Memaparkan catatan dengan label siri kedua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siri kedua. Papar semua catatan

dialog anak kecil #18

nad
so, nama lennart tu, eja as if l. e. o. n. a. r. d. ke?

aku
tak lah.
l. e. n. n. a. r. t.

nad
what? kenapa macam tu lak?

aku
dia macam ni. dari apa yang aku baca, lennart tu derive dari leonard. let say leonard tu from english. then, dia akan derive to be german, jadik lennart. leonard boleh pecah jadik macam-macam. it can be leo, leonardo, lennart, anything.
ok, sama jugak macam nama farah. dari farah, kau akan dapat nama farahin, farah-ain, farhan, farhana. it takes lexical form !

***

lexical form pun boleehhh 



sang gembala di wilayah biri-biri : kali kedua


tahun sudah, ber-lapan.
tahun ni, ber-tiga.
tahun depan, ber-dua.
eh.



sang gembala di wilayah biri-biri : diari syawal

pertama sekali, kamu perlu tahu bahawa wilayah biri-biri meraikan satu syawal pada hari yang sama dengan tanah melayu (ahad, sembilanbelasogos). cumanya, waktu saja yang berlainan. aku dah nak pergi beraya, orang-orang kat rumah sana, baru habis mandi dan solat subuh - masih lagi berpakaian tidur. ye lah, baru pukul tujuh pagi kan.

emosi
untuk tahun ni, aku sangat emosi. tidak seperti tahun sudah, aku lebih batu dan keras. mengalirkan air mata, jauh sekali aku nak buat. tapi tidak untuk syawal kali ni. satu, aku sedar yang arwah tokbak tak bersama kami dah. paling worst, aku stuck di sini dan tak dapat nak pulang nak tengok dua pacak batu nisan dia. kedua, terlalu banyak perkara terjadik kat aku dan di sebalik setiap kejadian tu, aku rasakan itulah momen-momen yang Tuhan cuba sampaikan - "hey, Aku di sini. pulang lah". yes, i'm coming home now 'cause i've been so lost for too long. dan bila syawal datang, aku harapkan Tuhan ampunkan aku sepertimana manusia-manusia sekeliling maafkan aku. tiga, aku duduk di apartment yang tak ada ruang tamu. ini bukan rumah. maka, the homey feeling is not there. dan aku menjadik sangat homesick. malam raya, bilamana aku duduk berteleku di bilik seorang, i couldn't help myself from crying silently sampai mata bengkak. esok pagi, laju lagi air mata nak terkeluar. ah sialan. alangkah indahnya kalau aku boleh menempah servis make up artis dan hilangkan bengkak mata ni !



memang mata panda kaannn


baju raya
hanya satu je yang baru. yang lain, aku recycle - pakai balik dan kenakan gaya tudung yang lain sikit. rata-rata, semua baju yang aku pakai, agak gelobos sebenarnya. contoh paling dekat, baju hijau untuk syawal pertama, bahunya jatuh sikit. dan, baju ungu untuk syawal kelapan, aku terpaksa pin-kan kain sebab pinggangnya besar yang amat. ada yang tegur aku, kenapa kurus dengan susulan satu soalan - diet ke?
secara jujurnya, ya, aku sedang diet. dan sebelum kamu angkat kening dan berkerut, bertanyakan apa perlunya aku ber-diet, biar aku katakan di sini - diet aku adalah untuk kesihatan dan membuang lemak. hmmm...begini lah, nanti-nanti aku up satu entri pasal diet aku, ya?
by the way, tudung ungu yang aku pakai ni adalah hasil kerja tangan aku :)
masih ingat lagi entri ni? sesungguhnya, aku desperate untuk kelihatan menawan pada pagi syawal.



syawal pertama beraya kat rumah waldorf dulu


syawal ketujuh beraya kat tiga tempat :)



syawal kelapan beraya kat umno


tanggungjawab akademik
aku cuma beraya sakan pada hari pertama raya saja. esoknya, aku pulang ke realiti. hari isnin, selasa, khamis dan jumaat, keempat-empat hari ni adalah hari menghantar assignments. sedih? sebak ok. kata abah, "don't cry sayang. stay strong". damn. ayat abah lagi buat aku nak meraung dalam ruang empat dinding ni.
bila cuti musim bunga bermula, baru aku sambung beraya semula. syawal ketujuh, aku beraya dengan ibu kiwi aku (atau koordinator program aku), sheryll. kemudian, menuju ke bangunan kejuruteraan sempena sambutan raya yang dikendalikan para gadis auckland. akhir sekali, aku ke federal street untuk jemputan budak-budak sains. aku tak duduk lama pun kat rumah federal sebab ramai lagi yang datang dan ruang agak terhad. so, memang better make a move as soon as possible. 
masuk syawal kelapan, aku pergi umno's eid celebration. this time, aku agak puas hati dengan komuniti umno. sebab, satu, makanan yang diberi, cukup. dua, tak ada persembahan, so, datang-datang je terus dapat makanan. ini baru namanya rumah terbuka - kami datang nak makan dan jumpa kawan. bukan nak tengok persembahan. tiga, aku dapat melantak puas dessert yang disediakan. habis ber-umno, pukul empat petang, aku ikut kawan-kawan pergi ke forte, spesifiknya, rumah kak karin. ah, mee kari dia memang terbajeeyyy
aku siap tambah dua kali, kaaawww ~
sama macam rumah federal, aku bertandang kejap je kat rumah forte ni. ramai yang datang sekali harung dan ruang sangat lah limited. so, paham-paham lah bila kena blah dengan cepat.


