adalah nature untuk rasa sakit

ahad yang lalu. macam mana patut aku cakap? em, datang dia, tak ubah ular. senyap dan berbisa. licik dan berselinap. it's like a silent killer. dan asal dia datang je, terus aku turn off. as in, turn off for many things. segala pelan punah. tergendala. yang dirancang, ditunda-tunda hingga esok-esok. sialan. graf kesihatan mencerun ke zero. thank God, cepat-cepat roh heret jasad, hempapkan ke tilam. fuh. nasib baik this silent killer kills my night only. tidak lah meleret sampai ke esok. kalau tak, siapa nak bacakan aku buku? nota?

petang --

terbaring atas lantai. siling kabur.
dan,
terselam dalam kegelapan.


"what if i'm terminal?" aku tanya yasmin satu pagi.

heh.
sukahati nak pikir yang jauh.


tigapuluhsatu julai

ke hadapan harry,

sebelum saya katakan hi pada awak, saya tahu awak tak akan faham apa yang saya tuliskan ni. tapi, google translate kan ada? walaupun tidak setepat mana perkataan-perkataan yang diterjemah, sekurang-kurangnya awak boleh gambarkan sedikit apa yang saya nak cakap.

baik lah.

hi harry. awak apa kabar? saya sihat, walaupun semalam (kalau awak nak tahu lah) sakit kepala saya serang lagi. yup, lagi. bermakna, sebelum ni, saya sudah merasa dah. awak jangan risau. sakit kepala ni datang sesekali saja. waktu kegemarannya ialah malam. disebabkan sakit kepala itu, saya tak boleh nak tunggu sampai pukul duabelas macam awak buat terhadap diri awak suatu ketika dulu (pssstt...saya merujuk pada malam hagrid bawak surat hogwarts untuk awak).

mengikut sumber yang sahih, awak barangkali berusia tigapuluhsatu tahun hari ni. hmm...apa kabar ginnie? harap dia kekal cantik. oh, tak lupa jugak - james, albus dan lily. moga mereka sihat dan sentiasa ceria. james masih lagi nakal kah? harap-harap dia semakin matang dan akan ikut jejak langkah awak satu hari nanti, harry. begitu jugak albus dan lily. saya dapat rasakan, awak sungguh bertuah mempunyai isteri yang sentiasa ada di sisi dan anak-anak yang cerdik dan baik.

tak banyak yang mahu saya tuliskan sebenarnya. saya cuma ingin ucapkan selamat hari lahir ! kalau awak nak tahu, saya tak akan lupakan tarikh hari lahir awak ni. yeah, pentingnya tarikh awak seperti pentingnya tarikh-tarikh hari lahir keluarga saya. dan jugak kawan-kawan saya.

baik lah. tiada apa lagi mahu dikatakan. moga Tuhan sentiasa memberkati hidup awak, harry. oh ya, sebelum saya terlupa. tolong kirimkan salam saya pada keluarga weasley, ya?

hingga berjumpa lagi.

yang benar,

bawangmerah.


maaf, kengkangan biasiswa menyebabkan saya tak mampu belikan awak hadiah seperti yang hagrid lakukan


ada apa dengan sherlock holmes

sherlock holmes ajarkan aku satu perkara - observe and learn. he concerns the itty-gritty things you know. tak perlu aku kasi contoh. lu orang boleh tengok sendiri dalam filem atau baca buku sir arthur conan doyle.

nota : aku dah jarang baca buku dan aku sebenarnya tak pernah baca penulisan doyle. tapi, malas-malas aku pegang buku, i still google anything on web and read as much as i want. even if i watch any episodes of house md, aku amek masa yang lama nak habiskan satu season. it's because i pause, google and read. pause, google and read. pause, google and read.

maka, seperti karakter holmes jugak, house dan shinichi pun amek kira benda-benda yang kecik. seorang pesakit yang mengidap afasia mengalami kepayahan berkomunikasi. the person loses the ability to understand or produce speech because of brain damage. the damage is specifically centered at the left hemisphere of the brain, yakni, bahagian yang memegang pengkhususan bahasa. pengidap afasia wernicke tak ada masalah nak bercakap, tapi, percakapannya langsung tidak masuk akal. dalam kes house, this guy faham apa yang chase, cameron dan foreman katakan. but then, he responds them with answers that do not even make any sense. how can we ever know what he means if he's saying "i couldn't tackle the bear. they took my stain" ?

tapi, untuk house, dia memberi fokus pada perkara remeh atau kata kunci dalam kenyataan di atas - bear dan stain.

