Memaparkan catatan dengan label siri pertama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siri pertama. Papar semua catatan

hai-la bagasi !

gua rasa gua makin tertekan tengok bagasi gua. bodoh punya penimbang. barang aku cuma blender, baju tak lebih dari limabelas helai, alat kosmetik dan alat tulis. how come kau tunjuk kat aku luggage tu dah 25 kilo something ? ini bikin gua panas ok.

idiot scale !


cerita lapuk dari wilayah biri-biri : kota suram !




aku rangkumkan hampir semua foto bandar christchurch dalam satu video. gua malas nak upload satu-satu. leceh, bhai.
by the way, video ni hasil ciptaan amatur je. aku mana reti sangat bab-bab media.
so, enjoy the video yah !



point - less ?

worcester boulevard, christchurch


aku tak cerita lagi kisah aku pergi christchurch kan? yang aritu cuma kasi tahu pasal perjalanan nak pi sana je. nanti lah aku upload mana-mana foto christchurch. but, relatively speaking, christchurch takde menda sangat. ye aa, kau pun tahu kan bandar tu kena gempa bumi. the last time i went there pun, constructions are still in progress. ada tempat yang tak boleh lalu langsung.

la ni aku tengah dok pikiaq nak masak apa untuk bukak puasa. yang pasti, aku nak masak ikan, bukan ayam.
believe me, my cholestrol level is damn highhhhh
so, kena berpantang sikit kalau nak makan. i've got to take less chicken, more fish.

and not to forget, diet !
lantak hang la nak kata badan aku dah sedia ok ka tak. yang pasti, i feel like i'm fat.
yeah, REALLY fat.

:(



cerita lapuk dari wilayah biri-biri : ke kota suram


untuk pulang ke tanah air, aku gunakan perkhidmatan airasia. dan jalan udara airasia yang menghubungkan new zealand dan malaysia adalah bandar christchurch dan bandar kuala lumpur, bukan direct dari bandar auckland ye. harap maklum.



jadik, untuk entri kali ni, aku cerita secara ringkas perjalanan aku ke christchurch. untuk ke sana, kami pilih air new zealand untuk penerbangan domestik.



di sini, segalanya adalah do it yourself. yes, i'm no kidding at all. first, you have to print out your luggage tag at the provided machine. see the "start here" in the photo?
kalau tak reti buat, jangan risau. ada orang akan bantu anda punya.



after that, you timbang luggage sendiri (tak boleh exceed 23 kg. kalau exceed, have your things as hand luggage which should be weight 7 kg or less).
dah berpuas hati dengan berat luggage masing-masing, baru lah drop your bag.



aku ada kat auckland airport pukul sembilan pagi sebenarnya. pungpangpungpangpungpang pasal luggage, dah amek masa sejam. pastu, pergi toilet dan alas perut sikit. tengok-tengok, nak dekat pukul sebelas.



perjalanan ke christchurch takde lah lama. cuma satu jam gitu. dalam airplane, aku tak tidur pun.
well, acane nak tidur kalau kat skrin ada permainan trivia? sah-sah la aku bising.



syukur.
it was a sunny day !
:)

p/s : amacam? habis ringkas aku cerita ni.


cerita lapuk dari wilayah biri-biri : pantai

1. consider lapuk la jugak sebab sekarang dah bulan duabelas. nak masuk pertengahan dah. yang nak diceritakan pulak bertarikh bulan sebelas.

2. selepas mengejar lebah dan menabung madu, ada lagi satu tempat yang kami jejak. sebenarnya, bukan satu, tapi, ada tiga tempat yang kami pergi.


sumber google


3. pantai piha.
perjalanan ke sana memang jauh. dah kalau kau masuk jalan salah, patah balik, pusing simpang lain, mana tak letih? nasib baik penantian tu berbaloi tau.

4. pertama kali tengok dari dalam kereta, ya, aku menjerit macam orang sakit. tak pernah aku tengok pantai secantik pantai piha.

5. untuk golongan laki, jaga-jaga sikit pandangan kamu. maklum la, sekarang musim panas. ramai berjemur di pantai dengan pakaian renang masing-masing dan memperagakan aset-aset yang ada.
heh.
benci ok.

6. aku confuse nak pakai sweater atau tak. sebab, matahari ada dan terasa terik. at the same time, angin meniup kuat. macam mana?

