ulasan tentang awek chuck taylor (ACT)

ACT at auckland domestic airport
yeah, aku on the way back to malaysia


siapa-siapa yang tak tahu lagi blovel (novel yang diadaptasikan daripada blog) ACT, you guys boleh google and look for yourself what the book is really about. umumnya, aku adalah silent reader blog teh tarik gelas besar for almost three years. dalam masa hampir tiga tahun tu, cuma sekali saja aku tinggal kan komen dan cuma dua kali saja aku tekan butang like pada dua entri yang nami tulis.

penulis
who's nami?
aku sendiri tak kenal. i've never met him in person tapi to be frank, one of the reasons aku still baca blog dia is because dia dan aku tergolong dalam kategori yang sama - orang kidal.
bagi aku, nami is really a 'something' (like seriously, is a 'something') dan bila dia buat poll pasal nak publish ACT, aku memang dah pasang niat - "kalau betul dia nak buat, i should get it walaupun aku duduk jauh dari malaysia".

pesanan buku
so, yeah. ACT dah merentas benua australia dan laut tasman. and here it is, dalam tangan aku.
one thing for sure, to deal with nami memang thumbs up la. as a buyer, aku memang suka quick communication. even lejen press tak secepat nami to reply all my emails. sorry to say eh lejen press? but that's what i feel. anyhow, lejen press did a good job too. jadik, kalau korang nak pesan ACT, go ahead. you should have no problem to get it because aku yang jauh ni pun, boleh dapat that book within seven days from the day they sent it.

kekuatan ACT
to be frank, ACT is just like any other love novels. kisah pasal cinta orang kebiasaan. bukan pasal cinta anak raja or anak jutawan ke hape. no.
but then, how come it gets lots of people to read? how come people are willing to have it? sampai aku yang duduk jauh ni pun, want to have the book on the dot - tak nak tunggu balik malaysia. must have it now.

bagi aku, fitrah manusia ni suka pada kebaikan dan kebenaran adalah subset kepada kebaikan. kekuatan ACT sebenarnya terletak pada jalan cerita dia yang benar. bila adanya elemen kebaikan ni, automatik, akan adanya invisible attraction. nama pun fitrah, maka, manusia itu cenderung untuk menyukainya. jadik, ini adalah hipotesis aku sendiri. people love ACT because it's true. never a fantasy but real.

macam yang aku cakap tadi, ACT mengisahkan cinta orang kebiasaan. and, in my humble opinion, ni pun adalah salah satu kekuatan ACT. bila cerita tu datang dari kumpulan kita sendiri (orang kebiasaan), kita akan rasa lebih dekat. kita akan rasa kita adalah se-kapal. latar penceritaan yang menggunakan item macam myspace, akademi fantasia, harry potter, manchester united, klcc, perpustakaan negara - semua tu dekat dengan kita. kita berkongsi wavelength yang sama dengan ACT sebenarnya.

kekurangan ACT
personally, ACT lemah dari sudut teknikal saja. teknikal ni, aku maksudkan organisasi bahasa. mungkin sebab i'm a detailed person dan education background aku banyak bergelumang dengan bahasa, jadik, aku detect beberapa kesalahan tatabahasa. in fact, aku perasan ada muka surat yang tersilap disusun. two or three mistakes in language is fine tapi, kalau banyak sangat yang aku jumpa, agak mendera jiwa raga jugak. so, in the future, mungkin nami boleh consider masalah teknikal seperti ni?
aku tak mintak penulisan ditulis dengan bahasa puitis. cukup dengan gaya yang santai dan slanga yang difahami. tapi, tu la - pasal ejaan dan tatabahasa, i think people should note it seriously. i know, for some reason, ACT is originally adapted from a blog and we never give a damn to the grammar, vocabulary and what not when it comes to blogging. yet, because it is turned out to be a book, this kind of technical problem should be considered kott?