+ you build a house. each wall has a southern exposure. big bear comes wandering by. what colour's the bear?

- white. it's a polar bear. you build your house in the north pole.

+ polar. whatever your name is, patient, are you bipolar?

diagnosis house buat aku simpulkan yang si pesakit nak memberitahu - "i couldn't tackle the bipolar. they took my pain"


untuk gambar ni saja, aku tengok sikit bukan main lama lagi


ok.
bipolar disorder tu cerita lain pulak. my point is, it's fun learning from observations and taking each things into account. bila aku melekat pada tingkap kereta sepanjang perjalanan ke satu tempat baru, do you think i merely want to be stick on the window? absolutely no. aku sebenarnya tengok significant landmarks dan walaupun aku tahu, kadang-kadang aku ada short-term memory loss, it's ok to keep on observing new things, because the grey matter inside our head actually holds seribu satu misteri tentang bagaimana ia menyimpan maklumat. hei, walaupun mitos mengatakan kapasiti otak kita yang aktif hanyalah 10-20% saja, sila jangan bataskan penggunaannya. let's access it to the fullest !
cikgu aku pernah suruh aku baca english words sebanyak yang mungkin although aku tak pernah tahu perkataan tu apa. she said that, info pasal perkataan tu dah tersimpan dah dalam otak dan anytime, when we are triggered by something, the words might pop out.

masa aku empatbelas tahun, aku tak tahu suicide tu apa, unconditional love tu apa, down-to-earth tu apa, yet, i kept reading books. from time to time, bila aku encounter perkataan tu balik, everything came alive. it's the same case with reading ensiklopedia kanak-kanak. banyak fakta - kuku orang asia lebih cepat tumbuh dari kuku orang barat (ini disebabkan suhu sekitar. kuku cenderung tumbuh cepat pada kadar suhu yang tinggi. tak percaya? buat kajian sendiri), wolfgang mozart pernah dikurung dalam bilik tanpa siapa-siapa yang menolongnya mencipta muzik, beethoven seorang yang pekak dan bagaimana februari menjadik duapuluh lapan hari mengikut mitos rom - aku serap sebanyak-banyaknya masa umur enam tahun. look, a kid's brain is just like a sponge. put it into water and the water's gone.

kalau jean piaget gambarkan kanak-kanak sebagai seorang saintis (iaitu meneroka alam ni all by himself and does lots of experiments), lev semyonovich vygotsky pulak gambarkan kanak-kanak sebagai kejadian sosial yang terjalin dengan orang dan alam sekeliling. bagi aku, kedua-dua teori ni benar sebab they happened during my childhood. kerana aku seorang pemerhati dan mendapat informasi daripada dunia luar (merujuk pada teori vygotsky), aku membuat eksperimen dan trial-and-error banyak kali (merujuk pada teori piaget).


flowergirl french braid


contohnya, pada usia enam tahun, aku pernah main sorang-sorang kepala mop buruk yang umi tarok kat belakang rumah. what i did, i actually learned doing regular braid and french braid without anyone taught me, by using that old mop. aku pernah tengok orang buat tocang dan aku sendiri aplikasikan pemerhatian tu.
the other example is, i learned doing looped ponytail. again, when i was six, i carefully watched how my miss avonn did it. simple and easy. dan aku cuba buat (bukan kat kepala mop). alright, aku rasa, umur enam tahun sememangnya jangka waktu yang paling banyak aku belajar dari pemerhatian.

kalau nak dirangkumkan pasal entri ni, please learn as much as you can and observe whatever you can see. i admit, i'm not that bright but the passion of reading and learning from my surrounding always push me to move forward and become wiser than before.

bak kata eartha kitt,

"i am learning all the time. the tombstone will be my diploma"



cabaran #03 : idea temujanji pertama yang sempurna

"awal nya nak siap?" dia tanya.

dengan berbaju t-shirt dan berkain pelikat, mata dia tak beralih dari memandang aku. aku keluarkan apa yang patut dari almari. baju aku, aku gantung di penyangkut. baju dia pun sama.

