saja nak berlagak


dengan webcam c-170 logitech. 
boleh tahan lawa kualiti gambar dia.
boleh laaaaaaaa

sekarang, dah makin rancak sesi ber-skype.
amboi.



usaha yang alternatif

lagi tentang perjalanan #marikurusbersama.
untuk mereka yang memang sedia kurus, aku ucapkan tahniah dan hungtunglahhhhh kamu (diiringi dengan nada api kecemburuan). maka, mungkin saja kau boleh ponteng membaca entri ni dan nantikan kisah aku yang lain.

tapi, kalau lu nak baca jugak, gua no hal bro! kehkehkeh

-

ok.
selain menjaga pemakanan dan berlari laju seperti seekor hamster di atas treadmill di gym, aku amalkan penggunaan produk di bawah ni.


kedua-duanya adalah halal. jangan risau ya?


dulu, langsung aku tak percaya soal kau-pakai-losyen-kau-boleh-jadik-kurus. like, seriously dude?
heh, kau pakai nora danish as a model, boleh la. dia tu dah sah-sah lawa dan kurus. jadik, memberi testimonial bersumberkan "eh, nora danish pakai, ok jeee" is totally disqualified according to my dictionary.
until one day, aku jalan-jalan kat mydin. dan, biasa lah - gadis tipikal seperti aku memang suka sangat membeli-belah. lagi-lagi bila dah terpacak kat seksyen penjagaan diri, confirm LAMA.
(nota untuk future husband : please jangan marah saya kalau kita dua TERlama di seksyen ni. janji eh?)
so, tengah tengok-tengok pelbagai barang di atas rak, tetiba terpegang satu lotion mustajab ni (aku pun kurang pasti bagaimana losyen tersebut meluncur masuk ke dalam genggaman aku). daripada terpegang, aku terbaca pulaaaak khasiat kat belakang tiub tu. daripada terbaca --
hmm...the rest is history.

aku tak pakai lotion mustajab pada seluruh badan. satu, sebab dia panas dan aku taknak the whole body of mine feels burning. karang jadik macam cacing kepanasan. takmo !
dua, sebab aku rasa like, gigih gila nak pakai losyen pada segenap lapisan epidermis. hang tak tahu ka the largest organ of human body is this thing called epidermis? haaa, that's why aku rasa seperti tak perlu kott nak beriya sangat hahaha
so, aku cuma pakai pada lengan atas sahaja (brachium). maklum lah, iolls nak test je. mana la tahu silap-silap ada iritasi kulit, hanya di kawasan brachium yang merana nanti.

selalunya aku akan pakai losyen ni selepas mandi and bilik aku confirm berbau seperti bilik pesakit. ye lah, bau lotion mustajab boleh tahan kuat kott. sumpah macam bau ubat. and nadzirah dan yasmin terpaksa redha menahan sekali baunya hikhikhik

sekarang, dah masuk setahun lebih aku guna. you can see its effectiveness based on my two photos below : 


sila fokus pada bahagian atas lengan.
berbeza bukan?


gambar kiri : 2011
gambar kanan : 2013


untuk losyen yang kedua (Slimtrimz), aku baru je guna bulan disember tahun lepas. kakak beli daripada kak ija. harga dia jauh lebih mahal daripada lotion mustajab, that is RM 35.90 (harga semenanjung). but i tell you what, Slimtrimz tak berbau kuat macam lotion mustajab. in fact, secara relatifnya, dia lebih cepat meresap ke dalam kulit. kiranya, aku baru sapu dan urut sebanyak dua tiga kali, dia dah hilang dah.
magic weeyhhhh

kali ni, aku pakai kat otot paha (adductor magnus - semangat gila aku carik terma ni semata-mata nak kasi korang faham tang mana aku sapu hahaha!)
kita tengok lah setahun kemudian bagaimana kesannya ke atas aku.
[kenyit mata]

by the way, sebelum aku akhir kalam, cuba tengok ni -


2011 - 26 straight jeans
2012 - 25 straight jeans
2013 - 24 straight jeans

achievement unlocked : manage to shrink my waist - HAHAHAHA !

nanti-nanti, kalau aku tetiba nak share what i have done to fit into that 24 jeans, i'll write an entry about it.
untuk para gadis di luar sana yang sedang on the way menguruskan badan, salam salute daripada saya. jangan pernah berputus asa, ok?

nota untuk aku-masa-depan :
if ever you put on weight disastrously, you better move your ass, girl!
shame on you.


sejauh mana kau telah pergi, wahai budak?

kalau kami bertiga duduk sekali di ruang tamu, ada macam-macam cerita yang terkeluar. dari hal ehwal keluarga ke hal ehwal pelajaran. 
berbunyi ilmiah, bukan?

ptuih.

takde lah.
aku, yasmin dengan nadzirah - kalau perempuan duduk sama-sama, ada seribusatumacam gosip yang dirancakkan. kadang-kadang tu, ada je terselit perkara ilmiah. TAPI, biasalah. benda-benda ilmiah ni lebih digulakan hinggakan terlarut semuanya. yang tinggal nanti cumalah manisan-manisan cerita liar.