the cute columbianian ihiks



dan kami bergambar macam tak hengat dunia ngehngehngeh



panjangkan langkah ke bangunan kejuruteraan



dan akhir sekali, rumah federal sebagai penutup hari


seni meminta maaf
aku tertarik dengan entri anoneemus. betul, aku setuju apa yang dia cakap. dan sebab tu, aku cuba praktikkan masa syawal ni. bila aku mintak maaf kat sheryll, aku nyatakan betapa sorry-nya aku tak dapat perform dengan baik pada tahun lepas dan aku katakan lagi yang aku akan cuba improve my academic attainment. begitu jugak bila aku cakap dengan abah dalam phone. aku katakan yang aku masih lagi nakal dan degil. yeah, that's my wrongdoing to my abah. aku mungkin tak sedar yang aku pernah buat abah kecik hati. tapi, apa-apa pun, i've told him i'm trying to be a better daughter in future.
seni meminta maaf ni, applicable jugak bila kita bertemu dengan Tuhan kita. kata kak nina, bila kita berdoa, cuba kita admit apa dosa kita pada Tuhan, instead of merely saying "God, i'm sorry for everything". well, it's true God knows everything but then, it's good when you can admit your fault. dalam satu hari, sekurang-kurangnya, ada lima kali kita boleh pikir-pikirkan apa dosa kita yang kita dah buat. tak semestinya kita kena mengaku dosa-dosa yang besar. yang sekecik zarah pun takpe, untuk permulaan. for example, mungkin, boleh saja kita akukan, "God, i'm sorry i've hurt my friend" atau "God, i'm sorry i didn't cover my aurah properly just now". 
i find it seni meminta maaf ni mampu robohkan setiap bata keegoan. cuba lah kalau tak percaya.



+ i'm sorry for not really perform in last year
+ annnddd...i'll try my best to get better results
+ but i'm not promising this - i'll just try to be excellent

- it's good to know you want to improve better. but most importantly is the journey towards it

:')


salam perantauan
untuk pengetahuan kamu semua, emel aku ke utusan malaysia ditendang. tak tahu kenapa. dan, emel aku ke berita harian pulak, seolah-olah tak diterima. habisnya, gambar aku ke bandar salju langsung tak disiarkan. tak faham aku. yang betul-betul di perantauan, dinafikan. yang bukan diperantauan, dipercayakan. 
heh.



pembentangan

john
so, you ready?

aku
yeah

john
enough practice?

aku
yup. i even take your advice, john. i practiced in front of the mirror, and i was laughing, seeing at myself.

john
oh. did you time yourself?

aku
yup.

john
what's the time then?

aku
about six to seven minutes.

john
hmm...you've got to slow down a bit.

aku
yeah, i know. it's just that i'm quite nervous, so, i tend to talk like a real fast.

john
yeah, well. me too. when i was in conference and i talked real fast, people didn't hear me.

aku
[laugh]

john
but i wasn't that terrible hahaha
it's just like in summer school. people can't get what i said.

aku
yeah, yeah. oh, you know what, john. during the summer school, i felt really scared with you.

john
what?
[suprised]

aku
yeah, the first week, i was like really scared with you. i was so afraid, and i know, my friends felt that a bit weird though. i shouldn't feel so. but later, the second week, i was ok then.

john
yeah. i'm not that scary. i don't eat people.

aku
[laugh]
i know, i know. but, well, it was my first time ok , listening to your british slang, and your accent. my friend even said to me, i shouldn't feel nervous around you. they said - john is good, and he's nice.

john
aaa...you're saying that, trying to get A plus eit?

aku
[laugh so hard]

***

pembentangan aku untuk kelas ACADENG200 berjalan lancar. cuma, pada awalnya, bila aku dah separuh jalan buat introduction, tiba-tiba -

"oh, wait. kejap!"

ye, aku betul-betul cakap "kejap" dalam kelas tu. dan harus lah john pandang aku pelik. otomatik aku merayu pada dia,

"o john, can we do it again? i'm so nervousssss. pleeeasseee !"

pastu, satu kelas gelak kan aku.
hampeh tol.

by the way, john rakam pembentangan kami semua. tak sabar aku nak tengok balik potensi diri aku bila bercakap bahasa inggeris depan umat manusia. mesti macam badut. atau mungkin, budak spastik barangkali? mana taknya, bila aku present, aku tengok, sorang-sorang tersenyum dan tergelak. dorang ni, ketawakan aku ke, atau apa sebenarnya? 
habis bentang dan pulang ke meja,

"did i look funny?"

aku soal sorang classmate. 
dan ini jawapan nya,

"oh, no, no. you're doing great. just that, i see like you're dancing on the floor when you present"

damn.