"takpe lah..." aku pusing, pandang dia pulak.

"em, abang. abang pakai yang ni eh?" dan kaki terus melangkah ke bilik air.

"ada nak pergi mana-mana lepas tu?" dia laung sedikit.

"tak tahu. ikut abang" aku separa jerit dari sinki.

muka dibasuh.
tangan capai tuala.
pandang cermin.
letak tangan di dada.

nervous.


"abang, kita pergi pukul lapan kan?"
"haah. kalau lambat sikit pun takpe" kali ni, dia berbaring.

"orang lambat betul-betul kang, jangan marah pulak" aku senyum nakal.

"lambat, tinggal" dia jawab selamba.
"kalau tinggal, abang dating lah sorang-sorang"

***

1. menepati masa
it's the first thing aku amek perhatian. aku tahu, memang lumrah perempuan nak bersiap lama. pakai make up pun, dah makan masa satu jam lebih. belum lagi pakai tudung atau selendang. jadik, untuk temujanji yang pertama, aku akan pastikan yang aku akan siap lebih awal dari masa sepatutnya. besides being ready at that particular hour, masa yang sikit tu aku gunakan untuk tenangkan diri. yup, aku punya anxiety selalu nak mencanak tinggi. bila gemuruh sangat-sangat, banyak benda jadik tak kena. so, aku tak nak all those ridiculous things happen on my very first date. oh ya. should be my partner pun punctual. kalau dia tak punctual, itu sungguh tak adil. boleh bikin aku marah tau.

2. bukan hotel lima bintang
atau kawasan para elitis. i can go for mamak if you wanna know (mee goreng mamak memang peerggghh !) but, for our first date, i prefer if we dine in a cosy restaurant. aku tak pernah suka tempat yang sesak dan ramai. heh tak suka, yet, i have to live with it. tiap-tiap hari pulak tu (eh, tipu. tiga hari je sebenarnya tehehehe). ye lah, university of auckland ni bukan dua-tiga rat budak enrol. mahu beribu-raban. tengok kalau nak melintas kat simpang empat je, mak aih. seram beb. lagi-lagi kalau kau nak melintas secara diagonal. so, dapat duduk kat tempat tenang, hangat dan damai akan selalu menjadik pilihan aku. ok lah, let's say tempat sebegitu dah occupied, well, aku boleh je makan kat restoran segera - mcD, KFC, pizza hut atau mana-mana yang mudah. see, aku tak nak susahkan partner aku. and if we betul-betul takde rezeki sekalipun, simple. kita makan kat rumah kita saja.
ok sayang?

3. kedai buku
seperti yang pernah aku katakan dulu - kedai buku merupakan tempat dating yang paling ideal bagi aku. entah lah, somehow, kedai-kedai buku ni ada auranya sendiri. well, everyone knows we can't judge books by their covers and that's why we have to spend lots of time to flip through their pages. it's the same with human being. by spending time dekat kedai buku sama-sama, bagi aku, dari situ saja aku boleh mengagak personaliti partner aku macam mana. tengok je buku apa yang dia capai. kalau jenis fantasi, imaginasi awak barangkali setara dengan saya atau mungkin lebih dari tu. kalau jenis falsafah, awak pasti tahu beberapa teori tercipta oleh sekalian pakar ilmuwan. kalau jenis sukan, awak mesti arif tentang sesuatu permainan. kalau jenis agama, alhamdulillah, awak boleh pimpin saya ke jalan yang lurus. maybe this sounds a bit judgemental (atau labeling i supposed), but it's a good step for me to know about my partner.

