bukumuka

aku paling tak faham kuiz yang tidak memerlukan langsung pem-bukumuka menjawab soalan-soalan.
tup tap tup tap terus kasi result.




hoi!
eja "straight" - stttrraaaiigghhttt laaa
S.T.R.A.I.G.H.T.
straight. bukan "staright" !

aku marah dia eja salah.
ye lah, aku kan bakal guru bahasa inggeris.
ejaan mesti dipandang serius.

sila abaikan peratusan itu, ok?



aku berani jamin satu perkara saja




kalau kau pergi dataran pahlawan, mesti kau ada feeling nak pijak hamparan rumput hijau di situ.
itu perkara paling aku jamin.

baca betul-betul.

aku bukan cakap kau confirm pijak rumput.
instead, aku kata, kau mesti ada RASA nak pijak-pijak.



pakai heels dan lompat?


apa yang aku boleh cakap;
ke-seksi-an mendambakan keperitan.
sakit tapi itu aku yang memilih.
tanggung sendiri la.

ok, nak sambung sapu minyak.



malam

"hello?"

am gosok-gosok mata bagi melegakan pelipisnya.
ngantuknya masih tebal menepek di muka.
pukul berapa ni...

"dah tidur ke?" hujung talian bersuara.
"em..." suara-budak-baru-bangun-tidur.

10.30 malam.

"letih sangat ke?"
"em..."
"owh...takpe lah kalau macam tu. tidur la balik"
"eit!"

"kenapa telefon ni?" am cuba cari saki-baki tenaga.
"saja. nak dengar suara"
"sengal" am ketawa. iskandar buat lawak bodoh ke.
"betul lah. kan dah lama tak call. asek mesej je. sesekali nak jugak dengar suara"
"kok ye pun, jangan la call malam"
"dah tu?"
"waktu siang kan ada"
"tak best"
"alasan" am cucuk laju. iskandar sambung gelak.
"call malam-malam kan best"
"haah, malam ye...pastu menggedik dengar suara orang baru bangun tidur" am batuk-batuk sedikit bagi membetulkan suara.
"comel apa?"
"hotak hang!"

lampu bilik terang-benderang. buku-buku berselerak atas lantai. standard am biarkan bilik bersifat begitu. dia kemudian capai jam tangan.
sengal la budak is ni.

"awal gila tidur"
"biasa la. budak rajin. penat study kott"
"kau study apa je, nina?"
"sosio"

am + nina = amanina.
dalam banyak-banyak manusia, iskandar seorang yang ada mandat panggilkan am dengan nama 'nina'. bila ditanya,

"saja. am tu macam laki la. nina kan sedap sikit"

jenuh melarang tapi iskandar degil sekeras kerikil.
dasar kepala batu.

"kau pahal call aku?"
"laaa...aku kan nak dengar suara kau, sayang"
"oit oit. main sayang-sayang pulak. awek kau nak campak mana?"
"campak dalam pelukan aku la. aku dah lama ready nak sambut kau dalam pelukan tau tak. tunggu kau nak jatuh je"
"lawak tak boleh bla la kau ni. malam-malam jangan merepek boleh tak"

dua-dua saling ketawa.
iskandar, kalau bab lawak bodoh, memang nombor satu.
tiada siapa mampu kalahkan dia.

kalau suram, iskandar suluhkan am.
kalau mendung, iskandar payungkan am.
kalau dingin, iskandar hangatkan am.

kata orang sekeliling, tanpa iskandar, am bagai lelayang terputus talinya.
bagai bunga tiada serinya.
bagai berlian tiada kilauannya.
namun, bagi iskandar, tanpa am, dia bagai bangkai bernyawa.
sungguh.

"kau bila nak ada kekasih?" iskandar serius menyoal.
"kekasih? takde vocab lagi mantap ke"
"hahaha. ok la ok la. pakwe. susah aa cakap dengan budak tesl ni" iskandar tak jadi serius. am gelak.
"pakwe? em...entah la. aku takde lagi campuran kimia dengan kaum adam"
"ye ke..."

diam.
damn. ni yang benci kalau dok cerita pasal cinta dengan budak is ni.

"kau tau tak, nina"
"apa?"
"bila kita terkena campuran kimia, biologi jiwa kita berubah habis. fizikal hidup pun sama"

ah sudah.
is guna bahasa sains ke?
tak boleh jadik ni.

