wasilah terakhir #11

[ episod sepuluh ]

***

"dalam fridge, ada susu soya. nanti, farah jangan lupa minum tau. jangan buat kerja berat-berat. rehat cukup-cukup. don't skip your meals"
"iye...banyak tol pesanan abang. penat farah nak ingat semua tu" farah sengaja ngada-ngada.

ammar senyum.
betul jangkaannya.

"takde, abang just risau, sayang. apa yang penting, abang nak farah jaga diri"

kali ini, farah pula yang tersenyum.

"yes abang"

ammar mendekatkan muka ke perut farah.

"baby, jangan tendang perut mama kuat sangat tau. susah papa nanti"

farah tergelak.

"baby baru umur berapa bulan je, bang. takkan dah dengar?" tidak pernah dia melihat suaminya gembira sebegini.

bantal ditepuk-tepuk, diletak pada duduknya biar farah selesa dengan sokongan yang lembut.

"abang..."
"ye?"
"em...farah nak tanya something boleh?"
"apa dia? tanya lah"
"sebenarnya...what makes you love me actually?"

dahi ammar berkerut, diselangi dengan garis senyum di bibir. terasa sedikit pelik dengan soalan yang diajukan, namun dilayankan saja.

"hmm...that's a tricky one. kalau abang jawab, abang dapat apa?"
"abang dapat kisses and hugs"
"hahahahahaha tu je?"
"lagi...abang dapat farah. that's for sure"

terburai ketawa ammar.

"jangan cakap abang nak set mug merah tu pulak? penat tau farah kumpul"
"aik. ni sayang abang ke, sayang mug merah?"
"dua-dua" farah sengih.
"nakal"
"ala abang ni, cepat la jawab. farah tanya satu soalan je, abang dah mintak macam-macam kat farah"

farah memuncung.

"hahahahahaha abang saja je. ok, tapi, sebelum tu, abang nak tahu, kenapa farah tiba-tiba tanya soalan macam tu?"
"sebab...farah curious?"
"curious ke insecure?"
"aaaaaaa abang ni, ngada tau"

ammar terbahak kuat.

"alolololo. comel la isteri abang ni"

ammar pantas cubit pipi farah.
farah kemudiannya meletakkan kepala di dada ammar.
ammar membelai.

"farah ingat lagi tak minggu bahasa kat mrsm?"
"em...ingat. masa tu farah form four, abang form five kan?"
"yup"
"kenapa dengan minggu bahasa? abang fell in love with me masa tu ke?"
"em..."
"em?"
"emmmmmm..."
"panjangnya em abang. doktor mana aci ada em em. that indicates uncertainty tau. ke, abang ada girlfriend time tu?"

ammar senyum.

"siapa girl abang tu?"
"the girl? tak payah tahu la, sayang. tak penting pun. but, kalau farah nak tahu, abang dengan dia, masa tu tak berapa ok. we argued a lot. everything, seems it didn't work out in its own way. one night, abang gaduh besar dengan dia on phone. stress sangat. sebab, esoknya, abang ada debate. we broke off. after the phone call, abang tak tahu nak buat apa. then, i decided to go to koop"
"dia sama mrsm dengan abang ke?"
"haah. same age as me"
"then?"
"then, masa tu lah abang noticed farah"
"farah ada kat koop?"
"yup. you and your friend. abang tengah carik something nak makan sebenarnya. abang ada kat satu shelf ni and suddenly i heard you gave your friend satu teka-teki"
"farah tak ingat la...lepas tu bang?"
"mana farah nak ingat. muka abang ni pun, farah tak pandang tau"

farah terkekeh.
ammar teruskan belaian.

"farah tahu tak, teka-teki farah tu kelakar. you asked your friend - 'dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang kita bukak, tak payah guna tombol pemulas?'. abang yang tengah pilih biskut pun terkial-kial nak jawab. then, abang curi-curi tengok muka farah. you're so cute when you smile, you know?"

farah menguntum senyum.

"so, apa jawapan dia?" farah tanya.
"jawapan dia...abang tak nak bagitahu lah"
"eeeee" farah menepuk lembut tangan ammar. ammar gelak.
"that night kan sayang, abang boleh tidur. you just made my day. esoknya, abang boleh concentrate dengan debate. menang nombor dua pulak tu. jadik lah kan. well, i tried to find you actually after incident koop tu. tapi tak jumpa-jumpa until i met you dekat stall jual burger"
"patut la abang pandang farah lama semacam masa nak amek burger"
"haah...abang tak percaya abang boleh jumpa farah kat situ. rasa macam mimpi. i think, that was the time i fell in love with you"
"really?"
"yup, tak tipu. cinta ni, bukan something yang kita rancang, sayang. it comes unexpectedly. that's why the phrase says - fall in love. you fall accidently"
"abang ni, ada-ada je. em, tapi bang, masa abang kat ireland, takkan tak jumpa siapa-siapa kott?"
"jumpa, but not as beautiful as you, dear. abang cuma serah pada Tuhan. kalau ada jodoh dengan farah, ada lah tu. and tak sangka, kita jumpa balik dekat klinik bukit beruang. this time, abang betul-betul yakin yang we're meant to be together"

farah senyap. terus hilang kata-kata.

"i do love you, sayang. so much i love you" perlahan ammar mengungkap.
"and i love you too abang, as much as you do" farah mencium tangan ammar.


"sayang, kita tak pernah pun pergi honeymoon. kan?" ammar bertanya.
"em"
"tak nak pergi?"
"abang tak rasa membazir ke?"

"jom" dua tiket penerbangan ke bumi kiwi.
"christchurch?"

ammar angguk.

"abang..." farah pegang erat tangan suaminya.
"farah tak nak apa-apa. cukuplah kalau abang selalu ada dengan farah" kali ini farah meletakkan pipinya pada tangan ammar.
"farah nak minta maaf bang"

ammar diam membatu. hanya membiarkan isterinya bersuara lembut.

"farah buat banyak sangat dosa dengan abang. dari awal kita nikah sampailah sekarang, abang selalu sabar dengan farah. farah...farah..." tiba saja sendu mengambil ruang bicara.
"sshh...kenapa nangis ni sayang? dah dah. jangan nangis, sayang...abang janji, i will always be with you" air mata farah dihapuskan ammar.
"always?"
"promise"


dan kini, ikatan si adam dan hawa semakin kuat tersimpul dan tidak mungkin akan terlerai lagi walau dulu pernah digoyahkan suatu ketika gara-gara wasilah yang tercipta.


"abang, teka-teki tadi, abang tak nak jawab ke?"
"farah nak tahu ke?"

farah angguk.

"well, jawapan dia - pintu hati"

- tamat -

***

[ oleh : pinkparis123 ]


p/s : hah, tersengih sorang-sorang la tu! baik ngaku. hahahahaha


wasilah terakhir #10

[ episod sembilan ]

***

panggilan telefon daripada zakiah tempoh hari masih terngiang.

"nanti you jangan lupa, datang majlis"

dan kad jemputan yang baru sahaja sampai di tangannya, dibelek berkali-kali. perkahwinan mereka meyakinkan dia akan cinta yang dulu terbina, masih kukuh lagi. zarul akan selamat bernikah dengan zakiah.

teringat suatu ketika dahulu - hari bahagianya. farah bagaikan bidadari. sungguh, sungguh farah kelihatan cantik dalam persalinan baju songket berkain putih. suci tampak di raut wajahnya, bagaikan ada nur yang mampu tenang-tenangkan gelora lautan di hati. tangan ammar mencapai bingkai gambar di atas meja. dia dan farah. masing-masing mengenakan persalinan warna yang sedondon. senyuman isterinya mendamaikan hati. ammar rindu menggunung pada farah.

dia pula mengeluh. dalam masa lima hari, majlis itu akan berlangsung. jemputan sudah diterima, melalui telefon. kad pula akan menyusul ke alamat baru rumahnya nanti. farah masih lagi memegang status isteri ammar. namun, itu hanya atas kertas sahaja. realitinya, seperti tidak lagi.

"nanti datang sekali dengan orang rumah" pesan zarul sebentar tadi.

nombor ditekan.
berharap kali ini talian disambungkan.

"hello, kak"
"aa..."
"buat pe tu?"
"ni ha, buat cookies sikit"

ammar kerut dahi.
tak dapat?

"ye ke...bestnya. em...kak, zarul jemput sya pergi majlis kawin dia"
"zarul nak kawin dah?"

nombor didial kembali.

"ok la, nanti sya tengok la apa yang sya kena buat. assalamualaikum. kirim salam abang is eh"

misscall (2).

"abang am?"

ammar putus asa. begitu juga farah. langsung talian tidak mahu disambungkan. engaged. penat farah menekan nombor ammar, namun tiada seperti yang diharapkan. ammar kali ini bersandar di kerusi.

'farah, mis u so much'

farah capai handphone.
dibaca sms itu.
matanya mula bergenang.