sarat


jadual semester kedua
sila ambil perhatian untuk yang berkenaan


sinonim dengan monday blues syndrom, isnin untuk semester kali ni betul-betul padat. permulaan minggu saja dah meletihkan aku. lagi-lagi bila kena berkejar nak kerjakan solat asar sebelum masuknya waktu maghrib. berbuka? air kosong dulu. kemudian baru masak. dan nasib baik hari yang selebihnya, kelas mula pukul duabelas. still, pagi-pagi aku bukan nya percuma saja. ada tuntutan lain yang mengisi lompong-lompong tu. maka, jangan gullible sangat dengan jadual di atas.

sebenarnya, it's good my academic schedule spreads in this way. let say aku nak crampkan jadual menjadik padat dalam satu hari - meaning to say, for example the linguistic tutorial would be moving to thursday - haish, mati kutu aku tak tahu nak buat apa untuk jumaat nanti ! so, nikmat kelapangan tak semestinya nikmat. boleh jadik ianya satu ujian.

bila dah masuk semester kedua tahun kedua, boleh dikatakan pencapaian aku gradually moves up but in a slow pace. ok, don't get it wrong. aku maksudkan pencapaian berkomunikasi dalam bahasa inggeris. bukan pencapaian lain. well, yeah, i think i make some improvement. like, i talk a lot with foreigners this year, compared to last year. dan bila bercakap bahasa inggeris, kadang-kadang tak sedar pun yang itu sebenarnya bukan bahasa ibunda aku. suddenly i see vygotky's principle starts to make sense here.
jadik awak, kita besarkan sara kat auckland ya ? eh.



kononnya, sherlock holmes

aku
do you wear contact lense?
[ out of sudden ]

lennart
er, yeah
[ chuckles ]

aku
aa...

lennart
it's obvious eit? it makes my eyes bigger

aku
yeah, yeah. 
no, actually, i saw that in your eyes just now. and i was like - oh wait, don't tell me he's wearing contact lense !

lennart
[ laugh ]

-

bila aku habiskan ayat yang terakhir tu, then i realized i put myself a death sentence - mengkantoikan diri yang i observed him silently.
duuuhhh.
eleh, bigger la sangat ~
tak besar mana pun, lennart.
it just happened that i sat next to you and at such a distance, i don't know why i could see your transparent contact lense. 

-

aku
so, what's your tattoo mean?
[ packing my things ]

lennart
sorry?

aku
your tattoo, 
[ pointing at his right musculus triceps brachii ]
what does it mean?

lennart
oh, it means, em...strength? like power, yeah.
[ packing his things too ]

aku
wow. it's a chinese character right?
[ button up my trench coat ]

lennart
yup. i got it when i was 16.

aku
that's too young !

lennart
yeah, i know. i was underage that time. i went to, em, guatemala-

aku
gua-te-ma-la?

lennart
yeah, yeah. guatemala, somewhere in, i don't know. mexico? and i thought i want to have it. i was with my friend.

aku
did your parents mad?
[ grab my umbrella at the back of class ]

lennart
well, i showed them after that. they don't feel mad. they're just like- it's already been done. nothing's they can do about it.

aku
yeah ~
very genius ~
[ pulling up my bag on shoulder ]

lennart
[ laugh ]
see you tomorrow, farah !

aku
yeah, see ya !

-

frankly speaking, i accidently ternampak tatu dia bawah lengan kanan. it was covered by his red shirt. takde intention pun nak usha dia lepas insiden mengkantoikan diri terang-terangan minggu lepas.
hmm...thinking it back, i don't know what would lennart think about me.
adakah dia merasakan aku -

1. seorang stalker ?
2. atau seorang observer yang sangat teliti terhadap perkara-perkara kecil ?



i hope it's the latter one.



dialog anak kecil #17

+ hey, I like the buttons on your scarf 

 - oh, thank you (smile)

 + did you sew it, or- 

 - yeah, I sew it 'cause my scarf is very plain 

 + that's nice. you made up or you've seen it any in new zealand? 

 - naa, I've just made it up. I've found this art craft shop. lots button over there and it's cheaper 

 + aa..I see. well you know sometimes new zealand's fashion got their jewellery on their clothes 

 - yeah, yeah 

 :) 

when you're desperate (be it to be beautiful, slim, clever, cute, smart etc), your brain starts to work creatively and wonderfully. 
seriously, it is. 



and i don't need nootropics to access my brain's capacity



sang gembala di wilayah biri-biri : yang mana satu nama kamu, cik bawangmerah ?

masih ingat lagi perihal sekolah musim panas yang mana dalam episod pertamanya aku merungut perihal kuliah john tomlins? kalau kapasiti memori kamu tak berpeluang menyimpan kisah itu, nah - klik sini dan sini.




untuk tahun ni, john tomlins mengajar aku untuk dua semester berturut-turut. semester pertama, dia mengajar subjek teras - ACADENG210 atau nama lainnya, writing research reports. dulu, sebelum nama ACADENG dicetuskan, people used to address the subject as ESOL (english for speakers of other languages). kiranya, dalam kelas ni, takkan adanya native speakers. semuanya adalah second language speakers dan sebab tu, aku tak pernah rasa takut. secara jujurnya, aku ada inferior yang paling tinggi untuk berbicara dalam bahasa inggeris dengan native speakers. ye lah, mana tahu mereka tak faham bahasa inggeris aku ke, atau lebih teruk, aku risau kalau-kalau sebutan aku kedengaran pelik di telinga mereka. aku pernah mengadu pada yasmin - i feel scared sitting next to them and of course, i really, really feel nervous to speak up. maka, yasmin cadangkan untuk aku berborak dengan golongan asia atau golongan bukan kiwi sebagai langkah awal memperhebatkan tahap bahasa inggeris aku. and, that is how i polish my english.

