lintas langsung wilayah biri-biri : menghubung tanah melayu

sebelum tu, lihat di bawah.


cool kan?
tapi, lagi cool kalau tengok jadual semester dua punya. kelas cuma ada tiga hari woo!
(mengangkat kening tanda riak tiga saat hahahaha)
well, tu menurut kawan aku lah. dia yang tengok maklumat tu kat internet. aku ni, tak dapat nak akses sarang maya universiti aku pulak. entah jadah kenapa. bengang aku sampai tahap nak hentak-hentak meja belajar. dah cuba pat lima kali depan komputer riba ni. masih takmo jugak dia pergi, walhal aku dah tekan-tekan id dengan kata laluan yang betul, tepat dan weyh, aku confiden sangat maklumat yang aku key-in tu adalah benar-sebenar-benarnya. ah, tak memasal kena menapak mejabantuan (baca : helpdesk) esok hari.
bapak malas.

teknologi zaman sekarang...
(geleng)
kadang-kadang -- eh silap. maksud aku, selalu sungguh aku tak terkejar. wonder jugak aku; agak-agak, berapa ek kadar ciptaan teknologi bercambah dalam satu saat? cepat sangat nak bertransformasi. heh.
oh. kita kembali pada niat asal kita. aku bukan nak meraban pasal teknologi sebenarnya. sekadar nak cakap, hari ni aku call abah. baca betul-betul. caalllll. bukan skype ok. memandangkan kuliah cuma satu jam and then aku cabut terus ke queen street semata-mata nak beli beg dobi (exaggarrate kan bunyinya? but i like ~) dan menikmati makan tengahari berupa falafil kebab berharga lapan dollar kat bawah salah satu pokok besaRR di taman albert, akhirnya, selepas pung pang pung pang pung pang, aku balik apartment terlajak pukul dua petang. ok la tu. pukul dua. bukan lapan malam waktu maghrib di auckland.

hei, you all tahu kan rugby world cup buat kat new zealand tahun ni?
(relaks, aku tak angkat kening dah)
walaupun aku tak pernah tahu apa-apa pasal rugbi kecuali the innocency forrest gump berlari merentasi padang ragbi, aku berkira nak pergi tengok. once in a lifetime, beb. soal agorafobia, itu...err aku hadap je kott?
anyways, sampai-sampai je apartment dan bukak pintu rumah lalu terjengul budak jijie and nasib baik aku tak cabut tudung lagi, farah tanya aku direct dengan muka penuh serius,

"kau nak tak nak beli tiket? pat puluh satu dollar kat eden park. tapi, bukan final la. kau kena decide sekarang jugak. kalau rasa fifty-fifty, tak payah pergi. so...?"

eden park.
dekat dengan kawasan domain tempat budak-budak main futsal?

terus bagi jawapan on the spot.
masuk bilik.
dial nombor.


tak berangkat.
kecewa.


aku call malaysia sebenarnya. dan, bukan abah yang aku panggilkan dulu. harus call sekarang sebab bagi aku, ni urgent. before calling tu, sudah aku tengok, malaysia baru pukul sembilan pagi. sah-sah semua tengah kerja dan bukan duduk depan laptop untuk sesi skypy-skypy. but, it's no big deal actually to pick up the phone for awhile. aku bukan nak borak panjang pun. dan pernah aku pesan satu kali, kalau ada nombor pelik keluar, itu aku dan tolong, jangan teragak nak angkat.
urgent? yes. i call this urgent because we're playing with dollars here. ef wai ai, living cost sini tinggi. aku duduk betul-betul kat bandar. that's why, one thing aku belajar, nafsu wajib disekat habis-habisan. kalau turutkan nafsu sangat, huish. mampus aku. aku wajib tahu yang mana satu keperluan yang mana satu kehendak. sebab aku, ye aku berani mengaku kat sini, bergantung sepenuhnya pada duit biasiswa. cukup-cukup lah aku nyusahkan umi abah.
dan apakah menyalurkan duit ke arah permainan yang satu hapah pun aku tak tahu, satu keperluan atau kehendak semata-mata?

tik tok tik tok tik tok.
dahi berkerut. cuma, tak ada peluh terpecik.
ah!


masuk bilik air.
amek wudhuk.
solat zohor.
baca doa.
dan, mesej masuk.
tiba-tiba.


'salam. mohd ke?'


berganda kekecewaan aku.
terdiam.

mungkin, umi rindukan mohd.
mungkin lah.


lintas langsung wilayah biri-biri : angin kuat

aku dengan dunia aku


aku ulang -
angin kuat walaupun sini musim panas lagi. heh. tunggu la bila aku mula pangkah bulan april kat kalendar nanti, mungkin lebih extreme cuaca wilayah biri-biri ni. ah, april. ataupun mac. entah lah. tak tahu bulan mana yang musim luruh nak katakan hai-hai pada aku. kalau nak bercerita betul-betul pasal cuaca kat sini, memang tak dapat lah. to be frank, tiap-tiap hari aku check ramalan kaji cuaca. ala, nama pun ramalan. ramalan semata bhai!
iklim wilayah biri-biri selalu nak main chak-chak dengan aku. tak memasal aku pening kepala nak decide pakai baju apa.
mungkin sebab musim panas dah tiba penghujung. dalam nak dekat seminggu aku bernafas dalam dunia baru ni, sehari-dua angin bertiup kuat walaupun matahari menerik. sakit mata. gigil badan. bibir mengering. hidung tersumbat. musim panas langsung bukan panas.
terseksa, kau tahu?
ok, tak nak emosional lebih-lebih.