'abg apa kabar?'

ammar tekan-tekan keypad, membalas.

'sihat. farah?'

'farah sihat. abg jgn risau'

'abg slalu risaukn farah. farah duduk mane skrg ni?'

'tu abg xperlu tau. farah reti jge diri'

'farah kn istri abg. duit blnje abg dh masukkn dlm akaun'

farah terharu. sungguh, ammar tidak pernah abaikan tanggungjawabnya. nafkah tetap diberikan. tempoh hari farah terkejut besar apabila dia memeriksa akaun simpanannya. duitnya berganda.

'abg, abg bg byk sgt'

'xpe la..ntuk istri abg jugk'

'nnti istri abg yg lg stu tu?'

farah gigit bibir. tiba-tiba sahaja dia teringat akan peristiwa hitam itu.

***

"doktor ammar! datang pun. ingatkan tak datang tadi. kenapa lambat?" zakiah senyum mesra.

sempat juga dia melilau mencari orang rumah ammar, namun lagaknya ammar datang sendiri sahaja.

"trafic jam tadi. ada accident"
"owh? baru lagi ke?"
"tak. itu pun, nasib baik kejap je tersangkut"
"ok...em ni, mana orang rumah?"
"er...dia ada kerja sikit. tiba-tiba. tu yang i datang sorang. orang rumah kirim salam" ammar terpaksa.
"waalaikumsalam...so, jemput lah ye. i mintak diri dulu"

zakiah jalan perlahan-lahan ke arah zarul. ammar tersenyum. lega hatinya kini. satu beban sudah terlepas. cuma sekarang ini, dia mengharapkan farah akan memaafkannya.

"hello, kak. sya ni" tangan kiri memegang handphone, tangan kanan pula mencedok puding buah.
"sya sorang-sorang ni. dekat kenduri kawin zarul...haah. iye...eh, tak tau pulak. sya tak dapat pun? em...tengoklah dulu macam mana"

panggilan berakhir.

"farah..."

farah angkat muka.
ammar.
sejenak dia kaku.
wajah yang dirindui berada di hadapannya kini.

"farah!" ammar cepat mengejar farah yang tiba-tiba meninggalkan meja juadah. farah pula menyegerakan langkah ke arah kereta. majlis ditinggalkan.

"farah, please. dengar dulu abang nak cakap apa"
"abang..."
"farah, cuma sekali ni saja. tolong, farah" ammar merayu.

farah tarik nafas.

"ok" fikirnya, lebih baik perkara ini diselesaikan secepat mungkin.
"kereta abang. have a talk at kings hotel"

farah akur. kaki bertukar arah menuju ke kereta ammar dan enjin dihidupkan, lalu dipandu ke jalan berpaksi ke bandar melaka.

"farah nak pesan apa-apa?" ammar sekadar bertanya. dia tahu, farah pasti degil tidak mahu memesan kala waktu setegang ini.

farah geleng.

"farah..." tangan ammar raih mesra tangan farah, lantas diramas-ramas lembut. farah membiarkan sahaja. sudah lama dia tidak merasa sentuhan sebegitu. namun, sesaat dua, malapetaka yang bertitiskan tanda hitam datang mencelah di balik-balik memori farah. farah pantas menarik kembali tangannya.

"abang, better we settle perkara ni cepat"
"i miss you..." perlahan kalimah itu dilaungkan.

miss you too...


"i love you..."

and i love-

farah tiba-tiba diserbu rasa mual. mual di tekak. mual yang bukan dibuat-buat. mual yang ingin memuntahkan sesuatu dari dalam perut. mual yang datang lagi. farah kerut dahi.

"farah?"

peluh terpercik. farah tidak boleh tahan lama. napkin di atas meja terus disambar dan kaki dipantaskan menuju ke ladies. sinki menjadi mangsa tadahan muntah farah.

"are you alright, my dear?" pertanyaan disua. ammar dipugut kerisauan. dia gastrik ke?
"yeah...i think so" farah labuhkan punggung di tempat duduknya semula.
"gastrik?"
"entah la. lately rasa tak sedap badan. pening-pening."

takkan lah...?

"jomlah, balik rumah kejap" ammar cepat putuskan.
"rumah farah jauh"
"tak kisah la. jom"


"abang, belok kiri nanti" tapi stereng kereta dipusing ke arah kanan, bukan ke kiri.
"abang, rumah farah belah kiri" farah sekali lagi menekankan.
"tak ada istilah rumah farah, rumah abang, ok? kita balik rumah kita"

farah melangkah masuk perlahan-lahan. tiada yang berubah. pondok kecil ciptaan dia dan ammar yang direndakan dengan hiasan cinta masih lagi seperti dulu, baik dari segi susunan perabot di ruangan tamu hinggalah di ruangan dapur.

"farah nak pergi mana tu?"
"tandas"
"tandas tetamu?"

farah angguk.

"kan dah ada kat bilik. guna toilet bilik kita. come" dan ammar memimpin farah masuk ke kamar utama.
"baju farah ada lagi dalam almari. abang simpan. you can change if you want. take this" tuala tangan disuakan.

"lega?" ammar terus bertanya apabila daun pintu tandas terkuak.
"em"
"tea?"lalu secawan teh beralih tangan.
"feeling better?"
"abang..."
"take a rest for awhile and-"
"abang"
"yes?"
"you don't have to do this"

ammar terhenti. riak muka berubah.

"i can take care of myself"
"farah-"
"abang, please. farah boleh. farah reti. farah tak nak mintak simpati abang. ada orang lain yang lebih perlukan perhatian daripada abang"
"orang lain?"

alunan muzik tiba-tiba mengambil ruang. serentak farah dan ammar mengangkat panggilan daripada handphone masing-masing.

"tak datang ke?" zarul bertanya.
"datang" farah memberi kata jujur.

"tapi i terpaksa tinggalkan majlis you" ammar menjawab.

"sebab tiba-tiba rasa tak sedap badan" farah menerangkan duduk perkara sebenar.

"orang rumah call, tu yang bergegas"
"owh...ye ke. sampai tak sempat-sempat zarul nak jumpa tadi" zakiah menyatakan.

"my wife nak jumpa kau, sya. tapi tak muncul-muncul batang hidung kau"
"sorry. serius tadi rasa mual tiba-tiba. kirim salam pada your wife ok"

"i'm sincerely sorry, zakiah. kirim salam pada zarul"

"zakiah cakap, tak sedap badan petanda orang baru nak datang"
"hahaha. mengarut lah kau ni, zarul"
"zakiah yang cakap"
"zakiah?"

"thanks for calling and selamat pengantin baru for both of you" ammar sempat mengucap selamat.

butang merah ditekan. talian akhirnya diputuskan.

"siapa?" dua-dua menyoal dalam masa yang sama.

"zarul"
"zakiah"

sekali lagi, dua-dua menjawab serentak.

"zakiah?" farah angkat kening. ammar mengangguk.

"jadik...yang dulu abang cakap..."
"iye..."
"and they...?"

ammar mengiyakan lagi. farah terpana. kebenaran terbentang seluasnya.

dalam pada itu, ammar terus mendakap farah dan mengusapnya dengan penuh kasih sayang. farah membiarkan sahaja. sejujurnya, dia rindu akan detik-detik terindah bersama suami tercinta. pelukan berbalas. air mata kini jatuh merintik di kedua-dua belah pipi. tiada kata yang mampu diucapkan. tiada lafaz yang mampu dizahirkan. mata sudah berbicara, hati tertaut semula, bara cinta menyala semaraknya.

***

[ oleh : xtinykissxx ]


p/s : hati aku belum lagi nak dicantum-cantumkan. sampai bila ye? :)


wasilah terakhir #9

[ episod lapan ]

***

farah kekal menjalankan tugas seorang isteri, cuma dia enggan hidup senafas bersama ammar. dia tahu, itu dosa dan malaikat pasti mencemuh tanpa sudahnya, syaitan bersorak gempita tanpa hentinya. tapi, farah rasakan itu yang terbaik untuk dia dan ammar. dia yakin dengan jalan ini. dia yakin dengan gerak hati. dan sekarang, mahligai mereka terbelah dua - satu di bilik bacaan dan satu lagi di bilik tidur utama. pun begitu, keperluan ammar langsung tidak diabaikan. sarapan dan makan malam sentiasa ada di atas meja. baju kemeja ammar siap dibasuh dan digosok. segalanya siap disempurnakan. andai farah ingin ke jaya jusco sekalipun, dia hanya meninggalkan nota ringkas di meja solek. hanya sekadar memaklumkan kepada ammar. rumah itu kini sunyi. tiada komunikasi suami isteri. bukan ammar tidak berusaha, bukan. ammar sudah berulang-kali cuba berbaik dengan farah, tapi farah selalu sahaja mengelak bicara. hinggakan ammar letih. tapi tidak bererti dia putus asa terhadap cintanya. baru dua minggu perang dingin dilancarkan, dia hanya perlu bersabar sahaja.


dia buka mata perlahan. kemudian, terkial-kial mencari jam. pukul satu pagi.

