sang gembala di wilayah biri-biri : ini siri kedua, yeah !

kalau mahu rujuk siri pertama, boleh rajin-rajinkan diri menyelak halaman tahun lepas.
peringatan : ada gambar yang sudah terhapus tanpa disengajakan. harap maaf la ye?


1. dari tanah melayu ke wilayah biri-biri
seperti direncanakan Tuhan, mohd pulang ke benua australia pada hari yang sama dengan aku. cumanya, dia terbang siang, aku terbang malam. maka, tak ada timbul soal perebutan kasih sayang. umi abah, secara adilnya, dapat hantar dua-dua.


muka teruja nak tinggalkan tanah melayu
hikhikhik


aku sampai kat christchurch airport lebih kurang pukul tiga petang waktu new zealand. babi ngek betul la. sakit belakang aku duduk sebelas jam dalam plane. haih, nak buat macam mana kan. hidup sebagai golongan kelas pertengahan telah memaksa aku menempah airasia instead of mas.
:(
nak dipendekkan cerita, flight aku delayed. tak memasal aku stranded kat airport with a friend and a senior. technically, sebenarnya ada empat orang (termasuk aku) yang menuju ke auckland cbd tapi, seseorang itu punya la segan nak lepak dengan aku. obviously, his reason was because i am a girl.
duuhhh.

good thing was, itu lah kali pertama aku dapat borak dengan senior aku. borak lama pulak tu LOL. selama dua tahun aku dok kat kolej, tak pernah langsung aku tegur dia. bukan sebab aku malu, tapi, sebab dia tu wankhai.
he is a wankhai.
o i wish the reader can get what i mean but nah, kau mesti tak paham punya. never mind. leave it that way.

aku check in columbia apartment dalam pukul satu pagi waktu new zealand. penat, kau tahu ?
dah le aku tak ada kredit telefon. talian internet, lagi la kirim salam. jadiknya, aku seakan terputus dengan keluarga dan sahabat.
hadoi.


2. pondok baru
kalau dulu alamat rumah aku number 14 whitaker place, sekarang, kau cuma kena tukar nombor empatbelas kepada limabelas. yeah, tak jauh mana pun aku pindah.
ok, untuk tatapan keluarga, ni lah rumah baru in !

[ muka excited ]


sebab in shopping banyak baju,
in terpaksa buat labelling.
maklumlah, kadang-kadang in ada short term memory loss


in ada empat bijik bantal yang besaaarrrr
dan tiap-tiap pagi, mesti ada bantal dah berterabur atas lantai.
fine. in tidur ganas


dengan tamaknya, in bolot harta pusaka rumah dulu :D
nota kepada penghuni rumah lama : rumah korang dah ada tv, jadik, kira halal la ni eh ?


bilik apartment columbia bersegi-segi.
kalau terhantuk, memang awesome


secara kasarnya, ruang persegi bilik in lebih kurang sama dengan bilik in yang dulu.
it is comfortable enough. i'm actually happy with the room :)


3. jadual mengembala di padang rumput


moto mrsm tgb jadik penguat aku kali ni


jangan nak caya sangat jadual yang aku tunjuk tu ha.
hari khamis - aku ada lawatan ke sekolah tempatan. kurang pasti proses perjalanannya bagaimana. apa-apa pun, kott ada budak pakeha yang sememeh dengan hingus tapi nampak comel, aku kira gambarnya wajib ditepek dalam blog ni kehkehkehkeh
by the way, barangsiapa mahu date sama aku, sila tetapkan temujanji pada setiap hari rabu.
tak sangka kan - buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan aku, wednesday becomes the freeist day of schooling.

kalau kau mahu tanyakan aku perihal kelas, aku tak ada nak komen apa-apa. setakat ni, semuanya ok.
cuma...aku ngantuk aa dengar lectures. rasa macam nak parking siku elok-elok atas meja pastu tutup mata tanpa segan silu. tapi, tak macho la kan ?
buatnya maskara dengan eyeliner tercomot, boleh ribut dunia aku ni.



hai-la bagasi !

