aktiviti kokurikulum tindikan TESL New Zealand : merasai marae #02

hari kedua.
hari terakhir.

memang sekejap pun.
TAPI.

it was the best day of all.
kott.
ok. aku dah pernah cakap kan, aku nak ber-instagram pun punya lah susah nauzubilaahhhhh
satu, sebab jadual padat. dan kedua, the 2degree's line was unreliable (2degree tu kira macam celcom aku kat tanah auckland lah). mungkin kalau kau pakai vodafone (yang boleh disamakan dengan maxis), benda cenggini takkan berlaku. but then again, gua tak mampu der nak bayar bil vodafone. so, i rather switch to 2degree and just bear with the low quality connection.
nasib lah - kau bayar kurang, kau dapat servis cikai. kau bayar lebih, kau dapat servis tiptop. pffttt fair enough.


saya mohon wilayah 2degree diluaskan lagi hingga ke ceruk sini


well, because i'm a morning person (nota untuk future husband : anda boleh berbangga dengan saya HAHAHA), aku bersiap awal dan keluar dari dorm - pergi carik line. ye, aku memang gigih when it comes to internet. dan aku sebenarnya suka tengok alam yang belum dipunah lagi dengan bising teriakan marhaen. ah...senandung angin sangat romantis, kau tahu? sebab tu, siapa-siapa yang bangkit awal pagi, kau memang beruntung. beruntung GILA. ada macam-macam hadiah yang Tuhan berikan percuma hokkaayyy
lebih kurang pukul sembilan pagi, ramai yang dah bersiap sedia. dan sementara menunggu sarapan pagi, aku sempat bergambar kat kawasan marae ni.


fefeling dalam taman bunga aawwww


tempat pertama yang kami lawat ialah rachel spring whangapipiro yang berdekatan dengan government gardens. tiada bayaran dikenakan dan ianya adalah tempat awam. so, kau boleh datang sini 24/7 - ikut suka hati kau.
nak bergambar, nak dating, nak buat wedding photography, haa apa-apa saja pun boleehhhh
bukannya ada dress code yang diwajibpakai pun
tapi kau jangan la nak mandi kat mata air panas ni sebab suhunya tinggi gila kott. dan tak ada sebarang air sejuk yang mampu menstabilkan suhunya hewhewhew


disebabkan ramai pelancong yang datang ke sini,
terpaksalah aku bersaing dengan mereka bila nak dengar penjelasan dari pemandu pelancong


lepas puas bergambar kat situ (walhal, tak puas lagi - biasalah, perempuannn), kitorang pergi lawat perkampungan maori yang lebih besar kawasannya dan lebih realistik kehidupannya. kalau di tamaki maori village (yang kitorang pergi semalam), ianya tidak begitu real sebab orang-orang maori bukannya tinggal kat situ pun. tapi, untuk perkampungan hari ni, walaweyyhhhhh
aku lupa apakenama kampung ni. agak popular jugak sebab ramai pelancong dari pelosok dunia datang ke sini. dan...ehe, tak diketahui aku caj bayaran untuk masuk ke sini.


oufit of the day


ok. ni adalah rumah orang maori (wharenui) yang boleh dikatakan menyerupai struktur badan manusia. pada kebiasaannya, jasad yang dipamerkan (menerusi ukiran dinding) mewakili nenek moyang sesebuah puak maori.
sebelum tu, kau boleh skip this part because i'm gonna talk about the maori building in a bit details (i can confirm that it'll bore you to death if you're not into historic thingy).

cuba tengok gambar ni.


sumber gambar : [sini]


1. tekoteko : mewakili kepala.
2. maihi : mewakili lengan yang menyambut para tetamu.
3. amo : mewakili kaki.
4. tahuhu (tiada dalam gambar) : mewakili tulang belakang.
5. heke (yakni berakar dari tahuhu hingga ke poupou atau ukiran dinding) : mewakili tulang rusuk.

bila kau mahu melangkah masuk wharenui, jangan lupa untuk menanggalkan kasut. lagi satu, kau tak boleh makan minum dalam kawasan ni. untuk tempat tidur, kau dilarang sama sekali melangkah bantal dan pijak tilam. ha tengok, lebih kurang macam budaya kita-kita kan?


pemandu pelancong kata, mata air panas ni elok untuk kulit.
rugi betul aku tak bawak botol kosong.


dalam kawasan kampung tu, aku dapat merasa mata air panas yang takdelah sampai melecurkan tangan aku. tak lupa jugak, melihat kawasan geiser yang segan silu nak pancutkan airnya. untuk bakal-bakal cikgu geografi, aku syorkan buat lah lawatan sambil belajar kat sini. toksah la buat lawatan kat zoo. that is soooo yesterday hahaha
akhir sekali, kitorang dapat merasa jagung manis yang dimasak secara hangi. kesedapannya -- toksah nak dicerita.


dekorasi restoran aorangi peak


sebagai penutup tirai aktiviti kokurikulum ni, kitorang dibawa makan tengahari di restoran aorangi peak. ia merupakan sebuah restoran tertinggi di new zealand, yakni, duaribu kaki tingginya - tiga kali lebih tinggi daripada menara sky city ouh!
jadik, panorama di sekitar restoran ni sememangnya awesome-takleh-blah-punya. it's not only offering us a majestic view, it's also created with a soft, ambient environment which i think, kalau kau nak melamar kekasih kau kat sini, memang romantik tahap giga lah.
woi. five star restaurant kott? mahu tak cair aku bila datang sini. and aku rasa, masa tu, aku takde lah lapar nau sebab aku dah kenyang tengok lanskap restoran ni kahkahkahkah

habis makan tengahari, barulah kami pulang ke tanah auckland. 
untuk pengetahuan korang, servis pelancongan yang ditawarkan sangat lah outstanding. like i said before, you pay more, you'll get more. so, siapa-siapa yang bercadang mahu ke pulau utara new zealand, rotorua mungkin boleh dijadikan destinasi bajet anda.
tak rugi tau :)



tenggelam



tapi belum lemas lagi.


aktiviti kokurikulum tindikan TESL New Zealand : merasai marae #01

tajuk entri sengaja dipanjangkan sebagai salah satu usaha membantu enjin pencarian mendarat ke kertas putih bawangmerahsquared di bawah kata kunci "tindikan" "tesl" "new zealand" atau "marae".
atau dengan kata lain - saja nak mempopularkan blog yang dah tersadai sekian lama.
puih.