"satu pagi?!"

kalut semacam, dia cepat bingkas bangun dari meja penulisan. hampir juga dia terlanggar cawan teh. kalau tumpah tadi, habis kerjanya basah lencun. senyap-senyap dia keluar dari bilik. jejak kaki langsung diharamkan daripada mengetuk sebarang bunyi. ditoleh ke arah bilik tidur utama. gelap. nampak gayanya, terpaksa dia menyelinap masuk. siang tadi, dia tak larat nak lakukan tugas itu. lesu semacam. sendi-sendi suka benar menyerang dia kebelakangan ini.

langkah dipercepatkan melepasi katil. kiri kanan lampu tidur sudah termati. tiada sinar cahaya langsung di ruangan kamar.

minuman susu panas dihabiskan untuk tegukan yang terakhir. entah kenapa, malam ini matanya degil mahu tutup. terpaksa dia menapak ke dapur. melintasi bilik bacaan sebentar tadi membuat dia mahu terjah masuk saja, tapi dibatalkan hasrat itu. barangkali, andai niat diteruskan, lain pula jadinya. lantas kakinya mengorak langkah ke dapur sahaja.

farah pantas keluarkan sehelai baju kemeja dari almari baju yang tidak jauh dari katil. diambil hati-hati bagi tiada bunyi yang terhasil. takut-takut, ammar terjaga nanti. kemudian, papan gosok didirikan di tempat menghadap tingkap. langit tampak kelam. bintang seperti malu menyinarkan cahaya. bulan pula seperti sengaja dilindungkan awan hitam. semacam menghidupkan atmosfera malapetaka saja. farah tangkas memulakan tugas.

habis meneguk susu, dia berlalu menuju ke kamar. ammar angkat kening. pintu bilik bacaan terbuka?
dia jengah ke dalam bilik tidur tidak rasmi isterinya itu.
tiada.

'eh, dia masuk bilik sana ke?'

GULP!

sederas nafas dirasakan di balik tengkuknya.
farah terkaku.

"lupa gosok baju abang eh..."

'sejak bila pulak abang bangun dari tidur ni?'

farah capai tangan ammar yang terpaut di pinggangnya. mahu dileraikan tapi ammar degil tidak mahu lepaskan.

"kenapa?" ammar sengaja bertanya.

sentuhan ammar menggoda jiwa perempuannya. farah kelu. daripada pinggang, tangan itu melurut memegang tangan farah. farah menepis. ammar cuba sekali lagi. digapai dan dicium belakang tangan farah. dan ciuman berlarutan hingga ke leher isterinya. deras nafasnya melingkari tubuh farah, membuatkan degupan jantung berkejar sekencang-kencangnya. ammar tak mahu kalah dan dia tak akan kalah. farah membisu dan membiarkan tangan ammar bermain ke daerah lain pula. makin lama, makin rakus. farah lemas dan sedaya mungkin cuba menolak rayapan ammar daripada pergi lebih jauh. ammar geram. baik. ammar kira dia terpaksa berkeras kali ini. lantas farah dipalingkan, biar isterinya menghadap ke dia. ammar pegang kedua-dua bahu farah. ditenung dalam mata farah di balik cahaya rembulan yang jarang-jarang mahu adanya. farah tidak menentang langsung sepasang mata tersebut. dihadapkan muka itu ke arah lain.
ego.

"farah"

senyap.
tiada respon.

'aku takkan tergoda'

farah mencabar dalam diam. ammar mendengus. dia tiada pilihan. isterinya yang memaksanya. tangan farah direntap kasar, lalu dia diheret ammar ke arah katil.

"abang, sakit la!" farah cuba lepaskan tangannya dari pegangan ammar.
"kenapa farah buat macam ni?!"
"abang, please. sakit!"
"no!"
"abang...sakit..." tapi sakit di hati lebih pilu dari sakit di pergelangan tangan.

PANG!

pipi kanan menjadi sasaran. berpijar kulit muka. farah dilayan kasar. ammar naik hantu. nafsunya tak ubah seperti serigala yang dahagakan cahaya bulan. di ranjang itu, farah tidak mampu berbuat apa. betul kata alam, ini malapetaka.

***

pagi nan indah menyaksikan hari yang baru. kalau diberi daya, ingin saja peristiwa pada malam tadi dipadamkan dari terus menconteng ingatan. di atas katil, masih dengan selimut, farah ditemani air mata. ammar kejam.

kali ini, farah nekad. baju tidur di tepi katil dipungut geram. beg dikemaskan. barang keperluan dimasukkan sekali.

"farah, i'm sorry" ammar cuba menghalang walau dia tahu, perbuatan malam tadi memang jauh melangit salahnya. mana mungkin farah menerima dan memaafkannya. maha besar silap itu!

"farah, abang takde niat"

kunci kereta dicapai. mata farah sudah lama membengkak merah. begitu juga hatinya - remuk sehabis teruk.

"sayang, please..."

farah berhenti di muka pintu. siap sedia bersama beg pakaian. tiada guna dia ada di rumah ini. cinta ammar terhadapnya seakan ghaib dan lenyap.

"abang, farah mohon. tolonglah"
"tapi farah..."
"abang..." farah hulurkan tangan dan ammar perlahan-lahan, dengan berat hati, menyambutnya.

salam terakhir untuk suami yang masih dicintainya.

***

farah - antara redha dan pasrah - rayukan kata cerai dari lidah ammar.

***

[ oleh : JackPistoletto ]


p/s : "isteri bukan hak milik, tetapi anugerah..."
(cinta, 2006)

asal-usul nama bawangmerah dan kepada budak-budak tgb, di hujung kaki penulisan, ada nya pesanan untuk kamu semua

kalau rujuk pada entri ini dan sila baca responsi si budak jepun, dia ada request aku untuk upkan satu riwayat berkenaan asal-usul nama aku - bawangmerah. agak dah lama kau request, baru sekarang aku nak tulis kan? hihihi maaf lah, sayang. i tengah sibuk edit wasilah terakhir kott? so, you maafkan i ye, yang? lagipun, pepatah inggeris pernah menyebut - better late than never. dan muka you sangat comel kalau you maafkan i tau.

so, sebelum aku proceed, biar aku khabarkan pada kalian bahawa aktiviti aku sejak akhir-akhir ni (selain meng-edit wasilah terakhir, makan, tidur, berhadas dan kemas rumah) ialah ber-chatting. ye, ber-chatting atau bahasa mudahnya, bersembang di alam maya. aku dah cuti lebih dari lima bulan, kau tahu? dan tahap kebosanan aku sudah cecah level sepuluh. ini kalau main game super mario, dah berapa banyak raksasa aku jumpa dan entah dah berapa kali aku selamatkan tuan puteri. heh. punya la aku bosan, ya rabbi. bosan sampai aku berani bersembang dengan strangers! wohohohohoh
tapi, bosan-bosan aku pun, aku dah sempurnakan beberapa kehendak aku (which are actually tak seberapa pun. tak perlu aku sebut di sini). jadik, aku bersembang dengan ramai manusia yang datang dari pelbagai corak warna latar kehidupan. ada yang sudah bekerja - jurutera, polis, pegawai kerajaan, pilot - dan ada yang sedang belajar lagi dalam jurusan - pengiklanan, kejuruteraan, perubatan - dan tak lupa, seorang yang belum bersunat lagi, baru berumur sebelas tahun. kau tengok, sebelas tahun tuuuu! kalah aku, sebab aku start ber-chatting umur limabelas tahun. itupun lepas habis pmr. ceeiitt. budak zaman sekarang. ish ish ish.

seperti biasa, bila bersembang ni, tak lain tak bukan, mereka akan bertanya a/s/l. adeh. punya la oldschool term tu. masih lagi digunakan rupanya. aku pun, layankan je lah. sekarang ni, terasa sedikit fun sebab aku boleh jawab macam ni,

20 f melaka

kalau dulu, toksah harap lah. siapa je lah nak chatting dengan budak berlabel 15 f melaka?
look. aku tak menipu dalam chatting ok. because aku percaya, chatting ni serupa macam kau berkenalan dengan orang lain. bezanya cuma kau tak face-to-face with the person. that's all. dan sesi perkenalan sungguh tak elok dimulakan dengan penipuan. that's my rule. well, bila dah tanya a/s/l segala bagai, ramai tanya aku - nama you apa ye?
aku dengan selamba badak jawab - bawangmerah.
yes, lots of them, out there, won't believe me until i show them the proof. nasib baik aku ada dua foto tu. ada yang redha bila aku berikan bukti dan tak kurang jugak, ada yang degil dan tak puasa hati dengan aku.
tak habis-habis persoalkan - takkan nama you bawangmerah? you, cakap la, nama betul you apa? mak you panggil you nama tu ke? dalam ic, nama you apa? bla bla bla

manusia yang macam ni - yang suka mendesak aku, yang suka memaksa aku, yang suka melemaskan aku, aku kirim salam awal-awal dan takkan melayan. sebab apa? sebab kau membosankan.
ala, ikutkan, semua-semua yang aku chatting tu, semuanya membosankan. maka, berganda-ganda lah level kebosanan aku. mungkin sudah cecah level limabelas sekarang ni.
kott.