dalam kelas ACADENG210, aku secara tak sengaja berkawan dengan wayne dan angela (dari china), melisa (dari turki) dan verena (dari jerman). well, aku sorang je budak melayu dalam kumpulan tu. kawan-kawan aku yang lain duduk meja lain :(
pada awalnya, memang aku rasa tak selamat. bayangkan, selama tiga tahun aku duduk sebelah nad, yasmin, jijie atau God-knows-who-you-are, tiba-tiba aku tercampak ke tempat lain dan terpaksa survive sorang-sorang. cemas, tahu?
tapi, nasib baik wayne ada. dia yang buatkan aku rasa selesa dan lama-lama, tak kekok pun berborak sama mereka. kadang-kadang, tak sedar pun yang sebenarnya aku berborak english. main taram je cakap macam cakap melayu.

ok, tu bukan point penceritaan aku dalam entri ni. aku mahu higlight tentang john tomlins sebenarnya. semester kedua pulak, dia mengajar subjek elektif - ACADENG200 atau nama lainnya, advanced academic spoken english. dalam subjek ni, teras pembelajarannya adalah membuat pembentangan akademik. dari mula, aku ingatkan kelas speaking biasa-biasa je. sekali, hah ! 
no wonder kak nina kata whoever enrolled in this course will present their points differently. nak present benda, rupanya, ada tekniknya. bukan main belasah-tibai je bentang, pastu dok pung-pang-pung sana sini. tup tap tup tap dah habis. no. it doesn't work in that way. it's different.

aku suka semua kelas ACADENG. selain dua subjek ni, aku pernah amek ACADENG201, atau nama lainnya advanced academic written english. of course it's all about writing the academic stuff. tapi, kelas ni bukan kelas john tomlins.

kalau dulu aku merungut pasal slanga british john tomlins, sekarang tidak lagi. in fact, aku suka kenakan dia hahahaha
sejak sekolah musim panas sampai lah sekarang, aku suka paksa dia ingatkan nama aku. good thing, i think he remembers my name now because i've made a record in his class - a girl with many names. who else could set such a record
di sekolah musim panas, aku gunakan "bawang". bila masuk kelas ACADENG210 pulak, aku gunakan "farahin". dan sekarang, "farah".

john
farah,
[ he pointed me in the class ]
are you going to use that name for this whole year, or this semester?

aku
er...i think i'll use it for this semester only.
[ buat muka tak bersalah ]

john
ok.
jijie?
[ dan jijie menyahut panggilannya ]
look, jijie doesn't change his name, farah. at least, since the summer school.

aku
yes john...
[ sengih ]

aku bagitahu pada wayne (oh ye, wayne satu kelas dengan aku sekali lagi hahahaha !) yang john tomlins bengang aku tukar-tukar nama. dah la tukar nama, pastu, sekejap pakai spectacles, sekejap pakai contact lense. memang keliru la orang tua tu hahahaha

aku
if he knows you're calling me "F", he must be really pissed off.

wayne
why? what did you use before?

aku
well, in summer school, i used this name - "bawang". then, in our last class, i asked him to call me "farahin". and now, i'm using "farah". if he heard that my name's "F", then-

wayne
you have, what, four names?

aku
[ gelak ]
yeah ~
and you know what, my other tutor once called me "pinky" because i used pink colour pen when writing down my tutorial stuff.

john tomlins labelkan aku sebagai "the wicked, cunning girl" which i find it amusing :D
kan aku dah bilang - aku geli hati sakat dia.


"farah, when you become a teacher one day, you make sure you'll remember all your students' names ok? because you make me to remember yours"

we'll see how it goes, john.
hahaha



cuti musim sejuk : tendangan


this is how a decent girl can kick your ass


nampak gayanya, mood bercuti masih lagi menebal. kuliah sudah pun bermula minggu lepas. aku ingat nak cerita perihal akademik yang bakal aku tempuh semester dua ni. dan jugak, menyenarai beberapa kesalahan atau kekhilafan yang aku buat masa semester lepas untuk dijadikan panduan. nanti, boleh la aku baiki diri sikit demi sikit. baik lah, pasal tu semua, nanti-nanti ya ?
sekarang, aku nak baca sesuatu sekejap. dah dua hari aku dipadatkan dengan macam-macam. it's time for me to be in my own world now. 

ciao.



sang gembala di wilayah biri-biri : berlari-lari lah kau !