ok.
untuk pengetahuan anda di luar sana, tindikan TESL New Zealand di bawah tajaan MARA sememangnya ada peruntukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan. in simple words, setiap seorang daripada kami ada cultural budget masing-masing yang dijaga oleh koordinator program, Sheryll McIntosh. untuk adik-adik yang bakal datang ke tanah auckland, anda semua mungkin akan berjumpa dengan Sheryll ni. she's such a wonderful person and i love her to the moon and back. cewah.
tapi, walaupun masing-masing ada bajet, kitorang tak boleh la sewenangnya pakai duit tu ikut sukahati-mak-bapak-kau-kaannn. setiap aktiviti yang melibatkan duit ni WAJIB dipersetujui oleh seluruh cohort itu dan semua orang mesti terlibat sama.

untuk aktiviti marae ni, tak silap aku, semua cohort wajib buat. walaupun pada mulanya aku macam "urgh, marae? apa kah itu? what's that? sejenis kuih keeee", but i have to admit that this marae experience is hell-awesome. lu takkan menyesal, gua guarantee.

marae ni sebenarnya bersepah-sepah kat kawasan new zealand. waima kat universiti aku sekalipun, adanya marae. but then again, we didn't go to the university of auckland's. apa cer habiskan bajet yang ratus-ratusan kat situ? kufur nikmat namanya!
jadik, Sheryll aturkan kitorang untuk pergi ke rotorua. dan tahukah anda berapa caj yang dikenakan sekepala? it's 345 NZD - sounds expensive for a vacation of two days and one night. yet, it's worth enough because everything is included, be it, transport, accommodation (they provide you mattresses/sheets, blankets/duvets, towels and pillow/cases - jadik, tak perlu la hang menggedik bawak sleeping bag, ok?), food (light snacks, afternoon tea, hangi dinner, breakfast and lunch) and all cultural activities. semuanya dah siap. kau cuma perlu sediakan duit and that's it.

kami bertolak sekitar satu tengahari dan dijangka tiba di rotorua pada pukul empat atau lima petang. eh, lupa pulak nak bagitahu. kitorang ber-marae di tamaki maori village. dan sebelum tiba di sana, pemandu pelancong akan berhenti di matamata untuk rehat & rawat. masa ni lah kitorang bergambar sakan sebab i-site dia - perggghhhh
kalau anda peminat tegar filem lord of the ring ataupun the hobbit, anda wajib datang ke sini untuk lawatan sambil belajar set filem hobbiton. by the way, aku insyaALLAH akan ber-hobbiton pada cuti musim panas ni.
hikhikhik.


kecomelan rumah hobit.
awww suka suka !


tiba di tamaki maori village, kitorang disambut dengan adat istiadat maori yang dipanggil powhiri. masa powhiri ni, ada lah ucapan daripada hos dan tetamu, doa mereka (kitorang senyap je) daaannnn acara yang paling terkenal dan tak boleh dilepaskan - hongi.

"a hongi is a traditional maori greeting in new zealand. it is done by pressing one's nose and forehead (at the same time) to another person at an encounter.in the hongi, the ha (or breath of life), is exchanged and intermingled. the breath of life can also be interpreted as the sharing of both party's souls. through the exchange of this physical greeting, one is no longer considered manuhiri (visitor) but rather tangata whenua, one of the people of the land. for the remainder of one's stay, one is obliged to share in all the duties and responsibilities of the home people" (wikipedia, 2001).

lepas minum petang, kitorang merasai kehidupan maori yang sebenar! haaa...menarik hokkaayyy
first, before going into the village, we were greated by these warriors. simboliknya, acara ni cuma nak pastikan yang kita (tetamu asing) datang secara aman. takde langsung niat nak berperang dengan mereka.


sumpah masa ni rasa cuaakkk


dalam kampung maori ni, ada beberapa stesen yang mempamerkan kehidupan mereka. ikut kau lah nak pergi stesen mana dulu - takde restriction punya. dia ala-ala kau masuk petrosains giteww.


stesen 1 - poi
aku ringkaskan lah pasal poi ni. poi merujuk kepada persembahan kesenian yang menggunakan alatan bernama "poi". poi ada macam-macam ukuran. ada yang terlalu panjang dan ada yang pendek-kecik-molek. kalau kita tengok orang-orang maori dok main menatang ni, macam senanggggg JE.
walhal - Ya Tuhan. susah jugak weyh.


poi - bebola putih yang bertali 


stesen 2 - poi rakau
gua hebat main menatang ni kott. tak caya, tengok video ni hahaha




stesen 3 - harakeke
sebenarnya, orang melayu dengan orang maori tak jauh beza pun. kalau tengok muka mereka (especially the boys and the men), sebijik macam orang melayu. except that they are much taller and bigger in size laahhh.
anyway. kalau orang melayu ada mengkuang, orang maori pun ada serat flaks mereka yang dipanggil harakeke. serat harakeke ada macam-macam kegunaan. bukan takat dianyam jadik tikar, orang maori gunakannya untuk dijadikan tali, pakaian, raga makanan, peralatan masak, alat mancing dan jugak dalam hal ehwal perubatan.
pergh...powerrrrr


haaaa...macam mengkuang kan?


stesen 4 - whakairo
ataupun, pengukiran kayu. tengok, aku dah kata dah orang maori dan orang melayu tak jauh beza. well, ukiran kayu ni bergantung pada kepakaran seseorang, alatan digunakan dan corak ukirannya. bagi yang pakar, masa yang diambil untuk menyiapkan satu ukiran lebih kurang empat atau lima bulan. tapi, depends jugak corak apa yang diukir dan besar mana ukiran tu. maksud aku, kalau kau nak ukir tiang sebesar kaki gajah, of course la amek masa berbulan-bulan. kadang-kadang bertahun-tahun.


hai abang, khusyuknya kamuuu


stesen 5 - mau rakau
yakni, seni mempertahankan diri. ok, orang maori takde silat cekak hanafi atau silat gayong. so, obviously they don't have the kris but taiaha (seperti dalam foto di bawah). jangan kau pandang enteng kat senjata mereka - nampak je macam kayu pacak. walhal, ketiga-tiga bahagian yang ada pada taiaha mampu membunuh kau.