"tapi...aku takut la kalau campuran kimia tu meletup. habis hancur lebur biologi jiwa. cacat punah seribu fizikal hidup" am balas.
"sebab tu kena cari campuran yang sempurna"
"er...tu yang susah kan. kena main campur-campur la jawabnya" am terus lepaskan ledakan ketawa.

mana boleh serius lama-lama beb!

"adddoooiii budak ni. ok, tu memang tak dinafikan. tapi kau kena hati-hati masa main campur-campur. well, kalau ikut pengalaman aku, campuran kimia kena meletup dalam dua-tiga kali. baru boleh jumpa yang sempurna"
"aa...i see...hemm...aku rasa, aku pernah ada satu letupan je. huish, satu letupan, taubat aku taknak dah"
"ahahaha apa la kau ni! agaknya, kau punya letupan kuat sangat kott? aku punya kecik-kecik je"

dalam terbahak-bahak ketawa, iskandar rasa tak senang hati.
nina pernah bercinta dulu? apsal aku tak pernah tahu.

"ahahahaha ye kott. tu yang cacat cela jiwa raga aku. habis tinggal parut-parut" am berseloroh. iskandar pula, meneruskan layar lakonan walaupun hati terasa sebal sedikit.

"tu diaaa...weyh, kau fobia ke, nina?"
"fobia? agak aa..." suara am kendur tiba-tiba.
"kalau kau fobia, berhenti campur kejap. nanti-nanti kau masuklah lab balik"
"haah ek...mana boleh terus stop kan. nanti tak jumpa campuran sempurna"
"tau pun"
"tapi, nak men-campur ni kena banyak bersabar" iskandar sambung lagi.
"sabar? kalau tak sabar, campuran tak sempurna ke?"
"nina, bersabar ni payah tau. serius payah. even kau dah dapat pun, lagi la kau kena banyak bersabar"
"pergh...gila lah! lambat la nak tunggu final stage"
"standard aa. but it's worth what. and, bila dah jumpa campuran sempurna tu, campuran-campuran lain kena la buang. baru bertahan"
"ye la, kang berlaku tindak balas lain pulak kalau ada campuran lain kan"
"tepat sekali. pandai pun. tapi kau kena tau, kimia yang sempurna pun kadang-kadang ada je letupan-letupan kecil"
"aaa..." am terus mendengar butir-butir kata iskandar.
"but then, if kau yakin dan percaya itu sempurna, no big deal kalau kita adjust sukatan sikit. kena pandai-pandai adjust sana sini untuk preserve campuran tu"
"so, kiranya, nak main campur-campur ni kena banyak bersabar. pastu kena ada skill jugak ke?"
"yup"

diam.

"nina...? jangan cakap kau dah tidur balik"
"tak lah. aku ada ni"
"dah tu, apsal kau senyap tetiba?"
"takde la, aku terpikir. apa motif kau ceritakan aku pasal kimia malam-malam buta ni?"

iskandar terkedu. dia garu-garu kepala.
ikutkan, mahu saja dia matikan talian.

"er...saja. kan aku tengah bosan"
"hahaha. ye ke. tapi, dengar suara kau bukan main serius lagi cerita benda tu semua tadi"

iskandar, kau nak berselindung lagi ke?
dah setapak kau melangkah. baik kau sambar si nina ni cepat-cepat.

"kau nak tau motif aku ke?" iskandar ikut kata hati.
"mesti lah. kalau tak, kau kena double belanja aku cadburry kat kolej nanti"
"ala sayang, bukan setakat double, triple pun abang boleh belanjakan"
"sengal la kau ni! hahaha cepatlah. apa motif kau?"
"aku...aku nak ajak kau masuk lab balik. sama-sama kita cari campuran kimia yang sempurna, nina"










"kalau macam tu, jangan lupa pakai lab coat nanti, is" am memesan sebelum memutuskan talian.

***

cerita ini bertunjangkan idea daripada perbualan maya antara aku dan senior aku.
kredit : nur amanina zakaria



masa untuk bertindak





dah lama tak bau peluh masam bawah ketiak sendiri



epinefrin

kenapa mesti berlaku di usia sembilanbelas tahun?
kalau umur sembilan tahun, kira ok la kan.
budak lagi. hingus lagi. comot lagi.
tarak hal.

***

masa aku masuk bilik air tu, aku cuba tutup pintu.
perhatian : ini pintu jenis tarik-selak. bukan tutup-tekan-kunci.
jadik, aku tarik.
sekali tarik, dia takmo tutup rapat.
aku tarik lagi. kali ni sekuat hati.
ye lah, kang tak tutup rapat, macam mana aku nak berurusan kan.
tambah pulak aku dah memang tak tahan.
srreeetttt....!
(aku rasa sepupu aku dengar - memang jahanam la pintu rumah dia)
jari aku cepat-cepat selak pintu tu.
o yeah.