berbalik pada topik asal.
baiklah.
ingat lagi era friendster dan myspace? aku tak daftar myspace buat pengetahuan korang. bagi aku, myspace tak fun. hahahaha
maka, aku memilih friendster yang berjiwa comel.
tiba saat dalam satu tempoh ni, aku punya hormon menggatal nak tukar-tukar nama kat profail. macam-macam aku pernah guna; daripada budak eskimo, budak iglu, tukang kayu, dan entah hape-hape lagi. punya la hingus tak hingus waktu dulu. tapi tetap cute kan? dan akhir sekali, aku pilih bawangmerah. ye, aku tulis "bawang" dengan "merah" dekat-dekat, takde jarak. itu trademark aku (pergh, trademark la sangat! kahkahkahkah).

aku dah delete akaun friendster selepas kewujudan rangkaian sosial ciptaan mark zuckerberg


aku guna nama tu sampai lah aku nak masuk kolej. kalau korang ingat lagi, rangkaian friendster ada menyediakan perkhidmatan mencipta kumpulan (group). sebelum mendaftarkan diri ke kolej, hosni ciptakan satu group untuk budak-budak yang bakal bergelar pelajar kolej mara seremban. international baccalaureate dan a-level, dua-dua campur. group ni bertujuan untuk menyampaikan seberapa banyak informasi tentang kehidupan kolej di samping berkenal-kenalan dengan wajah-wajah baru. kau tengok, punya la semangat nak masuk kolej, sampai buat group kott! hahahahaha

dari group ni lah, aku kenal seorang budak tesl. nama dia nadia. tapi, dia guna nama samaran bone. sekarang, dia buat jurusan lain dan walaupun dia dah quit tesl, dia tetap kawan aku. nadia ni agak kecoh. memang fun lepak dengan dia ouh. well, aku takde la skema sangat nak panggil dia nadia. so, aku panggil dia - boney (sebut : bo-nei). kitorang berkawan secara maya selama lebih kurang sebulan dari tarikh mendaftarkan diri di kolej.

jejak saja kawasan kolej, aku teruskan langkah ke bangunan razak. kat situ, aku daftarkan nama, pastu masuk ke ruangan heksagon. dan tiba-tiba, terserempak dengan si boney ni. terus dia sapa aku - "bawangmerah~!"

adeh.


yasmin - bawangmerah - boney - ain


bermula dari situ, budak-budak tesl perempuan, panggil aku "bawangmerah". disingkatkan lagi, dorang panggil aku "bawang" je. tak lama kemudian, budak-budak tesl lelaki panggil aku "bawang" pulak. sampai satu tahap, dorang tersasul sebut nama "bawang" depan miss nina. lama-lama, miss muna pun panggil aku "bawang" jugak. sama dengan miss zalina, dia pernah tegur aku dengan panggilan "cik bawangmerah" sebab dia ternampak aku tulis nama tu menggunakan pen merah dekat handout puremathematic. lastly, end up budak-budak floor blok aisyah panggil aku "bawang" dan merebak ke budak-budak international baccalaureate.

yang paling tak boleh bla, ada seorang budak international baccalaureate ni, secara tak langsung, mengaku yang dia tak tahu nama sebenar aku pun.
dia tanya, "nama awak sebenarnya apa, bawangmerah?". tu diaaaaa!
dan lebih tak boleh bla, ada seorang budak lelaki jurusan kejuruteraan ni, pernah panggil aku dari belakang dengan nick aku tu masa kitorang ada kem JPAM. aku tak pernah cakap dengan dia pun dan agak memusykilkan dia boleh kenal aku hanya melalui nama "bawangmerah". but i bet, he never knows my real name kahkahkahkahkah

sebelum aku hentikan penulisan aku, alang-alang kita dah bercerita tentang asal-usul nama kan, aku nak buat satu pengakuan kat sini. kepada budak-budak tgb, aku sebenarnya, tak pernah suka kamu kamu semua, panggilkan aku dengan nama "pain". seriously, aku tak suka. ada sorang dua aku dah pernah tegur kat talian yahoo messengger, tolong jangan panggil aku "pain". aku dah lama nak bagitahu kalian. tapi, aku tak tahu macam mana nak mulakan. kalau kamu kamu semua sedar, perkataan "pain" tu (walaupun disebut "pa-in"), boleh jugak dibaca sebagai "pain" (kesakitan). aku tahu sebutannya tentulah bukan "pain" (kesakitan) melainkan "pa-in". still, aku tetap tak suka. yes, i seriously detest whenever people address me with that kind of name. you can call me "bawang", "bawangmerah", "farahin" or "in" (yang "in" ni, aku nasihatkan, jangan gunakan lah sebab, yang tu hanya certain orang je yang aku benarkan), but never "pain". i hope you guys will be more understanding as well as respect my name. thank you.


aku tunjukkan simbol keamanan agar kalian tidak begitu terasa dengan teguran aku ni.
:)


p/s: kalau kamu kamu semua ada nak betulkan nama, contohnya, nama kamu "hafizah" tapi aku panggil kamu dengan nama "pija" dan kamu sebenarnya tak sukakannya, boleh nyatakan di ruangan responsi. nama ni sangat penting. maka, aku akan betulkan pemanggilan nama kamu right away. cheers!

***

edit : aku terpaksa padam gambar budak jepun atas permintaan beliau. oh, siapa-siapa yang dah tengok, sila padamkan sekali bayangan beliau dari kepala anda! terima kasih :)
eh, budak jepun. maaf kan saya ye? *muka menyesal*


wasilah terakhir #8


***

"pagi tadi breakfast tak?" suara ammar di hujung talian dirasakan sangat dingin.
"breakfast..."
"lunch nanti jangan lupa makan. abang ada kerja, abang balik lambat"
"em..."
"tak payah tunggu abang for the dinner. i dine out with kamarul"

"so, please take care. kertas penulisan farah abang simpan dalam kabinet in room next door. try to find it out"
"yes abang"

talian diputuskan sekilat. farah terduduk di sofa. kejadian minggu lalu bagai tiada apa yang berlaku. ammar sikit pun tidak mengungkitkannya. entahlah...
namun, apa yang pasti, ammar cukup 'jauh' daripadanya. sentuhan si suami tidak lagi dirasakan seperti satu sentuhan. cukup sekadar sentuhan. bukan lebih daripada itu.


jam menganjak ke detik 12 tengah malam.

'mana pulak abang am ni? '

"mar, sampai bila kau nak seksa dia?"
"aku bukan seksakan dia. itu kau kena tahu. aku cuma tak boleh nak hadap dia"
"haih. sama la tu. aku tak faham la kau ni. dulu, lepas habis krisis tu, aku ingatkan dah settle everything"
"memang la dah settle. tapi im, kau bayangkan la. budak zarul tu ada dengan farah masa pukul satu pagi. dah la duduk dekat. kalau aku tak sempat masuk, entah apa-apa la yang dia nak buat dengan wife aku tu"
"kau ni gila la. takkan zarul nak buat something kott"
"tapi tu tak mustahil kan?"

imran terdiam. ada kebenaran dalam perkataan sahabatnya itu.

"so, sekarang ni macam mana? takkan kau nak terperuk kat teratak indah aku ni? nasib baik aku tak kawin lagi. buatnya kalau aku dah ada anak bini, entah mana la kau nak merempat kan"
"aku merempat la kat hotel kings. apa susah"
"kepala hotak hang! balik la rumah kau tu. kesian si farah. kau kata kau sayang dia, tapi attitude kau sendiri langsung tak sama dengan mulut kau tu"
"aku dah cuba jadik yang terbaik ok. aku dah cuba"
"iye, aku tahu kau dah cuba tapi ego kau tu, bawak kasi turun level dia tak boleh ke? kau ingat ego kau tu membantu sangat la dalam hal korang berdua?"

dan tiba-tiba handphone di atas meja berdering.

"ha, tu. pergi angkat. bidadari kau telefon"
"malas"
"ammar, kau ni teruk la! dah pukul dua pagi kau tahu tak. kesian dia. dia tunggu kau"
"heh. buat apa dia cari aku lagi ha? pergi la cari si zarul tu"

"hello, abang..."
"...."
"abang, farah ni. abang kat mana...."

imran mengambil keputusan untuk senyap. handphone yang ditekap di telinganya masih terdengar sayup-sayup suara isteri sahabatnya. ammar langsung tak ambil pusing.

