rahsia

aku ada satu rahsia.
tiada siapa tahu melainkan kalian yang membaca entri ini. jadi, kita diam-diam saja lepas ni, ok?

***

semester tiga yang lalu, secara faktanya, aku sangat layu dan lemah. beberapa hari aku menghilangkan diri daripada orang-orang yang aku cinta.
sebolehnya, aku ingin menguburkan saja jasad sedalam tujuh kaki bawah tanah kerana aku begitu enggan menghadap dunia.

"she was broke down"
-miss muna-

orang-orang yang aku cinta, ketika itu, runsing dengan 'kehilangan' aku.

telah ditelefon, tidak berangkat.
telah dimesej, tidak berjawab.

berhari-hari - aku diam.

pulang ke rumah seperti bangkai bernyawa.
duduk terperuk dalam bilik.
menangis sendiri bawah bantal.
mengunci mulut mati bicara.
senyum plastik seakan terpaksa.
hilang selera sanggup berlapar.
itu semua aku.

"she came back and fought"
-miss muna-

untuk itu, terima kasih kepada orang-orang yang aku cinta.
kerana mereka, aku kembali.
dengan semangat ini, aku berani melihat dunia sekali lagi.

"i wonder how she managed to recover that fast!"
-miss muna-

aku tahu, orang-orang yang aku cinta, sangat bahagia pada hari akademik yang dibikin oleh kolej aku.
diam-diam, aku tahu mereka bangga sama aku.

***

nampaknya, aku tidak mampu lagi menyimpan seorang diri.
ini rahsianya.

[tarikh nafas]

err...akhir entri ini baru aku bagitahu, boleh tak?

***

kini semester empat. aku berkira-kira mahukan sesuatu daripada orang-orang yang aku cinta.
sesuatu itu adalah hadiah sempena performance aku.

"i must say, she was an exemplary student"
-miss muna-

aku pintakan alat kemudahan untuk memasuki alam maya. dengan erti kata lain, aku mahukan jalur lebar di bilik kolej ini.
alasannya - komputer riba ini sangat berat untuk seorang gadis sekecil aku membawanya ke hulu ke hilir semata-mata untuk mendapatkan liputan.
maklum saja, menjadi seorang pelajar tesl mendambakan informasi daripada pakcik G dan dunianya.

nota tambahan : komputer riba ini hanya mendapat liputan di bangunan akademik SAHAJA.

"we are glad to have her in our class"
-miss muna-

cuba teka.

salah - permintaan aku tidak diterima (sila baca bahagian ini dengan iringan muzik melankolik).
remuk hati tidak usah dikata lagi.
kata mereka - aku tinggal berapa bulan saja di kolej.
kenapa perlu memiliki jalur lebar andai saki-baki kehidupan kolej hanyalah kurang daripada seratus hari?
aku,
aku akurkan saja kata mereka.

"she is very confident when she does the presentation in front of the class"
-miss muna-

***

baiklah.
ini rahsianya.



kaca mata aku yang tidak berbingkai dan berharga ratusan sudah pecah serta berkecai sejak semester dua lagi.

nota tambahan : kaca mata tersebut DIBAYAR oleh orang-orang yang aku cinta.

salah aku.
aku gagal menjaganya baik-baik.


di sini aku ada soalan.
jika aku tidak boleh memiliki jalur lebar, baik kah sekiranya aku membocorkan rahsia ini kepada orang-orang yang aku cinta?

nota tambahan : rekod akademik dan profil aku bersih. orang-orang yang aku cinta begitu senang hati mengetahuinya.


aku takut sebenarnya.
apa akan terjadi jika aku persembahkan kebenaran kepada mereka?

adakah kedua-dua tangan ini (bukan secara literal-nya) akan menghancurkan hati orang-orang yang aku cinta?

aku tidak mahukan mimpi ngeri.
aku tidak sanggup.

untuk itu, bantulah aku.

analisis

when someone gets to know me, the first thing they notice is my passion.

i am -

1 : quick to fall in love
2 : quick to get angry
3 : quick to act impulsively

relationships are quite a ride with me.
and i, i never stop to think before i act.
my heart is often on fire, and it's a rare man that can quell my flames.

ini analisis personaliti aku.
sengaja dibuat aku hari tu.
deskripsi-nya betul dan tak tipu.
boleh jadi panduan pada mereka yang tidak tahu siapa aku.
aku cukup berkenan baris ayat terakhir itu.