***

ok, habis urusan dan habis aku puji-memuji kebersihan tandas rumah sepupu, aku pun mengorak langkah membuka pintu tadi.

erk.

aku unlock tapi tak dapat-dapat.
shit.
macam mana aku nak keluar.
aku dah cuak.
rasanya epinefrin aku terembes dengan banyak.
(eh, epinefrin sama dengan adrenalin kan?)
tangan aku dah bergetar.
mulut terkumat-kamit mencarut sikit-sikit.
mampus aku.
serius mampus.
masa ni dah terbayang-bayang pasukan penyelamat bomba datang pastu terajang pintu tandas. mesti kecoh.

aku taknak jerit mintak tolong.
kang malu pulak.
dah cuak satu hal.
malu pun satu hal jugak.
masa ni aku lebih rela duduk berjam-jam atas tandas duduk daripada terjerit-jerit mintak tolong.

tiba-tiba

"mak, ada orang dalam tandas ni. kena tunggu kejap"

aku terdengar makcik aku cakap kat nenek aku.
apa lagi, aku pun bersuara sikit. sikit, tak jerit ok.
dalam saat genting macam ni, otak mengarahkan aku untuk wajib mencampak ego jauh-jauh.
nyawa lagi penting kott!

"er...mak busu. in rasa in tak boleh keluar la"

cukup sopan dan santun aku bersuara di balik pintu tersebut.
time ni, Tuhan je lah yang tahu feeling aku macam mana.
sumpah rasa malu bertubi-tubi.
nasib baik sepupu aku yang laki tu kecik lagi.
buatnya dia sebaya aku, tak ke naya?

"eh, apsal tak boleh bukak? mak busu guna ok je"
"tu la...in dah cuba, tapi tak boleh"
"kau pulas la betul-betul. aku tak dapat nak tolong dari luar ni"

damn.
memang wassalam.

"tu ha, kena pusing pastu angkat sikit" sepupu sulung jerit dari bilik sebelah.

***

owh. baru limabelas minit.
aku mati-mati ingat satu jam aku terkunci tadi.



mungkir janji

esok birthday umi dan kau tahu tak betapa payahnya aku nak pilih hadiah untuk dia?

umi : lapanbelas nanti kita pergi hi-tea tau
aku : lapanbelas?

[diam. sambil tu aku tolak troli, mengikut umi dari belakang melalui seksyen ayam-daging. perhatian : kami sedang bershopping berdua pada hari selasa]

aku : lapanbelas tu, bukan ke birthday umi?
umi : iyelah. dah ada hadiah untuk umi?

erk.

aku : er...ada! eh, mesti lah ada.

nasib baik dia jalan depan aku dan tak toleh belakang. sempat jugak aku cover muka. kalau tak, masak!
hakikatnya, aku lupa gile nak belikan untuk dia.
aku main taram jawab soalan dia tu. apa-apa pun, situasi macam ni tak boleh gelabah. dalam kepala otak, aku dah rangka siap-siap. esok, aku kena keluar jugak. by hook or by crook.

ok, sini ada dua faktor kepayahan aku memilih hadiah :

1- aku jangkakan umi punya high expectation terhadap aku
2- aku bukan pemilih hadiah yang baik

ikutkan, aku jarang-jarang beli hadiah untuk orang.
kebanyakannya, aku buat sendiri - handicraft.
bagi aku, itu lebih bermakna.
dan ada nilai estetika.
juga sarat dengan kasih sayang daripada aku.
owh. point paling penting - jimat duit.

sebab tu, aku rasa janggal sikit kalau tiba bab nak beli hadiah. serius payah tau tak!