"abang...abang marah farah ke?"

imran terus loud-speaker. terus terdengar suara lembut farah. ammar pandang imran. imran balas dengan pandangan mata. diam. yang dengar hanyalah suara si pemanggil.

"farah tunggu abang. abang dah makan belum? farah masakkan kari ayam. kali ni tak masin macam dulu. atau abang nak ikan selar kuning garing? yang tu pun ada jugak. farah tahu abang suka kalau goreng garing-garing kan"

suara farah tersekat. dicuba tahan untuk tidak teresak dalam corong talian. digapainya segala kekuatan bagi menyudahkan sisa-sisa ayat.

"farah rindu nak makan dengan abang..."

ammar tertunduk. imran mula melangkah pergi dari ruangan tamu. biarlah ammar bersendirian dengan farah.

"farah...farah tak makan malam lagi. abang balik ye?"

masa berlari-lari hingga ke pukul enam pagi. ayam-ayam sudah mahu berkokok. burung pula tidak kalah berkicau bising. ammar benamkan kunci rumah ke dalam lubang pintu, dipulas perlahan, terus langkahnya menuju ke kamar. sempat juga dia lalu ruangan dapur. ternampak farah tertidur di atas meja makan, berbantalkan lengan. elok terhidang juadah berupa kari ayam, ikan selar kuning, nasi putih. juga puding karamel.
makan malam semalam.

luluh hati ammar buat seketika, tapi hati itu masih tepu dengan ego. dia kemudian kalih masuk ke bilik.
ditutup.
rapat.
farah tersentak. terpisat dia menggosok mata. pelipisnya terasa lega sedikit. dia pandang pintu bilik.
tertutup.
rapat.

"abang...?"

di bawah rintikan air shower, ammar terpaku keras. dia buntu. tidak tahu ke mana arah tuju bahteranya kini. layarnya sudah terkoyak sedikit gara-gara tangan laknat si zarul itu. langsung tersasar magnitudenya. ombak badai pula bagai raksasa yang rakus membaham, puas menghenyak bahteranya ke kiri ke kanan. teroleng-oleng kapal yang dikemudi. ammar canggung dengan keadaan. terasa title nakhodanya hampir melayang bersama angin ribut.

di hujung katil pula, farah duduk. dia juga seperti ammar, buntu. dia sudah habis modal. ammar tetap beku. keras. bagaikan bongkah ais di lautan yang tidak mungkin boleh dipecahkan atau dicairkan langsung.

"abang?" farah angkat muka seraya daun pintu bilik air terkuak luas. ammar hanya berlagak biasa. langsung tiada kata daripada kerongkongnya. apa syaitan sedang menyekat suara suaminya?

"abang pergi mana?" farah nekad. semuanya mesti diselesaikan.
"abang, abang dengar tak?" ammar buat dek. terus dia keluar dan menuju ke bilik bacaan. farah mengekor dari belakang namun tidak sempat bila ammar mengunci pintu.

di ruangan tamu terdengar jeritan telefon untuk diangkat. farah berlalu dari muka pintu bilik bacaan.

"hello?"
"hello. rumah doktor ammar?" suara perempuan memberi respon. farah kerut dahi. siapa pulak ni?
"ye, rumah doktor ammar" ni bukan suara nisa, si pembantu klinik.
"can i speak to doctor ammar please?" suaranya membuat telinga farah hampir bernanah.
"who's this?"
"doktor ammar ada tak?"

siapa perempuan ni? serentak perasaan marah membuak-buak, laju ia memenuhi segenap ruang jiwanya. farah tak boleh tahan. tak salah lagi. terus dihempasnya gagang. seketika, telefon berdering kembali. farah cepat putuskan wayar. langsung tiada deringan lagi. tak sangka!

langkah dipanjangkan. digagahkan kaki walau lutut bagai lemah terkulai. kalau ammar tak sayang aku, lepaskanlah aku. janganlah seksakan aku begini!
berada di muka pintu bilik bacaan, farah menunggu hingga ammar membuka daun pintu.

"sampai hati abang!"

ammar tetap berlagak biasa. dia kemudian melepasi farah meski fikirannya gagal mentafsir reaksi farah itu. bilik tidur menjadi sasaran dan farah membuntuti ammar.

"abang, i'm talking to you!"

ammar masih buat pekak.

"abang!"
"farah nak apa?!" ammar paling dan kali ini suara ammar meninggi. bagaikan halilintar membelah kerak bumi. masa itu juga hati farah mula disiat. namun, farah tetap berani menghadap kesemuanya.
"i want to know, who's that lady!"
"what lady?"
"abang jangan nak tipu farah!" kali ini farah betul-betul terluka.
"tipu apa?"
"abang, if you don't love me anymore, just don't do this to me"
"apa ni? i don't get it, ok"
"abang ke mana semalam? abang jahat tahu tak! abang jahat!" tangan farah menumbuk-numbuk dada bidang ammar. ammar pantas menangkap kedua-dua belah tangan isterinya. dirangkul rapat, cuba menenangkan farah. tapi farah meronta dalam dakapan si suami. dia geram sungguh. dalam pada itu, terembes kembali air matanya. sudahlah malam tadi dia meraung sakit, kini bertambah-tambah lagi kepedihan yang ditanggung. cuka apa yang ammar berikan ini?

"sayang"
"don't call me sayang! i hate you!"
"farah, dengar sini!"
"i don't want to hear anything. you hurt me!"
"farah, please. listen!" ammar terpaksa menghempas farah ke katil. terhenyak farah di situ dan semakin deras aliran air matanya. ammar pegang kepala. tidak tahu apa yang berlaku kini. tidak tahu pucuk pangkalnya. tidak tahu onar apa yang zarul lempiaskan.

"farah, look. abang tak faham farah cakap apa"

farah tidak bersuara. yang mampu dilakukan hanyalah membiarkan anak sungai terus mengalir dari empangan mata.

"please, sayang. abang tak faham. farah cakap apa ni? what lady?"
"abang jangan nak berlagak tak tahu. farah pun bukan bodoh lah, bang. kalau macam ni hakikatnya, farah minta abang lepaskan-"
"farah!"

farah berani menentang matanya yang merah berair pada wajah ammar yang sangat keruh.

"tapi abang yang jumpa perempuan tu kan?! apa lagi yang boleh sorang laki buat tengah malam dengan perempuan lain?"
"perempuan?"
"farah penat tunggu abang malam tadi, tapi senang-senang abang pergi rumah betina tu"

YA ALLAH. apa semua ni.

"abang pergi rumah imran, farah. mana ada rumah perempuan" ammar jujurkan apa yang patut.
"abang tipu!"
"farah, apa masalah farah ni?"
"jangan tanya farah. tanya diri abang tu!"

ammar makin runsing. nampak gayanya, penyelesaian tidak mahu memunculkan diri. farah pula tetap deras alirkan air mata.

dalam ketegangan, handphone ammar bergetar. ammar pantas capainya di atas meja solek. entah nombor apa yang tertera di skrin.

"hello?" ammar bersuara.

farah hanya mencerlung.

"hi, doktor ammar! ingat i lagi?" suara perempuan di hujung talian.

ammar pula berkerut seribu. dilihat farah ingin mengangkat kaki, namun cepat saja ammar menghalang isterinya daripada pergi.

"yes, i think i remember. er...zakiah right?"
"ingat pun! tadi i called your home, and i think i spoke to your wife. a moment later, i dialled that number again sebab terputus. but then terus tak dapat-dapat"
"owh..my wife ye..."

farah tak kuasa melihat drama kecurangan suaminya, lantas dikuatkan daya untuk melepasi benteng ammar. farah keluar dari kamar, masuk terus ke bilik bacaan. dikunci pintu. dan terduduklah dia di balik kayu utuh tersebut, menangis meratapi nasibnya.

ammar tidak betah bercakap lama dengan zakiah. segera dihentikan perbualan atas alasan yang olok-olok.

"farah" pintu diketuk berkali-kali.
"farah sayang" ammar berusaha lagi.
"just leave me alone!" farah laungkan. kedengaran juga suara tangis yang lagi kuat.
"sayang, don't do this to abang. please"
"just go away!"
"sayang, tu zakiah je"
"i hate you!"
"sayang, please"
"i hate yooouuu!!"

farah katup telinga. hanya air mata yang menemani lagi. keretakan mula terserlah dan seolah tiada jalan yang terbentang untuk menyelamatkan segalanya. ammar pula hanya menanti di balik pintu. kini, adam dan hawa bersandar bersama, cuma kayu utuh itu yang memisahkan mereka.

'farah...please'

nota kecil itu diselit bawah pintu setelah sekian lama perang reda. farah perlahan menarik lantas membaca. lama kemudian, di balik nota tersebut, farah menulis sesuatu.