so, apa kata kita rewind tarikh duapuluhempat haribulan?


berpeluk tubuh masing-masing


awal pagi, hanya gerimis je. tapi, tetap rasa sejuk. dah la pakai baju kurung kain nipis. pulak tu, tak pakai sweater ke hape. bila angin tiup, rasa macam kena baling dengan ketulan-ketulan ais. sumpah sejuk ok.


grafton bridge


yay!
dah tamat merentasi grafton bridge


sempat kitorang bergambar kat papan tanda huia. eh, tahu tak macam mana nak sebut "huia"?
sebut macam ni - "hoo-ya". bukan "hoo-ra" atau "hoo-ray" eh.

kemudian, duapuluhlima haribulan, kitorang jalan kaki dari symonds street hingga ke ferry building yang terletak dekat dengan queen street. kalau kalian ke auckland, jangan lupa datang ke sini tau sebab dekat dengan ferry building, ada stesen bas hop on hop off. pelancong-pelancong confirm suka lah. dengan bayaran $24 setiap seorang, bas ni bawak kitorang ke 14 tempat menarik di sekitar auckland. jadual bas bertolak dari stesennya berubah mengikut musim. contohnya, kalau musim panas, bas bergerak seawal sembilan pagi tapi, bila musim sejuk, bas bertolak pada pukul sepuluh pagi. ada dua tempat yang hanya available pada musim panas - auckland zoo dan mount eden. kitorang tak masuk auckland zoo sebab pertama, kena bayar. kedua, bas yang akan amek kitorang kat zoo sampai pada pukul lima petang. huish. mana larat beb. tak kan dari duabelas tengahari nak melanguk dalam zoo sampai ke petang hari? so, kitorang tak turun. terus gerak ke tempat seterusnya.


tengah tunggu bas kat ferry building
nampak tak cahaya yang silau tu?
sakit mata wooo~


bastion point
terus aku buat lompatan tinggi
huaahahahaha~


ye, angin sungguh kuat


dan sempat buat gambar salam perantau


mount eden


dari puncak mount eden, kitorang boleh nampak sekitar bandar auckland. sangat teruja woo! tapi, kitorang tak lama pun kat situ. sekadar amek gambar lima minit, kemudian chow. ikutkan, ada banyak lagi yang aku nak tunjuk sebenarnya tapi nanti-nanti lah ye?
gambar toilet pun tak ter-upload lagi.
nampak sangat pemalas bawangmerah ni.
heh.


lintas langsung wilayah biri-biri : gempa bumi

aku yang baru;
kanta lekap & selendang


***

ke hadapan keluarga dan sahabat sekalian,

in selamat di wilayah biri-biri ni.
jangan panik dan risau.
ok?

sekadar laporan ringkas. hari ni, seawal tujuh pagi, in kena jalan kaki merentasi grafton bridge untuk sampai ke huia residence. kemudian, naik bas ke epsom untuk program phowiri. balik dari epsom, terus gerak ke universiti untuk program introduction to essential academic/study skills dan introduction to academic english, bermula dari pukul dua hingga empat petang. tak sempat masak, tapi, in sempat makan mrs mac beef and cheese pie. cuma $2.50.
kenyang.

:)

itu saja.
terima kasih atas kerisauan kalian.

- in -

***

hari yang penat dan membengangkan.
ufff.


lintas langsung wilayah biri-biri : atap dan dinding

depan rumah
dan aku selsema


alright.
this time aku nak cerita serba ringkas pasal tempat tinggal aku. aku duduk kat number 14 whitaker place, dekat symonds street. kalau aku nak keluar dari apartment ni, ada dua jalan. satu, bila aku belok ke kiri dan mendaki bukit ala-ala empatpuluhlima darjah kecuramannya, aku akan tembus dekat belakang st. peter church dan melintasi jalan raya besar, ada satu taman yang namanya albert park. kata kak nina, selalu jugak konsert-konsert percuma dibuat kat albert park tu ha. dua, bila aku belok ke kanan dan tetap mendaki bukit yang gila curam, aku akan tembus dekat jalan raya besar jugak. antara dua jalan ni, jalan pertama jadik pilihan aku walaupun waktu malam, ia agak scary sebab gelap ditutup dengan pokok-pokok teduh.