mira
she inspires me to be strong. dengan gaya dia yang strict, punctual and discipline with timetable, aku rasa dia adalah WOW. tak pernah aku baca mana-mana cerita yang menggambarkan perempuan ganas macam mira. balik-balik, perempuan ni mesti nak ditunjuk dengan watak lemah-lembut lah, sopan-santun lah, lemah-gemalai lah. it's clitche, you know?
tapi, mira is totally different. ouh, dia pun golongan kidal jugak hahaha !
well, paling aku suka, scene dia kasi jari tengah bila tiba-tiba ada family nak masuk minang dia out of nowhere. itu paling cool sebab aku sendiri tak ada daya kekuatan and keberanian to speak for myself, just like what she did, in front of many people. in a way, mira actually taught me something. and now, i'm hoping she's doing fine since dia sebenarnya tengah fight with her cancer.

nana
bila aku tutup buku ACT, satu je terdetik kat hati aku - kalau dunia ni ada beribu-raban orang macam nana, memang aman lah dunia ni. you get what i mean? kalau tak faham, beli. baca.

hafiz
frankly speaking, fokus ACT adalah pada watak utamanya which is hafiz. tapi, adeh. entah lah. pada pandangan aku, watak hafiz tenggelam bila dia digandingkan dengan mira. but somehow, hafiz tunjukkan pada aku yang laki ni, bila dia ada buat apa-apa kesalahan, bukan dia sengaja nak buat. things happened dan tu tak boleh nak dielakkan. contohnya, bila hafiz terlewat dua jam masa nak dating dengan mira dan dia cuba nak explain situasi dia. yet, mira susah nak terima. well, if i were in mira's shoes, of course aku pun meradang sebab aku jugak jenis yang selagi boleh, try to be punctual. siapa tak hangen kalau janji pukul dua petang tapi datang pukul empat? itu bikin gua panas ok. dah la gua tak suka menunggu. pulak tu, kau kasi alasan tah pape kan. tapi, pada side hafiz, itu lah kebenarannya. bukan sengaja dia terlewat. duit tak cukup. kena turun bas. terpaksa jalan kaki.
hafiz ni, at a certain point, makes me feel guilty pulak.
aha, guilty? let the reason remains silent.

tragis
too bad, ACT cuma berakhir dengan kisah --
ok. mungkin aku tak patut jadik spoiler. aku expect ACT tak terhenti kat situ saja because seingat aku lah, blog ACT berjela-jela lagi panjangnya. a bit dissappointed though.


nami, you tak nak publish chapter seterusnya ke?


p/s : i sempat snap ACT. KT tertinggal dalam luggage :(



l'amour? #8

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


isnin.
petang.
yan study luar tingkap. hujan merenyai-renyai sambil angin tiup ikut sedap rasa. bergegar tingkap kaca bilik yan. pukulan angin seperti mahu sepaikan satu satu. entah lah. alam memberontak, barangkali. makin yan perhati, makin galak hujan merintis turun.
sejuknya...
bila yan toleh belakang, heater bilik cuma mampu ditatap hampa.
rosak lagi.

hakim, seperti yan jugak, pandang ke alam.
jadik ke nak main ni?

'd game's still on'

mesej masuk.
hakim dah agak dah. dan dia tersenyum. selain being complex, yan seorang yang persistent. insist in everything. tak kira la dunia nak terbalik atau nak hancur-lebur. kalau itu yang dia nak, itu jugak yang dia akan dapat. yes, she is strong - in a sense she knows what she wants.

"dah?" yan terus sapa dengan soalan bilamasa hakim bukak pintu.
"dah, jom. tapi hujan lebat ni"
"haah" yan makin menggigil. hakim pandang yan atas bawah.
"angin kuat kat luar" yan jujur katakan.
"bawak payung kan?" hakim tanya. risau.
"bawak. tapi, boleh aku tumpangkan payung kat rumah kau? nanti terbang, rosak payung aku"
"em, boleh. but then, kau -- ?"
"kau?"
"aku pakai macam ni je la. sarung hood"

yan terdiam.