ada perancangan cuti musim sejuk yang tertunggak. disebabkan aku ke pulau selatan dan kemudian, bilamana aku pulang ke wilayah biri-biri, nad pulak belayar merentasi laut tasman, kami tak dapat nak carik masa untuk bersama-sama. begini lah hidup kami yang mencintai kaum sejenis. 
oh wait. bunyik lain macam je. sounds so wrong. bukan, bukan. maksud aku, hidup kami sebagai entiti yang belum ada apa-apa komitmen dengan makhluk testosterone. maka, sebagai gadis sunti yang ehem, comel, harus lah kami meluangkan masa bersama-sama untuk menyemai kasih yang masih ada.
kang kalau dah ada pasangan masing-masing, ingat ada masa lagi ke untuk kawan-kawan keliling pinggang? tak ada ok
er...kalau ada pun, takkan sama punya ~
nenenenene

ok, kami sebenarnya dah lama gila nak puaskan nafsu makan sushi. kalau tak dijinakkan, agaknya boleh jadik monster paling horrible kott? 
so, kebetulan (eceh, kebetulan manjang ~) grabone buat promosi - limapuluh bijik sushi dari rangkaian sushi run cuma berharga NZD27.00. harga sebenar adalah NZD55.00. 
woho ! 
kalau anda lepaskan peluang gini, memang anda tak layak lagi nak gelarkan diri sebagai pemakan sushi tegar, tahu ?

satu perkara tentang sushi run, pesanan akan dibuat melalui laman webnya. sila klik sini. kesemua vegetarian dan seafood boleh dimakan kecuali ayam dan daging. oh, penghantaran hanya dibuat pada hari isnin hingga jumaat, tertakluk pada terma dan syarat. hujung minggu, tak ada ok ? kalau nak sangat ber-sushi hari sabtu dengan ahad jugak, sila keluar dari bilik anda dan menapak ke mana-mana st. pierres' sushi yang berhampiran.




sepanjang-panjang perjalanan dari apartment aku ke albert park, semua orang tengok platter sushi yang aku bawak tu. agak segan jugak bawak sushi cara gini. tapi, apa kan daya. aku terlalu malas nak transfer satu per satu sushi dalam bekas lain. maka, hah, amek kau !




teruja gila dapat makan sushi sebanyak ni. ggaaahhhhhh sedap ok ! sedaaaaaaaaap !
(kepada mereka yang sedang berpuasa sambil membaca entri ni, kawal-kawal la yek pengeluaran saliva anda hikhikhik)




ni je la saki-baki yang tinggal. sekejap je kami ngap tiga orang. lebih kurang dalam setengah jam. haih, punya la pelahap. terus hilang title gadis sunti yang comel. maaf lah, bila bab makan, kami tak ada segan-segan. semua terus bertukar jadik monster horrible-terrible-miserable. 

***




lawa ke tak design ni ?
the dress looks feminine and adorable. harga dia cuma NZD25.00 from NZD49.99. 
hmm....

[ berfikir sungguh-sunguh ]

***



bak kata kakak, mata aku macam mata panda.
ye lah, panda pun panda lah ~
panda kan comel. ahaks.


selamat berpuasa kepada mereka yang membaca entri ni !
wilayah biri-biri start puasa pada hari yang sama dengan tanah melayu. apa kah kita berpeluang beraya sama-sama jugak nanti ?
eh. baru puasa sehari, dah cerita pasal raya. hish.



bertemu semula

aku
excuse me ... ?

dia
[ pandang ]
[ alihkan headphone dari telinga ]

aku
alan right ?
a-lan ?

dia
[ tersenyum ]
heeyy
how you doing ?

aku
good, i'm good. what about you ?

dia
yeah, i'm good too

aku
you're still working ?

dia
yeah, yeah. of course

aku
[ gelak ]
i see...you still in uni right ?

dia
yup. i still have my years there

aku
so, what'd you take for this semester ? still the language teaching ?

dia
aa...no actually. em, my major, got me with this english paper. aaa...

aku
[ berkerut ]
what paper ?

dia
well, something like applied grammar...or something ?

aku
you mean...linguistic paper, is it ?

dia
yeah, maybe...applied something something - learning english. stage two. two hundred-

aku
[ tarik senyum sampai ke telinga ]
yup, yup. it's linguistic. applied grammar - two o three. hey, i take that paper for this semester too !

dia
really ? wow !

aku
yeah [ gelak ]

dia
well, see you in class then

aku
of course. of course. nice to see you again, alan !


siapa sangka bila aku jumpa dia di kedai runcit ? practically, we did our grocery together. i mean, dia beli sayur dia. aku beli aku punya. tapi, bayar kat kaunter sama hihihi


aku
is that all ?
[ pandang bakul dia ]

dia
yeah. i have my birthday party this saturday.

aku
sorry ? your birthday party ?

dia
aha, this saturday. 

aku
you're cooking eit ?

dia
[ gelak ]
not that really. just buy these potatoes and make some hotdogs. well, simple stuff. actually, my birthday's this monday, but yeah, am having party on saturday.

aku
aaa...this coming monday ?
so, happy becoming birthday then
[ senyum ]

dia
[ gelak ]
so, how's your weekend ? good ?

aku
yeah, great !
[ senyum ]

dia
and you got, like, how many years in university ?

aku
well, i've got like three semesters more.

dia
aaa...you're majoring-

aku
education. you know, like, i'll have practical stuff after that.

dia
i see...

aku
so, i see you in class ya ? 
bye alan ~
[ senyum ]

dia
yeah, see you then
[ senyum ]


walaupun gembira dapat jumpa dia semula (siapa sangka kan ?), aku ada feeling yang tak best. aku tak nak duduk sebelah dia dalam kelas linguistic nanti hahahaha
bukan apa, kalau duduk dengan dia, confirm tak boleh concentrate and focus on lectures. macam sengal kan bunyik nya ? but it's true. my result for the last paper on language teaching was really bad. seriously, bad. shame on me - distracted by a guy named alan and there you have. 
padan muka.



cuti musim sejuk : bidadari kota

seperti ala-ala forest gump, aku bangun awal dan bersiap, lalu terus ke new market tanpa diteman siapa-siapa. cumanya, aku berjalan kaki. bukan berlari macam dia. o i wish i could be like him.