7. sekadar berfoto dan tak mandi mahupun berjemur. bina istana pasir? lagi la tak. kami cuma makan dan...ye, berfoto dengan struktur semulajadi saja.

8. memang niat aku tulis sikit kali ni. nak describe the real feeling, aku dah lupa. lagipun, kosa kata aku - terhad.










nota untuk sofia vy nin :
kalau bawak kau ke sini, mesti kau boleh tulis satu-dua puisi.
kan?



mengejar lebah dan menabung madu

mari sewa kereta dan terus menuju ke utara auckland CBD. dan melepasi albany, teruskan pemanduan ke warkworth. bukannya lama kalau nak sampai ke sana (dengan syarat, wajib tekan pedal minyak dan lajukan kereta hingga berjaya buat kita melayang pergi). oh ya, jangan tak sedar bila dah lalu kawasan highway ok? a quick information here - bayaran tol dibuat menerusi talian saja. kau takkan lihat kotak-kotak kecik tol di jalan nanti. tak ada sama sekali. tahu-tahu saja, "eh? dah lalu tol ke?".
so yeah, no touch n go, no smart tag or even the common ticket to be paid. do the payment via online.




sampai di warkworth, cuba cari honey centre warkworth. well, sekarang pakai GPS kan? should be no problem at all to find the place. apa yang best tentang honey centre, kita boleh merasa hampir kesemua madu yang disediakan sebelum kita buat sebarang pembelian. macam-macam madu ada. tapi, paling popular di sini ialah madu manuka. madu manuka adalah salah satu madu yang terkenal di dunia kerana tekstur warna dan kesedapan rasanya serta kaya dengan antioksida. ianya jugak terkenal dengan khasiat penawar anti-bakteria.
wait, do i sound like a promoter?
ufff, whatever.

proceed.




dinamakan sebagai madu manuka kerana lebah-lebah mengumpulkan nektar dari pepohon liar manuka (jugak dikenali sebagai pohon leptospermum scoparium yang tumbuh merimbun di serata new zealand) di kawasan bukit dan lembah pada awal musim panas. new zealand sangat terkenal dengan kawasan semulajadinya yang bersih dan di sini lah lebah-lebah menukarkan nektar kepada madu manuka. sesetengah madu manuka mengandungi elemen penawar dan apabila madu ini diuji di makmal, tahap keaktifan elemen tersebut diukur dan diperakui akan sifatnya itu.
pun begitu, secara amnya, semua madu di dunia adalah baik untuk kesihatan kita. even our prophet chose honey in his diet, kan?
oh ya, sebelum aku terlupa, bagi siapa-siapa mahukan madu manuka for immediate medicinal use, kamu boleh pilih active manuka 15+ atau active manuka 20+.




selain madu, honey centre warkworth ada menawarkan pelbagai produk berasaskan madu, macam produk kecantikan kulit, produk diet tambahan dan barangan cenderamata. kalau dah puas membeli-belah, boleh singgah sekejap honey cafe' yang terletak cuma bersebelahan dengannya. aku tak masuk kafe tu. maka, kurang pasti apa yang terjual di situ. cuma satu saja yang aku confirm ada - manuka honey ice-cream.




jangan risau soal harga barangan.
everything is worth buying, trust me !
:)



selamat mengharung semua

11.11.11 - tamat pengajian tahun pertama.
oh yes, this is my outfit for my last paper


the last paper for my final second semester first year exam was - education 113. rata-rata yang tahu perihal aku duduk kertas itu, tanya sama aku ; how was it. all i can say - the exam wasn't that bad. but, doesn't mean aku cakap paper tu senang ok. don't get me wrong, please. the fact is, aku boleh jawab. nak kata susah, no. nak kata senang pun, not exactly. anyhow, aku dah usaha dan sekarang, wajib aku berada dalam fasa bertawakal. apa-apa yang Tuhan mahu kasi pada aku, aku patut tunduk. syukur. alhamdulillah.

ada empat esei yang aku kena buat dalam masa tiga jam. seriously, apa-apa exam yang berkadar masa se-panjang macam tu, ianya betul-betul penderaan mental. jadik, knowing that it's mentally torturing, awal-awal aku kena set dalam kepala otak - you have to finish everything no matter what. don't surrender before the battle ends.

ok.
apa kejadah la aku cerita pasal paper education ni. cerita benda lain lah.

