Memaparkan catatan dengan label tiubkamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tiubkamu. Papar semua catatan
please come back home - suatu ketika dulu
there was one time, i was in a deep shit, i didn't know where to go and to whom should i speak to. i felt i was all alone, i had no one in this whole world and i thought i would fuck up in any thing i do in my life. i distant myself from most of people i know, including my housemates in which i barely talked to them even though we lived under the same roof. life was sort of bleak and black as if i was out of a glow to light up the darkness i faced.
so, after quite some time i was deadly silent, suddenly an email popped out from my gmail inbox, with its title "i miss you". it was from my big brother, asking me, where had i gone and what happened to me. he sounded worried behind every word he wrote.
and the email was finally enclosed with an attachment of a song by fort minor - where'd you go.
titipan si
bawangmerah
dibawahkatakunci :
hidup universiti,
hidupaku,
inggeris,
jeritan-jiwakusut,
kerepek-repekan,
melawandepresi,
memori,
tiubkamu
selasa bersama Val #6
hari ni, Val bercerita tentang teori gua yang dicipta oleh Plato.
ceritanya begini,
ceritanya begini,
aku --
adalah seperti banduan yang dilepaskan. melihat dunia adalah seperti aku menjejakkan kaki di tanah auckland. aku mula tahu yang kebergantungan terhadap siapa-siapa itu tidak perlu. from not knowing anything, i learn how to deal with people in banks, post offices, health centers, bus stations and what not. kalau dulu kat tanah melayu, nak pergi ke tandas awam pun aku takut. sekarang, insyaAllah aku lebih berdiri atas kaki sendiri. aku mula belajar yang budaya di tanah auckland meletakkan perempuan ber-sama keupayaan dengan lelaki.
aku suka.
dan aku sentiasa percaya, betapa perempuan itu kuat dan cekal. mungkin kau yang membaca tulisan aku takkan bersetuju sama aku bilamana aku sendiri mengangguk suka kata-kata Ez,
"accept the fact that men are more weaker than us women.because we gave born to you guys. we are far far stronger than you thought"
kepulangan ke tanah melayu secara berkala kadang-kadang bikin aku annoyed. mungkin saja alasannya, suasana itu yang mendiam-bisukan suara lantang aku. kau ingat aku tak pernah kena cantas sama abah umi bilamasa aku menyuara-pendapatkan ketidakperluan hidup bersama seorang lelaki?
entah kenapa - aku terkadang fikir, apa perlu hidup seorang perempuan yang punya segala dari segi ilmu, material, kuasa dan kedudukan, perlu dikongsi sama seorang asing bernama lelaki?
di sini -
di tanah auckland, aku belajar tentang ini.
tentang keupayaan perempuan yang boleh dikatakan sama junjung dengan lelaki. betapa hebat mereka tanpa kebergantungan terhadap lelaki.
[ senyum ]
i may sound feminist. but hear me say - i have no problem at all of having males in my social networking. in fact, i do love with their existance. i embrace the fact that they own their unique sides.
aku belajar banyak perkara di tanah auckland.
perihal kesamaan dua jantina hanyalah secebis silibus kehidupan aku di sini.
dan mengetahui bahasawanya mereka di tanah melayu tidak berupaya memahami suara aku, adalah sesuatu yang menyedihkan.
aku bertanya pada Val, apakah usaha aku berkongsi pelajaran kehidupan rantauan adalah sesuatu yang sia-sia?
Val, dengan tertib susun katanya,
"you can always return to your cave. but it doesn't mean you have to be a caveman again"
titipan si
bawangmerah
dibawahkatakunci :
hidupaku,
melawandepresi,
selasabersamaVal,
siri keempat,
tiubkamu
rujukan kita dua pada masa akan datang, awak
kalau awak ter-salah lip sync pun takppeeee
saya buat-buat tak nampak lah.
yang penting, we enjoy our moments together.