"run forest, run !"

tapi tak mungkin lah kan. dah lama sangat aku tak berlari. kali terakhir pun, masa kat mrsm tun ghafar baba - merentas desa. aku lupa aku dapat nombor ke tak. zafree dapat. benci aku. hahahaha



titik A adalah apartment aku dan titik B adalah bandar new market


so, pada awal perancangan, aku nak beli sayur. tapi, bila dah ada kat depan kedai, tak jadik pulak. aku jalan kaki sampai ke bandar new market sebab nak pergi pumpkin patch. untuk pengetahuan umum, pumpkin patch tengah buat sale besar-besaran sampai ada diskaun 50% ! mungkin sebab musim bunga bakal menjengah, maka, koleksi terbaru akan keluar. so, the sale is mostly on winter clothes actually.



ulang-alik dan ulang-alik. takpe lah, nak buat macam mana kan ?


takde la jauh pun. lebih kurang tiga kilometer. pergi balik, baru enam kilometer. aku tahu, ada cawangan pumpkin patch kat new market tapi aku kurang pasti lokasi dia kat mana. disebabkan kekurangan kepastian tu, aku jalan sampai ke regal drycleaner and straight up almost near to the jejantas. masa tu, aku dah rasa jalan ni lain macam. like my gut was telling me, this is totally wrong and i need to turn back. jadik, aku patah balik. lepas tu, aku duduk. aku google kejap. terima kasih blackberry, you were such a good help.

ok, aku sebenarnya dah terlepas pumpkin patch tadi tapi apsal aku macam tak nampak apa pun ? aku bangun, aku jalan balik ikut arah tadi. aku jalan lagi. pastu aku patah balik. yeah, macam sengal. at last, i stood in front of the 'pumpkin patch'.

aku
excuse me.
em, may i know where's exactly the pumpkin patch ? because i walk here and there isn't.

salesgirl #1
oh, the pumpkin patch has been moved out. yeah, it was just across the street, but-

salesgirl #2
it's now at the teed street.

aku
teed street? er, where?

salesgirl #2
just down this street. and you'll take your left.

aku
oh, ok. thank you so much.

fffinnneeee. ni bukan lagi enam kilometer woi. ni dah lebih. tapi takpe. it's good anyway - banyak kalori terbakar. weeee ~




lawa tak? yang ni design dari urban angel. saiz baju aku untuk pumpkin patch design, saiz umur sebelas tahun. untuk urban angel, umur duabelas tahun. kalau sepuluh tahun pun boleh sebenarnya. this fleece only costs me NZD 15.00 :)



gua paling excited bila ada kat tepi tebing ni.
TEPI TEBING JE PUUNNNN


oh ya. kalau kamu perasan dalam catatan aku ke pulau selatan, bubble aku bukan warna putih macam pernah aku tunjukkan dulu. aku pulangkan balik bubble tu dan tukar dengan warna seperti dalam foto di atas.




but tonight, i'm cleaning out my closet yeah ~


secara amnya, warna baju aku memang dari warna-warna macam ni. aku tak berapa suka warna lain. tak tahu kenapa. hah, jadik, kalau nak hadiahkan aku anything related to clothes (be it pants, blouses, tops, scarves, hosieries, skirts - wah, demand kauuu ~ ! ) dah tahu kan warna kesukaan aku macam mana ? senang kaannnn.

 ehem, jenama pumpkin patch, urban angel atau cotton on kids sangat dialu-alukan yah.



cuti musim sejuk : kiwiyo ouh !

setelah seminggu berjoli di pulau selatan, akhirnya aku pulang ke wilayah biri-biri. baru tiga hari memaksa jiwa menerima semula hakikat bahawasanya cuti musim sejuk hanya tinggal tujuh hari saja lagi (o-hoi !), aku dah tak boleh duduk diam. maka, aku ke mount terrace untuk menjalankan tanggungjawab sosial. eceh. 
syukur, mereka semua sihat belaka dan sempat kami bertukar cerita (atau gossip - kata mudahnya).

bagi yasmin dan azie - mereka merentas lautan tasman untuk ke melbourne, sydney gold coast dan brisbane. jadik, boleh kamu bayangkan berapa banyak NZD yang mereka habiskan? hampir duaribu woi ! 
bila diberi anggaran sebanyak tu, aku berkira-kira samada nak pergi ke sydney ke tidak. ye, patut atau tak patut? bukan sebab bakal suami aku ada di sana. calon pun belum tentu lagi hohoho
aha, masih ingat tak yang aku punya seorang abang, eh, adik yang belajar kat university of new south wales? dulu, abah pernah pesan - selagi aku masih lagi ada kat wilayah biri-biri, apa salahnya berenang sekejap ke wilayah kanggaroo untuk bertemu dia. ok, abah takde lah cakap berenang. saja nak menyedapkan ayat entri ni heeee