4. masak
aku suka tengok laki masak. hell's kitchen adalah salah satu rancangan televisyen realiti yang aku menggila menengok. ehem, actually, aku suka tengok danny veltri. muda-muda lagi dah sukses. buat aku jatuh cinta sekejap, tahu?
ok, selain dia, aku pernah tengok jamie oliver masak untuk christmas dinner. it was damn easy sampai buat kening aku terjungkit. my point is, i love seeing men do cooking. their ways are different and classic (but at the same time, er...awful). maka, kalau first date aku bertempat di rumah kami saja, bukan kah menarik untuk masak bersama-sama?


along the way makan bersama tu, harus lah berborak. aku tak nak 'kau pandang aku, aku pandang kau'. a big NO, please ! and yeah, basically, that is my idea of temujanji pertama yang sempurna.
susah tak?
tak kaannnnnnn

:)


cabaran #02 : senarai filem yang aku suka

i would say that mine never go for thriller or horror or thriller and horror. aku tak suka sebab aku tahu, imaginasi aku tinggi yang mana bila aku nak lelapkan mata, mesti payah kalau sebelum tu aku pergi tengok cerita sebegitu. maka, (attention to future husband), jangan nak mandai-mandai ajak orang tengok filem thriller or horror or thriller and horror, or else, telinga abang awak boleh pekak, tahu?
yeah, ask any teslians and you definitely know how my pitch can go realllyyyyy high.

aku boleh layan semua filem kecuali kriteria yang telah dinyatakan di atas. paling aku boleh pergi, action-packed and inspired stories.


1. a beautiful mind
ini antara skrip yang aku suka dalam filem ni.




john
i need some kind of proof, some kind of verifiable, empirical data.

alicia
i'm sorry, just give me a moment...to redefine my girlish notions of romance.
a proof?
verifiable data.
okay.
well, how big is the universe?

john
infinite.

alicia
how do you know?

john
i know because all the data indicates it.

alicia
but it hasn't been proven yet?

john
no.

alicia
you haven't seen it.

john
no.

alicia
how do you know for sure?

john
i don't, i just believe it.

alicia
em?
it's the same with love, i guess.



2. sherlock holmes
aku boleh tengok banyak kali. dan sekarang, aku tengah layan house md because dr gregory house, according to wikipedia, sememangnya selari dengan personaliti sherlock holmes. the reason behind it is simple - david shore seorang peminat sherlock holmes.


sherlock holmes & john watson
gregory house & james wilson


3. he's just not that into you

i may do a lot of stupid shit...
...but i know I'm a lot closer
to finding someone than you are
- gigi philips


4. the terminal
this film is the genius one. satu, tom hanks berlakon. dan dua, setting dia cuma main dalam airport je. bagi aku, mana-mana filem, kalau tom hanks berlakon, memang menjadik. dari forest gump, the da vinci code, angels and demons, cast away - semua tu aku suka.



5. harry potter heptalogy
satu fakta - aku tak pernah pergi cinema untuk mana-mana filem harry potter. semuanya aku tengok kat laptop. oh, sungguh tak sejati aku ni hahaha !


"we are only as strong as we are united, as weak as we are divided"


cukup lah aku tarok lima.
ok, sekarang, ada siapa-siapa nak suggest kat aku tengok filem mana pulak tak? kott ada kat hub, boleh aku download kejap.
oh, FYI - sini, sungguh lah illegal kalau nak download stories dari internet. we call it as cyber crime. aku pernah buat sekali. masa tu, aku download pakai torrent. tak memasal pihak universiti potong internet connection aku. nasib baik tak kena saman (or the worst, masuk jail)
fuih ~ !
when i mention "hub", it's more or less like you're sharing files with people. so, it's considered as not an illegal act.



cabaran #01 : lagu kegemaran

sebelum aku nak buat cabaran tigupuluh hari mencari cinta, aku nak cakap something - banyak gambar kat blog aku melesap. er...bukan salah siapa-siapa, melainkan aku. aku tak sengaja menghapusnya secara kekal (permanently have been deleted). jadik, nasib kalian lah kalau tak dapat nak jenguk-jenguk gambar-gambar dulu terutamanya gambar kat wilayah biri-biri.

ok. habis pengumuman.
let's get back to our business.

to tell you the truth, masa kakak skype aku, aku tengah layan track nasyid. entah lah. somehow, all these nasyids really give me 'something'. lagi-lagi menanti di alam barzakh. tapi, dah dua-tiga kali aku skip lagu tu sebenarnya. aku pi tukaq dengan lagu ku berlari hikhikhik




sayang takde kevin kan? walhal, dia la yang paling aku gila, pastu baru brian and then AJ. hell yes, i'm fucking love these guys. dari aku kecik sampai aku dah besar, aku tengok perkembangan dorang macam mana. kadang-kadang, memang tak tipu, aku rasa dorang dah tua dah. and yet, half of me saying "they're not. they're just getting matured and matured".