:)
p/s : insyaAllah saya akan menjerit histeria if ever you let your hands off the wheel.
cuti musim panas : "in a hole in the ground there lived a hobbit..."
walaupun dalam entri sebelum ni aku menggalakkan kamu (terutamanya budak-budak tesl kolej mara seremban) menonton filem/drama inggeris tanpa sari kata, tapi, dalam kes-kes terpencil, adanya pengecualian untuk mewajibkan diri memakai sari kata. without subtitles, you might get lost and it's kinda pointless to watch the show. kes-kes terpencil yang aku maksudkan adalah filem/drama yang sarat dengan jargon. contohnya, house m.d atau siri the lord of the rings.
cuti musim panas bulan lepas (januari), aku habiskan tiga hari tiga malam menonton layar perak arahan peter jackson di kaca tv plasma. well, tv plasma apartment gua memang boleh cucuk pendrive pun, and then kau boleh fefeeling macam duduk dalam cinema. kiranya, memang layan habis ah - tak payah aku susah-susah keluarkan NZD 16 beli tiket wayang. heh.
ok, aku bukanlah peminat filem epik fantasi ni. in fact, aku tak pernah tahu jalan cerita dia.
serius, AKU. TAK. TAHU.
dan bilamana aku pulang semula ke tanah auckland aritu (28 disember 2013), yasmin dengan nadzirah tak habis-habis suruh aku tengok the hobbit : the desolation of smaug. aku dah pernah dah tengok the hobbit : an unexpected journey, tapi aku tertidur kat wayang tiga kali which that made me missed three scenes of the show #loser
pastu, nadzirah siap suggest aku dengar lagu ni,
memang layan la kan?
the thing is, aku sebenarnya dah blurr dah pasal the hobbit : an unexpected journey. senang cerita, aku lupa sungguh jalan cerita dia. kalau nak cakap pasal the lord of the rings (ketika itu), memang takkan mampu la derr. so, memandangkan aku ni jenis berinkuiri tinggi dan jenis menanya soalan "amenda la best sangat cerita peter jackson ni wehhh", aku amek inisiatif nak tengok siri the lord of the rings dan the hobbit : an unexpected journey. sebab tu senang-senang je tiga hari tiga malam cuti aku hangus gitu.
sekarang, ehem.
YE - peter jackson memang legend. no wonder sambutan filem-filem dia lain macam. dan orang tak putus-putus nak pergi hobbiton. aku ingat, pasni aku nak pergi lagi sekali. baru betul-betul feeling !
the last time i went to hobbiton, aku tak rasa apa. nak kata happy, em...boleh laaaa. nak kata tak happy, tak jugak. cuma, bila aku tengok the lord of the rings and the hobbit, a few times i told to myself - "ni tempat kau amek gambar ni. kau perasan tak?" - sambil mata terkelip-kelip sebab tak percaya.
actually, it feels like the memory of visiting the setting is not quite there in my mind. sedikit kecewa di situ.
[ sigh ]
but anyway, here's a bit of pieces of the memory.