yah,
sekarang ni, aku secara rasmi sudah bercuti. it's summer holiday yaawww.
dan, aku tak daftar sekolah musim panas pun. jadik, cuti aku adalah hampir tiga bulan. tiga bulan beb. cukup untuk aku re-energize myself sebelum aku get battle with pengajian tahun kedua.

well, the first year has ended ____ly (sila isi kata adjektif yang sesuai). lots of things happened and sometimes, aku rasa macam -
entah lah.
hidup.
macam tu la kan?



never fails to excite me



lintas langsung wilayah biri-biri : ianya seratus peratus

gua siap print out jadual perlawanan.
gila semangat kan?


aku tak tahu macam mana aku boleh terserap menyuka ragbi. serius, aku tak tahu. kalau ikut sejarah kehidupan aku, mana ada aku layan pasal sport. takat fifa world cup tu, ada lah sikit. tapi, untuk ragbi ni --
[geleng kepala]
well, kadang-kadang, kita tak perlukan sebab atau justifikasi untuk jatuh cinta. even albert einstein pernah memetik kata - you can't blame gravity for falling in love.
maka, kalau dah suka, ye, sukakan saja. rasa cinta - ingat boleh halang-halang macam kau nak defend bola ragbi ke? ini emosi. dia datang tanpa kita mintak pun.

jadik, boleh dikatakan aku jatuh cinta dekat hampir semua pemain. tapi, to be in my top list, harus lah :

1. colin slade
2. cory jane
3. conrad smith
4. richard kahui
5. sony bill williams (jatuh nombor lima kesukaan aku? kahkahkah)
6. dan carter
7. ma'a nonu
8. richie mcCaw
9. israel dag
10. zac guildford

andy ellis, piri weepu dan aaron cruden are not bad too. cuma, mereka tak perlu masuk dalam the top ten hahahaha
baik lah.
sejarah sudah tertulis.


the rugby world cup opening, 9th october 2011


to all blacks, there's no word i can say to describe the feeling of winning the cup. for the last twenty minutes, i must say that my heart bit so fast, i couldn't relax any longer. well done guys. well done. the 24-years of wait has come to the end. you guys are so, so, so much great and superb. it was a magnificent game after all.


seperti yang pernah aku katakan dulu, jersi nombor sepuluh macam bawak celaka. cruden terpaksa keluar padang pada minit ke tigapuluh empat bila lutut dia tercedera. see. gua dah syak lama dah. ingat gua tak risau ke bila dia kena gantikan slade? risau ouh.
seriusnya cedera dia tu, kau boleh tengok masa perarakan yang meraikan kemenangan all blacks kat queen street semalam. cruden bertongkat ok. lepas ni, gua cuma mampu ucapkan good luck lah kepada siapa-siapa yang bakal menyarung jersi tu.

bagi aku, perancis kalah dengan bermaruah. memang bengang kalau kita kalah tipis, 7 - 8. tapi, ni kan adat permainan (bapak klise ayat ni !). so, perancis, kamu bukan lah teruk sangat. aku tengok, even though corak mainan korang laju, tangkas, cepat dan sedikit ganas, aku salute. tak ada pertumpahan darah pun. semua favourite players aku tak terluka teruk except badan calar-calar sikit. tahniah. kamu semua bermain dengan profesional. bukan seperti wallabies - hampeh. semua gaya nak membunuh.
ufff.

bermula dengan perlawanan menentang tonga dan akhir sekali perancis, pasukan hitam membuktikan kemenangan seratus peratus. hell yes, every match is defeated by them.


"kalau all blacks menang untuk final ni, memang dorang hundred per cent menang kat semua match. tapi, kalau kalah, ni la satu-satunya match yang jatuhkan dorang"

(bawangmerah, 23 oktober 2011)


walaupun aku tak pergi queens wharf auckland untuk final match, aku singgah kejap awal petang duapuluhtiga oktober. besides nak beli pencuci muka kat auckland downtown, aku nak jugak tengok how people celebrate the closing of rugby world cup. you won't believe it with your eyes. the world has come to play dan - bapak banyak gila weyh !
tapi, masa the rugby world cup opening, lagi ramai kott. aku tak nampak dunia pun melainkan manusia-manusia galah.


sebenarnya, aku tengah cuak masa tangkap gambar ni.
jantung macam nak tercabut


seterusnya adalah foto-foto yang merakamkan the ending of rugby world cup, 23th october 2011.
ceh.
ayat nak skema. ah, lantah lah.