IT'S A RARE MAN


boleh aku sebut double-you-o-double-you tak?

tangan

dalam meniti fasa kehidupan sekarang yakni awal duapuluhan, aku baru sedar bahwa kedua-dua tangan ini (bukan secara literal-nya) sedang memegang beberapa ketul hati dan akan menjadi satu mimpi ngeri untuk malam-malam aku, andai kedua-dua tangan ini (bukan secara literal-nya) menghancurkan gumpalan darah tersebut.

maka,

aku baru sedar bahwa aku tidak boleh sesekali membiarkan hati-hati yang sedang aku pegang dengan kedua-dua tangan ini (bukan secara literal-nya), musnah menjadi serpihan-serpihan halus.


haih.


lenguhnya tangan ni (bukan secara literal-nya).


jauh

semalam malam, bila aku-umi-abah baru pulang dari parkson membeli-belah dua pasang kemeja tidak-aku-ingat-jenama-nya, tiga pasang stokin crocodile, satu wallet pierre cardin, satu bagasi rofina swiss dan dua pasang jeans little bum size empatbelas tahun, aku terlihat pakcik-usop-jiran-sebelah-rumah sedang berkemas-kemas dan memeriksa kenderaan beroda empatnya. lagak macam nak berjalan jauh pada lewat malam begini.

"ke mana bang usop?" aku dengar abah soal - sekadar berbasa-basi atas dasar hidup berjiran-sekampung.

"kelantan; pasir puteh"
"amboi! jauhnya" umi beri respon.
"buat apa? malam ni jugak nak bertolak?" abah tanya lagi. ok, ni macam jaga tepi kain orang je?
"tu ha...nak pergi merisik untuk anak bujang tu. nak bertolak kejap lagi"

kelantan? gila jauh.

aku capai kunci rumah dari tangan umi, angkat barang-barang dalam kereta, cabut sandal merah, beri salam dan melangkah kaki masuk.

betul la assumption aku tadi - dia nak jalan jauh.

dari melaka ke kelantan semata-mata untuk merisik, aku rasa tidak begitu logik pula. duit untuk tol lebuhraya, tenaga untuk pemanduan malam buta dan masa tidur yang tidak boleh tidur kerana perlu berjaga.
semua itu semata-mata untuk satu tujuan - merisik.

"jauh jugak pasir puteh tu, bang" aku sempat tangkap dialog abah sebelum aku betul-betul masuk jauh ke dalam perut rumah.
"nak buat macam mana...dah dia berkenan orang tu"

***

tadi aku sidai baju. kawasan jiran rumah aku sunyi sepi. semua pergi merisik apa?

setahu aku, merisik ni adat.
adat melayu.
kalau tak buat adat, apa jadik ha?
kena tulah ke.

ada satu kali aku tanya abah;

"kalau kahwin tak buat adat-adat ni, tak boleh ke? yang penting, buat wajib sudah. buat akad nikah pastu jamu orang minum petang air teh dengan biskut"

muka abah katakan pada aku yang dia tak bersetuju dengan fahaman aku itu.

"kalau kahwin overseas, bah, kira jimat kos la kan? tak payah buat kad kahwin, tak payah ada kenduri-kendara, tak payah bersanding-sanding, tak payah ada doorgift. simple"

aku berani usulkan fahaman aku sekali lagi.

abah diam. selalunya, bila abah diam begini, hakikatnya dia sedang mencari kata-kata untuk melumpuhkan fahaman aku, secara tak langsung membuatkan aku terpaksa bersetuju dengan dia.
he always has a point in his words.

dan abah, selepas beberapa nano saat, buka mulut dan perlahan-lahan meranapkan pendapat aku.