-

"dulu, kalau kat kk (mrsm kuala klawang), budak-budak suka nak buat dedication"

aku bukakkan topik baru - zaman sekolah menengah.

"oh! haah, ada-ada. kalau budak mrsm, memang ada benda ni" nad tokokkan.

"haish. nak je aku haromkan natang tu"
"apsal?"

yasmin angkat kening.
tak faham.

"benci aku--"
"aaaa...ni mesti kau tak pernah dapat kaannn"
"siot aa"

yasmin gelak.

-

dedication thingy ni semacam racun, kau tahu? sebab bagi aku, it's a form of labelling that tells kids either you're some kind popular, loser, loner or whatever. aku jarang nak singkapkan kisah kuala klawang. takde satu perkara yang seronok pun. most probably because i was a nobody after all.
masa zaman tu, perasaan nak di-recognize oleh komuniti sangat menebal dalam diri aku. even so, i didn't put much effort to be acknowledged. cukuplah takat orang tahu yang aku budak menang nombor tiga teratas dalam merentas desa dan budak pointer 3.5 yang lima kali naik pentas nak amek anugerah pengetua.
lain-lain?
zilch. 

ANYWAYS.
budak hingusan seperti aku ni boleh kau kategorikan dalam kumpulan biasa-biasa saja. atau, bawah daripada biasa-biasa. nak kata ada rupa, memang tak lah kan. nak kata pandai, tak pernah pun cecah empat rata. 
senang cerita - i got no wow factors.

contoh,


salah satu tudung yang menjadik mangsa kehancuran tangan aku


aku langsung tak pandai berfesyen. kesemua baju aku, hat dari aku kecik sampai ke kolej - kakak dengan umi yang pilihkan. ini termasuklah baju kurung sekolah, baju kurung prep, baju outing dan baju majlis makan malam akhir tahun. 
tudung?
warna hitam je. itu lah yang aku kerap pakai selain tudung sekolah warna putih, seolah-olah dalam dunia ni, tak pernah terwujud warna lain. dan aku pakai asalkan boleh je. konyok ke tak, itu belakang cerita.


kulit berminyak, penuh jerawat, kering dan kusam


aku tak pernah kisahkan soal penjagaan makanan. apa yang ada kat dewan selera, itu lah yang aku telan. apa yang umi abah belikan, itu lah yang aku kunyahkan. dan kau tahu lah masakan melayu macam mana - penuh minyak dan santan; berlemak dan bergula. mungkin sebab tu lah, muka aku senang berminyak dan naik jerawat. faktor persekitaran pun, boleh jadik jugak. tambah pulak hormon aku tengah nak roller coaster. that would be another reason why my face was not as flawless as the faces' of popular girls' in my schools.


2010 - seperti ada bebola tennis di kedua-dua belah pipi


dah aku melantak makanan ikut suka hati aku, i became chubby, fat and plump. sebenarnya, sejak aku kena ulang peperiksaan a-level AS, aku makan terlalu banyak sampaikan berat aku bertambah dengan mendadak. seriously, banyak hokkaayyy
pagi-petang-siang-malam, i was non-stop munching.
and that leads us to the ugly truth - i hit 50 kilos and maintained the weight until i enrolled in the auckland university.

now, with all those flaws i had, no wonder i didn't get any dedication kan? HAHAHAHA #loser
tapi, the fact that i ain't ever miss popular, miss brainy and miss universe, someone like zafree did have a feeling on me :p


fefeeling artis gittew


years have passed and i admit, i've changed a lot.
kalau dulu aku tak reti berfesyen, sekarang, at least, i know which outfit looks good on my petite figure. warna tudung pun dah pandai aku pilih sendiri dan dah reti aku padan-padankan dengan baju-baju aku. cuma, nak pakai shawl tu, kirim salam la ye?
also, i know what kind of accessories can go along with my style, be it, handbags, shades, footwears and jewelry.