pergi awal petang tak sesak lagi. muka boleh tersenyum


untuk melepasi pagar merah, orang ramai terpaksa beratur panjang.
kau ingat aku rajin sangat nak beratur?
queue dia sampai auckland countdown
(i wish you guys can imagine how long the queue is !)


i told you, tak sesak lagi pun


ni, entah orang mana aku tangkap gambar sama hahahaha


ehem ehem


tadaaaaa !


cuba teka berapa saiz t-shirt tu?



lintas langsung wilayah biri-biri : perihal esok

kata farah, malaysia tengah kecoh pasal bola. ye lah, kau hengat, kau sorang je kecoh? aku pun kecoh jugak. tapi bukan bola bulat. ini bola bujur yang didefinisikan bola ragbi.
mungkin ramai tak aware apa yang bakal berlaku esok hari.
esok, tepat jam 8.45 malam waktu tempatan, aku akan tercongok depan kaca tv (dan barangkali bersorak keseorangan). new zealand berentap sama perancis. mereka semua pakat-pakat mahu ke queens wharf auckland. biasalah, nak dapat feel bersorak depan layar putih besar dengan penyokong pasukan hitam yang lain.
aku? nunca mi amor. kau gila apa nak campak aku ke tempat orang seluas lautan hitam? boleh mati tersentap kat situ, nyah. jadik, aku decide, it's better if i'm staying and be home alone only.
dammit.
ok, anyone care to accompany me tomorrow night? it's not like we're doing things.

so, to recapitulate (aha, new word eit?) previous match between all blacks and wallabies, again, i would like to congratulate everyone for doing the best in their own part. dan, tahniah jugak kepada wallabies kerana berjaya membuat aku lebih benci kamu sekalian. siapa tak panas beb, bila depa dok hentam semua favourite player aku? cory jane berdarah-darah kat hidung tahu tak. colin slade memang tak main ah. dah dia suffers groin pain - no wonder he was a lil bit sucks back then. isk. what a bad ! dan piri weepu, aku perasan dia sakit kaki for the second half time. mau semua penalti hancur dibuatnya. nasib baik ada yang masuk. bila tukar kejap dengan andy ellis, ellis pulak yang hidung berdarah - tak sampai berapa minit pun. siot tak siot, aku yang tengok pun, dah jadik bengang. keluar ellis, masuk balik si weepu. haih. depa semua kesat darah macam kesat peluh.
woi, ni main ragbi ke, berperang ragbi ?!
overall view, aku tak cuak for this match, compared to the match NZ met Argentina. because this time, ramai yang turun main - dagg, nonu, mcCaw, smith, SBW, kahui and cruden. sayang - slade dengan carter tak ada.
gua cuak only for the reason wallabies main terlampau ganas. korang main macam nak membunuh kan?
well, nama pun ragbi.
tapi, agak-agak ah !


see? see?


esok, sah-sah queen street sesak dengan manusia. semalam, masa aku jalan-jalan dari civic theatre (by the way, the broadway was cancelled due to mess up in booking tickets but it is then scheduled tonight with same seat and same time, except that we've got half price tickets. oh yeah~), orang boleh tahan ramai la jugak. kalau untung, dapat tengok orang buat flash mob dance at the crossroad. you won't believe it how new zealand can be so chaotic like hell, merely for this rugbyb world cup.


alololo comelnya ~
tapi, lagi comel tengok lelaki bersin sebenarnya.
kahkahkah


to all blacks,
best of luck, mate
!


p/s : photos by courtesy of google image



sepanyol atau perancis?

pertemuan (1)
dia duduk belakang aku.
dan pertama kali terdengar gaya cakap inggerisnya, aku tahu dia bukan orang sini.

+ "where are you from?"
- "chile"


pertemuan (2)
aku tak perasan dia duduk tempat sama - belakang aku dalam kelas language teaching 101. hingga lah dia lunjurkan kakinya, aku tersedar.
kaki siapa ni.
aku pusing belakang.
dan, dia.
aku senyum.
dia balas.
tak ada perkataan terkeluar,
hanya mata berkata-kata.


pertemuan (3)
aku datang awal. kelas masih kosong.
dia?
belum lagi tiba.
sampai kuliah mahu mula, dia tak muncul.
mana?
sebab tempat terhad. dan habis dia kalau terlewat sangat. atau, habis aku?
tolong lah, duduk saja situ. tolong lah. tolong lah.

