"awak, tadi petang saya pergi online"
aku, yang sedang duduk bersila di muka pintu bilik dan mengadahkan muka pada langit malam, adukan pada dia. bukan betul-betul nak mengadu seperi budak kecil mintakan gula pada ibunya. bukan. cuma - sekadar mahu bercerita. sekadar mahu rancakkan bicara. dan sekadar mahu...bermanja.
"sorang?"
"haah"
"kenapa tak bagitahu saya?"
"macam mana nak bagitahu, masa tu baru habis jumaat"
"ala, boleh sebenarnya. In tunggu la. saya bersiap, bukan lama"
aku kekek.
tapi, betul sangat tu. dia -
majnun yang sangat menepati ciri aku impikan, adam yang sangat memenuhi kriteria aku citakan, yusof yang sangat memadai sifat aku inginkan, tuah yang sangat melengkapi watak aku dambakan.
"takpe lah. lagipun, tak elok la kalau orang nampak. kan bahaya tu"
"hem...ye lah tuan puteri..."
mengendur suaranya di hujung sana.
"awak, jangan lah macam ni. besides, saya kan dah biasa online sorang-sorang. by the way, awak tau tak saya carik apa kat internet?"
"apa dia?"
"aa...-"
"jap. biar saya teka. first, mesti tengok blog. second, emel. third, ym. fourth-"
"hah, fourth apa?" aku potong.
"assignment socio?"
aku gelak. mandai je dia teka. sah dah hafal segala macam pasal aku.
"taaakkkk. socio dah carik time kelas"
"dah tu? balik pukul berapa petang tadi?"
"em, dalam pukul lima"
"lambatnya. tengok youtube ke? atau chatting dengan...?"
ayatnya tergantung tak bernoktah.
ah. perlu ke? seperti banduan, aku disiat. gayanya yang menyoal tak ubah umpama pegawai tahanan yang bengis. sangat keras. tapi aku tahu, walau aura hitler sudah terserlah sedikit, itu tandanya dia kisah tentang aku.
"pakwe..."
aku cuba simbahkan petrol. sengaja mahu tengok tinggi mana julang api cemburu dia.
"pakwe la sangat"
terus terlepas ledakan tawa. rupanya, tadi tu bukanlah hitler pun. sungguh, malam yang hening ini sedang mengulitkan aku dengan nikmat cinta bak manis madu bunga.
"dah tahu, lagi nak tanya. saya mana ada orang lain. saja je kan. takde, saya lama sebab saya ada buat reading sikit"
"rajin la In ni...baca pasal apa je?"
"pasal saya dengan awak"
"apa?"
"pasal saya dengan awak" aku ulang.
"meaning?"
"saya baca personaliti kita dua"
"untuk?"
"saja"
"takkan saja je?"
"saja je lah"
"ok...so, apa yang In dapat?"
tarik nafas,
lepas.
"banyak. kalau nak bercerita malam ni, habis kang kredit"
"ala, takpe. cerita je lah"
"em, tak mau lah"
"tengok tu"
"In nak tanya, boleh?"
"apa...?"
"betul ke, saya ni macam bulan?"
"ha?"
"sifat saya ni, macam bulan? sebab, ada dalam satu artikel ni, dia cakap saya macam bulan. bila redup ke, pudar ke, semua orang boleh tahu perubahan saya. iye ke?"
"iye la kott"
"kott? kalau awak, awak tengok, saya ni macam mana?"
"macam bulan"
"alaaaaa betul-betul la"
hujung sana, dia pulak yang tergelak.
suka benar sakat aku kaannnn.
"betul la sayang. In macam bulan. waku In happy, muka In berseri. suka tengok. tapi, cuba kalau In ada problem, hidup saya pun terseksa tau"
"really?"
"iye...ingat tak masa In kena repeat paper AS? and, sepanjang In kena attend sesi kaunseling? obvious sangat. lepas In dapat 14, again, you change. so, it's true. you're the moon"
"heh, terasa macam lucy gray pulak"
"sorry?"