enjoy ! :)
***
![]() |
| untuk lawatan ni, aku amek pakej dari matamata i-site |
![]() |
| boleh beli tiket terus dari matamata i-site ni, atau secara online |
| dari matamata i-site, bas akan berhenti selama 15 minit di the shire's rest |
![]() |
| di the shire's rest, pelawat berpeluang membeli-belah dan berehat sebentar |
| kemudian, baru gerak ke ladang. ni lah pit-stop pertama |
| pelawat akan dikelompokkan dalam kumpulan kecil dan diketuai seorang tour guide |
| mula-mula, kita jalan laluan gandalf the grey dan frodo baggins |
| tadaaaaa ! rumah hobbit pertama yang dijumpai |
| dulu, rumah-rumah ni adalah separa kekal, yakni, ia akan dirobohkan selepas selesai penggambaran filem the lord of the rings |
| sekarang, rumah-rumah ni diputuskan menjadik kekal selama mana ia disyaratkan dalam kontrak antara peter jackson dan pemilik ladang ni |
| ada dua jenis saiz rumah hobbit yang dibina. satu, rumah bersaiz manusia normal |
| rumah bersaiz manusia normal adalah untuk plot-plot melibatkan hobbits sahaja |
| kedua, rumah bersaiz lebih kecil daripada manusia empat kaki |
| rumah kecil ni pulak, untuk plot-plot melibatkan manusia normal seperti gandalf the grey |
| so, bila gandalf the grey pakai rumah bersaiz kecil, nampak lah yang hobbit-hobbit ni sememangnya kenit |
| antara tinggi aku dengan tinggi seorang hobbit, tak jauh beza. sebab tu rumah bersaiz (luar biasa) kecil ni tak nampak kecil mana pun bila aku bergambar sama |
| bayangkan eh, tinggi aku ialah empat kaki sembilan inci (1.45m) manakala tinggi seorang hobbit dikatakan dua hingga empat kaki (0.61-1.22m) |
| sekarang, jelas kan? |
| lawatan bermula di persimpangan ni. dan diakhiri di sini jugak |
| kampung pertama (kott) |
| ni lah SEBAHAGIAN hobbiton. ada 44 lubang rumah hobbit yang dibina kekal |
| rumah seorang lagenda - tak boleh masuk pun :( |
| ladang ni luas sangat. tapi, masa lawatan yang diperuntukkan adalah lebih kurang 30-40 minit |
| aku cadangkan, seeloknya, lawat lah pada waktu pagi. kalau pergi selepas pukul 12 tengahari, panas terik ouh. |
| yang ni bukan rumah hobbit. aku kurang pasti ianya apa |
| papan tanda pengumuman |
| tak dibenarkan memancing atau mandi. depan sana - the green dragon bar |
![]() |
| antara replika yang dibuat untuk menjadikkan hobbiton lebih realistik |
| ini - bangsal (agaknya) |
![]() |
| the green dragon bar - setiap pelawat dihidangkan minuman percuma |
| sebelum lawatan betul-betul diakhiri, sempat tangkap gambar tasik ni |
| dan amek feeling sikiitttt - lonely :( |
| dari sini, nampak beberapa lubang rumah hobbit |
| kenangan kami bertiga yang dah pernah jejak kaki di sini |
![]() |
| akhir sekali, kawasan lapang yang dijadikkan tempat hobbit berparti |
***
bagi aku, peminat tegar siri the lord of the rings dan the hobbit memang patut datang ke sini. tiket untuk seorang dewasa tak lah mahal - NZD 75. tak perlu bermalam di matamata. cukup kalau balik hari saja. bukan jauh pun dari tanah auckland.
titipan si
bawangmerah
dibawahkatakunci :
cutimusimpanas,
hidup universiti,
lukisanhati,
makan-angin,
siri ketiga,
tiubkamu
sejauh mana kau telah pergi, wahai budak?
kalau kami bertiga duduk sekali di ruang tamu, ada macam-macam cerita yang terkeluar. dari hal ehwal keluarga ke hal ehwal pelajaran.
berbunyi ilmiah, bukan?
ptuih.
takde lah.
aku, yasmin dengan nadzirah - kalau perempuan duduk sama-sama, ada seribusatumacam gosip yang dirancakkan. kadang-kadang tu, ada je terselit perkara ilmiah. TAPI, biasalah. benda-benda ilmiah ni lebih digulakan hinggakan terlarut semuanya. yang tinggal nanti cumalah manisan-manisan cerita liar.
-
"dulu, kalau kat kk (mrsm kuala klawang), budak-budak suka nak buat dedication"
aku bukakkan topik baru - zaman sekolah menengah.
"oh! haah, ada-ada. kalau budak mrsm, memang ada benda ni" nad tokokkan.
"haish. nak je aku haromkan natang tu"
"apsal?"
yasmin angkat kening.
tak faham.
"benci aku--"
"aaaa...ni mesti kau tak pernah dapat kaannn"
"siot aa"
yasmin gelak.