'i want to be alone. i don't need you'

ammar mengeluh.

'zakiah tu tunang zarul'

kertas dikembalikan.

farah terkedu. diam seribu bahasa. tapi itu tidak bermakna dia termakan pujuk rayu suami. bolehkah dia percayakan kata-kata ammar? air mata bercucuran lagi.

***


p/s : "kadang-kadang orang yang paling kita sayang lah, yang paling susah untuk disayang"
(cinta, 2006)


sungguh kau bijak, mohd.

sekarang sedang sakit hati. bodoh. aku marah. tak ada benda lain ke kau nak buat main? perlu ke benda yang satu ini, kau perlekehkan? aku nak kau clear betul-betul. ini soal masa depan aku, tahu? dan ini juga soal masa depan kau, faham? kau ni, jelas atau kabur? mata sudah ditarok ke lantai ye. atau kepala kau mereng sangat? aku benci orang yang sampahkan perkara yang melibatkan hidupmatimasadepan aku. aku benci. aku ulang, aku benci. aku benci gila.
kalau kau nak sampahkan hidupmatimasadepan kau, kau buat sorang-sorang. toksah heret aku sekali. hidup kau, hidup kau lah. hidup aku, hidup aku. ngerti?

uff.
emosi kacau-bilau.

bangang betul manusia yang seorang ni.


p/s : mohd, kau memang kira kitaran period aku kah? sungguh kau bijak, mohd. sungguh.


wasilah terakhir #7


***

"abang..."

satu larut malam.
sayu kedengaran suara itu, seperti rayuan si hamba kepada Tuhannya di atas tanah sejadah berbumbungkan cahaya rembulan suram. pun begitu, sudah gah untuk memecahkan keheningan ruangan empat dinding.
meski matanya tertutup rapat, dia tahu ammar pasti ada di sofa berdekatan katilnya. sentiasa ada seperti malam-malam sebelumnya. sentiasa ada, untuk dirinya sahaja. namun, untuk kali ini, bukan seperti sentiasanya.

"abang...farah rasa sakit perut...bang..."

'Allah...sakitnya...'

"sya?"

farah genyeh matanya. silauan cahaya cepat menembusi irisnya.

"huh?!" kalau ditoreh muka farah sekarang ini, pasti darah tak terpancut.
"you buat apa kat sini?" cemas nada farah.

berkali dia menoleh kiri kanan, mencari suami tercinta tapi yang ada di hadapannya, ah, celaka - kisah silam yang tak mungkin terluput dari benak farah.

zarul.

zarul mara ke arahnya, makin lama makin dekat sehingga dia tiba di bucu katil farah. dengan perlahan dia mengambil tempat untuk duduk bersebelahan dengan farah. farah tangkas menyembunyikan tangannya, takut-takut diterkam pula oleh zarul. terdengar keluhan zarul. barangkali hampa kerana tangan halus sudah bersembunyi dan tidak boleh diraihnya.

"gastrik?" zarul melontarkan pertanyaan.

farah geleng cepat, tapi tangannya di bawah selimut masih kuat memegang perut, tanda dia sememangnya menipu zarul. zarul hanya memandang ronyokan itu. dia tahu, farah sedang menahan.

"don't tell me lies. i know you very well, dear. masa kita kat kelas dulu, kalau you gastrik, you pegang perut"

farah kunci mulut. tak teringin untuk dia berbicara dengan manusia penghancur hati. langsung dia tidak menatap wajah zarul.

"em..." mata zarul menggagau dalam cahaya suram bilik dan akhirnya tertancap juga pada sesuatu.

"makan roti eh? aku sapukan"

farah masih berkeras tidak mahu melayan zarul. entah ceruk mana zarul timbul, farah tak tahu. dia bingung. kehadiran zarul, tika ini, waktu ini, saat ini, kala ini, langsung tak terjangka dek akal logik farah.

"nah" roti disapu jem merah pekat disuakan.
"TAK. NAK." farah mencuka.
"kenapa...nanti gastrik melarat tau. makan ni cepat. i dah sapu roti dengan jem ni. i tahu sangat, you suka roti dengan jem kan, especially strawberry flavour"
"please, zarul. don't. i don't want, ok" muka farah sedingin air batu. memang tiada riak kelembutan. nampak sangat farah bertegas dengannya.

"tapi sya, makanlah dulu. lepas kau dah makan, kau nak marah aku, marah lah. aku tak kisah, asalkan gastrik kau tak melarat"

farah kaget.

"sya, please?"

"takpe. aku boleh tahan" farah temberang walaupun kesakitan menggigitnya bisa.
"cuma...boleh kau tuangkan air tak?" pinta farah.

dan zarul melayannya - air dituang, gelas bertukar tangan, air dihirup. lega.

"degil jugak kau ni kan? masih tak ubah perangai tu"
"kau tak pernah rasa sakit perut. kau tak faham"
"dear, aku fa-"
"stop it zarul. kau tak ada hak nak panggil aku dengan nama macam tu"
"sorry..."

kesunyian memenuhi atmosfera perbualan ringkas dua insan. tapi tak lama.

"kenapa muka kau?" farah memulakan kembali.
"em?...er...jatuh"
"jatuh? lebam semacam, berplaster sana sini"
"haah. jatuh dekat tangga hospital ni. tingkat satu" penipuan yang diberikan. mana mungkin dia sanggup membongkar rahsia perbuatan ammar menumbuknya bertubi-tubi.

"bila discharge from this room?"
"esok" lirikan senyuman memanjang hingga ke telinga farah.
"ooh...so i supposed, this is the luckiest day for me"
"why?" farah berkerut.
"meeting you...again"

sepasang mata redup seperti mahu menggoyahkan iman di dada.

"betul tak nak roti ni?" zarul buat tawaran.

farah sekadar menggeleng.
walau dia sukakan roti disapu butter dan jem, kini, tidak lagi. itu kisah dulu. ya, dulu. dulu, di mrsm, zarul yang selalu temankannya makan bersama. roti, dadih, aiskrim. macam-macam. bagai jauh sudah moment itu ditinggalkan. jauh dan dia sendiri mahu hapuskan satu demi satu.

"sya...is it too late for me?"

farah pandang mata zarul. nafasnya ditarik cermat. sesaat dua dan berat-berat,

"you know it's over kan" perlahan farah menyebut apa yang patut.
"tapi masa tu, i didn't realize that-"
"zarul..."

farah angkat tangan, mengembangkan sedikit kelima-lima jarinya di udara dan ditunjukkan pada zarul. dia mahu semuanya dihentikan. sekeping hati ini, tidak rela dihiriskan lagi.

"don't talk anymore, please. you're hurting me. sudah lah, aku dah decide, abang am is everything. ni, cincin ni..."

zarul paling, tidak mahu menatap cincin belah rotan yang tersarung cantik di jari farah.

"yes, but i know one thing for sure, you love me. still" redup mata zarul menatap semula wajah farah di katil.
"look zarul, i love him. kan dah cakap, it's over ok. it's over"

zarul keluh panjang.
tunduk.

"i don't deserve another chance, do i?"

farah senyap.

"how about your fiancee'?" akhirnya terluah jua.

zarul terus mengangkat muka, memandang tepat ke muka farah. farah masih statik, mengharapkan jawapan yang sempurna dari bibir zarul.

"i don't know"
"what?"
"aku tak tahu. aku cuma rindukan kau. i miss you so much, sya. aku rasa menyesal when i let you go at the first place. i've realized, you're the one. kau yang selalu dengan aku. kau yang tahu segalanya tentang aku. we both shared the moments together. i miss them, really. everything. ingat lagi, kau selalu gastrik. punya la nak siapkan assigments and study, sampai kau lupa nak makan. dan aku terpaksa ingatkan kau selalu about your meals. your pills. your rest. bila prep, kita buat homework sama-sama. bila study, kau ajar aku sejarah, aku ajar kau math. God..."

tak semena-mena, zarul menyeka air mata yang jatuh berderai. farah hanya memandang dengan wajah yang pilu. inilah kali pertama dia melihat zarul begitu.

"zarul..."
"aku tahu, aku sakitkan hati kau. after all, i was telling you that...that..."
"zarul..."
"ni semua salah aku kan?" zarul persoalkan.
"but sya, please, trust me, for God's sake, what i did to you, everything, semua layanan aku tu, semuanya datang dari hati ni. aku tak pernah bohong pasal tu"

farah membatu.

"sya, bila kau hilangkan diri, then i realize how stupid i am. aku cuma rindukan kau"
"tapi zarul, tu semua cerita lama. your fiancee' tu?"
"i thought i can just forget you easily when zakiah happens to be my special one. but, those are illusions. aku tipu diri aku. aku tahu, aku tipu diri aku ni. aku cuma...please, sya. please"

farah pejam matanya dan air matanya juga berderai.