[tarik nafas]

aku dah beli.
aku dah balut.
set mug dan bingkai gambar bercorak inggeris.
maaf, tiada foto hadiah itu.

well, aku ingat nak tarok gambar umi dan aku dalam bingkai gambar tu. biar sweet sikit kan. minum nescafe panas sambil tatap foto. ye, cukup sweet.

maka, pagi tadi aku text abah.

aku : abah balik lambat lagi ke arini? i need to go to kedai gambar. in ada nak cuci gambar umi
abah : rasanya balik cepat...ok boleh je pergi kedai foto
aku : ok. thats great

but, he ends up breaking the promise.
aku - upset sikit tapi aku tak melenting.
kerana azam 1430H ialah mengawal kemarahan.
and i think i did a great job.


azam 1431H : mematangkan diri.

selamat tahun baru!



ke arah kegadisan tipikal

selamat datang ke alam ini!

satu malam, satu suara - terjah dalam benak aku. satu figura, satu makhluk - yakni, aku. sedang baring atas katil. golek-golek dan memikirkan sesuatu.

ye, selamat datang fasa hidup ini!

makin tua, makin nampak tanda-tandanya. eh, bukan tanda penuaan, tuan-tuan dan puan-puan. aku belum masuk fasa itu lagi. mungkin lagi tigapuluh tahun aku bakal enter dunia tu. itupun dengan izin Tuhan lah. kalau pendek umur, aku masuk ke alam lain pulak.

jadik, ada dua alat untuk aku ukur kegadisan fizikal aku.

1) penimbang berat
2) pita pengukur

alat pertama sangat menggerunkan. masa tukar bateri (ye, aku guna penimbang digital, bukan jarum analog punye) degupan jantung bergerak pada kadar yang tidak normal. mata rasa taknak bukak. kalau nombor yang ditunjuk berakhir dengan angka dua, takpelah jugak. ini tidak. aku rasa nak hempas-hempas mesin moden tu. tak pasal-pasal akal dan hati terpaksa telan dalam-dalam kebenaran pahit yang sudah dibentang. geram. huh.
tapi kata kakak,

"kau makin membesar, takpe kalau berat tu menaik"

untuk statement dia, aku rasa lega sikit. sikit je lah. sebab, otak aku terjemahkan begini

kau makin gadis dan dewasa

untuk alat yang kedua pula, boleh kita labelkan ia sebagai once-in-a-blue-moon-tool.
kata orang-orang keliling, ketinggian dalam fasa sekarang sudah berhenti. jadik, sememangnya sia-sia usaha aku minum susu dan makan calciyum. uish, calciyum mahal sial.
aku dah jarang ukur ketinggian sendiri. ukur lilit pinggang jauh sekali lah.
well, tinggi 4 kaki ok what.
bak kata umi, tak susah kang nak cari jodoh - statement nak sedapkan hati aku.
pahal aku pulak yang kena cari jodoh?

selain dua alat tersebut, ada lagi satu perkara yang menjadi alat ukuran aku.




nafsu aku menjadi-jadi sekarang ni.
dasar gadis tipikal.



naga melepaskan api

aku perlukan reason atau alasan atau sebab untuk sesuatu perkara.

***

dalam fasa hidup sekarang, aku paling tak suka ini - mood swing. memang normal tapi aku tak suka. lagi bengang kalau aku tak boleh nak control. terasa diri macam bangang je. dah tua-tua pun tak reti-reti lagi nak control?

mood swing.

memang mengajar aku betul lah. aku rasa, baru tadi aku chatting dengan iqmal.
mood : happy sakan.
mane taknye. pergi chatting pasal babi. dalam banyak-banyak binatang, binatang tu jugak yang kitorang berkenan di hati. layan je lah.
tak lama lepas tu, aku stop chatting.
iqmal pergi mana entah.
nature call kott.

aku pulak, stay still kat kerusi. mata lekat pada screen. senyap. tapi otak ke laut.
mood : disaster.

feeling aku tukar sekelip mata. macam petik suis lampu bilik. ada la dalam dua tiga saat tu terus dia bertukar.
aku rasa, kalau ada manusia observe aku, mesti tah pape result observation dia.
sekejap tadi ketawa. pastu tersengih. la ni, muram pulak. tak lama, dah monyok. gila.

walhal, aku patut happy. esok budak tesl nak datang melaka. dah kata nak enjoy.

aku tipu. mana ada aku nak tidur.
shut down laptop.
masuk bilik.
baring.
tangan capai handphone.

aku : tanya je. salah ye kalau bertanya?
dia : takde la. huh. kau ni.
aku : asal...takut dengan aku ke?
dia : bukan takut. tapi aku tak suka kau yang ni.
aku : tak suka amendenye?
dia : ye la. moody je.
aku : dapat rasa eh?
dia : ye aa. takde sense of humour.huh.

setepek tak disuka orang malam ni.

