flapdoodle

ke hadapan futur

tak jadik lah.
tak kan nak tulis surat lagi.
sebulan sekali, cukup lah.
ceh, ego hahahaha

by the way, sekarang dah pukul empat pagi. bukan aku tak tidur, tapi aku terjaga lah. perlu diketahui, waktu tidur sang gembala (iaitu aku. of course la aku. i'm the main character dalam blog ni, remember?) ialah pukul sembilan malam waktu auckland.
aawwwwww
comel tak comel tak
gadis awal 20-an tidur pukul sembilan.
well, sangat bagus kalau nak kurangkan eye bags sebab tidur lewat adalah salah satu punca untuk kau dapat mata panda.
macam aku dapat semalam.

shit.

just because i was so shocked, terrified (?), horrified, stupefy and definitely was grieving over the past, i couldn't close my eyes. my head was tossing left and right, and yeah, i cursed the one who did this to me. to my eyes!

alright, whatever.



ni antara lagu yang aku dengar dalam kereta sepanjang road trip kami


dearest dear my future husband,

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

loves,
future wife.


nak jugak tulis kat dia!
hahahahahaha


baiklah,
mahu tidur.
selamat malam, wahai orang-orang malaysia.


lintas langsung wilayah biri-biri : pencarian epal manis


kredit : nadzirah embong


abaikan mata yang sembab dan bahasa inggeris yang lompong.
aih.
lusa, akan kembali bersekolah.
alaaaaaaa!
macam mana nak baca buku kalau fikiran asek nak pergi jauh?


surat untuk sara #1

ke hadapan sayangku sara,

aritu mama bagitahu papa sara dalam satu surat pasal mama tengah sungguh-sungguh belajar masak kat sini. tapi, mama takde lah terel sangat. baru belajar yang simple-simple. lagipun, kalau nak masak yang berat-berat, bukannya sara boleh makan pun. sara kena makan benda yang bukan complex. like, cookies or bread and butter. not to forget, your milk.
actually, mama bukan nak cerita pasal dapur. mama nak cerita benda lain. pasal dapur ni, kita cerita kat dapur lah, ye sayang? boleh gosip-gosip sekali. time tu, mesti papa sara jealous sara main masak-masak dengan mama. hihihi

sayang,

aritu mama makan malam dengan housemates mama. well, macam biasa - we all memang ada proper dinner. meh sini mama kenalkan housemates mama. yang duduk depan mama kat meja makan is aunty farah, yang duduk sebelah kanan, aunty yasmin, yang duduk sebelah kiri pulak, aunty azieliya and lastly, aunty nad. like any other girls, kitorang banyak borak over the dinner. waktu-waktu lain, jarang nak borak because, sara kena faham, mama ada tutorial and assignment as well as classes. jadik, yang free cuma time nak makan dinner je. so, masa tengah borak-borak tu, mama sebut nama sara dengan adam banyak kali. tiba-tiba kan, aunty yasmin and the other of your aunties ugut mama! they said that, kalau they know my daughter and son happen to have different names, memang dorang tak nak layan you guys nanti. huuu...scary la, sara.
tak beragak betul your aunties ni. ada ke patut ugut mama macam tu? jahat ouh!

by the way, let's say la your papa tak nak letak nama you as 'sara'. even tokmi and tokabah pun, disagree with the name, mama tetap akan panggil you sara. ni, between us only tau. sara diam-diam eh. jangan bagitahu papa yang mama panggil you sara, ok? this will be our first secret hihihi
em, sara tahu tak maksud nama sara ni? it means, princess. mama intentionally nak nama you pendek. just, simply sara. nice kan? i hope you'll always be a good princess, dear.

sayang,

mama got to go now. next letter, mama cerita yang lain pulak. haih. macam mana la muka sara mama ni. agak-agak, pipi tu banyak ikut mama or papa? kalau mata, mesti ikut papa, kan? kalau rambut pulak?

[senyum]

mama ni berangan tak habis-habis lah. hahahaha
ok, honey. meet you some other time !