nota kecik : bahagian-bahagian tersebut ialah;
1) arero - untuk menikam dan menangkis pihak lawan
2) upoko - untuk merodok pihak lawan
3) tinana - untuk menyerang dan menangkis pihak lawan


yang dipegang itu lah taiaha


scary habis tak?
fine. tak scary kan. tapi, kalau kau tengok macam mana pahlawan maori yang super kachaakkkk (aku maksudkan yang berambut pendek tuuu. ah, melting ~ melting ~) mendemonstrasikan mau rakau mereka, confirm lu boleh tumbang.

stesen 6 - hangi
ini adalah stesen kedua terakhir sebab stesen yang last sekali, kitorang kena masuk dewan and tengok dokumentari pasal orang maori. siap ada persembahan tarian dan nyanyian segala bagai. best memang best. tapi tak boleh lawan rasa best menikmati makanan yang dimasak secara hangi. hangi ialah teknik masakan orang maori yang menggunakan batu-batan panas di bawah tanah. perlu diketahui, kawasan rotorua adalah kawasan geoterma dan tenaga geoterma ni lah yang dimanfatkan puak maori. mereka siap ada kolam air panas dan kolam lumpur (kedua-duanya bagus untuk melicinkan kulit) serta geiser (wapnya boleh buat spa muka!). semuanya disebabkan tenaga geoterma. punyalah best ada tenaga ni sampaikan bil elektrik mereka tak sampai berapa dollar pun sebulan.
oh!-seeemmmm


you, kalau kita dok kawasan geoterma, macam-macam benda kita boleh buat.
contohnya, tanam sayur-sayuran organik.
interested tak?


makan malam kami adalah seratus peratus daripada hangi. dan malam tu, adalah malam pesta untuk aku HAHAHA
banyak gilo aku makan - ikan, kupang, lobak manis, kentang dan roti kukus. hoyeeeaahhh !
tapi, lepas makan, tiba-tiba rasa bersalah. isk
:(


marshmallow takleh terbakar.
kang dia masuk dalam api, padan muka kau


aktiviti terakhir untuk kami - memanggang marshmallow di unggun api sambil berkongsi cerita. Jammes, salah seorang tangata whenua, menceritakan lagenda dan mitos puak maori. masa ni lah kitorang tahu banyak pasal asal-usul nama-nama tempat di sekitar new zealand. walaupun new zealand telah dijajah orang british, nama-nama tempatnya masih dikekalkan dalam bahasa maori. jadik, jangan kau nak tergeliat lidah bila menyebut tauranga, ruapehu, wairarapa, manawatu, taupo atau waikato.
alahai, sebutan makhraj bahasa maori lebih kurang sama dengan bahasa melayu kott. so, tak susah pun nak menyebut bahasa mereka hikhikhik!

bila be-marae, memang akan padat jadual kau. that's why there's no point you bring along your ipads or laptops. nak melayan facebook? 
harapan laahhhhh
aku nak ber-instagram pun punya cukup payah.

baik lah.
nantikan itinerari hari kedua aku pulak.



cuti musim panas : pergi pasar

dah berbulan-bulan aku tak masuk dapur. well, dapur tu berasap sebabkan yasmin dengan nadzirah yang guna.
nak harapkan aku?
sila bermimpi.
takat masak air tu - ada lah.
bukan aku malas ok (berani kau label aku pemalas?). tapi, aku tak boleh tengok pisau buat masa sekarang. so, aku dah takde beli sayur-sayur, ikan-ikan, buah-buah. takde. makanan aku, for this time being, just some ready-made. contohnya, ramen, yogurt, biskut rye dan telur. bukak dan makan terus.
aha, semua tu tak melibatkan pisau, bukan? takpun, aku makan kat luar. kedai yang paling jadik port aku - st pierre's sushi, cafe midnight express dan habitual fix. punya la kerap nau aku dok makan kat tempat-tempat tu, sampaikan pelayan-pelayan dah cam muka aku ni.
pergh...buat i terasa dihargai nokss.

st pierre's sushi
aku memang pemakan tegar sushi. lagi-lagi yang ada ikan salmon. lagi mentah, LAGI aku suka. smoked salmon pun, no hal. asalkan dia ikan salmon, gua telan. the next favourite in my list is tuna. tapi, antara ikan tuna dengan ikan salmon, aku lagi kerap makan the salmon lah. aku tak suka kalau dalam sushi tu ada benda-benda gorengan. like, you have fried crab in your sushi. yyeewwww. minyak ok?
that's why my preference of sushi is merely the non-frying-stuff. nothing else. oh, and one more thing, i love its miso soup (small size). selalunya, miso soup ni aku buat sarapan pagi je. kenyang kott minum sup. lepas tu, tengahari baru makan sushi (lapan keping - cukup). aku jarang gilaaa nak melantak sushi lebih dari kuantiti yang aku dah tetapkan tu. itupun, makan lapan keping dah rasa bersalah. ye lah, masa aku tahun kedua di tanah auckland, aku kaw-kaw punya restrict-kan diet aku. mana ada aku balun karbo. kebanyakannya makanan aku berasaskan protein, sayur, buah dan kacang. bila masuk tahun ketiga, i don't know why the hell i break most of my rules. that's why it makes me feel more guilty.
but anyway. guilty-guilty pun, aku ada cara nak hilangkan rasa bersalah tu. ala-ala pengampunan dosa giteww. tapi, next time lah aku cerita pasal ni.

