myCupOfTea

kenapa myCupOfTea?
baru tadi aku google asal-usul frasa myCupOfTea. ouh, by the way, abang aku pernah cakap - setiap peribahasa ada jalan ceritanya. manusia tak senang-senang cipta macam tu je - ting! terus keluar peribahasa. no, no. it doesn't work that way.

"There are a large amount of different drinks available on the earth today, and many people have a preference as to what they drink. One of the more common beverages people consume is tea. In fact, tea is considered to be the most widely consumed beverage in the world next to water. Indeed, tea is a widely known drink that is enjoyed by millions of people. Thus, the idea for this phrase is that when someone or something is to a person's liking, they liken it to a cup of tea" [sumber]

so.
kenapa myCupOfTea?

sebab aku suka dia. suka tengok gaya dia, cara dia, watak dia. suka lah. tapi, seperti yang pernah aku jujurkan pada dia jua, suka tu belum cecah tahap cinta. masih merangkak-rangkak. dan dia pun bertatih lagi - kata dia lahhh. mungkin satu hari nanti, kami berdua akan jatuh cinta (insyaAllah). for the time being, aku mengikut arus. sepertinya, takdir menuliskan yang dia pemilik tulang rusuk aku. 

macam kebanyakan orang lain, kakak aku pernah tanya (ketika kami dalam kereta, baru sudah hantar umi abah tunaikan umrah) - "apa yang buat kau suka pada dia eh?"

aku termenung sekejap. 
kenapa eh?
ikutkan, rata-rata orang sekeliling aku (terutama tesl girls) tahu betapa kisah cinta aku is one kind of hell. aku mendamping rasa cinta sejak zaman kolej mara seremban lagi. patah hati toksah cakap lah. BERKALI. and my problem is always to have difficulty in moving on and getting back on my feet. azabnya la haih. to a point, aku rasa kecewa dan aku patut berhenti menyeksa jiwa raga aku. i have to be selfish, somehow.
jadik, untuk menjawab persoalan kakak, aku katakan yang aku rasa senang dengan dia. senang, as in, aku ok dengan dia. dia buat aku rasa selamat dan tenang. well, aku kan jenis panik-tak-tentu-hala. kalau diberi situasi cemas, aku mungkin dah lari lintangpukang macam orang gila. while him? sedamai kau tengok bukit hijau laksana saujana mata memandang, sebegitu lah dia. cool af.
and that's why people say - to get married is to complement each other.

seperti yang aku katakan tadi, kami berdua adalah dua manusia yang baru nak kenal hati budi. we're getting there (insyaAllah). but how do we end up to have a mutual agreement which led us to this engagement?

nanti aku cerita.
stay tuned.

for many years to come



d r e a m




janji perempuan

pada satu hari.

pada satu pagi, sebenarnya. ketika dalam perjalanan menuju ke bangi, tapi menyinggah ipoh sekejap, dari pengkalan hulu - satu ceruk tempat yang aku tercampak oleh takdir. dulu, nama pengkalan hulu - kroh. dulu. cerita dulu-dulu.

di hujung corong talian, suara perempuan sayu ditangkap aku. aku kenal nama dia bilamana dia menyebut. cuba memperkenalkan diri, tapi, ye lah, introduction-nya sekadar...introduction. aku kenal dia walau tak pernah berjumpa. tak diberi kesempatan lagi, secara tepatnya. dia tanya, aku kat mana. aku terpaksa pusing stereng. berikan signal kiri. tukar gear. tarik hand break. mengawal suara. bersandar. dan menyambung bicara.

- saya di hospital - emergency department.
+ ye, saya tahu.
- awak tahu?
+ malam tadi saya dapat panggilan daripada hospital.
- ouh...

that ouh. a tone of frustration, i would say. it's supposed to be her they contacted first. not me. never will be me. how foolish i was to disclose bits of truth. but, thing's happened. might as well go with the flow. once, and for all. 

aku mendengar butir kata dia. setekun yang aku mampu. segagah yang aku ciptakan. selarat yang aku terdaya. dia tanya lagi, apakah boleh kami dua bertemu - eyes to eyes. kepala aku bingung sekejap. aku - - aku dalam perjalanan menuju ke bangi, tapi menyinggah ipoh sekejap, dari pengkalan hulu - satu ceruk tempat yang aku tercampak oleh takdir.

esak dia semakin jelas. god. what have i done to this woman? what was i thinking? what kind of person i am? 
angina crept my bosom, taking its place as usual. i started to feel the intensity. oh shit. not now, please. 

- i know this sounds stupid tapi saya nak get back together. saya masih cintakan dia.
+ tak...tu bukan stupid. that's the best decision you could ever make. 
- tapi saya insecure. saya tahu saya ada kurang sana sini.
+ tak...tak...awak tak perlu rasa macam tu.
- saya kena tahu if there's a possibility dia - -
+ dengar sini. kalau awak nak get back together, do it. jangan risaukan apa-apa. 
+ fikirkan anak awak. kesian. anak tu tak bersalah. think about her!
- tapi, kalau saya put an effort selepas ni, and somehow dia masih cintakan - -

she cried. i froze.
but of all i know, i need to help her. even if i have to sacrifice. 
it's just enough that i have listened to too many cries from women for the past few years. they pierce my skin, envenom my blood, cripple my limbs and parch my zest. 
god does not create women for them to cry out of misery.  

+ i'm going away. far enough from your family. i'll be gone for good.

satu janji aku ciptakan.
demi dia, seorang perempuan.
daripada aku, seorang perempuan.

talian diputuskan selepas dia memberi salam. aku harap, segalanya baik-baik di sana.
kereta dipacu kembali. berikan signal kanan. tukar gear. turun hand break. tekan pedal minyak.

kuat.
laju.
rakus.