LOVES,
mama



lintas langsung wilayah biri-biri : gambar rajah

12.04.2011

.dalam perjalanan.
.tasik okareka.
.tasik rotorua.



13.04.2011

.ladang epal.
.teluk hannah.



14.04.2011

.air terjun huka.
.bandar taupo.



14.04.2011

.taupo bungy.
.kawasan geoterma.



15.04.2011

.taman bandar palmerston north.
.ladang kincir angin palmerston north.



16.04.2011

.pasar pagi palmerston north.
.cik didik dan keluarga.
.penginapan sunflower new plymouth.



17.04.2011

.bersiar di pantai utara-timur new plymouth.

***

untuk ulangtahun kelahiran aku nanti,
kalian boleh belikan aku baju baru warna baru.

video?
nanti lah.



lintas langsung wilayah biri-biri : laporan ringkas melesapnya sang gembala selama tujuh hari

tiba-tiba aku buat gelaran baru untuk aku kan? hahaha
sukatihati lah. aku suka nama sang gembala, sebab aku obses dengan biri-biri. sangat obses. tapi, belum berkesempatan nak pegang bulu ropol-ropol mereka. takpe lah. kita harus kayuh slow-slow kehidupan ni beb. jangan gopoh-gopoh. dari mula, tengok gambar mereka. kemudian, jumpa mereka kat agrodome. next time, aku nak terkam mereka pulak. be prepared wahai biri-biri!

ok.
mari baca laporan ringkas sepanjang minggu ni.
(gila. bunyik macam pembaca berita je)


12 april 2011

1. bertolak dari auckland ke rotorua.

2. check in astray (a nice place to have an overnight. you guys won't regret)

3. menikmati rotorua lake yang busuk.

4. melakukan photo shooting beramai-ramai di okareka lake.

info : okareka ialah perkataan maori yang bermaksud biru. tasik tu, sungguh-sungguh berwarna biru.


13 april 2011

1. bersiap sedia ke kaituna. kitorang buat water rafting tahap kelima. memandangkan kami tidak menempah secara online, kami redah pergi dan, hah. memang rezeki kami bila adanya ruang kosong. satu kepala hanya dikenakan bayaran sebanyak $59. kalau nak cd gambar, sila tambah $40. it was damn awesome!

2. menikmati makan tengahari di hutan terpelihara. aku lupa nama tempat tu. kemudian, gerak ke classic roses. produk utamanya bunga ros, tapi, kitorang lagi teruja pergi ladang buah epal. kalau petik dan makan on the spot, tak dikenakan bayaran. maka, aku pun melantak sampai kenyang. kalau petik dan mahu bawak pulang, sekilo cuma $1. sungguh murah. macam-macam jenis epal ada kat situ.

3. jalan-jalan di hannah bay.

4. akhir sekali, jumpa biri-biri di agrodome.


14 april 2011

1. bertolak dari rotorua ke taupo pulak.

2. check in tiki lodge. again, tempat ni memang selesa. tak jauh dari bandar taupo pun. it's walkable distance.

3. ke taupo bungy. aku tak buat. kami semua tak buat, kecuali yasmin dengan iqmal. kawasan yang tinggi. kawasan yang cantik. dan gila seram tengok dorang terjun.

4. habis ber-bungy, gerak ke huka falls. air yang sangat deras. nanti aku tunjuk sederas mana ia pergi.

5. puas bergambar kat huka falls, bergerak pulak ke craters of the moon, iaitu, tempat geothermal. kalau berjalan kat kawasan tu tanpa berhenti, hanya mengambil masa selama 45 minit. tapi, disebabkan kitorang berhenti dan posing amek gambar, maka, perjalanan menjadik satu jam lebih. oh. bayaran nak masuk tempat ni, cuma $6 bagi seorang dewasa. bayaran kanak-kanak dan pakej keluarga turut disediakan. tapi aku lupa berapa dollar. yang penting, tak mahal lah.


15 april 2011

1. menuju ke palmerston north dan sebelum kitorang bermalam kat rumah pakcik aku, kitorang pergi wind farm dulu. tiada bayaran yang dikenakan. waktu lawatan tamat pada pukul 5.30 petang sharp.