setiap apartment diduduki (urgh, diksi tak boleh bla) oleh empat atau lima orang. macam aku, aku duduk lima orang. semuanya classmates dari kolej mara seremban. masa kali pertama masuk apartment ni, aku agak impressed dan surprised la. sangat berunsur hotel. semua dah disiapkan. kalau pergi dapur, habis complete lah. kutleri, microwave, oven, dapur, pinggan mangkuk, hinggakan kain buruk pun, semua ada! peti sejuk ada dua. dua-dua besar. ada satu meja makan. ada satu sofa. dan ruang tamunya, bagi aku, agak luas.
ok. tentang bilik pulak. aku dapat bilik sebelah toilet, which to me, is superb. sebab senang sikit aku nak pergi toilet. saiz katil, single king. kiranya, besar la jugak untuk seorang aku yang berketinggian empat kaki. ada lima plug, dua lampu. dan, satu tempat cucuk internet. ada rak buku, satu meja study yang besar berlacikan dua. satu gerobok berlacikan tiga. dan satu almari baju yang besar. so, dah berapa kali aku sebut perkataan besar? ye, semua besar-besar. dan jugak, tinggi-tinggi. apa yang tinggi? tempat sangkut baju. tiap-tiap hari, aku melompat nak sangkutkan tuala atau robe aku. dalam shower pun sama. ni kalau tak hati-hati, memang ada tendency aku jatuh satu hari nanti. oh ya. ada satu pemanas bilik. aku tak guna lagi sebab sekarang musim panas. walaupun aku gaduh sejuk, aku tak rasa aku patut bukak pemanas tu. kalau sejuk sangat, aku cuma tutup tingkap je. sini, takde kipas. well, angin dia dah sedia sejuk. so, kalau balik dari mana-mana, just selak langsir, bukak tingkap and there you go. dalam masa lima minit, bilik dah rasa sejuk. berapa kali aku sebut perkataan sejuk? ye, sini memang sejuk (bagi aku) walaupun aucklanders (atau kiwis) pakai singkat-singkat, nipis-nipis dan terdedah sana sini. kalau puasa masa musim panas, aku bet, berkurang sikit pahala aku. heh.

lagi apa ek?

ok la. kita tengok gambar. along the way, aku bagitahu apa yang terlintas kat kepala.


[ katil ]
semuanya disediakan kecuali,
bantal busuk colour pink dengan selimut merah


[ meja belajar ]
kalau tertekan, boleh jenguk tingkap,
ada pokok besarrrrr


[ almari ]
tiada warna yang cantik selain merah
:P


[ meja makan ]



[ ruang tamu ]



[ dapur #1 ]


[ dapur #2 ]


aha.
pasal toilet. untuk pengetahuan kalian, lantai tandas di sini sungguh-sungguh kering. tak basah macam tandas orang malaysia. aku sampai boleh duduk bersila, tau. well, menurut sumber sahih, kiwis memang tak suka lantai yang basah-basah. nanti dorang bengang. sebab tu, kalau nak pergi tandas, sila-sila la bawak botol air. tandas mereka tak ada pili tau. ehem. paham-paham saja macam mana mereka berhadas.

esok-esok aku tampal gambar tandas pulak.
er...tak janji ye.
alright. sekarang, aku harus tidur. esok kena jalan jauh merentasi grafton bridge.
haih.


ke hadapan sayangku sara

mama tiba-tiba teringat pada awak, sayang. mungkin sebab masa mama terlelap, mama terjaga. ada sorang budak kecik, umur lebih kurang sara, tengah nangis. dia nangis kuat sangat. ya rabbi. sungguh-sungguh dia nangis. kalah sara, tau. nasib baik sara tak macam tu. kalau sara buat perangai, nangis lebih-lebih, memang mama hantar rumah tokmi straight away. dok dengan tokmi and tokabah. petang baru, mama amek sara. hehehehe
sara tahu tak, mama tengah tak sihat ni. ten hours journey, betul-betul mencabar fizikal-mental mama. mama terkena selsema teruk sebab sejuk sangat. nasib baik tokabah belikan mama sweater merah. hangat je rasa. then, mama mabuk. pening-pening. cuma, tak loya lah and tak muntah macam sorang kawan mama tu (aunty farah nama dia). eehhh, sara jangan berangan lebih-lebih. bukan nak dapat adik tau. sara ni. hissshhh. kan mama pernah cakap, after sara, there will be no one else. sara will be the one and only daughter in our family :)

sekarang, mama dah sampai dah. tak tahu jumpa papa sara ke tak kat sini. entah-entah, dia main nyorok-nyorok dengan mama kott? apa-apa je lah. lepas dah unpack barang, malam tu, mama keluar pergi pesta tanglung. cantik sangat, sayang. ada macam-macam tanglung. lepas tu, ada banyaaakkk kedai; kedai jual topi, kedai jual tanglung, kedai jual sate (tiga cucuk, lima dollar), kedai jual air buah and macam-macam lagi. nanti, bila sara dah besar sikit, mama bawak sara ke sana eh? jangan risau. pesta ni, setiap tahun, 19 febuari, akan ada kat taman albert. heee...mesti sara suka tengok.

sekarang musim panas. waktu siang, suhu boleh cecah 25 darjah selsius. terik sangat matahari dia. that's why mama pikir, kita jangan la keluar banyak sangat masa musim panas. tak elok untuk awak, sayang. kalau kena kanser kulit, risau mama nanti. malam pulak, suhu cuma 18 darjah selsius. orang-orang kat sini, relax je pakai baju nipis-nipis, seluar pendek-pendek. tapi, mama tak boleh. mama terpaksa pakai sweater merah sebab mama bukan tahan mana. awak pun tahu kan mama ni senang kena selsema :(
pagi ni, aunty nina bawak mama jalan-jalan ke queen street. saja nak shopping barang sikit. well, ada satu kedai ni, nama dia cotton on. mama masuk kejap. and, bila mama masuk children's attire, mama interested tengok gelang-gelang kat situ. serius lawa, sara! tapi, mama tak beli. huhuhu ye lah, takkan nak beli untuk sara sekarang. kan mama belum jumpa papa sara lagi. kalau belum jumpa papa, meaning-
eh. apa la mama ni. ada pulak cerita biologi kat sara. sara kecik lagi. so, that part kita skip, eh sayang?
so, as i said before, mama tak beli pun gelang-gelang tu. takde peruntukan, dear.