"FARAHIN !"

ketika dalam perjalanan menuju ke bangi, tapi menyinggah ipoh sekejap, dari pengkalan hulu - satu ceruk tempat yang aku tercampak oleh takdir. alam telah menyaksikan raung aku. sepertinya, Tuhan telah ciptakan aku semata untuk merasa pedih.

angina is such a pure demon.


surat untuk sara #3

ke hadapan sayangku sara,

ok. mama dah lama tak tulis surat untuk awak. bukan mama lupa kat awak, bukan sayang. mama cuma...having a difficult phase of my life. hakikatnya, mama selalu je teringat sara. kalau mama borak dengan siapa-siapa yang terdekat dengan mama, mama akan sebut nama awak (with a H at the end). 

sara,

setiap kali mama memikirkan tentang awak, mama, up to a point, will cry all by myself. to think about you means to think about my future. and to think about future is something that scares me out. mama pernah bayangkan macam mana mama kendong awak dengan dua tangan mama ni dan mama akan tersenyum. hidung awak, mata awak, bibir awak - yang mana satu akan mewaris features mama?
seseorang pernah puji mata bundar mama (gelak). kata dia, mata mama besar. mata mama can tell few things, like, my emotions...or how i feel.
entah lah. ye la kott.

besar sangat ke mata mama awak ni, sara? ihik.

sara,

ketika mama menulis surat ni dan awak sedang bacanya, mama dah cecah 26 tahun. macam-macam benda berlaku sejak kali terakhir mama tulis surat untuk awak. dalam tempoh lima tahun tu, mama hadap too many shits. too many hurdles that i have to pass them with lots of faith and prayers. mama pernah tanya pada diri sendiri - kenapa tak boleh saja aku rempuh semua tu? biar mati terus.
tapi, kalau mama buat gitu, mama selfish, kan sayang? mama takkan jumpa awak, somehow. 
so, here i am. still. 

sara,

kalau nak diceritakan the dos and don'ts in life, terlalu banyak, sayang. even so, mama akan cuba protect awak no matter what. tapi, mama nak awak belajar sendiri jugak. taste the bitter, painful of life. sebab, dengan cara tu lah, awak akan jadik kuat. kuat macam mama. atau, lebih dari tu. mama takkan selalu ada untuk sara tapi percaya lah, sayang, doa mama akan melilit jasad dan roh awak. mama akan minta pada Tuhan untuk sentiasa lindungkan anak mama yang sorang ni :')

aahh...kenapa mata mama berair ni...

sara,

i wish you wouldn't have to face whatever i face in my life. i'm a messed one. i fail to take care of myself. and if i can't do so, how can i take care of you and abang adam? but sayang, i badly want to meet you both. seriously. i don't know why. i was thinking that perhaps both of you can be my saviour. i need to be saved. 
takpe kalau mama dah putus asa dengan hidup mama. tapi, to give up on you and abang adam is a no no. at least, to meet and have you in the future is a dream that makes me hold onto this life just a little bit more. 

sara,

mama berhenti tulis sini dulu, ya sayang? mama loves you even though we haven't met yet. i'm sure God will grant me this dream in few more years from now. i just have to be patient, that's all.
till then.
i see you in the next letter.

loves,
mama


penghujung disember yang dingin

aku ingin memulakan entry ini dengan satu kata pujangga dari Josephine Hart -

"damaged people are dangerous. they know they can survive"

namun untuk aku, kurang pasti samada ianya mampu atau sebaliknya. orang-orang sekeliling aku sentiasa katakan begini "kau kuat, In" dan aku tersenyum. entah celah mana aku kuat, aku sendiri tak tersedar. yang aku tahu, bersepai seorang aku memerlukan satu daya energy yang ultimate. dan mungkin juga sedikit magic dari yang Berkuasa.

2016 sekali lagi menyaksikan jatuh-bangun aku. kalau direncanakan dalam bentuk sebuah telemovie, kisah hidup aku men-demand-kan beratus episod. silap-silap, kau jenuh nak menonton. aku penat sebenarnya. berkali-kali aku cakap gini, kott. dan bila disoal, penat-kan apa? i simply said, life.
pernah satu masa, aku bagitahu Iqbal, guru kimia tingkatan 4 & 5, yang aku mahu letakkan satu noktah dalam aliran kehidupan aku. dan menjadi seorang yang telah bergelumang dengan teori-teori sains bersifat spesifik dan terang, Iqbal, guru kimia tingkatan 4 & 5, ingin aku jelaskan siratan kata aku.
what was i trying to say?
susah kalau kita punya vocab yang terhad untuk mendeskripsikan sesuatu abstrak seperti...a hollow feeling.
akhirnya, aku balaskan Iqbal, guru kimia tingkatan 4 & 5, bahawasanya aku sedikit kepenatan dengan tugas hakiki pada hari itu.

"take a nap"
atau
"have some rest"
atau
"go to sleep now"
atau...

apa-apa je lah yang menyuruh aku untuk tidak berfikir kompleks (dalam erti kata lain, overthink) -- itu lah Iqbal, guru kimia tingkatan 4 & 5.
the thing is, this exhaustion is not something that you can simply wash  it off by sleeping and waking up with an okay. it haunts you. it drags you to hell. it kills you slowly. it's...cancerous.   

-

2016 akan berlabuh.
ada orang berstatuskan bujang. ada yang menjadi tunangan orang. ada yang...bukan lagi tunangan orang. ada juga bergelar janda. atau duda. yang menjadi isteri atau suami. dan paling menggembirakan, menjadi part of parenthood.

2017 akan ke mari.
what lies in the future?