***

on the way nak hantar budak tesl balik, aku dah rasa lain macam. pagi tadi galak bersuka-ria tapi bila masuk kereta je, awan mendung tengah bertenggek atas kepala. hati pulak dah remuk.

aku : ala, malam ni aku tidur sorang la

[pandang shuq dengan farah. amar pusing belakang, pandang aku jugak]

shuq : rilek la, bawang

[bashier gelak. amar dah ketawa sikit]

bashier : ngada la, kau in
aku : betul la. ni yang bosan ni

[aku mencebik]

sampai rumah, aku terus duduk dalam bilik. capai handphone. kemudian baring.
mood : horrible.

baru malam tadi pergi mahkota parade - karok ramai-ramai. memang malam yang indah la. terasa dewasa. dan aku suka. such a tremendous experience, dude.

sekarang?
aku benci mood swing!

catatan soalan tambahan : adakah kita perlukan reason atau sebab atau alasan untuk menangis atau membunuh mana-mana makhluk?

tetiba lagu the reason - the hoobastank main dalam kepala.



entri ditulis bila aku gagah pada pukul dua pagi dan tiada siapa-siapa di sisi

dan ini entri panjang.


aku bangun lewat hari ni. subuh tadi tidak dibolehkan berjumpa Tuhan secara formalnya. lagipun, Tuhan cabut kejap nikmat aku berkasih dengan Dia. aku terlantar keseorangan atas tilam keras dan lusuh. cadar tidak bertukar lagi. hampir hitam tidak dibasuh aku.
takpe. bila kuat itu datang deras dalam kapilari, aku mesti tukarkan semua sekali.
sayup-sayup aku dengar abah pesan sesuatu pada fahd.
sayup-sayup tanpa aku faham sekulamit.
kenapa dia tak jengah aku?
bukan aku kunci mati pintu bilik. cuma tutup saja.
aku tarik selimut hingga ke dagu.
itu tanda aku terasa hati dengan abah.

***

"in?"

aku bukak mata. roh kali ni cepat disedut ke dalam jasad. mimpi tadi punah sepetik jari.
abah depan mata aku. dia letak tangan atas dahi.

"dah makan?"

aku tak dapat nak atur susun kata. kedatangan dia datang mengejut seperti ombak besar tiba-tiba terjah tanpa salam dan tak tersempat aku bercegak sedia.
aku lihat. kipas tidak berputar. tapi suhu seperti lagaknya bermusimkan sejuk di benua eropah. mukus dalam rongga terasa padu. sengaja buat aku sesak untuk menyedut molekul-molekul oksigen.
aku bangkit. selimut tebal ditolak tepi. sekejap terasa kepala kepeningan. ah, sudah.

"makan dulu"

"em"

"tadi breakfast tak? fahd beli tak untuk in?"

"beli. roti canai. abah..."

abah pandang aku. tapi tangannya tak terhenti daripada meloloskan ikatan plastik beg merah berisi roti. hidup tidak ber-umi selama seminggu bukan satu kepayahan. makan minum bukan lagi satu masalah. semua ditanggung beres. syaratnya, abah mesti punya wang.

"panadol menstrual ada?"

"ada. makan bila sakit je. ubat ni, (sambil tunjuk pada aku) makan lepas ni"

"simtec?" tak pernah aku tahu nama itu. dia mungkin kawan baru aku. selamat datang, simtec.

"aa"

"keciknya"

"ye lah. kecik macam sim-kad untuk orang kecik macam kamu"

aku tergelak. ada-ada je abah aku ni.
kaki langkah masuk ke bilik. demam selsema. dah aku agak kedatangan dia. tahap imuniti menurun mendadak sejak aku pulang dari bandar putrajaya.
sekarang, pandangan makin kabur. hey simtec, kau sengaja dadahkan aku ke?

"kena mandi ni" abah letak tangan atas dahi sekali lagi.

aku bukak mata. sekejapnya abah habis mesyuarat. bukan ke tadi abah baru nak keluar? atau aku...kejap. aku mimpi apa tadi?

"mandi?" aku letakkan tangan atas dahi.

sejuk. mana ada panas. kemudian, aku larikan pada tilam. panas. aku rasakan semula badan. berpeluh. ni demam apa? teks ringkas kiriman N pagi tadi terus terpapar dalam benak - demam selsema. sama aa tu.

"mandi. lagipun, tak elok tidur lagi. nanti malam, awak tak boleh tidur"

"lain kali, tak boleh pergi alamanda" abah sambung lagi.

***

"abah, nak makan ubat lagi ke?"

"tak perlu. tadi in makan pukul berapa?"

"entah. masa abah balik"

"hem...pukul dua. tak. tak payah"

"owh. sekali je eh?"