after shopping, aunty nina belanja mama mrs higgins cookies. besar tau! kalah famous amos. makan sekeping pun dah cukup nak alas perut. ni kalau beli untuk sara, mesti sara dah tak nak minum susu lagi. huh. so, mrs higgins cookies will be a no-no for you, ok?
on the way to countdown (yang ala-ala cold storage kat malaysia), mama singgah farmasi kejap. beli plaster sebab kaki melecet. see? banyak sangat jalan dari symonds street to queen street. haih. mama sara memang tak kuat. sekejap selsema, sekejap batuk, sekejap pening pale, sekejap melecet. macam-macam. hopefully, sara tak macam mama, tau.

ok la sayang. mama stop dulu. mama penat lagi ni. dah la mama bangun lewat pagi tadi. pulak tu, celik mata terus ym dengan cik fatehah. teruk kan? hehehe
eh, about photos. sara nak tengok tak mama jalan-jalan pergi mana? kalau sara nak, do tell me and nanti mama uploadkan, ok?

LOVES,
mama


bukan selalu #4

[bahagian tiga]

dan,
terus tersembur aku gelakkan dia.
iye, hakim hebat buat lawak.
lawak yang serius hilang akal dowh.

"oit, ketawa pahal?"
"kau-" dengan sisa yang ada, aku tunding jari pada dia.

"suruh aku carik laki?" aku balikkan telunjuk pada muka aku.

"kat - si - ni?"

hakim angguk.
aku sambung gelak.

"kau ni...heh" aku tak habiskan ayat. geleng.
"apa?"
"kau ingat aku desperate ke?"
"eish...kau ni yan. bukan tu la maksud aku"
"then? yang suruh aku carik laki pastu gatal-gatal nak tolong aku approach dia, pasai pa? tak bunyik macam aku desperado nak mampos ke?"
"aku, aku cuma nak kau lupakan mamat tu je. kan dah cakap tadi"

aku diam.

"aku tak suka tengok kau macam ni, yan"
"akim-"
"yan, dengar sini" hakim pusingkan badan, straight dia tembus aku.

cinabeng.
jangan la main tenung-tenung, encik hakim.

"apa?"
"aku-"
"wait. kau yang patut dengar dulu" sambil aku letakkan telunjuk pada mulut aku.

"how about...em, well. let's pretend, kita tak pernah discuss benda ni. em?" aku angkat kening.

hakim berkerut.
heish.
suka sangat main body language budak ni.

"haa...just anggap, aku, tak pernah cakap semua ni and kau, tak pernah tengok aku nangis"

hakim betulkan balik duduk dia.
terus dia stop tenung.
dan alihkan muka ke depan.

"tak nak" sepatah dia sebut.
"ha?"
"aku tak nak. bukan selalu dapat tengok kau nangis. so, bila dah dapat chance ni, of course aku tak nak delete dari kepala otak"

hujung bibir hakim tergantung sengih nakal.

"kau ni teruk lah!"
"aw, sakit lah!" hakim gosok-gosok paha.
"padan muka kau. siapa suruh buat aku marah kaannn"

terus mencebik dan aku fokuskan balik pada objek hujung taman.
kali ni, kerusi dah berisi.
satu couple mat salleh tengah duduk.
si teruna biarkan si dara lentokkan kepala.
sambil-sambil, tangan dia main rambut si dara.
sweet. sangat sweet. sebab si teruna dan si dara, aku bet, dah ada tujuh cucu.
ni confirm cinta agung sampai mati.

"akim..."
"pe..."
"kau suruh aku carik, tapi, aku tengok, kau tak carik siapa-siapa pun"

"kenapa?" aku soal. pandang tepat. mata bertentang.
"ada pulak tanya aku. aku takpe. yang penting, kau tu ha"
"eh eh. aku pulak"

"akim, aku rasa-"
"yan, what if, IF ok, and only if, that guy putus tunang and carik kau?"
"eh?"
"ye la...paham tak apa aku cakap ni? dia putus tunang, kemudian, dia carik kau and...well, somehow ask you back. kau...?"
"aku..."

hakim, lagi sekali, tenung aku.
cilakak.
ada kang aku cekik dia ni.

"aku...terima dia kott?"


sepanjang balik ke apartment, hakim bisu.
pelik.
bukan selalu dia macam tu.


-tamat-


kredit :
mohd nizar nadzmi bin abd rahim
iqmal nurhakim bin mohd padil



"the hardest thing to do is to watch the one you love, loves someone else"
- unknown -



bukan selalu #3

[bahagian dua]

ok.
aku tak tahu orang lain macam mana, tapi, untuk diri aku sendiri, tahan air mata memang satu benda yang seksa dan perit. lagi-lagi depan mamat sekor nama hakim.
terjerit batin aku nak cover muka dengan dia.

ah, fuck.
kesat pipi.
fuck.
kesat lagi.

adoi. dah macam berzikir aku rasa. bila nak berhenti ni weeyhh. dari tadi, asek nak melimpah. empangan dah kena kopak apa? sial. kenapa hari ni, air mata aku jatuh harga? murah tak bertempat. dan-dan tu huruf f dizikir hati aku. lagi.
aku memang benci dengan diri aku sekarang. benci gila.
sebab aku loser.
sumpah loser.
loser pun tak macam ni, tahu tak.

