aku tak pernah menyesal belajar overseas sebab itu lah perkara yang paling aku mahukan sejak kecik lagi. walaupun tanah auckland takde salji, aku kira, tu adalah satu kesyukuran. well, aku pun tak hadap sangat nak main salji. kau ingat seronok ke kalau kiri kanan jalan raya ada benda-benda putih tu? sehari dua, lawa lah. bandar pun nampak suci semacam. tapi tunggu aa tiga pat hari kemudian. salji putih dah dicemarrrr hahaha
masa aku bercuti lima hari empat malam kat queenstown, aku dah tak sabar nak balik tanah auckland pada hari ketiga sebenarnya. entah lah. aku ni bukan jenis tahan suhu sejuk. so, winter is a no-no for me.
as you are already informed, aku amek masa dua tahun untuk buat persediaan akademik sebelum berangkat ke tanah auckland. orang lain buat tiga atau dua semester. paling cepat, satu semester saja. tapi, untuk program aku, budak-budak tesl were stuck for four semesters. so, within that four semesters, some of my friends dah fly dah. cemburu tu, toksah cakap lah. aku tengah struggle dengan A-level, depa pulak dok selfie dengan euro trip lah, winter trip lah, parti sana, parti sini. but then, hujan gerimis di tengahari boleh berlaku dengan kun-fa-ya-kun daripada Tuhan. maknanya, hari tak selalu cerah. banyak cabaran duduk kat perantauan.
dan tahap kecekalan betul-betul teruji, percaya lah.
i learned to become adult when i was in auckland.
God taught me through hardships.
and He still teaches me so, here in malaysia.
salah satu perkara yang paling aku takut bilamana aku duduk kat perantauan - aku tak dapat pulang ke tanah air kalau-kalau ada kematian orang yang tersayang. dan, sepanjang aku buat persediaan kat malaysia, banyak jugak berita-berita kematian yang kawan-kawan perantauan, terima.
kematian bapa, kematian datuk, kematian pakcik. you just name it.
aku tahu pun sebab mereka kongsikan kat facebook. dan, melalui rantaian komen-komen serta mulut tempayan rakan-rakan, aku dimaklumkan tentang siri-siri kepayahan mereka yang mahu pulang segera ke tanah air untuk bertemu dengan jasad arwah buat kali terakhir.
kenapa aku katakan siri-siri kepayahan?
sebab the final destination (that is malaysia) seems to be so hard to reach. lepas satu, satu benda berlaku - baru lah kau sampai kat KLIA.
ada jugak yang tak berkesempatan pulang sebab tengah berjuang dengan exams, quizzes, assignments dan macam-macam lagi.
until that one night, the moment i am very scared of, came and hit me with real hard.
tokbak pergi.
malam tu, aku mengongoi nangis dengan sendu yang ditahan-tahan.
aku tak dapat balik malaysia because i was in the middle of winter trip with my two girlfriends. besides, school was about to start again and there would be no point of coming back home. what more, savings aku tak banyak untuk book a ticket since i spent most of it for my winter trip.
sampai sekarang, aku agak terkilan tak dapat nak tengok tokbak for the last time. terkadang, aku menyoal - kenapa tokbak tak tunggu in? bukannya lama. lepas winter, spring and then summer. summer kan in balik malaysia.
kalau duduk berdua dengan abah atau tokmak, aku suka bicarakan soal tokbak - just to reminisce about him. and when i went too far, soalan-soalan berbaur menidakkan takdir just slipped out. abah tak marah aku pun sebab dia tahu, aku sedang menelan pedih.
sebaliknya, abah katakan, "mungkin kalau tokbak tunggu in, dia akan lagi sakit"
of course aku tak nak tokbak rasa macam tu. lalu, apa je yang aku mampu buat?
al-fatihah.