukan, perlu dikongsi sama seorang asing bernama lelaki? 
di sini -
di tanah auckland, aku belajar tentang ini.
tentang keupayaan perempuan yang boleh dikatakan sama junjung dengan lelaki. betapa hebat mereka tanpa kebergantungan terhadap lelaki.

[ senyum ]

i may sound feminist. but hear me say - i have no problem at all of having males in my social networking. in fact, i do love with their existance. i embrace the fact that they own their unique sides.

aku belajar banyak perkara di tanah auckland.
perihal kesamaan dua jantina hanyalah secebis silibus kehidupan aku di sini.
dan mengetahui bahasawanya mereka di tanah melayu tidak berupaya memahami suara aku, adalah sesuatu yang menyedihkan.

aku bertanya pada Val, apakah usaha aku berkongsi pelajaran kehidupan rantauan adalah sesuatu yang sia-sia?
Val, dengan tertib susun katanya,

"you can always return to your cave. but it doesn't mean you have to be a caveman again"


janji?

+ kitorang sekarang dah masuk psychiatry

- psychiatry? o, yang deal dengan budak kan

+ apa pul-

- eh. tu, pediatrics
- silap silap. psychiatry, mental?

+ ha, mental

- aaa...ye lah, yang deal dengan mental illness

+ psychiatry ni luas-

- nanti, kiranya, nua belajar sekali dengan ubat yang treat mental ke?

+ haah. belajar

- nua, promise me something

+ promise?

- haah. janji dengan in, you will study psychiatry betul-betul and skor

+ [ kerut dahi ]

- janji dengan in...
- [ pause ]
- caya lah...bila nua dah habis study tu, you can help someone. 
- someone that is close to you
- janji?



okay

11.45 am

+ nua, kawan in from welly datang and ajak lunch
+ don't think boleh skype nanti

- haha
- okay
- please don't think

+ kalau tak think, it should be what then ?
+ haaaa

- stop thinking
- start talking

+ HAHAHAHA
+ nua ni, apa lah
+ nua

[ hantar foto ]

+ baju ni, ok kan ?

***


i assume you guys can know his
response towards my question above

boyss.



cuti musim panas : pesta tanglung

tahun ni adalah tahun keempat aku berada di perantauan. dan tahun ni adalah tahun ketiga aku pergi ke pesta tanglung di tanah auckland. pada tahun kedua, aku tak dapat pergi sebab aku pulang dari tanah melayu lewat sangat. masa tu, first time balik rumah after eight months being away (literally) from the family. so, bukan main lagi aku lepaskan rindu-homesick segala bagai. bila dah besar sikit, aku decide takmo duduk rumah lama-lama. jadik, i was back in the auckland city lil bit earlier - yakni, 22 februari 2012. then, bila dah besar banyak, bertambah-tambah awal aku beli tiket kuala lumpur-auckland, that is, 28 disember 2013.
errr..paham tak aku cakap ni?
ok-ok, aku buat senarai tarikh-tarikh tiket aku :

tahun pertama

auckland-kuala lumpur 
24 november 2011

kuala lumpur-auckland
22 februari 2012

tempoh bercuti di malaysia - tiga bulan (secara kasar)


tahun kedua

auckland-kuala lumpur
07 november 2012

kuala-lumpur-auckland
18 februari 2013

tempoh bercuti di malaysia - tiga bulan (secara kasar)

tahun ketiga

auckland-kuala lumpur
28 november 2013

kuala lumpur-auckland
28 disember 2013

tempoh bercuti di malaysia - satu bulan

***

i must say that i'm proud to not spending such a long time in malaysia. at least, kalau habiskan musim panas di tanah auckland, tahap bahasa inggeris aku tak lah berkarat sungguh. paling tidak pun, aku akan speaking once in a day dengan my medical team, sheryll, jurulatih-jurulatih gantang di gym atau pekerja-pekerja countdown. lagi best, ini adalah tahun terakhir pengajian aku sebagai anak rantauan. tak syok lah kalau dok lama sangat kat melaka tu. otak tak berkembang, beb. karang bulan jun dah nak back for good dah. ingat senang ke nak dapat kehidupan yang jauh dari abah umi? haaaa...
so, bagi aku, keputusan untuk balik malaysia selama sebulan sahaja adalah tepat. terrrr-sangat tepat :)

malam tadi, aku, yasmin dengan nadzirah pakat-pakat nak pergi pesta tanglung. tahun-tahun sudah, pesta tanglung taklah seawal gini. aku pikir, dia ikut peredaran bulan kott - makin lama, makin awal. serupa jugak dengan puasa (jeng jeng jeng). kalau puasa awal, raya pun awal jugak kan? kan? kan? kan?
nak balik rombau lah ! #eh

dalam perancangan, kitorang nak huhahuha sesama kitorang je. well, it's partaayyy baby. mesti lah berjoli-sakan. tapi, bak kata pepatah, kita ni merancang. Tuhan yang menentukan. kebetulan, ada dua orang budak bachelor of arts (aka pelajar tesl kolej mara seremban) baru sampai ke tanah auckland siang tu. sebagai seorang senior yang budiman (ehem) dan seorang kakak yang taklah-nampak-macam-seorang-kakak-pun (sebab aku awet muda, ok), kitorang ajak budak-budak tu pergi sekali ke pesta tanglung. 
bila tengok diorang tu, tak habis-habis memori tahun pertama berputar dalam kepala otak aku. aku ingat lagi, aku pakai cukup tebal walaupun masa tu musim panas. hidung aku pulak berair dan aku dapat selsema. kak nina susah-susah bawak kitorang pergi pesta tanglung dan layan kerenah DAN JAWAB SOALAN KAMI YANG TAH PAPE-PAPE. 
aahhh...those days --
[ mata bergenang ]

dah, tak nak bebel lagi.
mohon jemput melihat gambar-gambar pesta tanglung terakhir aku.
perlu diketahui ya, kamera aku kamera cikai. mana gambar yang lawa tu, kira nasib je. kamera orang lain canggih-canggih. jealous iolls.


sebenarnya pesta tanglung berlangsung tiga hari tiga malam


tapi aku pergi sehari je. itupun, waktu malam.
kalau  nak pergi tengahari, boleh.


cuma, kalau pergi tengahari, kau nak tengok apa?
tanglung bukan menyala


ada macam-macam tanglung sekitar taman albert ni


ada tanglung yang pernah aku tengok sebelum ni. ada yang belum lagi


naga ni, kurang pasti dia ada ke tak tahun lepas.
kecik je dia ni. aku pukul kang


tanglung ni pun not bad.
bila duduk bawah pokok ni, fefeeling romantik sikit


aku dapat tangkap gambar tanglung-tanglung dengan jelas
lepas ramai orang dah balik


aku ronda kat taman albert sampai
lampu tanglung dimatikan kott


kiranya, aku balik apartment lewat sikit aa.
kau jangan nak report abah umi, ok?


tanglung pahlawan kuda. ha, tahun ni tahun kuda.
perasan tak?


si penari dan si jelata.


tokoh-tokoh ilmuwan (kononnya)


pakcik jual teh


entah 


ni lah acara kemuncak pesta tanglung - melihat bunga api dari menara auckland
oh yeh !


yang paling rendah tu, yang paling muda usianya HAHAHA


macam biasa -
gambar bersama yasmin sememangnya wajibbulghunnah


ini, kalau ditakdirkan aku berkenduri kahwin,
mereka kena dapat seat VVIP
friends till jannah gittew [ muntah hijau ]