"kalau kau nak nangis, nangis la"

hakim sebut perlahan.
tapi muka pandang arah lain.
sah takut tengok muka aku la tu.
tahu aa celak aku dah comot.

"sejak bila pulak aku nangis" hidung disedut ke dalam. takut-takut hingus nak meleleh kejap lagi.
"tengok. tak habis-habis nak tipu. bila aku cakap kau ego, tak nak ngaku. ni dah sampai tahap kantoi nangis depan aku, still tak nak admit? yan yan..."

"aku takkan pandang punya" hakim convince.
"aku ok la. kau ni jahat kan" aku kutuk.
"betul la beb. in fact, takde nya aku nak nganjing kau pun. lepaskan je. buat apa nak tahan-tahan? dah kau perempuan, normal la tu"

"nah" hakim tiba-tiba cabut jaket dia.

mak aih. gila apa budak ni?
angin tengah kuat kott.
kau nak buat apa ni? tunjuk macho?
ewah ewah.
tang aku macam ni, mula la kau nak berlagak kuat kan?
peeerraaahhh

"kau pun tahu, aku bukan jenis bawak tisu. handkerchief, lagi la bukan. so, guna je lah lengan jaket ni. kau nak lap hingus pun boleh. aku tak marah"

erk.

"amek la. apa ke degil kau ni? aku ok. takat angin ni, heh" hakim poyo.

dan akhirnya...
well, perlu ke aku cakap terang-terang kat sini yang aku nangis sungguh-sungguh?
bukan selalu pun.

"yan..."
"em..."
"bagi aku, perempuan ni makhluk yang paling baik and suci"

aku pandang hakim.
tapi hakim tak pandang aku.
memang dia pegang betul-betul janji tak nak tengok aku yang dah sakai.

"sebab tu, tak payah la tercemar dengan laki-laki jahanam ni. boleh?" hakim sambung.

aku kunci mulut.

"aku geram betul. kenapa korang nak jadik macam ni. aku tak paham. seriously"
"things happened, akim. ok, memang salah aku pun. satisfied?"
"hey, dengar sini. aku tak salahkan kau. aku just bengang kenapa korang perlu jadik sebaik ni bila kaitan dengan relationship. tolong la jadik kejam sikit..."
"kejam?"
"haih..." hakim mengeluh.

"aku just nak kau lupakan dia. kenapa nak kena setia gila babi pada orang yang bukan milik kau ha?" hakim bengkek.

aku jungkit bahu.

"kau ni-" hakim geleng.


"apa-apa pun, aku doakan, kau boleh lupakan dia" dan hakim dah berani pandang aku balik.
"boleh ke?" aku soal.
"boleh je. nanti, kau carik laki pilihan kau, pastu, aku akan tolong kau approach dia sampai dapat. setuju?"

aku rasa kan, otak hakim dah senget.
ni mesti kes dia shock tak hengat dunia bila nampak aku nangis tadi.
damn.


bukan selalu #2

[bahagian satu]

aku angkat punggung. betul-betulkan trench coat, biar kasi kemas sikit. dua telapak tangan aku gosok-gosokkan, kemudian hembus.
jadik la...
tapi, bahang kat hati lagi panas.
hakim dongak.
tengok aku.

"nak balik" aku cakap sepatah.
"ha?"

aku capai beg.

"eit, kan baru lepak. tak sampai sepuluh minit lagi" hakim tak senang.
"untuk aku, dah lebih sepuluh minit. tunggu kau sikit punya lama tadi"
"alaaa...rilek la dulu, yan"
"angin sejuk la. kang aku kena selsema, susah. esok aku ada kelas lagi"
"ala beb, come on aa. esok kelas apa je-"
"esok masuk topik baru. aku nak bukak buku. atau kau nak bacakan untuk aku pasal race, ethnicity, culture and bla bla bla?"
"yan...apa kau ni"
"takde apa lah"

sauk beg.
ketatkan trench coat.
ikat tali but yang terburai tadi.
langkah pergi.

hakim teruk.
hakim busuk.
hakim jahat.
jahat gila. eeeee! benci.
ah, laki semua sama.
dasar laki.
semua nak jahat. takde yang baik dah.
aku pun satu. yang aku carik hakim, pahal.
bangsat.


erk.


"woi! apa ni tarik-tarik beg orang" aku rentap balik.
"duduk la dulu. kau ingat senang ke kita nak lepak-lepak? aku tahu, kau marah aku sebab aku cakap kau bangang kan?"
"mana ada"
"then, tak kan kau marah sebab aku lambat sepuluh minit kott? dulu, lagi lama kau pernah tunggu kan. takde pun kau melenting ke hape. this time, awat baran sangat? dah, duduk balik" hakim pujuk.

hish.
ni la laki.
dah buat salah, baru nak nyesal. aku dah tarik muka, muncung panjang, baru nak pujuk kaaannn.
kalau tak, haram.

