tajuk entri sengaja dipanjangkan sebagai salah satu usaha membantu enjin pencarian mendarat ke kertas putih bawangmerahsquared di bawah kata kunci "tindikan" "tesl" "new zealand" atau "marae".
atau dengan kata lain - saja nak mempopularkan blog yang dah tersadai sekian lama.
puih.
ok.
untuk pengetahuan anda di luar sana, tindikan TESL New Zealand di bawah tajaan MARA sememangnya ada peruntukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan. in simple words, setiap seorang daripada kami ada cultural budget masing-masing yang dijaga oleh koordinator program, Sheryll McIntosh. untuk adik-adik yang bakal datang ke tanah auckland, anda semua mungkin akan berjumpa dengan Sheryll ni. she's such a wonderful person and i love her to the moon and back. cewah.
tapi, walaupun masing-masing ada bajet, kitorang tak boleh la sewenangnya pakai duit tu ikut sukahati-mak-bapak-kau-kaannn. setiap aktiviti yang melibatkan duit ni WAJIB dipersetujui oleh seluruh cohort itu dan semua orang mesti terlibat sama.
untuk aktiviti marae ni, tak silap aku, semua cohort wajib buat. walaupun pada mulanya aku macam "urgh, marae? apa kah itu? what's that? sejenis kuih keeee", but i have to admit that this marae experience is hell-awesome. lu takkan menyesal, gua guarantee.
marae ni sebenarnya bersepah-sepah kat kawasan
new zealand. waima kat universiti aku sekalipun, adanya
marae. but then again, we didn't go to the university of auckland's. apa cer habiskan bajet yang ratus-ratusan kat situ? kufur nikmat namanya!
jadik, Sheryll aturkan kitorang untuk pergi ke rotorua. dan tahukah anda berapa caj yang dikenakan sekepala? it's 345 NZD - sounds expensive for a vacation of two days and one night. yet, it's worth enough because everything is included, be it, transport, accommodation (they provide you mattresses/sheets, blankets/duvets, towels and pillow/cases - jadik, tak perlu la hang menggedik bawak sleeping bag, ok?), food (light snacks, afternoon tea, hangi dinner, breakfast and lunch) and all cultural activities. semuanya dah siap. kau cuma perlu sediakan duit and that's it.
kami bertolak sekitar satu tengahari dan dijangka tiba di rotorua pada pukul empat atau lima petang. eh, lupa pulak nak bagitahu. kitorang ber-marae di tamaki maori village. dan sebelum tiba di sana, pemandu pelancong akan berhenti di matamata untuk rehat & rawat. masa ni lah kitorang bergambar sakan sebab i-site dia - perggghhhh
kalau anda peminat tegar filem lord of the ring ataupun the hobbit, anda wajib datang ke sini untuk lawatan sambil belajar set filem hobbiton. by the way, aku insyaALLAH akan ber-hobbiton pada cuti musim panas ni.
hikhikhik.
 |
kecomelan rumah hobit.
awww suka suka ! |
tiba di tamaki maori village, kitorang disambut dengan adat istiadat maori yang dipanggil powhiri. masa powhiri ni, ada lah ucapan daripada hos dan tetamu, doa mereka (kitorang senyap je) daaannnn acara yang paling terkenal dan tak boleh dilepaskan - hongi.
"a hongi is a traditional maori greeting in new zealand. it is done by pressing one's nose and forehead (at the same time) to another person at an encounter.in the hongi, the ha (or breath of life), is exchanged and intermingled. the breath of life can also be interpreted as the sharing of both party's souls. through the exchange of this physical greeting, one is no longer considered manuhiri (visitor) but rather tangata whenua, one of the people of the land. for the remainder of one's stay, one is obliged to share in all the duties and responsibilities of the home people" (wikipedia, 2001).
lepas minum petang, kitorang merasai kehidupan maori yang sebenar! haaa...menarik hokkaayyy
first, before going into the village, we were greated by these warriors. simboliknya, acara ni cuma nak pastikan yang kita (tetamu asing) datang secara aman. takde langsung niat nak berperang dengan mereka.
 |
| sumpah masa ni rasa cuaakkk |
dalam kampung maori ni, ada beberapa stesen yang mempamerkan kehidupan mereka. ikut kau lah nak pergi stesen mana dulu - takde restriction punya. dia ala-ala kau masuk petrosains giteww.
stesen 1 - poi
aku ringkaskan lah pasal poi ni. poi merujuk kepada persembahan kesenian yang menggunakan alatan bernama "poi". poi ada macam-macam ukuran. ada yang terlalu panjang dan ada yang pendek-kecik-molek. kalau kita tengok orang-orang maori dok main menatang ni, macam senanggggg JE.
walhal - Ya Tuhan. susah jugak weyh.