16 april 2011

1. pergi pasar tani (pagi) dengan cik didik and cik laila. tertekan aku tengok semua sayur dan buah. sebab apa? sebab sangaaaattt murah kalau nak dibandingkan dengan auckland! oh well. nama pun auckland. standard bandar lah.

2. dalam pukul sebelas, kitorang bertolak ke new plymouth pulak dan check in di sunflower lodge.


17 april 2011

1. sebelum bertolak pulang ke auckland, singgah sekejap di north-east of new plymouth. new plymouth terkenal dengan coastal walkway dan takde bayaran dikenakan.


aku nak tarok gambar, tapi, banyak sangat la pulak. even kat facebook pun, aku tak upload satu hapak pun. harapkan orang lain je yang tolong upload dan tagkan muahahahaha
tapi, disebabkan aku tak tepek gambar langsung dalam entri ni, aku gantikan dengan video biri-biri dan huka falls.
enjoy !






hahahaha aku memang jakun tengok biri-biri. rasa nak babat-babat je dorang.
well, aku plan nak tarok video aku kat ladang epal lah.
is there anyone want to watch me?
ceh.
bajet artis la pulak.



lintas langsung wilayah biri-biri : sepuluh pengajaran untuk sang gembala

28.02.2011 pengajaran pertama
jangan mandi malam di sini walaupun ada air panas. selsema!

01.03.2011 pengajaran kedua
hati-hati bila bukak penutup pemanas air. terkena percikan air kat muka memang menyakitkan :(

02.03.2011 pengajaran ketiga
walaupun peta ada kat tangan, sila ikut mereka yang pakar pasal jalan. nanti sesat!

03.03.2011 pengajaran keempat
jangan pakai selipar bila keluar waktu malam. jari kejang!

17.03.2011 pengajaran kelima
bila malam, tutup tingkap. pasang pemanas. pakai stokin. guna selimut. kaki kejang, padan muka!

17.03.2011 pengajaran keenam
jangan berangan masa potong buah. bisa pisau, siapa kan tahu.

20.03.2011 pengajaran ketujuh
tengok betul-betul dapur tu dah on atau off. kena dapur panas memang sakit. tak memasal lengan kiri bertanda garisan 4 cm :(

01.04.2011 pengajaran kelapan
jangan potong sayur sungguh-sungguh. tak memasal jari terluka, kan? :(

03.04.2011 pengajaran kesembilan
jangan teruja sangat sampai terlupa nak bukak api dapur. sampai bila lauk nak masak kalau macam tu?
thank you, mya safr!

07.04.2011 pengajaran kesepuluh
jangan biarkan nasi impit atas dapur kalau mahu duduk dalam bilik. kasihan. separuh nasi impit sudah hitam.
terima kasih nur farahain ab ghani!

(retrieved from http://www.facebook.com/)

***

ke hadapan abang future husband,

hi awak. awak sihat? harap awak ok, sihat dan selesa dalam tempat sorokan awak tu. saya teringin nak carik awak sebenarnya. tapi, well, saya kan berbintang taurus dan awak patut tahu yang ego saya ni tinggi tau. jadik, teruskanlah menyorok dari saya. saya tak kisah ~
nanti bila awak dah penat menyorok, sudi-sudi la jumpa saya, eh? saya ada kat sini.