it's a long road for me to get here


aku dah tukar gaya pemakanan aku. in fact, i strictly keep my toes on my diet and make sure i work out if i have time. not to forget, aku sangat cerewet dengan nilai kalori makanan. fast food seperti mcD dan KFC tak dipandang dah. kalau ada pun, boleh la kau kira dengan jari, berapa kali aku pi makan.
buat masa sekarang, aku tak boleh declare yang aku ni vegetarian because i still consume dairy products and seafood. insyaAllah, gradually, i'll manage to eliminate these food groups from my meals.


bila nak jumpa doktor, aku akan beriya bagai bersiap.
sebab apa? sebab aku selagi boleh nak tipu doktor dengan katakan "i'm totally fine"
tapi doktor aku selalu tahu yang sebenarnya aku belum betul-betul sihat :(

the next thing is, i'm concern with my facial appearance, hence, explaining why i have piles of make up on my desk. tapi, aku tak bersolek tebal ok? cukup takat bb cream, compact powder, vaseline, brown eye liner, contact lenses and mascara. bonus kalau aku tiba-tiba pakai eye shadow dan nail polish hewhewhew
o, due to my diet, i can say that it becomes a contributing factor to my skin care. jerawat dah jarang naik ouh!
everytime aku masuk tandas pulak, aku akan cuci muka. dan supaya kulit aku tak jadik kering, i apply a few of skin products. kalau dulu, cukup pemalas bab penjagaan muka ni. tapi sekarang, everything's changed :)

so, tak salah kan andai aku sabitkan bahawasanya farahin yang lama itu sudah tiada?
yes, there's no more of THAT farahin (perhaps ada lagi kott)
and now, i'm a bit satisfied with what i've become but my journey towards one of a kind is still a long way to go.

until then, au revoir.




kepentingan teknik dan masa

o for god's sake, come onnnn!

[pause]

iye. tajuk entri kali ni sememangnya sedikit lame, ala-ala skema dan kau-bajet-nerd-dan-terasa-itu-comel (?). 
whatever.

sejak pulang semula ke kampung halaman (yakni tanah auckland yang ku cintaiii), aku dah mula masuk dapur dan untuk kesekian kalinya, aku tersedar yang skil masak aku sudah merundum jatuh ke tahap bawah sifar. 
SUCH. PATHETIC.
kentang tergolek, sudu terlepas, pisau terjatuh, bawang putih terhangus, sup tertawar, dan paling obvious - rasa makanan yang sungguh horrible, miserable and terrible. mengecewakan lah. 
but, anyway. kau patut berbangga sama aku ok. 
tahu kenapa?
sebab aku dah boleh pegang pisau even if there's no one in the kitchen (so far). i tell you what, my dearest friends, for the past six months, aku terpaksa jauhkan diri dari segala benda yang tajam, secara spesifiknya pisau kertas dan pisau dapur kerana aku ada SH addiction. tagihan ini tidak elok dan aku masih lagi dalam proses rawatan (walaupun aku sesuka hati tak amek ubat dah LOL). 
hei, jangan silap tafsir, boleh tak? aku langsung tak berbangga pun to have this kind of sickness (or addiction, i suppose). jauh sekali untuk menagih simpati daripada kau semua. aku nyatakan kat sini bernawaitukan keinginan untuk membantu mereka kat luar sana dengan menceritakan my journey towards the cure. tapi, aku cerita dalam entri yang lain lah (insyaAllah). 
not this time, babies.



masa kat malaysia, abang aku lah yang teman aku masak kat dapur.
yeah, he took care of me very well so that i wouldn't be hurt physically.


back to our focus.
aku masih lagi dalam misi menjadik skinny. aha, kau hengat aku senang-senang nak humban misi aku dalam tong sampah? tolong sikit eh. selagi aku tak dapat berat badan yang aku dok craving tiap-tiap hari, selagi tu aku takkan berputus asa. dan selagi aku tak dapat figure size seperti posh beckham dan ariana grande (ambitious much eit?), selagi tu aku takkan berhenti. yeah, i can be as stubborn as a mule, hence, no one could ever stop me. not even you, my dearest mr future husband MUAHAHAHA !
well, tak kisah la kau nak kata aku apa kan. 
i'd rather be too thin than be too fat, period.

so, dalam pada aku masih beriman dengan misi ni, kadang-kadang, tergelincir jugak aku ke kancah kekufuran - yakni, aku pergi balun beberapa coklat, kek, aiskrim, biskut dan makanan yang sewaktu dengannya #loser
tak ketinggalan, nafsu keinginan meratah semangkuk pasta, pun ADA tersemat dalam hati. lagi-lagi kalau yang berkuahkan sos putih carbonara mahupun alfredo. sungguh syaiton durjana mereka itu hahaha

i tell you what, pasta ni, sebenarnya, tak menggemukkan pun. yang meningkatkan nilai kalorinya ialah sos dia. kiranya, kalau kau ratah pasta itu SAHAJA (lagi-lagi whole-wheat pasta), ia takkan mengkufurkan kau dalam mengimani misi mengurangkan berat badan hihihi

ok, kat sini aku nak cerita pasal dua jenis pasta yang recently i cooked with the correct techniques. meaning to say, sebelum ni aku dah pernah guna resipi noobcook, but somehow i overlooked some aspects. until i watched pasta, TIBA-TIBA aku rasa nak masak pasta semula.
wah giteewww !