"lucy gray...ada poem wordsworth ni, dia gambarkan sorang budak nama lucy, macam bulan"
"cute gila"
"siapa cute? In ke lucy?"
"In dengan lucy lah. In kan lucy. kalau buat equation - In is equal to lucy, lucy is equal to cute"
"ye la tu..."
muka terasa merah padam.
sumpah macam dimamah api.
"In suka tengok bulan? cuba pandang langit sekarang ni"
aku ikut apa yang disuruh. tak lama, aku tunduk bawah semula. tidak lagi mengadah. lebih suka aku tengok kaki kecil dari bulan besar.
"bulan malam ni, cantik kan?" dia kasi komen.
"em..."
"nampak tak?"
"In tak suka bulan lah" aku jujurkan.
"kenapa?"
"tengok tak harry potter and the prisoner of azkaban?"
"tak. kenapa?"
"alaa..."
"kenapa?"
"dalam cerita tu kan, profesor lupin, dia tukar jadik serigala bila bulan mengambang. that's why saya tak suka tengok bulan. lagi-lagi bulan purnama. seram lah"
dia terketawa.
eh?
"awak ni, apa lah. kan benda tu tak wujud" dia habiskan sisa tawa.
"tapiiiii"
"tapi apa?"
"eeeee...! orang cakap betul-betul ni. ketawa pulak"
"ok ok ok. so, that's the reason In tak suka bulan? especially bulan purnama? pelik la awak ni. bulan purnama kan lawa"
"eleh. kalau takat pantulkan cahaya matahari, apa yang lawanya? tu lagi satu benda yang In tak suka pasal bulan. cuba tengok betul-betul. bulan tu, bukannya keluarkan cahaya. even its own surface pun banyak kawah kan? by comparison, bintang lagi best. at least, bintang keluarkan cahaya sendiri. tak macam bulan. huh. macam, apa orang panggil? lembu punya susu, sapi yang dapat nama? haa...something like that. just because dia pantulkan cahaya matahari, semua orang jatuh cinta dengan dia. sangat tak faham"
"seriously, In tak suka macam tu. well let's say awak nak samakan saya dengan bulan, better don't. saya tak nak. it's like, you want to be with me just because of other reasons. in this case, maybe i'm like someone else. awak bukan sukakan saya tapi awak sukakan cahaya yang sebenarnya datang dari orang lain. and it's torturing, you know. i want you to love me as who i am. not because of her - that you see - living in my body"
lorong talian terdiam.
shit.
dah masuk zon serius ke?
"er...hello? awak?"
"In pikir saya ingat kat budak tu lagi ke?"
erk.
gigit jari.
"bukan...In cuma-"
"cuma apa In? tak cukup lagi ke?"
"no...maksud In...em, awak, In cuma bagitahu apa yang In rasa"
"yeah right"
"at least, saya berterus-terang, wak. i'm telling you what lingers in my head. seriously, there's nothing else except that i want us to love us just because of who we are, bukan sebab lain. and bukan sebab orang lain"
sunyi.
"In, dah lewat"
"awak..."
"tidur lah. nanti selsema pulak"
"awak, jangan la macam ni"
"it's ok, i got your point, alright"
"but-"
"In. dah. dah lewat. tidur ok?"
aku mengeluh.
barangkali, aku sudah terlayang jauh sangat hinggakan hampir-hampir buat tali aku terlepas dari genggaman.
"ok...i'm sorry. good night. i love you"
"good night"
aku terbaring dan tenggelam dalam lautan kesedihan yang bergelora. tiada apa yang terkeluar dari peti suara melainkan telinga menangkap bunyi esakan.
salah kah aku?
tak banyak yang aku pinta. sekadar mahu menjadi seorang -
laila yang dia impikan, hawa yang dia citakan, zulaikha yang dia inginkan dan gusti putri yang dia dambakan.
malam itu, adalah malam yang panjang untuk aku.
-tamat-