fortunately, wilayah biri-biri dikurniakan cuaca yang agak baik - ye lah, kau tengok ada matahari tercegak atas langit sana dengan angin bersepoi bahasa, bukan kah itu dikira baik?
so, mereka ajak pergi ke mission bay. oh, aku apa lagi, bagai pucuk dicita, er, takde lah bercita sangat. tapi kalau orang dah ajak, apa salahnya. right? (sila kenalpasti betapa gigihnya ayat aku berirama)




mereka malas tak mahu jalan. lantas, dinaiknya bas dari britromart dan terus ke destinasi. tambang pergi-balik adalah NZD6.80. kalau kamu punya hop card dan student sticker, nilai tambang untuk perjalanan sehala akan diberi diskaun sebanyak 40%. jadik, tambang pergi-balik hanyalah NZD4.08. aku ada hop card tu. tapi tak top up lagi. tambah pulak, aku tak mohon student sticker. maklum saja, aku jarang naik bas. instead, aku banyak berjalan.




sampai saja kat mission bay, terus nak pergi kiwiyo. ah, macam mana lagi harus aku susunkan kata-kata untuk menyatakan betapa sedapnya manisan ni? i don't know what has got into me that i feel like i am addicted to have kiwiyo over and over again. sedap pun iya, murah pun iya.




bila bergambar dengan jijie, tak pernah rasa takut pun because he's like a brother to me. in fact, no one will get jealous seeing us in photos together, no? kalau ada, meh khabarkan aku (emel ada kat sebelah ni). jangan nak pandai-pandai speculate. aku lempang kang. 
nak dibukakkan cerita, dulu, masa aku naik penerbangan mas dari kuala lumpur ke auckland, jijie lah yang duduk sebelah aku. and at that time, i was really sick. mabuk sangat sebab tak pernah-pernah naik kapal terbang for about eleven hours. because of my bad condition, he was the one who took care of me. whenever the stewardess came and asked about our meals, jijie would answer her on behalf of me. and bila aku tak berdaya nak habiskan makanan, he said, "it's ok. nanti aku habiskan".
you see, he really behaved like a brother hahaha




kami makan dan bercanda tak hengat dunia. borak dan borak. mungkin sebab lama sangat tinggalkan mereka (ye ke?), jadik, bila hang out together, i heart them. eh, ayat ter-jiwang pulak. yyeewwwww




siap berposing kaauuu ~ hahahaha !
sila jangan tertipu dengan gambar ini, ok? cuacanya memang benar panas tapi angin tetap menyejukkan tulang-belulang. hey, kita kan masih lagi bermusim sejuk. 
aku pakai empat lapis baju masa ni. sun glasses adalah wajib. kalau tak, berpinau mata. lagipun, bukan kah aksesori seperti kaca mata hitam membuatkan kita terasa lebih gorgeous? confidence level pun boleh meroket tinggi.

oh well, suka aku dapat pergi mission bay. tapi, kalau dapat jalan kaki pergi-balik, lagi bertambah-tambah suka aku. 
baik lah, siapa sanggup menjadik peneman hidup aku untuk berjalan sejauh enambelas kilometer ? ini literally jalan. bukan naik kenderaan (ah sudah, berirama sekali lagi).



cuti musim sejuk : bandar salju

atau nama betulnya bandar queenstown. pada hari ketiga, kami bergerak ke bandar ni dengan menaiki nakedbus pada pukul satu petang dan tiba pada pukul tiga petang (approximately). 





jejak je kaki kat sini, menegak bulu roma. sejuk ! dan sebab excited sangat, petang tu jugak kami keluar bersiar-siar. sedihnya, kami baru berjalan sikit tapi hari dah mula gelap. maklum saja - waktu winter, siangnya pendek dan malamnya panjang. mungkin kami patut ke bandar salju sekali lagi but this time, it will be during the summer. dapat jalan puas-puas. heh.
kata farah, pada musim panas, subuhnya seawal tiga pagi dan isyaknya seawal sebelas malam ke duabelas malam (lupa). woho ! can you imagine berapa banyak masa boleh kita habiskan bermain di luar backpackers pada waktu macam tu ?




ini backpackers kami. YHA backpackers. kali ni, kami memilih private room (ala-ala hotel) yang mana the bathroom and the toilet are attached to it. tak perlu kongsi-kongsi dengan manusia lain. cumanya, kami mesti naik ke tingkat atas untuk ke dapur. itu je yang tak best - berkongsi dapur dengan penghuni lain. tengok, bilik kami siap ada balcony lagi. tapi, kirim salam lah kalau nak melepak pada suhu bawah lima darjah celcius.





pada keesokan hari, kami naik gondola untuk ke bob's peak. ini kali pertama aku naik benda alah ni. takut ok. almost nak nangis. sengal betul. tapi bila tengok pemandangan bandar salju dari sini, wal-la ! i mean, la-wa hahaha 
terus lupa soal takut segala bagai. ni kalau pergi dengan dia yang terchenta (ehem, future husband sila amek nota, tulis siap-siap tempat untuk bermadu kasih berbulan madu), confirm berganda-ganda indahnya pemandangan.