cafe midnight express
ok. kafe ni tempat kegemaran aku untuk celebrate macam-macam. dan ketahuilah, aku celebrate sorang-sorang yek. jarang aku nak bawak orang makan kat sini. kalau ada pun, sorang dua. yang penting, tak sampai lima orang lah. so, usually i go to this place during lunch hour and my meal is only seafood basket. takde yang lain. eh. tapi, masa mula-mula makan kat sini, aku pesan seafood chowder. boleh tahan sedap gua cakap lu. dan harga pun, BOLEH TAHAN SEDAP lah kehkehkeh
sebab tu tempat ni dijadikan tempat celebration. tak kisah lah nak celebrate apa sekalipun, be it, i got higher grades in assignments, i submitted assignments, i survived miserable days in university of auckland or what not. 
lagi satu, aku suka tulis esei kat sini. the soothing environment always triggers me to write. pelayan-pelayan semua senyum je kalau aku dok buat kerja kat situ. agaknya dorang ingat aku budak sekolah lagi kott? #bajetawetmuda

habitual fix
baru tahun ni aku pertama kali beli makanan kat kafe ni. my only order is toasted pita (herbivore). daging dengan ayam - macam biasa lah, gua kurang keyakinan sifat halalnya. ala, lagipun, aku dah berhenti makan daging dan ayam, remember?
toasted pita dia memang sedap (walaupun sayur semata). nak dibandingkan antara st pierre's sushi dan cafe midnight express, habitual fix ni kira pilihan yang terakhir. bukan apa, although it's worth ('cause it only costs me six bucks), it tends to make me sleepy because its quantity buat aku terlebih kenyang. aku tak suka ok. nabi pun pesan kan - berhenti sebelum kenyang. bila dah kenyang sangat, mata mula kuyu macam cibai. mula la aku tertidur dan tak produktif langsung nak buat kerja sekolah. haaa...nampak tak logik justifikasi aku ni? tambah pulak, aku sengaja latih perut aku supaya tak makan banyak. biar makan sekadar cukup. tak perlu lebih-lebih.
tapi, jangan pulak kau hentam aku, kata, "eleh, hari tu bukan ke kau melantak piza macam hantu, cik bawangmerah?". 
kau ni...
agak-agak lah. aku ni manusia kott. harus lah ada cheat day. meaning to say, there'll be always a day for me to bend or break my rules.

so. 
amacam?
boleh tahan melalut aku ni.
aku cuma nak cerita yang pagi tadi, aku pergi pasar dengan yasmin dan nadzirah. oi, bukan sunday market lah. ni saturday market. tapi, konsepnya sama - PASAR.
pasar kat tanah auckland ni, best. sebab dia bersih sampaikan kau nak amek gambar pun, kau rasa foto kau cantik-menarik-tertarik-kau-memang-da-bomb. tak caya?
cuba tengok foto aku ni.


urgh. ketembaman pipi agak terserlah di situ.


ok.
gua nak tidur dah.
sila simpan puji-pujian anda di ruangan komen.
selamat malam, dunia !


marah






marah aku -
sampai boleh buat benda yang lebih daripada atas ni.
so, watch out.
ok ?



cuti musim panas : mari pulang ke gagang !

lets' go, baby.

hai para gadis dan jejaka sekalian.
apa kabar?

ok, let's cut the crap. i never good in introduction anyway. so, have i told you that it's already spring in auckland and sikit masa lagi dah nak masuk musim panas? 
oh yes! of course i did kan. must be somewhere along those lines in some random of my posts.
memandangkan musim dah  berubah (dan aku pun berubah sama - kott), siang sudah jadik panjang dan malam sudah jadik pendek.
yay?
harus lah yay! (jerit kuat-kuat ya).

kalau dulu, masa musim sejuk, lambat nau matahari nak naik. pukul enam pagi tu, masih lagi bergelap-gelita hokkkaaayyy, and i was like where-are-you-mr-sunshine-because-i-need-you-badly-laaaa.
kalau kau pengikut fynnjamal di instagram dia, mesti kau pernah tonton virpen (video-pendek) dia berjalan ke sekolah masa pagi-pagi buta gelap-gelita takde-cahaya.
haaa cenggitu lah aku bila nak pergi gym ketika musim sejuk. gelap gelap gelap.
dan bertambah-tambah scary bila jalan raya sunyi sepi, like hellooo-am-i-the-only-girl-who-wakes-up-in-the-early-morninggg?
itu --
musim sejuk.

musim bunga dan musim panas - lain ceritanya.
subuh masuk lebih kurang pukul 4.49 giteww dan habis waktu lebih kurang pukul 6.08. toksah nak nganga sangat sebab kan aku dah kata, siang panjang. jadik, pukul 6 tu, dah kira terang-seterang pukul 7 pagi macam kat malaysia.
dan kerana alam sudah bermusimkan sebegitu, adalah patut aku memaksimakan kegunaan membership gym aku. kau hengat yuran gym tu muraahhh?
well. consider affordable lah if you apply for a whole year. tapi, affordable punnn, mahu tak terketar tangan aku nak bayar yuran ahli kat kaunter tu ha. ok, jangan nak tanya its exact figure. it's super mahal (relatively speaking) BUT it's super worthy (seriously speaking).

actually, boleh je aku nak lari sekitar symonds street, queen streets, albert park atau auckland domain (yang mana aku kena merentasi dulu grafton bridge sejauh 97.6 meter).

but i tell you what, aku ni ada preferences aku sendiri. masa aku tahun kedua di tanah auckland, aku pergi je lari kat tempat-tempat yang aku cakap tu. dari columbia apartment, aku merentas grafton bridge, lepas tu aku lari keliling padang besar auckland domain sebanyak tiga kali. well, aku tak lari laju pun. sekadar jogging (yang betul-betul jogging punyaaa, bukan makan angin ye) dan jalan cepat. kalau datang mood tak betul aku, aku sambung lari sampai ke auckland university dan patah balik ke columbia apartment.

ah, aku tahu korang takkan paham punya peta larian aku. but anyway. kott korang ada peluang datang ke tanah auckland, boleh la korang berlagak sikit-sikit tahu kaannn sebab korang dah pernah baca entri aku ni kehkehkeh

back to our story.
so, i ran a lot on the streets because of my finance constraint, hence i couldn't afford the gym membership. even it was winter, i went for a run. dan... (jeng jeng jeng)
bukan kah aku katakan tadi musim sejuk bersiangkan pendek, bermalamkan panjang?
ye, bilamasa aku keluar dari apartment, langit masih kelam sedikit dan jalan masih lengang. pagi sabtu adalah pagi yang paling mencabar. 
kenapa?
because i have a high tendency to meet with drunken people. if they're sober enough, alhamdulillahhhhh
kalau tak, hmm...
but so far, my experience with those people is not that traumatic. masih lagi, em, i would say, tolerable lah.
oh ya. i have another experience regarding this morning routine of mine. tiap-tiap hari, ada sorang pakcik tua ni akan bawak anjing dia berjalan sama kat auckland domain. kiranya, dua-dua sama-sama exercise lah (sweet giteww).
TAPI.
yang macam haghomnya, anjing tu tak pernah nak sweet dengan aku. setiap kali berselisih and i bid a good morning wish to that uncle, anjing tu mesti nak attack aku. like -- seriously attack kott?
nasib baik lah uncle tu pegang kuat tali anjing (gagah jugak pakcik ni). takde lah teruk aku kena pun. cuma, andrenaline rush aku tiba-tiba skyrocket tak hengat dunia. nasib baik aku tak terkencing.
heh. mangkuk punya anjing. sampai sekarang aku tak puas hati dengan dia. 