"berkurang tak selsema?" abah tanya tanpa menjawab.

"sikit"

aku masuk bilik semula. hari ini, hari teruk. aku paling tak suka demam. sebab aku budak jarang-jarang kena demam. tapi sekali kena, teruk jadinya. aku tarikkan selimut. simtec, takkan kandungan dadah kau banyak sangat?

***

aku : kau dah makan?

N : dah. kau?

aku : belum. aku memang cari pasal kan. kang gastrik. huahahahaha

N : aah. agak aa. gi makan dulu. dah la perut tu kecik.hai...

aku : kau...risau kat aku tak?


[dia diam. soalan tak dijawab]


aku : weeeeyhhh, takkan kau terkedu kott bila aku soal camtu? lek aa

N : taknak jawab. apsal tanya macam tu? macam mana nak jawab? huh.

aku gelak bila baca teks ringkas dia. apa lah. baru tanya macam tu, dah terkedu. itu belum lagi aku tanya soalan pelik-pelik. baru gertak sikit.
itu la, goda aku lagi. kalau dah ada kekasih, jangan datang pada aku. dan sekarang, kau mula goyah ye? heh.
takpe. nasib baik kau cuma seorang kawan bagi aku.
aku suka bergurau-gertak kau sebegitu.

***

sini ada satu fakta. tekan.

***

sudahlah. aku mesti pulang ke kamar. demi mencukupkan kouta ketiduran. doakan aku sihat. lagipun, doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahui termasuk dalam golongan doa yang dimakbulkan. aku ucapkan terima kasih awal-awal.

apa jadi

kalau aku berhenti belajar?
berhenti belajar dalam sistem pendidikan formal di malaysia.
tak payah pegang buku lagi.
tak payah tulis karangan lagi.
apa akan jadi?

abah marah.
umi pasrah.

atau

abah hentam.
umi geram.

ye ke? andaian semata.

aku baru sudahkan karya r.k narayan shankar -"the english teacher". best. last-last, dia berhenti jadi guru di sekolah dia. dia 'bertemu' dengan isterinya. happy ending secara ringkasnya.

aku mahu bicara tentang kehidupan yang bertemakan "kalau" sekejap. kasi ruang ini untuk aku berkhayal sebentar.

kalau aku berhenti belajar, aku mahu duduk dalam satu bilik. dalam bilik itu, aku dibekalkan pena dan kertas. aku mahu menulis seumur hidup aku. merasai euforia dalam setiap hela nafas aku. tenggelam dan ghairah dalam kehidupan sendiri. bahagianya. siang malam aku tak akan berhenti menulis.

heh. itu hidup ber-kalau. semua nampak indah cantik.
realiti takkan begitu. ini zaman orang pandang kau degree apa, master apa, phd apa. kalau kau tak ada sijil itu semua, jangan angankan apa-apa. jangan. sekarang rasa penat. tapi penat tu tak lama. akan datang mesti aku kenang detik-detik ni. macam aku kenangkan memori aku berhempas pulas di kuala klawang. atau bermati-matian di tun ghafar baba. nanti, bila dah tua sikit, mula mengada nak ingat-ingat zaman panjat tangga spiral-D tu. hahaha.

"you're going to be a great teacher, bawang"

miss nina pernah sebutkan depan kelas. aku tersirap darah. terkejut pun iya. tercengang apatah lagi.

"and why is that so, teacher?" aku memang cool soalkan pertanyaan.

kata-kata miss nina macam mantera magis bagi aku. aku, sejak itu, percaya. aku percaya, aku bakal jadik pendidik hebat. aku mahu tukar sistem kita. aku bukan terhegeh-hegeh kepinginkan title guru. aku taknak.

"i'm not a teacher, but merely an educator"

itu yang aku inginkan. selalu juga aku bayangkan begini -
dalam kelas nanti, aku bukan lontarkan cebisan-cebisan karya agung, sebaliknya berhikayat tentang unsur-unsur kehidupan. aku tak mahu budak-budak aku menghafal. lagipun, ini tempat belajar lah. BELAJAR. bukan tempat kau menghafal. kelas aku bukan dinding empat muka. aku mahu mereka rasa alam. bermakna, belajar di luar bangunan batu (macam guru fizik aku lakukan suatu ketika dulu).