+ "yes !"

tanpa sedar, aku rupanya sorak bila dia duduk betul-betul depan aku.
buruk perangai.


pertemuan (4)
aku tak bagi jijie duduk belakang aku sebab aku mahu dia duduk situ. lagipun, situ kan tempat dia? jijie geram dan pergi tempat lain. tapi, mir datang dan aku tak sempat menghalang. mir duduk.
belakang, depan, kiri, kanan - semua hampir penuh. dia tak datang-datang lagi. macam mana kalau dia tak ada tempat?
entah kenapa,
nad tiba-tiba bangun dan extra seat ter-ada sebelah aku.

- "can you please...?"
+ "oh, yes. sure"

dia. aku.
duduk sebelah-menyebelah.

+ "you're a bit late today"
- "yeah. just, one minute late"

bisikan kami, hanya kami yang dengar.


pertemuan (5)
aku datang lambat daripada biasa. walaupun kelas kosong lagi, aku nampak -
someone's taken my seat.
aku tukar arah, mahu ke tempat lain.
after all,

- "hi !"

dia.

- "i thought you wanna sit here--"
+ "oh, you want me to sit there?"
- "yeah, why not"
+ "oh, ok. i'll sit next to you"


pertemuan (6)
seperti dia faham, sebelah dia tak terisi siapa-siapa, melainkan untuk aku lengkapkan sebelah dia.

+ "how to pronounce this?"
- "a-lan"
+ "a-lan"
- "car-"
+ "car"
- "brey"
+ "brey"
- "ra"
+ "ra"

dia senyum.
aku pun.

+ "i was thinking to take elective subject next year. em, between french and spanish, which one would you suggest to me?"
- "take spanish"
+ "em?"
- "spanish"

dia bisik lagi.

***

meeting (1)
she was sitting in front of me, wearing a pink shirt, black scarf and as usual, the pink sneakers. this time, she fitted her outfit with her denim skirt. a petite girl she is.
as i was talking to a person next to me, she turned her back and asked me innocently,

+ "where are you from?"
- "chille"

it took a while for her to understand me. maybe because my pronunciation isn't something usual to be heard. well, i'm not a kiwi but chilean !


meeting (2)
i bet that was her place. she never swaps to anywhere but to sit there. and i, i sit here - just sit behind her. again, out of sudden, she turned.
and she smiled.
our eyes met and did the talk.


meeting (3)
great ! i was late this time. the class was almost fulled. and she was already there, with her friends like always. but my seat's already taken by a stranger. what a day.
just when i climbed the stairs, she looked at me - some kind like signalling me to sit in front of her. yeah, that was the only extra place i saw too.
just then, i heard she hoorayed as i put all my things down.
wait.
was she really that happy when i got her message?
i try to read her smile.
i think she was.


meeting (4)
burning the midnight oil and the alarm clock failed to wake me up. again, i was a bit late. she must had been ready for the class by now. and as what i expected, everyone occupied all the spaces, except - aha !

- "can you please...?"
+ "oh, yes. sure"

my my.
this is the first time we sat side by side.
well, she seemed to be so awkward.
why?

+ "you're a bit late today"
- "yeah. just, one minute late"

was she waiting for me?
she gave me premature ventricular contractions.
i mean, she made my heart skip a beat.
gosh.


meeting (5)
now, she was the one who was late. or maybe, it was me that came earlier than usual to class hahahaha

- "hi !"

before she ran any further from me, it's better if i could catch her, i think.

- "i thought you wanna sit here--"
+ "oh, you want me to sit there?"
- "yeah, why not"
+ "oh, ok. i'll sit next to you"


meeting (6)
i guess we both have this mutual understanding when she automatically sat next to me for today's class. as we had our handout in our hands, intentionally i wrote my name on it, just to make her notice how my name is spelled.

+ "how to pronounce this?"
- "a-lan"
+ "a-lan"
- "car-"
+ "car"
- "brey"
+ "brey"
- "ra"
+ "ra"

she smiled - a bright smile which very much suits her especially when she was wearing this light pink outfit. you know, it's cotton fabric with small flower printed on it.

+ "i was thinking to take elective subject next year. em, between french and spanish, which one would you suggest to me?"
- "take spanish"
+ "em?"
- "spanish"

of course spanish.
it's my first language anyway.
should be easier to talk to her after she learns it.