 |
| poi - bebola putih yang bertali |
stesen 2 - poi rakau
gua hebat main menatang ni kott. tak caya, tengok video ni hahaha
stesen 3 - harakeke
sebenarnya, orang melayu dengan orang maori tak jauh beza pun. kalau tengok muka mereka (especially the boys and the men), sebijik macam orang melayu. except that they are much taller and bigger in size laahhh.
anyway. kalau orang melayu ada mengkuang, orang maori pun ada serat flaks mereka yang dipanggil harakeke. serat harakeke ada macam-macam kegunaan. bukan takat dianyam jadik tikar, orang maori gunakannya untuk dijadikan tali, pakaian, raga makanan, peralatan masak, alat mancing dan jugak dalam hal ehwal perubatan.
pergh...powerrrrr
 |
| haaaa...macam mengkuang kan? |
stesen 4 - whakairo
ataupun, pengukiran kayu. tengok, aku dah kata dah orang
maori dan orang melayu tak jauh beza.
well, ukiran kayu ni bergantung pada kepakaran seseorang, alatan digunakan dan corak ukirannya. bagi yang pakar, masa yang diambil untuk menyiapkan satu ukiran lebih kurang empat atau lima bulan. tapi,
depends jugak corak apa yang diukir dan besar mana ukiran tu. maksud aku, kalau kau nak ukir tiang sebesar kaki gajah,
of course la amek masa berbulan-bulan. kadang-kadang bertahun-tahun.
 |
| hai abang, khusyuknya kamuuu |
stesen 5 - mau rakau
yakni, seni mempertahankan diri. ok, orang maori takde silat cekak hanafi atau silat gayong. so, obviously they don't have the kris but taiaha (seperti dalam foto di bawah). jangan kau pandang enteng kat senjata mereka - nampak je macam kayu pacak. walhal, ketiga-tiga bahagian yang ada pada taiaha mampu membunuh kau.
nota kecik : bahagian-bahagian tersebut ialah;
1) arero - untuk menikam dan menangkis pihak lawan
2) upoko - untuk merodok pihak lawan
3) tinana - untuk menyerang dan menangkis pihak lawan
 |
| yang dipegang itu lah taiaha |
scary habis tak?
fine. tak scary kan. tapi, kalau kau tengok macam mana pahlawan maori yang super kachaakkkk (aku maksudkan yang berambut pendek tuuu. ah, melting ~ melting ~) mendemonstrasikan mau rakau mereka, confirm lu boleh tumbang.
stesen 6 - hangi
ini adalah stesen kedua terakhir sebab stesen yang last sekali, kitorang kena masuk dewan and tengok dokumentari pasal orang maori. siap ada persembahan tarian dan nyanyian segala bagai. best memang best. tapi tak boleh lawan rasa best menikmati makanan yang dimasak secara hangi. hangi ialah teknik masakan orang maori yang menggunakan batu-batan panas di bawah tanah. perlu diketahui, kawasan rotorua adalah kawasan geoterma dan tenaga geoterma ni lah yang dimanfatkan puak maori. mereka siap ada kolam air panas dan kolam lumpur (kedua-duanya bagus untuk melicinkan kulit) serta geiser (wapnya boleh buat spa muka!). semuanya disebabkan tenaga geoterma. punyalah best ada tenaga ni sampaikan bil elektrik mereka tak sampai berapa dollar pun sebulan.
oh!-seeemmmm
 |
you, kalau kita dok kawasan geoterma, macam-macam benda kita boleh buat.
contohnya, tanam sayur-sayuran organik.
interested tak? |
makan malam kami adalah seratus peratus daripada hangi. dan malam tu, adalah malam pesta untuk aku HAHAHA
banyak gilo aku makan - ikan, kupang, lobak manis, kentang dan roti kukus. hoyeeeaahhh !
tapi, lepas makan, tiba-tiba rasa bersalah. isk
:(
 |
marshmallow takleh terbakar.
kang dia masuk dalam api, padan muka kau |
aktiviti terakhir untuk kami - memanggang
marshmallow di unggun api sambil berkongsi cerita.
Jammes, salah seorang
tangata whenua, menceritakan lagenda dan mitos puak
maori. masa ni lah kitorang tahu banyak pasal asal-usul nama-nama tempat di sekitar
new zealand. walaupun
new zealand telah dijajah orang
british, nama-nama tempatnya masih dikekalkan dalam bahasa
maori. jadik, jangan kau nak tergeliat lidah bila menyebut
tauranga, ruapehu, wairarapa, manawatu, taupo atau
waikato.
alahai, sebutan makhraj bahasa maori lebih kurang sama dengan bahasa melayu kott. so, tak susah pun nak menyebut bahasa mereka hikhikhik!
bila be-marae, memang akan padat jadual kau. that's why there's no point you bring along your ipads or laptops. nak melayan facebook?
harapan laahhhhh
aku nak ber-instagram pun punya cukup payah.
baik lah.
nantikan itinerari hari kedua aku pulak.