-
dedication thingy ni semacam racun, kau tahu? sebab bagi aku, it's a form of labelling that tells kids either you're some kind popular, loser, loner or whatever. aku jarang nak singkapkan kisah kuala klawang. takde satu perkara yang seronok pun. most probably because i was a nobody after all.
masa zaman tu, perasaan nak di-recognize oleh komuniti sangat menebal dalam diri aku. even so, i didn't put much effort to be acknowledged. cukuplah takat orang tahu yang aku budak menang nombor tiga teratas dalam merentas desa dan budak pointer 3.5 yang lima kali naik pentas nak amek anugerah pengetua.
lain-lain?
zilch.
ANYWAYS.
budak hingusan seperti aku ni boleh kau kategorikan dalam kumpulan biasa-biasa saja. atau, bawah daripada biasa-biasa. nak kata ada rupa, memang tak lah kan. nak kata pandai, tak pernah pun cecah empat rata.
senang cerita - i got no wow factors.
contoh,
| salah satu tudung yang menjadik mangsa kehancuran tangan aku |
aku langsung tak pandai berfesyen. kesemua baju aku, hat dari aku kecik sampai ke kolej - kakak dengan umi yang pilihkan. ini termasuklah baju kurung sekolah, baju kurung prep, baju outing dan baju majlis makan malam akhir tahun.
tudung?
warna hitam je. itu lah yang aku kerap pakai selain tudung sekolah warna putih, seolah-olah dalam dunia ni, tak pernah terwujud warna lain. dan aku pakai asalkan boleh je. konyok ke tak, itu belakang cerita.
| kulit berminyak, penuh jerawat, kering dan kusam |
aku tak pernah kisahkan soal penjagaan makanan. apa yang ada kat dewan selera, itu lah yang aku telan. apa yang umi abah belikan, itu lah yang aku kunyahkan. dan kau tahu lah masakan melayu macam mana - penuh minyak dan santan; berlemak dan bergula. mungkin sebab tu lah, muka aku senang berminyak dan naik jerawat. faktor persekitaran pun, boleh jadik jugak. tambah pulak hormon aku tengah nak roller coaster. that would be another reason why my face was not as flawless as the faces' of popular girls' in my schools.
| 2010 - seperti ada bebola tennis di kedua-dua belah pipi |
dah aku melantak makanan ikut suka hati aku, i became chubby, fat and plump. sebenarnya, sejak aku kena ulang peperiksaan a-level AS, aku makan terlalu banyak sampaikan berat aku bertambah dengan mendadak. seriously, banyak hokkaayyy
pagi-petang-siang-malam, i was non-stop munching.
and that leads us to the ugly truth - i hit 50 kilos and maintained the weight until i enrolled in the auckland university.
now, with all those flaws i had, no wonder i didn't get any dedication kan? HAHAHAHA #loser
tapi, the fact that i ain't ever miss popular, miss brainy and miss universe, someone like zafree did have a feeling on me :p
![]() |
| fefeeling artis gittew |
years have passed and i admit, i've changed a lot.
kalau dulu aku tak reti berfesyen, sekarang, at least, i know which outfit looks good on my petite figure. warna tudung pun dah pandai aku pilih sendiri dan dah reti aku padan-padankan dengan baju-baju aku. cuma, nak pakai shawl tu, kirim salam la ye?
also, i know what kind of accessories can go along with my style, be it, handbags, shades, footwears and jewelry.
| it's a long road for me to get here |
aku dah tukar gaya pemakanan aku. in fact, i strictly keep my toes on my diet and make sure i work out if i have time. not to forget, aku sangat cerewet dengan nilai kalori makanan. fast food seperti mcD dan KFC tak dipandang dah. kalau ada pun, boleh la kau kira dengan jari, berapa kali aku pi makan.
buat masa sekarang, aku tak boleh declare yang aku ni vegetarian because i still consume dairy products and seafood. insyaAllah, gradually, i'll manage to eliminate these food groups from my meals.