***

pagi tadi aku exam language teaching 101.
jangan tanyakan aku apa kabar exam tu.
besides, memetik kata-kata hari ni,

"do not dwell in the past,
do not dream of the future,
concentrate the mind on the present moment"

sekarang, gua nak pergi iron baju.
maklum la, gua dapat tiket premium seat Anything Goes malam ni.


apabila belanda dan jepun tidak lagi dalam senarai

sebelum aku further kan lagi bebelan pagi ni, jutaan tahniah untuk pasukan hitam ! ye, aku agak bengang for the first half sebab all blacks tak buat touch down melainkan penalti semata. but then, aku faham - untuk lepasi benteng pihak lawan bukan senang. eish.
still, gua bengang ouh !
aku tak faham kenapa tangan slade tak habis-habis nak ter-slip the ball dan kenapa sony ataupun nonu tak reti-reti nak buat touch down. nasib baik weepu ada. sekurangnya, daripada tujuh penalti, you only missed one conversion and statiscally speaking, your kicking is worth 85.7% (if my math doesn't go wrong lah).




aku memang perasan slade injured masa lawan canada dulu but i never expect his injury can be that bad. mungkin aku terlalu berharap untuk lihat dia main sampai ke final tanpa fikirkan betapa seriusnya dia merana. entah lah. gua syak jersi nombor sepuluh ni ada suwei lah. dulu, carter yang kena. sekarang, slade pulak. ha, pasni, siapa? siapa? cruden?

alright, enough.
back to our real business. first and foremost, biar aku petik deskripsi album bukumuka dulu. ini bukan malas nak karang entri, tapi, bak kata, dr. house, "work smart, not hard".
maka,

"
kalau dulu kami jejak tulip, kini kami buru sakura. ok, belanda mahupun jepun, kedua-duanya sudah dipangkah dari pelan pengembaraan - tak perlu pergi jauh dah. aukland got it all here.
oh ya. seperti biasa, gambar yang tidak di-edit walau sedikit pun, ditangkap menggunakan alat berjenama sony dsc-tx9.
sekian.
"

hah.
aci tak buat entri macam ni?
dan sekarang, tuan-tuan dan puan-puan boleh duduk rileks dan nikmati foto-foto yang aku larat nak upload. kalau sikit sangat, hang boleh request dekat kotak responsi dan kemudian, biaq aku timbangtara whether nak up foto lagi ke tak. for today, gua takde mood sangat nak cerita pasal alam sebenarnya. gua lagi serabut dengan something dalam kepala otak ni.
so, enjoyS ~ !






















siapa-siapa yang ada nawaitu mahu melancong ke auckland, taman botanik auckland mungkin boleh jadik destinasi kamu semua. kawasannya gila luaaassss. dan bila aku kata luas, it means, hang jangan la pakai high heels datang sini. memang tak dan lah. pakai sneakers or sport shoes. sandal pun boleh. because you're gonna do lots of walk here. for futher details, you can visit this website.

***

the cup is getting hotter and now, all blacks (NZ) is official to meet wallabies (AUS) this sunday (16.10.2011) at nine o'clock (er...waktu tempatan auckland ye). come on guys !
let's watch who's gonna make it to the final match.
to all blacks, good luck, mate !



ponteng

right now,
by the time aku tengah tekan-tekan keyboard laptop,
sini dah pukul 2.18 pagi.
waktu malaysia baru pukul -- (kira lah sendiri. otak aku dah tepu).

so, kejap lagi,
pukul sebelas pagi sampai duabelas,
gua nak ponteng tutorial.

jangan report mak bapak gua ok?


life is full of shit.


lintas langsung wilayah biri-biri : waktu yang berkejaran

aku
i don't like people take me for granted.

yasmin
no, they don't.

aku
yes, they are.

yasmin
no...they're always be there.
for you.

aku
ye ke?

***

untuk mereka-mereka (di malaysia) yang aku sayang,

daylight saving sudah bermula pukul duabelas tengah malam hari ahad. maka, sekarang, jarak waktu kita sudah berganjak. bukan lagi empat jam, tapi lima jam bezanya. sila ingat betul-betul ok?

daun-daun pokok luar tingkap ni dah mula kelihatan. alam semakin menghijau walaupun cuaca tak berapa menentu. nanti lah. tunggu musim panas tiba, pasti semua akan ceria kembali.
meminjam kata-kata yasmin, musim bunga adalah musim berputik segalanya,
termasuk lah cinta.

jadik,


berputik kah cinta aku?
tteetttttt.


