kata umi, aku seorang yang panas baran, kuat melenting, cepat naik angin and suka bangkang tu ini. betul la tu. memang aku ngaku, aku bukan macam kakak yang bersifat air - sejuk, tenang dan nyaman. antara aku dengan kakak, kitorang macam dua polar yang berbeza, tahu? senang cerita, aku kutub utara, dia kutub selatan. but then, perbezaan ni la yang buatkan aku dan dia melengkapi. kalau ikut pengalaman, kakak sememangnya relax. dan aku? aku cepat gelabah. kakak cool. aku panik. dan, bila masuk bab argument, kakak selalu menang. logiknya, begitu lah kan? aku cuma api kott. sekali dijirus air, terpadam la aku. lagipun, dia budak law. what do you expect? aku memang kalah setiap masa.
duhh ~
ok.
dapat gambaran tak aku anak yang ke berapa berdasarkan deskriptif aku kasi tadi?
kalau tak dapat, takpe. well, aku anak nombor tiga dan kalau nak merujuk kitab tajul muluk, aku emphasize kan yang aku sebenarnya api. samada besar atau kecik apinya, tu, waallahualam - aku sendiri kurang pasti. sebab tu, sila hati-hati dengan aku. bukan maksud aku nak menakutkan kalian, tapi, ini cuma amaran. budak-budak 506 pernah saksikan macam mana barannya seorang aku dan, aku sendiri terkejut bila aku sedar yang aku tak boleh nak control my temper masa tu. alrgiht, enough about that 'cause it was already a history.
abaikan.
anyways, walaupun aku api yang berkemungkinan besar memudaratkan kalian, tapi, underneath the line, aku bukanlah totally membahayakan siapa-siapa. based on my readings since i was 15 until today, persona seperti aku mempunyai satu keupayaan dalam menghangatkan keadaan. cintanya selalu bersemarak tapi pada masa yang sama, kuat cemburu orangnya. bagaikan lagu dan irama, cemburu dan kasih sayang tak boleh dipisahkan dan saling berkait antara satu sama lain. tipulah kalau kalian tak pernah dengar kata pujangga - cemburu tandanya sayang. so, to my dearest future husband, i'm hoping you'll understand me if i suddenly might sound lil bit anxious or worried. it is not that i do not trust you but in this case, everything i do is out of love. alright, darling?
api jugak seorang yang bergerak cepat. ha, yang ni aku cukup setuju. everything has to be done on the dot. that's why aku susah nak bersabar. kalau nak bayar kat kaunter and tiba-tiba ada sorang mamat niger buat hal sebab amek barang yang takde tag harga, aku terus tukar lorong dan masuk kaunter lain. bukan tu saja, aku hangen kalau terpaksa tunggu orang. janji pukul enam, tapi, pukul enam tu la dia baru nak bersiap-siap. bersiap pulak, bukan main lama. tak boleh ke kau bertindak segera?
tapi, lain pulak sifat aku kalau kita tengok dari sudut astrologi cina. menurut wikipedia, astrologi cina berasaskan kalendar cina yang berteraskan astronomi dan falsafah cina kuno. apa yang aku faham, kitaran kalendar ni akan semakin lama semakin menjurus dan lebih bersifat spesifik. daripada skop luas, ianya mengecil dan lebih terperinci. mungkin kalian pernah dengar tentang empat unsur (tenaga) - api, tanah, air dan angin. atau, mungkin kalian pernah dengar tentang tahun-tahun binatang - tikus, lembu, harimau, naga dan sebagainya. tapi, dalam astrologi cina, tahukah kalian wujudnya konsep yinyang yang dipecahkan kepada lima unsur yakni kayu, api, tanah,logam dan air namun tidak disenarai pun unsur angin?
ambil contoh diri aku (sebab dalam melalui fasa remaja suatu ketika dulu, aku sedang mencari identiti dan sedaya upaya memahami diri sendiri, therefore, aku buat banyak reading). aku dilahirkan pada mei 1990 dan mengikut kalendar kitaran 60 tahun, aku berunsurkan logam yang dan bernaungkan zodiak kuda. maka, merujuk pada 12 haiwan zodiak, personaliti aku adalah begini;
kuda - yang - api.
twistnya kat sini, aku takkan ceritakan sifat mahmudah yang aku tonjolkan pada public atau apa-apa karakter positif yang orang lihat ada pada aku. aku cuma mahu tekankan di sini beberapa sifat negatif yang ada dalam diri. bukanlah niat aku untuk membuka pekung di dada tapi, pada aku, apa yang lemah, mungkin aku boleh perbaiki lagi dari semasa ke semasa.
so, antara sifat negatif tersebut, aku mengaku yang aku tidak tetap hati, cemas, biadab, mudah terpedaya, degil, kurang stabil dan kurang tabah. abah sendiri pernah cakap, aku degil orangnya. dan, masa aku melalui fasa pencarian identiti, berapa kali dah aku buat umi kecik hati. see, i'm not a good daughter though.