ok.
after a long time, aku pikir-pikir, aku rasa aku kena sign up the gym membership. gua tak larat la nak hadap penangan angin sejuk, orang mabuk dan anjing gila tiap-tiap hari. serius tak larat.

and...
the rest is history.

sebenarnya, my main reason of going to the gym at six is because manusia tak ramai lagi kat universiti. aku ni, ada satu perangai yang sentiasa merasakan invisible audience aku berskala besar. walhal, aku tahu people couldn't even bother with me. 
another reason is that the cardio room belum penuh lagi. aku suka. kalau ada manusia sekalipun, mereka tu golongan profesional (yakni yang bekerja pukul lapan). selalunya, mereka habis work out dalam pukul tujuh. kiranya, sempat lah mereka nak mandi-mandi dan bersiap-siap lepas tu. 

i'm glad i'm back to my routine (mohon istiqamah). maklum  lah, tiga bulan aku ponteng tak berlari, stamina aku menurun tahap giga kott. benci aku.

la ni, aku bakal pulang ke malaysia. and i can't wait to meet those people who are interested with my lose weight development. hopefully aku sempat la nak turunkan berat badan lagi. hikhikhik!



cuti musim panas : oh hai semua

hello kembali daripada aku.

akhirnya, semester dua tahun ketiga sudah betul-betul melabuhkan tirainya. dan aku meraikannya dengan melantak gourmet pizza sebanyak-banyaknya dengan si yasmin, hadi dan nadzirah. lu takkan percaya punya yang gua mampu makan (lebih kurang) medium size pizza.
powerrr hokkaayyy
keraian sebegitu, dah kira sekali harung lah untuk sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum lewat malam. yeah, enam dalam satu giteww

ok.
enough.

*letup-letupkan jari*

SO.
mengikut perkiraan mudah dari arkib blogspot aku ni, rupanya ada dua bulan aku tak menulis - julai dan ogos. 
pergh.
dalam dua bulan tu, gua cakap dengan lu, macam-macam benda dah jadik kat gua. even benda yang tak tercapai akalmu bak kata elyana-penyanyi-lagu-tapak-sulaiman, pun ada terjadik. tapi, apa-apa pun, IT'S GOOD those things dah blah jauh walaupun literally meninggalkan kesan kat jasad aku.

ANYWAY.
cuti musim panas dah bermula secara rasminya. tak payah nak yay sangat lah sebab gua panas betul bila musim ni datang. sebab apa? sebab cuti musim panas adalah cuti yang bapak-panjang-gila-bosan-nak-mati-weyyhhh
ye aa, dari bulan november sampai bulan mac. mahu tak kejung kepala otak?

MAKA.
agar aku tak mengkufurkan nikmat dunia ni, aku nak susun beberapa strategi so that masa yang ada ni, takde lah terbuang giteww
kalau encik anwar noor azam tahu yang aku dok bebel bosan-bosan-bosan, memang berbakul-bakul la dia dok perli aku nanti. 

OK.
antara rancangan yang aku lakarkan dalam kepala otak - aku nak update kisah hidup aku kat sini. well, just so you know, i already deactivated my facebook account. skype dengan twitter - gua pun dah malas nak amek port. yang paling in dengan aku sekarang, my instragram account. so, you follow i ok? #tetiba.

lepas ni, marilah kita jangkakan keledakan entri di kertas putih bawangmerahsquared ni. jangan hang bosan membaca sudaaahhhh



the return of pipi cengkung


ok, tanah auckland dah masuk musim bunga dah. which means, semester dua nak dekat habis. anddd bila semester dua dah nak sampai penghujungnya, banyak la kerja tahap giga-nya. by the way, aku takde exam semester dua ni. semua paper adalah assignment-based.
heaven ?
puihh. hotak lu kalau lu kata tu heaven.
aku macam nak arwah buat assignments ni semua. tapi belum arwah lagi lah. masih bernafas.
bila pikir-pikir balik, mangkuk hayun mana yang suka-suki pi buat statement budak-tesl-kerja-senang-goyang-kaki-hidup-heaven-tahap-giga ? memang nak kena dengan aku. mesti tu budak kos lain. kalau dia budak kos tesl, takde punya dia buat fitnah sebegitu. 
ah. korang jangan nak mandai-mandai bandingkan tesl dengan medic. aku tempeleng kuasa dua kang.
medic-medic, belakang cerita. ingat budak medic je baca buku tebal-tebal? ingat budak medic je ada praktikal? ingat budak medic je ada teori segala bagai? ingat budak medic je kena amek nota pastu tulis serupa haram macam cacing kerawit?
hoi.
budak tesl pun ada laaahhhh

peh. 
pahal aku emo dengan budak medic ni.

(salahkan seorang budak medic yang tak gheti-gheti nak balas whatsapp aku. isk, kebencian sungguh. esok-esok kalau kawin and dia dok asek on-call je, acane nak tahan kerinduan sebegini?)

kembali pada kehidupan aku.
ye, aku memang sibuk. tapi aku still layan instagram dan sempat menulis blog (?). nampak tak sifat procrastinate di situ? kehkehkeh. 
anyway. dalam kesibukan dan komitmen yang tiba-tiba sengaja aku tambahkan sejak awal tahun ni, sempat pulak aku belek balik album lama. dari mula nak tengok satu-dua gambar je. tiba-tiba. eh, dah gambar ke-seratus-lapan-puluh-enam pulak. heh.
sekarang ni, aku punya cara tengok gambar -- takde maknanya tengok gambar sekali lalu. instead, aku akan tengok gambar lama, pastu aku tengok gambar baru. selang-seli. sekejap gambar two-thousand-eleven. sekejap gambar two-thousand-thirteen. pastu balik semula ke gambar two-thousand-eleven. haaaa giteww.
kemudian, datang sifat kerajinan aku (walhal procrastination sebenarnya), aku buat photo grid dan, 
tadaaaaa
maka, terjadik lah salah satu contoh seperti di atas.