:)

kalau kalian tak tahu, backstreet boys dah keluarkan the latest album in 2009 - this is us.
well, in my humble opinion, aku lagi suka lagu-lagu from album unbreakable (2007). oh, by the way, kevin doesn't involve in both albums - hardly to believe though. it was when aku tengok youtube, my eyes never spot his existence. so it's true, no kevin at all but only four of them.

jadik, menjawab soalan bagi cabaran pertama, ini lagu aku -


unmistakable

anytime, anywhere, anyplace
you could be anyone today
maybe i would recognize you on a crowded street

maybe you'll take me by surprise
will you be the one i had in mind?

there'll come a day
when you'll walk out of my dreams
face to face
like i'm imagining
baby how can i be sure
that you're the one i'm waiting for
will you be unmistakable

unmistakable

people say we're watching our lives
through a glass
desperately waiting on a chance
i know you're out there
holding on, holding out for me

how are we to know the time is right
what if you're here and i'm just blind?

how can i know a song i never heard
how will i know your voice
when you haven't said a word

how do I know how this will end
before we begin

before we begin

there'll come a day
when you walk out of my dreams

face to face (face to face)
like i'm imagining (like i'm imagining)
baby, how can i be sure (how can i be sure)
that you're the one i'm waiting for (you're the one i'm waiting for)
will you be (will you be)
will you be (will you be)

unmistakable
unmistakable


lintas langsung wilayah biri-biri : bukak sekolah

hari ni sunny, tahu?
ingatkan hujan. maklumlah, hari jumaat aritu, aku tengok oxford dictionary and today's word adalah st. swithin's day, iaitu sebuah perayaan kristian pada setiap limabelas julai. kat britain, dikatakan sekiranya pada hari tersebut hujan, maka, empatpuluh hari berikutnya akan hujan jugak.
masalahnya, aku bukan kat britain yaw.


pakai kasut bertali memang payah


bila sunny, perasaan nak pakai baju kurung membuak-buak. at least, dapat la aku imagine sekejap the feeling duduk macam kat malaysia - baju kurung dan matahari. bukan kah itu seronok?
fine, aku homesick sebenarnya. titik.


tak ada salji, melainkan daun kering


mentang-mentang kelas habis pukul sepuluh, maka, kami menggedik nak buat photoshoot kat taman albert. kami memang. bajet budak first year first semester dan jakun lihat auckland. hikhikhik


yeah, kami (secara tak sengaja) menyambut breast cancer day



kasut sekolah

kalau kalian lihat mary sekarang ni, dia tak macam dulu dah. siapa sangka, mary yang fragile pernah redah hujan ais di wilayah biri-biri. unbelievable. and, mary pernah terkopak sebelah. aku tak hantar mana-mana kedai sebab caj pembaikpulihan barangkali melebihi harga sepasang kasut baru. jadik, aku takat guna satu tiub gam gajah. seriously, mary tak macam dulu dah. lusuh. teruk. berdebu. lain.

aku malu nak tempelkan kondisi mary yang terkini.


saiz tiga


ini. pengganti mary. aku carik kat children (boy) department. kebetulan, ada saiz yang boleh muatkan kaki aku ni. tapi, one thing, i don't like its shoe laces. mungkin sebab dia putih kott?

jadik, aku pergi beli shoe laces baru.


kalau ada warna merah, dah lama aku grab satu


ok.
baru la semangat nak pergi kelas ari isnin ni.
yay !


jadual baru


cilakak betul la. tiga-tiga kelas kena bangun awal. pulak tu, dua jam straight.
anyhow, let's not make any shits for this new semester, yeah?

