di perpustakaan. kau nampak ada dua
students - perempuan.
"jen..." kinah panggil.
"em..." mata jen sudah tancap pada buku. panggilan kinah disapa angin lalu. kinah dengus geram.
"jeennnn" kali ni, kinah tonyoh kulit buku yang jen baca. mentang-mentang dia duduk depan jen, senang pen dia mencucuk.
"apa..." jen malas-malas sahut panggilan kinah. tonyohan tadi tak berkesan. jen tenggelam. waima bom nak meletup dalam perpustakaan, jen belum tentu lagi angkat kaki nak lari selamatkan diri.
"kau baca apa? dari tadi kau dok asek dengan buku tu. nah" kinah sua buku dia. jen buat bodoh. lagi.
"kau sedar tak esok
exam?" kinah tak putus nak umpan jen.
"kay, betul ke aa teori ni?" jen angkat muka tiba-tiba.
"teori ke mendenya...esok kau tekan kalkulator, kau kira-kira guna formula. mana ada pakai teori-teori ni"
"aku tanya, teori ni, boleh caya ke ti-dak"
jen tolak buku kinah. diangkat buku yang dibaca, diletak atas meja, ditunjuk pada kinah. kinah mencebik. dia tahu, itu bukan buku yang patut jen baca. itu bukan buku kos mereka.
"kau cuba baca
part ni" jen telunjukkan.
"aku tak reti lah"
"baca la..."
"eee...banyak sangat huruf" kinah kasi alasan.
"kay...
please?"
"
durkheim's analysis based on suicide study : according to durkheim, personal reasons are irrelevant. psychological explanations lack scientific validity. a macroanalysis is needed in order to get at the 'real' reasons for suicide : social reasons"
kinah berhenti. dia pandang jen. jen isyaratkan untuk sambung. kinah tarik nafas.
"
you do not kill yourself; society kills you-"
"aku rasa betul"
"apa?" kinah tanya.
"aku rasa, durkheim cakap benda yang betul -
it's the society who kills you. not us"
"ha?"
"kau tengok. katakan lah, esok, tiba-tiba aku mati. boleh jadik
reason aku bunuh diri
is you"
"aku?" kinah
surprise.
"contoh la, beb. atau mungkin, sebab
parents aku.
society kat kolej ni ke"
"
the fact is simple. kau baca ni.
suicide was not an act of individual will, it had a social cause. society causes suicide.
let's say, dalam
society, kita ada institusi agama, keluarga, pendidikan
and what not. kita amek contoh institusi keluarga. durkheim cakap, orang yang dah kawen dan ada anak, kurang
tendency to commit suicide berbanding
those who are single, divorced or widowed. kalau pikir logik pun, betul. pasangan kita atau anak kita,
is the reason for us to live on.
that's why kita takkan bunuh diri. ataupun, orang bermazhab protestan lebih cenderung nak bunuh diri
compare to catholics because dalam masyarakat katolik, dorang digalakkan pergi
church, ada sesi pengampunan dosa, kemudian ada
priest yang nak tolong. lagi pulak, dalam katolik, mana-mana family yang ada sejarah
suicide, akan dipandang serong.
so, memang
the catholics ni gerun nak buat
suicide.
no wonder dalam durkheim punya
study, kadar
suicide dorang lagi rendah daripada protestan. kau nampak tak, kay?"
kinah blurr.
"senang cerita,
the reason untuk aku, eh bukan -
a person takes his own life is because of the society itself" jen sambung.
senyap.
"dah?" kinah soal.
"dah. teori ni menarik la, kay" jen senyum lebar.
"
whatever la, jen...ni, jangan lupa amek
notes ni.
tomorrow's exam tak keluarnya pasal si durkheim tu"
esok hari, kau dapat tahu dari kinah yang jen tiada lagi. dia mati bunuh diri.
p/s : rindu kelas sosiologi.