hembus.
penyeksaan halus terhadap diri sendiri.
kau memang dasar diktator.
"sayang tengah buat apa tu?" abah sapa aku dahulu di hujung corong.
aku, ikutkan, tak mahu sambut panggilan itu. ego ini aku dahulukan, namun tidak lama, aku campakkan jauh.
ini ayah aku. bukan orang lain.
"in tengah, em, rehat. tadi buat kerja" aku jujurkan dalam nada separuh enggan berbicara.
tidak mesra seperti selalu.
"owh..."
aku diam.
langsung tidak mahu memberi apa-apa respons.
sengaja.
"abah rindu dekat in" perlahan-lahan aku dengar suara abah yang makin dimakan usianya.
tersirap darah aku.
terkedu.
bersalah.
"ke...ke-kenapa?" tidak tahu dan keliru, aku tanyakan.
sudah seminggu.
seminggu - tujuh hari - seratus enam puluh lapan jam.
aku menyepi daripada abah.
tiada teks ringkas.
tiada suara.
aku pilih untuk berdiam.
berjauh hati - itu mungkin paling tepat untuk menceritakan apa yang sedang aku rasa sekarang ini.
***
"is it my exam the only indicator that we have to tell you whether i'm studying or playing around?"
aku tanya.
betul-betul aku bengang kali ni.
"yes" abah tegas.
"that's not fair! so, kalau in dapat D, abah nak cakap in tak belajar?"
"then?"
darah sudah menggelegak.
aku makin tak faham.
"ok, fine. if that's the only indicator" aku balas.
***
"lama tak dengar suara in. diam je. takde mesej, call lagi la takde"
"in tengah exam. lagipun, in sibuk study. ye lah, nanti orang tu cakap in tak study kan" aku memerli.
"bagus lah..." sayu suara abah.
"i miss you, sayang. tunggu in call, takde. takpelah, abah yang rindu biar abah yang call in eh" abah sambung lagi.
sedikit nada gelak terselit di celah-celah suara abah.
aku,
sekarang ini,
betul-betul rasa bersalah.
damn.
***
"aku tak rasa ayah kau fikir kau tak study" farah bertegas dengan aku.
di meja makan, aku pandang mata farah tepat.
aku mahukan penjelasan yang lebih.
"mungkin, itu cara dia. setiap parent, memang ada cara tersendiri. mungkin tu cara ayah kau. dia, sebenarnya, tau kau study. takkan dia tak tau?"
"kalau dia tau, kenapa dia cakap macam tu?" aku terus tembak laju.
"haih...kau ni. dia buat macam tu, sebab dia tak nak kau kecewa. kau kecewa, lagi la dia kecewa!"
farah rupanya sudah lebih sedia.
aku mati dulu.
***
"i miss you too, abah" mulut menyebut walau bukan lahiriahnya dari hati.
"hari ni in takde paper. esok paper statistics. hari ni, paper untuk budak repeat" aku cuba berlagak biasa.
"ah...ok. in kalau study, rehat-rehat la jugak"
"ye..."
"abah ni sakit lutut" abah mengadu.
"sakit lagi?" benar lah. dia sudah makin di penghujung usia.
"haah. tanda-tanda penuaan, bak kata in"
aku tawa.
"ni, sayang dah makan?" abah tanya.
"tak. hari ni in puasa"
"owh, ok...in duit cukup?"
"cukup"
"in, yang penting in jaga diri elok-elok tau. in take care ye"
"yes, abah"
"right...so, ok lah. abah..."
"aa...ok. i love you"
"i love you too. assalamualaikum"
letak saja panggilan, aku gumam di pintu.
anak apa kau ni.
***
malam tadi, aku didatangi seseorang.
seorang bidadari.
katanya,
"in, abah is the best father you ever have"