saya sihat (kalau awak nak tahu). walaupun wilayah biri-biri dah serupa macam antartika sejuknya, saya belum lagi kena selsema. maklumlah, musim luruh sudah tiba. haruslah bertukar iklim. dingin rasanya. suhu kadang-kadang jatuh sampai empatbelas darjah selsius. empatbelas, awak! tapi, walaupun empatbelas, kadang-kadang saya cuma pakai selapis je baju. saya tak boleh nak agak lah cuaca wilayah biri-biri ni. ekstrim sungguh. sekejap panas, sekejap sejuk. pening kepala saya nak pakai baju apa tiap-tiap hari. ada satu kali, saya pakai tiga lapis. nasib baik. udara kat luar memang betul-betul mencengkam tulang belulang. bila saya berjalan ke kelas pada waktu pagi, haba tiba-tiba terkelihatan keluar dari mulut saya. dan serius saya rasa teruja! awak patut tengok betapa muka saya tersenyum puas masa tu. tapi sayang, wilayah biri-biri takde emping salji. takpelah. mungkin Tuhan sengaja aturkan begitu supaya disimpankan ruang masa untuk saya merasa emping salji bersama awak satu hari nanti.
bila malam pulak, saya pasang pemanas bilik. saya pakai selimut. saya tutup tingkap. dan, saya teringat kat awak. eh, tipu je. mana ada saya buat macam tu. saya cuma termenung melihat siling kosong sambil tunggu kelopak mata jatuh. saya kekalkan suhu hangat dalam bilik. saya tak mahu kaki saya kejang lagi. cukup-cukup lah. seksa ok. saya ingat lagi, masa tu, saya menjerit sakit tapi takde siapa yang dengar. pintu pulak terkunci. saya kaku atas katil seorang diri. nak bangunkan jasad pun, tak larat. masalahnya, saya kena pergi tandas by hook or by crook. jadik, nak tak nak, saya gigihkan diri jugak tanpa pedulikan urat kaki yang tegang. pagi tu, saya tempang sekejap. haih.

awak,

awak tahu tak, sampai sekarang saya tak putus asa nak upgrade-kan skill masak saya? yup, saya akan terus belajar dan berlatih di dapur. saya buat demi kebaikan kita berempat (empat? hahaha). saya tahu, saya ni bukanlah pandai masak. tapi, apa saya kira! hidup memang la payah tapi saya kan kuat. maka, apa jua halangan kat dapur tu, saya akan terus hadap. eh, awak jangan terkejut ye bila jumpa saya nanti. sila la jangan. sebab, tangan saya mungkin dah berparut atas alasan terkena pisau dan dapur. kulit saya mungkin dah tak licin mana dah atas alasan terkena percikan minyak masak yang panas. macam-macam yang happen bila saya masuk dapur. kelakar la kalau nak diceritakan balik. bab terpotong jari adalah perkara paling sadis. sebab, lukanya agak dalam. kuku saya sedikit terjejas. saya tak tahu berapa banyak darah yang melimpah dalam sinki sebab saya langsung tak pandang. tapi jangan risau. itu jari telunjuk tangan kanan. jari manis tangan kiri masih terjaga :)
by the time kita bina hidup sama-sama, saya harap awak sudi makan apa yang saya masak. tapi, boleh tak saya nak mintak awak sesuatu?
tolong temankan saya di dapur. saya tak suka lah keseorangan walaupun saya selalu rasa keseorangan.

awak,

saya berhenti sini dulu lah.
saya mahu kongsi macam-macam dengan awak lagi tapi, nanti-nanti saja. dah sampai masa yang sesuai, kita let out everything ok?
buat masa sekarang, awak jaga lah diri awak baik-baik.
dan, jangan lah menyorok lama sangat :)

salam sayang,
future wife


tinggi awak berapa ek?


lintas langsung wilayah biri-biri : malam tadi gembala tidur satu jam tambahan

farah pernah mention yang bila bulan april masuk, kena tukar jam. tapi tak diberitahu bila tarikhnya. sekarang dah april kan? cepat jugak masa berlalu (klise nya ayat ni). by the way, semalam, lepas melantak puas kat barbeque flat 14 - yang mana aku makan burger mat salleh yang besaaaarrrr, salad, coleslaw, potato salad dan macaroni yang direncahkan sama butter, sedikit oregano dan garam - mata aku dah mula kuyu. tengok jam. pukul 9.35 malam. standard lah. memang waktu tidur aku pun.
tapi, entah kenapa, aku klik jam laptop dan tertulis begini ;

daylight saving time ended on sunday, april 03, 2011 at 3.00am. the clock went back one hour at that time

kejap.
harus kalian tahu, beza waktu antara auckland dan malaysia ialah lima jam ye. maka, kalau dinyatakan pukul 9.35 malam, malaysia baru pukul 4.35 petang. hmmm...waktu minum petang tu. korang makan apa ek? mesti kuih seri muka, cekodok pisang, pisang goreng, tauhu sumbat, keledek goreng, atau rojak mee? omaigooooodddd
boleh meleleh air liur aku on the spot.