the next thing is, i'm concern with my facial appearance, hence, explaining why i have piles of make up on my desk. tapi, aku tak bersolek tebal ok? cukup takat bb cream, compact powder, vaseline, brown eye liner, contact lenses and mascara. bonus kalau aku tiba-tiba pakai eye shadow dan nail polish hewhewhew
o, due to my diet, i can say that it becomes a contributing factor to my skin care. jerawat dah jarang naik ouh!
everytime aku masuk tandas pulak, aku akan cuci muka. dan supaya kulit aku tak jadik kering, i apply a few of skin products. kalau dulu, cukup pemalas bab penjagaan muka ni. tapi sekarang, everything's changed :)
so, tak salah kan andai aku sabitkan bahawasanya farahin yang lama itu sudah tiada?
yes, there's no more of THAT farahin (perhaps ada lagi kott)
and now, i'm a bit satisfied with what i've become but my journey towards one of a kind is still a long way to go.
until then, au revoir.
titipan si
bawangmerah
dibawahkatakunci :
hidup kolej,
hidup universiti,
hidupaku,
lukisanhati,
tiubkamu
aktiviti kokurikulum tindikan TESL New Zealand : merasai marae #01
tajuk entri sengaja dipanjangkan sebagai salah satu usaha membantu enjin pencarian mendarat ke kertas putih bawangmerahsquared di bawah kata kunci "tindikan" "tesl" "new zealand" atau "marae".
atau dengan kata lain - saja nak mempopularkan blog yang dah tersadai sekian lama.
puih.
ok.
untuk pengetahuan anda di luar sana, tindikan TESL New Zealand di bawah tajaan MARA sememangnya ada peruntukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan. in simple words, setiap seorang daripada kami ada cultural budget masing-masing yang dijaga oleh koordinator program, Sheryll McIntosh. untuk adik-adik yang bakal datang ke tanah auckland, anda semua mungkin akan berjumpa dengan Sheryll ni. she's such a wonderful person and i love her to the moon and back. cewah.
tapi, walaupun masing-masing ada bajet, kitorang tak boleh la sewenangnya pakai duit tu ikut sukahati-mak-bapak-kau-kaannn. setiap aktiviti yang melibatkan duit ni WAJIB dipersetujui oleh seluruh cohort itu dan semua orang mesti terlibat sama.
untuk aktiviti marae ni, tak silap aku, semua cohort wajib buat. walaupun pada mulanya aku macam "urgh, marae? apa kah itu? what's that? sejenis kuih keeee", but i have to admit that this marae experience is hell-awesome. lu takkan menyesal, gua guarantee.
marae ni sebenarnya bersepah-sepah kat kawasan new zealand. waima kat universiti aku sekalipun, adanya marae. but then again, we didn't go to the university of auckland's. apa cer habiskan bajet yang ratus-ratusan kat situ? kufur nikmat namanya!
jadik, Sheryll aturkan kitorang untuk pergi ke rotorua. dan tahukah anda berapa caj yang dikenakan sekepala? it's 345 NZD - sounds expensive for a vacation of two days and one night. yet, it's worth enough because everything is included, be it, transport, accommodation (they provide you mattresses/sheets, blankets/duvets, towels and pillow/cases - jadik, tak perlu la hang menggedik bawak sleeping bag, ok?), food (light snacks, afternoon tea, hangi dinner, breakfast and lunch) and all cultural activities. semuanya dah siap. kau cuma perlu sediakan duit and that's it.
kalau anda peminat tegar filem lord of the ring ataupun the hobbit, anda wajib datang ke sini untuk lawatan sambil belajar set filem hobbiton. by the way, aku insyaALLAH akan ber-hobbiton pada cuti musim panas ni.
hikhikhik.