"tak kuasa aku nak marah-marah kau. lagipun, betul apa kau cakap. aku memang bangang when it comes about feeling"
"tahu pun kau"
"apa?" aku cepat pandang hakim.
"takde apa"

aku sambung lemparkan pandangan jauh ke kerusi hujung taman.
hakim membatu. mungkin, dia pun tengah tengok objek yang sama dengan aku.
mungkin laahhh.

"yan, kau tu ego"
"takde kaitan la natang tu..." mata aku tak beralih.
"ef wai ai. laki ni cepat carik perempuan lain. kalau dah perempuan tu tak suka kat dia, maybe dia ganti yang baru punya. kau paham tak apa yang aku cakap ni?"
"paham..." aku menunduk.
"kalau paham, tak payah la nak tagih kasih sayang or perhatian dari mamat tu. move on je la dengan hidup kau. buang masa je pikir pasal pakwe orang. kan?"
"tunang la..."
"tunang? ha, tengok. siap dah bertunang. so, tak payah la nak kacau rumah tangga orang. pandai-pandai la pikir beb. apa yang dia pikir pasal kau, dah tak penting pun. too LATE ok"

aku angkat muka. pandang tepi.
sengaja palingkan muka dari hakim.
kalau dia nampak mata aku, habis.

"sebab tu aku cakap, perempuan ni alien. kau tengok, laki tu senang je bertunang. tak pikir apa pun. yang perempuan ni, dok pikir macam-macam. apa laki tu pikir la, apa laki tu ingat la. tak paham aku. tolong aa, yan. perlu ke kau jahanam kan hidup kau? aku paling bengang bila kau start smoking. kau ni-"
"akim..."
"move on la weyh"
"this thing takes time, akim"
"semua perempuan cakap kat aku benda tu. 'takes time, takes time'. sakit hati aku dengar"

dialog hakim, aku syak tak pernah lalu tapis.
laju je dia keluar.
macam peluru.

dan aku, kesat pipi.
harap hakim tak perasan.


sedang harapkan masa bergerak lebih lambat daripada siput babi

sorang syok depan kamera,
sorang main pen,
sorang layan handphone,
dua orang dok borak.
aku?
sejuk perut umi hehehe



tangan kanan suap roti.
tangan kiri sibuk menulis.

sangat save the time kan?


bye.
esei aku tak siap lagi.



bukan selalu #1

'akim, pls eh?'

'iye. tunggu aku jap. clss wil end soon. jmpa tmpat biasa'

habis kelas education, aku singgah beli sundae. petang tu, angin tiup kuat. kalau bukan aku yang set kan meeting, dah lama aku balik apartment, tidur.
ah, takpe. bukan selalu.
sejak hakim amek kelas latin, susah betul aku nak jumpa dia. nak huha-huha pun payah. kalah menteri la budak ni.
sundae coklat dah nak habis. batang hidung si hakim tak muncul. aku pandang jauh pada kerusi hujung taman. mp4 dipasang. trench coat aku tarik lagi rapat.
kejam punya angin. sejuk la bai.

"lama tunggu?"

hakim.

aku senyum kelat.
kalau sepuluh minit tu, boleh aku declare lama tak?

"lama la jugak...kalau aku hisap rokok sebatang pun sempat"
"kau jangan nak buat gila"
"dah tu, kau lambat sangat"

hakim terus seluk tangan dalam poket trench coat aku.

"oi!"
"aku nak check je"
"sengal la kau ni! ingat aku rokok balik ke? takde kerja aku"
"mana tahu, kau break the promise"

aku pandang tajam.
hakim berlagak innocent.
amboi amboi.
ingat aku ni golongan munafik ke?

"nah" hakim hulur.

terus dia duduk sebelah aku.
aku kunyah chewing gum yang dia bagi.
sampai sekarang, takde benda lain yang budak ni nak belanja aku. balik-balik chewing gum. pulak tu, minty flavour.
hampeh. takde taste langsung.
cuba kasi aku berasap sekejap ke? at least, lepas jugak gian ni.
dah la angin tengah sejuk. pekena sebatang, fuh. maksyuk beb!

"akim..."
"em"
"dah empat bulan dah..."
"so?"
"takde menda la"

aku pandang but.
sesekali aku sepak-sepak batu kecik.

"weyh" hakim tolak bahu aku.
"pe..."

aku pandang kerusi hujung taman lagi sekali.
hakim diam.
dia tahu, kalau aku macam ni, simpan modal borak adalah sebaik-baik langkah.

"akim, apa indicator yang aku ada untuk tahu dia sayang aku lagi?" aku toleh tengok muka hakim.

dia berkerut.
shit.
jangan la jawab guna body language.