ok.
sekarang, sila sisipkan dalam ingatan masing-masing yang beza waktu antara auckland dan malaysia sudah pun bertukar. right now, it's four hours.
hooray!

dan, waktu solat semua sekali sudah terawalkan.

subuh :
5.10 pagi

zohor :
12.24 tengahari

asar :
3.41 petang

maghrib :
6.12 petang

isyak :
7.33 malam

apa yang aku faham, kalau aku tak awalkan jam, kang mula la aku musykil -
'apsal baru pukul enam tapi hari dah gelap?'
jadik, better aku tukar jam siap-siap.
kalau tak, berterabur life aku.

p/s : maka, hari ni gembala punya waktu sebanyak 25 jam. wah!


lintas langsung wilayah biri-biri : hari jumaat

Tuhan selalu saja mengundang macam-macam pada saya. kali ni, saya tak mahu memfokuskan skop pada orang lain. biarlah saya bercerita perihal saya. tolong, pusatkan perhatian pada saya dan saya dan saya. jangan dilihat manusia lain, tapi saya saja, ok? baiklah, sambung semula. memaksakan ingatan pada sejarah kehidupan saya (oh, saya gemar sandarkan jasad dan jiwa pada kenangan silam walaupun rasanya bukan lah manis pun), saya tahu saya tidak cerdik. darjah kecerdasan otak saya selalu tak memenuhi kriteria sistem umat manusia. ada saja yang tak kena. Tuhan hukum saya, itu yang boleh saya katakan. sebab, Dia tak beri cerdik itu awal-awal untuk saya. maka, bila masa umat manusia keluarkan sistemnya yang kita semua panggilkan peperiksaan, saya akan terkebelakang. peratusan markah sungguh teruk. ya, mungkin saja awak katakan - "itu untuk kali pertama, biasalah tu kalau awak tak skor, farahin". tapi saya musykil, awak tahu? saya musykil kenapa adanya entiti lain yang terus cemerlang pada permulaannya. kenapa untuk pusingan awal, darjah kecerdasan otak dia sudah memenuhi kriteria sistem umat manusia? kenapa? kenapa bukan saya?
bila difikirkan secara senyap dan sendirian, ada suara katakan saya bodoh dan Tuhan sengaja tidak kasihan pada saya. saya sedih. saya menangis. sorang-sorang pulak tu. menangis bersendirian sangat ngilukan jasad saya. sudah lah dungu, mengalirkan air mata pun, tidak Tuhan kurniakan siapa-siapa untuk temankan saya di sisi.

belajar - perkara yang payah untuk saya. kan saya dah cakap, saya tidak cerdik. pastilah belajar satu benda yang susah. awak tengok, walaupun Tuhan berikan saya kursus bahasa inggeris yang mana secara umum, diketahui kursus tersebut adalah mempelajari bahasa, saya tetap mengalami masalah. awak nampak tak di mana tahap keupayaan saya ni? bukannya saya belajar hal ehwal sains, matematik, statistik, formula, proses sintesis, campuran kimia dan apa entah lagi. saya cuma belajar ilmu bahasa, ilmu yang dipraktikkan sehari-hari. itupun, saya tak mampu. saya tak faham.
sejujurnya, saya dah tak ada air mata. kalau ada sekalipun, tiada siapa mahu lapkan di pipi ni.