pipi gua dah cengkung sikit.
perasan tak?

iklan sebentar : boleh follow instagram aku - bawangmerahsquared.

okthanksbye.


kata dia,


lukisan ni smart. bila aku soal, apa yang smart - dia jawab "smart la. nampak psycho". 
psycho ?
dan dia jadikan lukisan ni as his whatsapp wallpaper. aku senyum sendiri. dia ni lain tahap giga lah. kalau dengan lukisan ni pun dia boleh terima, is it possible if he could accept the monster side of me as well? ah. dia belum kenal aku betul-betul. serius. dia belum lagi kenal. even kau yang baca setiap patah kata aku kat sini, aku tak rasa kau kenal siapa aku. aku...aku adalah aku. banyak benda aku dah buat. dan kalau aku singkapkan satu satu, aku jamin - satu dunia ni pun tak boleh nak proses.
jiwa aku terperangkap dalam jasad yang innocent.

kau caya kalau aku katakan aku seorang pembunuh bersiri?


bincangkan



sampai sudah aku tak dapat emel berkenaan nombor telefon abah.
takpe lah.
gua tak marah pun.
selamat hari raya semua.
gua dah awal-awal maafkan korang.
termasuk encik fadzli ni walaupun jawapan dia tak memuaskan hati aku
(sebab gua boleh refute justification dia, lu tahu?)



orang kata, title "budak final year" - hot stuff


orang kata lahhh


random


surviving



freezing



counting



listening



popia basah

aku tengah mencuba-cuba mengurangkan pengambilan produk haiwan seperti ikan, makanan laut dan telur. kalau ayam dengan daging (be it; lembu, kambing, unta, rusa dan kerbau), dah lama aku tak makan. sejak tahun lepas lagi (2012).

ok, menu kali ni - ianya hampir 100% produk tumbuhan. dalam erti kata lain, it's vegan. whoever wish to take a break from meat consumption, maybe you guys can have a go with this recipe.

bahan-bahan:
1. rice paper
aku tak tahu istilah bahasa melayunya. rice paper ni produk dari vietnam, tak silap aku. bagi mereka yang tinggal di auckland cbd, anda boleh dapat rice paper di lim chour atau tai ping atau mana-mana kedai asia.




2. su'un
disebabkan aku takde stok su'un, aku pakai mee hoon - pun boleehhh. ikut sukahati korang lah kan. kalau tak nak letak pun, takpe.

3. pelbagai jenis sayuran/ulam
aku guna lobak merah, timun jepun (courgette), mesclun dan cendawan telinga.




4. hummus
yang ni, opsyen. aku menggedik nak letak sebab nak kasi ada rasa sikit.

5. semangkuk air
untuk rendamkan rice paper.


cara-cara:
1. rendam rice paper ke dalam semangkuk air. tak perlu lama. agak-agak dah lembut, angkat dari air dan  hamparkan rice paper.
2. letak kesemua inti (su'un/mee hoon, sayuran/ulam dan sedikit hummus) ke atas rice paper tadi. jangan letak banyak. pandai-pandai korang susun.
3. dan sekarang, gulung elok-elok. kat sini aku kepilkan sekali video - macam mana nak gulung rice paper.




vegan spring roll ni, lagi sedap kalau makan dengan sos. kalau tak nak sos, takpe. cuma, rasa dia tawar lah. sesetengah orang akan goreng vegan spring roll ni. macam aku, aku tak goreng pun. memang makan mentah-mentah sebab nak rasa lebih sihat kehkehkeh

ok.
sekarang, sos pulak.
it's called garlic-lime sauce.

bahan-bahan:
1. 1/4 cawan gula
2. 1/4 air panas
3. 2 ulas bawang putih (cincang)
4. 1/3 cawan jus limau nipis
5. 1/4 cawan sos ikan

aku tak ikut pun sukatan tu semua. aku bantai ikut selera sendiri hahaha
disebabkan aku suka bawang putih, aku cincang banyak-banyak. dan, aku tak guna limau nipis (mahal sangat harganya). instead, aku pakai jus lemon.

cara-cara:
atas api kecik, campurkan gula dan air panas. biarkan gula terlarut dalam air tu. kemudian, masukkan bawang putih, jus limau nipis/lemon dan sos ikan. kacau. siap.

see ?
mudah kan. kalau untuk beginner (seperti aku), mungkin agak susah sikit nak gulung the rice paper. tapi, takpe. with several practice, mesti boleh punya.

alright, selamat mencuba ya !




kalau melantak vegan spring roll ni banyak-banyak, aku langsung tak rasa bersalah.
it's guilty-free ! sebab aku tahu, bahan-bahan dia cuma sayur je pun. dan memang aku rasa kenyang (mind you, perut aku kecik hikhikhik)



salah alam

untuk semester ni, agak kerap aku keluar rumah. tak ada alasan spesifik kenapa aku jadik gini. mungkin saja aku dalam fasa mencari sedikit ketenangan di balik-balik kanvas alam. orang kata, kalau kita amati betul-betul the God's creation, hati ni boleh pergi lebih dekat pada Dia. 
orang kata lah.

tapi, angin dingin malam menjanjikan aku yang sebaliknya.
sudah faham sangat fi'il musim sejuk. 
tak pernah menyudikan aku kebahagiaan. tak pernah menyedekahkan aku ketenangan. tak pernah menyimpatikan aku keriangan. 
apa yang dikayakan sama aku ?
rasa perit dikelar urat merih. seperti tenggorok terjerut di hujung tali gantung. 
sesak dalam menggagau mencari udara demi kepompong paru.

pulang apartment malam tu, aku bergegas masuk bilik. 
nad - bilik air. 
yasmin - dapur.


+ min ? 

- ye ?
- (letak sayur atas kaunter)

+ nak peluk kejap
+ (terus peluk)

- kenapa ni ?
- (pegang tangan yang memeluk dia)

+ takde apa...just need your shoulder
+ (tarik nafas dalam)

- kenapa ni, bawang ...?

+ (senyap. air mata tumpah) 
+ takde apa...