gua rasa gua makin tertekan tengok bagasi gua. bodoh punya penimbang. barang aku cuma blender, baju tak lebih dari limabelas helai, alat kosmetik dan alat tulis. how come kau tunjuk kat aku luggage tu dah 25 kilo something ? ini bikin gua panas ok.

idiot scale !


lima perkara rawak tentang cuti musim panas

cuti musim panas kali ni dihabiskan sebaik-baiknya di tanah melayu.
it's almost three months, man !
tak lama lagi, aku harus pulang ke wilayah biri-biri. ada tanggungjawab yang wajib digalas. jadik, eloklah kiranya aku susunkan beberapa memori yang MUNGKIN buat aku meraung-merindu bila tercampak sejauh lapanribu kilometer.
isk.


1. kejut subuh
percaya atau tak, tiap-tiap hari abah kejutkan aku subuh. walaupun aku set alarm clock sebanyak empat atau lima kali [ pukul empatsetengah (kalau nak puasa), lima, lima setengah, enam dan enam setengah ], aku tak tahu kenapa telinga ni lebih suka dengar suara abah. it's fun after all. abah punya tona suara mesti macam ni -

"farahin...banguuunnn"
"farahin, subuh"
"farahin sayang, nak dekat pukul tujuh"

sambil tangan dia otomatik petik suis lampu bilik. itu, kalau aku tak kunci pintu lah.
let say pintu bilik was purposely locked, tangan abah akan ketuk sebanyak dua-tiga kali.
he won't knock more than that. believe me - i count it.


i wanna sleeeeeep


kalau datang angin malas aku, aku tarik selimut or amek bantal, tutup muka, kasi gelap sikit dunia. tapi nanti abah datang balik - tepuk-tepuk aku, tarik selimut aku.
abah cuma surrender bila aku kata -

"in period la abahhh"

and i rest my case.
:P


2. puasa ganti
straight satu minggu, aku puasa. kecuali hari sabtu dengan ahad. alang-alang duduk rumah bak gadis melayu tersipu malu nak tengok dunia luar (berirama sungguh ayat ni), aku rasa better aku cepat-cepat ganti. ajal maut bukan aku yang pegang pun. dan disebabkan alasan tu, of course aku tak nak nyusahkan orang lain tolong gantikan puasa kalau-kalau izrail menjemput aku dulu sebelum jodoh aku tiba. eh.

cubaan kedua nak berpuasa lima hari berturut-turut tergagal bila hormon aku buat hal. tapi, alhamdulillah. berkat kesabaran, aku dah raya dah pun.
oh wait. korang tahu tak puasa pada bulan bukan ramadhan sangat mencabar, lebih-lebih lagi bila kau duduk kat rumah?
hah ! i must say i'm quite impress with my own achievement.


3. duduk rumah
dari zaman upsr, pmr, spm, kolej dan sekarang, universiti. asal cuti, aku duduk rumah. takde istilah merayau dalam siri kehidupan bawangmerah. even if i'd go for outing, it will be accompanied with family members. atau kawan yang umi sedia maklum. contohnya, bashier - kawan aku sejak darjah satu. well, some people see this as a pathetic life. but i don't. aku rasa, ok je. bahagia apa hidup gini ?
by the way, duduk rumah ni bagus. kulit terjaga dari sinaran ultralembayung yang tinggi. pulak tu, muka tak terdedah pada udara bandar yang sedia tercemar. dan pastinya, kita tak berpeluh !
amacam ? dah habis optimis aku kali ni.


4. pakaian dan fesyen
paling syurgaaaaaaaa lah.
aku banyak beli baju untuk bawak balik ke wilayah biri-biri. bukan takat baju, tudung dengan selendang pun aku angkat sekali. umi tanya, apsal beriya sangat aku shopping. aku jawab, kat auckland takde baju lawa. fesyen sana tak kena pada rasa aku. banyak nampak buruk. kalau ada yang lawa, harga dia dah buat aku tarik muncung dan terpaksa beredar dari situ secepat mungkin dengan jiwa yang bengang. mungkin sebab sana berfesyenkan ala barat dan aku ni orang asia. jadik, tak ada mutual feeling nak disambungkan di situ.
a fashion amalgam of western and asian ? confirm la takkk