"takpe lah. aku redah je" jawab yan. yakin.
"kejap"

hakim masuk apartment. tak lama, dia keluar balik.

"pakai ni" hakim hulurkan baju hujan.
"jangan lupa zip sekali"

secara jujurnya, macam mana yan nak zip kalau tangan dia - kiri, kanan - penuh dengan barang? tangan kiri dah pegang tuala, tangan kanan pulak pegang raket dan balang shuttle cock. yan cuma sempat sarung ala kadar. hujan pulak, eish. kejam. langsung tak reda dari tadi.

"sini" hakim terus pakaikan untuk yan.

disarungnya yan dengan hood baju hujan dan dizipkan hingga yan betul-betul terbalut kemas. hakim tak nak hujan menembus jasad yan dengan perit. hakim tak mahu. sebab, sekuat mana pun yan, dia tetap yan - gadis yang kalah dengan hujan.

***

"aku tak jadik pergi queenstown" hakim mulakan borak.

sementara menunggu budak-budak habis main, yan dan hakim duduk bersila kat tepi court.

"kenapa?"
"dah kau tak nak aku pergi"
"aku dah cakap kan, kalau kau nak pergi, you better go"
"takpe lah" hakim sambut dengan tawa kecil.

yan palingkan muka dan mata terus galak menonton permainan budak universiti. hakim pulak, sempat mengerling dari sudut tepi yang kabur, dan terlihat yan sedang ukirkan sedikit senyuman bahagia.
eehh?
is that -
is that really a smile?


"bila kita main ni, you should consider my height. ok?" yan pesan.
"kalau tak?" hakim terus pusingkan takal, biar jaring terpasang siap.
"aakkiiimmmmm !"

hakim tergelak-gelak. kelakar la budak sorang ni. of course hakim akan tolerate. tak perlu diberitahu, tak perlu dipesan. hakim tahu nak melayan macam mana. cuma, sesekali, hakim rasa wajib untuk dia menyakat. kalau tak disakat budak ni, acane nak rasa manis bila bersahabat?

"akim !" yan amarahkan rasa.

masuk ni saja, dah dua kali hakim buat smash dan sengaja dia pukul tangkis setinggi mungkin. dalam dua kali tu jugak, tangkis terhantuk kat kepala yan.

"letih la kutip bola !" yan tak puas hati.
"bagus la tuuu ! badan kena gerak sikit"
"eeeeeeee !"

yan laju meluru ke hakim, terus diketuknya belakang hakim dengan batang raket.

"kan dah cakap, kena consider tinggi aku. main tipu aa !"
"laaa...main tipu amendenya"

yan balik semula ke gelanggang dia.

"ok. kita main macam ni. siapa tak dapat sambut bola, dia kena jawab satu soalan from the opponent side. ok?"
"haaaa?" yan buat pekak.
"dengar taakkk? tak dapat tangkap bola, kena jawab satu soalan !"

ah, apa-apa je la.
yan layankan saja rentak si hakim.


round #1 - hakim.

"kau ada kawan laki lain yang rapat selain aku?"
"what?"
"jawab je lah"

yan kecikkan mata, cerlung hakim dengan tajam.
sumpah macam nak membaham.

"ada" yan jawab sepatah.
"siapa?"
"eh, aku dah jawab kan?"

hakim geleng kepala.
masing-masing pusing, balik ke posisi asal.
yan cuba buat smash.
tapi --

round #2 - hakim.

"siapa laki tu?"
"laki mana?"
"yan..." hakim tatap raut wajah yan.
"em, kawan"
"kawan je?"
"heyp ! satu soalan je kan"

round #3 - yan.

"hah !" yan sorak.
"hmm...cepat, apa soalan kau"
"apa hubungan kau dengan perempuan tu?"
"perempuan mana?"
"you know who i'm talking about"
"kawan"
"kawan se-level macam aku ke?"
"yan...one question je kan?"
"fffinnnneeee"

round #4 - hakim.