"bukan tak boleh...tapi, nanti awak mula lah takde memori. orang lain semua ada gambar masa bersanding, masa kenduri-kendara. kalau in kahwin overseas, memang betul jimat but, abah takut, awak menyesal nanti"

"alah, memori tu, simpan-simpan sorang sudeyh"

"dah tu, anak-anak awak nak tengok gambar awak kahwin, takde lah? dulu, abah pun tak nak bersanding. ye lah, malu. tapi, dah orang kata 'sekali seumur hidup, apa salahnya'. tu yang abah bersanding dengan umi"

"eee...kalau tak nak bersanding boleh tak?"

abah pandang aku.

"itu tanya umi" abah pilih jalan selamat.

aku tarik muka.

***

kalau betul-betul nak ikut adat, kesian la umi dengan abah sebab aku baru pikir aku nak calon husband dari new zealand. yes, the kiwi (moga nanti dapat anak mata biru dan rambut perang kecoklatan).
banyak nak kena belanja kalau nak pergi sana semata-mata untuk merisik.

eh kejap.
merisik dalam kategori adat melayu - laki datang ke perempuan la!

[tepuk dahi. sengih sorang-sorang]

apsal aku sidai baju sambil berfikir tentang soal masa depan ni?



"iiinnnn! ni ha coklat semalam" abah laung, panggil aku masuk dalam. aku segerakan langkah, tinggalkan baju.

"boleh tahan mahal" aku belek coklat whittakers.
"coklat overseas, memang la...cuba tengok ni"

aku baca : "whittaker's a famous new zealand company since 1896".


pergh...ni macam petanda weyh! LargeGasp

seberang

kejap lagi, bila matahari perlahan-lahan tenggelam dari pandangan dan bulan mula menampakkan diri pada alam, aku tahu dia akan pergi jauh.

dan jauh...

ke seberang sana.
selamat terbang!

sedalamnya, pada dasar hati ini, ada satu perasaan terselit yang tidak merelakan penerbangan 9.30 malam ini.

for at least, before this, i know where you are - terengganu

ah. teknologi kan ada.


tapi - semalam aku payah lelapkan mata.
tahu tak apa maksud ketidakrelaan aku itu?



please take care.
and thanks for everything.
see you in auckland soon.

tujuhpuluh kali

fardhu ain semalam, ketika adam-adam sedang mengerjakan ibadat pada waktu zohor hari jumaat, syaitan-syaitan yang bergayut di hujung-hujung kelopak mata aku barangkali terhangus begitu saja apabila aku bermati-matian mahu berjuang untuk terus hidup di taman syurga.
taman syurga.
aku tak mahu terlepas nikmat taman syurga.
sangat rugi siapa-siapa yang rebah dulu sebelum masuk ke situ.

jadi, ya, aku menang di medan tempur, mengalahkan syaitan laknatullah.
kelopak mata berjaya melawan tarikan graviti bumi.
aku tak tertidur ketika fardhu ain.

[tepuk bahu]

minggu depan, moga aku ada kekuatan lagi.

***

kata ustazah - malaikat maut turun untuk ketemu aku setiap hari yakni duapuluhempat jam, sebanyak yang tertera untuk tajuk entri ini.

sangat banyak!

tiga kali per jam.
(kalau ikut kalkulator, 2.9167 - takpe, kita bundarkan saja menjadi tiga)

memang betul. maut itu sangat dekat dengan aku.
sebagai refleksi, aku memutarkan semula insiden-insiden yang nyaris memautkan aku.