saya ingat lagi zaman sekolah rendah saya. kerana sedar yang diri bukanlah cerdik mana, saya terpaksa lipat gandakan usaha. umur sembilan tahun, boleh dikatakan saya seorang saja yang menyiapkan kerja sekolah berupa dua puluh karangan bahasa melayu ketika cuti sekolah akhir tahun. rakan lain, mereka bergembira dengan cuti mereka. saya? tak. walaupun saya balik kampung di mersing, buku-buku tetap saya bawak sama dan di situ, saya gagahkan diri menjalankan tanggungjawab saya. saya pelik. mentaati perintah guru termasuk dalam akhlak yang mulia di sisi agama saya. tapi, kenapa Tuhan dugakan saya ye? awak tahu, bukak saja semester baru, cikgu tak mintak pun karangan itu. kejam. itu yang saya rasakan. bila masuk darjah empat pulak, seperti biasa, cikgu berikan kerja sekolah untuk cuti akhir tahun. cikgu arahkan kami buat folio sains. baiklah. folio sains. saya bukan pandai bab-bab sains. tapi tak apa. saya harung saja. buku rujukan kan ada. hah, bercerita tentang buku rujukan sains tu, entah berapa kali saya selak sepanjang saya berada di tahap kedua sekolah rendah. hingga kini, ada satu nama yang saya ingat di samping alexander graham bell dan wright bersaudara - richard trevithick. dia seorang pencipta, tapi saya lupa dia cipta apa. nanti saya google.
untuk kerja ini, nasib baik cikgu kumpulkan. tapi, sekali lagi saya pelik. untuk apa dikumpulkan kalau tak diberi markah? ya, saya tak tahu motif kerja itu diberikan tapi, tidak di-gredkan. seolah-olah, usaha saya tidak dihargai langsung oleh golongan pendidik. bengang rasanya bila usaha disampahkan. sudah lah tak cerdik, disampahkan pulak saya ni. naik darjah lima, seperti sudah termaktub dalam takdir yang Tuhan gariskan, saya tak boleh bergembira pada cuti akhir tahun. kali ni, saya mendapat kerja sekolah untuk lima subjek. saya ingat sangat, ianya lima subjek sebab, untuk habiskan semua sekali, sungguh perit untuk otak saya bekerja. sudah tentu saya akan ingat kesakitan itu. ya, lima subjek. paling menzalimi saya ialah subjek matematik. lupa mahu dikhabarkan - selain sains, saya tidak dikategorikan dalam golongan bijak-pandai-ilmu-hisab. untuk subjek tersebut, saya tak faham arahan yang diberikan, lalu, saya tanyakan abah apa yang sistem umat manusia mahukan dari saya. kata abah, setiap topik yang ada, perlu disediakan contoh soalan sebanyak dua puluh dan, setiap soalan itu, mestilah ditunjukkan jalan kerjanya sekali. baik lah. sila buat perkiraan mudah ye. terdapat sepuluh topik dalam subjek matematik dan sepuluh didarabkan dengan dua puluh soalan bersamaan dengan -- ?
tepat sekali, dua ratus. boleh awak bayangkan tak, saya, seorang budak kecik yang dungu perihal matematik diarahkan menyiapkan dua ratus soalan? saya menangis dalam menjalankan tanggungjawab saya. sungguh tak logik. kenapa Tuhan hantarkan entiti bernama guru untuk menyeksa jiwa saya?

[lap mata]

maaf lah. habuk tiba-tiba masuk. dua-dua mata saya sudah berair.
itu, baru dikisahkan perihal saya ditarikkan nikmat cuti sekolah pada umur seawal sembilan tahun. pernah awak tahu tak yang saya berasa letih secara fizikal dan mental dalam tiga daripada lima hari persekolahan? hadirkan diri untuk sekolah sesi pagi, kemudian pergi ke tuisyen. habis tuisyen, terus dihantarkan saya ke sekolah agama. perit, sungguh perit. saya usaha bukan main lagi gigih dan hingga satu tahap, saya tak larat nak buat ni semua. kenapa Tuhan tidak mahu berikan saya kecerdikan seperti orang lain? saya ni budak jahat ke? saya dah jalankan tanggungjawab saya bila saya bergelar murid. tak cukup lagi kah? ada kawan saya, kerjanya asek meniru buku sekolah orang lain, tapi, dirinya tetap dapat keputusan yang cemerlang. saya ni?