5. tidur dengan kakak
aku tak pernah suka tidur sorang-sorang.
never.
dan aku akan paling nyenyak tidur kalau tilam dan bantal ditemani manusia tersayang.
so, sepanjang kakak cuti, tiap-tiap malam aku rasa best (walaupun dia tak peluk aku - huh).
bila kakak pulang ke uia, malam-malam aku serupa disaster. end up, aku tak cukup rehat and i tend to catch a cold.

abah
in?
kenapa tak tidur lagi sayang?

aku
[tengok jam. satu pagi]
takleh tidur.
kakak takde.

abah
pulaakkk
nanti awak balik auckland, tak kan nak ada kakak.
dah, tidur.

aku
em...
nanti.


it's been a long time i didn't take my candy - yay !


nizar pernah bilang sama aku, aku kena kawin cepat-cepat so that ada orang teman aku tidur tiap-tiap malam. hah, ye la tuu.
buatnya suami aku doktor, dapat ke tiap-tiap malam?
eh.



adakah ini o - kay ?

i bought this dress in auckland via trademe (sort of an e-bay for the kiwis) with a price of nearly twentydollar including the postage. i never wear it before since its skirt kinda long enough to be matched with my jeans. so, i was thinking to shorten it though, but i was too scared to make any alteration. plus, i don't own a tailor machine (that very much explains i am not a tailor by the way). all i have in drawer is a needle and some pieces of thread which is a no-no to sewing the dress. apparently i hung it in between of many clothes that i could barely wear, just to make it disappeared from my sight. months after months, i nearly forgot about it and boom !
the day i was about to go back to malaysia, this thing came across to my mind. it was a waste not to wear the-almost-twenty-bucks-dress. so, i decided to get it fixed soon i'm home by some helps of professional hands. but --
the plan didn't work out as what i wanted. umi told me, there's no need to alter it - let it be as how it is. and, to be frank, i didn't favour her opinion.
provided that i'm having merely basic sewing knowledge, i insisted to cut the dress and whether i'm going to screw or not, that is another story to be thought about.


i'm supposed to take a before-after-photo.
urgh, never mind.
this is the result.


ok, tell me - is this alright to pair up with the jeans ?
i still can't make up my mind.

p/s : yucks. it feels weird to write in english :|



cinta dan hubungan

bila hidup dah masuk fasa duapuluh-an, soal jodoh makin rancak disebut-sebut umi. kadang-kadang, sampai aku naik tension pun ada. yeah, i know i'm still single and never have a steady boyfriend. takat pernah jatuh cinta tu, ada lah. pastu, patah hati dan jatuh sakit. bunyik macam bangang but hey, it's damn true.
dan disebabkan tu, banyak kali aku dah pesan kat umi - senang-senang, carik je siapa-siapa. be it among kawan umi ke, kawan abah ke, i think i'm ok to willingly accept the idea of a marriage arranged by our parents nowadays. tapi, umi tak nak pulak. dia nak aku carik sendiri.
huh.
tak paham aku.

satu hari.
ye, pa-da, sa-tu ha-ri yang maha membosankan.
aku buat satu kuiz personaliti tentang "pandangan anda terhadap cinta dan hubungan". you know what, buat kuiz ni seronok, ok? satu, kau cuma pilih jawapan yang disediakan berdasarkan apa yang terdetik kat hati kau. pada aku, jawapan pertama adalah jawapan yang paling jujur. kedua, kau akan kenal diri kau dengan lebih mendalam. kadang-kadang, susah kita nak notice pasal diri kita ni. ketiga --
er, gua dah kering idea nak bagitahu lu orang kenapa buat kuiz personaliti adalah menyeronokkan.
kau cuba dan kau rasakan sendiri nikmatnya, alright?

ok.
ni keputusan kuiz yang aku buat.
ia menjelaskan pandangan aku terhadap cinta dan hubungan.