"anak-anak, hari ni kita turun padang. kita rasakan rumput kering dan bau tanah seperti Hardy persembahkan pada kita"

"anak-anak, hari ni kita belajar di bawah pokok. kita rasakan perasaan robek si Wordworth dan semangat alam yang dia ceritakan pada kita"

"anak-anak, hari ni kita belajar di tepi kolam. kita rasakan kocakan air yang sekejap-sekejap seperti Shakespeare gambarkan pada kita"

tapi...entah kenyataan ke tidak aku mendidik mereka.
kadang-kadang, ada juga suara jahat tanya aku "hebatkah nanti kau jadi seorang pendidik, in?".
eish, memang jahat betul. agaknya suara syaitan kott.
sengaja nak patah-patahkan semangat aku. celaka.

owh kejap. kamu tahu satu perkara?
tentang kata-kata miss nina itu, sebenarnya ia cukup bersangkut dengan teori jangkaan pencapaian sendiri. maaflah. itu translasi terus. nama inggerisnya : theory of self-fulfilling prophecy.

teori ini ialah ramalan atau jangkaan tentang kejayaan atau kegagalan seseorang pada masa depan. dalam konteks pendidikan, guru-guru selalu lancarkan teori ini ke atas murid berdasarkan pengetahuan mereka terhadap sifat-sifat murid tersebut. selalunya, bila masa ramalan sudah dibuat, murid bertindak mengikut ramalan tersebut.

beginilah. aku beri contoh umum dan mudah yang uncle G singkapkan pada aku.

seorang lelaki katakan "hari ni aku akan mengalami hari yang malang" lalu perangainya berubah mengikut kata-katanya. kesan : dia sememangnya mengalami hari yang malang. ramalannya menjadi kenyataan kerana tindakannya pada hari tersebut terpengaruh dengan kata-kata itu.

atau

seorang lelaki katakan "hari ni aku akan mengalami hari yang gemilang" lantas dia berkelakuan sebegini dan sebegini bagi merealisasikan ramalan tadi. kesan : dia sememangnya bertuah menjalani satu hari yang gemilang.


dalam kes lain,


cikgu aminah katakan "ali, kenapa awak bodoh sangat? inikan soalan mudah". ali, secara fitrahnya, rasa sedih dan pulang ke rumah dengan satu kepercayaan "dah aku bodoh, buat apa aku nak baca buku lagi. soalan simple pun tak dapat. esok-esok, bukannya aku berjaya"

atau

cikgu aminah katakan "abu, bagus gred awak. awak memang pelajar cemerlang". abu, secara fitrahnya, rasa gembira dan terus-menerus percaya yang dia adalah top student. maka, dia perlu kekalkan kerajinannya demi menjadi pelajar yang cemerlang.


tapi, kita kena ingat. kita sedang bercerita tentang manusia - makhluk tuhan yang setiap satunya berbeza-beza. ada orang mampu mengubah ramalan itu sendiri.
seperti,

ali berhati walang kerana cikgu aminah dungukan dia. tapi, bila pulang ke rumah, dia terus menelaah sebab dia mahu buktikan "cikgu aminah salah. aku pandai sebenarnya. cuma masa dia panggil ke depan tu, aku rasa panik tiba-tiba. tu yang tak dapat jawab soalan simple".
natijahnya, gred ali mungkin bersedudukan dengan abu.

teori ini, kalau digunakan elok-elok, memang boleh jadi tangkal kita semua. serius ni. cuba korang test pakai.

macam aku, sekarang ni aku sedang ketagih superpoke! pet dazzled. tiap-tiap hari aku berlatih main dan tiap-tiap hari aku katakan diri aku hebat. dan aku jangkakan penciptaan rekod markah paling tinggi.

(psss...aku memang hebatlah. rekod aku cecah 240 900 tau)

berkenaan kata-kata miss nina tu, aku akan terus percayakannya. waima aku dapat fly atau tidak, aku tahu satu perkara - "i'm going to be a great teacher onizuka educator"

yakin, yakin jugak tapi doa kena iring sekali Blush.

ok lah, aku berhenti sini dulu.
kejap.
eit budak-budak tesl, betul kan tentang teori yang aku dok cerita ni? kalau ada salah, ruangan komen dah ternganga tunggu pembetulan korang.

kejap kejap.
kalau ada yang skeptikal dengan aku berkenaan teori ni, sila-sila rajinkan diri anda bertanya pada uncle G. ok?