contohnya,

pada minggu lepas, iaitu hari jumaat bertarikh duapuluhsembilan januari, aku berkira-kira untuk pulang ke melaka. kerana kekurangan elemen kesabaran dalam diri, maka aku sedikit reckless ketika melintas jalan menuju ke terminal dua.
aku hampir-hampir saja dilanggar teksi.
my bad.

kata malaikat maut - "bukan lagi saat aku cabutkan ajalnya"

contoh lain,

pada waktu akademik, iaitu hari khamis sebetulnya bertarikh empat februari, aku ke restroom keseorangan sementelah ketika itu merupakan subjek sastera dan rakan-rakan sungguh khusyuk dengan sesi pembelajaran. menjadi seorang baik hati, aku rela berpergian secara solo.
begini saja ceritanya.
aku tergelincir ketika menuruni tangga putar hogwarts.
it was like sliding actually over a few steps.
dan kasut sebelah terpelanting. (ini bukan exaggerate.
ini betul)
aku terkejut (itu sudah tentu!).
hentakan di punggung terasa.
aku bangun.
aku pungut kasut.
everything was abrupt.

bagaimana andai kepala aku yang terhentak di penjuru anak tangga?

kata malaikat maut - "bukan lagi saat aku cabutkan ajalnya"

kita tidak akan pernah tahu bila, secara detail-nya, waktu kematian kita.
sebab itu aku mesti reflect dan repent.
aku sangat beruntung lahir dalam agama aku kerana aku tahu Tuhan aku Maha Pengampun.
selagi aku menadah tangan dan meminta-minta pada Dia, aku yakin seyakin-yakinnya yang Dia akan ampunkan dosa-dosa aku.


em.


aku nak mohon satu perkara daripada kamu sebenarnya.
kalau aku nakal, tolong bilang saja begini pada aku;

"bawang, malaikat maut tiap-tiap hari jumpa kau. tak takut ke kalau dia cabut nyawa time kau buat jahat?"

maklum saja - aku kan manusia.
cepat lupa dan alpa.

AngryFace

pesan

"tadi, menu apa untuk minum petang?"
"donat dengan air kopi"
"ala...kopi?"
"haah. weyh, kopi dia pekat gila. pahit yang amat" (sambil buat muka kelat)
"alah-mak (muka berkerut). serius pahit?"
"serius!" (jawab sungguh-sungguh)
"sah kau minum tak habis kan"
"eh. tak lah. aku tak minum langsung"

erk.


aku hairan sungguh dengan manusia-manusia begini. tak merasa tapi beriya-iya mengulas isu atau memberi komen. lebih dahsyat, boleh usulkan kritikan.

kalau diluaskan skop, aku bukan bercerita kisah air kopi semata-mata.

awal pagi ini, hati aku sudah berapi. memang ada naga dalam diri ini.

mari sini aku soalkan.
siapa kau untuk memperlekehkan bidang kami?
aku tanya - siapa kau?
setahu aku lah, latar pendidikan kau tidak sealiran dengan kami.
dan secara tidak langsung, kau tak pernah berada dalam kapal yang sama dengan kami.
maka, aku tanya lagi.
berhak sangat kah untuk kau katakan tesl adalah begitu begini?
berhak sangat kah?

difikir-fikirkan semula, kau hanya reti berkata. hanya itu saja. tak ubah macam kakaktua.
kau tak lalu apa yang kami lalu.
kau tak telan apa yang kami telan.
kau tak tangis apa yang kami tangiskan.
jadi, layak sangat kah untuk kau gampangkan bidang kami?
layak?


sejujurnya, aku hanya boleh menerima kata-kata mereka yang pernah menumpang kapal yang sedang aku naiki. andai kau pernah berada dalam kapal yang sama, aku akan mengunyah butir-butir kata kau. itu pasti. sebab, kau mabukkan laut yang sama dengan aku. angin yang menyapa muka kita, adalah angin barat daya.
kau makan dulu garam yang akan aku makan nanti.

jadik kan,
ini pesan aku.
jangan reti mengata kalau tak merasa.
jangan.

pantang betul bagi aku.