'kenapa zarul? kenapa baru sekarang? kau buat aku tertunggu dan kau menyeksakan aku. aku milik abang am. apa lagi yang aku boleh buat?'

"zarul, it's too late...i'm his. there's nothing we can do about this"
"sya, you have your right untuk decide-kan hidup kau. takkan dia tak faham?"
"nonsense, zarul. dia terlalu sempurna. too perfect. kau nak aku mintak kan cerai? kerja gila. no. never, zarul. kalau aku mintakan yang tu, aku kejam. aku tak ada daya nak lukakan hatinya lagi"
"hati kau, kau tak pikir?"
"hati aku, milik dia. jadik, kalau aku lukakan hati dia, sama jugak dengan aku lukakan hati ni"

zarul tertunduk lagi. usahanya sudah tiba di penghujung. sia-sia belaka. farah masih lagi tetap pada pendiriannya. sekukuh logam, sekeras kerikil, seteguh besi - itu farah dan bukan lagi seorang sya.

"zarul...balik lah pada tunang kau. dia perlukan kau. lagipun, kau dah janji to be with her kan? janji sehidup semati dengan dia. she's waiting for you. don't break her heart, please. balik lah zarul"
"tak...tak mungkin...macam mana aku nak nikah dengan dia padahal hati aku ni katakan yang lain?"
"but zarul..you know that-"

"sayang" tiba-tiba suara ammar mengambil ruang dalam perbualan farah dan zarul. serentak itu dua pasang mata tertumpu pada figura ammar yang sedang berdiri di pintu bilik sakit. ammar pula tidak senang hati melihatkan zarul duduk dekat dengan isterinya.
zarul segera mengangkat punggung.

"abang! er..it's nothing. kitorang cuma-"

ammar hayunkan langkah ke arah katil. zarul berundur. farah tergamam.

"kenapa ni?" ammar letakkan jambangan teluki yang dibawanya di atas meja. begitu juga dengan sebekas makanan.

"aa..." farah gugup.
"sini" dan ammar selakkan baju, mulakan prosedur.

pempalpatan pertama dilakukan.

"sakit?"
"tak..." farah menjawab sepatah.

diteruskan dengan pempalpatan kedua.

"sakit?"
"AA!"
"gastrik" punat kecemasan ditekan.

dan ammar terus meninggalkan bilik tersebut.

pedih!

***


[ oleh : drombees ]


wasilah terakhir #6


***

"sayang...bangunlah sayang. kenapa sayang buat abang macam ni..." tangan halus si isteri dicengkam bagi tidak lepas.

ammar merintih perlahan namun langsung tidak didengari farah yang terbaring kaku di katil.

"bangunlah sayang. i'm sorry. i wasn't there when you need me" sayu ammar menatap wajah beku farah.

farah masih tidak bergerak, tiada respons seperti yang diharapkan. farah bagaikan seorang puteri terkena sumpahan tidur. rapat sekali kelopak matanya dan tenang yang amat wajahnya yang sedang tidur nyenyak.

"farah my baby, kenapa farah? kenapa...? bangunlah, i need you, dear...so much i need you..."

seperti anak kecil, ammar tersedu-sedu semahunya di sisi farah dengan satu genggaman erat hinggalah dia terlayu dibuai tangisan sendirian.


"abang, kalau satu hari nanti farah jatuh sakit, boleh tak abang temankan farah all the time?"
"sakit? no...farah mana boleh sakit, sayang. i won't let it happens. abang kan doktor"
"iye...tapi, kalau farah sakit jugak, macam mana?" dahi farah berkerut.
"em, kalau farah sakit jugak, abang kena lah jaga farah. twenty four seven. setiap masa, abang ada depan mata farah"
"betul ni?"
"betul...ni janji abang. even farah tak sakit sekali pun, abang kan selalu ada dengan farah" ammar mencium tangan mulus farah.

farah meletakkan kepalanya di dada ammar dan kehangatan pelukan ammar menambahkan lagi kebahagiaan di hati. ammar menyisir lembut rambut farah.

"wangi isteri abang ni"

farah senyum sungguh.

"abang, kalau satu hari nanti farah tiba-tiba hilang, abang cari farah tak?"
"farah nak hilang pergi mana?"
"pergi mana saja"
"tak nak bawak abang sekali?"

farah kerling manja.

"tak baik tau tinggal-tinggalkan abang" ammar berikan kucupan di dahi. farah mengangkat kepalanya sedikit dan menatap ammar. seraya itu, tapak tangannya membelai perlahan setampang muka itu.

"abang, kalau farah tak ada lagi-"
"farah..."

farah berhenti berkata apabila mata mereka yang hanya berbicara. lama kemudian farah menyambung semula.

"rasa macam nak jerit kat dunia yang farah ada suami yang paaaaaling sempurna"

serentak itu farah bangun dari pembaringan dan menari berpusing di hadapan ammar. ammar bahagia menonton performance isterinya yang keanakan. farah pasangkan senyuman manis dan dia menari-nari dengan riang dan penuh gemalai sehinggalah dia perlahan berlalu dari katil. kenikmatan membelek liuk-lentuk tubuh si isteri rupanya bersinggah sementara apabila rasa gundah-gelana mengambil alih tempat pula. melihatkan lambaian farah yang mengikut gerak tari lembut tadi, ammar tahu seperti ada yang tak kena.

"farah, farah nak ke mana tu, sayang?"

dari kejauhan sayup terdengar suara gemersik farah.

"farah nak pergi ke kaki langit, di hujung dunia. farah nak jeritkan yang abang adalah suami terbaik...."

"farah jangan tinggalkan abang, sayang. farah? FARAAAAHH!!"

"farah!"

ammar tersentak.
terjaga.
aturan pernafasan berkecamuk. dadanya turun naik. sekilas dia pandang sekujur tubuh di atas katil hospital pantai. mata farah masih tertutup rapat dan ammar masih menggenggam tangan isterinya.

"astaghfirullahalazim..." dan ammar bangkit, keluar dari bilik lalu menuju ke tandas untuk membasuh muka dan mengambil wudhuk.

***

di luar bilik pesakit, zarul memandang penuh makna pada tubuh gadis bersuami itu. melihatnya saja sudah mengundang rasa simpati terhadapnya. mahu saja zarul melangkah masuk, menyentuh dan membelai tangannya sekali gus menggenggam seperti ammar lakukan sebentar tadi, dengan harapan sentuhan kasih dapat meringankan derita farah.

"is it me...yang salah?"

sedetik itu zarul merasakan ada seseorang memegang bahunya dari belakang.
zarul toleh.

dan tahu saja,

zarul hampir terjatuh gara-gara ditumbuk kuat di pipi. darah segar mengalir dari gusi dan hidung dengan serta-merta.

"memang salah kau, celaka!" ammar menarik zarul kembali dan buku ruas disua lagi ke muka.
"kau tahu tak disebabkan kau, farah menderita. aku takkan pernah maafkan kau!" bertubi-tubi ammar menumbuk dan zarul rela diperlaku begitu.

"doctor ammar! please, stop it!" kebetulan doktor kamarul yang ingin berjumpa ammar segera mempercepatkan langkah ke arah pergaduhan yang tercetus dan atas dasar kemanusiaan, dia cuba menyelamatkan zarul yang longlai dipenuhi darah pekat.

"bawak bertenang mar!" dicuba meleraikan ammar yang bagai dirasuk gila.
"aku takkan pernah anggap kau kawan lagi, zarul yazid!"

zarul hanya berdiam diri. memang niatnya tidak mahu membalas tumbukan demi tumbukan padu ammar sebab dia sendiri tahu, dialah punca segalanya. seandainya dia tidak mengikut kata hati, pasti dia tidak akan meminta nombor farah daripada ammar dan semestinya pertemuan di secret recipe tidak mungkin akan berlaku. namun, semua itu sudah terlambat. farah menderita. ammar membencinya. zakiah? kasihan. tunangnya itu, sudah entah keberapa ribuan kali ditipu hidup-hidup.

"ammar, please. you're a doctor. this is a public. you should behave yourself!" kamarul cuba menyedarkan ammar.
"rul, kau tak faham. because of him, farah terlantar sakit. because of him, farah kena pneumonia. and because of him, farah's still lying in there!"
"sabar mar, sabar!"

di ruang legar luar bilik pesakit, zarul dipapah pergi oleh jururawat yang lalu. zarul tidak berani memandang ammar. iya, memang semuanya salah dirinya. dia faham benar kenyataan tersebut.

ammar pula terduduk di kerusi, diikuti kamarul untuk menemani dan mendengar setiap rintihan kecil rakannya.

"aku tak boleh terima rul. aku kenal sangat isteri aku. her immune system is not that strong ok. selama aku hidup dengan dia, tak pernah lagi farah setenat ni. ya Allah, dosanya aku..." tangan meraup perlahan dari bawah dagu.
"mar, kau kena kuat. semua ni dugaan"
"aku tahu, tapi aku rasa macam ni semua salah aku. aku begitu ikutkan kata hati. aku tak boleh terima kehadiran zarul. aku...aku-"

cahaya putih berpusu-pusu merentasi retinanya. bau ubatan menusuk ke rongga hidung. suara garau seorang lelaki menerjah ke gegendang telinga.