![]() |
| kecomelan rumah hobit. awww suka suka ! |
tiba di tamaki maori village, kitorang disambut dengan adat istiadat maori yang dipanggil powhiri. masa powhiri ni, ada lah ucapan daripada hos dan tetamu, doa mereka (kitorang senyap je) daaannnn acara yang paling terkenal dan tak boleh dilepaskan - hongi.
"a hongi is a traditional maori greeting in new zealand. it is done by pressing one's nose and forehead (at the same time) to another person at an encounter.in the hongi, the ha (or breath of life), is exchanged and intermingled. the breath of life can also be interpreted as the sharing of both party's souls. through the exchange of this physical greeting, one is no longer considered manuhiri (visitor) but rather tangata whenua, one of the people of the land. for the remainder of one's stay, one is obliged to share in all the duties and responsibilities of the home people" (wikipedia, 2001).
lepas minum petang, kitorang merasai kehidupan maori yang sebenar! haaa...menarik hokkaayyy
first, before going into the village, we were greated by these warriors. simboliknya, acara ni cuma nak pastikan yang kita (tetamu asing) datang secara aman. takde langsung niat nak berperang dengan mereka.
![]() |
| sumpah masa ni rasa cuaakkk |
dalam kampung maori ni, ada beberapa stesen yang mempamerkan kehidupan mereka. ikut kau lah nak pergi stesen mana dulu - takde restriction punya. dia ala-ala kau masuk petrosains giteww.
stesen 1 - poi
aku ringkaskan lah pasal poi ni. poi merujuk kepada persembahan kesenian yang menggunakan alatan bernama "poi". poi ada macam-macam ukuran. ada yang terlalu panjang dan ada yang pendek-kecik-molek. kalau kita tengok orang-orang maori dok main menatang ni, macam senanggggg JE.
walhal - Ya Tuhan. susah jugak weyh.
| poi - bebola putih yang bertali |
stesen 2 - poi rakau
gua hebat main menatang ni kott. tak caya, tengok video ni hahaha
gua hebat main menatang ni kott. tak caya, tengok video ni hahaha
stesen 3 - harakeke
sebenarnya, orang melayu dengan orang maori tak jauh beza pun. kalau tengok muka mereka (especially the boys and the men), sebijik macam orang melayu. except that they are much taller and bigger in size laahhh.
anyway. kalau orang melayu ada mengkuang, orang maori pun ada serat flaks mereka yang dipanggil harakeke. serat harakeke ada macam-macam kegunaan. bukan takat dianyam jadik tikar, orang maori gunakannya untuk dijadikan tali, pakaian, raga makanan, peralatan masak, alat mancing dan jugak dalam hal ehwal perubatan.
pergh...powerrrrr
![]() |
| haaaa...macam mengkuang kan? |
stesen 4 - whakairo
ataupun, pengukiran kayu. tengok, aku dah kata dah orang maori dan orang melayu tak jauh beza. well, ukiran kayu ni bergantung pada kepakaran seseorang, alatan digunakan dan corak ukirannya. bagi yang pakar, masa yang diambil untuk menyiapkan satu ukiran lebih kurang empat atau lima bulan. tapi, depends jugak corak apa yang diukir dan besar mana ukiran tu. maksud aku, kalau kau nak ukir tiang sebesar kaki gajah, of course la amek masa berbulan-bulan. kadang-kadang bertahun-tahun.
| hai abang, khusyuknya kamuuu |
stesen 5 - mau rakau
yakni, seni mempertahankan diri. ok, orang maori takde silat cekak hanafi atau silat gayong. so, obviously they don't have the kris but taiaha (seperti dalam foto di bawah). jangan kau pandang enteng kat senjata mereka - nampak je macam kayu pacak. walhal, ketiga-tiga bahagian yang ada pada taiaha mampu membunuh kau.
nota kecik : bahagian-bahagian tersebut ialah;
1) arero - untuk menikam dan menangkis pihak lawan
2) upoko - untuk merodok pihak lawan
3) tinana - untuk menyerang dan menangkis pihak lawan
![]() |
| yang dipegang itu lah taiaha |
scary habis tak?