:)



l'amour? #4

[1] [2] [3]

so, kau teka berapa hari yan dengan hakim tak bercakap langsung? ah, kita rangkumkan saja segala jenis komunikasi (pesanan ringkas, emel, skype, talian yahoo, bukumuka dan panggilan telefon) sebagai cakap, ok?
alright, come on, berapa?

lima?
- masa yang terlalu singkat.

tujuh?
- hitungan yang menarik untuk buat dua-dua manusia ni wondering antara satu sama lain.

sepuluh?
- sudah membuktikan keegoan seorang yan.


"yah" hakim dah terpacak kat muka pintu.

yan beku menentang mata dengan hakim.
well, sebagai manusia yang normal, adalah santun untuk yan katakan sorry pada hakim sekarang ni. yan confirm rasa guilty, fikir hakim. sebabnya mudah dan ringkas.

satu, yan emosional. dua, yan tengking hakim. tiga, yan kasi jari tengah - heh, for the first time in records.

empatbelashari tanpa cakap. itu membuktikan keegoan seorang hakim pulak. maka, adalah berita baik bagi kita semua untuk ketahui yang kedua-duanya kepala batu, pig-headed, dan kalau orang utara sebut - depa ni ketegaq sungguh.

"jom keluar?" yan ajak.

jangkaan hakim tentang yan tergagal di situ.

"sekarang?"
"haah. kita lunch"
"er..." hakim kerut.
"apsal?"
"aku -"
"takpe lah. maybe next time kott"
"yan !"

"ok. lima minit. bagi aku bersiap kejap"

yan tersenyum lebar.

***

"yan..."
"em..." kuah dihirup.

hakim berhenti, pandang yan, sudu garfu disusun tepi. tipikal hakim kalau nak ber-serius.

"kau...tak nak cakap apa-apa ke?"
"pasal?"
"pasal...maksud aku, like saying..."
"i'm sorry?"
"sort of"
"i'm sorry" yan balas ringkas.

hakim terkedu, telan air liur perlahan-lahan.

"akim"
"em?"
"kau tak terima kan?"
"haah"
"so, how am i supposed to fix it?" mata yan tak lepas dari makanan.

"about us? nothing."
"bullshit."
"aku makin tak paham kau, yan..."
"i'm messed up"
"ok...sebab?"
"can't explain"
"unexplainable sangat sampai kau amek ubat ke?"
"i was addicted lah. but not anymore"
"ye la tu"

kali ni, yan angkat muka.

"susah kan-" mata yan tangkap imej belakang hakim.
"kalau trust, the most fundamental basic thing, dah takde between us" yan habiskan ayat.

"kau nak cerita dengan aku pasal trust, yan? siapa yang tak caya siapa sekarang ni?"

suapan yan mula slow down.

"kau ni...eish !" bibir hakim mengetap.
"berapa kali nak kena cakap? aku bukan macam orang lain ok" hakim sambung.
"then, kau macam mana?"
"aku macam-"
"aku tak reti lah nak treat kau macam mana, akim. kau kata kau kawan aku, tapi, kau bukan macam orang lain. orang lain tu, kawan la kan? jadik, tak ke, tu semacam clash? what you ask me, is something yang opposite. completely different. lain !"

"no, bendanya simple je. aku-" sambil tangan kiri dan kanan hakim dinaikkan ke udara hingga kedua-duanya sampai ke paras hidung.

"gini, aku dengan orang lain macam ni. bukan sama level" kali ni, tangan kiri hakim dinaikkan sedikit tinggi biar paras tangan kanan berada rendah. tangan kiri hakim agak selari dengan anak matanya.

"so, kau still dalam kategori apa?" yan soal.
"kawan"
"kawan, tapi atas sikit?" yan berkerut.
"haah" hakim mengangguk.
"kawan yang rapat" hakim sambung lagi.
"sejak bila kita macam tu?"
"sejak..."
"aku cerita pasal laki tu kat kau ke?"
"aa..."
"bukan. sejak kau risau aku smoking" yan cepat betulkan fakta.

hakim geleng, senyum.

