"awal nya nak siap?" dia tanya.
dengan berbaju t-shirt dan berkain pelikat, mata dia tak beralih dari memandang aku. aku keluarkan apa yang patut dari almari. baju aku, aku gantung di penyangkut. baju dia pun sama.
"takpe lah..." aku pusing, pandang dia pulak.
"em, abang. abang pakai yang ni eh?" dan kaki terus melangkah ke bilik air.
"ada nak pergi mana-mana lepas tu?" dia laung sedikit.
"tak tahu. ikut abang" aku separa jerit dari sinki.
muka dibasuh.
tangan capai tuala.
pandang cermin.
letak tangan di dada.
nervous.
"abang, kita pergi pukul lapan kan?"
"haah. kalau lambat sikit pun takpe" kali ni, dia berbaring.
"orang lambat betul-betul kang, jangan marah pulak" aku senyum nakal.
"lambat, tinggal" dia jawab selamba.
"kalau tinggal, abang dating lah sorang-sorang"
***
1. menepati masa
it's the first thing aku amek perhatian. aku tahu, memang lumrah perempuan nak bersiap lama. pakai make up pun, dah makan masa satu jam lebih. belum lagi pakai tudung atau selendang. jadik, untuk temujanji yang pertama, aku akan pastikan yang aku akan siap lebih awal dari masa sepatutnya. besides being ready at that particular hour, masa yang sikit tu aku gunakan untuk tenangkan diri. yup, aku punya anxiety selalu nak mencanak tinggi. bila gemuruh sangat-sangat, banyak benda jadik tak kena. so, aku tak nak all those ridiculous things happen on my very first date. oh ya. should be my partner pun punctual. kalau dia tak punctual, itu sungguh tak adil. boleh bikin aku marah tau.
2. bukan hotel lima bintang
atau kawasan para elitis. i can go for mamak if you wanna know (mee goreng mamak memang peerggghh !) but, for our first date, i prefer if we dine in a cosy restaurant. aku tak pernah suka tempat yang sesak dan ramai. heh tak suka, yet, i have to live with it. tiap-tiap hari pulak tu (eh, tipu. tiga hari je sebenarnya tehehehe). ye lah, university of auckland ni bukan dua-tiga rat budak enrol. mahu beribu-raban. tengok kalau nak melintas kat simpang empat je, mak aih. seram beb. lagi-lagi kalau kau nak melintas secara diagonal. so, dapat duduk kat tempat tenang, hangat dan damai akan selalu menjadik pilihan aku. ok lah, let's say tempat sebegitu dah occupied, well, aku boleh je makan kat restoran segera - mcD, KFC, pizza hut atau mana-mana yang mudah. see, aku tak nak susahkan partner aku. and if we betul-betul takde rezeki sekalipun, simple. kita makan kat rumah kita saja.
ok sayang?
3. kedai buku
seperti yang pernah aku katakan dulu - kedai buku merupakan tempat dating yang paling ideal bagi aku. entah lah, somehow, kedai-kedai buku ni ada auranya sendiri. well, everyone knows we can't judge books by their covers and that's why we have to spend lots of time to flip through their pages. it's the same with human being. by spending time dekat kedai buku sama-sama, bagi aku, dari situ saja aku boleh mengagak personaliti partner aku macam mana. tengok je buku apa yang dia capai. kalau jenis fantasi, imaginasi awak barangkali setara dengan saya atau mungkin lebih dari tu. kalau jenis falsafah, awak pasti tahu beberapa teori tercipta oleh sekalian pakar ilmuwan. kalau jenis sukan, awak mesti arif tentang sesuatu permainan. kalau jenis agama, alhamdulillah, awak boleh pimpin saya ke jalan yang lurus. maybe this sounds a bit judgemental (atau labeling i supposed), but it's a good step for me to know about my partner.
4. masak
aku suka tengok laki masak. hell's kitchen adalah salah satu rancangan televisyen realiti yang aku menggila menengok. ehem, actually, aku suka tengok danny veltri. muda-muda lagi dah sukses. buat aku jatuh cinta sekejap, tahu?
ok, selain dia, aku pernah tengok jamie oliver masak untuk christmas dinner. it was damn easy sampai buat kening aku terjungkit. my point is, i love seeing men do cooking. their ways are different and classic (but at the same time, er...awful). maka, kalau first date aku bertempat di rumah kami saja, bukan kah menarik untuk masak bersama-sama?
along the way makan bersama tu, harus lah berborak. aku tak nak 'kau pandang aku, aku pandang kau'. a big NO, please ! and yeah, basically, that is my idea of temujanji pertama yang sempurna.
susah tak?
tak kaannnnnnn
:)