"farah takut dengan guruh. farah memang tak boleh kena hujan. farah cepat sakit kalau dia sejuk. aku tak sangka...she was diagnosed to have pneumonia. aku...aku tak sangka, macam ni hancurnya. everything, hancur!" ammar menyeka air mata yang bergenang.

"patutnya aku sedar. zarul...he's a sly! patutnya aku tak bagi nombor farah kat dia malam tu. patutnya aku jawab panggilan farah bila tunang zarul ada dengan aku"
"mar, bawak bertenang, mar" diulang sekali lagi.

di dalam bilik sakit, farah mendengar tiap butir perkataan suaminya. juga getaran suara kesedihan ammar. perasaan terharu menyelimut relungnya, tapi mendengarkan kenyataan yang ammar bersama tunang zarul, farah terus katup telinga dengan bantal. dia tak ingin lagi mendengar bicara penjelasan ammar. baginya, ammar tidak pernah percaya pada dirinya. jauh sekali untuk ammar memahaminya walau sekulamit sekalipun. dia bagai nak mati dituduh curang, namun, ammar sendiri yang meracik tuba. tergamak ammar ketepikan dia demi insan lain berstatuskan tunang zarul. apa dosanya? apa silapnya? apa khilafnya?

eh.
tunang zarul?

farah tersentap.

"sudah la ammar. kau kena kuat. farah mengharap pada kau. kalau kau sendiri lemah, macam mana dengan farah?"
"tapi...apa aku nak buat sekarang? aku tak tahu. you tell me, apa? macam mana? i'm lost!"
"no, you have to be strong. no matter what. ingat, kita kena jadik profesional. walau dia isteri kau, kau mesti hadap dia as a professional. you understand?"

ammar mengangguk lemah. ada benar juga kata-kata kamarul. dia perlu keras.

tombol pintu bilik dipulas perlahan.

"eh, isteri abang dah bangun?" ammar cuba bersuara gembira.

syukur, farah akhirnya tersedar dari 'tidur' yang panjang. pun begitu, farah telah membelakangkan ammar.

"farah sayang?" ammar berkerut.
"abang tak pernah sayangkan farah. jangan panggil lagi farah dengan nama sayang. farah tak suka. farah ni, siapa je kat hati abang tu. abang keluar lah. farah dah tak nak jumpa abang lagi"

ammar senyum pahit. dia tahu farah masih marahkan dia. kebahagiaan sedang meniti waktunya, cuma ammar perlu bersabar sedikit masa lagi.

"farah..." ammar menyisir rambut farah yang menutup telinganya. farah tidak menepis. kemudian, perlahan-lahan ammar mencium pipi farah.

"ok...abang keluar dulu. farah berehat, biar cepat sembuh. tapi, abang nak farah tahu...abang love you so much, my dear..." dan ammar melangkah pergi.

di luar bilik, ammar bersandar di pintu. tarik nafas. lega. dia tidak putus-putus mengucapkan alhamdullilah, tanda dia bersyukur kepada As-Sami yang mendengar doa-doanya di tahajud.

farah kembali ke posisi asal dan dilihat, tiada lagi kelibat ammar. tiba-tiba tekaknya terasa kering. ingin dicapai gelas kaca dan mengisi sendiri air mineral, tetapi tidak sampai pula. farah cuba bangun. kalah. graviti kejam menariknya ke bumi. badannya seperti berat sekali. dia masih lemah. pun begitu, digagahkan juga. tangan kiri dipanjangkan sedaya mungkin hinggalah dia berjaya kuis gelas tadi. hanya kuis, bukan genggam dan langsung gelas terjatuh dari meja sebelah katilnya.

PANG!

berderai jatuh gelas tersebut. ammar yang terdengar bunyi kaca berderai terus meluru masuk ke bilik.

"farah!"

farah menangis. bukan kerana gelas kaca. bukan kerana dahaga. alasan lebih kepada kerinduan cintanya terhadap ammar. dia butuh rasa itu. dia perlukan ammar namun dia berlagak gagah. gagah tanpa kasih seorang ammar.

ammar tekan punat kecemasan. kemudian dia duduk di sebelah farah. farah hanya menangis dan menangis. ammar tiada kata, sekadar terpacak di sisi si isteri lalu melentokkan farah ke bahunya untuk dipinjamkan sebagai penahan. cukuplah. itu pasti cukup.

kalau dengan cara menangis derita mu mampu diringankan, menangislah sayangku...
kalau dengan air mata itu beban mu mampu dihilangkan, raunglah semahu mu...
kalau dengan sendu sakit mu mampu disembuhkan, luahkan segala yang terbuku...
menangislah andai itu dapat memberi kau ketenangan, kebahagiaan, kegembiraan...

***

"bukak mulut tu...aaaa..aam...pandai pun isteri abang"
"abang ni, ingat farah budak kecik ke?"
"bukan ke? hahahaha. farah kan memang kecik. kira budak kecik lah"
"eeee!" paha ammar dicubit-cubit.
"aduh. sakit lah. ok ok. bukak mulut lagi. farah kena habiskan bubur ni tau. penat abang masak"
"abang masak?"
"laaa...ye lah, abang masak. kalau bukan abang masak, siapa lagi?"
"patutlah tak sedap..." farah sengaja mengejek.
"tak sedap eh..."
"hehehe. sedap lah"
"cium kang, baru tau"

ammar kemudian mengambil kain lalu dilap di mulut farah.

"abang..."
"em, apa dia sayang?" kali ini ammar menuang segelas air buat isterinya.

"kat rumah, macam mana?"
"maksud farah?"
"ye lah, nak dekat seminggu farah duduk kat sini. rumah tu apa cerita? mesti tak berkemas. abang makan macam mana? baju kerja abang?"
"jangan risau pasal abang, ok. abang kan terel masak. enam tahun duduk kat ireland tu, macam-macam benda abang pernah masak. about baju kerja, don't worry. abang hantar dobi"
"rumah?"
"rumah? rumah macam tu lah. kosong. sebab tu abang suka duduk kat sini"
"abang, kan sakit tidur kat sofa tu. malam ni abang tidur kat rumah eh"
"takpe, i'm used to it. kalau balik, tidur kat katil, ada siapa? dah la farah takde. at least, bila tidur kat sofa, paling tidak dapat tengok muka budak kecik ni"

hujung hidung farah dicuit manja.

"ha, ni abang ada something for you"

kotak sebesar tapak tangan berbalut kertas merah disuakan farah.

"apa ni bang?"
"bukak lah"
"pen?"
"pen kan abang dah kasi dulu. yang ni lain, lagi special"

farah membuka dengan teliti. hadiah sebesar itu pasti mahal.

"handphone?" farah kerut seribu.
"haah. handphone untuk farah. masa abang balik rumah hari tu, abang nampak handphone farah berkecai. farah nampak benar marah dekat abang. i'm so sorry dear"

lantas teringat akan farah kejadian dia menghempas kuat handphonenya. mana mungkin dia melupakan pesanan ringkas yang meluat itu.

"sebenarnya bang, bukan farah marahkan abang-"
"takpelah, abang tahu, farah marah sangat-sangat kan"
"tak, abang. abang dengar la dulu farah nak cakap apa"

ammar pura-pura menutup telinga, saja ingin menyakat farah pula.

"abaaang! jahat lah abang ni. majuk lah" dengan laju farah memusingkan badannya, membelakangkan ammar.

"ahahaha. abang main-main lah. mengada betul isteri abang ni. ala-ala, comelnya dia"

farah masih tidak mahu mengalah.

"ok ok. abang dengar ni. apa dia sayang intan payung buah hati pengarang jantung abang ni?"

farah tergelak kecil.

'ada-ada je, abang am ni'

"em...camni..." sambil tu farah membetulkan sedikit posisi badannya.
"apa?"

'takpe ke kalau aku bagitahu abang am?'

"ehe..takde apa lah"
"tengok tu, saja je nak kenakan abang ye" dan ammar menarik hidung farah.

terkekeh-kekeh mereka.
bahagia.
semacam lama sudah tidak kecapi apa yang dirasa kini.

penat bergurau dengan farah, ammar tahu masa seakan cemburu dengan nikmat yang dikecapi.

"abang balik rumah dulu eh. don't forget to take your medicine. and get enough rest. minum air ni. kalau dah habis, panggil nurse. ingat, farah kena banyak minum air. dah sihat nanti, boleh la layan abang kan" ammar mengeyitkan mata dan melirik senyuman.

naik malu pula farah.

***


[ oleh : loLO-o ]


p/s : mata sedang perit :(