fine. tak scary kan. tapi, kalau kau tengok macam mana pahlawan maori yang super kachaakkkk (aku maksudkan yang berambut pendek tuuu. ah, melting ~ melting ~) mendemonstrasikan mau rakau mereka, confirm lu boleh tumbang.
stesen 6 - hangi
ini adalah stesen kedua terakhir sebab stesen yang last sekali, kitorang kena masuk dewan and tengok dokumentari pasal orang maori. siap ada persembahan tarian dan nyanyian segala bagai. best memang best. tapi tak boleh lawan rasa best menikmati makanan yang dimasak secara hangi. hangi ialah teknik masakan orang maori yang menggunakan batu-batan panas di bawah tanah. perlu diketahui, kawasan rotorua adalah kawasan geoterma dan tenaga geoterma ni lah yang dimanfatkan puak maori. mereka siap ada kolam air panas dan kolam lumpur (kedua-duanya bagus untuk melicinkan kulit) serta geiser (wapnya boleh buat spa muka!). semuanya disebabkan tenaga geoterma. punyalah best ada tenaga ni sampaikan bil elektrik mereka tak sampai berapa dollar pun sebulan.
oh!-seeemmmm
![]() |
| you, kalau kita dok kawasan geoterma, macam-macam benda kita boleh buat. contohnya, tanam sayur-sayuran organik. interested tak? |
makan malam kami adalah seratus peratus daripada hangi. dan malam tu, adalah malam pesta untuk aku HAHAHA
banyak gilo aku makan - ikan, kupang, lobak manis, kentang dan roti kukus. hoyeeeaahhh !
tapi, lepas makan, tiba-tiba rasa bersalah. isk
:(
![]() |
| marshmallow takleh terbakar. kang dia masuk dalam api, padan muka kau |
aktiviti terakhir untuk kami - memanggang marshmallow di unggun api sambil berkongsi cerita. Jammes, salah seorang tangata whenua, menceritakan lagenda dan mitos puak maori. masa ni lah kitorang tahu banyak pasal asal-usul nama-nama tempat di sekitar new zealand. walaupun new zealand telah dijajah orang british, nama-nama tempatnya masih dikekalkan dalam bahasa maori. jadik, jangan kau nak tergeliat lidah bila menyebut tauranga, ruapehu, wairarapa, manawatu, taupo atau waikato.
alahai, sebutan makhraj bahasa maori lebih kurang sama dengan bahasa melayu kott. so, tak susah pun nak menyebut bahasa mereka hikhikhik!
bila be-marae, memang akan padat jadual kau. that's why there's no point you bring along your ipads or laptops. nak melayan facebook?
harapan laahhhhh
aku nak ber-instagram pun punya cukup payah.
baik lah.
nantikan itinerari hari kedua aku pulak.
titipan si
bawangmerah
dibawahkatakunci :
hidup universiti,
makan-angin,
siri ketiga,
tiubkamu
salah alam
untuk semester ni, agak kerap aku keluar rumah. tak ada alasan spesifik kenapa aku jadik gini. mungkin saja aku dalam fasa mencari sedikit ketenangan di balik-balik kanvas alam. orang kata, kalau kita amati betul-betul the God's creation, hati ni boleh pergi lebih dekat pada Dia.
orang kata lah.
tapi, angin dingin malam menjanjikan aku yang sebaliknya.
sudah faham sangat fi'il musim sejuk.
sudah faham sangat fi'il musim sejuk.
tak pernah menyudikan aku kebahagiaan. tak pernah menyedekahkan aku ketenangan. tak pernah menyimpatikan aku keriangan.
apa yang dikayakan sama aku ?
rasa perit dikelar urat merih. seperti tenggorok terjerut di hujung tali gantung.
sesak dalam menggagau mencari udara demi kepompong paru.
pulang apartment malam tu, aku bergegas masuk bilik.
nad - bilik air.
yasmin - dapur.
+ min ?
- ye ?