- (pegang bahu. pandang muka) 
- ni nangis ni?

+ (terus peluk. tak berani bertentang mata dia) 
+ angin kat luar, sejuk.

- kalau angin sejuk pun, kenapa nangis ni ? what happen ?

+ serius, angin sejuk. angin buat kita nangis.


virginia woolf sendiri pernah bersabda dalam kalamnya -
"melancholy were the sounds on a winter's night"
dan sungguh, aku menyalahkan angin dingin malam atas walang hati. aku menyalahkan ciptaan Tuhan atas sebak raga. aku menyalahkan apa-apa yang ada di depan mata walau aku tahu, sebenarnya, the reason lies within me. 
yet, i couldn't find a proper sentence to tell a story behind my tears. aku gagal menjustifikasikan tindakan aku. dan aku biarkan yasmin terawang dengan seribu satu soalan.

nyata, kata-kata mark haddon ada jujurnya -

sometimes we get sad about things and we don't like to tell other people that we are sad about them. we like to keep it a secret. or sometimes, we are sad but we really don't know why we are sad, so we say we aren't sad but we really are.



ohana means family. family means nobody gets left behind.



c'est la guerre #4


"hi..." hakim sambut.
"hi...kau...-"
"futsal. ada try out"
"oh, ok..."

ya Allah yan. 
apa kau dah buat kat diri kau ni?

"aku...masuk dulu?" yan mohonkan permisi.
"ok" hakim balas ringkas.

tipu kalau hakim tak merasa apa. menghantar yan saja di muka pintu gym sudah menyuntik kapilari hakim dengan satu esen pedih. sungguh, melihat fizikal yan tika ini meluluh jiwa jantannya. 
badan yang susut. wajah yang pucat. mata yang suram. bibir yang pecah.

bukan lagi -
badan yang lincah. wajah yang riang. mata yang bundar. bibir yang merah.

she's damn sick.
totally.
as twiggy as a skeleton. as pale as a corpse. as hollow as a socket. as crack as a pottery. 
she's dying from the inside. 

she is.



'akim'

whatsapp dari yan.
hakim kembali ke kawasan gelanggang semula.

***

"aku cancel nak jumpa semalam sebab hujan"

berdua, hakim dan yan berjalan dalam pekat malam muda. menurun bukit sama, mereka menuju ke kedai kopi terdekat. moga bulan di atas langit sana menjadi saksi rundingan damai dua entiti. moga bintang yang tergantung elok di sisi bulan menjadi mata ke atas misi keamanan ini.

"aku tak nak kau kena hujan, yan" hakim sambung lagi.

yan senyap. hanya senyuman mampu membalas kata hakim buat masa sekarang. hakim tetap hakim - yang selalu risau akan dirinya. yang kenal sangat 'fragility' itu adalah nama tengahnya.

"nasib baik malam ni tak hujan. cuma, sejuk je lah. kita minum sini nak? dia tutup lewat sikit"
"boleh je. mana-mana"


"kau macam mana sekarang?" yan mulakan.
"macam ni lah...still survive. kau?"
"aku...ok..." sedikit kendur suara yan.
"betul?"

yan geleng.

"hari khamis nanti, aku amek result gastrocopy aku"

hakim tak terkejut. 
sudah terjangka.
yan - sakit.

"aku dengar, kau tak makan, yan"
"em..."
"kau tak datang kelas..."
"aku tak larat, akim"
"kenapa kau macam ni?"
"aku, aku takde jawapan"
"susah nak caya kau jadik sampai gini"
"at least, aku tak mati lagi..."
"hey..."

yan senyum kelat.

"bila kau keluar dari bilik aku on that day, i couldn't help it. i've told you kan, i'd be emotionally affected" 

yan - kalau dah datang gila dia, memang betul-betul dia buat. tapi, ah, bukan mudah juga untuk hakim bertahan di situ. lebih baik dia pergi sebelum amarahnya musnahkan segalanya.

"yes, i cut my food. i just don't wanna eat. until, i get sick. i couldn't think straight. i was, i was --"

hilang sudah katanya. yan tunduk, kacau air kopi. perlahan dan perlahan. selama masa merangkak dan meneman kacau air dia, yan cuba sedaya mungkin perkemaskan ayat dalam kepala sebelum bibir menyebut sepatah dua.
dia angkat kepala semula. hakim masih beku.

"aku teruk kan?"
"tak, aku yang teruk, yan. aku buat kau sampai jadik macam ni"
"it's not your fault. aku ni yang bodoh. terlalu...caught up in this matter. entah la akim. you know what, the first gp i met, dia sebenarnya salah kasi ubat"
"what?"
"she overlooked my size. so, i was, in a way, was od'ed. got diarrhoea and my head spinning macam nak gila. then, kawan medic aku convinced aku, amek the second opinion from the other gp. this time, the gp gave me the right amount of meds. but, there's another thing"
"apa?"
"she put me up in the list. buat gastrocopy"
"apa tu?"
"it's a procedure. to check my stomach, duodenum. aku agak takut sebenarnya. aku takut dengan result. what if--?"
"insyaAllah, takde apa"
"hmm..."

"sebenarnya, aku terkejut tengok kau kat gym semalam. kau betul-betul--"

hakim tak berani meneruskan kata.
...kau betul-betul sakit. aku rindu kau - yang dulu.

"aku apa, akim?"
"takde, kau nampak lain sekarang"
"lain macam mana?"

hakim tangkap tangan yan yang terletak atas meja. 
mengusap perlahan. menilik sendi. dan merenung setiap urat yang menimbul. hakim perhati.
such cadaverous.

"hakim..." yan tarik tangan. takut.
"i'm sorry"
"it's ok"
"for everything, yan"
"akim..."
"i tried to reach you. bila aku dapat tahu kau tak makan, aku try nak cakap kat kau sebenarnya. tapi aku tak tahu macam mana. aku ingat, at least kalau kau tahu aku suruh kau makan, kau maybe dengar cakap aku. and, makan. kan?"
"tapi...kau takde pun--"
"aku tahu...entah lah..."

silence.