"kenapa kau risau kan aku ha?"
"tak comel lah kau smoking"
"heh" yan mencebik.

"aku tak kisah kau nak percaya kat siapa..." hakim bersuara.
"tapi, kau jangan lah percayakan orang sangat, yan. even aku sekali pun. kau faham tak apa aku cakap ni?"
"tak"

hakim mengeluh panjang.

"kau ni"
"apa..." yan lap mulut.
"ok. aku tahu kau baik. tapi, kau ni terlalu baik lah. kau punya baik tu, sampai kau boleh senang-senang percayakan orang"
"contoh?"
"contoh, kau sanggup buat anything"
"like i sign up for kelas latin?" yan soal lagi.
"tak. that's different. itu, kau yang tak caya kat aku"

telunjuk hakim diarah pada yan.
yan tersengih.

"my point is, you can have everyone. your friends, aku, siapa-siapa je. tapi, kena lah ada limit"
"now you're telling me, in this world tak boleh limitless la? then, why the fuck dalam math ada infinity?"
"it's because that infinity belongs to Him. yan, doktor nak kasi ubat pun, dia kasi yang beragak sikit, ada tempoh waktu dia. it's limited. never beyond the boundary. sama jugak dengan trust, yan. kau boleh percayakan aku. tapi, aku sendiri nak warning-kan kau, jangan letak hundred per cent of trust pada aku"

yan tersandar.

"yan, aku tahu something's happened back there. but, i don't know exactly what it is. cuma, aku dapat rasa je"

yan tersengih balik.

"well, kau jugak pernah mention kan, lefty ni boleh rasa - the ability to sense sebab emosi ni, kita pegang lagi kuat dari orang tangan kanan" hakim sambung.

"aku tengok, kau..." hakim terhenti tiba-tiba.


lintas langsung wilayah biri-biri : pusinglah lagi

you see, secara jujurnya, aku sangat percayakan instinct aku. sebab, bagi aku, naluri ni adalah kata dari Tuhan yang ditiup dalam hati kita. tapi, kalau kau tanya macam mana nak tahu tu instinct or lust, memang tak dapat lah aku nak jawab. pokok pangkalnya, as for me, apa yang paling pertama terdetik kat hati ni, itu lah yang aku rasa paling benar.
just follow your heart, yeah?

****

ok.
mari lihat peta di bawah pulak.


klik untuk tumbesaran yang gemilang


agenda arini, seperti yang dirancangkan - makan ikan dan kentang. atau, kau boleh sebut as "fish and chips". kalau kat malaysia, kita ada mydeal kan? aku tak pernah buat. la ni dah sampai auckland, baru aku terhegeh-hegeh nak beli menatang offer-offer ni.
actually, it isn't that bad doing all these deals because they're freaking worth and cheap.
so far, aku cuma beli kupon online kat yazoom, grab one dan grouponNZ. maka, untuk sepinggan ikan dan kentang yang barangkali berharga sembilan dollar atau lebih, aku beli secara online dengan harga tiga dollar saja. aha, murah bukan? i told ya.
ehem. maklumlah, duit tak masuk lagi. kami mampu makan luar yang tak lebih dari lima dollar SAHAJA
:(

selingan [1] : wahai pihak penaja, sila la masuk kan duit dengan kadar yang segera.
selingan [2] : wahai hati, sabar la ye?


auckland fish market sebenarnya sediakan perkhidmatan pengangkutan percuma, yakni, bermula dari tujuh pagi hingga tujuh malam selama tujuh hari setiap minggu pada setiap jam mengelilingi pusat bandar auckland. fuih ! satu nafas je gua suap lu orang.
tapi, disebabkan kitorang pikir masa menunggu free shuttle adalah bersamaan dengan masa berjalan kaki ke sana, hah, jalan je lah.

tadi tu, peta ikut kereta. aku ok je kalau nak ikut jalan darat macam tu.
*batuk*
well, orang yang selalu pergi gym memang gagah perkasa pun.
*batuk*

er...apa kita discuss tadi?
aa, yah.
perihal jalan.
yang ni pulak, peta ikut kaki.