begini aku

bila musim hujan mendatang, aku habis-habisan kena selsema. dahsyat. hidung tersumbat, susah nak bernafas, mata berair dan selalu nak bersin. aku jenis budak tak tahan sejuk. kalau bukan musim hujan, tak semestinya aku tak kena selsema. kipas dalam bilik pun boleh jadi punca penyakit aku ni. apatah lagi bilik yang ada air-cond. aku memang takkan dapat tidur yang nyenyak dan itu sangatlah membuat aku upset.

aku tanya uncle G tentang penyakit ni. kata dia, selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. terdapat lebih dari 200 virus selsema. jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder.

secara logiknya, suhu yang sejuk memenuhi kondisi virus untuk merebak. hmmm...itu sebab ke aku kena pakai baju berlapis-lapis bila hari sejuk? (untuk mengekalkan kehangatan cinta).

aku jarang dapat selsema daripada orang lain sebab selalunya, aku lah pembawanya Frown. maka, orang lain yang bakal dapat penyakit ni AngryFace.
caranya sangat simple - aku bersin, aku buang tisu merata-rata dalam rumah dan kakak akan kutip, aku bercakap ataupun aku kongsi minum air. lagi satu, aku tak pakai mask. jadi, kamu semua boleh salahkan aku.

ok, aku rasa bersalah sekarang ni Crying.

kalau selidik semula, aku bukan jenis orang yang suka makan buah-buahan. maka, aku kekurangan asid askorbik dalam badan. tapi, tak serius mana. seperti yang kita pernah belajar ketika dalam subjek biologi dulu-dulu kala (unless korang tidur waktu kelas itu!), salah satu fungsi asid askorbik (vitamin c) ialah memelihara jangkitan dan meningkatkan imuniti. jadik, waktu aku kecik-kecik dulu, aku terpaksa makan tablet vitamin C. dan tablet vitamin C, seperti yang diketahui umum, sangatlah masam. i tak suka masam-masam ni ok. buat putus urat dalam kepala otak je. kalau doktor kasi aku champs, takpe la jugak. ini tak, kasi yang maha masam. bengang aku. maka, aku say hi-hi bye-bye pada tablet itu.

kalau hidung tersumbat, aku akan ambil semangkuk air panas. kemudian, aku akan halakan muka pada wap air panas tu. the best is, aku gunakan sekali kain untuk selubung diri. kiranya, aku dapat bilangan molekul wap air yang paling maksima. tapi cara ni jarang-jarang aku buat sebab pada aku, kesannya lambat. better sapu vicks pada hidung sudeyh.

selalunya, abah kasi aku makan clarinase. mengikut uncle G lagi, clarinase melegakan simptom yang berkaitan dengan allergic rhinitis - bersin, hidung berair atau mata berair. yang bestnya, clarinase melegakan cepat sebab tiada lagi hidung tersumbat.

kalau tak ada clarinase, aku minta carinox pada ahli farmasi. ubat ni lebih kurang sama dengan clarinase sebab dia ada loratadine (antihistamine) dan antihistamine ni la yang bertindak mengurangkan simptom allergic rhinitis.

kadang-kadang, ketiadaan dua jenis ubat ni memaksa aku untuk telan panadol CF. panadol, secara amnya mengandungi paracetamol dan uncle G kata lagi, paracetamol hanya mengurangkan suhu badan yang panas.
kandungan panadol CF ialah paracetamol, chlorpheniramine dan pseudoephedrine (decongestant). decongestant tak elok kalau diambil ketika nak tidur sebab dia menyebabkan insomnia.
macam sekarang ni, aku tak boleh tidur walhal malam tadi dapat tidur selama empat jam saja Confused.

ubat-ubatan ni bukanlah bermaksud merawat selsema secara total. ia hanya melegakan simptom-simptom ; mata berair, hidung tersumbat, pening-pening, panas badan.
kerana ubat-ubatan ini adalah dadah (dan dadah tidak baik untuk kesihatan atas alasan kesan jangka panjang), elok sangat kalau pengidap selsema tidur saja. habis cerita.

hey, aku bukan budak medic. aku budak tesl. dan aku dah lama tinggalkan soal biologi dan kimia. apatah lagi, aku tak pernah belajar tentang anatomi badan manusia. segalanya yang aku tulis ini, hanyalah semata-mata daripada pembacaan aku dekat internet dan pengalaman aku mengidap selsema sejak kecil lagi. kalau kamu semua rajin, boleh je dapatkan maklumat daripada internet. pakej stremyx taklah mahal sangat.

p/s : mana-mana budak medic yang ada cerita tentang selsema, komen/maklumat anda sangat dialu-alukan di ruangan komen. terima kasih.