ok, kita berhenti dulu soal personaliti diri bawangmerah.
tahu kah kalian, hari selasa dan hari ni, aku pergi kuliah linguistik? (bunyik mukadimah macam dalam cd rom kbsm sekolah pulak). for the mean time, aku rasa aku akan suka subjek tu. aku rasa lah. walaupun ada suara-suara katakan linguistik itu payah, aku percaya, berkat doa umi abah dan kalian, aku harap aku boleh skor. sebagai pengenalan subjek itu, puan helen charters berikan beberapa idea apa itu linguistik. dan, bestnya, makhraj-makhraj huruf rumi seperti bi disebut be-, si disebut ke, di disebut duh-, semua itu bukan satu benda yang baru pada aku sebab aku dah pernah belajar masa aku umur enam tahun lagi. pastu, beliau tunjukkan satu keratan halaman kamus yang selalunya kita akan nampak headwords (contohnya - shallot), kemudian pronunciation ( ʃəˈlɒt ), part of speech (noun) dan maknanya sekali. kalau kalian rajin selak kamus dan pernah baca kamus macam baca buku novel (which i once did long time ago), kalian mesti dapat imagine apa yang aku cakapkan. ye, lagi sekali aku rasa seronok. sebab apa? sebab aku ada satu tabiat mencuba menyebut perkataan-perkataan dalam kamus oxford edisi ketujuh dan kemudian suka-suka menyoal kakak yang mana satu sebutan yang betul. again, ini bukan benda baru untuk aku. oh, ada lagi. kalau mencarik perkataan, suka aku tengok part of speech perkataan tersebut berupa apa. adakah noun? verb? adverb? adjective? bagi aku, perkara macam ni adalah crucial sebab aku sudah dilatih merujuk kamus dengan cara macam tu sejak aku darjah lima lagi. heh. cikgu-cikgu bahasa inggeris aku memang particular sikit. bukan takat kena belajar part of speech, tapi, tenses untuk irregular verb pun kena hafal. serius tak tipu.
tapi kan, sayang...
aku masih lagi tak hebat dalam bidang bahasa inggeris ni.
:(
habis kelas linguistik, i've realized something about myself on the way back to whitaker. sepanjang hidup ni, walaupun aku seorang pembangkang, degil dan panas baran, one thing for sure, bila masuk bab pendidikan, aku tak pernah persoalkan apa yang abah umi tetapkan. bilamasa aku dihantar tadika premier montessori yang mana bahasa rasminya adalah bahasa inggeris, aku takde pun rasa nak ponteng sekolah walaupun sekali. mind you, aku pergi tadika macam orang pergi kerja pejabat. masa tu, hari sabtu masih lagi declare as working day. so, aku akan masuk pukul lapan pagi, balik pukul lima petang. hari sabtu pulak, masuk macam biasa tapi balik pukul duabelas tengahari. aku tadika enam hari dalam seminggu dan ahad satu-satunya cuti untuk aku. kemudian, bila masuk darjah empat, lima dan enam, aku dihantar tuisyen lepas habis waktu sekolah sesi pagi. still, aku ikut je apa yang abah umi putuskan. kau ingat tak penat ke? aku balik dari sekolah sesi pagi, terus makan tengahari and then salin baju, terus umi angkut, hantar aku pergi tuisyen. habis tuisyen, pergi pulak sekolah agama sesi petang. boleh kata tiga hari daripada lima hari persekolahan, aku akan rasa letih dari segi fizikal dan mental. pergh...kadang-kadang, macam tak caya je dengan benda yang aku pernah buat selama ni.
anyways, pokok pangkalnya, apa yang aku nak cakapkan is, whatever it is that our parents have lined for us especially regarding our education, just do it according to the plan. aku sebenarnya, tak pernah faham kenapa aku kena pergi tadika premier montessori instead of tadika kemas, kenapa aku kena pergi tuisyen after school instead of staying at home doing my assignments and kenapa aku kena skor setiap peperiksaan yang ada dalam sistem malaysia ni. aku just tak faham. tapi, aku percaya satu perkara - kalau aku ikut rintisan yang umi abah buatkan untuk aku, aku akan selamat, insyaAllah. somehow, aku percaya jugak yang Tuhan sebenarnya sudah siapkan satu perancangan paling sempurna dalam hidup aku melalui medium perantaran umi abah. aku percaya sangat yang tu.
jujurnya, aku tak sangka, ilmu yang pernah aku dapat seawal usia kanak-kanak, rupanya, akan berguna pada masa sekarang.
kuasa Tuhan memang hebat.
alright, aku stop sini dulu.
next entry, aku nak bawak kalian ke salah satu tempat yang menarik kat auckland ni.
tunggu ok!