(saya tak faham kenapa ada banyak habuk. mungkin saya patut tutup tingkap)

kehidupan mrsm.
hah, lima tahun saya dicampakkan situ.
awak, saya pernah nak bunuh diri, awak tahu? saya tak tipu. saya tertekan bila tengokkan manusia yang cerdik-cerdik belaka. saya sentiasa rasa saya tidak dimilikikan di mrsm. satu malam ketika saya berumur lima belas tahun, saya telan dos ubatan terkawal sebanyak yang mungkin. saya nekad mahu akhirkan hidup saya. sudah-sudah lah dengan segala macam ujian ni. saya letih.
saya tak boleh gantungkan diri ketika tu. sebab saya tak ada tali. kalau ada tali sekalipun, saya tak sampai nak ikat tali gantung tinggi-tinggi. untuk kelar nadi? maaf lah. saya takut tengok darah. lagipun, kalau saya kelar, pasti ada rasa sakit. sebab tu, jalan mudah dan terbaik, saya mahu mati dalam tidur. tapi, esoknya, dengan izin Tuhan, saya bukak mata. saya tertanya-tanya, ada kah Tuhan sayangkan saya atau sengaja mahu biarkan saya terseksa lagi dan sebab itu dipanjangkan umur saya ni? soalan saya tak berjawab. maka, saya pun jalankan saja hidup ni. sambil-sambil tu, bila ada saja saya terhantuk, saya soalkan macam-macam pada Tuhan.

saya tak mahu ingat lagi kenerakaan kehidupan kolej. tapi, tak apa lah. mungkin menjadi seorang saya, saya diciptakan oleh Tuhan untuk ingat perkara-perkara yang pedih. mungkin lah.
saya ingat lagi betapa Tuhan sengaja tepekkan kekecewaan atas muka saya. Dia gagalkan saya dalam peperiksaan AS bulan jun. saya meraung dalam bilik guru. semangat saya berkecai dan berderai. saya tak faham apa hikmah Tuhan lakukan sampai begitu sekali pada saya. saya marahkan diri dan saya persoalkan Tuhan itu ini. teruk rasanya.

(sudah ditutupkan tingkap tapi habuk tetap ada. ah, biarkan saja mengalir)

adakah saya sedang melawan arus kehidupan saya?
saya tahu saya tak cerdik. saya tahu saya tak bijak.
tapi saya tetap degil untuk cerdikkan diri, bijakkan diri.
apa perlu saya berhenti melawan sekarang ni? yang mana, saya harus berhenti usaha dan tidak perlu lagi dipanjangkan impian menjadi yang terbaik?
saya tak boleh terima kenyataan bahawasanya saya seorang loser.
walaupun suara-suara katakan saya bodoh dan Tuhan sedang menghukum, jauh di satu sudut terpencil, saya membangkang habis-habisan kenyataan itu.
saya berperang sama suara-suara tersebut dengan mengatakan Tuhan saya sayangkan saya.
tapi,
ah.
suara-suara persoalkan begini - "kalau Tuhan kau sayangkan kau, kenapa Dia biarkan kau sedih setiap masa? kenapa tidak saja Dia tingkatkan darjah kecerdasan otak kau? kenapa? kenapa? kenapa?

saya tak ada jawapan.
yang saya tahu, apa yang saya dapat hingga kini, adalah dari doa.

universiti ni adalah antara universiti yang terkemuka. sememangnya, saya sedar saya tak layak jejakkan kaki di sini. tapi, itu lah. saya degil. saya mahu jugak datang ke sini. sungguh tak sedar diri, bukan? itu lah saya.

maaf lah, awak.
saya terpaksa berhenti sekarang. penglihatan saya sudah terkabur. mungkin saya patut vakum bilik ni. habuk makin hebat rembeskan kalenjar air mata saya.
eh, jangan disalah ertikan. saya bukan lari ye. cukup-cukuplah dengan siri pelarian saya. kali ni, saya cuma mahu tetap di tanah.