***

soalan :
1. pengakhiran dunia sedang berlaku. sekiranya anda boleh menyelamatkan sejenis haiwan, yang mana satu akan menjadik pilihan anda?


biri-biri


analisis :
anda tertarik terhadap seseorang yang taat dan mesra.

pergghh !
acane kuiz ni boleh tahu aku suka personaliti gini?


soalan :
2. sekiranya anda boleh menjadik haiwan, yang mana satu akan menjadik pilihan anda?


kuda


analisis :
anda ingin memberi satu impresi yang optimistik kepada pasangan anda.

sebab aku ni selalu sangat pesimistik, adalah elok kiranya aku bersikap positif sikit dengan pasangan aku, ye dok?


soalan :
3. sekiranya anda mempunyai kuasa melenyapkan satu-satunya spesis buat selamanya, yang mana satu akan menjadik pilihan anda?


ular


analisis :
punca anda memutuskan hubungan dengan pasangan anda ialah pasangan anda terlalu emosional dan moody, dan anda tidak tahu bagaimana untuk memujuknya.

frankly speaking, sampai sekarang aku tak reti nak pujuk orang. dari dulu lagi aku teringin nak upgrade skill pujuk-memujuk, tapi, heh. harraaammmmm


soalan :
4. sekiranya haiwan-haiwan berikut boleh bercakap, yang mana satu menjadik pilihan anda?


kuda


analisis :
anda menginginkan sebuah hubungan yang mana anda dan pasangan anda mampu menceritakan segalanya dan apa sahaja tanpa mempunyai sebarang rahsia.

secrets hurt.
kan ?


soalan :
5. di kepulauan terpencil, anda hanya boleh mempunyai satu teman. yang mana satu menjadik pilihan anda?


manusia


analisis :
anda barangkali tidak mungkin berlaku curang terhadap pasangan anda.

sebab aku ni kan setia !
kahkahkahkah


soalan :
6. sekiranya anda mempunyai keupayaan menjinakkan haiwan, yang mana satu akan menjadik haiwan peliharaan anda?


beruang kutub


analisis :
anda takut akan sebuah perkahwinan kerana anda merasakan perkahwinan itu akan menyekat kebebasan anda.


soalan :
7. sekiranya anda boleh menjadik haiwan selama lima minit, yang mana satu menjadik pilihan anda?


kuda


analisis :
pada saat ini, anda tidak mahu terikat dengan sebuah hubungan. anda hanya mahu berseronok.

***

fine, tersentap kejap.
tapi sempat aku geleng kepala dan gelak lepas habis buat.
nah, aku kasi link.
dah habis jawab, feel free to share with me - jangan nak kedekut sangat sama gua.


p/s : gambar adalah sumber dari google.



dialog anak kecil #13

mohd
carik apa?

aku
aku punya buku panduan.

mohd
[gelak]

aku
betul la.
dulu masa aku pakai sony ericsson pun, aku baca buku panduan.


so much, i am.



masih lagi

kalau tak ada aral melintang, tinggal lagi dua hari untuk raya.
hoo-yeeaahhhh !
ehem. raya untuk aku sorang je. sebab, at the moment, aku tengah pulun nak ganti puasa - 14 hari ok. amek kau. setengah bulan aku tak puasa masa ramadhan aritu. nak buat macam mana kan. dah lumrah kitaran haid aku gitu. selalu tak tetap dan selalu troublesome, until at one point, i feel like i'm such a fuck up. yet, this is not what i want. dah ketentuan Tuhan. and i have to accept the fact that i'm having a haywire with my period cycle. needless to say, regarding with this problem, doctor has prescribed me with norcolut (norethisterone).


ok, apa itu norcolut (norethisterone) ?

[ bunyik cengkerik ]


alright, cut the crap.
arini, aku tak kan cerita pasal kefahaman personal reading aku. that would be another story to be told to you guys (or maybe to my future husband - hah awak, be prepared nak dengar saya bebel lagi ! hahahaha).

jadik, hari semalam, lepas habis berbuka puasa dan kebetulan semua ada kat rumah, abah umi ajak baca yassin kat rumah baru dan buat 'pendinding'. well, to be exact, rumah tu is meant to be something else.
semuanya masih lagi dalam proses :)


Photobucket

yang tengah-tengah muka paling batak dapat masuk rumah baru


so, aku berhenti sini ya?
gua malas nak buat penutup.
fullstop.