bila dah sampai ke puncak, ya Allah. kamu tahu tak, memegang salji adalah impian aku seawal usia sembilan tahun ? salahkan abah sebab benarkan aku selongkar gambar-gambar dia di US.
ok, bukan salah abah. aku ni yang nakal menceroboh barang peribadinya. antara gambar yang aku pegang masa tu, gambar abah duduk atas salji. he was young and handsome back then. eh, sekarang pun kacak jugak. dan muda di jiwa ihik





untuk pakej naik gondola dan bermain luge sebanyak tiga kali pusingan, harganya NZD43.00. kalau nak main lima kali pusingan, tak silap, harganya baru NZD48.00. takde lah mahal. terasa puas hati sangat-sangat dapat naik ke sini.




lepas solat zohor, kami gerak ke puzzling world. kebetulan (errr takde la kebetulan sangat), kami berjumpa dengan iqmal, ammar dan hasif pada hari pertama kami di bandar salju. dengan kereta sewa mereka, kami ke sana. perjalanan sehala makan masa satu jam dari YHA backpackers. mana taknya, kena redah bukit-bukau. waktu tu, aku dah tak heran tengok salji kat celah-celahnya. dah puas sangat tepuk-tepuk salji kat bob's peak hahahahaha
untuk combo entrance, harganya adalah NZD15.00. yeah, the price is affordable anyway.




pada hari keenam pengembaraan, kami amek pakej lawatan seharian ke milford sound. bertolak pada pukul 7.30 pagi dan pulang semula pada pukul 7.30 malam. so, it was 12 hours. menariknya, pemandu bas sangat particular dengan masa and everyone on the board gave full cooperation. kalau dikatanya sepuluh minit saja untuk berhenti di sini (eglinton valley - rujuk foto di atas), maka, ianya mestilah sepuluh minit.





sebelum tiba ke milford sound, kami dihidangkan (yummeehh) dengan pemandangan cantik sepanjang perjalanan ke sana. contohnya, the mirror lake. sepadan dengan namanya, kami memang nampak jelas refleksi pada tasik tu. hebat kan? airnya mesti lain dari yang lain because it's able to reflect such a majestic view.





ini pulak mt tutoko-topuni. menurut penceritaan pemandu bas, gunung-ganang seperti tutoko adalah elemen penting bagi puak maori sebab ianya menghubungkan terus antara whakapapa (susur galur keturunan) dengan tuhan-tuhan mereka. ianya adalah pautan di antara dunia fizikal dan spiritual menerusi semangat hidup mereka (dipanggil mauri).




this package included cruise. tapi, disebabkan harganya murah sedikit, kami tak diberi kupon makanan. jadik, kami dah siap-siap bawak bekal sendiri. kalau pakej bernilai NZD200++, mereka menyediakan lunch secara buffet. oh ya, harga pakej kami adalah NZD113.00 di bawah ejen great sight. kalau amek ejen nakedbus, harganya NZD110.00. pun begitu, aku tak rasa harganya tetap. tengok masa kott ? kami beli pakej ni masa ada diskaun 50% di grabone (laman web ala-ala mydeal.com.my)





pada hari terakhir di bandar salju, kami tak ke mana. ingatkan nak pergi coronet peak tapi kami takde niat nak main ski. maka, tukar perancangan - kami stay di bandar saja. still, it wasn't that bad. kata orang, bandar salju adalah lapan kali ganda lebih lawa daripada switzerland. hohohoho, aku tak pernah pergi switzerland pun. pakcik tu yang pergi dan dia lah yang buat perbandingan relatif ni. aha, kalau nak beli cenderahati, queenstown adalah tempat yang mashyuk ! harganya jauh lebih murah daripada mana-mana bandar di new zealand. kalau kamu penggemar tegar fridge magnet, sila sediakan extra bag dan extra money, ok ? i guarantee, you will shop till you drop hahahaha !






pengembaraan kami ke pulau selatan berakhir pada tigaharibulan. sayangnya, ada satu je perkara yang aku tak buat di bandar salju. terkilan, tahu ?
aha, bukan main ski atau snowboarding ye.






aku tak minum hot chocolate ni. kata kak lala dan kak nina, chocolates patagonia menyediakan minuman coklat yang sangat sedap. serius sedap. harga pun not bad - NZD5.00 untuk secawan.
:(

ok, tahun depan, aku kena kembali ke sini. mungkin pada musim panas. who knows kan ?



dialog anak kecil #16

aku
budak-budak ni belum lagi beli tiket malaysia. in dah.

umi
awak dah?

aku
dah.

umi
bila balik?

aku
kan aritu in dah cakap, in balik tigabelas haribulan. right after uni tutup, esok tu terus in balik.

umi
oo...sempat lah.

aku
ye...sempat pergi belah laki punya je.

umi
dua hari lepas selesai. takpe, aura pengantin tu ada lagi. nanti umi simpankan awak nasi dengan lauk ayam daging.

aku
eh, umi. tak payah lah. in bukannya makan nasi dah.

umi
lah?

aku
haah. in dah takde makan nasi. my diet is strict now. ayam dengan daging pun, in kurangkan. takde dah makan. so, in takde lah heran sangat kalau tak dapat nasi semua tu. in ok je.

umi
eish, jangan lah. amek barakah. barakah kawin cepat.

aku
takde makna nyaaa~
nak berkat, tu ha, nanti in pergi umrah - doa kat sana kasi cepat jumpa jodoh in.

[gelak]