"aku ingat nak balik malaysia lah" 
"malaysia?" hakim terus angkat kepala.



tujuh hari

ingat lama ke tu? 
harus lah tak. 
tak lama. tak cukup. tak puas. 
but hey, look at the bright side, girl. at least, lagi cepat, lagi bagus, bukan?
oh ya. aku tengah cerita pasal peperiksaan akhir semester satu tahun ketiga. bukan pasal bertunang. 
eh.

kuliah semester ni dah selamat melabuhkan tirainya dengan acara aku memonteng kelas jane hohoho
maaf la jane. bukan gua sengaja mencutikan diri selepas cuti umum ulangtahun kelahiran permaisuri kita. tapi, gua punya language teaching tak siap-siap lagi oi. dah la assignment tu menyumbang 40%. mahu tak mencekik nak buat kasi habis? sekurangnya, kelas lu, gua dah lepas 50% (dan kalau aku tak pergi exam acadeng pun takpeeee hahaha!). tapi, tapi. gua tak senakal tu. exam tetap exam. takde istilah ponteng yek. pulak tu, aku dah janji kat diri sendiri - kertas acadeng wajib skor A sebab itu kertas tahap satu. 

untuk semester satu tahun ketiga, ada empat subjek yang aku amek. 

1. EDUC352
2. EDUC200A
3. LANGTCNHG310
4. ACADENG102

dua daripadanya adalah assignment-based dan selebihnya, exam-based. hanya EDUC352 dan ACADENG102 yang mewajibkan aku pergi ke dewan peperiksaan. EDUC200A? itu tak perlu lagi. its assessment will only be started in the next semester. so, i just need to sit back and relax. 
ah, tak jugaaakkkk
rabu ni aku kena pergi sekolah tempatan untuk assessment EDUC200A ni lah. hadoi. penat kau tahu? mana taknya - pukul dua petang bertolak ke sana. dan pulang apartment bila dah masuk waktu maghrib (and sikit lagi nak masuk isyak kott?). really, it does the physical and mental torturing :(

tapi takpe.
Tuhan kan pernah berjanji dalam kitabNya - 

maka sesungghnya bersama kesulitan ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
(94:5) (94:6)

dua kali Tuhan pujukkan kita. dua kali Tuhan tenangkan kita. dua kali Tuhan akukan kita.

jadik, kenapa nak risau?
janji Tuhan kan maha tepat.
:)

tak perlu risau, bawangmerah.
senyum ya.
senyum.



sempat camwhoring sebelum pergi kelas kehkehkeh
tapi sebenarnya, aku nak tunjuk tu - eye bag aku jelas sungguh.
uuurgghhhh



bosan dengan mayonis?

secara jujurnya, dah lama aku tak amek mayonis. kali terakhir, entah lah. mungkin dah setahun lebih aku tak merasa. ala, aku pun tak kisah sangat sebab aku bukan kemaruk makan mayonis.

there was one time, i was looking for a mayonnaise recipe because i wasn't sure how mayonnaise in market is produced. well, there are actually several stuff i made on my own. like, my home-made almond butter, my vegan patty burger, my sweet buns and my vegan spring-roll. i don't know why i've started to have this attitude - making home-made food. maybe because i know exactly what the ingredients are. and what's more important, the ingredients are guaranteed to be clean and healthy.
aku bercita, esok-esok aku nak bukak ladang sayur pulak. 
i wanna grow my own crops ouh !

ok, back to the mayonnaise recipe. i've got it. yet, it takes a lot of effort to make it. one thing about myself, i love easy-quick recipe, not the complicated-super-time-consuming. ufff, i don't want to waste my time in the kitchen. 
banyak lagi benda aku nak buat. contohnya - menonton cerita 'cinta jangan pergi' (lepas tu, aku meroyan sorang-sorang sebab bengang tengok khalil dan lea).

nak dijadikan cerita, i've found another alternative from a web (i can't remember which site it is - i should have taken a note next time so that i can cite it later). instead of using mayonnaise, why not using avocado?

sila ketahui - rasa avocado lagi berganda sedap dan berlemak berbanding sapuan mentega, mayonis dan keju. percaya la weeyhhh

baik lah.
ini adalah sarapan pagi yang sungguh mengenyangkan. dah dua hari aku makan sarapan ni dan paling utama, aku tak rasa bersalah langsung mentekedarah benda ni. mana taknya, jumlah pengambilan kalori untuk hidangan ni adalah 403 kcal (approximately 27% RDI - recommended daily intake). 

-

bahan-bahan:
1. dua biji telur rebus (saiz kecik)
2. setengah biji buah avocado
3. garam dan lada hitam
4. biskut rye (4 keping)

cara-cara:


 1. rebus kedua-dua biji telur. i prefer hard-boiled eggs because the yolks are fully cooked. if they are soft-boiled eggs, the yolks are partially hard which looks more likely half-boiled eggs. i don't like it anyway.



2. kemudian, asingkan putih telur dan kuning telur. cincang putih telur - tak kisah korang nak cincang hancur atau cincang kasar. aku suka kasar-kasar sebab bila makan nanti, macam puas tengok ada telur dalam pinggan.



3. sekarang, masukkan setengah biji buah avocado ke kuning telur. buah avocado ni, bila dah masak ranum, senang gila nak lecek. rasa pun sedap-sedap-lemak.



4. spring some pepper and salt. akhir sekali, baru campurkan bahan lecek dengan putih telur yang dicincang tadi.



5. tadaaaaaa ! kalau tak nak makan dengan biskut, boleh jugak makan dengan roti. tapi, nilai kalori bukan lagi 403 kcal lah. 



pesanan ringkas :
untuk menyimpan setengah biji lagi buah avocado, perahkan jus limau ke atasnya dan simpan dalam bekas kedap udara. pastu, masukkan dalam peti sejuk. boleh la bertahan sehari dua kott. tapi, untuk kes aku, takkan bertahan punya lah. esok pagi mesti dah habis.

aku syak buah avocado kat malaysia mesti mahal gila. kalau kat tanah auckland ni, paling mahal pun, NZD 2.00 sebijik. kira affordable for a student like me.

-


this is my yesterday's outfit to class. as usual, it's from pumpkin patch.
oh ya, nak tahu satu perkara? 
kalau dulu aku pakai saiz 11 tahun kanak-kanak, sekarang aku dah mula pakai saiz 10 tahun kanak-kanak. yeahhh aku suka perasaan ni - dapat pakai baju yang makin lama nombor saiznya berkurangan wakakakaka !