"between kau dengan laki tu, kawan je?"
"haah"

hakim angkat kening.

round #5 - hakim.

"kau ada hati dengan dia?"
"apa punya soalan ni?"
"apa ni, jawab soalan dengan soalan"
"fine !"
"aik, marah?"
"taaakkk"
"hahahaha dah tu, sila jawab cik adik manis"
"aku tak tahu hati aku kat siapa. we never discuss about this"

round #6 - yan.

"do you...touch her?"
"yes"
"which part?"
"yan..."
"uuurggghhhh"

yan campak raket.
hakim sambung gelak tengok gelagat yan.

round #7 - hakim.

"dia pulak, apa perasaan dia terhadap kau?"
"how should i know?"
"make a guess. wild guess"
"nothing kott"

hakim angguk,
iyakan the statement.

round #8 - hakim.

"tak rasa nak ada serius relationship dengan dia?"
"hakim, why d'you ask me about this laki out of sudden?"
"yan, can you just please answer my question?" hakim ajuk gaya cakap yan.

yan dengus.

"not yet. the future is unwritten" jawab yan. geram.

round #9 - hakim.

"dia budak mana?"
"kedah"
"ouh?"
"shut up"

round #10 - hakim.

"dah lama kenal? berapa tahun?"
"that's two questions, akim"
"berapa tahun kenal?"
"since i was 15"

round #11 - hakim.

"aaakiiiimmmm"
"yes?"
"ufff. cepat, apa dia"
"em...satu tambah satu?"
"lima !"

dan yan tak pernah gagal buat hakim geli hati.

round #12 - yan.

"yyesssss !"
"kasi chance, boleh la"
"lantak la. yang penting, aku boleh tanya kau sekarang"
"ok, apa dia"
"do you love her?"
"nope"

yan terus buat muka pelik.

"tak caya?" hakim soal.

round #13 - yan.

"kenapa kau interested pasal budak laki tu?"
"sebab dia budak kedah"
"what the fish !"

kahkahkahkahkah

round #14 - hakim.

"kau jealous ke, aku dengan dia?"
"i don't give a damn whatever you wanna do with her. so, my answer is - NO"

round #15 - hakim.

"dah tu, kenapa kau tanya aku banyak pasal dia?"
"curious"

round #16 - hakim.

yan campak raket lagi sekali.
terus dia duduk kat lantai.
rebel.

"tak nak main dah?" hakim datang dekat.

yan peluk kedua-dua kaki.
muka masam, toksah cakap lah.

"bukan. letih" yan dongak, tengok hakim.

"ok la, aku tanya last je soalan. lepas tu, kita balik eh?" hakim ala-ala nak withdraw the game.
"apa pulak last? kau dah tanya tadi"
"ha?"
"betul apa. kau tanya - 'tak nak main dah?'. and aku dah jawab"
"shit"

yan kekeh.

"jom !" yan bangun, grab the shuttle.

round #17 - hakim.

"aaaaaaaaaaaaa !" yan makin bengang.
"relax la yan"
"tak aci la !"
"aci la. tadi pandai ek kenakan orang"

yan jelirkan lidah sambil tangan capaikan botol air.

"kau suka aku?" hakim panculkan soalan.

tersembur yan.

"what?"
"kau suka aku eh"
"a big NO !"
"kau macam...de-"

yan kerling jam.

"apa? dah sembilan setengah, is it?" hakim tanya.
"yeah..."
"jom lah..." air muka hakim berubah.

tanpa sepatah apa, hakim terus tanggalkan jaring.
kemaskan segala peralatan,
dan,

"sini" sarungkan baju hujan untuk yan, just like what he did before.

yan sedar, permainan soal-jawab tak berhenti di situ saja.
ianya belum lagi tamat secara rasmi.



mindy nettifee

I.

the first time your heart was torn from your chest,
you thought you were dying.
you knew you could not live with the empty space.
so you replaced your heart with metaphors
and set out to create a world where the metaphor was unbreakable.

now look what you’ve done—
you can’t breathe so you write.
you can’t hurt so you drink rum and pour our pirate chanties.
you can’t want revenge so you leave.