[ photo by : xaliaz ]
the day the Lord created hope was probably the same day He created spring
- bern williams.



membebel di pagi hujung minggu

tangan kiri
pagi ni, aku tolak pintu shower (seperti biasa) menggunakan tangan kiri. yang luar biasanya, awal-awal tu jugak aku rasa upset tengok tangan aku tu. kali ni, dah tambah dua tanda baru pada kulit. al-kisahnya, lewat pagi semalam, aku goreng telur dengan minyak yang agak banyak dan tanpa disengajakan aku terkena minyak setepek bila nak terbalik kan telur.
what a shame :(
sekarang, tangan kiri makin memburuk - just because i spend more time in kitchen compared to when i was in malaysia.
dulu, kena dapur panas. lepas tu, ketuhar. sekarang, minyak panas. haaihhhh !


tidur
sepanjang minggu ni, hanya dua malam je yang aku betul-betul nyenyak. well, actually, satu malam je. yang lagi satu tu, aku terbangun pukul tiga pagi pastu aku ketangketungketangketung, aku tidur balik. ouh, aku bukan memasak ok? aku cuma buat benda lain sampai la mata aku betul-betul kuyu. malam-malam yang lain merupakan malam-malam yang terrible, horrible, miserable. lebih dahsyat kalau esok paginya, aku ada kelas pukul lapan. ingat senang ke nak survive depan lecturer kalau malam sebelum tu kau tak switch off badan?
memang tak dinafikan, aku banyak memikir sebelum tidur dan mungkin, disebabkan tu, badan aku takmo mati kott? aku sedar, fizikal dan mental aku dah lunyai, lesu, letih, lelah. tappiiiiiii
kelopak mata ni degil nak menutup.
uuffff.


masak (nota untuk future husband)
hari jumaat lepas, saya masak spageti dan sos alfredo bawang putih ! hari sabtu pulak (iaitu semalam) saya buat pai gembala. tolong beritahu saya samada awak suka masakan ala barat atau melayu, eh? sebab, bila saya fikir-fikir balik, saya lebih prefer ke arah masakan ala barat. awak, saya bukan kacang tau. saya ingat lagi asal-usul saya tapi hidup di negara barat buatkan saya lebih senang masak ikut cara mereka. tak perlukan santan sangat. tak perlukan bawang sangat. tak perlukan lada sangat.
lagi pulak, masakan mereka tak pedas (setakat apa yang saya belajar lah).



eh, awak jangan risau. let's say awak tak suka western food, saya boleh je belajar masak masakan melayu. kalau bukan saya yang belajar, siapa lagi yang harus jaga makan-minum-pakai awak kan?


rugbi
aku dah standby nak tengok match pukul lapan malam kat tv 1. alih-alih, tv 1 tarok rancangan apa entah. eehhh cilakak betul. how come tv 1 tak broadcast rugby world cup, instead, siarkan rancangan tah hape-hape ni? elo, this is rugby world cup okkaaayyy.
dengan hati terbakar-membara, aku masuk bilik, pastu google apa yang patut. ceis. tv 1 delay broadcasting the game and be it at 10.30 pm. urrgghh hangen tol aku. actually, boleh je nak streaming tapi tak syok ah. asek tersekat-sekat dan aku dah turn off bila masuk second half. then, aku layan satu website ni yang update the game every 90 second. so, at 10.30 pm, aku tercongok depan tv dengan nad. seperti biasa, sony bill williams tetap di hati ku walaupun dia main untuk second half je.
*wink wink*
i tell you, dia main dengan penuh kegayaan dan everytime dia gol kan lalu tersenyum,
oh my gooodddd
tercair aku tang tu jugak hikhikhik


ok, kalau kamu-kamu nak google sony bill williams lepas ni,
dipersilakan. saya tak halang pun. tapi, jangan nak chop colin slade saya ni !
[ sumber gambar : odt.co.nz ]


anyways, dan carter dan richie mcCaw tak main pun. still, i should congratulate to ma'a nonu sebab dia pun, not bad jugak. of course, to conrad smith and richard kahui too.
tiba-tiba aku macam kenal semua all blacks kan? kahkahkah


homesick
mengikut definisi kamus oxford,

homesick (adj) - sad because you are away from home and you miss your family and friends

maka, definisinya tidak perlukan apa-apa huraian.