"entah la" hakim jawab simple.
"dah empat bulan, and dia-"
"beb, apsal kau tak tanya je dia? kan senang. semua soalan kau ni, dia boleh jawabkan. habis cerita"
"masalahnya, kau sendiri tahu kan, aku yang suruh dia jangan carik aku lagi"
"kau memang suka buat benda bangang kan?" hakim senyum sinis.

siot.
hakim memang mulut takde insuran.


sekolah musim panas : epilog

tadi aku shopping baju. damn. naik gila tengok jusco tadi. semuaaaaa ada pattern baru. and semuaaaaa nak ada huruf bercantum-cantum cenggini - S.A.L.E.
sah-sah la bila kita baca, kita rasa macam -

"WOW! sale kottt! wajib la kita menghabiskan duit kan? kan? kan?"

ataupun kita rasa,

"urgh, kalau tak beli sekarang, confirm rugi. next time mesti dah takde kan? kan? kan? maka, segera la kita rembat apa yang patut!"

akhirnya, tahu saja, aku ada dua baju merah (lagi), satu baju pinky, satu baju hijau petronas dan satu baju light orange. ingatkan nak tambah lagi satu dress tapi, ehe...sungguh melampau jika begitu. elok lah kalau kita kawal nafsu ok?

hai.
apa khabar semua? aku sihat (eh, perasan. takde siapa tanya kau sihat ke tak, bawang).
cuma selsema sikit. heh. macam tak biasa pulak dengar kisah selsema aku. tapi, kali ni bukan sebab musim hujan atau suhu sejuk yang melampau. puncanya, aku kurang rehat.
kottt.
maklum saja, aku sibuk kebelakangan ni. serius penat layan tetamu. sampai sekarang tak hilang-hilang rasa letih. kenduri kali ni, ya Allah. itu, belum lagi kenduri kawen. kalau kawen, mahu berminggu-minggu baru nak stabil balik.
well, sekolah musim panas sudah labuhkan sauh. tamat jugak akhirnya. yeah, aku tahu, kalian menunggu-nunggu epilog sekolah musim panas. jangan nak sembunyi-sembunyi perasaan gembira tu. aku nampak kau sorak bila aku dah declare tajuk entri ni.

so, apa yang boleh aku complainkan pasal sekolah musim panas ni?
banyak.
sangat banyak.
kalau nak disimpulkan jadik ringkas, 80% aku depressed, tension, marah, dan emosional. bakinya, aku rasa gembira.
tapi, walaupun peratusan keriangan cuma 20 saja, the value does beat the agony. at least, aku simpan sikit memori sugar candy dalam benak aku walaupun dalam dada ni, segumpal darah tu menampung kesakitan yang padu. heh.

ok, berikut adalah senarai sugar candy aku :

1. bermalam di rumah
sebelum praktikal kat mrsm tun ghafar baba, aku balik rumah. aku tak nak duduk kat mrsm alor gajah since rumah aku, just 45 minutes to reach from there. knowing that cuma ada dua orang perempuan yang akan sama-sama praktikal dengan aku (yakni yasmin dan zila), so, apa salahnya bawak dorang sekali bermalam kat rumah. lagipun, kebetulan, rumah takde siapa-siapa. an, kakak, mohd and fahd plus tokmak dengan tokbak, semua takde. yang ada cuma umi dengan abah. of course rumah totally sunyi dan kalau aku tak bawak dorang balik, confirm aku merungut bosan.
jadik, bermula hari jumaat sampai ahad pagi, aku tak sorang-sorang. tidur pun berteman. bahagia je rasa. tengahari ahad, pergi amek nizar kat melaka sentral. lepas tu, gerak ke mrsm tun ghafar baba. faris sedia tunggu kat sana dengan abang dia. nice. nizar drive. aku suka. tapi, bila sampai mrsm tu, something bad happened. sangat buat aku pissed off. dan bengkak hati aku. bengang toksah cakap la. well, aku tak nak cerita kat sini what happened to us. biarkan benda tu diam. kalau siapa-siapa yang tahu, just, keep it silent ok? thanks.
so, the incident buat aku nekad nak balik rumah. aku cakap direct kat nizar, semua balik. esok, awal-awal pagi, kita bertolak sama-sama dari rumah aku. dan esok pagi, aku nak settle benda tu kaw-kaw dengan pihak terlibat.
yet, perkara tu tak dapat nak selesai dalam sehari. tak memasal kitorang kena balik rumah and berulang-alik. fine. aku boleh sabar lagi because the principal promised us that everything will be alright.
by the way, the reason aku bawak nizar balik rumah is, dia lagi cekap bab driving. biasa lah, booyysssss. dengan trafik waktu pagi dan kanak-kanak nak pergi sekolah, aku lagi confident kalau dia yang bawak kereta. but then, tak kan bawak laki sorang je kan? nizar pemalu. that's why dia ajak faris tidur rumah sekali. besides, faris tak nak tinggal sorang-sorang kat mrsm tun ghafar baba. regarding zila dengan yasmin, dorang memang wajib balik dengan aku. yes, aku admit, aku manja nak ada mereka berdua. so, end up 'family' aku lengkap. we have abah and umi, a big brother named faris, two sisters - yasmin and zila, me as the forth child and nizar, the youngest one. sepanjang dorang ada kat rumah, we really made our day. never in my life, ada experience macam ni. masak sama-sama, makan sama-sama, borak sama-sama, iron baju sama-sama, dobi sama-sama, beli barang sama-sama.
bahagia :)
dan, start dari sini lah, baru aku kenal zila macam mana, faris macam mana (these people are not KMS-ian. aku baru kenal dorang bila sekolah musim panas bermula).


perasan tak, gambar kat bawah,
nizar dengan bawang tak ada.
eh?