II.

when i see you i have two thoughts:
you are the reason the smith’s wrote songs,
and my god, you are beautiful.

you are so beautiful
blinking stars go blind.

but i can see this is going to get ugly.
the metaphors don’t make you feel whole anymore.
you sell out your deepest insecurities for a handful of laughs.
this life has you wound so tight you make grandfather clocks look relaxed.
you hold your body like banks hold money—all locked up.
your shoulders are glass rocks waiting for the next attack.

but you’ve got it all wrong.

you don’t survive history.
history survives you.

there is no breakthrough without breakdown.

III.

if you’re going to break, shatter.
no explanations.
no limp-legged dog excuses.
no messing with this bullet proof vest fury
so popular with the cops and the presidents.

you’ve got to break like texas.
you’ve got to take the pain from the safety valve of your heart
and return it to your fists.
fight your better judgment ‘till you’re sinister again,
‘till your body remembers what it already knows how to do—
bend back
and manifest grief.
scream torches ‘till you embarrass the enlightened.

please. no more polite conversations with your death wish.
give it something useful to do.
change your life.

cause i can’t stand to see you like this.
so blue, my eyes turn green in your presence.
listen—you are so beautiful,
grass pushes through sidewalk cracks just to kiss your feet.

IV.

maybe no one ever told you,
but the heart IS a metaphor.
yours is growing so strong
you’ll have your rhythm back any day now—

loving like rumours spread.
dreaming like lunatic spacemen jump from their suits.
living like you never forgot how.

***

seorang sahabat berikan aku puisi ni,
suatu masa dulu.
katanya, bila dia baca,
dia teringatkan aku.

aku yang silam.



selamat mengharung semua

11.11.11 - tamat pengajian tahun pertama.
oh yes, this is my outfit for my last paper


the last paper for my final second semester first year exam was - education 113. rata-rata yang tahu perihal aku duduk kertas itu, tanya sama aku ; how was it. all i can say - the exam wasn't that bad. but, doesn't mean aku cakap paper tu senang ok. don't get me wrong, please. the fact is, aku boleh jawab. nak kata susah, no. nak kata senang pun, not exactly. anyhow, aku dah usaha dan sekarang, wajib aku berada dalam fasa bertawakal. apa-apa yang Tuhan mahu kasi pada aku, aku patut tunduk. syukur. alhamdulillah.

ada empat esei yang aku kena buat dalam masa tiga jam. seriously, apa-apa exam yang berkadar masa se-panjang macam tu, ianya betul-betul penderaan mental. jadik, knowing that it's mentally torturing, awal-awal aku kena set dalam kepala otak - you have to finish everything no matter what. don't surrender before the battle ends.

ok.
apa kejadah la aku cerita pasal paper education ni. cerita benda lain lah.

yah,
sekarang ni, aku secara rasmi sudah bercuti. it's summer holiday yaawww.
dan, aku tak daftar sekolah musim panas pun. jadik, cuti aku adalah hampir tiga bulan. tiga bulan beb. cukup untuk aku re-energize myself sebelum aku get battle with pengajian tahun kedua.

well, the first year has ended ____ly (sila isi kata adjektif yang sesuai). lots of things happened and sometimes, aku rasa macam -
entah lah.
hidup.
macam tu la kan?



never fails to excite me



kembali nanti

let's rock n roll this summer, babeh !



after everything's settled down,
blog will be updated
dengan senonoh sikit.
sekarang, gua ada komitment lain.

by the way,
last paper
aku hari jumaat ni.
petang - waktu tempatan.
doa kan aku, please?