[tengok luar tingkap]

sekarang, tengah hujan lebat, tahu? dan itu buatkan aku lagi tak suka.
i'm counting the days of going back.

***

millions congratulation to all blacks for the last friday match ! you guys are damn fantastic.
hey people, let's support them for the next match which will be held on 24th september.
don't miss it !

:)


lintas langsung wilayah biri-biri : extravaganza

sebelum aku mulakan apa-apa, aku nak cakap yang musim bunga buatkan aku teringat pada kata-kata seseorang -

you can get four seasons in a day when you live in auckland !

betul beb. gua tak kencing sama lu pun.
pagi tadi gua terjaga pukul tiga sebab hujan lebat. tak lama kemudian, masuk je subuh, hujan dah reda. alih-alih gua keluar pukul tujuh nak pergi gym, hujan merenyai. bila balik, cerah la pulak. gua keluar balik, pergi kedai ink nak dekat pukul satu tengahari dan tiba-tiba angin kuat, hujan lebat menggila. gua dah pasrah. sekarang, gua duduk sebelah tingkap dan cahaya matahari tengah menerobos di celahan-celahan dinding.

sabtu lepas, seramai duapuluhenam orang budak whitaker place beragama islam buat rumah terbuka. aku lah antara duapuluhenam orang tu tapi aku bukan hi-com. aku takat jadik kuli budak background - bak kata zack.
caya tak caya, open house ni bukan calang-calang punya tau tak. jadik, barangsiapa yang tidak ke mari, maka rugilah mereka
hahahaha

aku cerita secara kasar je lah ye? ikutkan, ada tiga apartment yang bukak dapur dan ada dalam lima kaunter yang kitorang buat. aku jaga kaunter nasik minyak dan kaunter buat kek. lain-lain, kaunter lauk ayam masak kandar, kuih-muih dan kaunter menyalin lauk. awal-awal pagi, aku turun apartment budak laki dan pergi basuh beras. lepas tu, jaga nasik takut-takut hangit ke hape ke.
dah habis masak nasik minyak, aku pergi apartment budak laki yang sebelah. aku tolong hadi buat kek. kemudian, disebabkan dapur apartment budak laki agak kotor dan mata aku sakit, aku kemas-kemas la sikit.
well, takde la sikit. banyak jugak kott. sebab aku tak keluar-keluar jumpa tetamu dari pagi sampai la ke petang.

kaunter ayam masak kandar pulak, entah berapa kali dorang masak. sebab lauk rupanya tak cukup-cukup. walau tak cukup pun, kau tanya la tetamu-tetamu yang datang. ada dorang kena tunggu makanan nak siap? takdeeee
semua dipastikan berjalan lancar. tak cukup ayam, cepat-cepat pergi beli.
masing-masing tahu nak buat kerja apa. yang layan tetamu pun, tak kurang hebat jugak. dari mula sampai habis, layan je semua walaupun tak kenal.
ehem, aku tak lah. sebab, aku kan budak background. pulak tu, ramai sangat tetamu. mahu sampai duaratus lebih kitorang jemput. betul-betul dah macam kenduri nikah ! hahahaha


barisan yang bertugas


antara makanan yang dihidangkan


dan ni, sebahagian tetamu yang datang.
yeah, kami jemput foreigners jugak. depa makan banyak kott !







FYI, tetamu tak putus-putus datang dari pukul satu sampai lima petang. dan kitorang kat dapur tak putus-putus sediakan makanan. bunyik exaggerate ke? but it's true !
bila dah akhir-akhir, baru la budak-budak background mahupun bukan background (yakni, yang buat appearance dan melayan tetamu) keluar berkumpul kat common room (tempat rumah terbuka). ni semua muka-muka penat. aku memang pasrah muka tak ber-make-up. senyum pun, macam terpaksa je aku tengok dalam gambar. ceis.


penat-penat pun, menyempat lagi aku main snooker.
oh yeah, aku sekarang suka main game ni walaupun kayu dia panjang lah yang amat :(


this is the red kebaya that i told you i wore on second day of syawal.
masih muat lagi.
*wink wink*


nota kaki : kesemua gambar adalah atas jasa baik cik yasmin. sekian.