2. corner baring
hari pertama pergi sekolah, aku dah lambat bersiap. heh, bukan aku sorang saja tahu? nizar pun lambat jugak. zila, yasmin dengan faris dah sarapan pagi, dia baru nak turun makan. ok, tu waktu pagi.
bila nak balik rumah which is tengahari (and kitorang punch out 1.23 pm. first day lagi dah break the rule hahahahaha), masing-masing dah letih. naik kereta, muka sekor-sekor dah toya. aku pulak, ngantuk. end up, aku tidur. yang lain pun sama, kecuali faris sebab dia yang drive. nizar malas. dia nak tidur. tak memasal faris kena. tengah syok aku tidur, sekali, elok je badan aku tersendeng ke yasmin. tak sampai berapa minit, tersendeng ke zila pulak. aku terus bukak mata. ok, semua bukak mata kecuali nizar yang duduk seat depan, tengah tidur nyenyak nak mampos. aku tengok cermin atas. nampak faris tersenyum-senyum.
ceit, gila dengki!
dia buat corner baring bila lalu selekoh.


3. dataran pahlawan
hari sabtu kitorang pergi sana. jumpa budak-budak yang praktikal kat mrsm terendak. takde menda sangat. kitorang cuma makan-sembang-tengok khurafat. that's all.
oh ya.
ini nota ringkas untuk yang bakal.

"dearest dear my future husband,

if we're about to watch movies in cinema, please don't pick the horror one, will you? if not, i totally will be dying horribly in there. and you really, really, really don't want me to hold you tightly till you'll surely feel the pain just because of my strong grip, right?
i don't want my nights to be haunted by those creepy things :(
please, a big no-no for horror movies.

loves,
your future wife"


on the way balik rumah


4.makan malam
lepas hari selasa, kitorang tak berulang-alik dah. sakit bontot. dengan duit minyak lagi, tenaga lagi, nak bangun awal pagi lagi. huish. tak sanggup weyh!
so, after things back to normal, setiap malam, kitorang berlima, keluar makan kat kawasan jasin ni. asal dengar azan maghrib, terus solat. pap! bersiap. dalam lima minit kemudian, aku pick up nizar and faris depan surau. budak-budak belum lagi jemaah, kitorang dah pecut keluar dari mrsm, pergi melantak.rutin ni berlanjutan sampai malam terakhir kitorang kat sana. setiap malam, bagi aku, adalah malam-malam yang awesome. ada je benda-benda yang kitorang borak while waiting and eating the food. and, bila nak balik, kitorang (budak perempuan) hulur seterika kat dorang (budak lelaki). kalau pikir-pikir balik, tempoh praktikal ni buat kitorang lebih banyak berkongsi dan tolong each other. also, being supportive too.
ingat lagi entri mendung ni? aku kenal faris tak sampai sebulan ok, but, because we're too close and selalu share every single things during this summer school, beban yang dia tanggung, sekurang-kurangnya kitorang merasa jugak. right, that's another story, bawang.


muka aku memang bahagia bila dapat makanan
:D


5. kolam air panas
tak merancang pun nak pergi sini. the mastermind was nizar. dia yang usulkan cadangan nak jalan-jalan after dinner. aku ok je. since the bad news we got that evening had rocked us especially faris, aku rasa, going to kolam air panas memang terbaik. i know, it's difficult to accept the truth but this is what we called life. again, aku tak boleh nak cerita secara detail what had happened to faris (because aku tak dapat permission dari dia), but then, please, seperti yang aku pernah mintak dari kalian, doakan dia baik-baik saja. well, ni bukan lah memori yang candy sangat, tapi, memang aku akan sisipkan dalam celahan muka surat hidup aku.
aku ingat lagi, bila tengah tunggu dinner dan waktu tu aku duduk menghadap faris, aku banyak kali alihkan pandangan dari tengok muka dia. serius aku tak boleh nak pandang. muka dia cukup, cukup sugul. malam tu, tak banyak kitorang borak. aku tak pandai dalam kata-kata and aku rasa, aku tak layak bersuara masa tu. aku sedar, apa yang dia tanggung, takkan mampu aku imagine sampai mati unless aku sendiri yang terkena. that's why i prefer to be silent. somehow, being kayu pacak is way better than you try to be supportive when the fact that, you are not in the same shoes.
sampai sekarang, aku harap faris masih kuat.


bila tangkap gambar,
harus lah senyum walaupun hati meruntun sedih


so, ini saja yang aku mahu kongsikan.
to be frank, sepanjang sekolah musim panas ni, aku banyak kali tertekan. and i don't know why. memang la kawan-kawan ada dengan aku, tapi, still, being me, aku rasa pressure. tak kira la kat mrsm alor gajah (yang mana pada waktu malam, semua tandas kat blok pentadbiran dikuncinya, menyebabkan aku bertambah hangen) atau mrsm tun ghafar baba. tekanan tu tetap nak ngendeng-ngendeng kat aku. macam hape ok?
but then, thanks to Him. sekolah musim panas dah berakhir.
sekarang, dalam kepala otak aku, aku nak siapkan assigment. yes, jangan terkejut. walaupun kaki belum terapung dari tanah, kiri kanan tangan sudah terpegang beban.


gambar terakhir sebelum masing-masing berangkat pulang.
jumpa kalian dalam pertemuan akan datang ya!