perkara pertama yang aku lakukan dalam sesi taaruf kami, aku bukakan pintu kepada dia tentang depresi aku.
segalanya.
tanpa berselindung satu apa pun.
aku nekad kali ni.
"tokmak, siapa nak jadikan in ni istri dia kalau in dah sakit macam ni?"
well, dia adalah seorang yang umi pinangkan.
steady kan umi aku?
haha (gelak hambar)
dalam sopan di akhir kata aku - ketika sesi taaruf itu - aku berikan kata dua padanya,
"you can back off now from this marriage plan. it's never too late pun"
guess what?
***
umi dan dia, sama-sama pusing dengan aku. kenapa nak taaruf lagi? setiap hari nak taaruf ke? tak habis-habis lagi?
"kalau dah selalu taaruf, nanti lepas kawin, dah takde apa nak ditaarufkan lagi"
kata umi.
aku senyum di hujung bibir.
betul jugak tu. err..separa betul, maksud aku. dia sendiri pun setuju. khuatir, selepas melangkah ke pintu gerbang berdua sama, tak ada lagi kejutan daripada masing-masing. aku kurang percaya tentang kerisauan sebegitu. if we meant for this love marriage, i'll do my best to spark every moment we spend together.
"jujur, aku takde feeling pun dengan kau.
tapi, mungkin lepas nikah, the feeling can be developed.
who knows kan?"
biar telus sekarang. jangan nanti-nanti. dia pun ikut rentak seiring dengan aku. direct - never hide anything else. dan boleh dikatakan, setiap hari kami cuba mengenali satu sama lain.
perkenalan 17 tahun yang dulu, tak sama dengan perkenalan dua minggu yang lepas. iya, umi pinangkan dia - my childhood friend.
dan putik-putik pengharapan kembali menumbuh di ranting kehidupan aku.
"sayang, let's pray for both of us ya?"
- kata dia.