ini lah dua watak kegemaran aku, lagi-lagi yang belah kanan ni.
*cairrrrr*
sumber gambar : [sini]


untuk pengetahuan kau, dua pasta yang aku masak ni adalah simple/basic pasta. so, kalau kau tak reti masak fettucine alfredo, ravioli, carbonara, penne all'arrabbiata (yang ni tak sedap hahaha) mahupun truffle tagliatelle, TIDAK MENGAPA, asalkan kau power dengan simple/basic pasta.

personally, antara spaghetti dengan fettuccine, i choose the latter. mungkin sebab spaghetti sangat menyerupai mee kuning melayu kita, hence making me feel lesser italian hihihi
ala, lagipun, aku selalu masak awal dan masakan dihidangkan kemudiannya. the use of fettuccine is a smart way to preserve the taste of the dish. sebab, antara spaghetti dengan fettuccine, fettuccine tidak menyerap minyak sangat ekoran ruang udara antara mee nya adalah sedikit. jadik, fettuccine tu takde lah melekat sangat.


kiri : avocado pasta
kanan : prawn aglio olio pasta


teknik merebus pasta adalah perkara paling penting yang mesti kau tumpukan. jangan main sedap kau je nak masukkan fettuccine dalam air yang belum dididihkan, lepas tu, kau tinggalkan dia atas dapur.
TAK BOLEH.
kalau this fundamental rule pun kau nak derhaka, lupakan saja cita-cita memasak simple/basic pasta yang sedap.

alright.
pertama, air mesti betul-betul panas menggelegak. kalau nak diikut teknik bonda (aku belajar daripada dia sebenarnya), bila kau nampak ada buih-buih dalam air didihan tu, baru kau masukkan fettuccine. oh ya. jangan lupa tarok garam dan kacaukan ia agar pasta tak melekat sesama mereka. pasta yang sedap adalah pasta yang direbus dalam air didihan masin - semasin air laut. maka, letaklah garam sampai kau rasa air tu dah serupa macam air laut mati. the trick is, you don't have to put salt anymore when you're cooking the pasta later.
kedua, jaga fettuccine kau. kalau di label belakang produk kata ianya patut direbus selama lapan minit, maka, kau kena rebus within the suggested time. pasta yang sedap mestilah bersifat al dente, yakni, masih lagi pejal tapi tidak lah keras, tidak lah lembut. if you want to confirm that your pasta is already cooked, you won't spot a dot in the middle of a string of the pasta.

once the dot has disappeared, your pasta is now ready to go.
sumber gambar : [sini]


kemudian, toskan fettuccine dan pada masa yang sama, lalukan ia dengan air sejuk. the relevance is that to stop the pasta from continuously cooking. dengan cara gini, pasta kau akan kekal al dente.

nota tambahan :
pasta bersifat al dente mempunyai tahap indeks glisemik (GI) yang lebih rendah berbanding pasta yang terlebih masak (lembut). so, kau jangan lah risau sangat. makanan berGI rendah boleh dimakan banyak.
(tapi, jangan pulak kau betul-betul balun sebaldi pasta al dente. agak-agak la sikit oi).

haa...sekarang, kau dah boleh masak dressing/sosnya.
bahan utama untuk dressing/sos kedua-dua resipi di atas - minyak zaitun dan bawang putih. 
pandai-pandai lah kau rujuk resipi selanjutnya kat website tu, ya?

nota tambahan :
nak diikutkan, ada banyaaakk sangat aspek berkaitan masakan berasaskan pasta. i'm not that good in it because pasta is not really my thing.
eh, ye ke?


aku sebatang pensel



#deep

nota : kredit kepada nami cob nobbler - aku dapat video ni dari dia lah.



tak sedar

nak follow boleh. tak nak follow pun takpe.
bukan gua private kan pun.


dalam pada rakan-rakan seperjuangan gua tengah ber-mating dan breeding, gua masih lagi di takuk lama rupanya. tak sangka dah masuk tahun 2014. bermakna, gua dah 24 tahun woi. 
tapi, apsal gua fefeeling 18 lagi ni?

dasar manusia tak sedar diri.
ptuih.