klik untuk tumbesaran yang gemilang


tapi,


klik untuk tumbesaran yang gemilang


ye.
secara tak sedar dan tak sengaja, kitorang dah ter-pusing satu kawasan tu.
kartun betul.

but then, bagus apa main trial and error, teka-meneka atau jalan ikut kata-hati-yang-kau-pikir-betul-la-sangat. bak kata thomas edison -

"gua bukannya gagal. cuma, gua dah jumpa beribu-raban cara yang boleh pancungkan gua!"

so, it was fun after all.
more or less, kitorang dah upgrade-kan skill baca peta and skill nak communicate dengan orang kat sini. hei, malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut.

heh, ikan punya pasal, gigih kitorang teruskan perjalanan.


akhirnya, kembali jugak ke pangkal jalan


dan,

tadaaa!


***

tadi aku main jalan-jalan virtually. i mean, click the "google maps" and then click the "get directions". aku zoom in sampai betul-betul aku nampak bangunan dan jalan raya. masa carik auckland fish market, aku ada instinct yang kitorang kena guna fanshawe street, instead of using customs street and what not.
guess what?
bila check dengan google, it turned out i was right.

tapi, dengan syarat, kau jenis orang yang selalu pergi gym lah.


lintas langsung wilayah biri-biri : refleksi mimpi


let's make a short and simple entry this time. bukan aku sibuk, tapi sengaja nak sibuk-sibukkan diri macam kak nina. ye lah, tertinggal jauh dari keluarga sendiri dan menyibukkan diri dengan keluarga baru - masak, kemas rumah, masak, kemas rumah, masak (ok, ini betul-be
tul satu kitaran hidup) - aku bajet, masa aku tak banyak. besides, cuti aku tinggal tujuh hari je lagi. serius, memang tak banyak pun kan?

cut to the chase, guys.
dulu aku pernah tulis impian aku bila jejakkan kaki kat wilayah biri-biri ni. bila reflects satu-satu, "you can't always get what you want".

1. kedai buku
aku dah jumpa kedai buku terpakai.
memang terbaik ouh !


16 o'connell street, auckland, new zealand


2. telur
aku syak supplier telur kat bandar auckland ni, orang asia lah. sebab yang aku jumpa, berlambak telur berkulit coklat. padahal, dulu aku pernah google, kat new zealand ni ada telur berkulit putih. heh, barangkali, tu bukan di kawasan wilayah biri-biri ni.
ceit.

3. sungai
well, like you guys dah tahu, bandar christchurch sememangnya musnah kena gempa bumi aritu. sedikit kecewa, ya know? because, aku tak sempat nak jejakkan kaki kat situ, dia dah hancur. so, takde rezeki aku nak usha tempat-tempat umi dengan abah bermadu kasih.
but then, hopefully, christchurch cepat-cepat membangun balik sepenuhnya macam jepun. no matter what, i've got to be there and have a punting along the avon river.

4. basikal merah
aha, kirim salam awal-awal lah. walaupun permukaan bumi bandar auckland tak sebukit-sebukau macam bandar wellington, still, ada jugak banyak bukitnya. contoh paling dekat, bukit sebelah gereja st. peter. tambah pulak, aku dengar cerita, basikal kat sini boleh tahan mahal. please note, mahal dalam konteks aku is subjective. meaning, if i think i could buy two dresses with the bicycle's price, it's better i shut the dream of cycling along shore. lagipun, naik basikal kat bandar ni, kena pakai helmet segala bagai.
maleh aku.
bukit lah, mahal lah, pantai jauh lah, kena pakai helmet lah - ah, forget it.

5. salji
tunggu winter break tahun depan, alright? tahun ni, memandangkan biasiswa tak masuk-masuk lagi, aku terperangkap dalam hutan konkrit. yeah, biasiswa belum dapat, walhal, budak-budak kolej profesional mara under the same programme with us (bahagian tindikan) dah dapat dah pun. tak faham aku. apa kah kami di-anak-tiri-kan? give us some explanations, please.


daripada lima perkara ni -
satu yang dimakbul,
dua gagal dicapai
dan
dua dalam penantian.

jagger, you're damn right dude.