- (letak sayur atas kaunter)
- (letak sayur atas kaunter)
+ nak peluk kejap
+ (terus peluk)
+ (terus peluk)
- kenapa ni ?
- (pegang tangan yang memeluk dia)
- (pegang tangan yang memeluk dia)
+ takde apa...just need your shoulder
+ (tarik nafas dalam)
+ (tarik nafas dalam)
- kenapa ni, bawang ...?
+ (senyap. air mata tumpah)
+ takde apa...
- (pegang bahu. pandang muka)
- ni nangis ni?
+ (terus peluk. tak berani bertentang mata dia)
+ angin kat luar, sejuk.
- kalau angin sejuk pun, kenapa nangis ni ? what happen ?
+ serius, angin sejuk. angin buat kita nangis.
virginia woolf sendiri pernah bersabda dalam kalamnya -
"melancholy were the sounds on a winter's night"
"melancholy were the sounds on a winter's night"
dan sungguh, aku menyalahkan angin dingin malam atas walang hati. aku menyalahkan ciptaan Tuhan atas sebak raga. aku menyalahkan apa-apa yang ada di depan mata walau aku tahu, sebenarnya, the reason lies within me.
yet, i couldn't find a proper sentence to tell a story behind my tears. aku gagal menjustifikasikan tindakan aku. dan aku biarkan yasmin terawang dengan seribu satu soalan.
nyata, kata-kata mark haddon ada jujurnya -
sometimes we get sad about things and we don't like to tell other people that we are sad about them. we like to keep it a secret. or sometimes, we are sad but we really don't know why we are sad, so we say we aren't sad but we really are.
ohana means family. family means nobody gets left behind.
cermin
i can't help myself but to fall in love with the lyric,
over and over again.
***
" cause i don't wanna lose you now
i'm lookin' right at the other half of me
the vacancy that sat in my heart
is a space that now you hold
show me how to fight for now
and i'll tell you baby, it was easy
comin' back into you once i figured it out
you were right here all along
it's like you're my mirror
my mirror staring back at me
i couldn't get any bigger
with anyone else beside of me
and now it's clear as this promise
that we're making two reflections into one
cause it's like you're my mirror
my mirror staring back at me, staring back at me "
cuti musim panas : ke negeri bawah bayu #03
hari ketiga.
aku tak pergi mana-mana. sekadar berehat di rumah and watched the telly. kira ok la jugak aku menengok tv sebab dah lama sangat aku tak layan. sebenarnya i don't bother at all with tv programmes. i'm a lappy-person. most of my time layan siri house md. ataupun, tengok video-video youtube. contohnya,video michellephan (i've been following her since five years ago kott)
after watching the video, aku macam - eh, nak test la tutorial ni. lagipun, macam best je. besides, i have some money from the YB, so why not having some stuff on my eyes kan.
so, here's what i have -
this is the first time i bought the silkygirl eye shadow.
for the mascara, i'm fucking love it.
so does the eyeliner. tak pernah lagi aku menderhaka beli eyeliner dari brand lain tau.
but, as i am saying, takde lah tebal mana aku apply my make up. in fact, i just paid attention to my eyes. takde pun aku beli foundation, concealer, mineral powder, blusher, bronzer, eliminator, highlighter or any lipstick (mungkin satu hari nanti aku beli kesemua nya ? kecuali lipstick, 'cause bibir aku alergik. sampai sudah tak boleh pakai lipstick or lip gloss. sobs).
tadaaaaa !
abaikan mata panda itu.
sekian.
i've told you - tak tebal pun.
and my lips are a bit pale since i'm only using vaseline and lip ice sheer colour.
o, ni masa aku kat batu pahat - dah pulang dari tawau.
yeah, basically, that's my third day in tawau.
bak kata michelle setiap kali sebelum habis video dia - good luck.
titipan si
bawangmerah
dibawahkatakunci :
cutimusimpanas,
kerepek-repekan,
makan-angin,
tiubkamu















